You are on page 1of 67

PERINTAH AM BAB ‘E’:

RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT


KERAJAAN
OBJEKTIF

 Mengenalpasti dan mengunapakai peraturan-


peraturan yang berkaitan dengan rumah dan
bangunan pejabat kerajaan.
 Memberi gambaran yang jelas tentang peraturan-
peraturan mendiami rumah kerajaan.
 Menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi
berkaitan dengan rumah dan bangunan pejabat
kerajaan.
TAFSIRAN

 Keluarga pegawai bermakna suami isteri dan


anak-anak.
 Ketua Jabatan bermaksud ketua sesebuah
Jabatan.
 Pegawai Perumahan ialah pegawai yang dilantik
untuk menguruskan rumah kerajaan.
LATAR BELAKANG

Bukan tanggungjawab Kerajaan untuk menyediakan


perumahan melainkan bagi anggota Polis Diraja
Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Bagi anggota yang mustahak berada setiap masa dekat


dengan tempat bekerja, berdasarkan kemampuan
Kerajaan, perumahan masih disediakan bagi pegawai
tertentu i.e; hospital, sekolah berasrama dan Jabatan
Kastam dan Eksais Di Raja.
RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT
KERAJAAN
¤ Latar Belakang
¤ Jenis-jenis Rumah Kerajaan
¤ Peraturan-Peraturan
¤ Tanggungjawab Pegawai Yang Mendiami
Rumah
¤ Pekeliling Perkhidmatan/Surat Pekeliling
Perkhidmatan/ Surat Pekeliling Am Yang
Berkaitan
Rumah Kediaman Luar
Negeri
Rumah Biasa Kerajaan
Kediaman Rasmi

Jenis-Jenis
Rumah
Kerajaan?
Rumah Khas Jawatan
Rumah Biasa Jabatan
Rumah Khas Jabatan
JENIS-JENIS RUMAH KERAJAAN
Rumah Biasa Kerajaan
 Rumah selain daripada rumah khas Jawatan dan
rumah khas Jabatan (pool quarters)

Pegawai Yang Layak:


 semua pegawai yang sedang berkhidmat layak
memohon rumah biasa kerajaan.
 Pegawai perlu memohon kepada Setiausaha
Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana
Menteri
JENIS-JENIS RUMAH KERAJAAN

Rumah Khas Jawatan


 Rumah yang dikhaskan kepada pegawai-pegawai atasan

yang diperuntukkan rumah khas berdasarkan jawatan yang


disandang oleh pegawai.

Pegawai Yang Layak:


 Pegawai Daerah

 Pengetua
JENIS-JENIS RUMAH KERAJAAN

Rumah Khas Jabatan (RKJ)


 Rumah Kerajaan yang didirikan khas oleh
Jabatan untuk seseorang pegawainya yang
mustahak berada setiap masa dekat dengan
tempat bekerja kerana kepentingan
perkhidmatan pegawai.

Pegawai Yang Layak:


 pegawai yang dikehendaki tinggal atas
panggilan (on-call)
 contoh: Pegawai Perubatan atau Pegawai
Paramedik
JENIS-JENIS RUMAH KERAJAAN

Rumah Biasa Jabatan


 Rumah biasa kerajaan yang dimiliki oleh sesuatu

Jabatan Kerajaan (departmental pool quarters).

Pegawai Yang Layak:


 semua pegawai dalam agensi berkenaan layak

memohon rumah biasa Jabatan.


 pegawai perlu memohon kepada Pegawai

Perumahan agensi masing-masing .


JENIS-JENIS RUMAH KERAJAAN
Rumah Kediaman Luar Negeri
 Rumah yang disewa atau dimiliki oleh Kerajaan untuk

kediaman pegawai-pegawai yang ditempatkan berkhidmat


di kedutaan-kedutaan atau Pejabat-pejabat Kerajaan
Malaysia di seberang laut.

Pegawai Yang Layak:


 Semua pegawai Kerajaan yang berkhidmat di luar negeri

layak disediakan rumah kerajaan di luar negeri.

Rujukan:
 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1994
JENIS-JENIS RUMAH KERAJAAN
Kediaman Rasmi
 Rumah yang disediakan bagi Ketua Perkhidmatan dan pegawai

tinggi tertentu yang dikenalpasti oleh Kerajaan boleh


disediakan kediaman lengkap dengan kelengkapan dan perabot
rumah.

Pegawai Yang Layak:


 Ketua Perkhidmatan dan pegawai tinggi yang dikenalpasti oleh

Kerajaan.

Rujukan:
 Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1997, Surat Pekeliling Am Bil.

1 Tahun 2001
JENIS-JENIS RUMAH KERAJAAN

Mes Kerajaan
 Pada biasanya Mes disediakan di dalam sesuatu

daerah Polis atau Tentera.

Pegawai Yang Layak:


 Pegawai Kanan (termasuk Inspektor Polis) dan

Pegawai Rendah untuk anggota Polis atau


Tentera.
JENIS-JENIS RUMAH KERAJAAN

Asrama Kerajaan
 Kemudahan ini biasanya disediakan khas untuk

Jururawat pelatih di hospital atau pusat latihan.

Pegawai Yang Layak:


 Jururawat atau Pembantu Jururawat di hospital

atau pusat latihan


PERATURAN
Kerajaan berhak memperuntuk rumah

Perintah Am 5 (a) Bab ‘E’-


Walau apapun peruntukan lain dalam bab ini,
Kerajaan berhak memperuntukkan sebarang
rumah kediaman kepada mana-mana pegawai
yang difikirkannya sesuai untuk mendapat
rumah, atau menyuruh pegawai-pegawai
berkongsi rumah.
Pegawai boleh diarah kosongkan rumah

Perintah Am 5 (b) Bab ‘E’-


Kerajaan atau Pegawai Perumahan boleh
menghendaki seseorang pegawai itu
mengosongkan sesebuah rumah untuk tujuan
membaikinya atau lain-lain sebab yang munasabah
dengan memberi tempoh satu bulan, tanpa
memberi pegawai itu rumah lain sebagai gantinya.
Rumah yang diperuntukkan boleh ditarik balik

Perintah Am 5 (c) Bab ‘E’-


Pegawai Perumahan berhak menarik balik mana-
mana rumah yang telah diuntukkan kepada
seseorang pegawai apabila pegawai itu tidak
mengambil alih rumah tersebut dalam masa yang
ditetapkan olehnya, yang biasanya tidak akan
melebihi tempoh 30 hari. Sesebuah rumah yang
telah ditarik balik itu boleh diuntukkan semula
oleh Pegawai Perumahan kepada mana-mana lain
yang telah memohon.
Sewa Rumah
Perintah Am 6 Bab ‘E’-
Seseorang pegawai yang dibenarkan mendiami sesebuah
rumah Kerajaan atau sesebuah rumah yang disewakan khas
untuknya akan dikehendaki membayar sewa mengikut kadar
yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa
melainkan jikalau ia telah dikecualikan daripada membayar
sewa mengikut syarat-syarat perkhidmatannya.

Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1977,
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1996 dan Bil. 4 Tahun
2002
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI YANG
MENDIAMI RUMAH KERAJAAN
Pegawai mesti mematuhi peraturan

Perintah Am 7 Bab ‘E’-


Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah
rumah Kerajaan atau sesebuah rumah yang
disewakan khas untuknya oleh Kerajaan, akan
dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan dalam
bab ini.
Dilarang meminda rumah

Perintah Am 8 Bab ‘E’-


Pegawai-pegawai adalah dilarang membuat
tambahan atau pindaan kepada mana-mana bahagian
dalam atau luar rumah tanpa kebenaran terlebih
dahulu daripada Jabatan Kerja Raya tempatan.
Mereka juga akan bertanggungjawab atas apa-apa
kerosakan atau kekurangan kepada bangunan atau
perabut-perabut di dalamnya yang bukan disebabkan
oleh penggunaan yang sepatutnya.
Dilarang menyewakan rumah

Perintah Am 9 Bab ‘E’-


Pegawai-pegawai adalah dilarang daripada
menyewakan mana-mana bahagian rumah yang telah
diuntukkan kepadanya. Selain daripada keluarga
pegawai dan orang-orang gajinya, serta tetamu-
tetamu sementara, tidak ada orang lain yang boleh
dibenarkan tinggal dalam rumah tersebut. Sesebuah
rumah itu tidak boleh digunakan untuk kegunaan lain
melainkan sebagai tempat kediaman pegawai sendiri.
Larangan berternak binatang

Perintah Am 10 Bab ‘E’-


Pegawai-pegawai juga adalah dilarang daripada
memelihara binatang-binatang ternakan,
termasuk ayam itik, di mana-mana bahagian
rumah, di bawahnya atau dalam kawasannya.
Tanggungjawab membersih kawasan

Perintah Am 11 Bab ‘E’-


Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai
yang mendiami rumah Kerajaan menjaga dengan
sebaik-baiknya kebersihan dalam rumah dan juga
dalam kawasan rumahnya, termasuk kerja-kerja
memotong rumput dan membuang sampah sarap
seperti tin-tin kosong, botol-botol dan lain-lain lagi.
Melaporkan kerosakan

Perintah Am 12(a) Bab ‘E’-


Setiap pegawai adalah dikehendaki
melaporkan kepada Jabatan Kerja Raya
kerosakan atau kekurangan tentang rumah
yang didudukinya apabila sahaja kerosakan
atau kekurangan itu berlaku atau diketahui.
Kegagalan pegawai melaporkan hal ini boleh
mewajibkan pegawai membayar sebahagian
atau semua perbelanjaan membaiki atau
mengganti yang diperlukan.
Pegawai kena membayar kerosakan

Perintah Am 12(b) Bab ‘E’-


Di mana kerosakan atau kekurangan di (a) atau ke atas
perabot-perabot atau alat-alat perkakas Kerajaan telah
disebabkan bukan kerana penggunaan yang
berpatutan maka pegawai boleh dikehendaki
membayar semua atau sebahagian daripada belanja
membaiki atau menggantikannya seperti yang
ditaksirkan oleh Pengarah Keraja Raya Negeri atau
belanja sebenar mengikut kontrak.
Laporan memasuki rumah

Perintah Am 13 (a) Bab ‘E’-


Seseorang pegawai yang telah diperuntukkan
sebuah rumah Kerajaan oleh Pegawai Perumahan
hendaklah melaporkan perkara itu kepada Jabatan
Kerja Raya tempatan dengan menyatakan tarikh ia
bercadang hendak memasuki rumah tersebut.
Pegawai akan dikehendaki untuk menandatangani
satu sijil akuan masuk rumah mengambil alih
tanggungjawab atas segala barang-barang, perkakas-
perkakas dan perabot-perabot dalam rumah tersebut.
Laporan tarikh masuk kepada Pegawai Perumahan

Perintah Am 13 (b) Bab ‘E’-


Pegawai adalah dikehendaki melaporkan tarikh
sebenar ia masuk ke rumah tersebut kepada
Pegawai Perumahan yang akan memberitahu Ketua
Pejabatnya supaya memotong sewa daripada
gajinya pada tiap-tiap bulan. Salinan-salinan
pemberitahuan pegawai perumahan itu hendaklah
dihantar kepada Akauntan Negara dan Juru Audit
Negara.
Laporan Mengosongkan Rumah

Perintah Am 14 (a) Bab ‘E’-


Seseorang pegawai yang akan berpindah dari
rumah Kerajaan hendaklah melaporkan hal itu
kepada Jabatan Kerja Raya tempatan dan juga
Pegawai Perumahan sekurang-kurangnya 14
hari sebelum tarikh ia bercadang hendak
mengosongkan rumah tersebut.
Pegawai mesti menyerah kunci

Perintah Am 14 (b) Bab ‘E’-


Pegawai dikehendaki untuk menyerahkan kunci
rumah tersebut dan menandatangani satu sijil
akuan keluar rumah.
GRED DAN KELAS RUMAH
KELAYAKAN RUMAH KERAJAAN
GRED KATEGORI
GRED KELAS RUMAH
Utama ‘B’ / Gred Khas ‘B’ dan A
keatas
Utama C / Gred Khas ‘C” B
53 dan 54 C / B (B sekiranya ada
kekosongan)
47 hingga 52 C
41 hingga 46 D/C (C sekiranya ada
kekosongan)
31 hingga 40 E/D (D sekiranya ada
kekosongan)
27 hingga 30 E
21 hingga 26 F/E (E sekiranya ada
kekosongan)
13 hingga 20 G
1 hingga 12 H, I dan J
KADAR SEWA ,PEMBAYARANNYA DAN
LAIN – LAIN BAYARAN
Kelas Kawasan Kawasan Kawasan Di kawasan luar
Rumah Bandaraya KL,PJ Bandar Besar spt Perbandaran, daripada kawasan
dan Seberang Georgetown,Ipoh, Majlis Bandaran, Perbandaran dan
Laut JB,Sban,Mlk,Kuantan, selain daripada ruang Majlis Bandaran
Kelang 2 dan 3
dan Butterworth

A RM650.00 RM550.00 RM435.00 RM200.00


B RM500.00 RM415.00 RM335.00 RM140.00
C RM350.00 RM295.00 RM240.00 RM80.00
D RM200.00 RM175.00 RM155.00 RM60.00
E RM150.00 RM130.00 RM110.00 RM50.00
F RM100.00 RM85.00 RM75.00 RM40.00
G RM45.00 RM35.00 RM30.00 RM20.00
H RM20.00 RM15.00 RM10.00 RM8.00
I RM10.00 RM8.00 RM6.00 RM4.00
J RM10.00 RM8.00 RM6.00 RM4.00
¤ Perintah Am 16 - Sewa dikira dari hari masuk

¤ Perintah Am 17 (a) Sewa dipotong dari gaji


17 (b) Sewa akhir mesti dikutip

¤ Perintah Am 18 - Letrik, air dll. adalah tanggungan


pegawai

¤ Perintah Am 19 - Sekiranya menduduki rumah


kelas tinggi dari kelayakan pegawai, sewa yang
dikenakan adalah mengikut kadar sewa rumah
yang pegawai layak.
¤ Perintah Am 20 - sewa rumah kelas rendah dari
pegawai berhak.
¤ Perintah Am 21 - sekiranya pegawai ingkar
berpindah sekiranya diarahkan berbuat demikian,
pegawai akan dikehendaki untuk membayar sewa
dua kali ganda dari sewa yang sedang ia
membayar dikira dari tarikh ia diberi notis
berpindah.
¤ Perintah Am 22 - seseorang pegawai yang telah
diberikan pinjaman perumahan dan masih tinggal
di rumah Kerajaan bila rumahnya telah siap dibina
boleh dikenakan sewa sebanyak dua kali ganda
yang patut dibayarnya.
¤ Perintah Am 23 - sewa pegawai – pegawai yang
berkongsi rumah.
Tanggungjawab Ketua Jabatan

¤ Perintah Am 24 - Jabatan Perdana Menteri


betanggunagjawab tentang bangunan.
¤ Perintah Am 25 - Ketua Jabatan
bertanggungjawab menjaga bangunan
¤ Perintah Am 26 - Pindaan Besar.
Tanggungjawab Jabatan Kerja Raya

¤ Perintah Am 27 - JKR patut memeriksa /membaiki


bangunan.
¤ Perintah Am 28 – Hak masuk rumah
¤ Perintah Am 29 - Peraturan Ambil Alih Rumah.
¤ Perintah Am 30 - Peraturan Kosongkan Rumah.
¤ Perintah Am 31 - Rumah Khas Jabatan ( spt PA
29 & 30 ).
¤ Perintah Am 32 - Tanggungjawab Am JKR
Pelbagai

¤ Perintah Am 33 - Mengosongkan rumah bila


bersara.
¤ Perintah Am 34 – Ketua Jabatan Melaporkan bila
pegawai bersara
¤ Perintah Am 35 - Sewa mes dan asrama.
LAYAK ITP?

SEWA
? LAYAK
PERBEZAAN ITP?
Berdasarkan perenggan 19, Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1996,
pegawai yang menerima kemudahan
perumahan tidak akan layak Imbuhan
Tetap Perumahan dan tidak dikenakan
bayaran sewa.
PELBAGAI:
¤ Kadar sewa rumah Kerajaan yang terpakai adalah
seperti di Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun
1977.

¤ Penetapan kelayakan kelas rumah kerajaan


mengikut lingkungan gaji adalah seperti di
perenggan C1, Lampiran C, Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002

¤ Pegawai yang telah dikenalpasti dan disediakan


Rumah Khas Jabatan tiada pilihan untuk
menduduki rumah tersebut dan boleh dikenakan
tindakan tatatertib sekiranya ingkar.
PELBAGAI

¤ Pegawai yang bercuti sebelum bersara dibenarkan


untuk menduduki rumah tersebut selama tidak
melebihi 30 hari lagi selepas hari cutinya (bukan
untuk RKJ atau Rumah Khas Jawatan)

¤ Pegawai yang mendiami RKJ hendaklah


mengosongkan rumah tersebut di hari akhir ia
bekerja tetapi dibenarkan tinggal selama tidak
lebih 30 hari lagi, sekiranya tidak ada pegawai lain
yang berhak.
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dicatatkan
sebagai pendapatan dalam Penyata Gaji dan
dikontra dengan potongan kadar sewa bagi
merekodkan hasil kepada Kerajaan, walaupun
sewa tidak dikenakan kepada pegawai yang
menduduki rumah kerajaan.

Jabatan Akauntan Negara


CONTOH 1 :
ITP lebih daripada kadar sewa rumah
¤ Kelas Rumah - C

¤ Sewa Rumah - RM350 sebulan

¤ ITP - RM700/RM900 sebulan


¤ Slip gaji - Sewa Kuarters Putrajaya
¤ Kod - 1065

Pendapatan Potongan
Bayaran Sewa Rumah - RM350
ITP - RM350
CONTOH 2:
ITP kurang daripada kadar sewa rumah
¤ Kelas Rumah - C

¤ Sewa Rumah - RM350 sebulan

¤ ITP - RM180 sebulan


¤ Slip gaji - Sewa Kuarters Putrajaya
¤ Kod - 1065

Pendapatan Potongan

ITP – RM180 Bayaran Sewa Rumah – RM180


CONTOH 3
ITP kurang daripada kadar sewa rumah
¤ Kelas Rumah - E

¤ Sewa Rumah – RM150 sebulan

¤ ITP - RM180 sebulan


¤ Slip gaji - Sewa Kuarters Putrajaya
¤ Kod - 1065

Pendapatan Potongan

ITP – RM150 Bayaran Sewa Rumah – RM150


BAYARAN PERUMAHAN KHAS
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001
BAYARAN PERUMAHAN KHAS
 Kadar yang pegawai layak ialah 50% daripada kadar
ITP bagi pegawai yang menduduki -
 Rumah Khas Jawatan;
 Rumah Khas Jabatan; dan
 Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan

• Dengan syarat pegawai tidak menyewakan rumah


sendiri;
• Perkhidmatan Tentera, Polis, Bomba, Penjara dan
Unit Pencegah Penyeludupan tidak layak bayaran ini.
ELAUN PERUMAHAN WILAYAH
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2002
Elaun Perumahan Wilayah (EPW)

 Menggantikan kemudahan Had Kadar Sewa Rumah


yang diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan
Bil. 6 Tahun 1987
 EPW diperkenalkan dalam Pekeliling Perkhidmatan
Bil. 11 Tahun 2001
 Pegawai yang bertukar Wilayah antara Sabah
(termasuk labuan), Semenanjung dan Sarawak layak
EPW
Pegawai yang bertukar Wilayah ertinya:

 Pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan)


atau Sarawak yang dilantik dan/atau ditempatkan
berkhidmat di Semenanjung;
 pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik
dan/atau ditempatkan berkhidmat di abah (termasuk
Labuan) atau Sarawak; atau
 Pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan)
yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di
Sarawak dan Pegawai yang berasal dari Sarawak yang
dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah
(termasuk Labuan)
Takrif berasal pegawai ditentukan
berasaskan asal pegawai dengan memberi
perhatian kepada asal ibu dan bapa pegawai:
 Pegawai dan ibu bapa yang dilahirkan di Wilayah
yang sama diangap berasal dari Wilayah yang sama;
 Pegawai yang ibu bapanya dilahirkan di Wilayah
yang sama dianggap berasal dari Wilayah atau
tempat lahir ibu bapanya;
 Pegawai yang ibu bapanya dilahirkan di Wilayah
yang berbeza boleh memilih untuk menentukan
Wilayah asalnya berdasarkan kepada tempat lahir
ibu atau bapanya; dan
 Jika terdapat kes-kes selain di atas, bolehlah
dikemukakan kepada JPA untuk dipertimbangkan
JPA(S)63/75/2/(SV61) bertarikh 12
Oktober 2001
Bagaimana menentukan asal pegawai?

Ibu Bapa Pegawai Asal

Semenanjung Semenanjung Sabah Semenanjung

Sabah Semenanjung Sabah Sabah

Sarawak Semenanjung Sabah Boleh memilih


Pegawai Yang Bertukar Wilayah Yang Tidak
Layak:
 Menduduki rumah kerajaan (termasuk menduduki
rumah kerajaan yang diperuntukkan kepada suami
atau isteri)

 pegawai yang membeli rumah dalam stesen dengan


menggunakan kemudahan pinjaman perumahan
kerajaan;

 pegawai bercuti tanpa gaji; dan

 pegawai berkursus melebihi 3 bulan


Tanggungjawab Pegawai -

 Pegawai hendaklah mengisi Borang JPA(EPW) yang


terdapat dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun
2001

 Borang tersebut dikemukakan kepada Ketua Jabatan


untuk pertimbangan
Tanggungjawab Ketua Jabatan -

 Ketua Jabatan hendaklah mempastikan bahawa


pegawai yang bertukar Wilayah layak dibayar EPW

 Merekodkan takrif berasal pegawai dan


penerimaan EPW dalam Buku Perkhidmatan
pegawai
MENGOSONGKAN RUMAH BIASA
KERAJAAN
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2007
 PP Bil. 19/1974 dibatalkan.
 Pegawai yang telah memiliki rumah dalam
lingkungan 12 batu diWilayah Persekutuan dari
Pejabat Pos Kuala Lumpur dikehendaki
mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan.(RBK)

 PP Bil. 13/2007 berkuatkuasa 1 Sept. 2007.


 Pegawai yang memiliki rumah sendiri melalui
skim pinjaman/pembiayaan Perumahan Kerajaan
dalam lingkungan 25 km dikehendaki
mengosongkan RBK.
 Lingkungan 25 km seperti berikut :
i. Bangunan Perdana Putra bg W/P Putrajaya
ii. Bgn. Sultan Abdul Samad bg W/P KL & PJ
iii. Bgn. Dewan Serbaguna,Komp. Kediaman
Kakitangan Awam LTAB KL bagi Nilai,Ngr
Sembilan.
iv. Bgn. Dewan serbaguna Komp.Kediaman
Kakitangan Awam di komp.Kastam ,Imigresen
dan Kuaratin bg Gelang Patah , Johor.
 Tempoh Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan
45 hari
 Pegawai yang sedang menduduki Rumah Biasa
Kerajaan dan memiliki rumah yang dibeli melalui
Skim dalam lingkungan 20 km dari mercu tanda
yang ditetapkan ( spt. diatas )sebelum tarikh
kuatkuasa PP 13/2007 dikehendaki
mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan yang
tersebut.
 Pegawai yang memiliki rumah yang dibiayai
melalui Skim Pinjaman Kerajaan dan menduduki
Rumah Biasa Kerajaan di WP Putrajaya sebelum
1 Jan. 2002 dikecualikan dari peraturan ini.
PENJELASAN MENGENAI PELAKSANAAN
MENGOSONGKAN RUMAH BIASA
KERAJAAN
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun
2008
 Bagi memastikan pelaksanaan pengosongan Rumah
Biasa Kerajaan adalah teratur, beberapa perkara
dijelaskan seperti berikut:
 Pegawai yang masih menduduki Rumah Biasa Kerajaan
di Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 1 Januari 2002,
telah memiliki rumah yang dibeli melalui Skim Pinjaman /
Pembiayaan Rumah Kerajaan dan siap serta selamat
untuk diduduki dibawah Perenggan 8, Pekeliling
Perkhidmatan Bil.13 Tahun 2007 adalah dikecualikan
daripada bayaran sewa dua kali ganda tertakluk pegawai
mengosongkan rumah biasa Kerajaan sebelum atau pada
1 April 2008. Sekiranya pegawai masih menduduki
Rumah Biasa Kerajaan selepas tarikh tersebut, pegawai
akan dikenakan bayaran sewa dua kali ganda mulai 2
April 2008.
 Pegawai yang masih menduduki Rumah Biasa Kerajaan
pada atau selepas 1 September 2007, telah memiliki
rumah yang dibeli melalui Skim Pinjaman / Pembiayaan
Rumah Kerajaan dan siap serta selamat untuk diduduki
adalah dikecualikan daripada bayaran sewa dua kali
ganda tertakluk pegawai mengosongkan rumah biasa
Kerajaan sebelum atau pada 1 April 2008. Sekiranya
pegawai masih menduduki Rumah Biasa Kerajaan
selepas tarikh tersebut, pegawai akan dikenakan bayaran
sewa dua kali ganda mulai 2 April 2008.
 Pegawai yang masih menduduki Rumah Biasa Kerajaan
selepas 1 April 2008 kerana rumah yang dibeli melalui
Skim Pinjaman / Pembiayaan Rumah Kerajaan masih
belum siap dan selamat untuk diduduki, pegawai
hendaklah mengosongkan rumah biasa Kerajaan tersebut
dalam tempoh 45 hari mulai dari tarikh Sijil Layak Duduk
(CF) dan kunci rumah diterima oleh pegawai. Sekiranya
pegawai masih menduduki Rumah Biasa Kerajaan
selepas tempoh 45 hari tersebut, pegawai akan dikenakan
bayaran sewa dua kali ganda.
TERIMA
KASIH

You might also like