You are on page 1of 3

Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II

Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Ke-2


Tahun 2010

Tarikh : 5 Ogos 2010


Masa : 1.05 petang – 2.15 petang
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :

Bil Nama Bil Nama


1. En. Abdul Samad b Hj.Abd Rahman GB 20. Pn. Sunita Kaur a/p Santakh Singh
2. En. Nadzri b. Bustani PK 1 21. Pn. Rokiah bt Kormin
3. Pn. Choo Sow Wan PK 2 22. Pn. Mariyani bt. Salleh
4. En. Arzmi b.Mohd.Ghazali PK 3 23. Pn. Zubaidah bt Mustaffa
5. Pn. Sabariah bt. Taib 24. En. Norhalim b. Jaafar
6. En. Saifun Nizam b Baharuddin 25. En. Mohamad Zamani b. Mohamed Maidin
7. Pn. Anisah bt Nawang 26. Pn. Rohayu bt Shabidin
8. Pn. Mardiah bt Gendut 27. Pn. Roslina bt Alan
9. Pn. Muhaine Raihaan bt Husain 28. En. Noor Aznan b. Hj. Nordin
10. Pn. Zaiton bt. Salleh 29. Pn. Junainah bt. Majid
11. Pn. Noor Shafini bt Shaari 30. En. Sajali b. Mohamad Hashim
12. Pn. Noorhazatul Azura bt Zainal
13. Pn. Nuraznida bt Shafei
14. En. Charles a/l Louis
15. Cik Jagjer Kaur a/p Gurmukh Singh
16. En. Hamdan b Nordin
17. En. Mustafa Kamal b Mohd Danan
18. En. Shaiful Nizam b Mohamed Nasir
19. Pn. Mimunah bt Zakaria

Tidak Hadir : (Tiada)

Agenda 1 : Perutusan Yang Berbahagia Pengerusi

1.1 Salam keagamaan serta mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
1.2 Menyampaikan beberapa maklumat daripada PPD seperti berikut :
i) Permohonan untuk bertukar di dalam daerah dan antara negeri akan dibuka
tidak lama lagi. Permohonan boleh dibuat secara online dan sokongan
daripada pihak ketiga adalah dilarang.
ii) Sekiranya guru-guru keluar dari sekolah untuk urusan peribadi semasa
bertugas adalah tidak boleh melebihi 3 jam. Jika lebih daripada 3 jam maka
cuti perlu digunakan.
iii) Kemudahan cuti tanpa rekod tidak lagi diberi kepada guru yang menjalankan
PJJ.
iv) Menekankan NKRA oleh Kementerian Pelajaran dalam perlaksanaannya di
sekolah.

Tindakan : Semua guru


Agenda 2 : Mengesahkan Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama

2.1 Minit mesyuarat perlu dicatatkan juga nama guru-guru yang tidak hadir.
2.2 Minit Mesyuarat Kurikulum Kali pertama telah dicadang disahkan oleh En. Mustafa
Kamal dan di sokong oleh Ustaz Aznan.

Agenda 3 : Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Tiada.

Agenda 4 : Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun

4.1 Keputusan peperiksaan untuk tahun 6 telah dibincangkan bersama guru-guru tahun 6
dalam satu mesyuarat yang telah diadakan. Guru-guru tahun 6 diminta merancang
strategi atau kaedah dalam masa yang terdekat untuk mencapai sasaran UPSR dari
segi kualiti dan kuantiti.
4.2 Guru Besar membacakan analisis peperiksaan untuk tahun 1, 2, 3, 4 dan 5.
4.3 Guru Besar menyatakan peratus lulus Matematik untuk murid tahun 1 iaitu 77.5%
dan 47.62% untuk tahun 2 agak rendah.
4.4 Guru menyatakan keputusan Matematik dalam setiap tahun menunjukkan ada
masalah.
4.5 Meminta setiap panitia khususnya Matematik membuat post-mortem keputusan
peperiksaan pertengahan tahun dalam mesyuarat panitia kali ke-2 dan membuat
tindakan yang perlu.

Tindakan : Semua guru.

Agenda 5 : Persediaan / Perancangan untuk Peperiksaan Pengesanan 2, Akhir


Tahun dan UPSR

5.1 Guru Besar meminta guru-guru menggunakan strategi supaya lebih ramai murid
daripada kelas Jaya mencapai tahap sekurang-kurangnya lulus.
5.2 Diharap guru-guru dapat menambah bilangan murid yang mendapat keputusan
A daripada kelas Maju.
5.3 PK Pentadbiran memaklumkan tarikh UPSR adalah selepas Hari Raya Puasa.
Beliau bimbang jika cuti hari raya bersambung menyebabkan masa untuk guru-
guru tahun 6 bersama murid menjadi semakin singkat.
5.4 PK Pentadbiran menyatakan Ujian Pengesanan 2 akan dijalankan serentak dengan
UPSR. Setiausaha Peperiksaan Dalaman akan menyediakan jadual ujian.
5.5 Peperiksaan Akhir Tahun akan dijalankan pada bulan Oktober.

Tindakan : Semua guru.

Agenda 6 : Laporan Panitia

6.1 Guru Besar menekankan sekali lagi supaya post-mortem terhadap analisis
peperiksaan pertengahan tahun dilakukan.

Tindakan : Semua guru.


Agenda 7 : Hal-hal Lain

7.1 En. Mustafa meminta guru-guru memaklumkan kepada beliau jika terdapat murid-
murid yang melakukan kesalahan disiplin untuk tujuan direkodkan.
7.2 En. Mustafa memberikan pendapat bahawa Mesyuarat Kurikulum Kali ke-3 yang
akan diadakan pada 23.9.2010 adalah kurang sesuai kerana bertembung dengan
UPSR.
7.3 En. Mustafa memaklumkan bahawa Mesyuarat Kewangan Panitia belum lagi
dijalankan.
Guru Besar akan merujuk kepada Puan Farhana bagi menyediakan maklumat ke-
wangan panitia.
7.4 En. Shaiful Nizam bertanya adakah Ujian Pengesanan 2 dijalankan untuk subjek
teras sahaja atau termasuk subjek elektif.
PK Pentadbiran memaklumkan bahawa Ujian Pengesanan 2 yang akan dijalankan
termasuk subjek elektif.
7.5 En. Hamdan meminta supaya surat-surat untuk guru dapat diberikan dengan segera.
7.6 Pn. Shafini mengucapkan terima kasih kepada Pn. Nuraznida, En. Mustafa dan
Pn. Anisah kerana kerjasama mereka mendapatkan soalan-soalan UPSR dari negeri
lain.
7.7 Setiausaha Kurikulum meminta agar setiausaha-setiausaha panitia memberikan ke-
pada beliau satu salinan setiap mesyuarat panita yang telah dijalankan untuk dima-
sukkan ke dalam Fail Utama Kurikulum.
7.8 En. Sajali memaklumkan terdapat penambahan dua buah komputer lagi untuk kegu-
naan guru masing-masing di Bilik Tayangan dan Makmal Komputer.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

.................................................... ....................................................... .......................................................

You might also like