You are on page 1of 14

Keseimbangan Kimia

• Asid dan bes


• Keseimbangan dinamik – Teori Arrhenius
• Pemalar keseimbangan – Teori Bronsted-Lowry
– Aturan tindakan jisim – Keseimbangan air
– Unit pemalar keseimbangan – pH dan pOH
– Sifat-sifat pemalar – Skala pH
keseimbangan
– Kekuatan asid-bes
– Keseimbangan heterogen
– Asid lemah dan bes lemah
– Hubungan perubahan tenaga
bebas Gibbs dan pemalar – Asid poliprotik
keseimbangan – Ion sebagai asid dan bes
– Kesan merubah amaun bahan – Hidrolisis
– Kesan merubah P dan V • Larutan penimbal
– Kesan T – Tindakan penimbal
– Kesan mangkin – Persamaan larutan penimbal
– Perinsip Le Chatelier – Muatan penimbal dan julat
penimbal
– Penyediaan penimbal
– Perubahan pH larutan
penimbal

Keseimbangan dinamik
Dinitrogen tetroksida mengalami
Masa(s) 0 20 40 60 80 100
penguraian membentuk nitrogen
PN2O4 (atm) 1.00 0.60 0.35 0.22 0.22 0.22
dioksida
PNO2 (atm) 0.00 0,80 1.30 1.56 1.56 1.56
N2O4 2NO2
dalam masa yang sama nitrogen
dioksida juga bertindak balas untuk
[NO2]keseimbangan
membentuk semula dinitrogen [N2O4]
tetroksida.
Kepekatan (M)

2NO2 N2O4

Kedua-dua tindak balas berlaku [N2O4]keseimbangan


pada kadar yang sama jadi tindak
[NO2]
balas berada pada keseimbangan.

N2O4 2NO2 Masa

Pemalar keseimbangan
• Mengikut aturan tindakan jisim jika tindak balas berada pada
keseimbangan :
aA + bB +... cC + dD + ...
• maka pemalar keseimbangan bagi tindak balas ini boleh dituliskan
seperti berikut: c d
[C ] [ D] ....
Kc =
[ A]a [ B ]b ....
• Contoh: N2 (g) + 3H2 (g) 2NH3 (g)

[ NH 3 ] 2
Kc =
[ N 2 ][ H 2 ]3
• Jika kepekatan pada keseimbangan diketahui maka Kc boleh dikira.

1
Sifat-sifat pemalar keseimbangan
Manipulasi tindak balas dan Kc. Jika persamaan keseimbangan diubah
maka pemalar keseimbangan tindak balas juga berubah.
a. Jika persamaan tindak balas 2HI H2 + I2 Kc = 4.0
didarabkan dengan satu pemalar
(contoh z) maka pemalar 1
keseimbangan tindak balas yang baru
adalah gandaan z kepada pemalar HI ½ H2 + ½ I2 K c′ = ( 4.0) 2 = 2.0
keseimbangan tindak balas asal.

b. Jika persamaan tindak balas


keseimbangan diterbalikkan maka 1
pemalar keseimbangan tindak balas H2 + I2 2HI K c′ = = 0 . 25
yang baru ialah salingan kepada 4 .0
pamalar keseimbangan asal

c. Jika 2 persamaan tindakbalas


keseimbangan digabungkan H2O + CH4 CO + 3H2 K c1 = 250
(dicampurkan) maka pemalar
keseimbangan tindak balas yang baru CO + H2O CO2 + H2 K c2 = 0.040
ialah hasil darab pemalar-pemalar
keseimbangan tindak balas-tindak
balas asal
CH4 + 2H2O CO2 + 4H2 K c′ = K c K c 1 2

K c' = 10

Pemalar Keseimbangan tekanan


CO(g) + H2O(g) CO2(g) + H2(g)

PCO2 ⋅ PH 2
Kp =
PCO ⋅ PH 2O
dimana PCO2, PH2, PCO dan PH2O masing-masing adalah tekanan separa
bagi CO2, H2, CO dan H2O dalam atm.

Hubungan Kp dan Kc adalah seperti berikut:


K p = K c ( RT ) ∆n
∆n = bilangan mol gas hasil – bil mol gas reaktan
R = 0.08206 L atm mol-1 K-1 ialah pemalar gas dan T suhu
dalam unit Kelvin.

Contoh
Diberikan tindak balas keseimbangan berikut

H2O(g) + CH4(g) CO(g) + 3H2(g)

Pada keseimbangan pada suhu 700 K bekas tindak balas mengandungi


0.31 atm H2O, 0.70 atm CH4, 0.12 atm CO dan 0.38 atm H2. Tentukan nilai
Kp dan Kc.

PCO ⋅ PH32 (0.12)(0.38) 3


Kp = = = 0.030
PH 2O ⋅ PCH 4 (0.31)(0.70)

K p = K c ( RT ) 2 ⇒ K c = K p ( RT ) −2
⇒ K c = (0.030)[(0.082)(700)]
−2
= 9.2 × 10 − 6

2
Keseimbangan Heterogen
• Keseimbangan heterogen ialah keseimbangan yang terjadi apabila terdapat
lebih daripada satu fasa dalam tindakbalas
CaCO3(p) CaO (p) + CO2 (g)
terdapat 2 fasa berlainan CaCO3 dan CaO dalam fasa pepejal sementara
CO2 dalam fasa gas.
• Bagi keseimbangan seperti ini kepekatan pepejal tulen atau cecair tulen
didefinisikan sebagai 1. Oleh itu persamaan keseimbangan samada dalam
sebutan kepekatan atau tekanan hanya melibatkan gas.
• Bagi persamaan tindak balas di atas
Kc = [CO2] K p = PCO 2

AgCl(p) Ag+(ak) + Cl-(ak) Kc = [Ag+][Cl-]

[ NH 4+ ][OH − ]
NH3(g) + H2O(c) NH4+(ak) + OH-(ak) Kc =
[ NH 3 ]

∆G dan Pemalar Keseimbangan


Pada sebarang keadaan

∆G = ∆Go + RT lnQ

di mana ∆G ialah perubahan tenaga bebas Gibbs, ∆Go ialah


perubahan tenaga bebas Gibbs piawai dan Q ialah nisbah tindak
balas.

Pada keseimbangan ∆G = 0 dan Q=Keq. Jadi

∆G o = − RT ln K eq
Nilai pemalar keseimbangan boleh dikira jika nilai ∆Go diketahui.

Kesan merubah amaun bahan


• Cuba pertimbangkan persamaan berikut:

2SO2(g) + O2(g) 2SO3(g) Kc = 2.8 x 102 (pada 1000 K)

• Jika ditambah 1.00 mol gas SO3 ke dalam bekas tindak balas?
• Pertimbangkan Qc tindak balas. Sebelum dimasukkan SO3 tindak balas
berada pada keseimbangan. Jadi

[ SO3 ] 2
Qc = = Kc
[ SO2 ] 2 [O2 ]

• Kemudian bila 1.00 mol SO3 ditambah kepekatan SO3 dalam bekas serta
merta bertambah dan tindak balas tidak lagi seimbang. Pada tahap ini Qc >
Kc. Tindak balas terus berlaku untuk mencapai keseimbangan baru dan
menetapkan nilai Kc. Oleh itu tindakbalas teranjak ke belakang (ke kiri)
mengurangkan Qc sehingga keseimbangan baru dicapai dimana Qc = Kc.

3
Kesan perubahan P dan V
• Tekanan suatu bekas tindak balas boleh diubah samada dengan mengubah
isipadu atau tanpa mengubah isipadu.
• V tetap, P ↑ bila gas lengai ditambah
• V tak tetap, V ↑ → P ↓ atau V ↓ → P ↑

• Tekanan bekas ditentukan oleh bilangan mol gas. Jika bilangan mol gas
tinggi maka tekanan tinggi. Oleh itu perbezaan bilangan mol gas reaktan
dan hasil menentukan arah anjakan tindak balas samada ke kiri atau ke
kanan.

• Contoh: Pertimbangkan tindak balas berikut


2SO2(g) + O2(g) 2SO3 (g)
• Jika tekanan bekas ditingkatkan tindakbalas bergerak ke arah bilangan mol
gas yang rendah untuk mengurangkan kesan tekanan. Bilangan mol gas
hasil lebih rendah daripada bilangan mol gas reaktan. Oleh tindak balas
teranjak ke kanan (ke hadapan) supaya bilangan bilangan mol keseluruhan
gas di dalam bekas dikurangkan dan tekanan dikurangkan. Dengan
demikian amaun SO3 bertambah dan amaun SO2 dan O2 berkurang apabila
tekanan bekas di tambah.

Kesan Suhu
• Bergantung kepada samada sesuatu tindak balas tersebut
endoterma (serap haba) atau eksoterma (buang haba).
• Endoterma T↑, menganjak keseimbangan ke hadapan disebabkan
tindak balas jenis ini memerlukan bekalan haba daripda luar untuk
terus berlaku.
• Eksoterma T↑ menganjak tindak balas ke belakang kerana tindak
balas jenis tidak memerlukan haba malah mengeluarkan haba.

• Contoh
2SO2 (g) + O2(g) 2SO3(g) ∆Hο = -180 kJ

Suhu ditingkat , iaitu haba dibekalkan, keseimbangan tindak


balas terganggu dan cenderung teranjak ke kiri untuk
mengurangkan kesan haba.
Suhu direndahkan atau haba dikeluarkan daripada sistem tindak
balas keseimbangan akan cenderung teranjak ke hadapan.

Kesan Mangkin
• Mangkin mempercepatkan ke dua-dua hala tindakbalas.
Keseimbangan tercapai dengan lebih cepat, dengan demikian
kedudukan keseimbangan tidak berubah.

4
Prinsip Le Chatelier
• Perinsip ini juga boleh digunakan untuk menerangkan arah anjakan
tidak balas apabila gangguan dikenakan kepada keseimbangan
tindak balas. Mengiku Le Chatelier “Jika gangguan dikenakan
kepada suatu campuran tindakbalas yang berada pada
keseimbangan, tindakbalas akan teranjak ke arah untuk mengatasi
kesan tersebut.”

• Berdasarkan keseimbangan proses Haber berikut

N2(g) + 3H2 (g) ∆H = - 46 kJ


2NH3(g)
Kc = 0.3 pada 700K
Cadangkan bagaimana penghasilan amonia boleh ditingkatkan?

Contoh
H2(g) + I2(g) 2HI (g) Kc = 0.12
2.00 mol HI dimasukkan ke dalam kelalang 1.00L. Tentukan kepekatan HI,
H2 dan I2 pada keseimbangan.
Secara ringkas boleh dituliskan seperti di bawah:
H2 + I2 2HI
[awal] 0 0 2.00 (M)
∆[ ] +x +x -2x
[akhir] x x 2.00-2x

(2.00 − 2 x) 2
Kc = = 0.12 ⇒ [H2] = [I2] = 0.851 M
( x)( x)
[HI] = 2.00 – 2x
2.00 − 2 x = 0.298 M
⇒ = 0.12
x
2.00 − 2 x = 0.35 x
x = 0.851

Contoh
2NO(g) + O2(g) 2NO2(g) Kc = 6.9 x 105 pada 500K

[ NO2 ] 2
• Jika bekas (bertutup) 5.00 L Qc =
[ NO] 2 [O2 ]
diisi dengan 0.060 mol NO,
1.0mol O2 dan 0.80 mol 0.060mol
[ NO ] = = 0.012 M
NO2. 5.00 L
1.0mol
[O2 ] = = 0.20 M
5.00 L
• Adakah tindakbalas berada 0.80mol
[ NO2 ] = = 0.16M
pada keseimbangan? 5.00 L
(0.16) 2
⇒ Qc = = 8.9 × 10 2
• Jika tidak ke arah mana (0.012) 2 (0.20)
tindakbalas akan berlaku? ⇒ Qc < K c = 6.9 × 10 5

5
Contoh
H2(g) + I2 (g) 2HI (g)

Campuran 2.00 mol H2 dan 2.00 mol I2 di dalam suatu


bekas bertutup 1.00 L. Pada keseimbangan bekas
mengandungi 0.58 mol HI. Kirakan Kc?

H2 + I2 2HI
[awal] 2.00 2.00 0 (unit M)
∆[ ] -0.29 -0.29 +0.58
[akhir] 1.71 1.71 0.58

[ HI ]2
Kc =
[H 2 ][I 2 ]
(0.58) 2
=
(1.71)(1.71)
= 0.12

Asid Dan Bes


Teori Arrhenius
• Asid ialah sebarang bahan yang mengandungi atom H dan apabila
larut di dalam air menghasilkan ion H+.
HCl H

2O
→ H + + Cl −
• Bes ialah sebarang bahan mengandungi kumpulan OH di dalam
molekulnya dan apabila melarut di dalam air menghasilkan ion OH- .

NaOH H

2O
→ OH − + Na +
• Teori ini tidak dapat menerangkan tentang kebesan bes lemah
seperti amonia. Amonia tidak mempunyai OH dalam molekulnya
tetapi apabila larut dalam air ia memberikan ion OH-.

Teori Bronsted-Lowry
• Asid ialah penderma proton sementara bes pula ialah penerima pronton
Contoh
NH3 + H2O → NH4+ + OH-
Bes asid

• Jadi di sini H20 ialah asid sementara NH3 ialah bes. Cuba pertimbangkan pula tindak
balas ke belakang (ke kiri).

NH4+ + OH- → NH3 + H2O


Asid bes

• NH4+ ialah asid dan OH- ialah bes. Kedua-dua tindak balas di atas digabungkan
dalam keseimbangan berikut

NH3 + H2O NH4+ + OH-


Bes1 asid 2 asid 1 bes 2

• NH3 dan NH4+ ialah pasangan konjugat begitu juga H2O dan OH-. NH4+ ialah asid
konjugat bagi bes NH3 sementara OH- ialah bes konjugat bagi H2O.

6
Keseimbangan Air
Air (H2O) mengalami pengionan sendiri.

H2O + H2O H3O+ + OH-


Asid1 Bes2 Bes1 Asid2

Dari segi kekuatan asid dan bes:


Asid 2 >> asid 1 dan bes 1 > > bes 2

Pemalar keseimbangan air boleh dituliskan seperti berikut:


Kc = [H3O+] [OH-]
Pada 25 oC kepekatan ion hidronium dan hidroksida bagi air tulen
iaitu 10 M
-7

[H3O+] = [OH-] = 1.0 x 10-7 M


Bagi air dituliskan: Kc = Kw dimana Kw ialah pemalar yang juga
dikenali sebagai hasil darab ion air.
Kw = [H3O+][OH-] = 1.0 x 10-14

pH dan pOH
pH dan pOH ditakrifkan secara matematik seperti
berikut:
pH = -log[H3O+]
pOH = -log[OH-]

unit kepekatan mol dm-3 atau M

Manakala
pKw = -log Kw
maka:
pKw = pH + pOH =14.0

Skala pH
• Skala pH ditetapkan diantara 0 dan 14. Larutan neutral mempunyai
pH 7, berasid kurang dari 7 dan berbes lebih daripada 7

pH
0 asid 7 bes 14
neutral

Contoh

7
Kekuatan asid-bes
• Sesuatu bes atau asid dikategorikan sebagai asid kuat atau bes kuat jika bes atau
asid tersebut mengion sempurna di dalam air. Iaitu ia mengion 100% di dalam air.

• Jika pengionan kurang daripada 100% maka asid atau bes itu dikelaskan sebagai
asid atau bes lemah. Dengan demikian asid-asid atau bes-bes boleh disusun
mengikut kekuatan masing.

• HCl dan HClO4 kedua-duanya ialah asid kuat. Di dalam air, kedua-duanya terion
sempurna.

• Air dikatakan mempunyai kesan pengarasan (levelling effect) pada HCl dan HClO4
dan tidak dapat menunjukkan perbezaan kekuatan kedua-dua asid tersebut. Walau
bagaimana pun di dalam eter (suatu bes yang lebih lemah berbanding air), HClO4
terion sempurna, tetapi HCl sebahagian. Jadi HClO4 lebih kuat sifat keasidannya
berbanding HCl.

• Terdapat sebatian yang mempunyai kedua-dua sifat asid dan bes. Sebatian ini
digelar amfiprotik. Contohnya ialah seperti air dan ion hidrogen karbonat (HCO3-).
Bahan ini boleh menerima proton dan boleh juga menderma proton.

Asid Lemah Dan Bes Lemah


• Bandingkan pH bagi asid hidroklorik dan asid asetik pada kepekatan yang
sama iaitu 0.10 M.
• 0.10 M HCl pH meter = 1.0
0.10 M CH3COOH pH meter = 2.8

• Kemolaran sama tetapi nilai pH berbeza disebabkan perbezaan pengionan


kedua-dua asid. HCl mengion 100%, oleh itu ia memberikan kepekatan ion
hidronium yang sama dengan kepekatan asid. Tetapi asid asetik hanya
sebahagian sahaja yang mengion.
CH3COOH + H2O H3O+ + CH3COO-
• Pemalar keseimbangan asid asetik dapat dituliskan
[ H 3O + ][CH 3COO − ]
Ka =
[CH 3COOH ]
Ka (asid asetik) = 1.8 x 10-5
pKa = -log Ka = -log (1.8 x 10-5) = 4.74

Bes lemah? Kb

Peratus Pengionan
• Peratus pengionan boleh dikira seperti berikut.
[ H 3 O + ] HA
• % pengionan = × 100
[ HA] asal
• Jadi jika pH diketahui peratus pengionan dapat
ditentukan. Misalnya bagi 0.10 M asid asetik dengan pH
2.8 bermakna
• [H3O+] = 10-2.8 = 1.58 x 10-3
1.58 × 10 −3
• % pengionan = × 100 = 1.58%
0.1
• Peratus pengionan sesuatu asid pada kepekatan
tertentu juga boleh dikira nilai pemalar
keseimbangannya diketahui.

8
Contoh
CH3COOH + H2O H3O+ + CH3COO-
[ ]awal 1.0M - -
Perubahan -x M +x M +x M
[ ]keseimbangan (1.0-x) M xM xM
[ H 3 O + ][CH 3 COO − ]
Ka =
[CH 3 COOH ]

Oleh kerana nilai Ka cukup kecil jadi nilai x dijangka sangat kecil berbanding
kepekatan 1.0 M. x << 1.0, maka (1.0-x) ≅ 1.0 dan [H3O+] = [CH3COO-] = x maka
[ H 3O + ]
x.x % pengionan = × 100
1.8 × 10 −5 = [CH 3 COOH ]
1.0
4.2 × 10 −3 × 100
⇒ x = 1.8 × 10 −5 = 4.2 × 10 −3 M =
1.0
= 0.42%
Peratus pengionan asid atau bes lemah bertambah dengan pencairan.

Asid Poliprotik
• Asid yang mempunyai lebih daripada satu hidrogen yang boleh mengion
dipanggil asid poliprotik. Contoh-contoh asid diprotik H2SO4, H2CO3 dan
asid triprotik H3PO4.
• Contoh asid posforik, tiga peringkat pengionan:

1. H3PO4 + H2O H3O+ + H2PO4- Ka1 = 7.1x10-3


2. H2PO4- + H2O H3O+ + HPO42- Ka2 = 6.3x10-8
3. HPO42- + H2O H3O+ + PO43- Ka3= 4.2x10-13

• Setiap peringkat mempunyai nilai Ka yang berbeza. Pengionan pertama


mempunyai nilai Ka yang tertinggi diikuti dengan pengioanan kedua dan
ketiga.
K a1 > K a2 > K a3
Oleh kerana Ka bagi pengionan pertama kebiasaannya jauh lebih besar
daripada yang lain jadi hampir kesemua H3O+ datangnya dari
pengionan peringkat 1 bagi suatu asid poliprotik.

Contoh Asid Poliprotik


Asid Formula Ka1 Ka2 Ka3
Asid Sufurik H2SO4 >>1 1.0 x 10-2

Asid Karbonik H2CO3 4.4 x 10-7 4.7 x 10-11

Asid Sitrik H3C6H5O7 8.7 x 10-4 1.8 x 10-5 4.0 x 10-7

Asid Oksalik H2C2O4 5.9 x 10-2 5.2 x 10-5

Asid Posforik H3PO4 7.1 x 10-3 6.2 x 10-8 4.5 x 10-13

Asid Sulfurus H2SO3 1.7 x 10-2 6.0 x 10-8

9
Contoh
Tentukan [H3O+], [H2PO4 -], [HPO43-], [PO4-] untuk larutan 3.0 M H3PO4,

H3PO4 + H2O H3O+ + H2PO4-


Asal 3.0 - -
Perubahan -x +x +x
[ ]keseimbangan 3-x x x

( x )( x ) x2
K a1 = Dengan penghampiran x <<3 jadi K a1 =
3 .0 − x 3.0
Jadi x2 = 0.021 dan x = 0.14 M, Oleh itu x = [ H 3 O + ] = [ H 2 PO4− ] = 0.14 M

Daripada pengionan kedua


H2PO4- + H2O H3O+ + HPO42-
Asal 0.14 0.14
Perubahan -y +y +y
[ ] keseimbangan 0.14-y 0.14+y y

(0.14 + y )( y ) (0.14)( y )
K a2 = ≈ = y = 6.3 × 10 −8
(0.14 − y ) 0.14
y = [ HPO42− ] = 6.3 × 10 −8 M

Seterusnya daripada pengionan ketiga


HPO42- + H20 H3O+ + PO43-
Asal 6.3 x 10-8 0.14 -
Perubahan -z z z
[ ] keseimbangan 6.3 x 10-8 –z 0.14 + z z

[ H 3 O + ][ PO43− ] 0.14( z )
K a3 = = = 4.2 × 10 −13
[ HPO42 − ] 6.3 × 10 −8
z = [ PO43− ] = 1.9 × 10 −19 M

Ion sebagai Asid dan Bes


Sesetengah ion juga boleh bertindak sebagai asid atau bes. Contoh larutan
garam NH4Cl

NH4+ + H2O NH3 + H3O+


asid1 bes2 bes1 asid2

[ NH 3 ][ H 3 O + ] [ NH 3 ][ H 2 O + ][OH − ] [ NH 3 ]K W
Ka = jadi Ka = =
[ NH 4+ ] [ NH 4+ ][OH − ] [ NH 4+ ][OH − ]
diketahui maka
[ NH 4+ ][OH − ] K W 1.0 × 10 −14
Kb = = 1.8 × 10 −5 Ka = = = 5.6 × 10 −10
[ NH 3 ] Kb 1.8 × 10 −5

Umumnya nilai Ka atau Kb bagi asid ion atau bes ion boleh ditentukan jika nilai
Kb atau Ka bagi bes atau asid konjugatnya diketahui.
Ka(asid) x Kb (bes konjugat) = Kw dan Kb (bes) x Ka (asid konjugat) = Kw

Atau secara umum boleh dituliskan


Kb x Ka = Kw

10
Hidrolisis
• Air tulin, pH neutral. Bila NaCl dilarutkan dalam air, penceraian kepada Na+
dan Cl- yang lengkap berlaku. pH bagi larutan tetap neutral iaitu pH=7.00.
Na+ + Cl- + H2O → tiada tindakbalas
• Bila NH4Cl dilarutkan, pH menjadi < 7. Kepekatan ion hidronium melebihi
kepekatan ion hidroksida di dalam air.
Cl- + H2O → tiada tindakbalas
NH4+ + H2O NH3 + H3O+
• Tindakbalas ion dengan H2O seperti ini dipanggil tindakbalas hidrolisis.
NH4+ terhidrolisis tetapi tidak berlaku untuk Cl-.

• Bila NaC2H3O2 (natrium asetat) dilarutkan di dalam air, pH >7. Di sini ion
asetat CH3COO- mengalami hidrolisis.
Na+ + H2O → tiada tindakbalas
CH3COO- + H2O → CH3COOH + OH-
• Penghasilan OH- menyebabkan [OH-] > [H3O+] dan pH > 7.

Secara umumnya
• Garam yang dibentuk daripada bes kuat dan asid kuat (contoh NaCl) tidak
mengalami hidrolisis dan larutan tetap neutral dengan pH 7.

• Garam daripada bes kuat dan asid lemah (contoh NaC2H3O2) mengalami hidrolisis
dan menghasilkan larutan dengan pH > 7.

• Garam daripada bes lemah dan asid kuat (contoh NH4Cl) mengalami hidrolisis
dan menghasilkan larutan dengan pH < 7

• Garam daripada bes lemah dan asid lemah (NH4C2H3O2) juga mengalami hirolisis
di dalam air dan menghasilkan larutan dengan nilai pH yang bergantunga kepada
nilai relatif Ka dan Kb

Contoh: Ramalkan pH bagi larutan-larutan berikut samada pH = 7, pH > 7 atau pH < 7.


a. NaOCl
b. KCl
c. NH4NO3

Contoh
Bandingkan pH larutan NaNO2 dan NaC7H5O2 di mana kedua-duanya
mempunyai kepekatan yang sama. Diberikan
HNO2 + H2O H3O+ + NO2- Ka = 7.2 x 10-4
HC7H5O2 + H2O H3O+ + C7H5O2- Ka=6.3 x 10-5
Kedua-dua sebatian terbentuk daripada bes kuat dan asid lemah. Jadi larutan
mestilah beralkali.
NO2- + H2O HNO2 + OH- Kb(NO2-)=?
C7H5O2- + H2O HC7H5O2 + OH- Kb (C7H5O2- ) =?

Kw 1 × 10 −14
K b ( NO2− ) = = = 1.4 × 10 −11
K a ( HNO2 ) 7.2 × 10 − 4
Kw 1.0 × 10 −14
K b (C 7 H 5 O2− ) = = = 1.6 × 10 −10
K a ( HC 7 H 5 O2 ) 6.5 × 10 −5

• Kb (C7H5O2-) > Kb (NO2-)


• C7H5O2- terhidrolisis lebih kuat daripada NO2- untuk menghasilkan
lebih OH-. Jadi larutan NaC7H5O2 mempunyai pH lebih tinggi.

11
Larutan Penimbal (Buffer)
• Larutan penimbal ialah larutan yang apabila ditambahkan sedikit
asid atau bes ke dalamnya nilai pH nya tidak banyak berubah
(hampir tetap) daripada pH asalnya. Oleh itu suatu larutan buffer
perlu mempunyai 2 komponen:
a. komponen yang boleh meneutralkan asid
b. komponen yang boleh meneutralkan bes.

• OLeh itu larutan penimbal biasanya dibentuk daripada campuran:


a. suatu asid lemah dan bes konjugatnya ATAU
b. suatu bes lemah dan asid konjugat

• Contohnya penimbal
campuran asid asetik dan garam natrium asetat
campuran amonia dan garam amonium nitrat.

Tindakan penimbal
• Pertimbangkan suatu larutan penimbal yang dibentuk daripada suatu asid
lemah dan bes konjugatnya, contohnya campuran asid asetik dan natrium
asetat.
CH3COOH + CH3COONa
komponen asid komponen bes
• Apabila sedikit asid kuat ditambahkan kepada larutan buffer ini komponen
bes akan bertindak dengan asid ini.
CH3COO- + H3O+ → CH3COOH + H2O

• Manakala apabila sedikit bes ditambahkan komponen asid pula akan


bertindak.
CH3COOH + OH- → CH3COO- + H2O

• Jadi kedua-dua tindakan ini meneutralkan asid atau pun bes yang
ditambahkan.

Contoh: Tunjukkan bahawa campuran larutan amonia dan amonium klorida


boleh bertindak sebagai penimbal.

Persamaan Larutan Penimbal


Pertimbangkan larutan penimbal yang terbentuk daripada campuran asid
lemah dan bes konjugatnya.
HA + NaA
• Keseimbangan bagi asid lemah
HA + H2O H3O+ + A-
• Pemalar keseimbangannya pula
+ − [ HA]
[ H O ][ A ] [ H 3O + ] = K a × −
Ka = 3 atau [A ]
[ HA]
Dengan mengambil -log untuk kedua-dua bahagian
[ A− ] [bes konjugat ]
pH = pK a + log atau umumnya pH = pK a + log
[ HA] [asid]
Persamaan larutan penimbal ini dikenali sebagai persamaan Henderson-
Hasselbalch.

• Secara praktis kepekatan asal komponen buffer yang digunakan bukan


kepekatan pada keseimbangan. Penimbal paling berkesan apabila
kepekatan kedua-dua komponen hampir sama.

12
Contoh
Tentukan pH bagi larutan penimbal yang mengandungi 0.50 M
asid asetik dan 0.80 M natrium asetat.

[ A− ]
pH = pK a + log
[ HA]
0.80
pH = 4.74 + log = 4.94
0.50

Turunkan persamaan larutan penimbal yang dibentuk dengan


mencampurkan larutan bes lemah dan asid konjugatnya.

Kirakan pH bagi penimbal yang mengandungi 0.60 M amonia dan 0.40 M


amonium klorida.

Syarat penimbal
Dua kriteria yang perlu dipenuhi supaya suatu larutan penimbal
berkesan:

• Nisbah kepekatan/Ka > 100 untuk kedua-dua komponen penimbal


dan
Kepekatan
> 100
Ka

• Nisbah [bes konjugat]/[asid] harus dalam had berikut

[bes konjugat]
0.10 〈 〈 10
[asid ]

Muatan dan Julat Penimbal


1. pH larutan penimbal tidak berubah pada pencairan.
2. Muatan buffer ialah amaun asid atau bes yang boleh dineutral oleh
penimbal sebelum pH nya berubah nilai. Muatan penimbal maksimum
boleh diperolehi jika kepekatan asid lemah dan bes konjugatnya besar dan
hampir sama antara keduanya digunakan.
3. Julat penimbal ialah julat pH di mana penimbal secara berkesan dapat
meneutralkan asid dan bes yang ditambahkan dan dapat mengawal pH
agar sentiasa tetap.
Berdasarkan persamaan.
[bes konjugat]
pH = pK a + log
[asid ]
a) jika [bes konjugat]/[asid] = 1, → pH = pKa
b) jika [bes konjugat]/[asid] = 0.1, → pH’= pKa - 1
c) jika [bes konjugat]/[asid] = 10, → pH”= pKa + 1
• Jadi julat pH maksimum bagi penimbal ialah diantara pKa –1 dan pKa + 1
iaitu 2 unit pH.

• Contoh: Julat pH bagi larutan penimbal dalam contoh di atas ialah di antara
3.94 dan 5.94.

13
Penyedian Penimbal
Contohnya untuk menyediakan larutan penimbal dengan pH 5.09, boleh
dilakukan dengan dua cara
Gunakan asid lemah yang nilai pKa = 5.09. Kemudian sediakan asid
penimbal yang mengandungi kepekatan asid lemah dan bes
konjugat yang sama.
Jika asid lemah dengan pKa tersebut tiada atau tidak ditemui boleh
digunakan asid lemah lain yang mempunyai nilai pKa yang hampir
misalnya HC2H3O2 pKa = 4.74. Kemudian [C2H3O2-] dan [HC2H3O]
yang sesuai disediakan supaya pH akhir 5.09.

Contoh: Berapakah berat NaC2H3O2 mesti dilarutkan dalam 0.300L 0.250


M asid HC2H3O2 untuk menghasilkan larutan buffer dengan pH ~ 5.09

[C 2 H 3 O2− ]
pH = pK a + log
[ HC 2 H 3 O2 ] JMR NaC2H3O2 = 82.0
Jisim NaC2H3O2 = 0.56 x 0.300 x 82.0
[C H O − ] = 13.8 g.
5.09 = 4.74 + log 2 3 2
0.250
[C 2 H 3 O2− ] = 0.56M

Perubahan pH larutan penimbal


Contoh : Tentukan pH bila ditambahkan 0.0060 mol HCl kepada 0.300L
larutan penimbal dengan [HC2H3O2] = 0.250 M dan [NaC2H3O2]=0.560 M.

C2H3O2- + H3O+ → C2H3O2H + H2O

Awal 0.300 x 0.560 = 0.300 x 0.250 =


0.168 mol 0.0750 mol

Perubahan -0.0060 mol +0.0060mol


setelah ditambah
asid
Mol akhir 0.168 -0.0060 = 0.075+0.0060=
0.162 mol 0.0810 mol

Kepekatan akhir 0.162/0.300 = 0.0180/0.300 =


0.540 M 0.270 M

[ A− ] 0.540
pH = pK a + log pH = 4.74 + log = 5.05
[ HA] 0.270

14

You might also like