You are on page 1of 23

MENGENAL AHLI SUNNAH WAL

JAMAAH

DISUSUN OLEH

HAJI ABDUL HAMID @ YUSOFF BIN YUNUS


Pakar Rujuk Aqidah JAKIM
Tahun 1426 H/2005 M

1
MENGENAL AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

KANDUNGAN

1. Tujuan

2. Maksud Ahli Sunnah Wal Jamaah

3. Kenapa selain dari Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak diterima

4. Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah

5. Dasar-dasar (Da'aim) Ahli Sunnah

6. Asas-asas Metodologi Ahli Sunnah

7. Prinsip-prinsip (Mabadi') yang disepakati Ahli Sunnah Wal


Jamaah

8. Dasar-dasar Yang Disepakati Kesesatannya Secara Ijma’

9. Penutup

Sumber Rujukan

2
‫ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﯿﻢ‬
‫ﻧﺤﻤﺪه وﻧﺼﻠﻰ ﻋﻠﻰ رﺳﻮﻟﮫ اﻟﻜﺮﯾﻢ‬

MENGENAL AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

1. TUJUAN

Kertas ini disediakan adalah untuk dijadikan bahan bacaan


pengenalan kepada masyarakat dan para penggemar akidah
yang jelas daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah agar dapat
dijadikan panduan dan rujukan mudah bagi mereka.

Kertas ini sengaja disusun dengan secara ringkas yang diambil


dari beberapa buah buku bacaan yang sempat dibaca, mudah-
mudahan menjadi bekalan di hari akhirat kelak.

2. MAKSUD AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

2.1 Kalimah Ahli Sunnah Wal Jamaah terdiri daripada kalimah-


kalimah ahli sunnah dan jamaah yang membawa erti
mereka yang mengikuti pegangan Nabi ataupun jalan
hidup Nabi s.a.w. dan jamaah para sahabat terutama sekali
para khulafa al-Rasyidin yang dididik oleh Baginda s.a.w.

Konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah itu adalah suatu


pegangan yang pengistilahannya walaupun timbul
kemudian tetapi ia adalah berakar umbi dari Rasulullah
s.a.w. sendiri.

2.2 Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah meliputi ajaran-ajaran


Islam mengenai akidah, syariah dan akhlak yang dibawa
sejak Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat yang telah
disusun secara bersistem oleh ulama kemudian dan
dipertahankan di dalam ajaran itu oleh dua tokoh iaitu
Syeikh Abu Hassan al-Asyari (260-324H) dan Imam Abu
Mansor AI-Maturidi (W333H). Kemudiannya disebarkan
oleh ulama terkemudian seperti Imam Abu Bakar al-
Qaffal (W41 1 H), Imam Hafiz al-Baihaqi (W455H), Imam
al-Haromain al-Juwain (W460H), Imam al-Qhusairi
(W465H), Imam al-Baqillani (W403H), Imam al-Ghazali
(W505H), al-Fakhrol Razi (W606H), Sheikh Abdullah
al-Sharqawi (W1277H), Sheikh Ibrahim al-Banjari
(W1272H), Sheikh Nawawi al-Bentani (W1315H) dan
lain-lain lagi.

3. KENAPA SELAIN DARIPADA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


TIDAK DITERIMA

3.1 Rasulullah s.a.w. bersabda seperti yang diriwayatkan dalam


hadis At-Tirmidzi yang bermaksud:

3
“Dan umatku akan menjadi 73 golongan (millah), semua
mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (yang
tidak masuk neraka). Para sahabat bertanya: (siapakah
mereka dalam) millah yang satu itu wahai Rasulullah?
Sabda Baginda (mereka itu adalah golongan yang
mengikuti) perjalanan hidupku dan para sahabatku”.

(lihat Syeikh Mohamad ldris al-Marbawi, Bahrul-Mazi,


juzuk: 17, muka surat: 210)

3.2 Berdasarkan hadis ini para ulama membuat kesimpulan


bahawa maksud mereka yang mengikuti sunnah Rasul dan
para sahabat ialah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah
kerana pegangan hidup beragama yang dibawa oleh
golongan Ahli Sunnah menepati sepertimana yang dibawa
oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para
sahabat dan golongan inilah yang dikenali sebagai
golongan yang selamat, perjalanan mereka benar-benar
terjamin dan juga dikenali dengan perjalanan yang putih,
terang benderang, tidak ada kekeliruan di dalamnya.
Sementara 72 golongan yang lain adalah tergolong di
dalam golongan mereka yang keliru dan menyeleweng.
Mereka mempunyai kecenderungan yang tidak baik yang
memungkinkan diri mereka ke arah kebinasaan. Antara 72
golongan itu ialah:

Golongan

Syiah 22 aliran
Khawarij 20 aliran
Muktazilah 20 aliran
Murji'ah 5 aliran
Najariah 3 aliran
Jabariyah 1 aliran
Mushabihah 1 aliran
-------------------------------------------------------------------------------
JUMLAH 72 aliran
-------------------------------------------------------------------------------

Hal ini tersebut di dalam Kitab Bughyatul Mustarsyidin,


karangan Mufti Syeikh Syed Abd. Rahman b. Mohamad b.
Hussin b. Omar yang masyhur dengan gelaran Ba'Alu,
halaman 398, cetakan Mathba'ah Amin Abd. Majid, Kahirah
1381 H.

3.3 Menurut Imam Abdul Qahir al-Baghdadi menyatakan kita


tidak dapat menemui kumpulan-kumpulan yang mengikuti
para sahabat selain daripada golongan Ahli Sunnah Wal
Jamaah, sedangkan kumpulan-kumpulan Rafidhah,

4
Qadariyah, Khawarij, Jahmiyah, Najariah dan sebagainya
tidak termasuk dalam golongan ini.

Sebagai contoh, kita ambil kumpulan Qadariyah, mereka


tidak boleh dimasukkan ke dalam golongan yang mengikuti
para sahabat kerana ketua mereka iaitu Al-Nadham
mencerca kebanyakan sahabat, memfasik iaitu
mengugurkan sifat A'dalah Abdullah Ibnu Mas'ud dan
menuduh beliau sebagai sesat kerana meriwayatkan
beberapa hadis yang tertentu. Al-Nadham menolak
fatwa-fatwa Saidina Umar, Ali, Uthman dalam
perkara-perkara yang tertentu dan menuduh Abu Hurairah
sebagai pembohong kerana beliau banyak meriwayatkan
hadis-hadis daripada Rasulullah s.a.w. yang bertentangan
dengan mazhab Qadariyah. Di samping itu Al-Nadham
juga menolak ijmak sahabat, sementara pemimpin mereka
yang bernama Wasil b. ‘Ataa’, meragui sifat A’dalah, Ali
dan dua puteranya Hasan dan Husain, Abu Abbas dan
semua sahabat yang menyertai peperangan Jamal
daripada kedua-dua pihak.

3.4 Kumpulan Khawarij mengkafirkan Ali dan dua puteranya,


Abu Ayub Al-Ansari, Uthman, Talhah dan AI-Zubir.
Golongan pelampau Zaidiyah dan Jarudiyah pula
mengkafirkan Abu Bakar, Umar, Uthman dan kebanyakan
sahabat-sahabat yang lain.

3.5 Golongan Syiah Imamiah menganggap kebanyakan


sahabat menjadi murtad selepas kewafatan Nabi s.a.w.
kecuali Ali, 2 orang puteranya dan kira-kira 13 orang
sahabat yang lain.

3.6 Keseluruhan kumpulan-kumpulan Rafidhah, Khawarij,


Qadariyah, Jahmiyah, Najariyah, Bakriyah dan Dzarawiyah
tidak menerima sebarang hadis yang diriwayatkan oleh
para sahabat mengenai hukum syarak kerana kumpulan-
kumpulan ini mengkafirkan para sahabat yang
meriwayatkan hadis-hadis itu di samping mengkafirkan
para fuqaha' yang mengikut para sahabat. Oleh kerana itu
tidak terdapat dalam golongan-golongan Khawarij,
Jahmiyah, Qadariyah dan sebagainya seorang imam pun
dalam bidang ilmu feqah, hadis bahasa dan nahu, dakwah
dan tafsir, malah yang menjadi imam-imam dalam bidang
pengajian ini ialah guru-guru dari golongan Ahli Sunnah
Wal Jamaah.

4. GOLONGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

4.1 Antara mereka yang termasuk dalam golongan Ahli


Sunnah Wal Jamaah mengikut jalan agama Allah yang
betul dan lurus, golongan yang selamat daripada neraka
selain daripada 72 golongan yang diterangkan oleh

5
Rasulullah s.a.w sepertimana yang dicatatkan oleh Imam
Abdul Qahir al-Baghdadi (W299H/1037M) dalam kitabnya
al-Farq Bain al-Firaq, mereka itu terdiri daripada lapan
golongan tokoh-tokoh ulama berikut:

(1) Mempunyai ilmu pengetahuan mendalam dalam


bidang kajian Tauhid, hal-hal kenabian, tentang
janji-janji Allah iaitu percaya nikmat dan agama,
mengenai pahala dan seksa, mengenal
syarat-syarat ijtihad dan kepimpinan ummah di
mana mereka berlandaskan kajian para ahli al-Kalam
yang bebas daripada konsep Tasybih (menyamakan
Allah dengan makhluk), konsep ta'til (menafikan
kewujudan sifat-sifat Allah) dan daripada
pandangan-pandangan bid'ah kumpulan Rafidhah,
Khawarij, Jahmiyah, Najariyah dan seluruh kumpulan
pengikut-pengikut hawa nafsu yang sesat.

(2) Berpegang dengan konsep Usuluddin mengikut


mazhab yang mensabitkan sifat-sifat Allah SWT
yang azali dan menolak kefahaman Qadariyah,
kefahaman muktazilah. Mereka mensabitkan
rukyah Allah di hari akhirat dengan penglihatan
mata, mensabitkan pengumpulan manusia dari
kubur pada hari kiamat, membenarkan adanya
soalan kubur, adanya haudh, adanya sirat, adanya
syafaat, adanya pengampunan segala dosa selain
syirik, mereka percaya kepada kekalnya nikmat
syurga kepada para penghuninya dan percaya
kekalnya azab neraka kepada orang kafir, mereka
akui khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali,
mereka menyanjung tinggi golongan,solafussaleh,
mereka mewajibkan sembahyang Jumaat dan
pegangan imam-imamnya tidak mengikut kumpulan-
kumpulan yang mengikuti hawa nafsu yang sesat.
Mereka mewajibkan istinbat hukum-hukum syarak
dari sumber seperti al-Quran, sunnah dan ijmak para
sahabat, mereka mengharuskan sapu di atas dua
khuf dan berpendapat gugurnya talak tiga. Mereka
mengharamkan kahwin mut'ah dan mewajibkan
taat kepada sultan kecuali dalam perkara maksiat.
Termasuk dalam golongan ini ialah para sahabat
imam Malek, sahabat imam Shafie, al-Auzai,
al-Thauri, Abu Hanifah, Ibn Abi Laila, Abu Thur, para
sahabat imam Ahmad bin Hambal, para fuqaha'ahli
zahir dan seluruh fuqaha' yang lain yang
mensabitkan sifat-sifat Allah di dalam kajian-kajian
aqliyah dan tidak mencampuradukkan kajian-kajian
fiqhiyah mereka dengan bid'ah kumpulan yang ikut
hawa nafsu yang sesat.

(3) Mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam


mengenai saluran-saluran hadis dan sunnah yang

6
dipindahkan daripada Nabi s.a.w. dan dapat
membezakan di antara hadis yang sahih dan hadis-
hadis yang berpenyakit di samping mengetahui
sebab-sebab al-Jarh Wa al-Ta’dil dan mereka tidak
mencampuradukkan ilmu mereka dengan bid'ah-
bid'ah kumpulan yang mengikut hawa nafsu yang
sesat.

(4) Mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang


kajian sastera, nahu dan saraf mengikut aliran
tokoh-tokoh bahasa seperti al-Khalil, Abu Amru Ibn
Al-‘Ala', Sibawih, al-Farra', al-Akhfasy, al-Ismui, al-
Mazani, Abu Ubaid dan semua tokoh-tokoh ulama
nahu daripada ulama-ulama Kufah dan Basrah yang
tidak mencampuradukkan ilmu mereka dengan
pendapat-pendapat bid'ah dari kumpulan Qadariyyah
atau Rafidhah dan Khawarij.

(5) Mempunyai ilmu mendalam dalam bidang Qira’at


iaitu wajah-wajah bacaan al-Ouran dan mendalami
bidang tafsiran dan takwilan al-Quran mengikut
mazhab-mazhab Ahli Sunnah bukan mengikut
takwilan kumpulan orang-orang yang mengikut hawa
nafsu yang sesat.

(6) Mempunyai sifat zahid sufi yang dikurniakan


pandangan yang murni dan mengambil iktibar dari
ujian-ujian Allah, bersifat redha dengan taqdir dan
qana’ah dengan kurniaan Allah SWT, mereka tahu
bahawa pendengaran, penglihatan dan hati
semuanya akan dipersoalkan tentang kebaikan dan
keburukan yang dikerjakan, bermuhasabah atas
berat ringan sesuatu amalan lalu bersedia dengan
sebaiknya untuk hari akhirat, yang bercakap
mengikut cara ulama-ulama hadis, bukan mengikut
orang lalai dalam ucapan, yang melakukan kebaikan
bukan kerana riak dan meninggalkan keburukan
bukan kerana malu, berpegang dengan tauhid dan
menolak konsep Tasybih (menyama Allah dengan
makhluk ) dan sentiasa berserah dan bertawakal
kepada Allah SWT.

(7) Mujahidin yang mengawal kubu-kubu kaum muslimin


untuk menentang orang-orang kafir dan memerangi
musuh-musuh kaum muslimin, mempertahankan
keselamatan kaum wanita dan kampung halaman
kaum muslimin dan mengamalkan mazhab ahli
sunnah dalam perkubuan mereka.

(8) Mengamalkan syiar-syiar ahli sunnah, bukan yang


mengamalkan syiar kumpulan yang mengikut hawa
nafsu yang sesat dan mengikut iktikad dan
amalan-amalan bid'ah.

7
(Lihat al-Farqu Bain al-Firaq, bab 5., haL 299 dan
seterusnya, bandingkan dalam Majalah Pengasuh bil.
535, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan, Kota Bharu, hal. 28).

5. DASAR-DASAR AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

5.1 Menurut Imam Abdul Qahir Al-Baghdadi (w.299H), bahawa


ulama daripada kumpulah ahli sunnah telah menggariskan
dasar-dasar yang menjadi kata sepakat mereka dalam
akidah sebanyak 15 dasar:

(1) Mengisbatkan Hakikat-hakikat Dan Ilmu

Menurut mereka hakikat-hakikat dan ilmu itu


merupakan konsep-konsep yang wujud dalam
tanggapan para ulama, mereka membahagikan ilmu
itu kepada 3 bahagian:

a. Ilmu-ilmu Badihi iaitu ilmu yang dicapai secara


tersendiri tanpa difikirkan.

b. Ilmu-ilmu Hissi iaitu ilmu yang diperolehi melalui


lima pancaindera.

c. Ilmu lstidlali iaitu ilmu-ilmu yang dicapai melalui


proses mengambil dalil dengan menggunakan akal.

Jadi sesiapa yang menolak ilmu yang pertama dan kedua maka
ia adalah orang yang degil, tetapi kalau menolak ilmu ketiga
maka perlu dilihat dulu, jika tolak dan ingkar, sedangkan ilmu
itu boleh diterima oleh akal secara langsung maka ia adalah
kafir mulhid, hukumnya seperti Dahri iaitu yang mengisbat
kekal wujud alam dan menafikan ada penciptanya, tetapi jika
berfahaman kepada akal dalam perkara-perkara yang boleh
difahami dengan akal, tetapi tidak menerima qiyas dalam
masalah furu' hukum syarak seperti ahli Mazhab Zahiriyah,
maka ia tidak kafir.

Mereka membahagikan pula kumpulan hadis yang wajib


diamalkan kepada 3 jenis:

a. Hadis-hadis Mutawatir

b. Hadia-hadis Ahad

c. Hadis Pertengahan di antara hadis Mutawatir dan hadis


Ahad

Oleh kerana hadis-hadis mutawatir diriwayatkan melalui


saluran-saluran yang banyak, yang mustahil diadakan secara

8
dusta, maka ia wajib dianggap benar. Adapun hadis-hadis
Ahad diriwayatkan jika sanad-sanad betul dan isi
kandungannya tidak mustahil mengikut tanggapan aqliyah,
maka ia wajib diamalkan dan dengan kumpulan hadis-hadis
Ahad inilah para fuqaha Ahli Sunnah Wal Jamaah
menghasilkan kebanyakan cabang-cabang hukum syarak
mengenai cara-cara ibadat , muamalah dan halal haramnya
sesuatu perkara. Mereka memandang kumpulan Rafidhah,
Khawarij dan kumpulan yang berpedomankan hawa nafsu
sebagai kumpulan-kumpulan sesat kerana mereka tidak
mewajibkan beramal dengan hadis-hadis Ahad, sementara
hadis-hadis pertengahan atau mustafidh iaitu hadis yang
diriwayatkan melalui lebih daripada satu saluran tetapi tidak
sebanyak saluran-saluran hadis mutawatir, maka hadis-hadis
itu berkongsi dengan hadis-hadis mutawatir, dari segi ia
mensabitkan ilmu dan mewajibkan beramal dengannya. Tetapi
mutu ilmu yang dihasilkan oleh hadis-hadis ini berlainan
daripada mutu yang dihasil oleh hadis muntawatir kerana ilmu-
ilmu yang dihasilkan daripada hadis pertengahan itu
merupakan ilmu secara nazari tetapi ilmu yang dihasilkan dari
hadis muntawatir merupakan ilmu secara dharuri. Kumpulan
hadis-hadis pertengahan ini kita dapat mengetahui berbagai-
bagai mukjizat Rasulullah s.a.w. seperti bulan terbelah dua,
anak batu bertasbih di dalarn tangannya dan sebagainya, juga
mengetahui perkara-perkara syafaat, hisab, haudh, sirat,
neraca amalan, azab kubur, soal dua malaikat dalam kubur,
nisab-nisab zakat, hukum hudud dalam kesalahan minum arak,
hukum rejam dan sebagainya. Mereka menghukumkan
kumpulan yang engkar perkara-perkara ini sebagai sesat.
Bahkan mengkafirkan golongan yang ingkarkan rukyah Allah,
adanya haudh,syafaat nabi ada azab kubur.

Ahli Sunnah Wal Jarnaah telah ijmak bahawa sumber-sumber


hukum syarak iaitu al-Quran, al-sunnah dan ijmak al-salaf,
oleh kerana itu mereka telah mengkafirkan kumpulan-kumpulan
yang mempertikaikan sumber-sumber tersebut seperti
Rawafidh, Khawarij dan al-Nadzdzam.

(2) Dasar mengiktikadkan bahawa alam ini baru

Ahli Sunnah telah ijmak bahawa alam ini adalah segala


sesuatu yang lain daripada Allah dan lain daripada
sifatnya yang azali adalah makhluk dan pencipta alam ini
bukanlah makhluk dan bukan pula daripada jenis alam
yang dijadikan. Mereka telah ijmak bahawa juzuk-juzuk
alam ini ada dua bahagian iaitu jauhar-jauhar dan aradh.
Mereka mempercayai makhluk-makhluk malaikat, jin dan
syaitan selaku makhluk alam yang hidup. Mereka telah
mengkafirkan ahli falsafah dan penganut-penganut
Batiniah yang mengengkarkan makhluk-makhluk
tersebut.

9
(3) Dasar mempercayai bahawa segala kejadian ada
penciptanya dan pencipta alam ialah pencipta segala
jisim dan segala ‘aradh.

Mereka mengkafirkan Ma'mar dan pengikut-pengikutnya


dari Qadariyyah kerana mereka berpendapat bahawa
Allah hanya mencipta jisim sahaja dan tidak mencipta
‘aradh dan yang mencipta ‘aradh menurut mereka adalah
jisim itu sendiri.

Menurut Ahli Sunnah, kejadian yang belum lagi


dilahirkan ke alam wujud belum merupakan sesuatu
apa, ia ticlak berupa bahan, tidak pula berupa jisim dan
tidak pula berupa ‘aradh. Ini bertentangan dengan
pendapat Qadariyah yang mendakwa bahawa kejadian
yang belum wujud adalah berupa sesuatu, juga
bertentangan dengan penganut Qadariyah di Basrah
yang menyatakan bahawa segala jisim dan segala
‘aradh yang belum wujud itu adalah berupa jisim dan
‘aradh. Pendapat-pendapat ini membawa kesimpulan
bahawa alam ini adalah qadim dan mana-mana
kesimpulan yang membawa kepada kekafiran adalah
kafir.

Ahli Sunnah Wal Jamaah telah ijmak bahawa Allah


tidak mengandungi tempat dan tidak pula dilalui
zaman. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulan-
kumpulan Syihamiyah dan Karamiyah yang menyatakan
bahawa Allah bersentuh dengan ‘arasy. Dalam hal ini
Saidina Ali r.a. berkata:

Allah telah menciptakan arash untuk mendzahirkan


kudratNya bukan untuk menjadi tempat baginya.

Beliau berkata lagi:


“Bahawa Allah Taala telah wujud tanpa bertempat dan
begitulah keadaan yang wujud sehingga sekarang”.

(4) Dasar mengiktikadkan bahawa sifat-sifat ilmu, kudrat,


hayat, mendengar, melihat dan kalam ini merupakan
sifat-sifat azali dan ciri-ciri abadi Allah S.W.T. Dasar
ini bertentangan dengan pendapat kumpulan Muktazilah
yang menafikan sifat-sifat itu daripada Allah. Pendapat ini
telah dijawab oleh ahli sunnah bahawa penafian terhadap
mausuf (yakni Allah).

Ahli Sunnah juga ijmak bahawa kalam Allah merupakan


sifat azali bagi Allah, dan bukan bersifat makhluk dan
baru. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulan
Muktazilah yang mendakwa kalam Allah adalah makhluk
dan baru.

10
(5) Dasar yang menetapkan bahawa nama-nama Allah
adalah diambil dari al-Qur’an atau dari sunnah yang
sahih atau dari ijmak al-ummah dan tidak boleh
ditentukan dengan qias, mengikut keterangan hadis
yang sahih berkenaan nama Allah sebanyak 99. Ini
bertentangan dengan pendapat kumpulan Muktazilah di
Basrah yang mengharuskan penentuan nama-nama Allah
dengan qias.

(6) Dasar yang mengiktikadkan bahawa Allah Taala


adalah pencipta segala jisim dan segala ‘aradh dan
Dialah yang mencipta segala perbuatan manusia dan
tiada pencipta yang lain daripada Allah. Dasar ini
bertentangan dengan pendapat kumpulan Qadariyah
yang menyatakan bahawa Allah tidak menciptakan
sebarang perbuatan manusia malah merekalah yang
menciptakan perbuatan manusia, juga bertentangan
dengan pendapat kumpulan Jahmiyah yang mendakwa
bahawa manusia tidak berkuasa mencipta perbuatan
mereka.

Sesiapa yang mendakwa bahawa manusia berkuasa


menciptakan perbuatan, maka ia adalah pengikut
Qadariyah yang mempersekutukan Allah, sebaliknya
sesiapa yang mendakwa bahawa manusia tidak berkuasa
menciptakan perbuatannya maka ia adalah seorang
pengikut kumpulan Jabariyah, dan sesiapa yang
berpendapat bahawa manusia mengusahakan
perbuatannya dan Allah menciptakan maka ia adalah
seorang pengikut ahli sunnah.

Ahli Sunnah telah ijmak bahawa manusia boleh


mengusahakan gerak diam, kehendak dan kemahuan,
bercakap, berfikir dan sebagainya dari aradh yang telah
disebutkan itu.

Dari segi hidayah daripada Allah menurut ahli sunnah


boleh dicapai melalui dua cara.

i) Melalui penerangan, dakwah dan penampilan dalil-


dalil. Hidayah dengan cara ini boleh disandarkan
kepada para Rasul dan kepada para pendakwah
kerana merekalah yang berusaha menunjukkan
manusia ke jalan Allah dan inilah maksud firman
Allah yang ditujukan kepada Rasulullah S.A.W.
dalam ayat 52 surah al-Syura :

11
Maksudnya: “Dan demikianlah Kami wahikan kepada
mu (wahai Muhammad) – AI-Qur’an sebagai roh (yang
menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau
tidak pernah mengetahui (sebelumnya diwahikan
kepadamu): apakah Kitab (AI-Qur’an) itu dan tidak
juga mengetahul apakah iman itu; akan tetapi Kami
jadikan AI-Qur’an: cahaya yang menerangi, Kami beri
pertunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki
di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya
engkau (wahai Muhammad) adalah memberi
pertunjuk dengan AI-Qur’an itu ke jalan yang lurus”.

ii) Melalui limpah kurnia Allah yang menciptakan


hidayah di dalam hati manusia sebagaimana
diterangkan di dalam firman-Nya surah Al-An'aam,
ayat: 125 :

Maksudnya: “Maka sesiapa yang Allah kehendaki


untuk memberi hidayah pertunjuk kepadanya
nescaya la melapangkan dadanya (membuka hatinya)
untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah
kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya la
menjadikan dadanya sesak sempit sesempit -
sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke
langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah
menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak
beriman.

Hidayah jenis pertama terbuka kepada sebahagian orang


mukallaf sedangkan hidayah jenis kedua merupakan hidayah
istimewa dari limpah kurnia Allah kepada orang-orang yang
dikehendaki-Nya menerima hidayah sebagaimana ditetapkan
dalam surah Yunus, ayat 25:

12
Maksudnya: “(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan
sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman
yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi pertunjuk
hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya
(menurut undang-undang peraturan-Nya) ke jalan yang
betul lurus (yang selamat itu)”.
Pendapat Ahli Sunnah mengenai ajal seseorang ialah setiap
orang yang mati secara tabie atau dibunuh bererti mati
mengikut ajal yang telah ditetapkan Allah kepadanya. Ini
bertentangan dengan pendapat kumpulan Qadariyah yang
menyatakan orang yang mati kerana dibunuh itu adalah
dipotong ajalnya.

Pendapat Ahli Sunnah mengenai rezeki ialah sesiapa yang


makan dan minum sesuatu maka bererti ia mengambil habuan
rezekinya samada apa yang dimakan dan diminum itu adalah
halal atau haram. Ini bertentangan dengan dakwaan kumpulan
Qadariyah yang menyatakan bahawa seseorang itu kadang-
kadang makan rezeki orang lain.

(7) Dasar yang mengiktikadkan bahawa para Rasul itu adalah


utusan daripada Allah kepada manusia. Perbezaan antara
Rasul dan Nabi ialah Nabi adalah seorang yang menerima
wahyu daripada Allah melalui Malaikat dan disokong dengan
sesuatu mukjizat yang ada mencarikkan adat, sedangkan
Rasul adalah seorang yang mempunyai sifat yang sama
dengan Nabi tetapi secara khusus ia ditugaskan membawa
suatu syariat yang baru iaitu ditugaskan membatalkan
setengah-setengah peraturan syariat yang telah diturunkan
sebelumnya. Bilangan para anbia sangat ramai, sedang
bilangan para Rasul adalah sebanyak 313 orang.

Rasul yang pertama adalah Adam dan Rasul yang terakhir


ialah Muhammad s.a.w. Ini bertentangan dengan pendapat
kumpulah Khamiyah yang menyatakan Rasul itu dibangkitkan
berturut tanpa akhir.

Ahli Sunnah mengiktikadkan bahawa Isa a.s. tidak mati


dibunuh malah beliau diangkat ke langit dan akan turun
semula ke bumi selepas keluarnya, dajal dan beliaulah yang
akan membunuh dajal dan babi, mencurahkan arak, mendirikan
solat dengan mengadap kiblat, menegakkan syariat
Muhammad s.a.w. dan menghidupkan apa yang dihidupkan
oleh al-Qur’an, mematikan apa yang dimatikan oleh al-Qur’an.

13
Menurut Ahli Sunnah, para anbia lebih tinggi darjatnya daripada
malaikat. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulan
Qadariyah yang melebihkan darjat malaikat daripada para
anbia.

8) Dasar yang mengiktikadkan bahawa Nabi itu mestilah


mempunyai suatu mukjizat yang membuktikan
kebenarannya. Apabila berlaku sesuatu mukjizat yang
membuktikan kebenarannya maka wajiblah kaumnya
mempercayai dan mematuhinya. Ini bertentangan dengan
dakwaan kumpulan Qadariyah yang menyatakan bahawa Nabi
tidak memerlukan mukjizat yang lebih daripada kelulusan
syariat yang betul yang dibawanya. Ahli Sunnah
mengharuskan berlakunya keramat kepada para wali
bertentangan dengan kumpulan Qadariyah yang mengengkari
berlaku kekeramatan para wali. Ahli Sunnah menyatakan
mukjizat al-Qur’an adalah pada susunannya, bertentangan
dengan Qadariyah.

(9) Dasar yang mengiktikadkan bahawa Islam dibina atas lima


rukun iaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat, zakat,
puasa dan haji. Mengikut Ahli Sunnah, sesiapa yang
menggugurkan kewujudan salah satu rukun Islam itu maka
dia menjadi kafir. Ahli Sunnah mewajibkan solat Jumaat dan
mengkafirkan kumpulan Khawarij dan Rafidhah yang
menyatakan bahawa solat Jumaat tidak diwajibkan sehingga
dzahir Imam ghaib yang ditunggu mereka. Menurut Ahli
Sunnah, bulan Ramdhan ditentukan dengan rukyah anak bulan
Ramadhan atau dengan genapnya 30 hari bulan Syaaban,
begitu juga bagi akhir bulan Ramadhan ditentukan dengan
rukyah anak bulah Syawal atau dengan genapnya 30 hari bulan
Ramadhan. Mereka mewajibkan jihad fi sabilillah untuk
menentang musuh Islam sehingga mereka memeluk Islam atau
membayar jizyah.

(10) Dasar membahagikan perintah dan larangan Allah kepada


lima hukum iaitu hukum wajib, haram, sunat, makruh dan
harus.

(11) Dasar yang mengiktikadkan bahawa Allah berkuasa


memusnahkan alam seluruhnya, juga berkuasa
memusnahkan sebahagian dan mengekalkan sebahagian
yang lain, juga mengatakan manusia dan seluruh binatang
yang telah mati akan dibangkitkan kembali pada hari
akhirat. Menurut Ahli Sunnah, nikmat syurga kekal kepada
penghuninya dan azab neraka adalah kekal kepada orang
musyrikin, munafiqin dan orang kafir.

(12) Dasar yang mengiktikadkan umat Islam wajib menegakkan


khalifah iaitu mengadakan pemerintahan, mengendalikan
urusan pengadilan dan pentadbiran, urusan pertahanan
negara, urusan peperangan, pembahagian harta rampasan

14
perang dan pemerintah itu hendaklah dilantik menerusi pilihan
dengan menggunakan ijtihad.

Menurut Ahli Sunnah, tidak ada satu nas pun daripada Nabi
s.a.w. yang menentukan seorang imam yang tertentu
sahaja. Ini bertentangan dengan dakwaan kumpulan Rafidhah
yang mendakwa bahawa Nabi s.a.w. telah menentukan Ali
sebagai imam al-ummah dengan nas yang sahih, sedangkan
tidak terdapat hadis-hadis seperti itu. Menurut Ahli Sunnah,
syarat Imam Mahdi adalah dari pada keturunan Quraisy, ini
bertentangan dengan kumpulan Dharawiyah bahawa jawatan
imam Mahdi itu adalah layak dipegang oleh mana-mana
bangsa samada Arab atau bukan Arab. Menurut Ahli Sunnah
syarat yang harus wujud kepada seseorang imam itu ialah
berilmu, adil dan berkebolehan dalam menjalankan siasah
dan imam itu hendaklah seorang sahaja di seluruh bumi
Islam kecuali ia dipisahkan oleh lautan dan kekuatan musuh
yang tidak dapat ditentang. Penduduk Islam di dua tempat itu
tidak dapat membantu antara satu sama lain. Apabila wujud
keadaan yang seperti ini maka setiap tempat dibolehkan
mengadakan pemerintahan masing-masing.

(13) Dasar yang menetapkan bahawa asas keimanan ialah


makrifah dan tasdik (kebenaran) di dalam hati dan nama
iman tidak terlucut dengan sebab dosa yang lain daripada
dosa kekafiran. Oleh itu sesiapa yang melakukan dosa
yang bukan dosa kekafiran, ia masih disifatkan sebagai
seorang mukmin, walaupun ia telah menjadi fasik disebabkan
maksiat yang dilakukannya. Ini bertentangan dengan dakwaan
kumpulan Qadariyah dan Khawarij bahawa nama mukmin
akan terlucut daripada sesiapa yang melakukan dosa.

Menurut Ahli Sunnah seorang mukmin tidak halal dibunuh


melainkan dengan sebab salah satu daripada tiga kesalahan
iaitu:

i) Murtad

ii) Berzina dalam keadaan mohsen

iii) Qisas kerana membunuh

Pandangan ini bertentangan dengan dakwaan kumpulan


Khawarij yang mengharuskan membunuh setiap orang yang
melakukan penderhakaan terhadap Allah.

(14) Dasar yang menetapkan bahawa para malaikat maksum


dari dosa dan 10 orang sahabat Nabi s.a.w. telah
ditetapkan Allah akan dimasukkan ke dalam syurga iaitu
khalifah yang empat, Talhah, Zubir, Saad b. Abi Waqas,
Said b. Zaid, Abdul Rahmah b. Auf dan Abu Ubaidah b. Al-
Jarrah.

15
Menurut Ahli Sunnah semua sahabat yang menyertai
peperangan Badar adalah tetap menjadi ahli syurga, begitu
juga sahabat-sahabat yang menyertai peperangan Uhud
kecuali seorang yang bernama Quzman kerana ia dikatakan
munafik dan semua sahabat yang menyaksikan Perjanjian
Setia Bai'ah Al Ridzuan Hudaibiah adalah ahli syurga dan
mengikut hadis yang sahih di mana terdapat 70,000 umat Islam
dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab dan setiap orang
daripada mereka dapat memberi syafaat kepada 70,000 orang
pula. Termasuk dalam golongan ini ialah Ukasyah bin Muhsin.
Termasuklah umat Islam yang meninggal dunia dalam agama
Islam dan yang sebelum kematiannya berada dalam bidaah
daripada kesesatan pengikut hawa nafsu yang sesat.

15) Dasar yang menentukan hukum-hukum terhadap


musuh-musuh Islam. Terdapat dua jenis musuh-musuh
agama Islam iaitu musuh yang wujud sebelum Islam dan
musuh yang lahir di dalam negara Islam yang berselindung di
sebalik tabir Islam, sedangkan mereka bekerja secara
diam-diam untuk melakukan tipu daya terhadap kaum
muslimin.

Musuh yang wujud sebelum Islam adalah terdiri daripada


berbagai jenis. Di antaranya ialah penyembah-penyembah
berhala, penyembah-penyembah sesama manusia seperti
penyembah-penyembah Maharaja Namrud bin Kan’an,
Maharaja Fir'aun dan sebagainya, penyembah bintang-bintang
dan planet-planet, penyembah-penyembah malaikat,
penyembah-penyembah syaitan, penyembah-penyembah
lembu dan api. Oleh kerana itu kaum muslimin diharamkan
memakan sembelihan mereka dan berkahwin dengan
perempuan-perempuan mereka.

Para fuqaha' Ahli Sunnah telah ijmak menghalalkan sembelihan


orang-orang Yahudi asal dan Kristian asal dan mengharuskan
berkahwin dengan perempuan-perempuan mereka.

Adapun musuh yang lahir dalam negara Islam dan


berselindung di sebalik nama Islam adalah terdiri daripada
berbagai kumpulan sesat seperti kumpulan-kumpulan
pelampau Rafidhah, Hululiliyah, Batiniah, Khawarij,
Hallajiyah, Qarmiliyah dan sebagainya dan hukum kumpulan-
kumpulan ini adalah sama dengan kumpulan orang-orang
murtad yang tidak dihalalkan sembelihan mereka dan tidak
dihalalkan berkahwin dengan perempuan-perempuan mereka.

Adapun kumpulan-kumpulan yang mengikut hawa nafsu seperti


kumpulan Jarudiyah, Hisyamiyah, Najariyah, Jahmiyah dan
kumpulan Imamiah yang mengkafirkan sahabat-sahabat juga
kumpulan Qadariyah, Dharawiyah, Musyabbihah dan Khawarij
maka kami mengkafirkan mereka sebagaimana mereka
mengkafirkan Ahli Sunnah. Oleh itu sembelihan mereka tidak

16
halal dimakan dan perempuan mereka tidak halal dikahwini.
(rujuk Al-Farq baina al-Firaq)

6. ASAS-ASAS METODOLOGI AHLI SUNNAH

Di antara asas yang membina metodologi Ahli Sunnah ialah:

6.1 Mendahulukan dan mengutamakan Nas al-Qur’an dan al-


Sunnah mengatasi segala yang lain.

6.2 Mentafsir al-Qur’an dengan al-Qur’an

6.3 Mentafsir al-Qur’an dengan al-Hadis atau al-Sunnah

6.4 Mengutamakan pendapat dan kata-kata para sahabat


dan para Tabi'in

6.5 ljma’ ulama

6.6 Mera’ikan kaedah-kaedah Bahasa Arab dan penggunaan


uslubnya.

6.7 Melalukan al-Qur’an di atas makna atau maksud yang


zahir yang tidak boleh dipindahkan kepada yang lain
melainkan dengan bukti dan dalil.

6.8 Mentaghlibkan sudut al-Tanzih dan al-Taqdis ke atas


ayat-ayat yang pada zahirnya menunjukkan
penyerupaan dan kesamaan sifat-sifat Allah dengan
sifat-sifat makhluk (rujuk M. Sulaiman Yassin).

7. PRINSIP-PRINSIP YANG DISEPAKATI AHLI SUNNAH WAL


JAMAAH

Prinsip-prinsip penting yang menjadi inti akidah Ahli Sunnah


Wal Jamaah iaitu persepakatan tentang:

7.1 Sifat-sifat Allah

Membenarkan tanpa mempersoalkan bentuknya dan


mensucikan tanpa mengingkari.

7.2 Tentang al-Qur’an

AI-Qur’an kalamullah, bukan makhluk.

7.3 Rukyah Allah Di Dunia

17
Allah tidak boleh dilihat oleh sesiapa pun dalam
kehidupan di dunia.

7.4 Rukyah Allah Di Akhirat

Bahawa orang-orang mukmin dapat melihat Tuhannya di


syurga dengan kedua matanya.

7.5 Berita Keadaan Selepas Mati

Mengimani semua berita keadaan setelah mati yang


disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

7.6 Qadar

Mengimani qadar Allah dengan segala tingkatnya.

7.7 Iman

Iman adalah ucapan dan perbuatan, dapat bertambah


dan berkurang.

7.8 Pokok Iman dan Cabangnya

Iman mempunyai (asal) pokok dan (furu’) cabang. Iman


tidak terlepas kecuali dengan terlepasnya pokok
keimanan. Oleh itu tidak mengkafirkan seseorang dari
ahli kiblat kerana kemaksiatan, kecuali jika terlepas pokok
keimanannya. Pokok iman adalah mengakui dan
membenarkan apa-apa yang disampaikan Rasulullah
s.a.w. dari Allah dan tunduk mengikutnya.

7.9 Kemungkinan Berkumpul Antara Seksa dan Pahala

Bersepakat terhadap kemungkinan berkumpulnya antara


seksa dan pahala pada diri seseorang, namun tidak
mewajibkan seksa atau pahala pada orang tertentu
kecuali dengan dalil khusus.

7.10 Tidak Maksum Selain Rasul

Bersepakat mencintai dan mendokong sahabat


Rasulullah, ahlul bait dan isteri-isteri Rasul tanpa
meyakini adanya kemaksuman terhadap sesiapa pun
kecuali Rasulullah.

18
7.11 Karamah Wali

Membenarkan adanya karamah para wali dan kejadian -


kejadian luar biasa yang diberikan Allah kepada mereka.

7.12 Perang Terhadap Yang Keluar Syariat

Bersepakat untuk memerangi sesiapa sahaja yang keluar


dari syariat Islam, sekalipun ia mengucapkan dua kalimah
syahadat.

7.13 Bersama Pemimpin Islam

Berperang bersama pemimpin-pemimpin mereka, baik


pemimpin yang baik maupun derhaka, demi menegakkan
syariat Islam. (Rujuk: Manhaj dan Akidah Ahli Sunnah
Wal Jamaah)

8. DASAR-DASAR YANG DISEPAKATI KESESATANNYA


SECARA IJMA’

Faktor-Faktor Yang Menjadi Punca Kesesatan ialah:-

(1) Menolak, menafi atau mengingkari hakikat Islam itu sendiri,


sama ada kerana kejahilan, sangkaan, ikut-ikutan atau
kerana sememangnya disengajakan, walaupun
mengetahui kebenarannya;

(2) Keterlaluan yang dipacu oleh rasa fanatik dan hawa nafsu,
sehingga ke tahap sanggup menolak, menafi atau
mengingkari hakikat-hakikat Islam;

(3) Takwilan yang batil, yang tidak berdasarkan kepada


kaedah-kaedah bahasa dan syara’, yang didorong oleh
rasa fanatik dan hawa nafsu selain dari kelemahan iman.

Penjelasan

8.1 Penjelasan kesesatan dari faktor pertama,


Mengingkari hakikat Islam samada sengaja, jahil atau ikut-
ikutan. Ia meliputi ciri-ciri dan perkara berikut:

a) semua jenis agama atau kepercayaan yang


bukan Islam, sama ada agama samawi atau agama
budaya,

b) Segala apa jua bentuk kemulhidan dan kemungkaran ke


atas hakikat-hakikat Islam yang disepakati kebenaran

19
dan kesahihannya sama ada yang berbentuk individu
atau berkumpulan,

c) Keingkaran atau penolakan hadis dalam memahami dan


mengamalkan Islam, iaitu mereka yang hanya berpegang
al-Qur’an sahaja,

d) Segala apa pun bentuk kesyirikan, sama ada pada zat


Allah, Asma’ ,sifat ketuhanan Rububiyyah atau Uluhiyyah,
sama ada dalam bentuk pemikiran, pertuturan atau
perbuatan-Nya.

Kesemua kesesatan dan kebatilan ini bercanggah dengan


hakikat-hakikat yang terpancar dari manhaj Islam.

8.2 Penjelasan Kesesatan dari faktor kedua.

Segala bentuk keterlaluan (ghuluw) dari batas-batas Islam yang


disepakati secara ijma’ dalam kepercayaan atau perlakuan
yang berpunca dari kepercayaan. Antara contohnya;

a) Menolak keimanan dan kepimpinan Abu Bakar Assiddiq


dan Umar yang dilantik secara sah mengikut manhaj
Islam, tanpa mengira kata sepakat dan ijma’ keatas
kesahihan tersebut.

b) Memberikan sifat-sifat kenabian kepada seseorang selain


Nabi , walaupun betapa tinggi darjatnya, secara
khususnya kepada Saidina Ali k.w. seperti sifat
penerimaan wahyu, sifat kemaksuman dan lain-lain.

c) Merendah-rendahkan para sahabat Rasulullah s.a.w.


yang telah terbukti kesahabatannya, yang telah
diperakui istiqamah, ketakwaan dan kasalehannya oleh
ahli al-salaf al-saleh.

d) Memberikan sifat kemaksuman kepada setengah


masyayekh (Syekh tarekat), sehingga sikap dan
perlakuanya diamggap menjadi hujjah yamg mengatasi
nas, sedangkan kedudukan sebenarnya Nas itulah yang
menjadi hujjah keatas segala-galanya.

e) Mempercayai adanya sesetengah imam Syiah Ithna


Asyariyyah yang telah mencapai taraf dan martabat yang
tidak dicapai oleh Malaikat muqarrabun dan Nabi yang
diutuskan.

f) Kepercayaan yang mengatakan bahawa pelaku


dosa besar menjadi kafir atau murtad, seperti yang
menjadi pegangan golongan Khawarij. Bahkan pelaku
dosa dan maksiat, walau apa pun jenisnya,
menjadikan kafir dan terkeluar dari millah atau agama

20
Islam, walaupun perbuatan itu suatu kesilapan atau
usaha ijtihad.

g) Demikian juga kepercayaan sebaliknya yang mengatakan


bahawa perbuatan dosa, walau apapun jenisnya, tidak
menjejaskan (memudharatkan) iman, sepertimana suatu
ketaatan yang dilakukan dalam kekafiran tidak
memanfaatkan, seperti yang menjadi pegangan
Golongan Murji’ah tulin.

h) Termasuklah menafikan kebangkitan semula pada Hari


Kiamat dengan jasad dan rohnya sekali.

i) Menafikan nikmat syurga dan azab neraka yang bersifat


jasmani pada Hari Akhirat.

j) Menafikan mukjizat kawniyyah pada Nabi Muhammad


s.a.w. dengan alasan mukjizat Nabi hanya mukjizat al-
Qur’an Sahaja.

Sikap ghuluw atau keterlaluan adalah satu sikap kejiwaan,


antara sifat khususnya ialah;

1) Keras kepala dengan pendapatnya sendiri,


2) Menutup mata dan telinga terhadap pandangan orang
lain,
3) Tidak mempunya hujah dan dalil,kalau ada pun hanya
sebagai rekaan atau pun bukti yang salah dan
mengelirukan demi untuk mempertahankan
keterlaluannya, lebih-lebih lagi jika ditegakkan diatas
dasar puak atau politik kepartian yang sempit.

8.3. Penjelasan Kesesatan dari faktor ketiga

Takwilan yang batil yang tidak berdasarkan kaedah bahasa


Arab dan syarak.

Kesesatan dalam faktor ini termasuklah; segala apa juga


kepercayaan, tasawwur atau pendapat yang diasaskan kepada
satu nas dari al-Qur’an atau al-Sunnah atau lebih, dengan
takwil nas-nas itu dengan takwilan yang tidak diperakui oleh
kaedah-kaedah yang tetap dalam bahasa Arab yang menjadi
Bahasa al-Qur’an, iaitu kaedah-kaedah yang telah disepakati
secara ijma’ oleh tokoh-tokoh ulama’ Bahasa sejak dari zaman
berzaman. Kesesatan dan penyelewengan dari faktor ini sangat
banyak dan kebanyakan adalah dalam bidang akidah dan
asas-asas dalam pemikiran Islam. Antaranya ialah;

a) Mentakwilkan ayat-ayat sifat dengan cara yang membawa


kepada menta’tilkan (merosakkan atau menafikan) sifat-
sifat tersebut pada zat Allah SWT, seperti menafikan

21
(al-Yadd) tangan, (al-Wajh) muka dan seumpamanya yang
telah pun disebutkan Allah pada zat-Nya, seperti takwilan
oleh golongan Mu’attilah, Mu’tazilah dan golongan ahli
falsafah Ilahiyyah.

b) Demikian sebaliknya, mentasybih atau mentajsimkan sifat-


sifat tersebut,iaitu memahami ayat-ayat sifat tadi dengan
maknanya yang zahir, yang menyamai sifat-sifat makhluk
seperti yang dilakukan oleh golongan Musyabbihah dan
Mujassimah.

c) Menafikan bahawa setiap muslim boleh melihat Allah di


akhirat kelak. Sesuai dengan pendapatnya ini , maka
perkataan “Nazirah”(surah Mutaffifin ayat:15) ditakwilkan
dengan “muntazirah” ( al-Qiyamah ayat:23), sedangkan
menurut kaedah Bahasa dan ilmu kefaqihan bahasa
bahawa diantara dua perkataan tersebut sememangnya
berlainan dan berbeza dari semua sudutnya. Takwilan
seperti ini adalah takwilan yang salah dan batil,yang sama
sekali tidak mempunyai sandaran bukti atau hubungan
yang membolehkan perkataan itu ditakwilkan.

d) Mentakwilkan perkataan “al-Rasul”(al-Isra’ ayat:15) dengan


makna akal, semata-mata untuk sesuaikan dengan aliran
aqlamiyyahnya. Takwilan ini adalah takwilan batil,yang
tidak bertangguh oleh lafaz perkataan itu sendiri, yang
sememangnya tidak punya ruang untuk mentakwilkan
perkataan tersebut. Selain itu terdapat beberapa ayat lain
yang menunjukkan secara putus dan yakin (Dilalah
Qat’iyyah) bahawa yang dimaksudkan dengan perkataan
rasul atau rasul-rasul itu tidak lain dari seorang atau
beberapa orang lelaki yang dibangkitkan untuk menjadi
utusan Allah.

e) Mentakwilkan perkataan “Majma’ al-Bahraain”(s. al-Khaf


ayat:60) dengan majma’ wilayah al-Syekh dan wilayah al-
Murud. Perkataan “al-Sakhrah”(al-Khaf ayat:63) dengan
makna nafsu dan lain-lain (seperti mana dicatatkan oleh
Goldzihar dalam buku Akidah dan Syariah, 1940, hal.157) .
Takwilan seperti contoh yang terakhir biasanya dilakukan
oleh golongan yang mengaku-akukan sebagai ahli tasawuf
atau lebeh tepat oleh penyesat-penyesat yang
bertopengkan tasawuf .

9. PENUTUP

Adalah diharapkan semoga dengan penjelasan serba sedikit


tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dapat diambil manfaat
dengan sewajarnya oleh mereka yang mahu mengetahuinya

22
secara mudah dan ringkas. Dengan ini penyusun berdo’a
mudah mudaham diberi ganjaran oleh Allah S. W. T. AMIN YA
RABBAL ‘ALAMIN

Disusunkan oleh:
Bahagian Penyelidikan JAKIM
Putrajaya

Sumber Rujukan

1. Imam Abdul Qahir al-Baghdadi- AI-Farq bain Al-Firaq: bab 5.


Kaherah .

2. Syeikh Syed Ab. Rahman b. Mohamad Ba'Alwi -Bughyatul


Mustarsyidin , Kaherah,1381 H

3. Syeikh Mohamad ldris al-Marbawi-Bahrul Mazi Juz 17 Kaherah.

4. Prof. Madya Mohd. Sulaiman Hj. Yasin, Ahl Al-Sunnah wa


Al-Jama'ah , Sejarah pertumbuhan, skop, pengertian dan
metodologi, Dalam Akidah dan Tasawuf (ed. Zakaria Stapa),
KL, 1997 BAHEIS, JPM

5. Mohd Sulaiman Yasin, Ahlis-Sunnah Wal - Jama’ah,(1997),


Yayasan Salman, Bangi, Selangor.

6. Muhammad 'Uthman El-Muhammady, Sejarah dan Konsep


Ahli's-Sunnah wa'l Jama'ah, KL 1996, BAHEIS, JPM

7. Muhammad Abdul Hadi Al-Mishri, Manhaj dan Aqidah


Ahlussunnah wal Jamaah Menurut Pemahaman Ulama Salaf,
Jakarta 1992, Gema Insan Press

23

You might also like