You are on page 1of 2

Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak amat penting dalam

membentuk masyarakat yang cemerlang

Sebagaimana kita sedia maklum, anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus
yang perludiwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkannya. Sebagai anak yang menjadi
harapan ibu bapa, kita harus sedarbahawa segala perbuatan positif dan negatif akan
mencerminkan imej keluarga. Sejak kecil, kita dibesarkan bagaimenatang minyak yang penuh
oleh orang tua kita. Setiap belaian kasih dan sayang yang diberikan kepada kitapenuh dengan
harapan masa depan. Malangnya, masalah sosial dan kadar jenayah bagai bisul menjadi
nanah dalammasyarakat pada zaman yang penuh dengan cabaran. Saya berpendapat bahawa
ibu bapa memainkan perananpenting dalam pembentukan disiplin anak-anak.
Jika dibandingkan antara ibu bapa dahulukala dengan ibu bapa zaman globalisasi ini,
kita dapat mengetahuibahawa anak-anak dulu lebih kerap dipukul. Sejak kempen antidera
diperluas, ibu bapa mula menjauhkan dirimereka dengan rotan. Daripada perspektif orang
tua-tua, setiap sebatan dan hukuman yang diterima dapat memberitamparan insaf kepada diri
anak-anak yang melakukan kesalahan. Namun, saya percaya bahawa ibu bapa perlutegas dan
mendisiplinkan anak-anak sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Denganpendisiplinan yang kukuh dan ketegasan yang bertempat, anak-anak akan berfikir dua
kali sebelum melakukan kesalahan.
Selain ketegasan dan pendisiplinan, pendidikan formal perlu disalurkan oleh ibu bapa
demi mematangkanfikiran anak-anak. Dengan pendidikan yang diterima, akal dan perasaan
ingin memberontak dalam kalangan anakdapat diatasi. Hal ini demikian kerana anak-anak
dikawal ketat dari segi peraturan sekolah. Dengan peraturansekolah yang efektif dan jadual
pelajaran yang ketat, nescaya anak-anak tidak akan mempunyai masa yang terluanguntuk
melakukan perkara yang membelakangkan undang-undang. Pendidikan formal yang efektif
dapat menjaditulang belakang pendirian teguh anak-anak dalam mendisiplinkan diri agar
tidak melakukan perbuatan yangmenconteng arang di muka ibu bapa.
Ajaran agama dan moral merupakan elemen yang maslahat dalam memperkukuh
keimanan diri anak-anakdemi mengekang hati dan perasaan yang ingin melanggar tatasusila.
Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalambelukar, melepaskan pucuk masing-masing
kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan dalam masyarakat.Mereka alpa dengan
tanggungjawab keibubapaan yang asas, yakni mendidik anak-anak dengan ajaran agama
danmoral. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah menerangkan kepentingan menjaga moral dan
tingkah laku yang murnidemi mengukuhkan sahsiah diri. Dengan saluran yang betul dan
tepat, anak-anak dapat didisiplinkan dan dibentukmenjadi modal insan yang berketerampilan
dan berkewibawaan.
Mengikut Doktor Fazilah Kamsar, pakar motivasi yang terbilang, anak-anak akan
menjadi berdisiplin jikakita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan.
Hal ini demikian kerana nasihat yang bernasdaripada ibu bapa lebih berkesan daripada jeritan
marah yang membuang masa dan tenaga. Anak-anak perluditerangkan kesannya jika mereka
merokok atau akibat daripada perbuatan ketidakjujuran mereka. Langkah inipenting agar akal
anak-anak yang waras dapat dibentuk untuk membuat keputusan yang baik supaya tidak
menyesalatas perbuatan diri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Langkah ini amat penting agaranak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi sekali gus
pencorakan disiplin diri mereka terbentuk secara semula jadi.
Di samping itu, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak
mereka. Oleh sebabbagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperanan penting
mempamerkan disiplin yang tinggi di depananak-anak. Tamsilannya, ibu bapa haruslah
membuang sampah di tong sampah dan menjaga kelakuan diri dikhalayak ramai agar
dicontohi oleh anak-anak mereka. Anak-anak yang mencontohi sikap positif ibu bapa
pastitidak akan membuat perkara yang menyalahi peraturan. Oleh hal yang demikian, ibu
bapa mestilah menjauhi sikapketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri
berjalan senget.
Kesimpulannya, pencorakan disiplin anak-anak dari rumah, yakni daripada
komitmen ibu bapa amatberkesan. Ibu bapa harus menyedari hakikat bahawa masa depan
anak-anak juga ditentukan oleh ajaran dan teguranmembina daripada mereka. Anak-anak
yang berdisiplin dapat meyakinkan ibu bapa dengan kejayaan akademik dankokurikulum
sekali gus menjadi warga yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Oleh hal yang demikian,
sayaberharap ibu bapa menginsafi tanggungjawab mereka dalam pembentukan disiplin anak-
anak agar tidak menyesalselepas anak-anak terjerumus dalam kancah kebejatan sosial.
Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekangdaripada menjadi duri dalam daging
masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untukmenggapai impian
Wawasan 2020

You might also like