You are on page 1of 4

TEKS JURUACARA HARI KOKURIKULUM TAHUN 2010

Guru-guru dan murid-murid sekalian dengan segala hormatnya dipersilakan mengambil


tempat masing-masing. Majlis akan bermula sebentar lagi.

Pembukaan Bismillahir rahmanir rahim …….


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera

Majlis dengan penuh hormat dan bangganya mengalu-alukan kehadiran:

Yang Berusaha Pn. Cheng Kuen Yin, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK USJ 8
Yang Berusaha Pn. Lee Mui Hwa, Penolong Kanan Petang, SMK USJ 8
Yang Berusaha Cik Lai Yong Yin, Penolong Penolong Kanan Petang
Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Nyanyian Hadirin yang dihormati,


Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor akan dinyanyikan.
Sekalian hadirin diminta kerjasama untuk berdiri…

***
Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin kerana sudi berdiri bersama-sama. Para
hadirin dijemput duduk.

Bacaan Doa Tetak buluh panjang suluh,


Mari jolok sarang penyengat,
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah kita menadah tangan bermunajat,
memohon berkat agar perjalanan majlis pada petang ini sentiasa diberkati. Untuk itu,
majlis dengan hormat dan sukacitanya menjemput saudara Mohamad Razri B. Abd
Hamid untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan…..

***
Amin-amin yarabbalalamin…..
Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohamad Razri B. Abd Hamid.

Alhamdulillah pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat
Ilahi kerana dengan izin serta limpah kurnia-Nya kita semua diberi kekuatan untuk
sama-sama berhimpun bagi memeriahkan Hari Kokurikulum Sekolah Menengah
Kebangsaan USJ 8 untuk tahun 2010.

Untuk makluman guru-guru dan murid-murid sekalian, majlis pada petang ini adalah
bertujuan untuk meraikan murid-murid kita yang telah berjaya dan cemerlang dalam
bidang kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, negeri mahupun kebangsaan.

Ucapan Penyelaras Bagi menyerikan lagi majlis kita pada petang ini, maka majlis dengan hormat dan
Kokurikulum Petang bangganya menjemput Yang Berusaha Cik Lai Yong Yin merangkap Penyelaras Hari
Kokurikulum Kali Ke-8 Sesi Petang SMK USJ 8 tahun 2010, untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***
Demikianlah ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Cik Lai Yong Yin. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Ucapan Perasmian Tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Pn. Lee
Penolong Kanan Petang Mui Hwa, Penolong Kanan Petang merangkap Naib Pengerusi 3 Hari Kokurikulum Kali
Ke-8 SMK USJ 8 tahun 2010 untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
majlis. Maka dengan segala hormat dan bangganya majlis mempersilakan.

***
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha
Pn. Lee Mui Hwa kerana sudi menyampaikan ucapan beliau itu tadi.

Penyampaian Sijil 1 Tampak pemuda setia menanti,


(Unit Beruniform) Asuhan tok guru jadi panduan,
1
Anugerah pertama debaran menanti,
Hati terusik jelingan rakan.

Seterusnya ialah upacara penyampaian sijil kepada murid-murid yang cemerlang dalam
Unit Beruniform.

Tanpa membuang masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berusaha Cik Lai Yong Yin , Penyelaras Kokurikulum Sesi Petang SMK USJ 8 untuk
menyempurnakan majlis penyampaian sijil. Dipersilakan.

Dijemput penerima sijil:

***
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Cik Lai Yong Yin , Penyelaras
Kokurikulum Sesi Petang SMK USJ 8 di atas penyempurnaan penyampaian sijil
sebentar tadi.

Persembahan 1 (Tarian Majlis kita pada petang ini diserikan lagi dengan persembahan yang pertama dari Kelab
Kelab Kebudayaan) Kebudayaan sesi petang. Mereka akan mempersembahkan tarian tradisional dan juga
tarian moden. Kumpulan ini dianggotai murid dari tingkatan 1 dan diselia sendiri oleh
guru Kelab Kebudayaan yang tidak asing lagi iaitu Cik Wardah.
Oleh itu tanpa membuang masa majlis mempersilakan…

***
Kami pasti hadirin terhibur dengan persembahan itu tadi.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

Penyampaian Sijil 2 Seterusnya adalah upacara penyampaian sijil kepada murid-murid yang cemerlang
(Kelab Permainan) dalam Kelab Permainan.

Tanpa membuang masa, majlis sekali lagi dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha Cik Lai Yong Yin , Penyelaras Kokurikulum Sesi Petang SMK USJ 8
untuk menyempurnakan majlis penyampaian sijil. Dipersilakan…

Dijemput penerima sijil:

***
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Cik Lai Yong Yin di atas kesudian
beliau itu tadi.

Persembahan 2 Bagi meredakan keadaan dan gemuruh para penerima sijil seterusnya, majlis dengan
(Taekwondo) bangga dan sukacitanya menjemput ahli kumpulan Kelab Taekwondo untuk
mempersembahan aksi kemahiran mempertahankan diri. Dipersilakan…

***
Persembahan yang penuh semangat dari ahli Kelab Taekwondo. Berikan tepukkan.
Terima kasih.

Penyampaian Sijil 3 Para hadirin yang dihormati,


(Persatuan Dan Kelab)
Seterusnya adalah upacara penyampaian sijil kepada murid-murid yang cemerlang
dalam Persatuan dan Kelab.

Tanpa membuang masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berusaha Pn. Cheng Kuen Yin, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK USJ 8 untuk
menyempurnakan majlis penyampaian sijil. Dipersilakan…

Dijemput penerima sijil:

***
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn. Cheng Kuen Yin di atas kesudian
beliau itu tadi.

Persembahan 3 (Choral Majlis kita pada petang ini diserikan lagi dengan persembahan Choral Speaking. Untuk
Speaking) makluman hadirin sekalian, persembahan ini dianggotai oleh murid-murid tingkatan 2
Arif dan dibimbing sendiri oleh guru yang dedikasi dan komited Cik Lai Yong Yin.
2
Dipersilakan…

***
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan yang penuh semangat itu tadi.
Berikan tepukan sekali lagi…

Penyampaian Sijil 4 Hadirin sekalian,


(Rumah Sukan, QM,
Pengawas Koperasi dan Seterusnya ialah upacara penyampaian sijil kepada murid-murid yang cemerlang dalam
Peserta Khemah Kelab kategori Rumah Sukan, Quarter Master, Pengawas Koperasi dan peserta Khemah Kerja
Setia) Kelab Setia.

Tanpa membuang masa, majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berusaha Pn. Cheng
Kuen Yin, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK USJ 8 untuk menyempurnakan majlis
penyampaian sijil. Dipersilakan.

Bagi kategori Rumah Sukan, dijemput penerima sijil:

***
Bagi kategori Quarter Master, dijemput penerima sijil:

***
Bagi kategori Pengawas Koperasi, dijemput penerima sijil:

***
Berikut merupakan peserta Perkhemahan Kerja Kelab Setia SMK
USJ 8 peringkat Negeri Selangor 2010, dijemput penerima sijil:

***
Tahniah kepada para penerima sijil.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn. Cheng Kuen Yin atas
kesudian beliau menyampaikan sijil itu tadi.

Pertandingan Permainan Berikut tibalah masanya untuk pertandingan permainan yang dinanti-nantikan iaitu
acara sukaneka perempuan secara berkumpulan dan pertandingan “rubic cube” lelaki
individu.

Tanpa membuang masa majlis menjemput Pn. Yee Thiam Lee untuk mengendalikan
pertandingan. Dipersilakan…

***
Demikian tadi pertandingan acara sukaneka perempuan secara berkumpulan dan
pertandingan “rubic cube” lelaki individu.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Yee Thiam Lee atas kesudian
beliau mengendalikan pertandingan itu tadi.

Persembahan 4 (Kawad Sementara kita menunggu keputusan pertandingan itu tadi.


Kaki)
Majlis diteruskan dengan persembahan kawad kaki oleh KRS (Puteri) dan diikuti oleh
KRS (Putera) SMK USJ 8. Dipersilakan.

***
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan yang penuh semangat itu tadi.
Untuk makluman para hadirin sekalian, peserta kawad kaki KRS (Lelaki) SMK USJ 8
telah berjaya menyandang Naib Johan dalam pertandinagn kawad kaki KRS peringkat
Daerah Petaling Perdana pada 27 Julai yang lalu. Kita berikan tepukan semangat sekali
lagi.

Penyampaian Sijil 5 Hadirin sekalian,


(Penyertaan Murid
Dalam Peringkat Seterusnya ialah upacara penyampaian sijil kepada murid-murid yang mewakili Daerah
Negeri . Kebangsaan) Petaling Perdana ke Peringkat Negeri Selangor dan juga murid yang mewakili Negeri ke
Peringkat Kebangsaan

3
Tanpa membuang masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Pn. Lee Mui Hwa, Penolong Kanan Petang, SMK USJ 8 untuk
menyempurnakan majlis penyampaian sijil. Dipersilakan.

Dijemput penerima sijil:

***

Keputusan Pertandingan Seterusnya keputusan pertandingan acara sukaneka perempuan secara berkumpulan
Permainan dan pertandingan “rubic cube” lelaki individu.

Bagi pertandingan sukaneka perempuan berkumpulan, pemenang:

***

Bagi pertandingan “rubic cube” lelaki individu, pemenang:

***

Penyampaian Anugerah Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Khas khususnya bagi Kehadiran Ahli
(Persatuan & Kelab Paling Tinggi mengikut kategori.
Permainan Yang Paling
Tinggi Kehadiran) Bagi kategori Persatuan Dan Kelab,
anugerah dimenangi oleh Persatuan Bahasa Cina.
Dijemput Pn. Ngu Ting Ting selaku Guru Penasihat untuk menerima anugerah.

Seterusnya, bagi kategori Kelab Permainan,


anugerah dimenangi oleh Kelab Ping Pong.
Dijemput Pn. Leong Kui Yeng selaku Guru Penasihat untuk menerima anugerah.

Tahniah diucapkan kepada Persatuan Bahasa Cina dan Kelab Ping Pong.

Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn. Lee Mui
Hwa di atas kesudian beliau menyampaikan sijil serta anugerah itu tadi.

Nyanyian Lagu Sekolah Hadirin yang dihormati,

Lagu Sekolah akan dinyanyikan.


Majlis dengan ini memohon kerjasama para hadirin untuk berdiri dan bersama-sama
menyanyikan Lagu Sekolah dengan penuh semangat.

** nyanyian lagu sekolah **

Bersurai Dengan tamatnya nyanyian itu tadi maka berakhirlah Hari Kokurikulum Kali Ke-8 SMK
USJ 8 bagi tahun 2010 ini.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan murid kerana sudi
bersama sehingga ke akhir majlis.

Kami juga memohon ampun dan maaf sekiranya di sepanjang majlis ini berlangsung
terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan yang telah berlaku.

Dengan ini Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warohmatullah


Hiwabarokatuh…

Jumpa lagi di tahun depan…

You might also like