You are on page 1of 28

Remaja Islam Dalam Sebuah Negara Merdeka

Date: Thursday, March 29 @ 13:08:50 MYT


Topic: Kolumnis

Hasnah Hussiin

Golongan remaja mewakili peratusan tertinggi penduduk di Malaysia. Peranan dan


tanggungjawab remaja sebagai generasi pemimpin pada masa akan datang sesungguhnya
memberi impak yang besar kepada pembangunan negara.

Golongan remaja di Malaysia biasanya terdiri dari kumpulan umur antara 14-21 tahun. Dalam
hal ini, ahli-ahli sains sosial mempunyai pandangan yang berbeza dalam mengkategorikan had
umur mereka.

Walau bagaimanapun, di peringkat ini, cabaran dari sudut sikap dan perilaku mereka sering kali
dianggap negatif dan memudaratkan.

Malah pada masa yang sama masyarakat juga telah menghukum mereka sebagai golongan yang
mendatangkan masalah kepada negara dan juga telah mencemarkan nama negara Malaysia yang
telah merdeka.

Apakah maksud kemerdekaan? Menurut Kamus Dewan, merdeka membawa maksud bebas,
lepas, berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain.

Dalam hal ini, jika kita menelusuri data-data mengenai penglibatan remaja kita dalam masalah
sosial sangat membimbangkan. Adakah ini mencerminkan ciri-ciri remaja dalam sebuah negara
merdeka?

Remaja Islam sebenarnya mempunyai tempat yang tinggi dalam masyarakat dan negara.

Ini berdasarkan hak yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada setiap diri insan sebagaimana
disebutkan di dalam al Quran yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami angkat mereka di dataran
dan lautan, dan Kami beri rezeki mereka dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dari
kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna”. (al Isra: ayat 70)

Untuk membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut marilah kita renungkan dan hayati isu-isu
yang melibatkan golongan remaja kita pada hari ini terutamanya remaja Islam.

Penagihan dadah serta pil Ecstasy

Sebanyak 45 peratus golongan penagih dadah didapati mula terlibat secara tidak aktif sewaktu
zaman persekolahan.
Perangkaan tahun 1996 menunjukkan 71 peratus remaja di antara usia 13 hingga 18 tahun sudah
mula menghisap rokok, 80 peratus penagih bermula dengan merokok dan kemudian menghisap
ganja, mengambil pil khayal dan seterusnya menagih dadah yang lebih berbahaya. (Lokman
Moidin, “Prihatin kepada remaja untuk masa depan negara”).

Ada sesetengah daripada remaja pada hari ini menghidu gam, minum air daun ketum atau
dikenali sebagai `air biak', ganja serta menghisap pit.

Pada tahun 1997 sahaja, kementerian mendapati 16.7 peratus remaja kita merokok. ''Kaki minum
di kalangan remaja kita pada tahun 1996 sahaja sebanyak 9.0 peratus. (Datuk Dr. Chua Jui
Meng, “Gejala sosial bawa kemudaratan -- Kesihatan remaja berada pada tahap
membimbangkan”, 1998).

Manakala pengambilan Pil ecstasy di kalangan remaja juga semakin membimbangkan. Ini
berdasarkan kepada siri penangkapan remaja-remaja di pusat hiburan mendapati pil-pil ecstasy
boleh didapati dengan mudah di sana.

Remaja harus menyedari bahawa pil ini sangat merbahaya dan merosakkan kesihatan individu
yang mengambilnya.

Menurut Dr. Mazlan Mahmud, Pakar Perubatan Penagihan, Jabatan Psikiatri Hospital Muar,
Johor (Utusan Malaysia, 2002) mengatakan, Pil ini mengandungi dadah amfetima yang boleh
merencat bahagian otak yang mengawal nafsu makan.

Keadaan ini menyebabkan seseorang itu mengalami kurang selera makan. Selain daripada itu, Pil
ecstasy juga akan menyebabkan seseorang menjadi lebih aktif pada peringkat awal pengambilan
dan ini akan menyebabkan berat badan individu terbabit menurun mendadak.

Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya individu tersebut berhenti daripada mengambil pil
itu.

Dalam masa beberapa minggu selepas itu, individu tersebut akan menjadi letih, banyak tidur,
berasa runsing, susah hati dan kuat makan.

Pada masa ini pula seseorang individu akan mengalami peningkatan berat badan secara
mendadak dan keadaan ini akan mendorong individu itu mengambil pil ecstasy semula sehingga
menyebabkannya terjebak dengan penagihan.

Untuk pengetahuan umum, Pil ecstasy juga boleh menyebabkan peningkatan perasaan seksual
seseorang. Mereka akan berasa lebih seronok dan berahi.

Malah nafsu seks mereka boleh menjadi tidak terbatas iaitu mereka tidak berasa takut untuk
melakukan seks secara rambang atau mendapat penyakit berjangkit.

Seks Bebas
Menurut Dr. Maryani Md. Nor dari Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya (UM), seks bebas boleh diterjemahkan sebagai perhubungan seks tanpa ikatan
nikah yang sah kini menjadi isu serius yang melanda remaja masa kini.(Rosmah Dain, “Seks
Bebas – Isu Serius Melanda Remaja Malaysia”).

Keadaan ini ada kaitannya dengan penyebaran teknologi maklumat yang begitu berleluasa serta
ditambah pula dengan iman yang rapuh dalam diri para remaja islam pada hari ini.

Fenomena video lucah, serta bahan-bahan bacaan lucah begitu mudah didapati di pasaran.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga tidak kurang hebatnya. Harus disedari bahawa perlakuan
seks bebas merupakan perbuatan yang diharamkan dalam Islam.

Oleh itu, di dalam Islam bagi mereka yang tidak dapat menahan keinginan, Islam menggalakkan
umatnya menggunakan saluran lain seperti berkahwin atau berpuasa.

Fenomena seks bebas berlaku di mana-mana negara seluruh dunia. Di Amerika Syarikat
misalnya dan juga negara-negara Barat lain, kajian menunjukkan satu daripada lima remaja
melibatkan diri dalam hubungan seks sebelum mereka mencapai umur 15 tahun.

“Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini juga menunjukkan 27 peratus daripada remaja
kita hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah”.

Halijah berkata, antara sebab-sebab mengapa remaja di negara ini terdorong terlibat dalam
hubungan seks bebas ialah akibat permintaan dan `godaan' yang lebih banyak dan kompleks
berbanding remaja pada generasi lalu.

Di samping itu, pengaruh daripada rakan sebaya terutamanya di kalangan remaja lelaki juga
merupakan faktor penyebab mengapa remaja terdorong melakukan hubungan seks tanpa tahu
risikonya.

Dalam pada itu, pengaruh persekitaran yang begitu kondusif turut menggalakkan perlakuan
seksual seperti itu. Kehidupan anak-anak yang terlalu terkongkong atau tidak rapat dengan ibu
bapa atau keluarga, boleh menyebabkan anak-anak ingin meneroka sesuatu yang negatif.

Selain itu kurangnya didikan agama juga menjadi punca utama mengapa mereka tidak dapat
menahan diri daripada terjebak dalam kancah maksiat seperti ini. Halijah berkata, antara kesan-
kesan mengamalkan seks bebas ialah kehamilan.

Di Amerika Syarikat misalnya, lebih kurang 40 peratus daripada remajanya hamil luar nikah.
Akibat kehamilan luar jangkaan ini ramai remaja perempuan bertindak menggugurkan
kandungan mereka yang akhirnya menimbulkan komplikasi kesihatan dan kematian.

Statistik yang diperoleh oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati 4.4 juta remaja
dunia pernah menggugurkan kandungan,” katanya.
Hubungan seks bebas juga membawa risiko penyakit kelamin. Menurut anggaran WHO, setiap
tahun, seorang daripada 20 remaja di dunia dijangkiti penyakit kelamin yang mana daripada
sejumlah 333 juta kes baru penyakit kelamin, 111 juta kes berlaku di kalangan mereka yang
berusia di bawah 25 tahun.

Hubungan seks bebas yang tiada perlindungan boleh menyebabkan peningkatan kepada risiko
keguguran di kalangan remaja yang masih mentah yang bukan sahaja membahayakan nyawanya
juga paling tidak selamat ialah akan meningkatnya kes penyakit kelamin dan berjangkit seperti
gonorea, sifilis dan lebih berbahaya iaitu AIDS.

Antara punca yang dikenal pasti berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya ilmu pengetahuan
tentang penjagaan kesihatan berhubung tentang seks di kalangan remaja dan juga pengamal
perubatan yang tidak mahir.

Berdasarkan Kaji Selidik Penyakit dan Kesihatan Negara (bawah Kementerian Kesihatan)
memperlihatkan bahawa penglibatan remaja dalam hubungan seks di luar perkahwinan di
Malaysia adalah 1.8 peratus pada tahun 1996.

"Jumlah yang paling tinggi adalah di kalangan pelajar perempuan iaitu 2.5 peratus berbanding
dengan pelajar lelaki hanya 1.2 peratus sahaja”.

Jenayah

Walaupun Malaysia pada hari ini telah pun menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-50,
namun timbul persoalan adakah negara kita sudah bebas sepenuhnya daripada kegiatan jenayah
yang sememangnya tidak wujud lagi dalam sebuah negara yang merdeka.

Malahan kejadian jenayah di Malaysia pada hari ini semakin menjadi-jadi. Pembunuhan kejam
berlaku di sana sini, samun, pecah rumah, rogol dan sebagainya.

Penglibatan para remaja dalam kegiatan jenayah juga sangat membimbangkan. Hasil kajian yang
dibuat oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengenai pembabitan remaja
Melayu di ibu kota dalam kejadian jenayah sungguh mengejutkan.

Ini kerana remaja Melayu seakan menjadi jaguh dalam kebanyakan kategori jenayah yang
berlaku di ibu negara sama ada yang dilapor atau tidak oleh media massa negara ini.

Kajian itu merumuskan bahawa remaja Melayu begitu lemah dan mudah terpengaruh dengan
ajakan rakan-rakan sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk keseronokan.

Ini menunjukkan bahawa betapa rapuhnya iman remaja pada hari ini sehingga sanggup
melakukan sesuatu di luar batasan kemanusiaan.

Remaja dan Black Metal


Dalam kesibukan negara hendak menjadikan negara ini sebagai pusat pendidikan bertaraf dunia,
Malaysia sekali lagi dikejutkan oleh pendedahan wujudnya pengaruh Black Metal di kalangan
pelajar sekolah, menengah dan ada diantaranya adalah daripada golongan professional.

Apa yang lebih memeranjatkan banyak pihak, budaya negatif ini bukan sahaja berlaku di sekolah
menengah sahaja, malahan ada murid-murid sekolah rendah juga dilaporkan terlibat dengan
gejala yang tidak sihat ini.

Dalam era globalisasi, teknologi maklumat merupakan satu komponen globalisasi itu sendiri
yang sangat dominan dan paling berpengaruh.

Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat ini bukan sahaja mendatangkan impak yang
bermanfaat, malahan turut sama menyebar luaskan unsur-unsur yang tidak sihat seperti pengaruh
Black Metal ini.

Perbuatan seperti membakar Al-Quran, kencing atas Al-Quran, meminum darah kambing hitam,
tidak sedarkan diri, mendengar muzik dan lagu yang tiada mesej dan bermacam-macam lagi.

Apakah ini bentuk kehidupan remaja Islam kini? Sehingga sanggup memperlekehkan kemuliaan
Al-Quran.

Tidak keterlaluan jika dikatakan pengaruh Black Metal lebih dahsyat dari pengaruh budaya rock,
punk, hippies, skin head dan banyak lagi yang kesemuanya diimport dari barat.

Di manakah erti kemerdekaan kepada muda-mudi Islam ini jika mereka masih terpengaruh
dengan budaya karut marut tersebut.

Remaja dan Masalah Buli

Dalam sebuah negara merdeka, setiap rakyat tidak kira tua atau muda perlu mempunyai rasa
kekitaan dan sayang menyayangi di antara satu sama lain.

Setiap warganegara perlu ada kesedaran terhadap hak-hak orang lain. Justeru itu, fenomena buli
membuli dalam masyarakat Malaysia tidak seharusnya berlaku.

Realitinya dalam masyarakat kita pada hari ini, khususnya para remaja begitu sinonim dengan
kejadian buli khususnya remaja sekolah. Lihat sahajalah beberapa kejadian yang telah berlaku
sebelum ini.

Kejadian di Persiaran Gurney, Pulau Pinang bukan sahaja memilukan malah telah menyebabkan
seluruh masyarakat marah.

Keluarga mangsa menjadi trauma akibat kejadian tersebut sehingga tidak akan memaafkan
mereka yang menyebabkan kematian Allahyarham Asrin Mohsin.
Apa yang menjadi masalah ialah kebanyakan mangsa buli ini pula tidak berani tampil untuk
mendedahkan kejadian buli yang berlaku sama ada kepada ibu bapa atau pihak sekolah.

Keadaan ini menyukarkan lagi usaha pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah buli dan ini
secara tidak langsung akan menyebabkan pembuli semakin berleluasa.

Apakah yang menyebabkan remaja sekolah ini menjadi semakin liar, ganas sehingga sanggup
membunuh rakan sendiri? Siapakah yang perlu dipersalahkan masyarakat, guru atau ibu bapa?

Remaja dan Lari dari Rumah

Sejak tahun 2003, dilaporkan sebanyak 16,020 orang remaja bawah umu 17 tahun lari dari
rumah. Daripada jumlah tersebut sebanyak 9,415 orang telah dijumpai semula.

Kebanyakan gadis-gadis bawah umur ini lari dari rumah atas factor mengikut teman lelaki dan
juga tidak mahu dikongkong oleh ibu bapa mereka.

Statistik polis mendedahkan sebanyak 2,540 lari bersama teman lelaki, 1,857 terpengaruh dengan
rakan, 1,592 lari kerana masalah keluarga dan 1,371 lari kerana mahukan kebebasan.

Daripada jumlah tersebut, remaja Melayu paling ramai terlibat iaitu sebanyak 10,489 kes
berbanding dengan bangsa lain.

Bagi remaja Melayu faktor utama yang menyebabkan remaja lari dari rumah disebabkan oleh
pengaruh rakan manakala remaja Cina disebabkan oleh masalah keluarga.

Remaja dan Idola Popular

Masyarakat Islam selalunya merujuk kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w sebagai
rujukan sama ada dari segi amalan, kelakuan atau dikatakan sebagai cara hidup.

Tanpa disedari mereka sebenarnya telah menjadikan junjungan mulia sebagai idola. Manakala
kita sebagai masyarakat Islam Malaysia yang hidup dalam sebuah negara merdeka, tidak ramai
yang menjadikan tokoh-tokoh pejuang negara sebagai idola.

Mengapakah kita tidak berminat untuk menjadi seperti mereka yang telah berjuang bermati-
matian mempertahankan negara sehingga kita dapat melepaskan diri dari belenggu penjajahan.

Apa yang berlaku dalam masyarakat kita khususnya remaja Islam masa kini meminati artis
pujaan mereka dan sekaligus menjadikan artis tersebut sebagai idola mereka tanpa mengambil
kira apakah sumbangan artis tersebut kepada negara dan agama.

Apakah nilai-nilai murni artis tersebut yang boleh dijadikan tauladan. Apa yang mereka tahu
sekadar meminati nyanyian atau lakonan artis sahaja.
Begitu sempit pemikiran remaja Islam pada hari ini. Siapa sebenarnya yang layak menjadi idola
kepada remaja-remaja ini? Tokoh korporat, negarawan, sasterawan, ahli sukan atau artis yang
berada dalam lingkungan budaya popular?

Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan remaja Islam seratus peratus kerana jika
diperhatikan sama ada di media cetak atau media elektronik, pendedahan mengenai perjuangan
atau peranan cerdik pandai Islam, negarawan, sasterawan atau golongan ahli korporat kurang
didedahkan.

Apa yang mendominasi media cetak dan elektronik masa kini adalah kehidupan golongan artis
dan cerita-cerita hiburan semasa yang banyak melalaikan remaja dan mempengaruhi remaja
untuk hidup dalam dunia glamour sebagai seorang artis.

Remaja dan Sambutan Kemerdekaan

Kuala Lumpur sememangnya menjadi tumpuan warga kota yang ingin menyambut detik-detik
bersejarah menjelangnya 31 Ogos. Masing-masing begitu sabar menunggu detik 12 tengah
malam yang menyaksikan kejayaan negara membebaskan diri daripada cengkaman penjajah.

Apabila tiba detik 12 malam, percikan bunga api pun dinyalakan, acara hiburan yang berbentuk
konsert serta parti-parti anjuran individu atau kafe-kafe di ibukota mula beroperasi bagi
memeriahkan lagi malam sambutan kemerdekaan.

Tidak cukup dengan itu ada yang mengadakan pesta seks, pesta arak, rempit, berkaraoke sampai
pagi, berpeleseran, dan sebagainya. Siapa yang paling ramai terlibat? Sudah tentulah golongan
remaja Islam.

Inilah senario yang berlaku saban tahun di Malaysia. Sungguh berlainan sekali dengan
masyarakat zaman dulu yang menyaksikan percikan api peluru musuh, masyarakat kini
menyaksikan percikan bunga api sebagai satu kejayaan.

Walau apapun sambutan yang dibuat, bagi masyarakat Malaysia masa kini, pengisian malam
kemerdekaan mesti disertakan dengan acara hiburan.

Malahan acara hiburan begitu mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat,
berbanding ceramah kemerdekaan atau menonton dokumentari berkaitan jerih perih penjajahan.

Bagi golongan remaja khususnya remaja Islam, itulah caranya mereka mengisi kemerdekaan
yang dikecapi pada hari ini.

Golongan remaja Islam misalnya merupakan golongan yang paling ramai menunjukkan
sokongannya terhadap program-program pengisian sambutan kemerdekaan seperti tadi.

Bagi mereka, itulah penghayatan erti kemerdekaan tanpa mengetahui bahawa sambutan
kemerdekaan bukan sekadar laungan penuh semangat tetapi diri mereka juga perlu tampil dalam
pakej lengkap sebagai anak bangsa yang merdeka.
Apa yang membimbangkan ialah jika anak-anak muda ini terus hanyut dibawa arus kealpaan dan
terpengaruh dengan budaya asing, siapa yang akan mempertahankan negara suatu hari nanti?

Cara yang terbaik dalam menangani sesuatu masalah adalah dengan adanya gabungan beberapa
faktor yang saling berkaitan antara satu sama lain.

Antara cara yang paling utama dalam menangani sesuatu masalah yang dianjurkan oleh Islam
adalah melalui pengukuhan ikatan akidah.

Ikatan akidah menuntut kita supaya meyakini bahawa Tuhan sekalian alam ialah Allah S.W.T
yang maha berkuasa ke atas makhluknya.

Segala perintah dan suruhan Tuhan wajib ditaati. Dia yang Maha Mengetahui. Melalui ikatan
akidah juga, kita tahu dari mana kita datang, kenapa kita datang ke dunia ini dan ke mana
akhirnya hidup ini.

Dengan cara ini, para remaja akan mampu menghadapi segala masalah atau segala cabaran
dengan penuh bijaksana dan kesabaran kerana meyakini Allah berkuasa ke atas segala-galanya.

Selain itu, remaja harus sentiasa melakukan kegiatan kerohanian agar sentiasa tenang dan
tenteram dalam hatinya.

Para remaja mestilah sentiasa mendirikan sembahyang, mendampingi al-Quran, berkunjung ke


masjid agar dapat mendampingi orang yang terpuji akhlaknya, berpeluang mendekati orang yang
berilmu dan mendengar ceramah agama.

Dengan ini remaja akan sentiasa ingat siapa diri mereka dan apa yang mereka harus lakukan
untuk bekalan di masa depan. Dalam hal ini remaja perlu tahu bahawa ilmu keduniaan yang
mereka miliki tidak akan menjamin seseorang itu terpelihara daripada anasir-anasir luar.

Pendidikan agama juga perlu seiring supaya perjalanan hidup seseorang individu muslim
sentiasa terarah ke jalan yang diredhai Allah sw.t.

Remaja juga harus mencari mereka yang baik akhlaknya serta ilmunya untuk dijadikan model
ikutan serta sumber rujukan untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah mereka.

Begitu juga apabila memilih kawan. Kawan sebenarnya memainkan peranan dalam hidup
seseorang individu. Ini kerana jika seseorang itu silap memilih kawan, kemungkinan untuk
seseorang itu terjerumus ke lembah kehinaan adalah lebih tinggi.

Kawan adalah orang yang kedua dalam hidup seseorang individu selepas ibu bapa. Lebih parah
lagi apabila ada dikalangan remaja pada hari ini lebih percaya kepada kawan daripada ibu bapa
sendiri.

Para remaja juga tidak boleh menjadikan tempat hiburan sebagai tempat untuk menyelesaikan
masalah.
Ini kerana pada zaman moden ini, para remaja Islam khususnya lebih suka mencari ketenangan
dan menyelesaikan masalah dengan mengunjungi kelab-kelab malam, dan kelab-kelab hiburan di
sekitar ibu kota.

Remaja pada hari ini lebih selesa mengunjungi pusat hiburan daripada mengunjungi majlis
agama atau masjid-masjid. Ini kerana mereka merasakan masjid itu hanyalah tempat untuk
bersolat sahaja.

Mereka tidak mengetahui bahawa masjid merupakan tempat yang paling sesuai untuk bertafakur
dan memohon petunjuk daripada Allah dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Kesimpulan

Menurut Prof. Dr. Sidek Baba, remaja pada hari ini harus insaf bahawa dalam proses Bina
Negara kita berdepan dengan persaingan yang sengit.

Negara yang maju dan negara yang membangun, banyak ditentukan oleh kualiti diri remaja dan
kualiti ilmunya, Remaja harus selalu bertanya apakah sumbangan dirinya terhadap negara, bukan
hanya bertanya apakah sumbangan negara terhadap dirinya.

Masalah Sosial di Kalangan Remaja Kini Makin Meruncing

Pengenalan

Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak
dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar
nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan,
gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah
kepada mat rempit.
Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895
kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42
peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes
(17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan
kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes
(3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini
menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di
negara kita ketika ini.

Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik,
pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat
menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti
mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah,
bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah,
trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari
asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.
Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepad tiga tahap :
a) Tahap awal kanak-kanak
b) Tahap pertengahan dan akhir kanak-kanak
c) Tahap baligh dan remaja

Peringkat pertama

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada persekitarannya.


Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi
keperluan emosi dan fisiologinya. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah
dijaga dan perkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada
lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta
kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin
akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar.

Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada


bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk
keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri.
Dalam peringkat ini ibu wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak
tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan ragu
terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligus mengakibatkan
berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat malu dan merasa
serba kekurangan.

Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang


tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-
sifat personal seperti sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap
perasaan. Dalam peringkat umur 3 hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus
mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang lebih meluas; di mana mereka
lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi, banyak bertanya dan
bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar
mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga
kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang
berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak.

Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua
dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan
reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan
memahami sesuatu. Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan
sikap toleransi. Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat yang
demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluar menemui kami.
Beliau mendokong Umamah Abu 'Asr. Beliau bersembahyang sambil mendokong
Umamah, apabila Baginda ruku', beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung
semula Umamah. Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada
cucunya.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-
galanya.Beliau membenarkan anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal
sembahyang itu adalah ibadah yang suci dalam Islam.

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas arena hubungan sosial dan
pergaulannya dengan orang lain yang sekampung atau sesekolah atau juga rakan
sebaya dengannya. Kanak-kanak mula menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi
baru dalam hidupnya. Ia mula membezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk
yang disukai oleh orang lain atau sebaliknya. Ia gembira jika orang lain puas dengan
perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa, menyesal jika orang lain marah kepadanya. Ini
adalah permulaannya yang betul bagi proses pembentukan akhlak yang luhur.

Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak selalu berusaha


untuk menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak orang lain. Antara
kecenderungan dan motivasi dengan nilai agama, akhlak, tradisi, guru, peraturan dan
undang-undang. Dalam peringkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab
akhlak dalam diri kanak-kanak sehingga ia mencapai tahap perkembangan akhlak yang
ke-3. Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru perlu perihatin kepada kecendurangan ini
dan amat perlu diarahkan secara yang bijaksana sehingga kanak-kanak dapat
memperolehi model yang utama (role model) di samping mengembangkan kearah nilai-
nilai kebaikan.

Peringkat yang ketiga iaitu peringkat baligh dan remaja

Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Fizikal kanak-kanak
mula berkembang dan membesar. Perkembangan ini diikuti oleh perkembangan
sosioemosinya di mana anak tersebut mula memperolehi keperibadiannya yang unik. Ia
mula merasakan 'sense of belonging' kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini
adalah peringkat yang amat komplikated (rumit) dan ia disertai oleh pengalaman-
pengelaman baru serta peranan dan peluang-peluang yang baru. Menyerlahnya
dorongan kejantinaan semakin merumitkan hubungannya dengan orang lain.
Keupayaan fizikalnya semakin kukuh dan mencapah. Tanggungjawab persekolahan
ikut bertambah, disiplin hidupnya mula terbentuk.

Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya mengawal kehendak


nalurinya. Ia mula menundukkan diri kepada contoh utama yang telah terserap jauh
dalam batinnya. Ia menjadikan contoh utama tersebut sebagai kriteria dalam tingkah
laku dan situasi yang bersifat moral. Ia akan beriltizam dengan saranan-saranan dan
contoh yang ditunjukkan sama ada wujud dalam bentuk undang-undang, sistem, adat
dan budaya sosial atau ketiadaannya.

Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan dengan kesempurnaan perkembangan


akal, kejiwaan dan sosial. Huzaifah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda :
"Janganlah kalian menjadi pak turut. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik
kalian buat baik. Kalau mereka jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah
pendirian kalian. Jika orang baik kalian wajar berbuat baik. Jika mereka melakukan
kejahatan janganlah pula kalian melakukan."
Pembentukan Akhlak Remaja Islam

Pembentukan akhlak di dalam Islam dimulai dengan pengukuhan akidah melalui ikrar
bahawa tidak ada Tuhan sebenarnya yang disembah kecuali Allah dan Muhammad
adalah Rasulullah. Bagi kanak-kanak yang baru lahir pendedahan ini dimula dengan
azan dan iqamat. Dalam peringkat berikutnya kanak-kanak dilatih dengan budaya hidup
beragama Islam oleh ibu bapanya . Apabila lidah anak-anak sudah boleh bertutur
mereka dilatih menyebut nama Allah dan beberapa ayat ringkas seperti:

ٌ ‫َو ُق ْل ْال َحمْ ُد هَّلِل ِ الَّذِي َل ْم َي َّتخ ِْذ َو َل ًدا َو َل ْم َي ُكنْ َل ُه َش ِري‬
ُّ ْ‫ك فِي ْالم ُْلكِ َو َل ْم َي ُكنْ َل ُه َولِيٌّ مِن‬
)111(‫الذ ِّل َو َكبِّرْ هُ َت ْك ِبيرً ا‬
Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada
bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan
sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya
dengan bersungguh-sungguh!"

atau doa kepada ibu bapa:

ُّ ‫اخفِضْ َل ُه َما َج َنا َح‬


َ ‫الذ ِّل مِنْ الرَّ حْ َم ِة َوقُ ْل رَّ بِّ ارْ َحمْ ُه َما َك َما َر َّب َيانِي‬
)24(‫صغِيرً ا‬ ْ ‫َو‬
dan lain-lain.

Pengungkapan syahadat sebagai suatu proses pembangunan akhlak bergandingan


dengan tujuh syarat yang mustahak dipenuhi seperti mana yang disebutkan oleh Saikh
Yusuf al-Badri:

a) Ilmu yang menafikan kejahilan


b) Kecintaan kepada Allah yang menafikan kecintaan kepada yang lainnya
c) Keyakinan yang menafikan keraguan
d) Penerimaan yang menafikan penolakan
e) Kepatuhan yang menidakkan keingkaran
f) Keikhlasan yang menafikan kesyirikan
g) Kejujuran yang menafikan sifat mendustakan atau sekadar berlakon.

Pemantapan kalimah tauhid ini bermakna pendidikan membentuk pemikiran, perasaan


serta penanaman nilai-nilai keimanan yang dinyatakan oleh Rasulullah sebagai 60 atau
70 lebih cabang dalam diri umat Islam. Sesungguhnya kesedaran manusia tentang
kewujudan, kebesaran, kekuasaan dan keesaan Allah s.w.t. tentunya akan
menimbulkan keperihatinan yang tinggi terhadap arahan-arahanNya.

Dalam konteks yang sama, perkara utama yang perlu dilakukan oleh seorang muslim
ialah memastikan dirinya bersih dari kekufuran atau tanda-tanda kekufuran kepada
Allah dan Rasulnya; iaitu samada menafikan perkara-perkara asas agama, atau
melakukan perkara-perkara yang membatalkan syahadat. Kemudian, ia harus
memastikan dirinya terlepas dari sifat-sifat kemunafikan, samada yang bersifat
tanggapan mahupun yang bersifat amalan. Kemunafikan dalam tanggapan
umpamanya, meyakini sesuatu yang bercanggah dengan hakikat Islam yang sebenar
walhal lidahnya mengatakan ia menurut Islam yang sebenar. Kemunafikan dalam
amalan ialah melakukan akhlak-akhlak orang yang munafik seperti tidak mematuhi janji,
membiasakan diri dengan berdusta dan bersifat khianat. Ia hendaklah memastikan
dirinya bersih daripada kefasikan atau penderhakaan kepada Allah. Tidak melakukan
apa yang dilarang oleh Allah. Tidak menyalahi perintah Allah. Manusia muslim mesti
menghindarkan diri dari segala kejahatan ; lahir dan batin.

Pembangunan akhlak bermula dengan perlaksanaan :


1- solat.
2- zakat dan infak.
3- puasa.
4- haji.
5- membaca al qur'an.
6- zikir.
7- memikirkan penciptaan allah.
8- mengingati mati dan memendekkan angan-angan.
9- muraqabah, muhasabah, mujahadah dan mu'atabah.
10- jihad, amal makruf dan nahi mungkar.
11- dedikasi dan bersifat tawadduk.
12- mengenali tipu daya syaitan terhadap manusia serta menangkis dan menutup
laluannya.
13- mengenal jenis-jenis penyakit hati serta mengetahui cara-cara merawatnya.

Bagaimana Membangunkan Akhlak Umat Islam

Menurut Syaikh Abdul Rahman al Midani; akhlak manusia memang boleh berkembang
dan boleh dibentuk dengan berbagai cara. Antara cara-cara tersebut ialah melalui:

a- Latihan Amali Dan Amalan-Amalan Menjernihkan Batin

Pendidikan akhlak tidak hanya melalui penjelasan mengenai nilai-nilai akhlak kepada
masyarakat di mana mereka boleh memilih dan menghargai nilai-nilai tersebut tetapi
juga pendidikan akhlak boleh dibuat berdasarkan latih tubi, perlaksanaan atau
penghayatan yang berterusan umpamanya. Walaupun di peringkat awal ia
dilaksanakan kerana arahan atau tekanan dari luar, namun lama kelamaan ia akan
menjadi kebiasaan dan tabiat. Manusia sememangnya berupaya memperolehi akhlak
atau sifat yang mulia melalui pendekatan ini. Rasulullah s.a.w. bersabda
( maksudnya ) :

"Suruhlah anak kalian bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah
mereka kerana meninggalkannya ketika umur mereka ( menjangkau ) sepuluh tahun.

Seandainya sembahyang boleh dibiasakan sejak dari kecil , maka puasa, zikir dan
tilawatul Qur'an pun boleh diamalkan sejak dari kecil dan secara berterusan; sehingga
menjadi amalan yang lazim dan budaya hidup. Amalan amalan ini pastinya lambat-laun
akan menjadi adat atau kebiasaan seseorang.

b- Meletakkan Diri Dalam Lingkungan Persekitaran Yang Soleh

Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Persekitaran tersebut


merangkum tradisi, model tingkah-laku dan saranan serta rangsangan yang bersifat
akhlak. Manusia memang sering terpengaruh kepada persekitarannya; dengan cara
meniru serta mencontohi figure yang disanjungi oleh mereka. Kewujudan seseorang
dalam lingkungan masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia
beriltizam dengan amalan dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. Ia akan
berusaha melaksanakan sesuatu yang disanjungi oleh masyarakatnya. Sebaliknya,
perbuatan yang dianggap keji oleh lingkungannya, ia akan berusaha sedaya upaya
untuk menghindarinya.
Dalam kontek menegaskan kesan lingkungan ini Allah SWT berfirman:
ِ ‫صرِّ فُ اآْل َيا‬
َ ‫ت لِ َق ْو ٍم َي ْش ُكر‬
‫ُون‬ َ ‫الطيِّبُ َي ْخ ُر ُج َن َبا ُت ُه ِبإِ ْذ ِن َر ِّب ِه َوالَّذِي َخب‬
َ ‫ُث اَل َي ْخ ُر ُج إِاَّل َن ِك ًدا َك َذل َِك ُن‬ َّ ‫َو ْال َبلَ ُد‬
Maksudnya :
"Negara yang baik (makmur) akan menampilkan hasil mahsulnya ( yang baik dan sihat)
dengan izin tuhannya, manakala negara yang buruk, tidak akan dapat menghasilkan
kecuali pengeluaran yang buruk. Demikianlah Kami ajukan tanda-tanda kebesaran
Kami kepada kaum yang bersyukur."
Surah al 'Araf, ayat 58 :

Masyarakat yang buruk ialah masyarakat yang tidak melaksanakan syariat Allah.
Mereka menguatkuasakan peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang
menyimpang dari jalan Allah yang lurus. Dengan demikian, warganya sudah pasti akan
berkembang di dalam masalah sosial yang tidak sihat. Mereka akan terpengaruh
dengan gejala-gejala kejahatan yang berkembang pesat dalam masyarakat yang
dilanda oleh fenomena moral berkenaan.

c-Qudwah Hasanah

Manusia juga dipengaruhi oleh idolanya. Idola tersebut kerap menjadi rol model dalam
kehidupan mereka. Manusia yang berperanan menjadi rol model tersebut antara lain
ialah tokoh politik, artis, seniman, atlit sukan, ibu bapa, guru dan sebagainya. Meskipun
Rasulullah adalah qudwah yang paling ideal bagi umat Islam, namun penghayatan nilai-
nilai yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah dipaparkan oleh golongan idola
berkenaan. Mereka sewajarnya sentiasa berusaha menunjukkan contoh dan teladan
yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda. Penghayatan golongan idola tersebut
terhadap nilai-nilai yang luhur dan utama pasti akan mengukuhkan keyakinan generasi
baru bahawa keutamaan dan keluhuran memang sebenarnya boleh dilaksanakan. Ia
bukan zaman dahulu kala atau idealisme khayalan belaka; tetapi malah ianya suatu
realiti yang tentunya boleh dicontohi dan direalisasi oleh generasi masa kini.
Allah SWT berfirman:
َ ‫ُول هَّللا ِ أُسْ َوةٌ َح َس َن ٌة لِ َمنْ َك‬
‫ان َيرْ جُو هَّللا َ َو ْال َي ْو َم اآْل خ َِر َو َذ َك َر هَّللا َ َكثِيرً ا‬ ِ ‫ان َل ُك ْم فِي َرس‬
َ ‫لَ َق ْد َك‬
Bermaksud;
"sesungguhnya Rasulullah itu bagi kamu adalah contoh ikutan yang baik untuk mereka
yang mengharapkan Allah, mengharapkan ( ganjaran ) hari akhirat dan mereka yang
kerap mengingati Allah." Surah al Ahzab, ayat 21.

d- Tekanan Sosial Dari Masyarakat Islam

Antara mekanisme yang digunakan oleh Islam dalam membentuk penganutnya serta
memastikan mereka melaksanakan tata kelakuan berakhlak ialah wujudnya komuniti
sosial yang komited dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam. Masyarakat Islam yang
mempunyai impak yang besar dan pengaruh yang kuat dalam memaksa individu
mengamalkan atau menurut nilai dan norma-norma akhlak. Mereka boleh
melaksanakan tekanan moral yang berkesan untuk mendisplinkan golongan yang
berkecenderungan untuk melakukan kejahatan. Manusia memang suka dipuji, dihormati
dan disanjung. Manusia juga takut dikeji dan dicemuh oleh kumpulan di mana ia
mempunyai sense of belonging kepada mereka. Faktor-faktor tersebut adalah anak
kunci yang sedikit sebanyak menentukan tindak-tanduk seseorang. Masyarakat Islam
yang aktif boleh berperanan menyuburkan semangat dan amalan hidup berakhlak. Ia
juga boleh membendung trend-trend kufur dan maksiat dalam masyarakat melalui
perlaksanaan amal mak'ruf dan nahi mungkar. Apabila masyarakat kehilangan
keprihatinannya terhadap kewajipan menegakkan makruf dan mencegah yang
mungkar, maka bermulalah proses penghakisan moral, akhlak dan martabat umat
berkenaan.

e- Kuasa Negara Islam melalui sistem keadilan dan galakannya

Tuntutan akhlak dan nilai-nilainya tidak akan bermaya tanpa digandingi oleh kuasa atau
autoriti yang menguatkuasakan nilai-nilai tersebut. Oleh kerana itu, antara
tanggungjawab negara Islam ialah mewujudkan mekanisme dan jentera-jentera
pentadbiran yang dapat beroperasi untuk memastikan ketertiban serta penghayatan
kaedah-kaedah akhlak dalam masyarakat. Jika negara tidak melaksanakan amanah ini
kerana ia tidak berlandaskan sistem perlembagaan dan undang-undang Islam sudah
pasti keadaan akhlak umat akan lebih parah dan malang.Melalui puluhan kementerian,
badan-badan berkanun, agensi-agensi kerajaan akhlak akan digugat dan dihakis.
Amalan pemerintahan yang tidak adil menjanjikan kemusnahan bukan hanya dalam
bidang akhlak tetapi juga dalam semua hal.
Selain dari apa yang telah dinyatakan di atas maka akhlak juga boleh dibentuk oleh
media massa, sekolah, rakan sebaya, masjid atau surau dan sebagainya. Untuk lebih
jelas ada baiknya kita terangkan satu persatu peranan tersebut :

f - Peranan Media Massa

Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar
dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen
sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan
amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan
hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa
tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang
melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-
poya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi
yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah
meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak
dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.

Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti


ibubapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam
mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan
serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak
atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh
menjadi wahana "cultural domination dan imperialisme" melalui berbagai saluran
teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya.

g - Peranan Sekolah

Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan
akhlak Islam. Antara lain sekolah boleh :
1. Menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya,
meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar
atau petugas.
2. Memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan
Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara
sesama anggota sekolah atau institusi.
3. Memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti
ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang,
menjaga perasaan orang lain, menjaga standard layanan dalam berinteraksi, berkorban
untuk kepentingan ramai, bekerjasama, melakukan self criticism, mengawal diri,
menghargai ilmu, menghormati ulama' dan sebagainya.
4. Membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik
mereka dari segi agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan
mereka agar dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di
samping melatih mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang
berfikiran matang dan bebas.

Para pelajar di sekolah hendaklah dilatih supaya merendah diri dan memuliakan orang
yang mereka bergaul dengan mereka. Mereka hendaklah digalakkan lebih suka
memberi dari menerima. Dalam sanubari mereka patut dicambahkan keinsafan bahawa
tangan yang memberi lebih utama dari tangan yang menerima. Disuburkan pula
perasaan zuhud dalam hatinya dan di asuh agar tidak menjadi mata duitan.

Mereka harus juga diasuh supaya tidak meludah dalam majlis atau berkahak, tidak
menguap besar di hadapan orang, tidak meletakkan kaki di atas sebelah kaki yang lain
serta tidak membanyakkan cakap. Anak-anak harus digalakkan tidak banyak bercakap
kecuali sekadar menjawab. Mereka harus dilatih pandai mendengar tuturan orang,
lebih-lebih lagi jika orang yang bercakap itu lebih tua daripadanya.

Mereka mesti ditegah mengucapkan kata-kata kesat, atau bergaul dengan orang-orang
yang celupar. Justeru antara kaedah mendidik anak-anak ialah melindungi mereka dari
rakan-rakan yang jahat. Selain dari itu elok juga selepas belajar mereka dibenarkan
bermain-main untuk menyegarkan tubuh mereka setelah penat belajar. Mereka
hendaklah diasuh supaya patuh kepada ibu bapa, guru dan menghurmati mereka.

Selain dari latihan serta disiplin seperti di atas, pelajar harus juga dilatih menghargai
tugas dan tanggung jawab dengan cara yang bijak, lemah-lembut tanpa terburu-buru
melaksanakan kekerasan atau pemaksaan melalui penderaan. Kepatuhan yang lahir
dari keinsafan dan kesedaran batin biasanya lebih berkesan dan mantap. Bagi seorang
pendidik menggunakan tindakan menghukum biarlah terhadap perkara yang paling
akhir dalam fikirannya; samada mereka golongan guru atau bapa. Bahkan apabila
hukum hendak dikenakan kepada murid biarlah sekadar yang perlu sahaja.

Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih
meninggalkan kesan di dalam hati serta dipatuhi. Hukuman atau penderaan bukanlah
langkah utama yang merupakan satu-satunya penyelesaian. Penderaan adalah langkah
terakhir apabila contoh yang baik, nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak dan
bapa atau guru tidak mampu lagi untuk digunakan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud :


"Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan
pukullah mereka ( kerana enggan sembahyang ) apabila umur mereka sepuluh tahun".
(Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud).

Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau hukuman.
Malah di dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan
akhlak yang terpuji seperti melatih bersembahyang dengan menggunakan
kecenderungan meniru yang menjadi pembawaan kanak-kanak dan dengan rasa yang
penuh kasih sayang dari orang dewasa. Misalnya dengan memaparkan contoh, nasihat,
perkataan yang baik, teguran yang lemah lembut tetapi tegas dan sebagainya.
Sekiranya cara-cara tersebut gagal barulah dikenakan sedikit kekerasan yang bertujuan
mendidik bukan yang menimbulkan kecacatan fizikal dan sebagainya.

Firman Allah :

ًّ ‫ت َف‬
ِ ‫ظا َغلِي َظ ْال َق ْل‬
‫ب اَل ْن َفضُّوا مِنْ َح ْول َِك‬ َ ‫َف ِب َما َرحْ َم ٍة مِنْ هَّللا ِ لِ ْن‬
َ ‫ت لَ ُه ْم َولَ ْو ُك ْن‬
"Dengan rahmat ALlah kepadamu itu maka engkau berlemah lembut menghadapi
mereka. Seandainya hatimu keras dan (sikapmu) kasar nescaya mereka bubar dari
sekelilingmu.
(Surah Ali Imran : ayat 159)
Satu hakikat pembelajaran yang lumrah di sekolah ialah murid kerap dipengaruhi oleh
sifat, kebiasaan dan akhlak guru. Sekiranya guru mempunyai akhlak yang baik murid
ikut terpengaruh dengan akhlak ini. Demikianlah sebaliknya. Pandangan negatif murid
bukan setakat terhad kepada guru tetapi juga mungkin menjangkau kepada pelajaran,
kepada sekolah dan seterusnya kepada sistem persekolahan keseluruhannya.

Displin sekolah hendaklah dilaksanakan dengan semangat kerjasama. Guru besar,


nazir, guru, murid malah ibubapa hendaklah sama-sama berperanan. Ini bermakna
harus ada penerimaan dan permuafakatan tentang polisi dan cara-cara
merealisasikannya seboleh-bolehnya dari semua pihak agar masing-masing melindungi
dan mempertahankannya.

Usaha mengatasi masalah di sekolah hendaklah dengan menghapuskan sebab-sebab


pokok atau punca dari mana datangnya permasalahan itu. Ini termasuk menghapuskan
suasana yang membantu atau menyokong salah laku dari murid . Di samping itu juga
penyelesaian boleh di usahakan dengan mengambil langkah pencegahan dan
mengujudkan suasana yang lebih positif. Ini di dasarkan kepada prinsip "mencegah
lebih baik dari merawat".

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh sekolah dalam membangun akhlak
ialah dengan mengadakan kempen menyedarkan murid tentang keperluan
menghormati disiplin sekolah, menerangkan tentang mengapa suatu disiplin itu dibuat
dan memperbanyakkan aktiviti sekolah dengan mempelbagaikannya, menggunakan
atau memenuhi masa lapang murid, menghubung-kaitkan sukatan pelajaran dengan
keperluan diri dan masyarakat mereka dan langkah-langkah yang lain.

h - Peranan rakan sebaya

Antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu
ialah rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam
tingkah laku mereka. Perasaan "sense of belonging" kepada kumpulan adalah suatu
yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan
sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. Remaja memang
menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan dewasa dan
mereka sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan generasi
yang lebih tua. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya ( 1972 )
menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi
jurang generasi( generation gap ) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran
ibubapa mereka.

Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah :


1. kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa
mereka dan para penjaga mereka
2. kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang
mereka lakukan
3. wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran
ibubapa dan penjaga mereka.
Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan
kelompok sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah
mereka. Kesilapan di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat
dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan
sebagainya pasti akan mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan
dewasa .
i - Peranan rumah ibadah

Bagi umat Islam, rumah ibadat yang paling penting ialah masjid. Di sinilah umat Islam
sering berkumpul untuk menyembah Allah secara berjamaah. Sebab itulah di mana
sahaja dalam negara umat Islam; bahkan di kota-kota besar dunia kedapatan bangunan
masjid yang berbagai bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. Masjid
sentiasa menjadi lambang kemegahan umat dan pemerintah Islam. Sebagai tempat
ibadah masjid mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam meneruskan
penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam. Kelangsungan budaya, cara
hidup dan syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini. Sebab itu perkara
pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda berhijrah ke Madinah al
Munauwarah ialah membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi.

Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid, ruh
Islam dan akhlak . Ia mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia
kepada Allah . Ilmu yang dipelajar membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah
atau takut kepada Allah. Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur, soleh dan
dedikasi. Apabila semangat dan imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu disalut
dengan semangat kebendaan dan keserakahan manusia. Sebab itu muncullah ilmuan-
ilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran Allah itu sendiri .

Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh
dijalankan di dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan
sahsiah umat . Antaranya ialah:
1. Kelas Fardu Ain
2. Kelas Tajuid & Qiraat.
3. Kelas Bimbingan Remaja.
4. Kelas Bahasa Arab.
5. Ceramah Berkala.
6. Seminar Motivasi dan Pembentukan Syakhsiah.
7. Kursus Rumahtangga Bahagia.
8. Kursus Pengurusan Jenazah.
9. Madrasah atau Sistem Pengajian Formal.
10. Kursus Dakwah dan Imamah.
11. Acara Tadarus al-Quran.
12. Khemah Ibadan & Qiamullail.
13. Kursus Pengurusan Masjid.
14. Kegiatan Amar Ma'ruf & Nahi Munkar.
15. Seminar Pengurusan Sumber Masjid.
16. Kempin Memakmurkan Masjid.
17. Membentuk organisasi Belia Masjid ( Rakan Masjid )

Seluruh agensi sosial, Jentera Kerajaan, Kementerian dan Badan-badan Berkanun,


NGO dan Badan-badan Korporat, swasta dan awam hendaklah digembling untuk
bersama-sama berperanan meningkatkan kualiti akhlak umat samada dengan
mengadakan kempen hidup beretika dan berakhlak atau melancarkan buku-buku
rujukan yang menjelaskan nilai-nilai akhlak tersebut dan sebagainya.

Rumusan

Gagasan dan tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu akhlak umat
khasnya di kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Ia tidak dapat
dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai
kualiti kemanusian yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan para pemimpin
umat yang berakhlak, beriman dan bertakwa. Pemimpin yang mempunyai iltizam yang
tidak berbelah bagi kepada set-set nilai akhlak Islam, mempunyai kerohanian yang
amat tinggi, mewarisi ciri perjuangan Rasulullah yang diutus untuk membangun akhlak
dan keluhuran akan beroleh kedudukan dalam pemerintahan lantas memastikan semua
umat menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh yang makruf, mencegah yang
mungkar, menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, mengharamkan apa yang
diharamkan oleh Allah. Mereka menguatkuasakan sistem hidup Islam yang memang
membela akhlak. Mereka melaksanakan undang-undang Allah yang sebenarnya
memang melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat.

Dengan adanya pemimpin yang soleh dan bertakwa seluruh agen sosialisasi dan
jentera kerajaan akan menghala ke arah yang sama. Rakyat akan terbentuk oleh media
yang beretika dan berakhlak. Pengaruh luar yang buruk akan disekat samada dalam
rancangan tv, filem, internet maupun apa jua pengaruh lain yang mengancam jatidiri
dan maruah umat. Dasar-dasar kementerian dan agensi pembangunan masyarakat
akan selaras dengan tuntutan nilai dan tatanan akhlak. Tidak berlaku proses
pertentangan antara kerja membangun dan merosak akhlak serentak dalam jentera-
jentera berkenaan.

Agenda-agenda khusus menangani gejala keruntuhan dan kemorosatan akhlak akan


disusun dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Segala-galanya akan dimanfaatkan
dalam menjana kekuatan untuk meningkatkan mertabat umat dalam segala
bidang.Kebenaran keadilan dan ihsan akan didaulatkan . Manusia diasuh kembali
menjadi hamba Allah yang ta'at dan bukan hamba benda, wang, pembangunan,
bangsa atau negara. Semoga semua langkah-langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu
mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa, khasnya di kalangan remaja kita
dewasa ini..
Gejala Sosial di Kalangan Remaja: Agama Benteng Ketahanan Diri
27 February 2007

SABAN waktu kita disodorkan dengan segala macam masalah gejala sosial di kalangan
remaja. Ramai yang berasa cemas kerana kesan yang ditinggalkan bagaikan suatu
kerosakan yang agak sukar untuk dibaik pulih. Tidak sedikit yang merasa rimas apabila
mengikuti perkembangan yang kita lalui, iaitu apabila semakin banyaknya gejala sosial
mewarnai pola kehidupan bermasyarakat.

Serasa kita sudah muak dengan isu seks rambang, penagihan dadah, pembuangan anak,
dan sebagainya yang memberi ‘isyarat’ bahawa gejala sedemikian ini bukanlah hal yang
ringan dan merupakan sampiran semata-mata. Ia perlu kepada penelitian dan kepekaan
bersama kenapa ia berlaku dan siapakah pelakunya.

Pada waktu yang sama kita juga sudah berdepan dengan isu-isu yang semakin mencabar
kehidupan seharian kita. Maka, adalah wajar semua pihak melihat isu sedemikian sebagai
tanggungjawab bersama yang memerlukan kita untuk berperanan lebih proaktif.

Keadaan ini juga tidak membolehkan kita untuk duduk diam membiarkan ia berlaku begitu
sahaja. Kepelbagaiannya semakin sehari seakan memaksa kita untuk lebih bertegas
berdepan dengannya. Adakalanya perubahan sosial yang berlaku ini menjadikan kita lebih
peka terhadap peranan dan tanggungjawab yang patut kita tunaikan.

Justeru, ketegasan ini bukan setakat menyuarakan kita tidak suka ia berlaku akan tetapi
mencari jalan untuk dijadikan sebagai ‘option’ yang menukar hal sedemikian kepada yang
lebih produktif dan bermanfaat. Sebagai sebuah negara dan masyarakat yang kuat
berpegang teguh terhadap ajaran dan kehidupan beragama, kita tidak mahu akibat
daripada perubahan sosial ini akan merubah sikap dan perangai yang akan menghasilkan
perkara negatif.

Natijahnya, mungkin akan meninggalkan kesan perubahan sosial yang bercelaru di antara
kebaikan dengan kejahatan yang tercipta daripada perubahan sosial yang diwujudkan itu.
Banyak contoh yang jelas betapa rapuhnya perubahan sosial itu jika ia tidak disandarkan
kepada keluhuran akhlak dan keindahan budi.

Kedua-dua aspek saling berkait kerana ia melahirkan ‘standard’ diri yang berkualiti tinggi.
Tidak hairanlah jika kita melihat pencapaian seseorang yang tidak bersandar sepenuhnya
kepada perubahan sosial, lebih banyak yang mampu berdepan dan menangani pelbagai
cabaran serta masalah yang datang dengan jayanya. Kita sebenarnya tidak dapat lari
daripada keadaan ini, akan tetapi bagaimana cara kita mengemudikannya, menyebabkan
kita tidak mudah karam dengannya. Kes-kes sosial yang ditimbulkan juga sudah semakin
terjelma dalam bentuknya yang tersendiri, yang ada kalanya amat sadis dan mengerikan.
Paling ketara apabila pergaulan bebas semakin menjadi budaya yang sudah meresap di
kalangan generasi muda kita.

Kebebasan yang ditimbulkan daripada fenomena sedemikian, tidak dapat tidak


menimbulkan kesan perubahan masyarakat yang sedia ada. ‘Virus’ yang dihasilkan daripada
pergaulan ini bukan merupakan masalah ringan yang tidak perlu dihiraukan.

Meskipun skala fenomena sosial yang kita timbulkan mungkin masih berada satu tahap
keterlanjuran, namun jika ia tidak dibendung dengan berkesan, ia mungkin berubah
menjadi kebiasaan yang akan mengheret kita kepada cara kehidupan sosial yang tidak
sihat. Oleh hal yang demikian itu setiap anggota masyarakat termasuk remaja sendiri perlu
memainkan peranan dalam membentuk cara dan corak pergaulan yang baik dan cemerlang,
berteraskan ajaran agama yang kukuh.

Remaja atau belia yang ingin mengekalkan pergaulan terpuji di kalangan rakan-rakan
mereka mestilah mempunyai dan mengamalkan sifat-sifat yang juga terpuji seperti
berakhlak mulia, beradab ketika berbicara, sering memberi salam, jujur, memelihara
amanat, sabar, toleransi dan seumpamanya hingga kepada azam menanam rasa
memuliakan teman atau rakan yang baik pada isetiap pertemuan. Pergaulan juga harus
dijaga daripada perkataan yang sia-sia, kotor dan perkara-perkara yang merupakan
‘kerugian’ bagi setiap individu Muslim.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bukanlah seorang Mukmin yang sempurna,
yang suka mencela dan melaknati, berperangai jahat dan berakhlak rendah."

Bagi remaja yang sudah terpesong hendaklah kita sedar bahawa kitaa sepatutnya
mengamalkan nilai-nilai murni yang baik dalam pergaulan serta mencari arah dan tujuan
hidup yang asal serta mencipta kebaikan dan kecemerlangan diri. Tidak bererti
keterlanjuran diri yang telah berlalu merupakan sempadan yang tidak dapat diubah ke arah
yang lebih baik dan sempurna. Justeru, pergaulan yang dicari ialah pergaulan yang baik,
beretika, dan sentiasa ingat kepada ajaran-ajaran beragama serta menghala tuju ke arah
kualiti hidup yang berguna. Lihatlah kepada resmi ikan, meskipun berenang di lautan
masin, namun ikannya tetap tawar dan sedap dimakan.

Maknanya, meskipun pelbagai perubahan sosial yang berlaku di sekeliling kita, pengaruhnya
tidak semudah itu meresap ke dalam diri kita, namun yang baik tetap menjadi pilihan dan
keutamaan kita. Untuk mempertahankan kebaikan yang kita sedia miliki inilah kita perlu
kepada ketahanan diri. Ketahanan diri yang dimaksudkan ini memerlukan kepada bekalan
yang kukuh dan mantap. Dalam konteks ini, apa yang lebih mujarab untuk menjadi benteng
yang menjadi senjata mengawal diri ialah memperteguh keimanan dan kekuatan beragama.

Tiada apa-apa yang akan dapat membantu dalam mengawal diri kita ini, jika kita kosong
dengan bekalan keimanan dan ketakwaan yang mendalam. Kita perlu dan tidak boleh
mengabaikan bahawa perhiasan yang paling indah ialah keimanan dan ketakwaan yang
mendalam kepada Allah s.w.t.

Jika hakikat kita abaikan, maka mudahlah segala ancaman dan gejala sosial menebusi
pertahanan diri kita. Jika pertahanan diri kita sudah dibolosi, tidak dapat tidak akan
berlakulah satu keadaan di mana gejala sosial yang tidak kita ingini akan mula mewarnai
dan menghiasi kehidupan kita (remaja).

Inilah yang akan menjadi isu kehidupan yang bukan sahaja akan melibatkan banyak
perkara, malahan ia juga akan melibatkan tenaga dan usaha yang jika dialihkan ke arah
yang lebih bermakna, akan lebih memberikan kesan dan manfaatnya.

Inilah yang sedang kita lalui sekarang dan kita memerlukan bersiapan diri untuk berdepan
dengan budaya yang sudah mula membauri kemurnian yang sedekian lama kita pupuk dan
semai bersama. Kita perlu sedar dan menginsafi bahawa jika kita terus membiarkan
keadaan ini berlaku, kita akan kehilangan nilai dan juga kemurnian jati diri bangsa. Justeru,
semua pihak (lebih-lebih remaja sendiri) harus berperanan dan bertanggungjawab dalam
mewujudkan ketahanan budaya dan nilai-nilai kehidupan beragama yang sedemikian lama
kita genggam. Tidak ada ertinya lagi untuk kita sering menyalahkan antara satu dengan
yang lain.
Apa yang penting ialah mempertahankan nilai diri dan jati diri kita sebagai remaja atau
belia. Justeru, kekuatan beragamalah yang menjadi kepentingan, yang tidak boleh
dipandang ringan.

Iman, tanggungjawab – Membentuk remaja cemerlang

Julai 20, 2005

Rate This

02/09/2004

REMAJA, antara kepimpinan serta tanggungjawab masa kini dan masa depan adalah empat istilah yang
berkait rapat dengan nilai dan agenda yang dijunjung tinggi oleh mereka yang digelar remaja hari ini.
Remaja mewakili peratusan tertinggi penduduk di Malaysia yang membawa kesan besar kepada
pembangunan sosial negara.
Membicarakan siapakah remaja, ahli-ahli sains sosial mempunyai pandangan yang berbeza dalam
mengkategorikan had umur mereka. Umur remaja dipenuhi dengan tanggungjawab dan kesedaran yang
tinggi terhadap kecemerlangan diri, keluarga dan agama.
Di peringkat ini, cabaran dari sudut sikap dan perilaku mereka sering kali dianggap negatif dan
memudaratkan. Kesannya, hilang kepercayaan dalam komuniti sehingga mewujudkan jurang antara
kedua-dua pihak.
Kenakalan remaja (Juvenile Delinquence) adalah salah satu batu penghalang dalam mendekatkan
mereka dengan masyarakat. Ia merujuk kepada aktiviti remaja yang bertentangan dengan norma
masyarakat, undang-undang dan agama (Ghafani bin Awang Teh: Kenakalan Remaja Dalam Perspektif
Islam). Hatta apabila seorang remaja malas dalam pelajaran turut dianggap pembawa masalah.
Kehebatan remaja hanya dapat dipupuk dengan nilai-nilai yang ditekankan melalui modul pendidikan
Islam. Sehingga ke satu tahap, remaja akan mengalami satu dilema personaliti dan pemikiran yang
mendorong kepada tindakan terburu-buru dalam membuat keputusan.
Ia pastinya membawa natijah yang negatif terhadap pelakunya. Lebih malang lagi, kegagalan mengawal
nafsu menjadi penggerak kepada tindakan melampau remaja sehingga mana memberi impak buruk
kepada masyarakat sekeliling. Sebagaimana disebutkan oleh Muhammad al-Jiasi (1976) terdapat empat
peringkat nafsu yang mempengaruhi tabiat manusia iaitu:
Nafsu Ammarah: Nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan. Bagi mereka yang
berada di peringkat ini tidak merasakan perbezaan antara yang baik dan jahat. Apabila seseorang itu
melakukan kejahatan, ia tidak menyesal dan sebaliknya, juga apabila melakukan kebaikan, ia tidak
gembira.
Nafsu Lawwamah: Nafsu yang mula menunjukkan kelemahan diri, menilai tabiat masa lampau dan sedia
keluar untuk memulakan kehidupan yang positif.
Nafsu Mulhamah: Nafsu yang sudah menerima kebenaran dan keinsafan serta merasa keseronokan
membuat kebaikan dan benci kepada kejahatan.
Nafsu Mutmainnah: Nafsu yang mencapai kedamaian dan kebahagiaan. Nafsu ini berusaha terus untuk
meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam dirinya.
Mengawal nafsu dan membawanya dari satu tahap ke tahap lain adalah satu cabaran yang getir untuk
dihadapi oleh remaja.
Tanpa kefahaman yang jelas, sokongan motivasi yang bertubi-tubi, remaja akan mempunyai persepsi
yang kabur dalam menentukan hala tuju mereka. Pendidikan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah
pendidikan yang cemerlang dengan mengutamakan intipati keimanan serta kesedaran terhadap
tanggungjawab diri selaku khalifah di muka bumi.
Tidak hairanlah di waktu mana peperangan antara Muslim dan kafir Musyrikin Mekah mengambil
tempat, remaja Muslim belasan tahun turut dipilih menjadi panglima tentera memimpin kekuatan
tentera yang turut disertai oleh para sahabat Rasulullah s.a.w
Inilah nilai penghormatan yang diberi-kan kepada remaja yang berketerampilan serta berkecenderungan
ke arah yang lebih baik dalam mendapat cinta agung dari Allah s.w.t. Remaja perlu berjihad dengan
memperjuangkan dan memenuhi hak yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada setiap diri insan
sebagaimana disebutkan di dalam al Quran yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah memuliakan
anak-anak Adam dan Kami angkat mereka di dataran dan lautan, dan Kami beri rezeki mereka dari yang
baik-baik dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan
yang sempurna. (al Isra: ayat 70)
Malang untuk diperkatakan seandainya, kekuatan-kekuatan dalam remaja tidak diketengahkan dan
digembleng dengan sebaik mungkin demi kebaikan Islam.
Kekuatan-kekuatan remaja Islam hari ini ialah; kekuatan idea, kekuatan semangat, kekuatan ilmu dan
kekuatan jati diri.
Sekiranya keempat-empat kekuatan ini disepadukan, nescaya sejarah kehebatan remaja di zaman Islam
terangkat kembali, remaja kita dikagumi dan dihormati dan tiada lagi kebejatan sosial yang
memeningkan kepada setiap individu berterusan lagi.
Melalui idea remaja, perencanaan demi perencanaan disusun. Penyelesaian demi penyelesaian ditemui
dan persoalan demi persoalan terjawab.
Kekuatan idea sudah menjadi lambang kehidupan remaja hari ini. Mereka digelar sebagai golongan
pembaharuan sosial dengan saranan-saranan proaktif dan dinamik sesuai dengan keinginan melihat
masyarakat terbina dengan harmoni dan seimbang.
Wajar idea-idea belia dilihat secara serius dan jangan dipandang remeh oleh sesiapa dan seandainya
idea-idea yang dilontarkan tersasar ia tidak wajar disambut dengan kata-kata negatif sebaliknya
dipimpin dan diperbaiki.
Pepatah Inggeris menyebut, Good idea begin with laugh. Inilah situasi yang dihadapi apabila berhadapan
dengan `orang-orang lama’ baik dalam apa bidang sekalipun. Segelintir sahaja yang menghargai dan
memandang tinggi kekuatan idea golongan belia.
Gandingan idea golongan belia dan veteran adalah satu gabungan cukup ampuh dan bakal
menterjemahkan satu hasil yang cukup baik untuk dipusakakan kepada generasi selepas kita.
Dengan erti kata lain, golongan belia bukan sahaja mewarisi malah memperbaiki lagi apa yang telah
diwarisinya dengan perubahan yang baik dan seimbang.
Dalam membicarakan soal kekuatan semangat remaja hari ini, ia diibaratkan seperti bahan api yang
membakar semangat juang mereka. Di sana sini, mereka secara positif merebut peluang melahirkan
sesuatu yang dirasakan mampu baginya.
Baik dalam bidang sains dan teknologi, penulisan, inovasi dan kreatif, seni dan budaya, sukan atau apa
sahaja bidang yang wujud, golongan belia menggunakan kekuatan semangat semaksimum yang boleh
dengan persaingan dan hasil berkualiti dalam lapangan masing-masing.
Melalui penglibatan di dalam persatuan-persatuan atau sebarang jenis pertubuhan, semangat para belia
dididik dan diarah ke satu matlamat yang jelas dan berstrategi. Golongan belia dekad ini meletakan
kekuatan ilmu sebagai satu elemen penting dalam membina kecemerlangan diri dan keadaan.
Tanpa ilmu, manusia meraba-raba dalam kegelapan. Tanpa ilmu golongan belia akan mengkritik dengan
sandaran emosi bukannya intelektual.
Senario hari ini memperlihatkan golongan remaja gemar mengkritik atas landasan emosi tidak menentu
yang kadang-kala memakan diri. Sikap sebegini tidak sahaja merendahkan pandangan masyarakat
terhadap potensi mereka malah menggambarkan keperibadian yang tidak berkualiti dalam jiwa remaja.
Kekuatan jati diri seperti mula dipandang mudah oleh golongan remaja hari ini sedangkan inilah
kekuatan yang mempertahankan jiwa dan survival masyarakat terdahulu dalam menghadapi ancaman-
ancaman luar.
Dengan jati diri yang teguh, budaya merosakkan mudah sahaja dipatahkan dan nilai kreativiti serta
kecantikan bahasa, cara hidup dan tradisi yang selaras dengan kehendak agama di-angkat kepada satu
tahap yang sukar dinilai.
Malang jika remaja Muslim bersedia untuk mencedok cara hidup Barat yang berbaur unsur-unsur
kemusnahan de-ngan terus menerus mengagung-agungkannya sebagai lambang ketamadunan yang
hebat.
Tamadun Islam yang dikongsi oleh pedagang-pedagang Arab ke gugusan kepulauan Melayu adalah
permata yang bernilai untuk dihargai.
Nilai didikan Islam telah mengangkat pemikiran dan sikap remaja Muslim ke satu kedudukan yang
membanggakan berbeza daripada ideologi-ideologi ciptaan manusia yang membinasakan.
Hanya dengan kesedaran dan keinginan untuk berubah, satu corak yang memberi garis baru kepada
kehidupan mereka yang bergelar remaja dalam membina garis sempadan antara yang hak dan batil
dapat direalisasikan.

Jadilah Remaja Berwawasan


23 April 2007

PARA remaja atau muda-mudi adalah pewaris kita bagi masa hadapan. Mereka adalah aset
yang berharga agar agama Islam tetap dihayati dan dipraktikkan oleh masyarakat Islam
masa hadapan. Mereka adalah harapan masyarakat dan negara.

Maka adalah penting bagi kita memastikan agar mereka bersedia untuk membawa obor
perjuangan kita pada masa hadapan. Mereka mestilah menjadi golongan yang boleh
diharapkan, bukan sahaja untuk membina masyarakat dan negara yang maju jaya, tetapi
yang lebih penting adalah Islam akan terus menjadi panduan masyarakat kita. Kita
sekarang sudah mempunyai contoh-contoh yang baik yang boleh kita ambil sebagai
teladan.

Kita mempunyai segolongan muda-mudi Islam yang berupaya menjadi kebanggaan dan
harapan masyarakat kita. Dan sekarang kita melihat semakin ramai anak muda kita yang
berpelajaran tinggi mempunyai kesedaran dan penghayatan terhadap agama Islam. Mereka
ingin mempraktikkan agama Islam dalam semua aspek kehidupan mereka. Ini harus
dibanggakan dan terus disemai serta dipupuk subur lebih ramai remaja dan golongan muda
menjadikan Islam sebagai teras kehidupan mereka.

Bagaimanapun, masih ramai lagi di kalangan remaja kita yang terbawa-bawa dengan
budaya yang bertentangan dengan nilai-nilai murni Islam. Sebagai contoh, kita sering
mendengar terdapat sebilangan muda-mudi melahirkan anak luar nikah dan mencampakkan
bayi di tempat pembuangan sampah, sementara sebahagian lagi menggugurkan kandungan
mereka. Ini tidak termasuk muda-mudi yang ketagih arak dan alkohol, juga ketagihan
dadah Adakah ini yang kita inginkan dalam masyarakat Islam kita? Adakah mereka ini yang
diharapkan sebagai contoh ‘khaira ummah’atau sebaik-baik umat? Semakin ramai remaja
kita yang tanpa segan silu membuka aurat mereka. Malah ada yang lebih berani lagi.
Mereka berdua-duaan dan berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Ini bertentangan dengan ajaran Islam. Mengapakah mereka berkelakuan demikian? Banyak
faktor yang menyumbangkan peranannya. Bagaimanapun, yang paling ketara adalah faktor
pendedahan terhadap budaya-budaya asing. Kalau pada zaman datuk nenek kita dahulu,
cuma ada radio, zaman ibu bapa kita pula ada televisyen. Sekarang ini kita menghadapi
pula teknologi internet dan televisyen kabel yang mana segala bentuk informasi dapat diraih
hanya dengan menekan butang sahaja.

Memang tidak dinafikan bahawa internet dan televisyen kabel membawa kebaikan.
Dengannya kita lebih tahu perkembangan dunia dan ilmu-ilmu sains terkini. Masyarakat kita
pula tidak lagi seperti katak di bawah tempurung. Berbagai-bagai faedah yang dapat diraih.
Bagaimanapun, internet dan televisyen kabel juga membawa bersama unsur-unsur yang
bertentangan dengan nilai Islam.

Jika kita tidak dibentengi dan diperkuatkan dengan agama, maka kita juga mudah
terpedaya dengan unsur-unsur negatif tersebut. Setiap kali kita menonton filem Barat, akan
dipaparkan adegan-adegan yang tidak sesuai dengan Islam. Setiap kali kita menonton
televisyen, kita akan mendengar perkataan-perkataan lucah. Setiap kali juga kita menonton
televisyen, kita akan disajikan dengan cara kehidupan yang bertentangan dengan Islam.
Bayangkanlah.

Seorang remaja yang masih memerlukan kepimpinan dalam kehidupan mereka, disajikan
setiap hari dengan budaya hidup yang bertentangan dengan Islam, tidakkah ia akan mudah
terpengaruh? Menerusi internet pula, lelaman lucah dengan mudah dilayari. Jika inilah
sajian yang terhidang kepada anak-anak Islam kita semasa mereka sedang membesar,
maka tidak hairanlah akhirnya nilai-nilai Islam menjadi asing kepada mereka. Dalam
kesedaran ini, siapakah yang harus dipersalahkan? Setiap ibu bapa bertanggungjawab
mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai Islam. Anak-anak adalah amanah Allah. Dan
Allah akan menyoal kita di akhirat kelak tentang didikan terhadap anak-anak kita. Berapa
ramai ibu bapa yang akan diseret ke neraka atas perbuatan anak-anak mereka?

Kita tidak boleh menyalahkan televisyen kabel atau internet di atas keruntuhan akhlak para
remaja dan muda-mudi zaman sekarang ini. Sebaliknya, kita perlu merenung kembali.
Adakah kita sudah memainkan peranan yang secukupnya sebagai seorang bapa, sebagai
seorang ibu, sebagai seorang abang atau kakak? Adakah kita sudah memainkan peranan
yang secukupnya dalam mendidik dan menanamkan keimanan dalam jiwa anak-anak Islam
kita sehingga mereka tidak mudah terpedaya? Sudahkah anak-anak kita diberi pengajaran
Islam yang secukupnya untuk mereka menghadapi dunia sekarang yang penuh cabaran ini?
Anak-anak secara semula jadi memandang ibu bapa mereka dahulu sebagai panduan hidup
mereka. Sekiranya ibu-bapa tidak memberikan contoh yang baik, sekiranya ibu bapa sendiri
terpengaruh dengan unsur-unsur negatif Barat, maka tidak hairanlah jika anak-anak
mereka juga berkelakukan sedemikian. Bak kata pepatah "bapak borek, anak rintik."

Bagaimanapun, ibu-bapa menunjukkan contoh yang baik terhadap anak-anak mereka,


menjadikan keluarga mereka sebagai keluarga Islami, yang menerapkan nilai-nilai Islam
dalam keluarga mereka, maka percayalah, anak-anak mereka juga akan menjadikan Islam
sebagai panduan kehidupan mereka. Oleh hal yang demikian itu, kita menyeru kepada para
remaja dan belia kita, agar menyedari bahawa mereka adalah adalah harapan keluarga dan
negara.

Jika mereka menjalankan tanggungjawab sebagai remaja atau belia Islam yang dinamik,
maka masyarakat kita dan negara akan menjadi lebih maju lagi. Bagaimanapun, jika
mereka lebih mementingkan keseronokan dan hiburan sehingga lalai daripada
tanggungjawab, maka masyarakat dan negara kita akan menjadi lemah. Sebagai belia dan
remaja Muslim, kita mempunyai beberapa tanggungjawab asas yang penting untuk
dipraktikkan pada zaman yang serba mencabar ini.

Pertama, kita mestilah sedar bahawa waktu remaja bukanlah untuk berseronok semata-
mata, tetapi waktu tersebut mestilah diisi dengan mencari dan menimba ilmu pengetahuan
dan menghayati agama Islam. Jadikanlah waktu tersebut sebagai persiapan untuk
menghadapi masa hadapan apabila kita semakin tua kelak.

Kedua, kita tidak harus mudah terpedaya akan unsur-unsur negatif. Ambillah budaya yang
baik daripada sesiapa pun dalam mencari dan meningkatkan ilmu. Bagaimanapun, kekalkan
akhlak dan cara kehidupan sebagai orang Islam. Kita akan menjadi orang yang paling
disegani dan dihormati kelak. Kita akan berjaya di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

Ketiga, sebagai remaja dan belia, janganlah kita menghabiskan masa berkhayal dengan
perasaan cinta dan mencari pasangan. Ia tidak membawa banyak hasil. Malah masa kita
yang berharga itu sepatutnya dihabiskan dengan mencari ilmu atau menyumbang kepada
masyarakat.

Keempat, hormatilah ibu bapa kita, walaupun pada pandangan kita mereka tidak
memahami jiwa dan perasaan kita. Sesungguhnya, ibu bapa adalah pintu yang sentiasa
terbuka untuk membawa kita ke syurga. Sekiranya kita tidak bersetuju dengan mereka,
maka katakanlah dengan nada yang lembut dan sopan, bukan dengan membentak dan
menunjukkan marah.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Isra’, ayat 23, yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu telah menentukan agar kamu jangan menyembah melainkan Allah dan
hendaklah kamu berbuat baik dengan mereka. Jika salah seorang dari mereka atau kedua-
dua mereka telah mencapai umur tua, maka janganlah berkata kasar kepada mereka, akan
tetapi ucapkan kepada mereka dengan ucapan yang baik dan lembut."

Remaja yang berwawasan adalah remaja yang tahu akan tanggungjawab kepada diri
sendiri, keluarga, bangsa, agama, dan negara. Sememangnya zaman remaja penuh dengan
pancaroba, namun dengan berpegang teguh kepada agama, insya-Allah, segala dugaan dan
cabaran yang mendatang dapat ditangani atau dihadapi dengan jaya.

You might also like