You are on page 1of 24

1

1.0 PERNIAGAAN & PERSEKITARANNYA


1.1 Pengenalan kepada perniagaan 1.3 Entiti Perniagaan.
i. Entiti perniagaan.
i. Definisi perniagaan -Tunggal
ii. Perniagaan dan bukan perniagaan -Perkongsian.
iii. Perniagaan dan untung -Syarikat.
iv. Perniagaan dan ekonomi -Koperasi.
v. Perniagaan dan masyarakat. ii. Aktiviti perniagaan.
vi. Faktor pengeluaran - Pengeluaran:
vii.Memenuhi keperluan dengan sumber Ekstraktif
terhad . Barangan konsumer
viii.Proses perniagaan. Barangan industri
Pembuatan
x. Perniagaan kini dan aktiviti Pemasangan.
perniagaan masa depan. - Perkhidmatan
Runcit
1.2 Persekitaran Perniagaan. Borong
i. Persekitaran umum Kewangan
-Ekonomi Profesional
-Persaingan dan jaringan Perhotelan
-Sosiobudaya. Pendidikan
-Politik dan perundangan iii Sektor
- Swasta - Awam -Badan Berkanun
-Teknologi. iv Tahap Perniagaan
-Fizikal Primer
ii. Persekitaran Tugas Sekunder
-Pelanggan. Tertiar
-Pembekal Huluan
-Pembiaya dan pemodal Hiliran
-Pesaing. Domestik
-Kerajaan Antarabangsa
-Pekerja.
2
3
DEFINISI PERNIAGAAN

Sebagai aktiviti menyediakan barang dan perkhidmatan kepada pelanggan


dengan bermotifkan keuntungan.Ianya merangkumi empat perkara yang berikut
iaitu barangan dan perkhidmatan, pertukaran nilai,keuntungan perniagaan serta
memuaskan keperluan dan kehendak.

**Barangan dan perkhidmatan


a)Barangan ialah produk fizikal seperti roti,kereta,telivisyen dan komputer yang
dikeluarkan untuk kegunaan pengguna akhir atau untuk tujuan pengeluaran dan jualan
semula.
b)Perkhidmatan merupakan sesuatu aktiviti yang mendatangkan faedah kepada
konsumer dan lain lain perniagaan.syarikat pengangkutan.salon ,agen perlancongan
adalah merupakan contoh perniagaan yang berorientasikan perkhidmatan.

**Pertukaran nilai
a)Pertukaran nilai merujuk kepada semua aktiviti urusniaga di mana pembeli memberikan
sesuatu yang bernilai kepada penjual sebagai pulangan kepada produk yang didapatinya
samada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.
b)urusniaga tersebut selalunya melibatkan pertukaran wang (nilai pada kadar semasa)

4
**Keuntungan perniagaan

a) Keuntungan ialah matlamat dalam semua perniagaan.


b) Keuntungan diperolehi setelah semua kos pengeluaran ,kos operasi dan
cukai ditolak daripada jumlah pendapatan atau jumlah jualan.
c) Keuntungan ialah kayu pengukur kejayaan dan juga ganjaran bagi sesuatu
perniagaan yang mampu bersaing di pasaran.

**Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna

a) Pengguna mempunyai keperluan semulajadi untuk barangan asas seperti


makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.
b) Kehendak pengguna adalah tidak terhad yang merangsang pangguna
untuk memiliki barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh pemasar.
c) Untuk memastikan urusniaga berlaku dan keuntungan diperolehi,syarikat
perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
PERNIAGAAN DAN BUKAN PERNIAGAAN

Mempunyai objektif memaksimumkan


Organisasi Perniagaan
keuntungan disamping objektif penakatan
(survival), pertumbuhan dan tangungjawab
sosial.

- Elemen keuntungan tidak wujud dalam menjalankan


Organisasi Bukan aktiviti perniagaan.
Perniagaan - Lebih memikul tangungjawab sosial dan ditubuhkan
untuk memenuhi keperluan awam
- Aktiviti mereka dibantu dan dibiayai oleh kerajaan, derma
dan sumbangan.
- Objektifnya untuk meningkatkan taraf hidup ahli,
menjaga kepentingan ahli dan penglibatan ahli dalam
aktivitinya.
- Contohnya :- sekolah, hospital, universiti, persatuan dan
kelab dan lain-lain.
6
PERNIAGAAN DAN UNTUNG

Keuntungan ialah baki pendapatan setelah semua perbelanjaan pengeluaran dan


pemasaran barangan dan perkhidmatan di tolak dari jumlah pendapatan atau
jumlah penerimaan.Perniagaan memperolehi keuntungan setelah semua kos
pengeluaran ,kos operasi dan cukai ditolak daripada jumlah pendapatan dan
jumlah jualan.

Keuntungan untuk perniagaan adalah untuk tujuan-tujuan berikut:-


a)Penakatan merupakan objektif untuk terus beroperasi di pasaran kerana
hanya apabila sesebuah syarikat itu dapat terus hidup,objektif objektif lain
boleh tercapai.

b)Pertumbuhan pula adalah objektif untuk memajukan syarikat.Peningkatan


syer pasaran,produktiviti dan pembangunan individu adalah objektif
pertumbuhan yang sangat penting.pembukaan beberapa cawangan MAKRO
diseluruh malaysia adalah satu objektif malalui pertumbuhan.

c)Tanggungjawab sosial ialah satu komitmen oleh pihak syarikat untuk


memberi perhatian kepada keperluan dan kebajikan awam disamping aktiviti
utama syarikat yang bermatlamatkan keuntungan.contohnya untuk mengawal
pencemaran persekitaran,syarikat menggunakan bahan bahan
pembungkusan yang boleh di kitar semula. 7
PERNIAGAAN DAN EKONOMI
Hubungan antara perniagaan dan ekonomi.

Tenaga

Upah

Pekerja/ Pengguna Pengeluar/ Pengusaha


Barang
Harga
Kesan Persekitaran ekonomi dan Perniagaan.
Kesan baik
-perniagaan akan dapat mempengaruhi perniagaan.
-perniagaan akan maju dalam keadaan ekonomi baik.
-dapat wujudkan persaingan yang sihat.
-peluang pekerjaan yang luas.
Kesan buruk
-perniagaan akan menjadi lembap dalam keadaan ekonomi yang tidak baik.
-peluang sempit dalam sistem ekonomi sara diri
-berlakunya pencemaran alam sekitar iaitu mengkhusus kepada air,udara dan bunyi
-berlaku kekurangan bekalan air akibat kekurangan kawasan tadahan air
-kesan terhadap penindasan iaitu tenaga yang disumbangkan tidak setimpal
-masyarakat menghadapi masalah sosial terutamanya dengan kedatangan pekerja asing
8
PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT.
Hubungan perniagaan dengan masyarakat
- Mestilah menerima tanggungjawab untuk melindungi persekitaran seperti mengawal
pencemaran
- Penjimatan tenaga dan penghapusan amalan amalan diskriminasi memberi sumbangan
derma kepada badan badan kebajikan
- Membekalkan kepakaran dalam bidang pelajaran dan kemahiran
- Menyediakan pekerjaan kepada orang yang kurang berupaya seperti golongan cacat
- Menyediakan prasarana seperti taman rekreasi dan sebagainya

Konsep kepercayaan yang harus ada dalam sesebuah perniagaan


- Apa yang baik untuk masyarakat juga baik untuk perniagaan
- Objektif sosial sebenarnya meningkatkan lagi keuntungan syarikat dalam jangka masa
panjang
- Syarikat perlu menyumbang ke arah pembentukan persekitaran yang sihat untuk
memastikan keadaan masyarakat (dimana syarikat memperolehi keuntungan ) akan
berkekalan pada masa masa akan datang contohnya bersama-sama menyumbang
dalam aktiviti sosial

Tanggungjawab sosial perniagaan terhadap masyarakat


- Melindungi persekitaran seperti kawasan pencemaran,penjimatan dan penghapusan
amalan diskriminasai.
- Memberi sumbangan derma kepada badan badan kebajikan
- Menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan kurang berupaya seperti orang cacat.
- Menyediakan prasarana seperti taman reakreasi. 9
- Membekalakan kepakaran dalam bidang pelajaran dan latihan.
FAKTOR PENGELUARAN
a) Tanah /Bahan Mentah
Merupakan alam semulajadi yang boleh digunakan untuk keluaran barang dan
perkhidmatan.meliputi semua sumber perhutanan,sumber pertanian,sumber perusahaan
dan sumber galian dan juga barang-barang separuh siap.
b) Buruh/ Guna tenaga.
Merupakan semua sumber manusia yang diperlukan untuk menukarkan bahan bahan
mentah kepada barangan dan perkhidmatan termasuk dalam organisasi dati atas hing ke
peringkat bawahan.setiap pekerja mampunyai kemahiran yang berbeza dan pengurusan
merupakan aspek penting bagi tenga buruh dalam sesebuah organisasi.
c) Modal
Adalah jumlah kewangan dan peralatan ,kelengkapan,jentera dan bangunan yang
digunakan untuk pengeluaran barang dan perkhidmatan.ianya bukan sahaja merujuk kepda
wang kerana wang tidak proaktif namun wang digunakan untuk membeli kelengkapan
organisasi tersebut dan barulah wang tersebut dikenali sebagai wang yang proaktif.
d) Keusahawanan
Himpunan kemahiran dan keupayaan menghadaoi risikoserta kreativiti yang perlu
digabungkan dengan faktor faktor pengeluaran yang lai untuk peneluaran barang dan
perkhidmatan
e) Teknologi.
Merujuk kepada kaedah yang digunakan untuk mengeluarkan sesuatu barangan dan ia juga
merujuk kepada bentuk penggunaan mesin ataupun cara mengeluarkan sesuatu barangan.

Nota: Nyatakan juga hubungan faktor pengeluaran dengan faktor pembayaran untuk setiap satunya. 10
MEMENUHI KEPERLUAN DENGAN SUMBER TERHAD

Bagaimana perniagaan menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi


keperluan yang tidak terhad:-
a) Memastikan sumber itu betul betul diagihkan untuk pengeluaran yang benar
benar dikehendaki oleh pengguna untuk memenuhi keperluan pengguna.
b) Memastikan sumber sumber yang digunakan secara maksimum tanpa
pembaziran
c) Memastikan barang barang yang dikeluarkan cukup-cukup untuk memenuhi
keperluan pasaran tanpa pembaziran.
d) Memenuhi kehendak setiap lapisan masyarakat walaupun secara minimum.
e) Menabung untuk kegunaan pada masa hadapan atau tidak memaksimumkan
penggunaan sedia ada.

Persoalan di atas dapat diselesaikan dengan mengambil kira


masalah asas ekonomi di bawah

1. Apa Yang Hendak dikeluarkan


2. Bagaimana Hendak Mengeluarkannya
3. Untuk Siapa Dikeluarkan
4. Berapa banyak Hendak Digunakan dan Berapa Banyak Hendak
Ditabungkan. 11
PROSES PERNIAGAAN

1. MEMBANGUNKAN KELUARAN
Mengenal pasti apakah produk yang hendak dikeluarkan:
a) Produk Inovasi
b) Produk Baru

2. PENGURUSAN PERMINTAAN
Mengenal pasti keperluan dan kehendak pengguna
a) Penyelidikan pemasaran
b) Promosi, pengiklanan, jualan, pembungkusan & pesanan
c) Peranan mewujudkan permintaan

3. MEMENUHI PESANAN
a) Perlu efisyen dan efektif
b) Merangkumi proses memesan bahan, mengumpul,
menjadual,menyimpan dan lain-lain.
c) Pastikan keperluan mencukupi supaya pesanan dapat dipenuhi
secepat mungkin dan mengikut spesifikasi 12
PERNIAGAAN KINI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN MASA DEPAN.
Antara cabaran - cabaran kepada perniagaan pada masa depan
a) Kekurangan sumber tenaga yang semakin ketara.
Apabila sumber tenaga berkurangan,perniagaan perlu mencipta kaedah baru untuk
menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang menggunakan sumber tenaga yang
sedikit atau mencari sumber alternatif tenaga yang lain.
b) Pentingnya perniagaan di peringkat antarabangsa
Kini perniagaan antarabangsa semakin mendapat perhatian kerana skop pasaran yang
luas.jumlah syarikat perniagaan dan peratusan transaksi atau urusniaga di peringkat
antarabangsa semakin meningkat.
c) Cabaran teknologi
Kebanyakkan industri berada di pertengahan revolusi teknologi .kehadiran robot dan
teknologi laser amat diperlukan dalam aktiviti perniagaan.industri berat seperti besi dan
automotif perlu dilengkapi dengan teknologi baru sekiranya syarikat ingin bersaing
seiring dengan syarikat-syarikat di peringkat antarabangsa.
d) Meningkatkan produktiviti
Kemahiran pengurusan perlulah ditumpukan terhadap produktiviti(output) seorang
pekerja seharusnya setanding dengan output pekerja negara negara lain.
e) Pentingnya tanggungjawab sosial di kalangan syarikat perniagaan
Semakin banyak tekanan di kenakan terhadap sektor perniagaan untuk
menyempurnakan objektif dua hala iaitu objektif keuntungan dan tanggungjawab sosial.
f) Penipuan dalam dunia perniagaan dengan bantuan teknologi yang canggih.
Melalui pengunaan komputer dan penelitian terhadap kerja-kerja yang baru.

13
Perubahan-perubahan yang perlu dilakukan oleh peniaga:

a) Peningkatan tahap dan kualiti kehidupan manusia melalui hasil keluaran


yang lebih berkualiti seperti telivisyen yang membolehkan individu
memperolehi maklumat dan hiburan.

b) Kemajuan dalam bidang komunikasi kesan daripada usaha giat


pengeluar untuk berhubung dengan pengguna tentang barangan dan
perkhidmatan yang ditawarkan. Contohnya melalui usaha pelbagai pihak
khasnya pengeluar , pelbagai barangan dan perkhidmatan dapat di pesan
melalui komputer dengan kemudahan internet kini atau e-dagang.

c) Peningkatan mutu perkhidmatan kesan daripada penggunaan komputer


yang semakin berleluasa. Komputer telah mempermudah dan
mempercepat pelbagai proses pengeluaran seperti menyimpan rekod
pelanggan dan membantu pengeluar mencipta produk baru.

14
PEMILIK
PENGURUS
PEKERJA
LEMBAGA
PENGARAH

PERSEKITARAN PERNIAGAAN.
15
Persekitaran ekonomi.
Melihat kepada sistem ekonomi yang diamalkan di dalam sesebuah negara. Antara sistem
yang diamalkan ialah sisitem ekonomi kapitaslisme, sosialisme, campuran dan sisitem
ekonomi islam.
Setiap sistem yang diamalkan akan memberi kesan yang berbeza dari segi pemilikan
perusahaan, hak keatas keuntungan, pengurusan perusahaan, hak pekerja, imbuhan dan
pampasan pekerja.
Persekitaran persaingan / jaringan
Ianya merupakan faktor yang mempengaruhi usaha usaha pemasaran syraikat oleh itu
syarikat perlu untuk mengkaji pesaingnya dari segi strategi pemasaran, bentuk syarikat
sama ada syarikat domestik atau syarikat asing dan juga saiz syarikat.
Didalam persekitaran persaingan terdapat beberapa struktur pasaran iaitu persaingan
monopoli,persaingan oligopoli, persaingan monopolistik, persaingan tulen.
Persaingan persaingan tersebut secara tidak langsung dapat membantu syarikat
perniagaan dalam meningkatkan kualiti sesuatu perniagaan yang hendak di jalankan.
Persekitaran sosiobudaya.
Sosiobudaya adalah satu set gabungan kepercayaan , nilai, adat, amalan, idea dan sikap
yang serupa yang terdapat dalam sesuatu kumpulan.
Ianya merangkumi aspek aspek kebendaan dan bukan kebendaan.
Ini bermaksud sesuatu perniagaan yang hendak dijalankan mestilah mendasari
kepercayaan masyarakat itu kerana jika perniagaan yang dijalan tidak memenuhi
kehendak masyarakat tersebut maka ianya tidak dapat menembusi sesuatu pasaran.
Oleh itu syarikat perniagaan yang ingin menebusi sesuatu pasaran perlu terlebih dahulu
mengetahiu budaya tempat berkenaan kerana budaya penduduk sesuatu tempat itu
mempengaruhi gaya hidup, cara pembelian dan pemikiran mereka. 16
Persekitaran politik dan undang undang
Persekitaran politik dan undang undang mengandungi undang undang dan peraturan
yang kebanyakkannya menyekat aktiviti perniagaan.
Namun perniagaan memerlukan politik dan perundangan yang dibuat oleh kerajaan untuk
melindungi masyarakat daripada alam sekitar, mewujudkan persaingan yang sihat dan
dapat melindungai pengguna dari di kelirukan oleh syarikat perniagaan yang tidak
bertanggungjawab.
Begitu juga dengan perubahan politik di sesuatu tempat.

Persekitaran teknologi
Merujuk kepada ciptaan baru yang dihasilkan oleh penyelidikan.
Teknologi telah mendatangkan kesan jangka panjang kepada gaya hidup, corak
perbelanjaan dan ekonomi masyarakat.
Penemuan teknologi baru boleh menyebabkan perubahan perubahan seperti:-
-Mewujudkan industri baru.
-Mengubah atau menghapuskan industri yang sedia ada.
-Merangsang pasaran dan industri yang tidak berkaitan dengan teknologi baru.
-Berlaku kemajuan dalam teknologi seperti internet.

Persekitaran fizikal
Merangkumi semua sumber semulajadi termasuk air , udara , bahan galian dan hasil
tanaman yang dijadikan sebagi input untuk pengeluaran barangan.

17
Pembekal
-Pembekal merupakan orang yang menghubungkan diantara pihak pengeluar dan pelanggan.
-Pembekal adalah pihak yang bertanggungjawab membekalkan bahan mentah, peralatan,
barang siap, dan separuh siap sebagi input kepada sesebuah syarikat perniagaan.Input input
tersebut diperlukan oleh peniagaan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatn yang
diperlukan oleh pelanggan pelanggan lain.
-contoh pembekal ialah pemborong, peruncit dan agen serta broker.
-Fungsi penting yang dilakuakn oleh mereka ialah:-
-tiada kekurangan barang berlaku
-tiada kelewatan dalam penghantaran barang
-barang yang dihantar mestilah mengikut spesifikasi, kualiti, keperluan pihak pelanggan.

Pelanggan
-Pelanggan merupakan komponen terpenting dan fokus utama sesebuah perniagaan
dijalankan.
-Pelanggan adalah oarang yang terpenting dalam menentukan kehendak dan keperluan
mereka.
-contoh pelanggan ialah individu, kerajaan dan syarikat lain.
-Setiap pelanggan mempunyai ciri yang berbeza sama ada dari segi produk yang dibeli ataupun
cara keputusan belian yang dibuat.

18
Pembiaya dan pemodal
-Umumnya merujuk kepada bank, syarikat kewangan, syarikat insurans dan syarikat kad kredit
yang terlibat dalam urus niaga kewangan yang menaggung risiko dalam urus niaga belian dan
jualan barangan.
-peniaga kecil banyak bergantung kepada pembiaya dan pemodal dalam mendapatkan sumber
modal untuk meningkatkan aktiviti mereka.
-selain itu pengguna akhir memerlukan khidmat pembiaya untuk membuat pembelian kerana
sekiranya tiada pembiaya pengguna akhir tidak dapat melakukan pembelian akibat berlakunya
kekangan dalam wang tunai.
Kerajaan
Tangungjawab firma terhadap perniagaan ialah memastikan perniagaan mengikut syarat-
syarat, undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
Tujuannya untuk memastikan masyarakat mendapat layanan yang adil dan kesejahteraan dan
keadaan fizikal terpelihara.
Dapat meyediakan kemudahan untuk golongan peniaga.

Pekerja.
Perniagaan mesti meyediakan suasana tempat kerja yang baik dan ianya dapat mempengaruhi
tingkahlaku pekerja dan akhirnya akan membawa kepada produktivitinya.
Menyediakan kemudahan tempat kerja yang selamat.
Memberikan pelbagai faedah kepada pekerja diamping faedah wajib yang mereka perolehi.
Berlaku adil semasa melakukan pemilihan pekerja.
19
ENTITI PERNIAGAAN.
Dimensi Jenis Entiti Sumber Modal Milikan Cara Penubuhan
Tunggal Tiada Tidak 1. Pemilik Dimiliki oleh -Daftar dgn Pejabat
Berasingan 2. Tabungan dan seorang Pendaftar Perniagaan.
Keluarga sahaja -Mengisi Borang A

-Bayar Yuran Pendaftaran

Perkongsian 1. Umum Tidak 1. Rakan kongsi 2 hingga 20 -Daftar dgn Pejabat


2. Perkongsian Berasingan 2. Pinjaman orang Pendaftar Perniagaan.
Terhad -Mengisi Borang A

3. Perkongsian -Bayar Yuran Pendaftaran

tetap - Kawalan Akta


4. Perkongsian Perkongsian 1961
nominal

Syarikat 1. Syarikat Berasingan 1. Saham Pemegang -Daftar dgn pendaftar


Sdn.Bhd beberapa saham Syarikat.
2. Sykt. Umum orang tertentu Dokumen tertentu,borang
Bhd sahaja 13A,14,7,44,48A,49,6,24.
3. Skt Bhd dgn 2. Saham orang -Tataurus dan

saham awam memorendum.


4. Syt. Bhd dgn -Bayaran berasaskan

jaminan modal dibayar.


5. Skt dgn -Kawalan Akta Syarikat

jaminan dan 1965


saham
Koperasi 1. Koperasi berasingan 1. Yuran ahli Dimiliki oleh -Didaftarkan dengan
Pengeluar 2. Saham ahli ahli sekurang- Pendaftar Kopeerasi.
2. Koop kurangnya 100 Jawatankuasa penaja
Pengguna orang dan sekurang-kurangnya 10
3. Koop ditadbir oleh org
perumahan ALP -Akta Koperasi 1993.

20
AKTIVITI
PERNIAGAAN

Pengeluaran Perkhidmatan

Ekstraktif dan perladangan a) Runcit dan Borong

Barangan Pengguna dan b) Kewangan & Insurans


industri
c) Perkhidmatan Profesional
Pembuatan dan Pemasangan
d) Pengangkutan dan
pergudangan

e) Pembinaan dan kontrak

f) Pengurusan profesional dan


pembangunan sumber manusia

g) Perkhidmatan Perhotelan

h) Perkhidmatan Pendidikan
21
SEKTOR
Swasta
- Sektor swasta merujuk kepada organisasi perniagaan yang dimiliki oleh individu
individu atau organisasi organisasi tertentu secara persendirian.
- Bentuk pernigaan yang termasuk dalam sektor swasta ialah perniagaan milikan
tunggal , perkongsian,perniagaan syarikat.
- Bermatlamat untuk mencari keuntungan.

Awam
- Sektor awam merujuk kepada organisasi-organisasi milik kerajaan yang
menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan kepada rakyat seperti
pendidikan, rawatan perubatan, perkhidmatan polis dan sebagainya.
- Organisasi ini boleh dibahagikan kepda jabatan-jabatan kerajaan dalam
kemeterian tertentu.
- Ianya dibahagikan kepada peringkat kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
- Tidak bermatlamat mencari keuntungan
Badan berkanun
- Merupakan perbadana yang ditubuhkan di bawah undang-undang tertentu
- Organisasi organisasi ini mewujudkan perkhidmatan-perkhidmatan yang penting
kepada sektor industri , perdagangan dan juga sektor sosial dalam negeri.
- Merupakan entiti berasingan daripada perkhidmatan awam yang diuruskan oleh
pengurus-pengurus yang berkemahiran dan kerpengalaman sebagai pentadbir22
dalam kerajaan.
TAHAP-TAHAP PERNIAGAAN

Primer
Merangkumi pengeluaran sumber sumber bahan mentah dari tempat asalnya dan altiviti
aktiviti yang menggunakan sumber tersebut dalam bentuk asalnya.Industri yang terlibat
dalam tahap ini ialah cari gali minyak, arang batu, besi dan lain lain bahan galian,
pembalakan, pertanian, ternakanikan dan lain lain lagi.sektor dalam tahap primer ini juga
termasuk penjanaan kuasa melalui arang batu , minyak dan stesen janauasa nuklear, gas
asli dan hidroelektrik.

Sekunder
Perniagaan terlibat dalam pemprosesan sumber sumber semulajadi atau bahan mentah
kepada barangan siap atau barangan separuh siap.contoh bijih besi ditukarkan kepada
kepingan besi.
Pengeluaran pada tahap sekunder termasuk pengeluaran baramg barang komponen yang di
pasang kepada barangan pengguna dan barangan industri.sesetengan negara yang tidak
mempunyai sumber semulajadi mereka masih mampu untuk mengeluarkan produk sekunder
dengan menyimpan bahan mentah yang diperlukan.

Tertier
Perniagaan pada tahap ini menghasilkan produk yang tidak ketara /perkhidmatan.contohnya
ialah syarikat pengangkutan yang menghantar produk mereka dari kilang ke pasaran melalui
udara , laut, darat.pengeluaran lain pada tahap tertiar ialah perkhidmatn perkapalan,pos dan
telekom, hotel, bank,insuran dan kewangan.
Perkhidmtan yang ditawarkan oleh badan badan profesioanal seperti doktor, akauntan,
23
jurutera dan sebagainya.
Huluan
Perniagaan pada peringkat huluan bermaksud perniagaan utama atau teras diwujudkan
oleh sesebuah organisasi.perniagaan ini melibatkan aktiviti yang berasaskan semulajadi
seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan lain lain.aktivitiaktiviti tersebut boleh
dikategorikan kepada pelbagaiindustri seperti industri pertanian pembuatan dan
perkhidmatan.

Hiliran
Perniagaan pada tahap hiliran pula meliputi aktiviti aktiviti perniagaan yang diwujudkan
daripada sesebuah perniagaan yang lain.contohnya peruasahan perusahaan yang
berasaskan kayu seperti kayu balak, kilang perabot dan sebagaimya.

Domestik
Perniagaan yang beroperasi di dalam sesebuah negara dan mengeluarkanhasil keluaran
untuk pasaran tempatan atau domestikdi negara tersebut sahaja.
Perniagaan domestik di malaysia merangkumi perniagaan yang berteaskan pertanian
,perladangan ,pekilangan dan perkhidmatan.

Antarabangsa
Perniagaan antarabangsa sama ada kecil atau besar merujuk kepada perniagaan yang
memasarkan produknya dalam dua atau lebih negara.pengkibatan perniagaan di perngkat
antarabangsa selalunya bermula dengan aktiviti eksport samada diperingkat seratau atau di
peringkat global.operasi perniagaan selaunya berpusat di negara sendiri.

24

You might also like