You are on page 1of 13

58

 TOPIK 6  TEMBIKAR

Topik  Tembikar
6
H
4A. S I L P E M B E L A J A R A N
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan tentang latar belakang tembikar;
2. Menerangkan motif dan ragam hias dalam tembikar;
3. Menghasilkan alat dan bahan untuk menghasilkan tembikar; dan
4. Menghasilkan tembikar.

XX Pengenalan
Tembikar merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan
didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, rekabentuk, rekacorak,
alat dan media, dan teknik untuk penghasilan tembikar. Anda juga akan pelajari
bagaimana untuk menghasilkan satu reka bentuk baru tembikar melalui satu
proses stailisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan.

Akhir sekali anda akan menghasikan satu karya tembikar dengan menggunakan
bahan yang mudah bersuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah.
Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan
kemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi apresiasi
juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
memperbincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.

6.1 DefinIsi tembikar


Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli.telah wujud di negara ini
sejak beribu tahun dahulu. Ragambentuk dan ragam hias yang terdapat pada sei
tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu. Terdapat
TOPIK 6  TEMBIKAR  59

pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Kebanyakan


tembikar yang dihasilkan ini mempunyai ciri-ciri kegunaan harian.

Barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri di Malaysia dapat


dibezakan antara satu sama lain melalui reka corak, reka bentuk atau warnanya
kerana setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersediri serta
dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.

Menggunakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan digilap untuk
dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan lain-lain
lagi. Ia juga dikenali sebagai porselin wares dan seramik.

6.1.1 Sejarah
Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. Ini terbukti
dengan penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan. Bukit Tambun, Ipoh, Perak,
Bukit Tengku Lembu, Perlis dan Ulu Tembeling, Pahang.

Kebanyakan tembikar yang dijumpai mempunyai ciri-ciri barangan harian.


Tembikar berbentuk periuk, belanga dan kukusan merupakan yang paling awal
dicipta oleh tukang tempatan. Bentuk tembikar yang dijumpai mempunyai
persamaan dari segi susunan motif, ketebalan, dan dibuat melalui teknik
pembakaran bersuhu rendah yang bewarna coklat, hitam dan kelabu gelap.
Walau bagaimana pun, barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri
mempunyai teknik pembuatannya yang tersendiri serta dipengaruhi oleh budaya
latar belakang si pembuat.

Hari ini masyarakat masih meminatinya kerana nilai estatik yang terdapat pada
tembikar tersebut sendiri sama ada untuk hiasan atau cenderamata. Sebagai
contoh ialah labu hitam yang rupa bentuknya diilhamkan daripada buah labu
dan masih mengekalkan ciri pembuatan secara tradisional.

Terdapat beberapa kawasan di Malaysia yang terkenal dengan penghasilan


seni tembikar. Antaranya ialah Sayong dan Pulau Tiga di Perak, Mambong di
Kelantan dan di Serawak.

6.2 Jenis-jenis tembikar


Berikut adalah jenis-jenis tembikar:

(a) Geluk
Pada asalnya diperbuat daripada tempurung dan berfungsi sebagai
bekas air. Geluk mempunyai ragam hias dari motif-motif yang kecil dan
ringkas.
60  TOPIK 6  TEMBIKAR

(b) Buyung
Pada asalnya buyung dibentuk tanpa bahagian kaki seperti labu lesap.
Buyung berkaki hanya diperoleh dari Sayong. Umumnya buyung
mempunyai bahagian leher dan badan. Kebiasaannya permukaan buyung
dibiarkan licin tanpa dihias. Saiznya besar dan bahagian badan atau perut
berbentuk bulat penuh.

(c) Jambangan
Jambangan berfungsi sebagai tempat meletak bunga. Saiznya boleh
mencapai sehingga ketinggian 0.6 m -0.9 m. bahagian badannya seperti labu
yang ditinggikan menjadi seperti tempayan atau buyung berkaki.

(d) Labu
Bentuk labu diilhamkan daripada buah labu. Bahagian pucuk berbentuk
separti kubah masjid. Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil air atau
menyimpan air. Corak hiasan labu bersumberkan alam sekeliling dan
berupa bentuk geometri. Labu ini hanya dihasilkan oleh kaum wanita di
Sayong, Perak.

(d) Bekas Perasapan/Bekas Bara


Dalam kepercayaan magis, bekas ini digunakan untuk membakar kemiyan.
Ia masih digunakan sehingga hari ini dalam upacara pengubatan dan
kematian masyarakat tertentu.

aKtivitI 6.1

Bincangkan jenis-jenis tembikar tradisional.

6.2.1 Motif Ragam Hias


Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang
digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif
geometri dan organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada
garis, titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis
panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang antara
satu garis dengan garis yang lain) selalunya dijadikan motif tembikar.
(a) Motif Geometri
(i) Garisan bersilang - seli.
(ii) Titik susun kisi-kisi
(iii) Titik tahi alat
(iv) Garis keluh
(v) Garis berkotak
TOPIK 6  TEMBIKAR  61

(vi) Garis tulang ikan


(vii) Pucuk rebung
(viii) Bentuk potong wajik
(ix) Bentuk segi tiga
(x) Bentuk bujur
(xi) Balung kuku
(xii) Rantai perak
(xiii) Susur kelapa
(xiv) Siku keluang

(b) Motif Gayaan Organik


(i) Sulur kakung
(ii) Bunga cengkih
(iii) Bunga pecah lapan
(iv) Bunga kedudut
(v) Bunga tanjung
(vi) Bunga lawang
(vii) Kelopak
(viii) Sambas
(ix) Tampuk manggis
(x) Tapak pelanduk
(xi) Belalang bercula

(c) Teknik membentuk


Berpandukan rajah-rajah di bawah, sila teliti langkah-langkah membentuk
tembikar.

(i) Langkah 1: Picitan

Rajah 6.1: Langkah 1


62  TOPIK 6  TEMBIKAR

(ii) Langkah 2: Lingkaran

Rajah 6.2: Langkah 2

(iii) Langkah 3: Kepingan

Rajah 6.3: Langkah 3

(iv) Langkah 4: Lempar alin

Rajah 6.4: Langkah 4


TOPIK 6  TEMBIKAR  63

Rajah 6.5 berikut menunjukkan contoh acuan Plaster of Paris.

Rajah 6.5: Contoh acuan Plaster of Paris

(d) Proses membuat tembikar secara tradisional

Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.


(i) Tanah liat
(ii) Piring
(iii) Pisau buluh
(iv) Penepek berukir
(v) Batu sungai
(vi) Sekam padi
(vii) Tanur pembakaran
(viii) Damar
(ix) Dawai pemotong.
(x) Jarum

Berikut adalah proses menghasilkan tembikar:

(i) Penyediaan tanah liat


• Tanah liat diambil dari lokasi seperti tanah busu, tebing sungai dan
sawah padi.
• Tanah liat diproses terlebih dahulu untuk mengasingkan benda
asing/organik yang tidak diperlukan seperti akar-akar kayu, daun,
batu-batu kecil dan lain-lain.
• Ia kemudiannya dijemur untuk dikeringkan.
• Seterusnya iaditumbuk dengan lesung kaki hingga menjadi serbuk.
64  TOPIK 6  TEMBIKAR

• Serbuk halus yang dihasilkan diayak dengan ayak tepung.


• Ia kemudiannya dicampurkan dengan air daun pepulut
(secukupnya – 25% air 1:4) dan diperam semalaman.

(ii) Proses menguli tanah


• Tanah liat diuli agar sebati untuk menyingkirkan gelembung udara
yang terperangkap
• Terdapat 2 teknik menguli iaitu secara ‘spiral’ dan ‘bullhead’
• Setelah diuli tanah liat dipotong dengan dawai untuk memastikan
tiada gelembong udara dan bendasing.

Rajah 6.6: Contoh Proses Menguli

(iii) Proses membentuk


• Secara Picitan
– Membuat lengkaran dan diletakkan di dalam pinggan untuk
membuat bahagian badan.
– Tembikar dibentuk dari bawah dan bergerak ke atas tahap demi
tahap.
– Semasa membentuk, permukaan tanah liat ditekan dengan
kayu di sebelah dalam dan ditahan dengan tangan untuk
menguatkan tembikar.
– Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar.
– Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.
– Tapak atau kaki tembikar yang telah dibuat secara berasingan
dicantumkan kepada bahagian badan tembikar yang telah
siap dibuat semasa tanah liat tersebut dalam keadaan separuh
kering.
– Sambung bahagian tengkuk dan muncung tembikar.
– Rata dan kemaskan bahagian muncung tembikar.
– Potong lebihan muncung tembikar untuk kemasan.
TOPIK 6  TEMBIKAR  65

• Secara Lingkaran
– Tekan dan ratakan bentukan kepingan untuk dijadikan tapak.
– Membuat lingkaran tanah liat dengan kedua belah tangan di atas
permukaan datar seperti meja.
– Guris bahagian tepi tapak dan bahagian lingkaran dengan jarum,
sapu dengan lumpur tanah liat (slip) menggunakan berus.
– Cantumkan lingkaran dan tekan pada bahagian tapak.
– Ulang proses ini sehingga mendapat bentuk yang dikehendaki.
– Ratakan bahagian sambungan pilihan dengan berus atau alatan
memodel.

(iii) Secara Kepingan


– Membuat templet daripada kadbod mengikut skala sebagai
panduan.
– Buat kepingan tanah liat dengan penggelek setebal 2 kepingan kayu
yang diletakkan di kiri kanan tanah liat.
– Letakkan templet di atas kepingan tanah liat dan potong.
– Potong bahagian tepi kepingan secara menyerong 45 darjah.
– Guris bahagian-bahagian tepi yang akan disambung dengan
menggunakan jarum.
– Sapu/celup bahagian-bahagian hujung yang akan disambung
dengan Lumpur tanah liat (slip).
– Sambungkan bahagian-bahagian kepingan yang telah disediakan
sehingga menjadi bentuk yang dikehendaki.
– Tekan bahagian sambungan di sebelah dalam supaya rata,
kemudian tambahkan lingkaran kecil pada bahagian sambungan
tersebut dan ratakan.
– Ratakan seluruh permukaan dengan menggunakan span basah.

(vi) Proses Hiasan


Ragamhias dibuat dengan menggunakan penepek berukir, sewaktu
permukaan masih dalam keadaan lembut.

(v) Proses melicinkan


Kemudian dilicinkan dengan batu sungai tembikar yang telah siap
dibiarkan kering sebelum dibakar.
66  TOPIK 6  TEMBIKAR

(vi) Proses pembakaran


• Teknik tanur
– tembikar yang telah kering dimasuk dan disusunkan dalam
tanur untuk pembakaran.
– Pembakaran dilakukan sekurang-kurangnya 8 – 12 jam.
• Teknik penggunaan para
– Tetakkan tembikar di atas para dengan mengkhalakan mulutnya
ke atas api untuk disalai selama lebih kurang 6 hingga 8 jam.
• Teknik diangkan pada unggun api.
– Diangkan tembikar pada unggung api sehingga benar-benar
kering dan keras.

(vii) Proses mewarna


Apabila tembikar itu telah masak, dalam keadaan yang masih panas ia
dikeluarkan daripada tanur dan dimasukkan ke dalam sekam padi selama
10 minit sehingga menjadi hitam seakan-akan sepuh. Damar disapu di
bahagian bawah tembikar untuk menghindarkan ketelapan.

aKtivitI 6.2

1. Bincangkan poses penghasilan tembikar menggunakan teknik


lingkaran.
2. Terangkan 3 teknik pembakaran tembikar.

6.3 Aktiviti Latihan Pembelajaran


Membuat labu atau pasu bunga: Menggunakan tanah liat

(a) Bahan untuk membuat tembikar


(i) Tanah liat
(ii) Pinggan
(iii) Pisau buluh
(iv) Bekas air
(v) Air

Menghasilkan satu bentuk tembikar daripada tanah liat dengan


menggunakan teknik picitan.
TOPIK 6  TEMBIKAR  67

Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang beberapa bentuk


tembikar.
Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran bentuk
tembikar kepada pelajar.
Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat
cara bagaimana melakar bentuk tembikar.
Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan bentuk tembikar yang
baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.
Langkah 5 : Pelajar membentuk tembikar mengikut lakaran.

(b) Proses pembentukan tanah liat (menguli)


Langkah 1 : Seketul tanah liat diuli. Menguli secara ‘spiral’ atau ‘bullhead’.
Langkah2 : Potong tanah liat tersebut untuk memastikan tiada gelembong
udara dan berdesing.
Langkah 3 : Kepingan tanah ditekan-tekan dengan jari untuk mengetahui
dan menghilangkan butiran-butiran yangkeras pada tanah
liat.
Langkah 4 : Ambil tanah liat dan pegang dengan tangan kiri, tangan
kanan mengambil sebahagian tanah liat tadi dan lagakan
hingga bersatu.
Langkah 5 : Tanah ditekan lagi dan dihempap di atas meja secara berulang
supaya menjadi lembut dan liut.

(c) Proses membentuk tembikar


Langkah 1 : Memulakan proses membentuk dengan membuat lengkaran
dan diletakkan di dalam pinggan untuk membuat bahagian
badan.
Langkah 2 : Tembikar dibentuk dari bawah dan bergerak ke atas tahap
demi tahap secara picitan dan ditahan dengan tangan yang
satu lagi untuk menguatkan tembikar.
Langkah 3 : Biarkan ia separuh kering sebelum membuat corak atau
mengemaskannya.
Langkah 4 : Pisau buluh atau plastik bag digunakan untuk melicinkan
pembukaan tembikar. Tekan dan gerakkan bahagian mata
pisau dari bawah ke atas.
Langkah 5 : Biarkan ia kering sepenuhnya.
68  TOPIK 6  TEMBIKAR

aKtivitI 6.3

1. Apakah bahan untuk membuat tembikar?


2. Bincangkan proses membentuk tembikar.

(d) Persembahan hasil kerja


(a) Penilaian berdasarkan
(i) idea reka cipta
(ii) kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
(iii) kemasan

(b) Apresiasi
Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil kerja sendiri dan orang
lain.

(e) Aktiviti cadangan


Membuat satu lawatan ke kilang atau tempat membuat tembikar
Tempat : kilang tembikar atau tempat membuat tembikar yang
berhampiran
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catitan
(i) bagaimana tembikar dihasilkan
(ii) berapa teknik tembikar dihasilkan
(iii) proses bagaimana tembikar dihasilkan di peringkat
permulaan hingga akhir
(iv) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari kraf tembikar
(v) pemasaran barangan tembikar.

(f) Aktiviti pembelajaran tambahan


(i) Latihan
Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni tembikar. Teliti setiap contoh
dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.

(ii) Latihan
Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada
tembikar.
TOPIK 6  TEMBIKAR  69

aKtivitI 6.4

1. Apakah itu tembikar?


2. Bincangkan teknik-teknik untuk membuat tembikar?
3. Sebutkan jenis-jenis tembikar?
4. Apakah alat yang digunakan untuk tembikar?
5. Bincangkan proses untuk menghasilkan tembikar?

rumusan

• Dalam topik ini anda telah didedahkan tentang latar belakang tembikar.
• Anda sekarang juga maklum tentang motif dan ragam hias dalam tembikar.
• Akhir sekali anda telah pelajari mengenai alatan dan bahan untuk
menghasilkan tembikar.

Bekas bara Jambangan


Buyung Labu
Geluk Tembikar

rUJUKAN

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.
70  TOPIK 6  TEMBIKAR

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum


Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

You might also like