You are on page 1of 8

PEMBENTUKAN KATA TERBITAN

Terdapat empat bentuk kata dalam bahasa Melayu iaitu kata tunggal, kata
terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa
proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu.
Proses-proses ini ialah pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan.

Proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata


dasar, merupakan salah satu cara pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu.
Malahan, bahasa Melayu adalah antara bahasa di dunia yang membentuk banyak
perkataannya menggunakan proses pengimbuhan. Dengan ciri ini, bahasa Melayu
tergolong ke dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif.
Proses pembentukan kata dengan cara ini adalah dengan menggabungkan morfem
kata dasar dengan morfem imbuhan.

Imbuhan merupakan morfem terikat, iaitu bentuk yang tidak dapat wujud
secara bersendirian. Bentuk ini hanya membawa makna apabila digabungkan
dengan morfem bebas, iaitu kata dasar. Imbuhan digandingkan dengan kata dasar
dalam empat keadaan, iaitu mendahului (awalan), mengikuti (akhiran), mengapit
(apitan) dan menyisipi (sisipan) kata dasar. Proses penggabungan dua morfem tidak
setara ini disebut proses pengimbuhan.Pengimbuhan ini melahirkan bentuk
perkataan yang disebut kata terbitan.

Definisi kata terbitan

Kata terbitan pula ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang
mengalami proses pengimbuhan, iaitu mendapat atau menerima imbuhan, baik
awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Kebanyakan daripada kata dasar yang
menerima imbuhan terdiri daripada morfem bebas, manakala imbuhan terdiri
daripada morfem terikat. Misalnya dalam bahasa Melayu mendukung (men- +
dukung), dipukul (di- + pukul), makanan (makan + -an) dan biarkan (biar + -kan).
Manakala contoh dalam bahasa Inggeris pula ialah, quickly (quick + -ly), dan
kindness (kind + -ness).
Jenis-jenis imbuhan

Berdasarkan keadaan-keadaan imbuhan itu digandingkan, maka wujudlah


empat jenis imbuhan, iaitu masing-masing dikenali sebagai awalan, akhiran, apitan
dan sisipan. Perkataan sambung umpamanya, dapat dijadikan bersambung
(awalan), sambungan (akhiran), disambungkan (apitan) dan sinambung (sisipan).
Malahan, bentuk sisipannya dapat pula menerima awalan dan apitan, iaitu
bersinambung, bersinambungan, dan kesinambungan.Imbuhan dalam bahasa
Melayu pula terdiri daripada imbuhan kata nama, imbuhan kata kerja, dan imbuhan
kata adjektif. Imbuhan-imbuhan ini tidak sahaja dapat bergabung dengan kata dasar
tunggal dan kata akar tertentu, tetapi juga dengan kata dasar terbitan dan kata
dasar majmuk.

Kata terbitan berawalan

Kata terbitan berawalan dapat dibahagikan kepada awalan kata nama,


awalan kata kerja, dan awalan kata adjektif. Contohnya dapat dilihat dalam jadual di
bawah :-

Awalan kata nama Awalan kata adjektif Awalan kata kerja


Pe- (pelari, perakus) Ter- (terbesar, terputih) Diper- (diperisteri,
dipercepat)
Per- (perasap, perbara) Te- (teruncing, terendah) Ber- (berjalan, berganti)
Ke- (ketua, kelipat) Se- (secantik, sebaya) Ter- (terjebak, tercetus)
Juru- (juruukur, juruwang) di- (diatur, ditimbang)
Pen- (pendatang, pencari) Men- (mendaki,
Bentuk-bentuk bagi pen- ; mencadang)
Pem- (pembuat, Bentuk-bentuk bagi men- ;
pembawa) Me- (melawan, menyikat)
Peng- (penggali, Mem- (membawa,
pengkhianat) memfitnah)
Penge- (pengebom, Meng- (menggali,
pengetin) mengikut)
Menge- (mengecat,
mengetut)
Maha- maharaja, Be- (beraja, berasa)
mahasiswa)
Pra- (prasejarah, prakata)

Kata terbitan berakhiran

Bagi imbuhan jenis akhiran ,dalam bahasa Melayu hanya terdapat untuk kata
nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contohnya :-

Akhiran kata nama


-an (pakaian, jahitan)
-wan (sasterawan, usahawan)
-man ( budiman, seniman)
-wati (seniwati, olahragawati)
-isme (komunisme)
-in (hadirin, muslimin)
-at (hadirat, muslimat)
-ah (ustazah, sultanah )

Bagi akhiran kata kerja, hanya terdapat dua imbuhan iaitu –i dan –kan. Kedua-dua
akhiran ini membentuk kata kerja transitif. Kata kerja yang diimbuhkan dengan -i dan
–kan tanpa awalan hadir dalam dua jenis ayat iaitu ayat pasif dan ayat suruhan.
Contoh bagi akhiran kata kerja –kan ialah buatkan manakala bagi akhiran kata kerja
–i ialah turuti.

Kata terbitan berapitan

Sementara itu, kata terbitan berapitan digolongkan kepada 3 iaitu apitan kata
nama, apitan kata kerja, dan apitan kata adjektif. Terdapat empat jenis apitan bagi
kata nama iaitu peN-…-an, pe-…-an (pedalaman), pel-…-an (pelajaran), dan ke-…-
an (kelainan). Imbuhan apitan bagi peN-…-an terbahagi kepada lima bentuk iaitu
pem-…-an(pembuatan), pen-…-an (pentakrifan), peng-…-an (penggunaan), penge-
…-an (pengesahan), dan pe-…-an (pelaksanaan).

Apitan kata nama pe-…-an menunjukkan makna tempat sesuatu dikerjakan


atau tempat yang khusus.contohnya petempatan bermaksud kawasan penduduk
ditempatkan. Apitan kata nama per-…-an pula membawa makna tempat seperti
perhentian, dan membawa makna hal yang berkaitan dengan kata dasar.
Contohnya persengketaan membawa maksud hal bersengketa. Bagi apitan kata
nama ke-…-an, biasanya apitan ini bergabung dengan kata dasar daripada kata
nama, kata kerja, dan kata adjektif untuk membentuk kata nama yang bersifat
abstrak serta membawa maksud hal yang terkandung dalam kata dasar.

Apitan kata kerja pula, terbahagi kepada lapan belas bentuk. Bentuk-
bentuknya adalah seperti berikut :-

Me-…-kan (memainkan, menakutkan) Men-…-kan (menzahirkan,


mendermakan)
Mem-…-kan (membaikkan ) Meng-…-kan (menggunakan )
Menge-…-kan (mengetinkan ) Ber- …-kan (beralaskan, berlaukkan)
Ber-…-an (berjauhan, berlanjutan) di-…-kan (dibiarkan, dipisahkan)
Men-…-i (mencurigai, mendendami) Meng-…-i (mengekori, menggauli)
di-…-i (dimulai, didekati) Diper-…-kan (diperlihatkan)
Diper-…-i (diperingati, diperbaharui) Memper-…-kan (memperdengarkan)
Memper-…-i (memperingati) Ke-…-an (kehujanan, kehausan)

Apitan kata kerja men-…-kan membentuk kata kerja transitif aktif daripada
semua golongan kata dasar. Contohnya mensyaratkan, meninggikan, dan
menjatuhkan.sementara itu, apitan kata kerja di-…-kan merupakan bentuk pasif bagi
apitan men-…-kan. Contohnya, bentuk aktif ialah melakukan. Apabila apitan di-…-
kan ditambah pada kata dasar, perkataan tersebut menjadi bentuk pasif iaitu
dilakukan. Apitan kata kerja ber-…-an pula membentuk kata kerja tak transitif.
Akhiran –kan dalam apitan ini ialah kependekkan kata sendi nama akan yang
mewakili kata sendi nama yang lain seperti dengan, pada dan tentang. Contohnya,
berdasarkan bukti membawa maksud berdasar pada bukti

Apitan kata kerja men-…-i membentuk kata kerja transitif aktif daripada kata
-kata dasar dalam semua golongan. Bentuk pasif bagi apitan ini ialah apitan kata
kerja di-…-i. Apitan kata kerja memper-…-i pula membentuk kata kerja transitif aktif
daripada kata-katayang pada umumnya kata kerja tak transitif berawalan ber- .
contohnya bersenjata – mempersenjatai. Bentuk pasif bagi apitan ini ialah apitan
kata kerja diper-...-i.

Umumnya, apitan kata kerja memper-…-kan membentuk kata kerja transitif


aktif daripada kata nama dan kata kerja. Apitan kata kerja memper-…-kan tidak
boleh diimbuhkan pada kata adjektif. Apitan kata kerja diper-…-kan merupakan
bentuk pasif bagi apitan ini.

Bagi imbuhan apitan untuk kata adjektif pula, hanya terdapat satu bentuk
apitan iaitu ke-…-an. Kata adjektif yang terbentuk dengan apitan ini membawa
makna bersifat seperti yang tersebut pada kata dasar. Contohnya, kemelayuan
bermaksud bersifat melayu.

Kata terbitan bersisipan

Akhir sekali, kata terbitan bersisispan dalam bahasa Melayu terbahagi


kepada tiga bentuk iaitu sisipan kata nama, sisipan kata adjektif, dan sisipan kata
kerja.sisipan yang membentuk kata nama ialah -el-(kelingking), -er-(seruling), dan –
em-(kemuncup). Kata nama terbita dengan sisipan membawa maksud sesuatau
yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar.

Bentuk-bentuk sisipan kata adjektif pula ialah -el- (selerak), -er- (gerodak),-
em- (semerbak), da –in-(sinambung). Akhir sekali, hanya terdapat satu sispan kata
kerja iaitu –el-. Contohnya, jelajah dan gelegak. Tidak terdapat banyak sisipan kata
kerja dalam bahasa Melayu, namun kata nama dan kata adjektif yang bersisipan
boleh menjadi kata kerja melalui proses pengimbuhan.
HALAMAN PENGAKUAN
”SAYA AKUI BAHAWA HASIL KARYA YANG DISEDIAKAN INI ADALAH HASIL
CIPTAAN SAYA SENDIRI, BUKAN DICIPLAK ATAU DIPLAGIAT DARIPADA SUMBER
YANG BELUM/PERNAH DITERBITKAN”

TANDATANGAN

(SYARAFINA MOHD SALIM)

(NORJAMILAH AB RAHMAN)

(HAZIRAH MOHD ABDUL WAHID)

PENDAHULUAN

Bahasa Melayu sememangnya kaya dengan tatabahasa dan kosa kata yang
pelbagai. Bunga-bunga dalam ayat Bahasa Melayu juga turut menarik perhatian
bukan sahaja rakyat tempatan malahan para pengkaji bahasa dari negara lain turut
berminat untuk mendalami Bahasa Melayu.
Dalam tugasan kali ini, kami dikehendaki mengkaji dan menghuraikan
tentang pembentukan kata terbitan dan binaan ayat tunggal. Kata terbitan terbentuk
dari proses pengimbuhan. Proses pengimbuhan pula adalah proses merangkaikan
imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna
serta fungsi nahunya.Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem
terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.Imbuhan tergolong dala empat jenis,
iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Sementara itu ayat tunggal merupakan ayat yang mengandungi satu klausa
sahaja, yakni ayat yang terdiri daripada satu konstituen subjek dan satu konstituen
predikat. Ayat tunggal juga dikenali ayat selapis. ayat tunggal terdiri daripada subjek
dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan manakala predikat pula
ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek.

Selain daripada tatabahasa, dalam tugasan ini juga, kami dikehendaki


mengkaji tentang unsur kebudayaan Melayu. Unsur kebudayaan Melayu merupakan
aspek yang sangat luas memandangkan kaum Melayu memang terkenal dengan
budaya dan adat resam yang tinggi. Antaranya termasuklah adat berkhawin,
berkhatan, khatam Al-Quran, bercukur dan sebagainya.

Selain itu, berdasarkan ketiga-tiga tajuk kajian tersebut, kami dikehendaki


mengkaji skrip drama yang diberi bertajuk “Ayam”. Di dalam skrip drama kanak-
kanak tersebut, kami telah mengesan kata terbitan, ayat tunggal dan unsur
kebudayaan Melayu. Kata terbitan dan ayat tunggal yang terdapat dalam skrip
drama tersebut di kelaskan dalam bentuk pengurusan grafik yang menarik.

You might also like