You are on page 1of 7

80

 TOPIK 8  WAU (LAYANG-LAYANG)

Topik  Wau
(Layang-layang)
8
H
4A. S I L P E M B E L A J A R A N
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan tentang latar belakang wau;
2. Menerangkan motif dan ragam hias dalam wau;
3. Menerangkan alat dan bahan untuk menghasilkan wau; dan
4. Menghasilkan satu wau.

XX Pengenalan
Wau adalah merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan
didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, rekabentuk, rekacorak,
alat dan media, dan teknik untuk penghasilan wau. Anda juga didedah
bagaimana untuk menghasilkan satu reka corak baru wau melalui satu proses
stailisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan.

Akhir sekali anda akan menghasikan satu karya wau dengan menggunakan
bahan yang mudah bersuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah.
Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan
kemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi apresiasi
juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
memperbincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.

8.1 DefinIsi
Diertikan sebagai layangan iaitu rangka kayu yang baluti kertas dan
diterbangkan dengan tali layang-layang dan dijadikan aktiviti untuk tujuan
tertentu terutamanya sebagai aktiviti rekreasi.
TOPIK 8  WAU (LAYANG-LAYANG)  81

Wau merupakan alat permainan yang dibuat daripada kertas,gentian atau


kain yang berangka daripada buluh atau gentian. Wau yang berkepala,
bersayap,berekor dan bertali teraju diterbangkan dengan bantuan angin. Wau
yang terdapat dalam palbagai-bagai bentuk dan nama dikenali juga dengan
nama layang-layang di johor, Negeri sembilan dan Selangor.

8.1.1 Istilah Layang-layang di Malaysia


Layang-layang lebih sinonim di negeri-negeri di pantai barat dan selatan
Semenanjung Malaysia seperti di Selangor, Melaka dan Johor berbanding dengan
negeri di pantai timur. Ini terbukti berdasarkan catatan tun Sri lanang,di mana
menurut beliau, Raja Ahmad bermain layang-layang bersama-sama dengan
pemuda-pemuda serta kerabat di raja.

Secara umumnya, layang-layang terbahagi kepada empat:


(a) Layang-layang laga
(b) Layang-layang anak
(c) Layang-layang hiasan
(d) Layang-layang atau wau

8.2 Wau
Di Malaysia terdapat satu istilah bagi layang-layang iaitu wau. Perkataan
wau digunakan oleh rakyat di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia
terutama sekali di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Terdapat beberapa
teori tentang asalnya perkataan wau. Menurut Wayne Hosking dalam “kites
of Malaysia” perkataan wau berasal daripada Belanda iaitu berasal daripada
perkataan “Wouw”. Ianya merujuk kepada sejenis burung besar yang biasa
dijumpai di Asia tenggara. Pandangan ini bercanggah dengan pendapat orang
tua-tua di Kedah. Menurut mereka perkataan wau berasal daripada perkataan
Thailand. Di Thailand layang-layang dipanggil sebagai wau. Fakta terbaharu
yang dijumpai, menyatakan bahawa perkataan wau wujud daripada bunyi yang
dihasilkan oleh busar yang tedapat pada wau. Apabila wau dinaikkan ke udara,
daun ibus yang dipasang pada busur itu menghasilakan bunya ‘wau’, ’wau’,
’wau’ secara irama.

AKTIVITI 8.1

Bincangkan tentang teori asal perkataan wau.


82  TOPIK 8  WAU (LAYANG-LAYANG)

(a) Ciri-ciri utama wau


Mesti mempunyai kepala, sayap dan ekor.

(b) Jenis-jenis wau


Rajah 8.1 berikut menunjukkan jenis-jenis wau.

Wau bulan Wau Jala Budi Wau Kucing Wau daun atau barat

Rajah 8.1: Jenis-jenis wau

AKTIVITI 8.2

Bincangkan perbezaan antara wau bulan dan wau kucing.

(c) Jenis kegunaan wau


Berikut adalah jenis kegunaan wau:
(i) Wau yang dibuat untuk dijayangkan di udara.
(ii) Wau yang dibuat untuk mempertandingkan keindahan hiasannya.
(iii) Wau yang dibuat untuk hiasan dinding dan dijual kepada pelancung.

AKTIVITI 8.3

Bincangkan tentang jenis kegunaan wau.

(d) Wau dimensi baru


Pada mulanya wau dicipta untuk terbang di angkasa sehingga menjadi
permainan yang sangat digemari orang, terutamanya pendudukan di
Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Kini, wau telah terkeluar dari
tujuan asalnya. Wau dicipta khas untuk hiasan kerana reka bentuk, corak
serta warna yang begitu mengagumkan. Wau hiasan mempunyai pasaran
yang baik di dalam dan juga di luar negeri, serta telah menjadi satu identiti
istimewa negara. Wau dengan pelbagai saiz dan corak sering diletakkan
TOPIK 8  WAU (LAYANG-LAYANG)  83

sebagai hiasan di dinding ruang tetamu, restoran, firma, hotel, pejabat,


rumah dan tempat-tempat lain.

AKTIVITI 8.4
Apakah keistimewaan wau hiasan?

(e) Corak hiasan wau


(i) Corak wau tradisional biasanya digubah halus dan padat dengan awan
larat yang motifkan tumbuh-tumbuhan.
(ii) Corak berulang pada birai (tepi) bingkai wau juga disusun rapat.
(iii) Bagi melahirkan corak yang jelas, keseluruhan corak diukir (Tebuk).
Tidak sekali-kali dilukis dengan mrenggunakan berus dan semburan
warna.
(iv) Setelah diukir, barulah ditampal pada kertas warna.
(v) Beberapa lapisan warna digunakan dalam wau.

(f) Jenis-Jenis Motif


(i) Bunga matahari
(ii) Daun ketumbit
(iii) Ketamguri.
(iv) Pucuk rebung
(v) Itik pulang petang
(vi) Badak mudik

AKTIVITI 8.5

Bincangkan jenis-jenis motif yang terdapat pada wau.

8.3 Proses Membuat Wau


(a) Alatan dan bahan yang digunakan:
(i) Alat
Pisau kecil, pisau raut, pisau pemotong, pensil dan gunting
(ii) Bahan
Buluh (jenis yang kuat, liut dan ringan seperti buluh duri), kertas
minyak atau kertas warna, gam dan benang
84  TOPIK 8  WAU (LAYANG-LAYANG)

(b) Langkah-langkah untuk membuat wau:


(i) Ambil beberapa kepingan buluh yang telah diurut.
(ii) Ikat buluh yang telah diraut untuk dijadikan bingkai wau.
(iii) Ambil beberapa helai kertas warna mengikut warna kehendak kita.
(iv) Lipat dua helai kertas warna tadi dan tekap bentuk wau tersebut.
(v) Lipat bahagian atas kertas menjadi 1/4 dan lukis ukiran awan larat.
(vi) Potong dan sobek bahagian awan larat yang telah dilukis.
(vii) Bahagian yang telah dilsobek itu harus ditampal pada kertas warna.
(viii) Tampal kertas tersebut untuk dihiasai pada rangka wau.

(c) Aktiviti latihan pembelajaran membuat wau hiasan:


(i) Menggunakan kertas
Bahan:
• Kertas pelbagai warna
• Kadbod
• Pisau
• Pembaris
• Gunting
• Gam

Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang rekacorak


yang terdapat dalam wau.
Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran
rekacorak wau kepada pelajar.
Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi
peringkat cara bagaimana untuk membuat lakaran
rekacorak wau hiasan.
Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia
atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.
Langkah 5 : Pelajar menghasilkan satu rekacorak wau hiasan.

(ii) Membuat wau hiasan


• Ambil beberapa helai kertas warna mengikut warna kehendak kita.
• Lipat 2 helai kertas warna tadi dan tekap bentuk wau tersebut.
• Lipat bahagian atas kertas menjadi 1/4 dan lukis rekacorak wau
tersebut.
TOPIK 8  WAU (LAYANG-LAYANG)  85

• Potong bahagian sobek rekacorak yang telah dilukis.


• Bahagian yang telah dilukis itu harus ditampal pada kertas warna.
• Tampal kertas yang dihiasi pada kadbod.

(iii) Persembahan hasil kerja


• Penilaian berdasarkan
– idea reka cipta
– kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
– kemasan
• Apresiasi
Perbincangan dan meperkatakan tentang hasil karya individu dan
orang lain.

(c) Aktiviti cadangan


Membuat satu lawatan ke kilang wau atau tempat membuat wau
Tempat : kilang atau tempat membuat wau yang berhampiran
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan
(i) bagaimana wau dihasilkan
(ii) proses bagaimana wau dihasilkan diperingkat
permulaan hingga akhir
(iii) kepelbagaian rupa bentuk yang dihasilkan dari wau
(iv) pemasaran barangan wau.

Aktiviti pembelajaran tambahan


1. Latihan
Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni wau. Teliti setiap contoh dari segi
corak,kesan warna dan bahan yang gunakan.
2. Latihan
Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada wau.

LATIHAN 8.6

1. Apakah itu wau?


2. Bincangkan teknik-teknik untuk membuat wau?
3. Sebutkan jenis-jenis wau?
4. Apakah alat yang digunakan untuk membuat wau?
5. Bincangkan proses untuk menghasilkan wau?
86  TOPIK 8  WAU (LAYANG-LAYANG)

rumusan

• Dalam topik ini anda telah pelajari tentang latar belakang wau.
• Anda juga telah didedahkan dengan motif dan ragam hias dalam wau.
• Akhir sekali anda telah maklum tentang alatan dan bahan untuk menghasilkan
sesebuah wau.

Layang-layang Layang-layang laga


Layang-layang anak Wau
Layang-layang hiasan

rUJUKAN

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum


Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

You might also like