You are on page 1of 17

PENGUMUMAN

AHLI:
NUR JANNAH NABIHAH BT SABRI
SYAHIRAH BT MOHD YUSOF
SITI AISYAH HUMAIRA
KONSEP
• Aktiviti penyampaian dan penyebaran sesuatu maklumat kepada orang
ramai.

• Maklumat yang disampaikan mestilah tepat dan jelas.

• Arbak Othman (1995:98)


= pengumuman ialah hal yang disebarkan atau makluman.

• Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994:1518)


= pengumuman ialah pihak yang mengumumkan, pemberitahuan kepada
orang ramai atau pemakluman.
• Tujuan pengumuman adalah pendengar atau pembaca dapat menerima
sesuatu maklumat dengan lebih tepat.

• Bahasa yang mudah untuk menyampaikan isi-isi penting sahaja bagi


memudahkan pembaca atau pendengar mendengar mesej dengan
mudah.

• Tepat,ringkas dan jelas untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.


JENIS-JENIS PENGUMUMAN

2 JENIS

PENGUMUMAN DALAM PENGUMUMAN UNTUK


KESELAMATAN AWAM KEPENTINGAN AWAM

CONTOH : CONTOH:
• KAWASAN LARANGAN • GANGUAN BEKALAN AIR/ELEKTRIK
• MEMBAIKI LINTASAN AWAM DI GATE • PERPINDAHAN SYARIKAT
KERETAPI • KEMATIAN
• PERINTAH BERKURUNG • PERKHAWINAN
•BANGUNAN YANG BERBAHAYA • BENCANA ALAM
MEDIA YANG DIGUNAKAN
 Sepanduk

 Poster

 Papan tanda

 Iklan
BENTUK PENGUMUMAN BERCETAK/
BERTULIS
A. BAHAGIAN TAJUK

• Bahagian tajuk paling jelas dipaparkan

• Ditulis dengan huruf besar dan berbentuk frasa.

• Diletakkan di atas atau di papan tanda.

• Dicatatkan perkara yang hensdak diumumkan.


B. BAHAGIAN PENJELASAN
• Terdapat mesej yang hendak disampaikan.

• Mempunyai maklumat yang lengkap.

• Terdapat berbagai-bagai jenis ayat yang diterapkan seperti ayat berita,


ayat suruhan, ayat larangan dan sebagainya.

C. BAHAGIAN KESIMPULAN
• Terdapat pesanan dan pemberitahuan penting.
CIRI-CIRI PENGUMUMAN
• Perlu mengandungi maklumat yang benar dan tepat.

• Keterangan daripada sumber yang dipercayai dan diperoleh daripada


pihak yang berkenaan dan bertanggungjawab.

• Ciri pengumuman boleh dibahagi kepada dua iaitu, ciri-ciri pengumuman


lisan dan ciri-ciri pengumuman bertulis.
Bahasa jelas, ringkas Suara, nada dan
dan tepat intonasi mestilah jelas
maksudnya dan betul

CIRI-CIRI
PENGUMUMAN LISAN

Penyampaian Penggunaan bahan sokongan


mestilah lancar lebih memudahkan pendengar
memahami perkara yang
disampaikan.
Tajuk ditulis di sebelah
Bahasa ringkas, atas dengan jelas dan
tepat dan padat. dapat menarik
(ayat aktif) perhatian pembaca

CIRI-CIRI
PENGUMUMAN BERTULIS

Mesej yang ingin Pengumuman ditulis


disampaikan tidak dengan jelas dan
berbelit-belit terang
PROSEDUR PENGAJARAN
1. PENDEDAHAN

• Didedahkan kepada pelbagai bentuk pengumuman yang dapat dilihat dan


didengar (audio visual) atau dibaca.

• Contoh bahan:
 Pita rakaman video seperti penetapan tarikh hari raya.
 Pita rakaman radio seperti amaran daripada Jabatan Kaji Cuaca.
 Bahan bercetak seperti iklan, poster dan risalah.

• Membuat lawatan sambil mendengar pengumuman-penguman yang


terdapat di terminal kapal terbang, stesen keretapi dan di pejabat-pejabat.
2. MENGENAL PASTI BENTUK DAN ISI PENGUMUMAN

• Mengklasifikasikan bentuk-bentuk pengumuman tersebut melalui


pendedahan berbagai-bagai bentuk dan jenis-jenis pengumuman.

• Menentukan tata cara dan keperluan untuk menjalankan jenis


pengumuman berdasarkan tujuan, sasaran dan teknik yang sesuai.
3. MENULIS TEKS PENGUMUMAN

• Menentukan tema pengumuman yang ingin ditulis.

• Memilih tajuk yang bersesuaian dengan tema.

• Cara pengumuman ditulis pada kad manila, kertas dan sebagainya.


4. CARA PENYAMPAIAN

• Sebutan dan intonasi yang sesuai.

• Isi, gaya bahasa, intonasi, kelancaran, gaya percakapan penting.

• Mimik muka dan kebakuan bahasa dititik beratkan


CONTOH
PENGUMUMAN
CONTOH PENGUMUMAN BERTULIS

PENGUMUMAN

Adalah diberitahu bahawa Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Semenanjung Malaysia (LPKP) sedang
menjalankan operasi mengemaskinikan rekodnya mengenai pemegang-pemegang Lesen Teksi Bandaraya Kuala
Lumpur.
Bagi melicinkan urusan ini , kerjasama pemegang-pemegang Lesen dan Pemandu Teksi Bandaraya Kuala
Lumpur adalah diminta menghadirkan diri ke tingkat 2, Bangunan MARA, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala
Lumpur pada bila-bila masa antara jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang pada 18hb; 19hb; dan 20hb. Ogos 1996
untuk member maklumat-maklumat yang dikehendaki:

Sila bawa bersama salinan dokumen-dokumen berikut


( mana yang berkenaan)

1. Lesen teksi;
2. Perakuan Pendaftaran Perniagaan ( Borang D), Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dengan maklumat
Perniagaan terkini yang dikeluarkan oleh pendaftaran perniagaan.
3. Borang 24,44 dan 49 Akta Syarikat 1956 yang terkini;
4. Salinan borang A KWSP bagi tiga bulan terakhir dengan salinan asal resit-resit KWSP yang berkenaan;
5. Surat Perjanjian Pinjaman Kenderaan.
6. Penyata Akaun Bank bagi 3 (tiga) bulan terakhir; dan
7. Perjanjian sewa ata sewa beli kenderaan.

Lembaga pelesenan Kenderaan Perdagangan,


Semenanjung Malaysia.
SEKIAN..

You might also like