You are on page 1of 2

PANTU EMPAT KERAT(BERJIMAT cermat)

Rangkap 1:sumber rezeki yang sedikit akan terasa banyak


sekiranya amalan berjimat cermat diamalkan dalam
hidup.
Rangkap 2:sikap membazir merupakan amalan yang keji
dan mengikut kehendak syaitan manakala berjimat cermat
amalan yang terpuji.
Rangkap 3:amalan berjimat cermatdalam setiap hal
mampu menjamin masa depan lebih cerah.
Rangkap 4:berbelanja secara berlebihan merupakan suatu
pembaziran dan akan menimbulkan masalah kewangan.
Rangkap 5:kehidupan akanmenjadi lebih bahagia
seandainya amalan berjimat cermat dipraktikkan sesuai
dengan tuntutan agama.
Rangkap 6:sumber sedikit sekiranyaberjimat lebih
bermanfaat daripada sumber yang banyak tetapi boros
dalam kehidupan.
Rangkap 7:perancangan yang rapi dapat mengelakkan diri
kita daripada sikap membazir.
Tema:kelebihan amalan berjimat cermat dan keburukan
berbelanja dengan boros.
Persoalan:
a)amalan berjimat cermat amat ditutur.
b)suka berbelanja dengan borosakan membinasakan
diri.
c)perancangan perbelanjaan yang betul memberikan
kebaikan kepada diri.
d)kesederhanaan berbelanja mengikut kemampuan.
Bentuk:
a)terdiri daripada tujuh rangkap.
b)setiap rangkap mempunyai 4 baris.
c)setiap baris mempunyai tiga hingga lima kata.
d)setiap baris terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata.
e)rima akhir dari rangkap pertama hingga rangkap ketujuh
ialah abad.

You might also like