You are on page 1of 11

Organisasi Perniagaan Di Malaysia

5.1.3 Perniagaan Perkongsian


 
Ciri-ciri perniagaan perkongsian ialah :-
 Milikan
o perkongsian ditakrifkan sebagai perhubungan antara dua atau lebih
orang yang menjalankan perniagaan bersama untuk memperolehi
keuntungan.
o bilangan rakan kongsi adalah dalam lingkungan 2 hingga 20 orang
(umumnya).
o bagi perkongsian bank atau broker saham, bilangan rakan kongsi
tidak melebihi 10 orang.
o bagi perkongsian yang melibatkan sesuatu profession seperti
peguam dan akauntan, rakan kongsi adalah tidak melebihi 50 orang.
o perjalanan sesebuah perkongsian adalah ditetapkan di bawah Akta
Perkongsian 1961.
o Perniagaan perkongsian juga tertakluk di bawah Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956.
 Penubuhan
o boleh ditubuhkan secara lisan atau tulisan.
o biasanya membentuk satu persetujuan bersama dalam bentuk surat
ikatan perkongsian yang dipanggil perjanjian perkongsian bagi
mengelakkan perselisihan.
o kandungan perjanjian termasuklah nama firma, nama kesemua
rakan kongsi, jenis dan tempat perniagaan, nisbah pembahagian
keuntungan/kerugian, peruntukan hak dan tanggungjawab rakan
kongsi, cara menjalankan perniagaan dan bagaimana perkongsian
akan ditamatkan.
o satu perkongsian boleh wujud tanpa perjanjian tetapi ianya adalah
tertakluk kepada peruntukan di dalam Akta Perkongsian 1961.
 Akta Perkongsian 1961 mengandungi perkara-perkara berikut :-
o untung rugi dibahagikan sama rata.
o tiada bunga bagi modal yang dilaburkan.
o tiada gaji untuk rakan-rakan kongsi.
o pinjaman oleh rakan-rakan kongsi kepada perniagaan akan
diberikan bunga 5% setahun.
o
Jenis-Jenis Perniagaan Perkongsian
 Terdapat dua jenis perkongsian :-
o perkongsian biasa
o perkongsian berhad
 Dalam perkongsian biasa, kesemua rakan kongsi adalah rakan kongsi biasa
di mana mempunyai liabiliti yang tidak terhad, kuasa dan tanggungjawab
yang sama serta berhak menguruskan perniagaan.

 
 Dalam perkongsian berhad, rakan-rakan kongsi adalah mempunyai liabiliti
yang terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan dan tidak mempunyai
kuasa dalam pengurusan perniagaan. Dalam perkongsian ini, mesti ada
sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi biasa yang menanggung semua
liabiliti perniagaan dan bertanggungjawab terhadap pengurusan perniagaan.

Jenis-Jenis Rakan Kongsi
 Rakan Kongsi Aktif
o mengambil bahagian yang aktif dalam pengurusan dan biasanya
dibayar gaji.
 Rakan Kongsi Lelap
o hanya menyumbangkan modal dan tidak mengambil bahagian di
dalam pengurusan perniagaan.
 Rakan Kongsi Nominal (Namaan)
o membenarkan namanya digunakan di dalam perniagaan sebagai
rakan kongsi tanpa melaburkan modal. Ia tidak menerima
pembahagian keuntungan tetapi liabilitinya adalah tidak terhad
(kerana namanya didaftarkan sebagai rakan kongsi).
 Rakan Kongsi Berhad
o mempunyai liabiliti terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan
sahaja dan tidak ada kuasa pengurusan tetapi boleh memeriksa
buku-buku rekod dan akaun perniagaan.
o
Sebab-sebab Perniagaan Perkongsian Dibubarkan
Sesuatu perkongsian boleh dibubarkan kerana salah satu sebab yang berikut :
o Kematian, kebankrapan atau ketidaksiuman salah seorang pekongsi.
o Tercapainya tujuan penubuhan perkongsian itu.
o Berakhirnya tempoh masa perkongsian.
o Tercetus peperangan.
o Sebagai akibat tindakan guaman atau dengan perintah mahkamah
untuk membubarkannya.
o
Kebaikan Perniagaan Perkongsian ialah :-
 Lebih modal dapat dikumpulkan.
 Dapat menggunakan kepakaran dari rakan-rakan kongsi yang
berkemungkinan mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang
berlainan.
 Pengkhususan kerja dapat dilakukan dengan adanya pelbagai kemahiran dan
kepakaran tersendiri dari rakan-rakan kongsi.
 Risiko perniagaan dapat disebarkan (dikongsi) antara rakan-rakan kongsi.
 Persaingan dapat dikurangkan melalui perkongsian, dengan itu perbelanjaan
untuk persaingan dapat diagihkan bagi meningkatkan jualan dan
memperkembangkan perniagaan.
 Perkongsian masih lagi mudah untuk ditubuhkan berbanding penubuhan
syarikat atau koperasi. Ianya hanya perlu didaftarkan dengan Pendaftar
Perniagaan dan mendapatkan lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan.

Kelemahan Perniagaan Perkongsian


 Berlaku salah faham atau perselisihan antara rakan kongsi dan ini akan
menjejaskan rancangan dan perjalanan perniagaan serta boleh membawa
kepada pembubaran perkongsian.
 Liabiliti yang biasanya tidak terhad akan menyebabkan individu / rakan
kongsi kehilangan harta persendirian jika perniagaan menghadapi masalah
dalam pembayaran balik hutang piutangnya.
 Kesilapan dari seorang rakan kongsi akan mengikat rakan-rakan kongsi yang
lain. Ini kerana setiap rakan kongsi mempunyai tanggungjawab yang sama
terhadap perkongsiannya. Segala kerugian akan ditanggung bersama
walaupun diakibatkan oleh hanya seorang rakan kongsi.
 Perniagaan perkongsian adalah tidak berkekalan. Jika seorang rakan kongsi
menjadi tidak siuman, bankrap atau mati, perkongsian mungkin terpaksa
dibubarkan.
 Pengumpulan modal adalah masih terhad dalam lingkungan maksimanya 20
orang sahaja. Maka perkembangan perniagaan adalah bergantung kepada
sumber modal yang terhad ini.

5.2 PENDAFTARAN PERNIAGAAN
5.2.1 Pendaftaran Perniagaan Perseorangan Dan Perkongsian
Undang-undang kerajaan Malaysia, memerlukan usahawan
mendaftar perniagaan mereka mengikut Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956 (Pindaan 1978) bagi perniagaan perseorangan dan
perniagaan berkongsi, kecuali
 Penjaja kecil-kecilan seperti pasar malam, atau perniagaan bersabit dengan
pelancongan atau perniagaan perkhidmatan yang diberi kuasa pada setengah-
setengah agensi kerajaan.
 Syarikat yang telah berdaftar dengan pendaftaran syarikat.
 Perniagaan yang berbentuk perkhidmatan profesional seperti Jurutera,
Arkitek, Peguam dan Akauntan.
Usahawan perlu memohon untuk pendaftaran perniagaan
perseorangan dengan mengisi borang dan menghantarkannya pada
Pejabat Pendaftaran Perniagaan yang berdekatan dengan tempat
atau alamat melakukan perniagaan. Borang-borang yang
dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran.

PENDAFTARAN PERNIAGAAN PERSEORANGAN DAN PERKONGSIAN


5.2.2 Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad
 
Penubuhan syarikat sendirian berhad adalah mengikut akta syarikat
1965. Pertama, memohon cadangan nama syarikat untuk diluluskan
oleh pendaftar syarikat. Permohonan ini memerlukan bayaran
RM10 (Borang 13A) bagi memproses nama yang dikehendaki.
Apabila nama yang dicadangkan telah diluluskan oleh Pendaftar
Syarikat, satu lagi permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang
untuk menentukan bahawa nama itu tidak boleh digunakan oleh
orang lain. Simpanan nama hanya dalam tempoh dua bulan.
Selain dari tindakan pertama di atas, syarat-syarat lain juga
diperlukan untuk pemerosesan penubuhan syarikat. Semua
dokumen atau borang mesti diserahkan kepada Pendaftar Syarikat,
yang kebiasaannya berada di semua ibu negeri. Dokumen yang
dimaksudkan adalah seperti berikut :
 
 Memorandum dan Undang-Undang Persatuan.
o Dokumen yang menjelaskan nama, tarikh pendaftaran, jumlah
saham, modal yang dibenarkan . Cara pentadbiran hal ehwal
syarikat , jenis perniagaan dan butir lain berkenaan syarikat.
 Borang 6 - Status Pematuhan Syarat
 Borang 7 - Sijil Pengenalan Pengarah
 Borang 45 - Persetujuan status menjadi Pengarah
Selepas mendapat kelulusan iaitu sijil penubuhan dari Jabatan
Pendaftaran Syarikat, borang-borang dan maklumat-maklumat
berikut perlu diserahkan untuk pemerosesan lanjutan dalam tempoh
satu bulan.
 Borang 49 - Butir-butir pengarah, pengurus dan setiausaha.
 Borang 44 - Butir-butir pejabat berdaftar syarikat.
 Borang 24 - Penyata Pengeluaran Saham.
Sebagaimana yang telah dibincangkan, bahawa penubuhan syarikat
sendirian berhad agak rumit dan memerlukan syarat-syarat yang
banyak. Oleh itu, bagi sesiapa yang kurang pengetahuan dan kurang
pengalaman dalam perniagaan, lebih memadai dengan perniagaan
perseorangan atau berkongsi, tetapi, jika sanggup mengeluarkan
wang sedikit, maka boleh mereka menggunakan perkhidmatan dari
Setiausaha Syarikat untuk penubuhan yang lebih mudah.
PENDAFTARAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
 
TATACARA MENDAFTAR SYARIKAT
CARIAN NAMA SYARIKAT
BORANG 13A
NAMA DILULUSKAN
(Jika tidak diluluskan cari nama lain)
(Tempoh tamat mendaftar selama 3 bulan)
FAILKAN DOKUMEN-DOKUMEN
Borang 6 - Statutory Declaration of Compliance
Borang 48A - Statutory of Declaration before incorporation
Lampiran A
Salinan surat kelulusan nama syarikat dari ROC
Memorandum and Articles of Association
 
 
SIJIL PENUBUHAN SYARIKAT DIKELUARKAN OLEH ROC
BORANG 9
 
 
(Tempoh memfailkan dokumen selama 1 bulan)
FAILKAN DOKUMEN-DOKUMEN
Borang 44 - Notice of situation of Registered Office
Borang 24 - Return of Allotment of Shares
Borang 49 - Register of Directors, Managers and Secretaries
 
JADUAL KADAR BAYARAN PENDAFTARAN SDN. BHD.
5.2.3 Perbezaan Dan Perbandingan Pendaftaran
Perniagaan Dan Penubuhan Syarikat Dalam
Perniagaan
Modal Dibenar, Berbayar Dan Panduan Membuat Pindaan
Modal Dibenar
Iaitu modal syarikat memberitahu kepada Pendaftar Syarikat atas
angka maksimum bermakna modal berbayar kita tidak boleh
melebihi modal yang dibenarkan untuk dilabur di dalam syarikat.
 
Modal Berbayar
Setiap sen pemegang saham laburkan terus dimasukkan ke dalam
bank tetapi modal berbayar boleh juga menggunakan harta
seseorang yang dipinjamkan oleh haknya pada syarikat.
Misalnya :
Seseorang pengarah memasukkan duit RM50,000 (tunai) untuk
modal. Seorang lagi melaburkan harta 1 ekar tanah dengan harga
50,000 ke dalam syarikat itu dan memindah milik hak tanah itu
kepada hak syarikat atau juga perbelanjaan-perbelanjaan yang telah
dikeluarkan oleh seseorang pengarah atau pemodal saham atau
seseorang individu itu dipermodalkan iaitu diiktirafkan kepada
modal.
Denda-Denda Pendaftar Syarikat (ROC)
Mengikut pengalaman dan kes-kes yang telah dicatatkan di
Pendaftar Syarikat ataupun di mahkaman, kebanyakkannya ialah
dari golongan berikut :
 Lewat mengfailkan Akaun Tahunan
 Lewat mengfailkan Penyata Tahunan
 Lewat mengfailkan Pertukaran Pengarah dan Setiausaha;
 Lewat mengfailkan peningkatan modal berbayar dan modal dibenar dan
 Lewat mengfailkan borang 49 pengarah utama, syer utama dan pejabat
berdaftar.
Denda-Denda Oleh ROC Yang Wajib Diketahui Oleh Semua-Semua Pengarah
 
 Prosedur mengenai mengfailkan dokumen-dokumen kepada Pendaftar
Syarikat.
Semua dokumen-dokumen mestilah difailkan kepada
Pendaftar dalam tempoh yang ditentukan oleh Pendaftar
Syarikat di bawah Akta Syarikat. Contohnya :
o Penyata Tahunan mestilah difailkan dalam tempoh 1 bulan
melainkan "registered branch" syarikat tersebut adalah di luar
Malaysia yang mana penyata Tahunan mestilah difailkan dalam
tempoh 2 bulan selepas Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
o Borang 28 adalah borang mengenai penambahan modal yang
dibenarkan mestilah difailkan dalam tempoh 14 hari selepas
mesyuarat EGM.
o Borang 49 adalah borang mengandung butir-butir pengarah,
pengurus dan setiausaha syarikat tersebut yang mana mesti
difailkan dalam tempoh 1 bulan dari perlantikan seseorang
pengarah atau pengurus atau setiausaha syarikat itu.
o Penyata Kewangan mestilah difailkan dalam tempoh 6 bulan
selepas Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
Jikalau borang-borang tersebut tidak difailkan dalam masa yang
diberikan di bawah Akta Syarikat, denda atas lewat menyerah
borang akan dikenakan oleh Pendaftar Syarikat kepada sesebuah
syarikat tersebut.
 Jika borang-borang itu difailkan dalam tempoh 14 hari selepas tempoh yang
ditetapkan.
Jumlah lewat mengfailkan dokumen adalah RM25.00 yang akan
dikenakan semasa mengfailkan dokumen itu kepada Pendaftar
Syarikat.
 Jika dokumen itu difailkan selepas 14 hari dari tempoh yang ditetapkan.
Jumlah yang dikenakan atas lewat mengfailkan dokumen RM50.00
semasa mengfailkan dokumen itu kepada Pendaftar Syarikat.
Selain daripada itu, denda di bawah kesalahan Akta Syarikat juga
akan dikenakan ke atas borang/dokumen itu selepas
borang/dokumen tersebut difailkan kepada Pendaftar Syarikat dan
satu surat notis pembayaran akan dikeluarkan.
5.3 UNDANG-UNDANG DAN PERLESENAN PERNIAGAAN
5.3.1 Perlesenan
Setelah menerima perakuan pendaftaran perniagaan, setiap
perniagaan perseorangan dan perkongsian mesti
mendapatkan lesen perniagaan.
Tujuan lesen ini diadakan ialah untuk :
o mengawal kebersihan dan keselamatan tempat perniagaan.
o mendapatkan hasil pendapatan bagi pihak berkuasa tempatan.
Lesen perniagaan ini dikeluarkan oleh Majlis Tempatan,
Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan Dewan Bandaraya.
Setiap pihak berkuasa mempunyai undang-undang dan
peraturan masing-masing. Di samping itu bayaran yang
berbeza dikenakan mengikut jenis perniagaan. Oleh itu
adalah menjadi tanggungjawab peniaga untuk mengetahui
keperluan dan peraturan undang-undang dalam perniagaan
masing-masing.
Cara mendapatkan lesen perniagaan :
o Isikan borang permohonan lesen perniagaan.
o Serahkan borang tersebut kepada pihak berkuasa tempatan.
o Sebelum lesen dikeluarkan pihak berkuasa akan memeriksa
bangunan untuk memastikan segala peraturan seperti kebersihan
dan keselamatan dipatuhi.
o Kemudian anda akan dipanggil untuk membuat bayaran . Jika
terdapat papan iklan, bayaran tambahan akan dikenakan.
o Lesen ini mesti dipamerkan di dalam kedai.
5.3.2 Undang-undang Dan Peraturan Perniagaan
 
 
Terdapat berbagai bentuk undang-undang dan peraturan yang perlu
diketahui dan dipatuhi oleh seseorang bakal usahawan sepertimana
yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak berkuasa.
 Pendaftaran Perniagaan
Semua bentuk perniagaan di negara ini perlu didaftarkan.
Tatacara pendaftaran telahpun diterangkan sebelum ini.
Sekiranya sesebuah perniagaan tidak didaftarkan
kemungkinan besar kontrak perniagaan mereka juga
dianggap tidak sah dan ini akan menyulitkan usahawan
tersebut untuk membuat tuntutan sekiranya berlaku sesuatu
perkara yang tidak diingini.
 Lesen/Permit/Surat Kuasa
Selain pendaftaran perniagaan seseorang bakal usahawan
perlu memastikan apakah perniagaannya memerlukan
lesen/permit/surat-surat kuasa daripada pihak-pihak
berkuasa berkenaan seperti penguasa tempatan,
Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan sebagainya.
Keperluan ini adalah berdasarkan kepada jenis perniagaan
yang hendak dijalankan. Antaranya ialah seperti berikut:
o Lesen Perniagaan
Lesen-lesen ini meliputi lesen-lesen perniagaan
tempatan dan lesen-lesen tempat berniaga yang
boleh diperolehi daripada Dewan Bandaraya atau
Penguasa-penguasa tempatan mengikut daerah
masing-masing.
o Lesen Cukai Jualan
Cukai jualan dikenakan ke atas barang-barang
yang diimport dan barang-barang tempatan yang
tidak dikecualikan. Permohonan untuk
memperolehi lesen cukai jualan ialah daripada
Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia.
o Lesen Mengilang
Seseorang usahawan hanya boleh menjalankan
aktiviti pengilangan setelah memperolehi lesen
mengilang kecuali modal berbayar syarikat
tersebut kurang daripada RM100,00. Dalam
keadaan ini pengusaha tersebut perlu memohon
pengecualian lesen mengilang daripada
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri.
o Lesen Kilang Makanan
Seseorang usahawan yang mengendalikan
perusahaan mengilang makanan perlu
memperolehi lesen kilang melalui Pegawai
Kesihatan Daerah atau Majlis Perbandaran bagi
tujuan-tujuan pemeriksaan kesihatan ke atas
kilang-kilang dan ujian keluaran makanan
tersebut.
o Surat Kuasa Bomba
 
Sebelum memulakan operasi, seorang pengusaha
hendaklah memastikan kilangnya selamat
daripada sebarang kemungkinan kebakaran di
mana sesebuah bangunan perlu mendapatkan
Certificate of Fitness (C.F) iaitu surat kuasa yang
dikeluarkan oleh Majlis Daerah (berdasarkan di
mana bangunan didirikan yang disokong oleh
Jabatan Bomba setelah dibuat pemeriksaan ke
atas bangunan tersebut).
 
o Lesen/Permit Pengangkutan
Tugas-tugas bagi mengeluarkan lesen/permit lori
sama ada Kelas A atau C ialah Lembaga
Perlesenan Pengangkutan Jalan. Seseorang
pengusaha perlu mematuhi syarat-syarat yang
terkandung dalam permit lori antaranya:
o Sekatan-sekatan kawasan untuk menjalankan perniagaan iaitu sama
ada di sesuatu kawasan atau di seluruh negeri di Semenanjung
Malaysia.
o Kenderaan akan diperiksa terlebih dahulu sebelum boleh
didaftarkan.
o Jenis-jenis lori dan kegunaannya iaitu lesen A bagi mengangkut
barang-barang orang lain dan lesen C hanya dibenarkan untuk
mengangkut barang sendiri sahaja.
 Keperluan Mesin/Jentera/Peralatan
Keperluan ini berbeza-beza mengikut aktiviti-aktiviti
pengeluaran. Justeru itu pemasangannya juga berbeza dari
sesuatu susun atur tapak kilang. Oleh itu pengusaha perlu
mengambil tindakan yang berhubung dengan taraf
keselamatan, kesihatan dan kebajikan dimana mesin-mesin
ini dipasangkan. Rekabentuk dandang setim, pengandung
tekanan tak berapi dan mesin angkat hendaklah diluluskan
terlebih dahulu sebelum ianya dipasang dan dikendalikan.
Kelulusan-kelulusan ini boleh diperolehi daripada Jabatan
Kilang dan Jentera tertakluk kepada pemeriksaan
sekurang-kurangnya setiap 15 bulan.
 Kawalan Pencemaran
Bakal-bakal usahawan juga perlu memberikan perhatian
berat kepada langkah-langkah mencegah pencemaran yang
boleh disebabkan oleh kilang. Peruntukan undang-undang
mewajibkan pemasangan alat kawalan keselamatan pada
kelengkapan kilang sebelum kilang boleh mula beroperasi.
Penggabungan rekaan dan pemasangan sistem kawalan
pencemaran pada peringkat awal akan menentukan kilang
dibina dengan teratur dan mengurangkan kos pembinaan
yang berpunca daripada kerja ubah suai selepas kilang
dibina.
Kawalan-kawalan pencemaran ini meliputi kerja-kerja
pembinaan cerobong, pemasangan peralatan, pembakaran
bahanapi dan pembinaan kilang yang akan melepaskan
effluen kotor. Kementerian yang bertanggungjawab ialah
Kementerian Sains, Teknologi Alam Sekitar.
 Perlindungan
Perlindungan yang dimaksudkan ialah undang-undang
yang berkenaan dengan perlindungan kepada industri-
industri. Antaranya ialah :
o Pendaftaran Cap Dagangan dan Paten
Pendaftaran ini bertujuan melindungi syarikat
berkenaan daripada amalan perdagangan yang
tidak sihat iaitu pengeluaran produk tiruan oleh
syarikat lain. Permohonan pendaftaran boleh
dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri & Halehwal Pengguna.
o Lesen Untuk Mendapatkan Tanda Piawaian
Sebelum lesen tanda piawaian dikeluarkan,
SIRIM akan mempastikan sistem kawalan mutu
yang memuaskan sehubungan dengan kaedah
pengeluaran yang memuaskan dan begitu juga
dengan kebersihan dan keselamatan.
c) Hakcipta
Untuk memberi perlindungan terhadap sesuatu
karya seni, intelektual dan perindustrian yang
dihasilkan supaya tidak berlaku unsur-unsur
penciplakan dan cetak rompak. Permohonan
untuk mendapatkan hakcipta boleh diperolehi dari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal
Ehwal Pengguna.
o Akta dan Peraturan Sewabeli 1967
Akta ini bertujuan untuk mengawal dan
mengawasi bentuk dan kandungan perjanjian
sewabeli serta menentukan dengan jelas hak-hak
kewajipan dan tanggungan penyewa, pemunya
dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam
perjanjian sewabeli.
 Keperluan Sosial Pekerja-Pekerja
Seseorang pengusaha hendaklah mengambil perhatian
bahawa kebajikan pekerja perlu dijaga dan ditingkatkan
untuk mewujudkan satu bentuk hubungan pengurusan
yang baik dengan kakitangan. Keperluan sosial pekerja-
pekerja adalah merupakan satu keperluan undang-undang
yang telah ditetapkan melalui Ordinan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja 1951 (KWSP) dan Akta Keselamatan
Sosial Pekerja 1969 (PERKESO).
Semua pekerja dan majikan dikehendaki mencarum
kepada KWSP dan kadar caruman ialah 12% daripada gaji
yang dibayar oleh majikan dan 11% oleh pekerja yang
dipotong daripada gaji pekerja.
 Keperluan Insfrastruktur
Sesebuah perusahaan atau kilang yang hendak didirikan
tidak dapat dijalankan tanpa kemudahan asas atau
infrastruktur yang cukup, yang terdiri daripada bekalan
kuasa elektrik, air dan perkhidmatan telefon. Dalam
hubungan ini kerajaan menyediakan kemudahan asas
melalui Tenaga Nasional (TEN), Jabatan Kerja Raya dan
Syarikat Telekom.

Perkongsian 

Perniagaan Perkongsian ditubuhkan apabila anda menggabungkan modal dan bekerjasama dengan


sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi. Dalam usaha niaga seperti ini, anda dan rakan kongsi anda
adalah pemilik bersama yang akan berkongsi segala agihan keuntungan atau risiko.
Terdapat beberapa kebaikan dan kelemahan apabila menjalankan perniagaan perkongsian. Pastikan anda
mengkaji implikasi setiap kebaikan dan kelemahan dari segi undang-undang sebelum membuat keputusan
memilih perniagaan bentuk ini.
Kebaikan Perniagaan Perkongsian
• Modal yang lebih besar dan sumber kepakaran yang lebih luas dapat dikumpulkan.

• Risiko perniagaan dapat diagihkan dan dikongsi bersama antara rakan kongsi.
Kelemahan Perniagaan Perkongsian
• Setiap rakan kongsi memikul tanggungjawab yang sama.  Ini bermakna anda bertanggungjawab ke atas
segala risiko dan hutang perniagaan sekalipun ia berpunca dari tindakan rakan kongsi anda. Dengan liabiliti
tidak terhad, setiap rakan kongsi juga bertanggungjawab menggunakan sumber peribadi untuk melunaskan
hutang rakan-rakan kongsinya.

• Percanggahan pendapat dan pertikaian mungkin berlaku di kalangan rakan kongsi dan ini boleh
mengganggu perancangan perniagaan atau kecekapan pengendalian perniagaan.
Jangka hayat perniagaan perkongsian adalah terhad. Jika salah seorang rakan kongsi menarik diri, muflis
atau meninggal dunia, perkongsian mungkin terpaksa dibubarkan.

 
This Partnership Agreement is made on [Insert Date] between [Insert Name of Party 1] and [Insert Name of Party 2].
1. Name and Business
The parties hereby form a partnership under the name of [Insert Business Name] to produce [Insert
Business Product/Service]. The principal office of the business shall be [Insert Address].
2. Term
The partnership shall begin on [Insert Date], and shall continue until terminated.
3. Capital
The capital of the partnership shall be contributed in cash by the partners as follows:
o A separate capital account shall be maintained for each partner.
o Neither partner shall withdraw any part of their capital account.
o Upon the demand of either partner, the capital accounts of the partners shall be
maintained at all times in the proportions in which the partners share in the profits and
losses of the partnership.
4. Profit and Loss
The net profits of the partnership shall be divided equally between the partners and the net losses
shall be borne equally by them. A separate income account shall be maintained for each partner.
Partnership profits and losses shall be charged or credited to the separate income account of each
partner. If a partner has no credit balance in their income account, losses shall be charged to their
capital account.
5. Salaries and Withdrawals
Neither partner shall receive any salary for services rendered to the partnership. Each partner may,
from time to time, withdraw the credit balance in their income account.
6. Interest
No interest shall be paid on the initial contributions to the capital of the partnership or on any
subsequent contributions of capital.
7. Management Duties and Restrictions
The partners shall have equal rights in the management of the partnership business, and each
partner shall devote their entire time to the conduct of the business. Without the consent of the
other partner neither partner shall on behalf of the partnership borrow or lend money, or make,
deliver, or accept any commercial paper, or execute any mortgage, security agreement, bond, or
lease, or purchase or contract to purchase, or sell or contract to sell any property for or of the
partnership other than the type of property bought and sold in the regular course of its business.
8. Banking
All funds of the partnership shall be deposited in its name in such checking account or accounts as
shall be designated by the partners. All withdrawals therefrom are to be made upon checks signed
by either partner.
9. Books
The partnership books shall be maintained at the principal office of the partnership, and each
partner shall at all times have access thereto. The books shall be kept on a fiscal year basis, and
shall be closed and balanced at the end of each fiscal year. An audit shall be made as of the closing
date.
10. Voluntary Termination
The partnership may be dissolved at any time by agreement of the partners, in which event the
partners shall proceed with reasonable promptness to liquidate the business of the partnership. The
partnership name shall be sold with the other assets of the business. The assets of the partnership
business shall be used and distributed in the following order:
(a) to pay or provide for the payment of all partnership liabilities and liquidating expenses
and obligations;

(b) to equalize the income accounts of the partners;

(c) to discharge the balance of the income accounts of the partners;

(d) to equalize the capital accounts of the partners; and


(e) to discharge the balance of the capital accounts of the partners.
11. Death
Upon the death of either partner, the surviving partner shall have the right either to purchase the
interest of the decedent in the partnership or to terminate and liquidate the partnership business. If
the surviving partner elects to purchase the decedent's interest, he shall serve notice in writing of
such election, within three months after the death of the decedent, upon the executor or
administrator of the decedent, or, if at the time of such election no legal representative has been
appointed, upon any one of the known legal heirs of the decedent at the last-known address of
such heir.
(a) If the surviving partner elects to purchase the interest of the decedent in the
partnership, the purchase price shall be equal to the decedent's capital account as at the
date of their death plus the decedent's income account as at the end of the prior fiscal
year, increased by their share of partnership profits or decreased by their share of
partnership losses for the period from the beginning of the fiscal year in which their death
occurred until the end of the calendar month in which their death occurred, and decreased
by withdrawals charged to their income account during such period. No allowance shall
be made for goodwill, trade name, patents, or other intangible assets, except as those
assets have been reflected on the partnership books immediately prior to the decedent's
death; but the survivor shall nevertheless be entitled to use the trade name of the
partnership.
(b) Except as herein otherwise stated, the procedure as to liquidation and distribution of
the assets of the partnership business shall be the same as stated in paragraph 10 with
reference to voluntary termination.
12. Arbitration
Any controversy or claim arising out of or relating to this Agreement, or the breach hereof, shall
be settled by arbitration in accordance with the rules, then obtaining, of the American Arbitration
Association, and judgment upon the award rendered may be entered in any court having
jurisdiction thereof. In witness whereof the parties have signed this Agreement.
Executed this ______________ day of _________________, [Insert Year] in [Insert City, State].

________________________ ________________________

Signature of Party 1 Signature of Party 2

You might also like