You are on page 1of 29

KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

DIALOG ALLAH DENGAN PARA MALAIKAT

Apabila Allah SWT hendak menjadikan manusia yang pertama di muka


bumi ini, maka Allah SWT memberitahu kepada Malaikat bahawa Allah SWT
akan menjadikan sejenis makhluk yang berlainan daripada Malaikat dan juga
tidak sama dengan makhluk-makhlukNya yang lain yang ada pada masa itu.
Makhluk yang dimaksudkan ialah manusia. Manusia akan menjadi khalifah di
muka bumi untuk membangunkan dunia ini sebagai tempat menjalani kehidupan.
Dialog Allah SWT dengan para Malaikat tentang kejadian awal manusia. Allah
berfirman kepada Malaikat :
“Aku akan menjadikan di atas muka bumi ini khalifah”,
Para Malaikat menjawab ”Apakah Engkau ya Allah akan menjadikan
khalifah di atas muka bumi ini? mereka yang akan melakukan bencana
dengan menumpahkan darah sesama sendiri, sedangkan kami makhluk
yang sentiasa beribadat dengan bertasbih, bertahmid dan mengucap
Subhanallah kepada Engkau.” Allah menjawab kepada para Malaikat
”Sesungguhnya aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu tahui” (QS al-
Baqarah ayat 30).
Dengan jawaban tersebut semua Malaikat akur dan mengakui bahawa
sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Lalu Allah
SWT menjadikan manusia walaupun mendapat bantahan daripada Para
Malaikat.

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

CIPTAAN DARI TANAH


Di peringkat awal sebelum penciptaan manusia bermula Allah S.W.T telah
berfirman kepada malaikat bahawa akan menjadikan seorang khalifah di bumi
ini. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku


hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”.....
Surah al-Baqarah (2): 30

Merujuk kepada ayat di atas falsafah kejadian manusia iaitu sebagai khalifah
merupakan satu penganugerahan sebagai ciptaan terbaik di antara ciptaanNya.
Selian itu sebagai khalifah manusia juga mempunyai tanggungjawab yang tinggi
untuk mentadbir alam ini.

Allah telah memerintahkan Malaikat Jibril turun ke bumi untuk mengambil


sebahagian tanah sebagai bahan untuk menjadikan Adam. Walau
bagaimanapun, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil malah bersumpah
dengan nama Allah yang dia tidak rela untuk menyerahkannya kerana
kebimbangannya seperti yang dibimbangkan oleh para malaikat.
Jibril kembali setelah mendengar sumpah tersebut lalu Allah mengutuskan
pula Malaikat Mikail dan kemudiannya Malaikat Israfil tetapi kedua-duanya juga
tidak berdaya hendak berbuat apa-apa akibat sumpah yang dibuat oleh bumi.
Maka, Allah memerintahkan Malaikat Izrail untuk melakukan tugas tersebut dan
menggesa agar tidak berundur walaupun bumi bersumpah kerana tugas tersebut
dijalankan atas perintah dan nama Tuhan.
Maka, Izrail turun ke bumi dan mengatakan yang kedatangannya adalah
atas perintah Allah dan memberi amaran kepada bumi untuk tidak membantah
yang memungkinkan bumi menderhaka kepada Allah. Menurut Ibnu Abbas,
tanah bumi dan syurga digunakan untuk dijadikan bahan mencipta Adam. Tanah
tersebut adalah:

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

Tanah Baitulmuqaddis - kepala sebagai tempat kemuliaan untuk diletakkan


otak dan akal.
Tanah Bukit Tursina (Mesir) - telinga sebagai tempat mendengar dan
menerima nasihat.
Tanah Iraq - dahi sebagai tempat sujud kepada Allah.
Tanah Aden (Yaman) - muka sebagai temat berhias dan kecantikan.
Tanah telaga Al-Kautsar - mata sebagai tempat menarik perhatian.
Tanah Al-Kautsar - gigi sebagai tempat memanis-manis.
Tanah Kaabah(Makkah) - tangan kanan sebagai tempat mencari nafkah dan
bekerjasama.
Tanah Paris (Perancis) - tangan kiri sebagai anggota untuk melakukan istinjak.
Tanah Khurasan (Iran) - perut sebagai tempat berlapar.
Tanah Babylon (Iraq) - kelamin sebagai organ seks dan tempat bernafsu serta
godaan syaitan.
Tanah Tursina (Mesir) - tulang sebagai peneguh manusia.
Tanah India - kaki sebagai anggota berdiri dan berjalan.
Tanah Firdaus (Syurga) - hati sebagai tempat keyakinan, keimanan, dan
kemahuan.
Tanah Taif (Arab Saudi) - lidah sebagai tempat untuk mengucapkan syahadah,
syukur dan doa.

Terdapat banyak surah di dalam al-Quran yang menghuraikan tentang


penciptaan manusia. Didapati kebanyakan ayat menerangkan bahawa kejadian
manusia adalah daripada tanah ( turab ). Di antara firman Allah itu ialah :
“ ...maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada
tanah,....”
Surah al-Hajj (22): 5

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

Maka dalam huraian seterusnya kami akan menghuraikan proses kejadian


manusia ini melalui beberapa peringkat dengan merujuk kepada beberapa ayat
yang bersesuaian.

Pertama:Peringkat Saripati Tanah


Pada peringkat ini didapati bahawa Allah S.W.T melakukan beberapa
penyaringan debu tanah. Firman Allah:

“ Kemudian Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati(berasal)


dari tanah”Surah al-Mu’minun (23): 12

Proses ini bertujuan untuk mendapatkan saripati tanah yang bersih dan amat
sesuai untuk dijadikan bahan sebagai salah satu unsur daripada penciptaan
manusia. Ini menunjukkan bahawa tanah yang digunakan ini telah melalui proses
penyaringan dan bukan daripada tanah biasa sebagaimana yang manausia pada
hari ini fikirkan. Ini amat bersesuaian dengan kemuliaan yang diberikan oleh
Allah S.W.T kepada manusia.

Kedua: Peringkat Tanah Melekat


Pada peringkat ini dikenali sebagai peringkat tanah melekat. Sebagaimana
firman Allah:
“…Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat”
Surah As-Shaffat (37): 11
Sebagaimana diketahui tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat. Al-
Qurtubiyy menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan tanah melakat atau
menempel di antara satu sama lain. Manalaka selepas itu tanah ini akan menjadi
tanah yang keras .

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

Pada peringkat ini Al-Qurtubiyy juga menerangkan di dalam tafsirnya bahawa


manusia pertama iaitu yang dikaitkan dengan Adam dikatakan kekal sebagai
satu lembaga yang berbentuk tanah liat. Selain itu tempuh ia berada dalam
keadaan ini adalah selama empat puluh tahun sehingga sifat fizikalnya berubah
menjadi keras dan kering .

Ketiga: Peringkat Tanah Berbau (Lumpur)


Peringkat ini adalah dengan merujuk kepada firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah
liat kering(yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”
Surah al-Hijr (15): 26

Ia diertikan juga sebagai lumpur atau tanah berorganik dan tidak tertumpu
kepada pengertian lain seperti lumpur yang berubah-ubah yang berwarna hitam
serta mempunyai bau tersendiri . Ini adalah disebabkan proses penyebatian di
anatara tanah dan air telah berlaku.

Keempat: Peringkat Tanah Keras


Perkataan ini tidak sempurna jika perumpamaannya tidak dijelaskan seperti
tembikar. Maka jelas bahawa pada peringkat ini dari aspek fizikalnya manusia
yang ingin diciptakan oleh Allah S.W.T berada dalam keadaan yang keras seperti
sifat tembikar. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Dia mencipta manusia dari tanah kering seperti tembikar”
Surah Ar-Rahman (55): 14

Pada peringkat ini menunjukkan bahawa masa untuk Adam menjadi lembaga
manusia yang lengkap sudah tiba. Pada peringkat ini juga ianya dilihat sebagai
peringkat terakhir penciptaan manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga
peringkat yang terawal sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

PENYEMPURNAAN
Setelah itu, Allah melakukan proses penyempurnaan dengan
mencampurkansegala tanah yang telah di ambil oleh malaikat Izrail tadi.
Tubuh Adam mempunyai sembilan rongga atau liang. Tujuh liang di kepala dan
dua di bawah badan iaitu dua mata, dua telinga, dua hidung, satu mulut, satu
dubur dan satu uretra. Lima pancaindera dilengkapkan dengan anggota tertentu
seperti mata untuk penglihatan, telinga untuk pendengaran, hidung untuk
pengesanan bauan, lidah untuk perasa seperti masam, masin, manis dan pahit
dan kulit untuk sentuhan bagi panas, sejuk, tekanan, kelikatan dan sakit.
Ketika Allah menjadikan tubuh Adam, tanah dicampurkan dengan air
tawar, masin dan hanyir beserta api dan angin. Kemudian Allah resapkan Nur ke
dalam tubuh Adan dengan pelbagai "sifat". Lalu tubuh Adam digenggam dengan
genggaman Jabarut dan diletakkan di dalam Alam Malakut. Tanah itu
dicampurkan lagi dengan istilah wangian dan ramuan dari Nur-Sifat Allah dan
dirasmi dengan "Bahrul Uluhiyah". Kemudian, tubuh tersebut dibenam dalam
"Kudral 'Izzah" iaitu sifat "Jalan dan Jammal" lalu disempurnakan tubuh tersebut.
Waktu kejadian manusia tidak disebut berapa lama walaupun melalui apa cara
perhitungan sekalipun seperti dalam al-Quran:
"Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang
beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu
benda yang disebut-sebut..." (76:1)
Menurut keterangan ulama, tubuh Adam diselubungi dalam tempoh 120
tahun, 40 tahun di tanah yang kering, 40 tahun di tanah yang basah dan 40
tahun di tanah yang hitam dan berbau. Dari situ, Allah ubah tubuh Adam dengan
rupa kemuliaan dan tertutuplah dari rupa hakikatnya. Kerana proses kejadian itu
yang melalui peringkat yang "kotor", tidak hairan Malaikat dan Iblis memandang
rendah akan kejadian manusia yang dicipta dari tanah.

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

KEMASUKKAN ROH
Peringkat yang kelima ini menunjukkan proses penciptaan manusia
pertama(Adam) dari aspek spiritual .Roh diperintah Allah untuk memasuki jasad
Adam tetapi seperti makhluk lain, roh juga enggan, malas dan segan kerana
jasad yang seperti batu. Dikatakan roh berlegar-legar mengelilingi jasad Adam
sambil disaksikan malaikat. Kemudian, Allah memerintahkan Malaikat Izrail
memaksa roh memasuki tubuh tersebut masuk ke dalam tubuh Adam. Ia
memasukkannya ke dalam tubuh dan roh secara perlahan-lahan masuk hingga
ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Setelah meresapi ke kepala
Adam, maka berfungsilah otak dan tersusunlah urat saraf dengan sempurna.
Lalu, terjadilah mata dan terus terbuka melihat tubuhnya yang masih keras dan
malaikat di sekelilingnya. Telinga mulai berfungsi dan didengarnya kalimah
tasbih para malaikat. Apabila roh tiba ke hidung, lalu ia bersin dan mulutnya juga
terbuka. Allah mengajarkan kalimah "Alhamdulillah" yang merupakan kalimah
pertama diucapkan Adam dan Allah sendiri yang membalasnya.
Kemudian, roh tiba ke dadanya lalu Adam berkeinginan untuk bangun
padahal tubuhnya yang bawah masih keras membatu. Ketika itu ditunjukkan sifat
manusia yang terburu-buru. Dalam hal ini Allah S.W.T telah menerangkan sikap
ini di dalam al-Quran sebagaimana firmannya yang bermaksud:
“Manusia telah dijadikan(bertabiat) tergesa-gesa…” Surah Al-Anbiya’(21):
37.
Ketika roh sampai di perut, maka organ dalam dan perut tersusun
sempurna dan saat itu Adam mula merasakan lapar. Akhirnya, roh meresap ke
seluruh tubuh Adam, tangan dan kaki dan berfungsilah dengan sempurna segala
darah daging, tulang, urat saraf dan kulit. Menurut riwayat, kulit Adam amat baik
ketika itu berbanding kulit manusia di kini dan warnanya masih dapat dilihat di
kuku sebagai peringatan kepada keturunan manusia.
Dengan itu, sempurnalah sudah kejadian manusia pertama dan Adam digelar
sebagai "Abul Basyar" iaitu Bapa Manusia. Walau bagaimanapun, hanya Nabi
Muhammad s.a.w. mendapat gelaran "Abul Ruh" atau "Abul Arwah" iaitu Bapa

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

segala Roh.Maka dengan berakhir proses peniupan roh ini sempurnalah


kejadian Adam iaitu sebagai manusia pertama yang diciptakan oleh Allah S.W.T.
Jika dilihat dengan teliti proses penciptaan manusia pertama yang dipaparkan di
dalam al-Quran amat teliti dan huraiannya adalah bersifat kronologi.

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

ADAM BELAJAR DAN DIBERIKAN ILMU


PENGETAHUAN OLEH ALLAH S.W.T

Seterusnya, setelah lengkap Adam dengan penyepurnaan yang dilakukan


oleh Allah,maka Adam melalui pula proses yang lain.Dengan akal fikiran yang
dikurniakan Allah lalu Allah memberi pula kepada Adam ilmu pengetahuan yang
amat luas dan Allah memberikan penghormatan yang sangat tinggi kepada
manusia (Adam). Allah mengajar kepada Adam ilmu pengetahuan, Dia mengajar
Adam akan segala nama benda di atas muka bumi ini, kemudian Dia
memerintahkan para Malaikat supaya menyebut nama-nama benda
sebagaimana yang diajar kepada Adam. Para Malaikat mengaku tidak tahu
nama-nama benda itu kecuali mengetahui apa yang diajarkan oleh Allah kepada
mereka sahaja. Selepas itu Allah memerintahkan Adam supaya menyebut nama-
nama benda tersebut sebagaimana yang diajarkan oleh Allah, lalu Adam
menyebutnya satu persatu dengan lancar.
Selepas Allah mengajarkan kepada Adam segala nama, yang menjadi
asas ilmu pengetahuan sebagai bekalan hidup di bumi dan Adam mendapat
ilmu, Allah memperlihatkannya kepada malaikat, dia memiliki darjat yang tinggi
dari segi ilmu berbanding malaikat.
Lalu malaikat berkata: “Sungguh kami menyucikan Engkau wahai Tuhan
kami, kerana kami tidak mengetahui melainkan yang telah Engkau ajarkan
kepada kami dan Engkau Maha Mengetahui segalanya, Maha Bijaksana
dalam segala urusan yang Engkau ciptakan.”
Perkara ini dapat dilihat melalui surah al-Baqarah, ayat 31 hingga 33. Semua
malaikat akur dengan perintah Allah dan sujud kepada Adam.
Setelah itu Allah perintahkan para Malaikat supaya hormat sujud kepada
Adam, perintah itu dituruti dan dipatuhi oleh semua para Malaikat kecuali Iblis.

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

MUSUH PERTAMA ADAM DAN SEGALA


MANUSIA

“Maka apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya maka Aku tiupkan roh,
maka hendaklah para Malaikat tunduk dan sujud kepadanya (Adam), maka
para Malaikat sujud semuanya kecuali Iblis, ia menjadi degil dan
menyombongkan diri dan dia termasuk ke dalam golongan orang kafir” (QS
al-Sad ayat 72-74).
Iblis memberikan jawapan kepada Allah kononnya dia lebih mulia
daripada Adam.
Menurut iblis, dia diciptakan daripada api, manakala Adam daripada tanah.
Justeru, iblis menyangka dirinya lebih bermaruah dan mempunyai kedudukan
tinggi daripada Adam. Melihat gelagat iblis yang bongkak itu, Allah melaknat iblis
dan mengusirkannya dari syurga untuk selama-lamanya.
Hukuman itu menyebabkan iblis berdendam dengan Adam, lalu ia menyatakan
permohonan kepada Allah supaya dipanjangkan usia sehingga hari kiamat. Iblis
juga bersumpah untuk menyesatkan anak cucu Adam dari jalan yang benar,
dengan mendatangi mereka (manusia) dari setiap penjuru untuk mengawasi
kelemahan dan kecuaian mereka, sehingga mengheret ke lembah kesesatan
dan derhaka kepada Allah S.W.T.Permohonan itu dikabulkan, namun Allah turut
mengutuk iblis, melalui firmanNya:
“Keluarlah kamu dari syurga ini dengan keadaan yang hina, kamu tidak
akan mendapat rahmat-Ku dan Aku bersumpah akan memenuhi jahanam
dengan kamu sekalian dan orang yang mengikutimu.”

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

BAGAIMANA HAWA (ISTERI ADAM)


DIJADIKAN

Setelah lengkap dan sempurna kejadian Adam, maka hiduplah Adam


disuatu tempat yang bernama syurga, Suatu hari Adam bersiar-siar menyaksikan
keindahan syurga dengan kehijauan yang menyamankan mata yang
memandang, derauan air sungai yang mengalir tanpa henti dan kicauan unggas
yang berpasang-pasangan, lantas, terlintas didalam hati Adam, dia merasa
kesunyian kerana tiada teman untuk berbicara dan tidak ada sesiapa yang akan
menenangkan jiwanya.
Pada suatu ketika, ketika Adam sedang tidur,Malaikat Jibril telah
mencabut tulang rusuk kiri Adam. Sebaik sahaja bangun daripada tidur, tiba-tiba
Adam melihat seorang manusia disampingnya, lalu Adam pun bertanya
”Siapakah engkau?” Manusia itu menjawab ”Saya seorang perempuan
yang dijadikan untuk berjinak-jinak dengan kau”. Malaikat pun bertanya
”Siapakah nama perempuan itu?”. Jawab Adam ”Hawa”, Malaikat bertanya
”Kenapa namanya Hawa?” Adam menjawab ” kerana ia dijadikan daripada
benda yang hidup, iaitu, dirinya (Adam) sendiri” (QS an-Nisa ayat 1). Dari
segi akidah dan tauhid kita wajib percaya bahawa Adam dijadikan daripada
tanah melalui proses tertentu oleh Allah S.W.T dan Hawa dijadikan daripada diri
Adam yang satu. Jadi Hawa perlu taat kepada Adam.
Jika Adam dijadikan daripada inti pati tanah tetapi Hawa tidak dijadikan dari
tanah. Ia dijadikan daripada sebahagian dari anggota tubuh Adam iaitu tulang
rusuk Nabi Adam. Mereka dikahwinkan walaupun dari asal-usul kejadian yang
berbeza. Ini suatu kejadian manusia yang sangat pelik.

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

Akal mungkin menganggap alangkah baiknya jika kedua-dua Adam dan Hawa
dari kejadian yang sama iaitu tanah. Jika mereka sejenis barulah padan jika
dijodohkan. Begitulah hujah akal manusia. Dalam Islam, ia sebenarnya
terkandung satu hikmah yang besar bagi menerangkan tentang peranan wanita
itu sendiri.
Kalau Tuhan jadikan Adam dan Hawa daripada tanah, semesti tanah itu
sendiri berlainan jenis. Walaupun tanah menjadi perhubungan di antara Adam
dan Hawa, namun ikatan itu tidak kuat. Ia seolah-olah menyatukan kedua
makhluk yang berlainan. Jika mereka dari kejadian yang sama kemudian
dikahwinkan, mereka seperti sahabat biasa sahaja. Sahabat biasa bukan teman
yang istimewa. Jika hendak berpisah memang mudah.
Itulah di antara sebab Tuhan tidak ciptakan Hawa dari tanah seperti Adam. Allah
cipta Hawa dari diri Adam sendiri iaitu dari tulang rusuknya.
Baiklah, kita melihat satu contoh yang sememangnya wajar Hawa itu
dijadikan berlainan jenis daripada Adam.Kita mengambil perkongsian suami isteri
dalam suatu hubungan cinta dalam menjalani kehidupan bersama.
Perkongsian suami isteri itu di anggap sebagai teman setia, sehidup, semati,
seperjuangan dan yang paling baik bekerjasama. Pasangan suami isteri itu tidak
sempurna jika tidak ada bersama-sama. Ia bukan sahaja menyempurnakan dari
sudut biologi tetapi juga dari sudut menjaga anak, berjuang dan berjihad. Jika
ada isteri sahaja dalam pengurusan rumahtangga, belum sempurna lagi
penyusunan rumahtangga itu. Kedua-duanya mesti ada barulah sempurna.
Dalam Islam, rumahtangga seolah-olah satu bahagian di bahagi kepada dua. Ia
bukan berasal dari dua keluarga yang disatukan. Dalam Islam hendak pisahkan
sangat susah kecuali jika terdesak. Umpama satu badan, bukan senang hendak
potong sebahagian anggota lain. Anggota itu adalah pelengkap kepada badan
tersebut. Tanpa salah satu dari anggota itu, ia dikatakan cacat. Jika pasangan
suami isteri dikatakan sebagai kawan, tidaklah memadai kerana peranan suami
isteri terlalu banyak. Bahkan ia lebih dari hubungan seorang kawan. Peranan
suami isteri itulah sahabat, pembantu, penghibur, penasihat, kawan
seperjuangan. Bila susah sama-sama susah dan bila senang sama-sama

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

senang. Ikatan yang banyak ini sudah cukup kuat bagi pasangan suami isteri. Ia
tidak mudah terungkai. Kalau peranan suami isteri itu banyak dan hanya satu
yang terungkai, ada ikatan lain yang masih boleh mengukuhkan itu banyak.
Kalau ikatannya satu sahaja iaitu sebagai kawan tidak cukup. Ikatan itu mudah
terungkai. Kalau banyak peranan, hanya satu yang terungkai, masih ada ikatan
lain yang boleh mengukuhkan hubungan suami isteri itu. Itulah hikmah Hawa
tidak dijadikan dari tanah tetapi daripada satu juzuk badan Adam. Ia seolah-olah
senyawa dan saling memerlukan di antara satu sama lain dalam semua hal
seperti cari rezeki, jaga anak, mengatur perjuangan, mencari ilmu. Itulah hikmah
kejadian wanita.
Tambahan pula jika pasangan suami isteri itu dididik dengan agama. Ikatan
suami isteri itu bertambah memberi makna. Di waktu muda, pasangan suami
isteri banyak membuat hubungan biologi. Inilah yang mengerat hubungan suami
isteri. Tetapi jika sudah lanjut usia, hubungan biologi sudah kurang. Agamalah
yang menguatkan hubungan suami isteri. Allah menuntut pasangan suami isteri
dengan tuntutan-tuntutan yang mesti ditunaikan oleh kedua belah pihak demi
untuk menjaga hak-hak masing-masing dalam sistem kekeluargaan.
Agama banyak mengajar pasangan manusia saling berbuat baik di antara satu
lain. Ini menimbulkan perasaan kasih sayang yang mendalam sekalipun,
hubungan biologi sudah kurang. Agama merapatkan hubungan suami isteri.
Perkahwinan itu betul-betul dibina di atas rasa yang suci murni. Ia seolah olah
kembali kepada waktu manusia itu dicipta ketika zaman Adam dan Hawa yang
berasal dari satu juzuk diri Adam. Mereka adalah dari satu badan.
Tanpa agama, akan hilanglah ikatan kasih sayang suami isteri kerana hubungan
biologi yang sudah hambar . Kalau tidak dididik dengan agama dan tidak ada
ikatan biologi yang kuat, ia akan menjarakkan pasangan tersebut. Semakin tua
semakin jauh. Kadang-kadang duduk serumah tetapi dua tiga hari tidak
berjumpa. Ada dan tidak ada sama sahaja. Tetapi kalau orang dididik dengan
agama tidak berlaku demikian. Itulah hikmahnya Tuhan tidak jadikan kedua-
duanya dari tanah. Ia dua perkara berbeza iaitu tanah dan tulang rusuk tetapi

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

satu nyawa dari tubuh badan Nabi Adam. Seolah-olah apa perasaan Adam itulah
perasaan Hawa. Kalau apa perasaan Hawa itulah perasaan Adam.
Pasangan suami isteri boleh bercerai kerana tidak ada agama. Ditambah pula
dengan berbagai perkara maksiat pula. Agamalah sebagai pengikat suami isteri.
Jika tidak ada agama seolah-olah hilang pengikat. Ikatan yang paling utuh ialah
tali Allah. Syariatlah yang akan menjadikan pasangan suami isteri sentiasa
dalam keadaan yang romantis dan harmoni serta mendapat keredhaan Allah di
dunia dan akhirat sekalipun sudah tua usia perkahwinannya . Inilah hikmah
kejadian Hawa yang berperanan sebagai peneman kepada Adam.Malah
sehingga ke hari ini pun kita melihat manusia lelaki dan perempuan itu saling
memerlukan dan begitulah seterusnya hingga ke hari kiamat.Na’uzubillah begitu
hebatnya Allah S.W.T yang sememangnya amat memahami kehendak manusia.

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

ADAM DAN HAWA DIPERINTAH TINGGAL


DALAM SYURGA

” Dan kami berkata; Wahai Adam tinggallah engkau dan isteri engkau
dalam syurga dan makanlah makanan-makanan yang terdapat pada nya
dengan mewah dan pilih apa saja yang engkau berdua inginkan dan
janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, kalau kamu berdua berbuat
demikian makan engkau berdua akan termasuk ke dalam golongan orang-
orang yang zalim” (QS al-Baqarah ayat 35)
Adam dan Hawa tinggal di syurga dengan segala kenikmatan. Namun,
Allah melarang mereka dari mendekati sejenis pokok sekali gus menegah
memakan buahnya. Mereka diberi amaran, jika melanggar larangan itu, mereka
termasuk golongan yang zalim dan akan mendapat balasan daripada Allah.
Lalu Kami berfirman : “Wahai Adam sesungguhnya ini (Iblis) adalah musuh
engkau dan musuh isteri engkau, maka sekali-kali jangan sampai ia (Iblis)
mengeluarkan engkau berdua dari syurga yang menyebabkan kamu akan
mendapat celaka (kehidupan engkau menjadi susah berbanding hidup di
syurga), sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya (syurga)
dan tidak akan bertelanjang (tidak memakai pakaian)”(QS Thaha ayat 117-
119)

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

ADAM DAN HAWA DIUSIR DARI SYURGA


Bagaimanapun, larangan itu tidak dipatuhi. Kemudian, semua pakaian
dan perhiasan di syurga yang dipakai mereka terlepas, dengan tiada satu pun
tertinggal, melainkan mahkota. Iblis telah berjaya memperdayakan Adam dan
Hawa dengan mengatakan bahawa ”Kalau engkau berdua dapat memakan
buah yang dilarang oleh Allah itu, kamu akan dapat hidup kekal dalam
syurga”. Adam dan Hawa pun terpengaruh dengan kata-kata Iblis itu serta
didorong oleh perasaan ingin terus hidup mewah dalam syurga, lalu mereka
memakan buah larangan Tuhan itu. Bermula disaat itu, mereka telah melanggar
perintah tuhan, setelah menyedari kesalahan tersebut, maka Adam telah
meminta keampunan dari Allah dan Allah telah memberi keampunan kepada
mereka berdua. (QS Taha ayat 120-121)

Sambil menangis, Adam menoleh kepada Hawa, lalu berkata: “Persiapkanlah


dirimu untuk keluar dari sisi Allah. Inilah permulaan munculnya maksiat.”
Hawa menjawab: “Wahai Adam! Aku tidak pernah menyangka ada makhluk
berani bersumpah palsu kepada Allah.”
Di syurga Adam sentiasa berlari kerana malu kepada Allah, sehingga Adam
mengira azab Allah dipercepatkan, lalu dia menundukkan kepala dan berkata:
“Ampun! Ampun.”
Lalu Allah berfirman: “Wahai Adam, adakah kamu melarikan diri dari-Ku?”
Adam menjawab: “Tidak, tetapi aku malu kepada Engkau wahai Tuhan!”
Kemudian Allah mewahyukan kepada dua malaikat, supaya mengeluarkan Adam
dan Hawa dari sisi-Nya, kerana telah menderhakai-Nya. Tanpa berlengah, Jibril

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

melepaskan mahkota di kepala Adam, manakala Mikail mencabut mahkota di


keningnya.
Selepas diturunkan dari tempat suci ke tempat yang penuh kelaparan, Adam
menangisi kesalahannya selama seratus tahun. Dia sentiasa menundukkan
kepala di atas kedua-dua lututnya, sehingga titisan air matanya membasahi
bumi, menumbuhkan rumput dan pokok.

Wahab bin Munabbih menceritakan, Nabi Adam berada dalam kemurkaan Allah
selama tujuh hari. Pada hari ketujuh Allah memanggilnya, kemudian memberikan
wahyu kepadanya: “Wahai Adam, kesedihan apakah yang Aku lihat
menimpamu hari ini? Bencana apakah menimpamu sehingga
menyebabkanmu hanyut?“
Adam berkata: “Sungguh besar musibah, wahai Tuhan. Aku diliputi
kesalahanku sendiri dan aku keluar dari kerajaan Tuhanku, sehingga aku
berada di tempat kehinaan, sebelumnya aku berada dalam kemuliaan.
“Aku berada di tempat celaka, sebelumnya aku dalam kebahagiaan. Aku
berada di tempat sukar, sebelumnya aku dalam kemewahan. Aku di tempat
bencana, sebelumnya aku dalam keselamatan.
“Aku sekarang berada di tempat yang akn musnah setelah berada dalam
ketenangan. Aku sekarang berada di tempat yang hancur setelah berada di
tempat kekal abadi dan aku sekarang berada di tempat yang penuh
penipuan setelah berada dalam keamanan. Tuhanku, tentu saja aku
menangisi kesalahanku? Bagaimana mungkin aku tidak meratapi diriku
sendiri?”
Allah berfirman kepada Adam: “Bukankah Aku telah memilihmu untuk
diri-Ku? Aku telah menghalalkan rumah-Ku untuk dirimu, Aku memilihmu
atas semua makhluk-Ku, Aku mengkhususkan keramat-Ku terhadap dirimu,
Aku mencurahkan kecintaan-Ku terhadap dirimu, Aku memberi peringatan
kepadamu akan kemurkaan-Ku?
Bukankah Aku menciptakanmu sendiri, Aku telah meniupkan nyawa ke
dalam tubuhmu, Aku memerintahkan malaikat supaya sujud dan bukankah

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

Aku menjadikanmu sebagai pendamping-Ku di syurga-Ku.


Kamu menggunakan keramat-Ku sekehendakmu sendiri, sehingga kamu
telah menderhakai perintah-Ku, kamu telah melupakan janji-Ku dan
mensia-siakan wasiat-Ku? Bagaimana sekarang kamu akan memungkiri
seksaan-Ku?
Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, seandainya bumi ini penuh dengan
orang seperti kamu, di mana (mereka) sentiasa bertasbih malam dan siang
tiada hentinya. Kemudian mereka menderhakai Aku. Aku akan memberikan
tempat kepada mereka seperti tempat orang yang derhaka.
Sesungguhnya Aku mengasihani kelemahanmu, mengangkatmu dari
kejatuhan,
menerima taubatmu, mendengar permohonanmu yang tulus dan Aku
mengampuni dosamu.”

Lalu disuruh-Nya Adam berkata: “Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci
Engkau ya Allah dengan segala puji-Mu, aku telah menganiaya diriku
sendiri dan aku melakukan kejahatan, terimalah taubatku. Sesungguhnya,
Engkau Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Pengasih.”
Kemudian Allah mengirimkan kepada Adam sebuah khemah dan diletakkannya
di tempat berdirinya Kaabah (sebelum Kaabah itu sendiri diciptakan).
Dibumi keturunannya akan hidup bermusuh-musuhan antara satu sama lain dan
Allah akan mengirimkan petunjuk (hidayah) kepada Adam suami isteri dan
kepada zuriat mereka, dan sesiapa yang menurut petunjuk itu maka ia tidak akan
sesat, menderita dan tidak akan merasa takut dan tidak akan berdukacita.
Dengan yang demikian, kekal lah manusia di bumi terus dan terus
membiak ke seluruh dunia.Peristiwa ini merupakan satu sejarah yang Adam
merupakan manusia pertama mengingkari perintah Allah S.W.T .
Sesungguhnya syaitan itu memang berdendam kepada manusia sehingga ke
hari akhirat sepertimana yang termaktub di dalam Al-Quran.

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

KEJADIAN MANUSIA SELEPAS ADAM DAN


HAWA.

Setelah turunnya Adam dan Hawa ke bumi lalu membiaklah zuriat


sehingga menjadi lautan manusia di bumi Allah S.W.T.
Mereka bermusuh musuhan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah.
Bagaimana pula kejadian manusia seterusnya setelah Adam diciptakan daripada
tanah dan Hawa pula diciptakan daripada tulang rusuk kiri Adam?
Manusia seterusna membiak melalui persenyawaan biologi yang mana Allah
telah menceritakan di dalam Al-Quran dan disampaikan kepada nabi Nya iaitu
Muhammad S.A.W.Baik, kita melihat satu- persatu proses kejadian manusia
yang disertai ayat-ayat daripada Al-Quran sebagai dalil-dalilnya.

ALAM RAHIM (Alam kandungan)

Marilah kita sama-sama perhatikan kebesaran ciptaan Allah, bagaimana


kejadian manusia pada Alam Ramim. Terdapat banyak ayat Al-Qur'an
berhubung dengan Alam Rahim yang difirmankan oleh Allah diantaranya seperti
berikut:-

Dalam surah Al-Mursalaat, juz keduapuluh sembilan, ayat 20 hingga 23


Allah Ta'ala berfirman.

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

Yang bermaksud: “Bukankah kami telah menciptakan kamu dari air (benih)
yang sedikit (hina) dipandang orang. Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada
tempat penetapan yang kukuh (rahim ibu). Serta Kami tentukan keadaanya,
maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan tiap-
tiap sesuatu. ”

Dalam surah Al-Mu'minun,juz kelapan belas ayat 12, 13 & 14, Allah Ta'ala
berfirman.

Yang bermaksud : “Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari


pati yang berasal dari tanah. (Pati yang berasal dari tanah, ialah pati
makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang tumbuh
di bumi).Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih (air mani), pada
tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu
menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi
seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa ketul
daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang,
kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna
kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya
(keadaannya yang asal serta ditiupkan roh padanya). Maka nyatalah
kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta. ”

Dalam surah Yaasin, juz keduapuluh tiga ayat 77, Allah Ta'ala berfirman:

Yang bermaksud: “Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa


Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah
Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan
tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas
bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-
orang yang mati), ”

Dalam surah As-Sajdah, juz keduapuluh satu ayat 7, 8 & 9, Allah Ta'ala
berfirman. Yang bermaksud:

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

“Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara


yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani;
Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan
sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan
kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan
keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina
(air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan
kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia
mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya
kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur. ”

Dalam surah Al-Hajj ayat 5, Allah Ta'ala berfirman.

Yang bermaksud: “Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu
(Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi
bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau
dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran
(Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam). ”

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:
Secara marfuk Baginda s.a.w bersabda: Allah s.w.t mengutuskan Malaikat
ke dalam rahim. Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Ia masih berupa air mani.
Setelah beberapa ketika Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah
berupa darah beku. Begitu juga setelah berlalu empat puluh hari Malaikat
berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa seketul daging. Apabila Allah
s.w.t membuat keputusan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka
Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Orang ini akan diciptakan lelaki atau
perempuan? Celaka atau bahagia? Bagaimana rezekinya? Serta bagaimana
pula ajalnya? Segala-galanya dicatit semasa dalam perut ibunya lagi
Dengan ayat-ayat dan hadis diatas yakinlah Allah itu Maha Pencipta

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

  Lazimnya, sesudah memikirkan segala kejadian alam semesta dan


keagungan Allah yang menciptakannya, akhirnya kita akan kembali
memikirkan kejadian diri kita sendiri. Kita tercipta daripada ibu bapa kita dan
sekiranya ibu bapa tiada atau salah seorangnya tiada, tentu sahaja kita tidak
mungkin dilahirkan ke dunia ini.

            Cuba kita renung dan fikirkan, bagaimana kiranya kita tidak ada, tidak
pernah ada, tidak tertulis di Loh Mahfuz atau tidak pernah dilahirkan ke dunia.
Jika tidak mencipta kita sudah pasti kita tidak ada. Jika kita tidak ada, sudah
tentu kita tidak mengetahui adanya alam semesta yang luas ini. Tentu kita
tidak kenal matahari dan bulan, tidak kenal manisnya gula, lazatnya makanan
dan hidangan. Kita juga tentunya tidak dapat merasakan indahnya rasa kasih
sayang, cinta dan tentunya saat-saat bahagia tidak mungkin kita rasai.

            Syukur, alhamdulillah, kini kita telah ada dan wujud. Kita sudah dapat
menyaksikan keindahan alam maya, dapat melihat pelbagai warna dan
pemandangan, melihat sang suria, bulan dan bintang-bintang yang
menghiasai segala ruang angkasa. Kita sudah dapat menikmati pelbagai
makanan dan hidangan yang lazat dan enak. Kita juga telah dapat merasai
betapa indahnya belaian kasih sayang, cinta dan saat-saat kebahagiaan.
Seterusnya kita dapat mengenali siapa pencipta kepada semuanya ini
termasuk alam yang maha luas ini. Lalu kita dapat menikmati kasih dan
sayang-Nya serta bernaung di bawah lindungan dan rahmat-Nya. Inilah
sebenarnya nikmat terbesar yang telah Allah kurniakan kepada kita. Kita
seharusnya menggandakan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada
Allah kerana bukan sahaja telah menjadikan kita, bahkan telah memilih kita
menjadi umat-nya yang beriman dan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya.
Sehingga kita dapat mengenali Pencipta kepada alam semesta ini yang begitu
indah dan teliti sekali.

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

PERINGKAT DI ALAM RAHIM

PERINGKAT SATU

     NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau


minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2

       " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air
mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan
larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

       Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang
sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan
sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj
yang bererti percampuran.

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah


sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan
air mani perempuan.Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota
yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan
perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti ,
manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

             

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

A- Sperma                                 B-Sperma menembusi ovum

 PERINGKAT KEDUA

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama /


hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan
tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah
menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

                                                 al-Mukminun : 14

        Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah.
Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu
benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai
beberapa maksud :

 sesuatu yang bergantung atau melekat


 pacat atau lintah
 suatu buku atau ketulan darah

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga
did alam rahim.

 PERINGKAT KETIGA

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat.


Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-
Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

al-Mukminun : 14

  Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga


dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah
terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran
darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan
seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi
membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh
minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

PERINGKAT KEEMPAT

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh
ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot.
Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka
tersebut.

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya


Kami membalutkan Izam dengan daging"

al-Mukminun : 14

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang


kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang
belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran
pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu
juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing
dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula
tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu
kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

       

   Janin pada usia 12 minggu

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

PERINGKAT KELIMA

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu


kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi
embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang
janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh.
Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan
baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua
anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi 
perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

Janin mendapat makanan melalui uri

 PERINGKAT KE ENAM

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan


bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya
sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan
selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai
kehidupan manusia telah pun bermula sejak di alam rahim lagi.

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

Ketika di alam rahim perkembangan manusia bukanlah proses


perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan
dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh
Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad
saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi
Allah s.w.t

                         

                                                      

2
KEJADIAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI 2010

RUJUKAN

1.Oleh K.H. Bahaudin Mudhary, almarhum (1920 –1979).


2.(Rujukan Utama: Tafsir Quran Karim by Prof. H. Mahmud Yunus 30 Juzuk)
3.©The New Straits Times Press (M) Berhad
4.kawansejati.ee.itb.ac.id
5.(Rujukan Utama: Tafsir Quran Karim by Prof. H. Mahmud Yunus 30 Juzuk)
6. permai1.tripod.com
7.hotarticle.org/tujuan-penciptaan-manusia

You might also like