You are on page 1of 20

PENGENALAN

Harun Yahya merupakan nama pena bagi Adnan Oktar (Adnan Hoca). Beliau dilahirkan di
Ankara pada tahun 1956 dan telah menetap di sana sehinggah beliau berpindah ke Istanbul
pada 1979. Beliau merupakan tokoh yang tersohor dan telah manghasilkan banyak karya yang
mengulas tentang masalah politik dan keimanan. Beliau banyak mengupas tentang teori evolusi
dalam bukunya yang bertajuk ‘Penipuan Evolusi’ dan telah digunakan oleh ramai saintis Islam
mahupun Barat sebagai bahan rujukan.

Darwinisme telah muncul pada abad ke-19 yang bertindak sebagai fahaman yang
menghidupkan semula sebuah mitos ilmiah yang sememangnya telah wujud sejak dari zaman
peradaban Sumeria dan Yunani Kuno lagi. Ianya telah diperkenalkan oleh seorang ahli Biologi,
Charles Darwin. Sejak kemunculannya, Darwinisme telah menjadi rujukan utama bagi semua
ideologi-ideologi yang membawa kepada keruntuhan dan bencana terhadap umat manusia.

Charles Darwin telah menulis sebuah buku yang bertajuk The Origin of Species. Buku
tersebut telah diterbitkan pada tahun 1859 di Inggeris. Dalam buku tersebut, Darwin telah
menerangkan dengan lebih terperinci lagi tentang mitos-mitos evolusi yang telah diwariskan
dari peradaban Sumeria Kuno. Beliau berpendapat bahawa setiap makhluk hidup di dunia ini
adalah berasal daripada nenek moyang yang sama. Di mana muncul secara kebetulan di dalam
air dan telah membesar dengan cara yang berbeza antara satu sama lain serta turut melalui
perubahan-perubahan kecil secara kebetulan.

Pada awalnya peryataan yang telah di berikan oleh Darwin tidak dapat diterima oleh
para tokoh ilmuan pada masa tersebut. Pernyataan Darwin mendapat tentangan hebat
khususnya daripada para ahli fossil yang menganggap bahawa teori yang dikemukakan oleh
Darwin adalah khayalan semata-mata. Walaubagaimanapun, semakin lama teori yang di
nyatakan oleh Charles Darwin telah dapat diterima dan mendapat sokongan serta dorongan
dari pelbagai kalangan manusia. Hal ini telah menyebabkan munculnya teori-teori Darwinisme
pada abad ke-19 yang telah menjadi landasan utama dalam ideologi-ideologi dan bidang ilmiah
pada masa tersebut.

Manakala teori Eugenik pula telah muncul pada pertengahan awal abad ke 20. Eugenik
bererti menyingkirkan semua orang-orang yang berpenyakit dan cacat serta “mamperbaiki” ras
manusia dengan memperbanyakan jumlah individu yang sihat. Mereka yang bertanggungjawab

1
dalam kemunculan teori Eugenik adalah terdiri daripada kalangan ahli keluarga Charles Darwin
sendiri iaitu sepupunya sendiri, Francis Galton dan anaknya Leonard Darwin.

Teori Eugenik ini adalah berkait rapat dengan Darwinisme dan telah mendapat
penerimaan yang baik di mana banyak penerbitan yang menyokong teori Eugenik ini. Sebagai
contoh, salah satu petikan penerbitan yang menngunakan teori Eugenik ialah “Eugenik adalah
pengaturan mandiri evolusi manusia”. Asal usul mepercayaan evolusi ini adalah disebabkan
dengan kepercayaan yang menolak tentang kewujudan sang Maha Pencipta Allah SWT.
Sebahagian besar ahli-ahli falsafah di Greece telah mempertahankan penyataan evolusi ini.

Jika kita kaji tentang sejarah tentang falsafah, kita akan mendapati bahawa idea evolusi
ini telah menjadi tulang belakang kepada falsafah yang tidak beragama. Walaubagaimanapun,
falsafah-falsafah purba tidak membantu dalam perkembangan sains moden, sebaliknya
keimanan kepada Allahlah yang memainkan peranan penting yang menjadi peransang dalam
melahirkan serta mempertingkatkan ilmu sains moden. Kebanyakan pengasas-pengasas ilmu
sains moden mempercayai kewujudan Allah, dan ketika mereka mempelajari ilmu sains, mreka
cuba dan berusaha untuk meneroka cakerawala ciptaan Allah serta mamahami segala perintah-
perintah-Nya dan segala maklumat idalam cipataan Tuhan.

Teori evolusi adalah hasil daripada falsafah materialis yang dibayangi oleh falsafah-
falsafah materialistic purba dan mula tersebar dengan meluasnya pada kurun ke-19. Seperti
yang kita ketahui bahawa materialism mencari penjelasan semulajadi melalui factor-faktor
material sepenuhnya. Memandangkan ianya menolah ciptaan Allah sejak awal lagi, maka ianya
mendakwa bahawa semua benda di muka bumi ini samada yang hidup atau tidak telah muncul
secara semulajadi tanpa memerlukan pencipta. Falsafah materialistik yang bertentangan
dengan criteria asas pemikiran manusia ini telah menghasilkan “teori evolusi” pada pertengahan
abad ke 19.

REKOD FOSIL YANG MENYANGKAL TEORI EVOLUSI

Menurut teori evolusi, setiap spesies hidupan di muka bumi ini telah berkembang daripada satu
tahap ke tahap yang lain. Spesies ini berubah menjadi suatu yang lain dalam satu tempoh masa
yang sama dan semua kehidupan berubah dengan cara yang sama. Menurut teori ini lagi,
perbuhan yang berlaku ini terpaksa melalui jangka masa yang lama iaitu berjuta-juta tahun.
Jika ianya berlaku seperti yang di jangkaan oleh teori evolusi ini, sudah pasti terdapat pelbagai

2
spesies perantara yang wujud dan hidup dalam jangka masa yang lama ini yang melalui proses
perubahan.

Sebagai contoh, pada masa lampau terdapat haiwan yang separuh ikan dan separuh
reptillia yang pernah hidup serta mempunyai sifat-sifat reptillia di samping sifat-sifat ikan yang
sememangnya dimiliki oleh haiwan tersebut. Para ahli evolusi beranggapan bahawa makhluk-
makhluk khayalan ini yang pernah hidup pada masa lampau sebagai “formasi perantara”
(transitional forms). Jika kewujudan haiwan-haiwan seperti ini adalah benar, sudah pasti
terdapat bukti sahih yang dapat meyakinkan kita tentang kewujudannya pada masa lampau.

Jika ianya wujud sudah pasti terdapat berjuta-juta bahkan lebih daripada itu dari segi
bilangannya dan jenis-jenis speseisnya. Dan apa yang lebih penting ialah pastinya terdapat sisa
kewujudan haiwan aneh ini di dalam rekod-rekod fossil. Jumlah formasi-formasi perantara ini
sepatutnya lebih banyak daripada spesies yang ada sekarang dan saki bakinya sepatutnya
mudah didapati di seluruh pelosok dunia. Di dalam buku The Origin of Species, menurut Darwin
yang ada menjelaskan bahawa :

“sekiranya teori saya ini benar, sudah pasti terdapat bebarapa jenis perantara yang
menghubungkan hamper kesemua spesies dari kumpulan yang sama… Oleh itu, bukti-
bukti tentang kewujudan haiwan ini sepatutunya hanya dapat ditemui melalui saki
bakinya sahaja dalam bentuk fossil.”

Hal ini jelas menunjukkan bahawa Darwin sendiri mengetahui tentang ketiadaad kewujudan
formasi perantara (fossil) ini. Beliau hanya berharap agar ia akan ditemui pada masa akan
datang. Di samping daripada itu juga, Darwin turut menyedari bahawa halangan terbesar dalam
teorinya ialah kehilangan formasi perantara tersebut. Oleh yang demikian, di dalam bukunya,
The Origin of Species beliau menulis di bawah tajuk “Difficulties of The Theory”- Kesukaran
Teori ini :

…mengapa, sekiranya haiwan tersebut mewarisi spesiesnya daripada spesies yang lain
secara beransur-ansur, kenapa kita tidak menemui kesan saki baki foemasi perantara ini
di mana-mana? Kenapa tidak semua alam semulajadi berada dalam keadaan yang
terkeliru, ... berdasarkan keada teori ini, berbagai-bagai formasi perantara pasti telah
wujud tetapi mengapa kita masih tidak menemuinya yang tertanam dalam jumlah yang
banyak di dalam kerak bumi?.. Tetapi di dalam kawasan pertengahan, yang mempunyai

3
keadaan kehudupan yang pertengahan, kenapa kita tidak menemui kini jenis-jenis
perantara yang berkait rapat? Kesukaran ini telah lama membingungkan saya.

Penjelasan mudah yang dikemukakan oleh Darwin untuk menyangkal dakwaaan tentang
bantahan mengenai kewujudan haiwan aneh ini dengan menyatakan dan mendakwa bahawa
rekod-rekod fossil yang ditemui pada hari ini dan setakat ini masih tidak mencukupi. Beliau
mendakwa sekiranya rekod-rekod ini telah dikaji dengan teliti maka segala persoalan dapat
dijawab. Disebabkan berasa yakin dengan ramalan yang telah di buat oleh Darwin ini, para ahli-
ahli evolusi telah mencari fossil dan terus berusaha untuk menemukan rantaian yang telah
hilang sejak pertengahan kurun ke-19 di seluruh pelosok dunia.

Akan tetapi hasil daripada usaha gigih mereka ini tidak mendatangkan sebarang hasil
pun, tiada satu formasi perantara pun yang berjaya ditemui. Semua fossil yang di gali dalam
misi penggalian menunjukkan bahawa hidupan telah wujud di muka bumi dengan cepat dan
cukup sempurna tanpa ada separuh-separuh. Perkara ini amat bertentangan dengan
kepercayaan teori evolusi dan dalam usaha untuk terus menyokong dan membuktikan teori
mereka, para ahli evolusi sebaliknya telah menyebabkan kehancuran dalam teoi evolusi mereka
sendiri.

Seorang ahli paleontology British yang terkenal, Derek V. Ager mengakui kenyataan ini
walaupun beliau juga merupakan seorang ahli evolusi:

Kenyataan beliau ialah, “sekiranya kita mengkaji rekod-rekod fossil yang telah ditemui
dengan teliti samada dalam peringkat susunan atau spesies, kita akan mendapati ianya
bukannya evolusi secara beransur-ansur tetapi ledakan mendadak sebuah kumpulan
pada kawasan yang lain.”

Seorang lagi ahli paleontology evolusi, Mark Czarnecki memberikan pandanganbeliau seperti
berikut:

Masalah utama yang wujud dalam membuktikan teori ini adalah rekod fossil; tekapan
(imprinting) spesies yang telah pupus yang terawet di dalam formasi geologi bumi.
Rekod ini tidak pernah menjurus kepada hipotesis yang di buat oleh Darwin tentang
variasi pertengahan- sebaliknya ia menunujukkan bahawa spesies ini telah muncul dan

4
hilang secara mendadak dan kesilapan ini telah menguatkan lagi dakwaan bahawa
setiap spesies telah diciptakan oleh Tuhan.

Para ahli evolusi juga tidak perlu menunggu dan berharap denufan harapan yang sia-sia
untuk menanti formasi-formasi perantara ataupun fossil yang kononnya telah “hilang” untuk
ditemui pada masa akan datang, seperti yang dijelaskan oleh seorang professor paleontology
daripada Universiti Glasgow, T. Neville Geoge. Ahli-ahli evolusi telah medakwa spesies-spesies
terus berubah kepada spesies yang lain. Tetapi, apabila kita membandingkan benda hidup
dengan fossilnya, kita akan mendapati dan dapat melihat bahawa ia tidak berubah sejak
berjuta-juta tahun. Kenyataan ini telah menjadi bukti jelas sekali menunjukkan kesilapan
dakwaan teori evolusi.

Rekod fosil telah membuktikan bahawa


bentuk-bentuk peralihan tidak pernah
wujud, evolusi tidak berlaku dan spesies-
spesies telah diciptakan berasingan di
dalam bentuk yang sempurna.

Manusia bukanlah berasal daripada beruk


seperti yang dinyatakan dalam fahaman
teori evolusi.
FOSIL HIDUP

Evolusionis mendakwa spesies-spesies


terus berubah kepada spesies-spesies
lain. Tetapi, apabila kita membandingkan
benda hidup dengan fosilnya, kita akan

5
dapat melihat bahawa ia tidak berubah sejak berjuta-juta tahun. Kenyataan ini merupakan bukti
yang jelas kepada kesilapan dakwaan evolusionis.

Lebah hidup ini tidak berbeza dengan fosilnya, yang


dianggarkan berusia berjuta-juta tahun.

Fosil pepatung berusia 135 juta tahun ini tidak berbeza


daripada pepatung moden yang ada kini.

Perbandingan di antara fosil semut berusia 100 tahun


dan semut yang hidup kini, menunjukkan dengan jelas
bahawa semut tidak mempunyai sebarang sejarah
evolusi.

ASAL USUL BURUNG DAN MAMALIA

Menurut teori evolusi, semua kehidupan telah terbentuk dan berkembang di dalam laut dan
kemudiannya telah dipindahkan ke darat oleh amfibia. Senario evolusi ini juga ada menyebut
bahawa amfibia ini telah berubah menjadi reptillia, makhluk yang hidup di atas darat. Dan
melalui senario ini jelas sekali menunujukkan penyataan yang tidak masuk akal. Ianya dapat di
buktikan sekiranya kita melihat ke atas perbezaan fizikal yang amat ketara di antara dua
spesies haiwan ini. Sebagai contoh, telur amfibia terhasil dan membesar di dalam air.

Manakala telur reptillia pula terhasil dan membesar di darat. Evolusi secara berperingkat
oleh amfibia adalah tidak wajar, hal ini kerana tanpa sebiji yang sempurna serta lengkap
strukturnya, adalah mustahil bagi satu spesies untuk selamat. Tambahan pula, tidak terdapat
sebarang bukti yang sahih tentang formasi perantara yang menunjukkan kewujudan perkara
tersebut. Seorang ahli paleontology evolusi dan juga merupakan seorang pakar, Robert L.

6
Carroll terpaksa menerima kenyataan bahawa “reptillia pertama adalah amat berbeza dengan
amfibia serta nenek moyangnya masih belum ditemui”.

Akan tetapi kebuntuan tentang senario ini masih berpanjangaan. Para ahli evolusi masih
membuat anggapan bahawa makhluk-makhluk ini boleh terbang. Memandangkan evolusionis
percaya bahawa burung telah berubah, maka mereka telah mendakwa bahawa ia telah berubah
rupa daripada reptillia. Walaubagaimanapun, tidak terdapat satu pun sifat-sifat fizikal burung
yang ternyata berbeza dengan makhluk yang hidup di darat seperti yang dijelaskan melalui
teori tentang evolusi beransur-ansur. Di antaranya ialah sayap yang merupakan sifat istimewa
bagi seekor burung. Seorang ahli evolusi berbangsa Turki, Engin Korur mengakui tentang
evolusi sayap yang sememangnya mustahil.

“persamaan sifat yang terdapat pada mata dan sayap ialah ianya hanya akan berfungsi
setelah terbentuk dengan sempurna. Dengan kata lain, mata yang tidak terbentuk dengan
sempurna tidak akan dapat melihat dan burung yang memiliki sayap yang tidak sempurna tidak
akan dapat untuk terbang. Bagaimana organ-organ ini terbentuk telah menjadi suatu misteri
alam semulajadi yang perlu dikaji.”

Persoalan tentang bagaimana struktur struktur sayap yang sempurna dapat terbentuk
sebagai hasil mutasi rawak yang berterusan tidak dapat dijawab. Hal ini kerana semua
kehidupan di muka bumi telah ditentukan dan diciptakan oleh Tuhan serta memiliki
keistimewaan yang tersendiri. Tidak terdapat satu cara pun yang dapat menjelaskan bagaimana
tangan seekor reptillia boleh berubah menjadi sayap yang berfungsi dengan sempurna.

Tambahan pula, dengan hanya mempunyai sayap masih belum banyak mekanisme yang
digunakan oleh burung untuk terbang. Contohnya kita dapat lihat daging burung adalah lebih
ringan daripada daging hidupan darat. Paru-paru kedua-dua spesies tersebut berbeza dan
berfungsi dengan cara yang turut berbeza. Kedua-duanya juga memiliki system otot dan
kerangkan yang berbeza dan system pengedaran darah yang istimewa.

Semua mekanisme ini wujud dan terhasil pada masa yang sama dan ianya tidak dapat
terbentuk secara beransur-ansur dengan cara mengumpulnya. Oleh yang demikianlah, teori
evolusi yang menyatakan bahawa organisma darat telah berubah kepada organisma udara
adalah salah sama sekali. Semua ini telah menimbulkan persoalan lain dalam minda
masyarakat. Sekiranya cerita pelik ini adalah benar, maka mengapa ahli evolusi masih belum

7
dapat menemukan sebarang bukti tentang teori “separuh sayap” atau “satu sayap” untuk
menguatkan teori mereka. Hal ini jelas menunjukkan tentang kebohongan yang ada dalam teori
evolusi.

SALAH SATU DAKWAAN YANG TIDAK DAPAT DIJELASKAN OLEH AHLI EVOLUSI :
BULU BURUNG

Teori evolusi yang mendakwa bahawa burung telah berubah menjadi reptillia telah
gagal untuk menjelaskan perbezaan-perbezaan yang besar antara kedua-dua jenis spesies
tersebut. Di dalam beberapa sifat seperti struktur tengkorak, system paru-paru dan
metabolisme darah panas yang dimiliki oleh burung adalah amat berbeza daripada reptillia.
Sifat lain yang dapat menjelaskan lagi perbezaan antara burung dengan reptillia ialah bulu
burung yang dikhaskan untuk spesiesnya.

Badan reptillia dilindungi oleh sisik-sisik, manakala burung pula diselaputi dengan bulu.
Memandangkan para ahli evolusi menganggap reptillia adalah moyang burung, maka mereka
mendakwa bulu-bulu burung ini telah berubah daripada sisik-sisik reptillia .
walaubagaimanapun, seperti yang kita dapat lihat idak terdapat sebarang persamaan pun
antara bulu burung dan sisik reptillia. Seorang professor fisiologi dan neurologi daripada
Universiti Connecticut, A.H Brush telah menerima kenyataan ini walaupun beliau merupakan
ahli evolusi:

“untuk membentuk setiap ciri-ciri daripada struktur genetik dan organisasi,


morfogenesis (morphogenesis) dan tisu organisasi adalah berbeza antara satu sama
lain. Tambahan lagi, prof Brush telah menganalisis struktur protein dalam bulu burung
dan menegaskan ia adalah vertebrat yang unik.”

Tidak terdapat sebarang bukti pun yang dapat membuktikan bahawa bulu burung telah
berubah daripada sisik reptillia. Sebaliknya, bulu burung telah muncul secara semulajadi
didalam rekod fossil sebagai satu criteria yang unik yang tidak dapat dinafikan yang menjadi
petanda kepada seekor burung. Seperti yang telah dinyatakan oleh Prof. Brush. Tambahan
pula, tidak terdapat struktur epidermis (kulit luar) yang dapat di kesan yang boleh
menghasilkan satu sumber untuk bulu-bulu burung.

8
Pada tahun 1996, ahli-ahli geologi telah menghebahkan tentang fossil-fossil seekor
dinosaur berbulu yang dikenali sebagai Sinosauropteryx. Bagaimanapun, dalam tahun 1997, ahli
geologi telah mengenalpasti bahawa fossil-fossil ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan
burung dan sebenarnya tidak mempunyai bulu. Dari aspek lain, jika dikaji secara mendalam lagi
kita akan menemui satu rekaan kompleks yang tidak dapat dijelaskan oleh mana-mana teori
evolusi.

Seorang ahli ornitologi terkenal Alan Feduccia, menjelaskan bahawa, “setiap cirri-ciri
yang dimiliki oleh seekor burung mempunyai fungsi-fungsi yang aerodemik. Ianya sangat
ringan,mempunyai kebolehan untuk mendongk ke atas untuk menambahkan kelajuan dan
kemudiannya boleh kembali kembali ke posisi asal dengan mudah. Apabila bulu burung ini dikaji
dengan lebih teliti, ianya didapati terdiri daripada beribu-ribu sulur paut yang halus yang
tersambung antara satu sama lain. Rekaan yang unik ini terhasil daripada ciptaan aerodinamik
yang diciptakan oleh yang Maha Agung. Rekaan bulu burung ini juga telah menyebabkan dan
memaksa Charles Darwin memikirkannya dengan lebih mendalam lagi. Sekali lagi perkara ini
menunjukkan pembohongan dalam teori evolusi.

DAKWAAN MENGENAI SEL YANG DIHASILKAN SECARA KEBETULAN

Teori evolusi mendakwa bahawa sel satu kehidupan yang sememangnya tidak dapat dibentuk
walaupun menggunakan kesemua kepintaran manusia samada menggunakan ilmu
pengetahuan yang mereka memilik atau teknologi yang telah dicipta. Hal ini kerana mereka
mendakwa ianya terbentuk secara kebetulan dibawah tekanan bumi purba.

Struktur kompleks sel hidup yang belum diketahui pada zaman Darwin dan ketika itu
mereka menganggap kehidupan sebagai “satu kebetulan dan kejadian semulajadi”. Perkara ini
sebagai satu perkara yang amat meyakinkan oleh ahli-ahli evolusi. Teknologi abad ke 20 telah
berjaya mengkaji dan merungkal struktur dalaman organisma yang paling kecil dan mendapati
bahawa sel merupakan satu system manusia yang paling kompleks yang pernah ditemui.

Pada hari ini kita mengetahui sel manusia mengandungi satu stesen jana kuasa yang
menghasilkan tenaga untuk digunakan oleh sel tersebut. Selain daripada itu. Sel ini juga

9
bertindak sebagai tempat yang mengeluarkan hormon-hormon serta menghasilkan enzim-enzim
yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ianya juga bertindak sebagai bank data yang
menyimpan segala maklumat-maklumat. Selain itu, ianya juga bertindak sebagai satu system
pengangkutan yang amat penting dalam tubuh manusia. Unsur-unsur ini merupakan hanya
sebahagian kecil sahaja daripada system yang kompleks dan mengagumkan ini.

W.H Thorpe, seorang saintis ahli evolusi mengakui bahawa “asas yang paling kompleks
yang ada pada satu sel merupakan satu mekanisme yang sangat kompleks dimana ianya tidak
dapat ditandingi oleh mesin yang telah dibina oleh manusia.”

Sebuah sel adalah sangat kompleks sehinggahkan kemajuan teknologi yang telah dicipta oleh
manusia pada masa kini masih tidak dapat menandingi ciptaan Allah yang paling agung ini.
Malah usaha untuk menghasilkan sel tiruan juga tidak berjaya sehinggah sekarang dan sering
menemui kebuntuhan. Teori evolusi mendakwa bahawa system yang kompleks ini telah wujud
secara kebetulan hasil daripada proses perubahan di bawah tekanan semula jadi. Walaupun
manusia memiliki segala kepakaran, ilmu pengetahuan dan teknologi yang canggih, ianya masih
tidak mencukupi untuk menghasilkan system yang kompleks dan mengagumkan ini.

Teori evolusi menghadapi krisis yang paling hebat dalam menjelaskan tentang
kemunculan satu kehidupan. Hal ini kerana, molekul organic adalah amat kompleks
sehinggahkan pembentukkannya tidak mungkin dapat dijelaskan sebagai hasil kepada proses
kebetulandan ianya juga adalah mustahil sebuah sel organik yang terbentuk secara tidak
sengaja. Ahli evolusi juga menghadapi masalah dan berhadapan dengan masalah asal usul
hidupan pada suku abad ke 20. Seorang ahli saintis Rusia Alaxender I. Oparin, seorang yang
sangat pakar dalam bidang molekul teori evolusi menyatakan dalam bukunya The Origin of Life
yang diterbitkan pada tahun 1939 :

“malangnya, asal usul kehidupan telah meninggalkan satu persoalan yang menjadi titik
hitam kepada teori evolusi secara keseluruhannya”

Sejak penyataan yang dikeluarkan oleh Oparin, para ahli evolusi telah menjalankan
banyak eksperimen dan melakukan pencarian serta melakukan banyak pemerhatian untuk
membuktikan bahawa sel dapat terbentuk secara kebetulan. Akan tetapi semuanya telah
terbukti mengenai reka bentuk sel yang kompleks dan menyangkal kesemua andaian-andaian

10
yang dikeluarkan oleh ahli evolusi. Professor Klaus Dose, presiden Institute of Biochemistry di
Universiti Johannes Gutenberg menyatakan bahawa:

“lebih 30 tahun eksperimen telah dilakukan ke atas asal usul kehidupan di dalam bidang
evolusi kimia dan molekul dan ianya telah membawa kepada banyak masalah dan
bukannya jalan penyelesaian. Sehingga ke hari ini, permasalahan ini masih belum
menemui jalan penyelesaian”

Hal ini jelas sekali membuktikan bahawa dakwaan yang dikeluarkan oleh teori evolusi tentang
kewujudan manusia adalah disebabkan proses semulajadi dan terbentuk secara kebetulan
adalah salah sama sekali.

HUKUM KEDUA TERMODINAMIK YANG MENYANGKAL TEORI EVOLUSI. (The Second


Law of Thermodynamics Invalidates the Theory of Evolution )

Hukum Kedua Termodinamik (thermodynamic – sains yang menghubungkan antara haba


dengan bentuk tenaga-tenaga yang lain), merupakan satu aspek yang diterima dan dianggap
sebagai prinsip asas dalam ilmu fizik. Ianya menegaskan tentang keadaan semulajadi satu
sistem yang wujud dalam rantaian kehidupan manusia. Ianya menyatakan bahawa semua
benda hidup di muka bumi ini akan menjadi reput, telerai dan musnah. Hal ini merupakan satu
kesudahan yang akan dihadapi oleh semua benda hidup. Undang-undang fizik yang mahsyur ini
juga dikenali sebagai “The Law of Entropy”. Hukum Entropi ini berpegang bahawa seluruh
cakerawala kini sedang menuju ke arah suatu keadaan yang lebih bercelaru, berselerak dan
tidak tersusun.

Teori evolusi merupakan satu dakwaan yang telah dibuat yang jelas sekali tidak
mematuhi undang-undang asas fizik. Mekanisme yang telah dikemukakan oleh teori evolusi ini
amat bertentangan dengan undang-undang ini. Teori evolusi menyatakan bahawa atom-atom
dan molekul-molekul bukan organik yang tidak tersusun seperti yang didakwa dalam hukum
fizik, akan bercantum secara semulajadi dan spontan dalam jangka masa tertentu. Yang
seterusnya meransang pembentukkan molekul-molekul yang lebih kompleks seperti protein,
DNA dan RNA.

Menurut teori evolusi lgi, proses ini terjadi dengan sendirinya di bawah keadaan
semulajadi. Walhal undang-undang Entropi telah menjelaskan dengan tepat dan terang sekali

11
bahawa proses semulajadi yang dinyatakan dalam teori evolusi bertentangan dengan hukum
fizik. Perkara ini jelas sekali membuktikan bahawa teori evolusi adalah satu teori yang
bercanggah dengan hukum alam.

Dalam kes termodinamik ini, saintis-saintis evolusi juga turut mengakui kenyataan bahawa teori
yang dibawa oleh teori evolusi adalah salah sama sekali. Contohnya Roger Lewin ada
menerangkan di dalam sebuah artikel sebuah majalah Science, beliau menyatakan tentang
permasalahan yang di hadapi dalam mengkaji hukum termodinamik ini :

“antara masalah yang dihadapi oleh ahli biologi ialah percanggahan evolusi terhadap
Hukum Kedua Termodinamik. Semua benda akan reput ditelan zaman dan memberikan
hirarki yang semakin berkurangan dan bukannya semakin bertambah .”

Seorang saintis evolusi lain, George Stavropoulos menerangkan bahawa pembentukan


termodinamik secara spontan merupakan satu perkara yang mustahil. Beliau juga ada
menyatakan tentang kesukaran untuk menjelaskan berkenaan dengan kewujudan mekanisme-
mekanisme kehidupan yang kompleks dan sememangnya unik.

“sehingga kini, dalam keadaan yang normal adalah mustahil untuk kita menemukan
walau satu pun molekul organik yang kompleks yang terbentuk secara spontan yang
kemudiaanya terlerai. Sememangnya semakin ianya kompleks, ianya akan menjadi
semakin tidak stabil dan yang lebih pasti lambat laun ianya akan terlerai juga. Proses
fotosintesis dan proses hidupan lain masih tidak dapat difahami dalam istilah
termodinamik atau sebarang hokum saing lain.”

Bukti-bukti seperti ini sekali jelas menunjukkan bahawa teori evolusi hanyalah sebuah
kepercayaan yang palsu yang cuba untuk mengaburi mata manusia.

HAKIKAT KEJADIAN (The fact of Creation)

Daripada kajian yang telah dijalankan, jelas sekali merungkai bahawa dakawaan Teori
Evolusi yang menyatakan bahawa semua hidupan di muka bumi ini wujud secara semula dan
dan dalam erti kata lain telah tercipta dengan sendirinya, adalah salah sama sekali. Kita sendiri
dapat melihat bagaiamana ilmu sains dapat mendedahkan semua fakta yang tersirat dalam
kewujudan sisitem kehidupan ini. Fakta tersirat tersebut merupakan satu fakta dimana semua
benda hidup tlah diciptakan oleh Allah SWT. Pada hakikatnya, untuk mengenal pasti fakta ini

12
seseorang itu tidak perlu merujuk kepada keputusan-keputusan kajian yang telah dijalankan
dan dihasilkan oleh para ilmuan.

Tanda-tanda kebijaksanaan Maha Pencipta boleh dilihat dan dikenalpasti melaui


pemerhatian terhadap semua benda hidup. Contohnya, kita dapat lihat reka bentuk ciptaan
yang hebat seperti seranggan dan ikan tidak dimiliki oleh manusia. Walaubagaimana pun
hidupan ini masih boleh menjalani kehidupan walaupun mereka tidak mempunyai seperti
manusia. Kebijaksaan yang dimiliki oleh setiap kehidupan di alam ini jelas sekali menunjukkan
tentang kewujudan seorang Pencipta yang menguasai seluruh alam iaitu, Allah. Allah telah
menghiasi semua benda hidup dengan sifat-sifat yang luar biasa dan cukup istimewa.

Lebah Madu dan Keindahan Reka Bentuk Sarangnya (Honey Bees and the
Architectural Wonders of Honeycombs)

Lebah menghasilkan madu yang lebih daripada keperluannya dan menyimpannya di


dalam sarang. Bentuk heksagon yang unik yang wujud dalam sarang lebah ini amat menarik
perhatin manusia. Dan pastinya pernah terlintas dalam benak fikiran manusia tentang mengapa
sarang lebah ini berbentuk heksagon dan bukannya berbentuk octagon ataupun pentagon?.
Seorang ahli matematik yang terkenal yang cuba untuk mencari jawapan kepada persoalan ini
telah menemui satu kesimpulan yang menarik:

“heksagon merupakan satu bentuk geometri yang paling sesuai digunakan untuk

memaksimumkan sesuatu kawasan”

13
Satu sel heksagon ini hanya memerlukan jumlah yang minimum untuk membinanya
tetapi dapat memuatkan jumlah madu yang maksimum. Oleh yang demikian, lebah telah
mengambil tindakan yang bijak dengan menggunakan bentuk yang paling sesuai. Cara untuk
membina sarang lebah ini amat unik dan menarik. Lebah memulakan proses untuk membina
sarangnya di dua atau tiga tempat yang berbeza yang kemudiaannya akan bergabung di
tengah hasil usaha yang dilakukan oleh kelompok lebah yang banyak.

Gabungan yang dibuat amat sempurna tanpa memperlihatkan sebarang cacat cela pun.
Para ahli evolusi cuba menjelaskan fenomena ini sebagai satu hasil daripada konsep “naluri”
yang wujud sebagai salah satu daripada sifat yang dimiliki oleh lebah. Walaubagaiamanapun,
kita dapat lihat sekiranya perasaan naluri wujud dalam pekerjaan yang melibatkan kelompok
lebah yang ramai dan melaksanakan tugas dengan harmoni, di sini kita dapat lihat bagaimana
Kebijaksanaan Agung yang memeruntah semua makhluk kecil ini.

Jelas sekali sebagai sang Maha Pencipta yang Agung, Allah telah memberikan “inspirasi”
kepada makhluk kecil ciptaan-Nya ini terhadap apa yang mereka lakukan. Perkara ini ada
dijelaskan di dalam al-Quran (Surah An-Nahl: 68-69).

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di
gunung-ganang dan pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan
oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah- buahan
(yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan
dimudahkannya kepadamu”. (Denhan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman
(madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari
berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang
membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah An-Nahl:
68-69)

Burung Belatuk (The


Woodpecker)

14
Sudah pasti semua orang pun tahu bahawa burung belatuk membina sarangnya dengan
cara mematuk batang pokok. Akan tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana burung belatuk
tidak menghadapi sebarang pendarahan otak walaupun mereka mencacah dengan begitu kuat
menggunakan kepala mereka. Apa yang dilakukan oleh burung belatuk ini sama seperti seorang
individu yang menukul sabatang paku ke dinding dengan menggunkan kepala. Hal ini sudah
pasti akan menyebabkan penarahan berlaku ke atas individu tersebut.

Walaubagaimanapun, seekor burung belatuk dapat mematuk sebatang pokok yang


keras 38-43 kali di antara 2.10-2.69 saat dan yang menakjugkan tiada apa pun yang berlaku ke
atas burung belatuk tersebut. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh satu struktur yang
diciptakan khas untuk burubg belatuk. Tengkorak burung belatuk mempunyai satu sisitem
“suspensi” yang mengurangkan dan daya pukulan yang dibuat oleh burung belatuk. Terdapat
tisu-tisu lembut yang khas di antara tulang-tulang dan tengkoraknya.

IKAN PAUS (Whales)

15
Spesies mamalia merupakan spesies haiwan yang perlu bernafas dan oleh kerana itulah
air merupakan satu persekitaran yang tidak sesuai kepada haiwan mamalia ini.
Walaubagaimanapun, perkara tersebut adalah sebaliknya bagi ikan paus yang merupakan
mamalia laut. Ikan paus mamiliki system pernafasan yang jauh lebih baik dan efisien daripada
kebanyakkan haiwan-haiwan darat yang lain. Ikan paus akan bernafas sekali ke permukaan
udara dan pada masa yang sama akan menyimpan 90% udara untuk digunakannya di dalam
air.

Oleh yang demikian, ikan paus hanya perlu bernafas sekali sahaja dalam tempoh masa
yang panjang. Selin daripada itu, ikan paus juga mempunyai satu bahan di dalam badannya
yang dikenali sebagai “myoglobin” yang membantunya menyimpan oksigen di dalam otot-
ototnya. Dengan bantuan system-sistem yang ada, ikan paus dapat menyelam sedalam 300
meter dan berenang selama 40 minit tanpa berbafas. Dari segi lain pula, lubang pernfasan bagi
ikan paus terletak di belakang badannya tidak seperti haiwan mamalia yang lain.

Fotosintesis (Photosynthesis)

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa tumbuhan memainkan peranan yang


penting dalam system ekologi sebuah habitat. Ianya memainkan peranan dalam mengekalkan
oksigen dan membersihkan udara. Ianya juga berfungsi untuk mengekalkan suhu muka bumi
ini pada tahap yang sederhana di samping mengimbangi gas-gas yang ada di atmosfera.
Oksigen yang kita sedut dibekalkan oleh tumbuh-tumbuhan dan sebahagian besar makanan

16
kita juga dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan. Pemprosesan makanan sendiri yang dilakukan oleh
tumbuhan merupakan hasil daripada rekaan khas yang ada didalam sel tumbuhan.

Tidak seperti sel manusia dan haiwan, sel tumbuhan dapat menggunakan tenaga solar
secara terus. Tumbuhan menggantikan tenaga solar kepada bentuk tenaga kimia dan
menyimpannya didalam bentuk nutrien (zat) dengan proses yang unik. Proses ini dikenali
sebagai proses fotosintesis. Proses ini sebenarnya dilaksanakan oleh satu bahan yang ada
dalam tumbuhan itu sendiri iaitu kloroplas (chloroplast), satu struktur khas yang menjadikan
tumbuhan berwarna hijau. Uanya berupaya untuk menyimpan tenaga solar yang diperlukan
oleh tumbuhan.

Jumlah bahan yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan di muka bumi ini adalah sekitar
200 billion tan setahun. Pengeluaran ini amat penting kepada semua hidupan di muka bumi.
Proses yang dilakukan oleh tumbuhan ini boleh direalisasikan sebagai satu proses yang sangat
rumit. Beribu-ribu “klorofil” yang terdapat di dalam kloroplas bertindak balas dengan cahaya
dalam jangka masa yang amat singkat. Dan oleh sebab inilah mengapa prosesnya berlaku
dalam klorofil tidak dapat dilihat. Menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik atau tenaga
kimia merupakan satu penemuan teknologi yang terkini. Untuk menjayakannya peralatan-
peralatan yang canggih dan berteknologi perlu digunakan. Sel tumbuhan yang menjalankan
proses ini sejak berjuta-juta tahun lalu amatlah mengagumkan.

Fenomena ini merupakan satu lagi system sempurna yang membuktikan tentang
penciptaan Allah yang sangat agung untuk diperlihatkan kepada semua umat manusia. System
foosintesis yang begitu unik ini merupkan satu mekanisma terancang yang di ciptakan oleh
Allah. Rekaan yang tanpa cacat cela ini hanyalah satu daripada tanda-tanda yang menunjukkan
bahawa semua benda hidup telah diciptakan oleh Allah, Yang Maha Berkuasa. Perkara ini jelas
sekali menyangkal dakwaan teori evolusi tentang kehidupan ini tercipta dengan sendirinya
secara spontan.

17
PENUTUP:

Berdasarkan hujah dan bukti-bukti yang dihuraikan dalam tugasan ini, jelas menunjukkan
bahawa teori evolusi yang selama ini cuba diperluaskan oleh modenis barat bukan hanya
sebuah konsep biologi sahaja yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan di dalam kehidupan
manusia. Suatu kesilapan yang besar, kerana ia tidak hanya berkisar dengan kepentingan
biologi sahaja, malah teori evolusi ini adalah suatu penyelewengan falsafah yang telah
mempengaruhi ramai orang. Konsep ini amat penting untuk meruntuhkan falsafah materialis
yang dibawa oleh Marx, Engels dan Lanin yang menafikan kewujudan Allah dan menyebabkan
ia binasa.

Falsafah ini adalah suatu yang bersifat "materialisme", yang mengandungi kepalsuan
tentang bagaimana kita datang dan asal kejadian manusia. Matlamat utama materialisme ini
adalah untuk menyangkal tentang kewujudan pencipta manusia dan cuba meletakkan status
kebendaan pada diri manusia semata-mata dengan mengenepikan segala jenis nilai-nilai moral.
Jika keadaan ini yang berlaku sudah pastilah ia adalah permulaan sebuah tragedi atau bala
yang akan menimpa kehidupan manusia di atas muka bumi ini.

18
RUJUKAN:

Cheong Li Na. (2007). BIOLOGY SPM. Shah Alam , Selangor Darul Ehsan : Cerdik
Publication Sdn. Bhd.

Charles Darwin, The Origin of Species: A Facsimile of the First Edition, Harvard
University Press, 1964, p. 179

Gan Wan Yeat. (2006). Exploring Biology. Selangor Darul Ehsan : Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Yahya, H. (2005). PENIPUAN EVOLUSI (Keruntuhan Sains Darwinisme dan


Latarbelakang Ideologinya. SABA Islamic Media Sdn Bhd.

David Raup, "Conflicts  Between Darwin and Paleontology", Bulletin, Field Museum of
Natural History, Vol 50, January 1979

http://id.wikipedia.org/wiki/Harun_Yahya#Teori_Evolusi

http://id.wikipedia.org/wiki/Evolusi

http://www.harunyahya.com/malaysian/buku/darwinisma/darwinisma01.php

http://ruangbacabuku.wordpress.com/pengetahuan/harun-yahya/runtuhnya-teori-evolusi-
dalam-20-pertanyaan/14-mengapa-menyangkal-teori-evolusi-disamakan-dengan-menolak-
perkembangan-dan-kemajuan/

http://www.harunyahya.com/malaysian/penipuanevolusi05.php

19
20

You might also like