You are on page 1of 3

UJIAN FORMATIF 2

BULAN JULAI
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 5
Nama : _________________________ Ting : 5___________

Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
memajukan industri batik dan kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.

Seni batik merupakan salah satu akar budaya yang menjadi identiti bangsa Malaysia dan
bidang kraf tangan yang unggul di Malaysia. Sejak dulu lagi batik menjadi busana bagi kaum hawa
tetapi kini kerajaan proaktif memartabatkan batik dengan mewajibkan pemakaian batik kepada setiap
penjawat awam.Hal ini bertujuan untuk menggerakkan industri batik yang terdapat di negara ini
melalui agensi-agensi kerajaan yang sedia ada. Selain itu, Perbadanan Kemajuan Kraf tangan
Malaysia telah meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) usahawan kraf dan
pembangunan tenaga mahir dalam industri batik di Malaysia.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia juga telah mengadakan program-program


memajukan batik seperti promosi batik bertema, promosi batik di pusat beli-belah dan promosi batik
sebagai destinasi pelancongan.Di peringkat antarabangsa, produk batik dan songket pula dijual
dalam pameran perdagangan antarabangsa.Di samping itu juga memperkenalkan teknologi baru
seperti penggunaan mesin dan bantuan komputer untuk menghasilkan rekaan batik yang lebih
menarik dan berkualiti.Mesin ini mempercepat pengeluaran batik.

Pusat inovasi batik dan tenunan Malaysia ditubuhkan di Kelantan dan Terengganu sebagai
pusat rujukan pengusaha batik. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bengkel pembangunan produk
dan lain-lain. Peranan pereka batik tempatan dalam menampilkan idea yang kreatif berteraskan batik
juga diberi pujian. Mereka memartabatkan batik Malaysia dengan mengadakan Hari Peragaan Batik
Koleksi Persendirian di hotel-hotel atau di tempat-tempat eksklusif yang dikunjungi oleh pelancong
tempatan dan pelancong luar negara. Yayasan Budi Penyayang Malaysia yang telah mengadakan
Minggu Batik 2005 wajar menerima pujian.Minggu Batik Malaysia 2005 ialah kesinambungan usaha
yang dijalankan oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon ketika hayatnya masih ada.

Kesimpulannya,apa-apa yang selama ini menjadi identiti bangsa,sebagai warisan tradisi


wajar dipertahankan terutama membabitkan seni dan budaya tempatan.Justeru, sebagai warisan
tradisi khazanah bangsa, seni batik perlulah dipelihara agar keindahannya tidak terus dilupakan oleh
generasi akan datang.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Langkah Memajukan Industri Batik ”


Malajah Dewan Siswa, April 2006)

Soalan 1 (a)-Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata busana bagi kaum hawa .(2 m )

(ii) Mengapa industri batik perlu dikekalkan? (3 m )

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memupuk minat generasi muda
terhadap batik Malaysia? ( 3 m )

1
Soalan 2 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 22 markah ]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan maksudnya dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) tepok - tepuk

(ii) golongan - gulungan


[ 4 markah ]

(b) Analisis setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti dan asingkan ayat tersebut
mengikut subjek dan predikat.

(i) Pemimpin negara membincangkan kepentingan orang awam.

(ii) Mata pelajaran pengkomputeran diajarkan di sekolah-sekolah.

(iii) Pengawai pendidikan daerah menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta


kem motivasi.
[ 6 markah ]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan.Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Kelantan dan Terengganu dikenal oleh industri songkit dan batik. Industri ini ada daya
tarikan tersendiri khususnya dari segi cara penghasilannya. Pemerosesan kedua-dua produk
ini secara tradisional lebih tinggi nilainya berbanding dengan produk yang dihasilkan oleh
mesin otomatik. Di samping itu, hanya bahan-bahan yang tulin digunakan bagi hasilan
produk yang berkualiti.
[ 6 markah ]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan penggunaan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Masalah kekacauan moral dalam kalangan remaja telah mendapat perhatian
sejak daripada dahulu lagi.

(ii) Sukan ialah satu wahana yang dapat mengeratkan penyatuan rakyat yang
berbilang-bilang kaum di negara kita.

(iii) Di antara matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk


mengeluarkan warganegara yang bersahsiah tinggi.
[ 6 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Pn.Norazimah Binti Jusoh/Mamat Pn. Wan Noridah Binti wan Musa


Guru Bahasa Melayu Ketua Bidang Bahasa

2
Soalan : Rumusan

Pendahuluan : [2 markah]
Petikan membincangkan usaha-usaha memajukan industri batik di negara kita

Isi Tersurat : [4 hingga 12 markah]


1. mewajibkan pemakaian batik kepada setiap penjawat awam
2. Perbadanan Kemajuan Kraf tangan Malaysia telah meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan
3. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia juga telah mengadakan program-program memajukan batik
4. produk batik dan songket pula dijual dalam pameran perdagangan antarabangsa
5. memperkenalkan teknologi baru
6. Pusat inovasi batik dan tenunan Malaysia ditubuhkan di Kelantan dan Terengganu sebagai pusat rujukan
pengusaha batik
7. Budi Penyayang Malaysia yang telah mengadakan Minggu Batik 2005

Isi Tersirat : [2 markah]


1. hasil keluaran batik akan diminati oleh masyarakat.
2. menambahkan pendapatan pengusaha batik.

Kesimpulan : [2 markah]
Kesimpulannya , semua pihak perlu bekerjasama memajukan indusri batik di negara kita agar warisan batik
terus berkembang

Soalan 1 (a) Petikan Umum


(i) Maksud rangkai kata busana bagi kaum hawa ialah pakaian untuk kaum wanita
(ii) Industri batik perlu dikekalkan kerana
- satu akar budaya yang menjadi identiti bangsa
- sebagai warisan tradisi
- khazanah bangsa,
- seni batik mempunyai keindahan yang tersendiri
(iii) Pada pendapat saya, cara memupuk minat genersi muda terhadap batik Malaysia ialah
- pertandingan melukis dan mencanting batik
- memperkenalkan batik dalam P&P
- menjadikan batik sebagai cenderamata
- pertunjukan fesyen berasaskan batik

Soalan 2(a)-Bina ayat


Tepok-lumpuh, biasanya pada tangan dan kaki
Tepuk – perbuatan menamparkan tapak tangan supaya berbunyi
Golongan- orang yang telah dikelompokkan/kumpulan
Gulungan- apa-apa yang bergulung

Soalan 2(b)- Kenal pasti subjek dan predikat


Subjek : Pemimpin negara Predikat: membincangkan kepentingan orang awam.
Subjek: Mata pelajaran pengkomputeran Predikat: diajarkan di sekolah-sekolah.
Subjek : Pengawai pendidikan daerah Predikat: menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta kem
motivasi.

Soalan 2(c)-Kesalahan Ejaan dan Imbuhan


Kesalahan ejaan
Songkit [x] – songket [/]
Otomatik [x] –automatik [/]
Tulin [x] – tulen [/]

Kesalahan Imbuhan:
Dikenal [x]–terkenal[/]
Pemerosesan [x] – pemprosesan [/]
Hasilan [x] –menghasilkan [/]

Soalan 2(d) Kesalahan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa


(i) Kekacauan [x] – keruntuhan [/] sejak daripada dahulu [x] sejak dahulu [/]
(ii) Penyatuan [x] –perpaduan [/ ], berbilang-bilang kaum [x] berbilang kaum [/]
(iii) Mengeluarkan [x] –melahirkan [/], di antara matlamat [x] antara matlamat [/]

You might also like