You are on page 1of 23

PERKEMBANGAN MANUSIA

Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak
dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal.(Atan
Long,1980)
Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan
dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.

Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan
bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan
berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat, individu akan mengalami perkembangan
sepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosional dan kognitif
serta bahasa.

Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta
cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.

KESIMPULAN:
Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat
diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada
peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma

PERBEZAAN ANTARA PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Aspek
Proses pertumbuhan (Perubahan kuantitatif)
Proses perkembangan (Perubahan kualitatif)

Jasmani
Tinggi, saiz, berat dan bilangan gigi bertambah
Bertambah kemahiran menggunakan anggota
spt mengangkat, berjalan, berlari dan melompat
Mental
Berkembangnya keupayaan memikirkan tentang banyak perkara
Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan,
pembentukan konsep dan ingatan.
Sosial
Mula berinteraksi dgn ahli-ahli bukan keluarga spt jiran, rakan sebaya dan guru.
Menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya, kepentingan disiplin
kumpulan serta penyesuaian dgn rakan sebaya.
Emosi
Tumbuhnya perasaan suka, duka, marah, sayang dan sebagainya.
Berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan ketika marah atau cemburu.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN MANUSIA

Faktor Endogen(dalam individu)


- Dibawa oleh individu sejak dlm
kandungan hingga kelahiran.
- Faktor keturunan atau pembawaan
- Cth: Baka Faktor Rh darah
Pemakanan Kesan X-Ray
Kesihatan Ibu Emosi Ibu
Dadah dan Alkohol Umur Ibu
Merokok Teratogenik dan
Penyakit Ibu

Faktor Eksogen
- Faktur yg datang dari luar diri individu.
- Cth: Pemakanan
Keluarga
Rakan Sebaya
Sekolah
Tempat Tinggal
Media Elektronik dan Sebaran Am
Pusat Ibadat
Persekitaran Dunia

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN

Ciri Perkembangan

Proses yg berterusan sepanjang hayat


Orang tua berumur 80 thn mengalami proses perubahan dari segi mempelajari cara
berinteraksi dgn cucunya
Proses perubahan yg berlaku akibat tindakan saling kait antara perkembangan jasmani dan
pembelajaran
Apabila kaki kanak-kanak telah kuat dan mampu memikul berat badan sendiri, barulah dia
bersedia utk belajar berjalan
Perubahan yg dialami adalah dari segi fungsi jasmani, emosi, mental dan sosial.
Kanak-kanak yg belajar merangkak, meluahlan perasaan gembira, mempelajari bertutur dan
bergaul dgn kanak-kanak lain.
Dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had per-kembangan, manakala
persekitaran akan me- nolong perkembangan mencapai tahap yg maksimum.
Kanak-kanak yg dilahirkan dgn bakat melukis tetapi tanpa persekitaran yg memupuk bakat ini
mungkin tidak boleh mencapai potensinya sebagai pelukis.
Proses perubahan ke arah sifat yg sejagat dan mengikut aturan semula jadi serta menuju ke arah
tertentu dan dijangkakan.
Kanak-kanak di dunia boleh merangkak pada peringkat umur satu tahun, berjalan pada umur
dua tahun dan bertutur pada umur tiga tahun.
Ada tugas terdapat dlm semua kebudayaan dan timbul pada masa lebih kurang sama walaupun
dlm kebudayaan yg berlainan.
Kanak-kanak dari kebudayaan yg berlainan dapat belajar berjalan sebelum mencapai umur dua
tahun.
Ada tugas yg wujud pada umur yg berlainan mengikut kebudayaan atau kelas sosial.
Dalam kebudayaan Malaysia, tugas perkahwinan berlaku lebih awal dikalangan kelas sosial
bawahan berbanding dgn kelas pertengahan.
Ada tugas yg berkait rapat dgn kebudayaan.
Kanak-kanak negara membangun bekerja pada umur 15 thn atau kurang berbanding negara
Barat pada umur 18 thn atau lebih.
Ada tugas yg wujud mengikut keperluan kebudayaan
Di negara Barat terdapat ramai pemandu lori atau bas wanita
Ada tugas yg dipelajari sedikit demi sedikit dan memakan masa yg agak lama
Individu belajar peranan jantina dari peringkat awal kanakkanak dan awal dewasa hingga
berkahwin.
Ada tugas yg perlu dipelajari sekali sahaja.
Kanak-kanak perlu belajar berjalan sekali sahaja.

Teori-Teori Perkembangan Manusia

Teori Psikoanalisis Sigmund Freud


Tiga alam kesedaran:
i) alam sedar--pemikiran, perasaan dan
ingatan.
ii) alam pra-sedar--pengalaman, ingatan
persepsi dan perasaan.
iii) alam tidak sedar--bahagian terbesar dan
pendorong asas kpd tingkah laku. Mengandungi
semua naluri serta keinginan manusia.

Tiga elemen perkembangan personaliti


manusia;
i) Id--mementingkan keseronokan, diwarisi, gejala bawah sedar, tenaga primitif, tidak rasional
dan berkehendakkan kepuasan.
ii) Ego--mengutamakan pemikiran logik, berkembang secara berperingkat, elemen tahap sedar,
penuh dgn persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan diri.
iii) Superego—menyerupai hati nurani, kawal ego dan id, bermoral, berkembang kerana
pengaruh persekitaran, mengawal tingkah laku mengikut peraturan masyarakat,ada ganjaran
dan hukuman.

Peringkat Perkembangan Mengikut Sigmund Freud

Umur
Peringkat
0-18 bulan
Oral
2-4 tahun
Anal
4-6 tahun
Falik
6-12 tahun
Latensi
12 tahun ke atas
Genital

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Dua proses utk membina kefahaman:


i)Organisasi
ii)Adaptasi
Dua cara proses adaptasi:
i)Proses asimilasi-menambah maklumat baru
ii)Proses akomodasi-mengubahsuai skemata sedia ada utk memahami maklumat baru.

Bila berlaku ketidakseimbangan kena buat organisasi atau adaptasi semula pada skemata utk
mendapat keseimbangan.

Peringkat Perkembangan Kognitif Mengikut Jean Piaget

Umur
Peringkat &
Cara Berfikir

0-2 tahun
Deria motor
Mengguna deria motor dan deria yg lain meninjau dan memahami persekitaran
2-7 tahun
Praoperasi
Berfikir secara simbolik utk menyelesaikan masalah tetapi pemikiran masih tidak logik dan
mudah diperdaya oleh persepsi yg berlainan.
7-11 tahun
Operasi konkrit
Berfikir secara logik dan konkrit. Boleh selesai masalah secara cuba-jaya
12 tahun ke atas
Operasi formal
Berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan akibat jangka panjang sesuatu aksi.

Teori Perkembangan Psikososial Erikson


Teori yang dikemukakan oleh Erikson adalah berdasarkan lima prinsip,iaitu :
•Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.
•Perkembangan individu bergantung kepada
tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas.
•Perkembangan manusia mengikut tahap-
tahap yang tertentu.

•Setiap tahap mempunyai konflik dan


konflik ini mesti diatasi sebelum individu
dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya.
•Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu
tahap akan menjejaskan perkembangan
tahap berikutnya.

Tahap Perkembangan Manusia Berdasarkan Teori Erikson

Tahap
Peringkat Umur & Konflik
Pertama
0-18 bulan
Pembentukan perasaan percaya lawan tidak percaya
Kedua
18 bulan-3 tahun
Tahap autonomi lawan rasa malu atau sangsi

Kelima
12 tahun-20 tahun
Tahap indentity lawan kekeliruan peranan
Keenam
20 tahun-40 tahun
Tahap intimasi lawan pengasingan diri
Ketujuh
40 tahun-60 tahun
Tahap generativiti lawan stagnasi
Kelapan
60 tahun ke atas
Tahap intergriti ego lawan putus asa

Teori Perkembangan Behaviorisme dan Sosial Kognitif

•Teori Behaviorisme menekankan tingkah laku yg dapat dilihat dan diukur.


•Perubahan berlaku kerana pengalaman
•Benda yg wujud boleh dilihat dan diperhatikan
•Pemikiran tidak dapat dilihat tetapi pemerhatian boleh dibuat terhadap perlakuan yg
dizahirkan.
•Tiga versi utama pendekatan behaviorisme ialah Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Operan
Skinner dan Teori Sosial Kognitif Bandura

Teori Pelaziman Klasik Pavlov

•Dipelopori oleh Ivan P. Pavlov.


•Kajian terhadap sistem pencernaan anjing
menghasilkan konsep ransangan dan gerak balas.
•Ransangan ialah sebarang bentuk tenaga yg menimbulkan gerak balas.
•Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yg timbul akibat ransangan.
•Pembelajaran yg berlaku akibat kaitan antara ransangan dengan gerak balas dinamakan
pelaziman.
•Pembelajaran yg berlaku akibat dua ransangan dikenali sebagai pelaziman klasik.
•John B. Watson(1878-1958) membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan

Teori Pelaziman Operan Skinner

•B.F. Skinner(1904-1990) menyatakan perlakuan harus diperhati dlm jangka masa yg panjang.
•Membentuk perlakuan yg kompleks drp perlakuan yg mudah.
•Menjalankan kajian menggunakan tikus dan burung merpati.
•Menghasilkan Skinner Box.
•Skinner(1953) berpendapat gerak balas boleh dikuatkan(diulang) atau dihapuskan(tidak
diulang) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.
•Faktor ganjaran(peneguhan positif) dan dendaan(peneguhan negatif) boleh membentuk
perkembangan individu

Teori Pembelajaran Sosial: Bandura(1977)

•Teori Pembelajaran Sosial: Bandura(1977)


•Merupakan teori kognitif sosial(Bandura, 1986) yg menyatakan bahawa kelakuan manusia
saling bertindak antara kognitif, kelakuan dan ajen penentu persekitaran.
•Teori pembelajaran ini menekankan peranan kognitif dan persekitaran dlm perkembangan.
•Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan
Empat langkah proses peniruan oleh Bandura:

(i)Tumpuan kpd tingkah laku model (attention).


(ii)Penyimpanan iaitu mengenkod peristiwa itu dlm sistem ingatan (retention).
(iii)Mengingat atau menghasilkan apa yg disimpan dlm bentuk tingkah laku (reproduction).
(iv)Motivasi (motivation) yg secukupnya utk menghasilkan tingkah laku, cth pemberian
peneguhan.

Teori Ethologi Lorenz

•Mengkaji tingkah laku manusia dan binatang dlm keadaan semula jadi.
•Evolusi dan faktur biologi berperanan penting dlm perkembangan manusia dan pengalaman
awal individu adalah penting.
•Lorenz(1965) memerhati tingkah laku sekumpulan anak angsa.
•Kesimpulannya kita tidak akan memahami perkembangan kanak-kanak sekiranya kita tidak
memerhati tingkah laku dlm persekitaran semula jadi mereka.

•John Bowlby(1969,1989) mengaplikasikan teori ethologi dlm teori perapatan (Theory of


Attachment) menyatakan semua haiwan termasuk manusia dilahirkan dgn program biologi yg
boleh menghasilkan isyarat yg membawa kpd perkembangan tingkah laku sosial spt perapatan.
•Perapatan bermaksud kasih sayang yg kuat yg mengikat seseorang kpd seorang yg lain.
•Hubungan perapatan yg kuat semasa kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan individu.

Teori Perkembangan Ekologikal

•Menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan organisma.


•Dikemukakan oleh Bronfenbrenner(1979) yg melihat persekitaran ekologikal manusia
berdasakan hubungannya dgn konteks di mana individu itu berinteraksi.
•Lima sistem persekitaran ekologikal ialah:
(a) Sistem Mikro (d) Sistem Makro
(b) Sistem Meso (e) Sistem Krono
(c) Sistem Ekso

(a)Sistem Mikro ialah persekitaran yg paling hampir dgn individu, cth rumah dan bilik darjah.
(b)Sistem Meso merujuk kpd hubungan individu dgn individu lain dlm persekitaran di mana
individu itu berkembang, cth rumah, sekolah dan jiran.
(c)Sistem Ekso merujuk kpd keadaan yg tidak melibatkan individu secara langsung, tetapi
mempengaruhi sistem individu dan keluarga, cth tempat kerja ibu bapa.
(d)Sistem Makro ialah persekitaran yg abstraks, merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi.
(e)Sistem Krono merujuk kpd peristiwa dan transisi yg berlaku dlm persekitaran individu
sepanjang hayatnya.

Teori Perkembangan Arnold Gesell

•Arnold Lucius Gesell(1880-1961) mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap


perkembangan di mana kematangan fizikal adalah faktor utama menentukan proses
pembelajaran.
•Peringkat perkembangan berbeza kerana kadar pertumbuhan yg berlainan.
•Lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan tingkah laku dan aspek lain yg
membawa kpd perkembangan seterusnya.

Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst

•Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkah laku yg
sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu(Atan Long,1980).
•Tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yg perlu dikuasai oleh individu
utk menambah penguasaan terhadap persekitaran(Newman dan Newman,1999)

•Robert Havighurst menekankan bahawa perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi alam


sekitarnya.
•Dlm kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan seterusnya tua, individu harus memenuhi
atau mencapai tugas-tugas perkembangan yg telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di
mana individu tersebut tinggal.

Perkembangan Kanak-kanak hingga remaja

Awal Kanak-kanak (0-6 tahun).


(a)Perkembangan Fizikal dan Kognitif.
•Pertumbuhan ketinggian 12 inci setahun.
•Pertambahan berat badan 5 paun setahun.
•Panjang badan masa lahir 4 kali ganda panjang muka.
•Permulaan tahap ini kanak-kanak mempunyai semua gigi susu.
•9-15 bulan : Berjalan, berlari dan melompat.
Bersedia menghadam dan
menyerap pelbagai jenis
makanan.
•20-24 bulan: Menggabung perkataan utk
menjadi suku kata.
•2-4 tahun: Mengawal pembuangan kotoran.
•5-6 tahun: Bersedia utk membaca.
•6 tahun: Membentuk konsep baik dan buruk

Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget:

(i) Peringkat deria motor (0-2 tahun)


•Guna deria motor utk berinteraksi.
•Tidak mempunyai konsep kewujudan objek.
(ii) Peringkat praoperasi (2-7 tahun)
•Guna simbol utk mewakili aspek persekitarannya.
•Pertuturan bersifat egosentrik.
•Belum dapat konsep kebalikan, pengekalan, dan transformasi.
•Pemikiran realisme, animisme dan artifisialisme

Perkembangan Sosial dan Emosi

Berdasarkan Teori Perkembangan


Psikososial Erikson:
(i)Percaya lawan tidak percaya (0-1 tahun)
•Kepercayaan pada persekitaran dan orang lain wujud bila bayi mendapat penjagaan yg baik
dari penjaga terutama ibu.
•Memudahkan individu menghadapi masalah dan mencari jalan penyelesaian.

(ii) Autonomi lawan rasa malu atau sangsi


(2-3 tahun)
•Mahu melakukan sesuatu dgn sendiri.
•Keinginan melakukan sesuatu secara bebas.
•Permulaan pembentukan perasaan keyakinan diri.
•Ibu bapa perlu bagi galakan dan dorongan dan bantu menyelesai sesuatu tugas.
•Kawalan ketat dan dendaan menyebabkan timbul perasaan ragu-ragu dan tidak gemar
mencuba sesuatu yg baru dan mencabar.

(iii) Inisiatif lawan rasa bersalah (4-5 tahun).


•Mula berinteraksi dan terdedah kpd persekitaran yg mencabar.
•Berinisiatif meneroka serta melakukan sesuatu yg baru bagi memenuhi naluri ingin tahu.
•Cuba melakukan sesuatu yg tidak setimpal dgn usianya kerana perkembangan kognitif dan
fizikal telah bertambah.
•Kritikan dan dendaan menyebabkan wujud perasaan bersalah dan tidak berinisiatif.

2.6.2 Pertengahan Kanak-kanak (6-12 tahun)

(a)Perkembangan Fizikal dan Kognitif


Menurut R. Havighurst:
•Mempelajari kemahiran fizikal utk permainan biasa.
•Membentuk sikap menjaga kebersihan badan dan konsep kendiri.
•Belajar menyesuaikan diri dgn rakan sebaya.
•Belajar bertingkah laku mengikut jantina.

•Pengalaman pembelajaran 3 M: membaca, menulis dan mengira.


•Memperoleh simpanan konsep yg mencukupi utk berfikir dan membuat keputusan dlm
kehidupan.
•Membentuk taraf moral yg tinggi.
•Mencapai kebebasan diri.
•Membentuk sikap positif terhadap kumpulan sosial dan institusi.

Berdasarkan Teori Piaget:


•Kanak-kanak lebih berupaya mengawal otot-otot kecil dgn baik.
•Pertumbuhan mata lebih baik.
•Pemikiran tidak lagi egosentrik.
•Pemusatan perhatian mula berkurangan.
•Mula faham konsep transformasi, kebalikan dan pengekalan.
•Berfikiran logik.
•Bentuk konsep ruang, kelajuan, sebab dan waktu.
•Dapat menguasai operasi siri dan boleh menaakul.

•Berupaya menggambarkan situasi yg mudah.


•Boleh menyiapkan tugasan.
•Menunjukkan ketabahan hati dan lebih teliti
•Gemar memerhati perkara dan situasi yg baru.
•Berupaya duduk dan mendengar.
•Bersikap ingin menilai.
•Mula mengambil tahu peristiwa dan tokoh sejarah.

(b) Perkembangan Sosial dan Emosi

•(b) Perkembangan Sosial dan Emosi


Berdasarkan Teori Perkembangan Psikososial
Erikson:
(iv) Industri (ketekunan) lawan rasa rendah
diri.
•Kanak-kanak berada di sekolah rendah.
•Guru dan rakan sebaya mempengaruhi perkembangan.
•Pemikiran mencapai operasi konkrit.
•Berupaya membuat transformasi dan berfikiran logik.

•Melakukan tugasan dgn penuh minat dan tekun.


•Guru dan ibu bapa perlu bimbing kanak-kanak utk pupuk sikap rajin.
•Jika dimarahi dan dikritik atau kerja tidak dihargai, kanak-kanak berasa rendah diri dan
kurang berkeyakinan pada kebolehan diri sendiri
2.6.3 Tahap Remaja (13-21 tahun)

(a)Perkembangan Fizikal dan Kognitif


Havighurst berpendapat:
•Remaja mencapai perhubungan baru dgn rakan sebaya dari kedua jantina.
•Pencapaian akil baligh membawa kpd perubahan bentuk badan.
•Menerima peranan sosial mengikut jantina.
•Mencapai kebebasan emosi dan ekonomi drp ibu bapa atau orang dewasa. Perkembangan
Fizikal dan Kognitif
•Bersedia utk pekerjaan dan menunjukkan minat utk memikul tanggung jawab.
•Mencapai satu set nilai dan sistem etika.
•Bersedia utk berkeluarga

Mengikut Teori Perkembangan Kognitif


Jean Piaget:
•Remaja mencapai akil baligh-- pecah suara, pengeluaran sperma, kedatangan haid.
•Perubahan tubuh badan.
•Bimbang jika pertumbuhan fizikal kurang sempurna.

•Dari segi mental, remaja boleh menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak.
•Mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri.
•Mengaplikasi prinsip utk menyelesaikan masalah.
•Membentuk hipotesis ketika menyelesaikan masalah.
•Skemata akan bertambah.
•Dapat melihat kaitan antara situasi yg relevan ketika menyelesaikan masalah.
•Tidak bersikap autoritarian tentang pendapatnya.
•Menerima satu set kepercayaan dan nilai.
•Dapat membezakan antara baik dan buruk.

(b) Perkembangan Sosial dan Emosi

Berdasarkan Teori Perkembangan


Psikososial Erikson:
(v) Identiti lawan kekeliruan peranan (role
confusion).
•Berusaha mewujudkan identiti dan
misifakta
SUNDAY, 24 JANUARY 2010

Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Fizikal dan Kognitif Kanak-


kanak

Oleh: Ziham Zawawi Mazlan

Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan


dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang
dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna
mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak.
Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had
keupayaan, kemampuan mental manusia sama ada pandai atau tidak.
Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan kanak-kanak, bahawa
setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-
peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu,
walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal,
kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak
ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka
berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar
perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain.
Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu
pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam
nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom
mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang
mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan
kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet
jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat
23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di
antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka
tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Gen
merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan individu serta
sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia
dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan
emosi.
Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri fizikal,
seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria serta
kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran,
khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa.
Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo
(1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan
kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di
antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.
Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan
kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan
anak yang juga cerdas pintar.
Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi,
kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula
mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.
Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia.
Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana
rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui
umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga
melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.
Misalnya; kanak-kanak yang dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh
dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Manakala
makanan yang berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak
memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.
Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan
intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya
memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang
sempurna kepada anak-anak mereka.Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam
perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan
sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan
mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak
yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-
nilai murni yang positif daripada mereka.
Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children),
perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang
melingkunginya, seperti rumah dan sekolah. Perkaitan antara ibu bapa dan rumah
dengan guru dan sekolah.
Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber
teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada
maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti
suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita
ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan
meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanak-
kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning
atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini.
Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan
pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan
cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan
melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi
dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran akan membantu
perkembangan kognitif dan psikomotor murid.
Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah
termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diisytiharkan pada
tahun 1988.
Posted by ziharusan at 08:25

0 comments:

Post a Comment
Newer Post Older Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Ketukan Jari Telunjuk

Provided by SEO guide.

Manusia Pembantu
 :=: mamam
 :=: farhani
 :=: isamudin
 :=: ainahusna
 :=: ain samiran
 :=: tong
 :=: ziharusan

Followers

Blog Archive
 ▼  2010 (10)
o ►  June (1)
 Mengapa Orang Yahudi Bijak
o ▼  January (9)
 FALSAFAH PENDIDIKAN REKONSTRUKTIVISME
 FALSAFAH PENDIDIKAN PROGRESIVISME
 FALSAFAH PENDIDIKAN EKSISTENSIALISME
 Konsep Perkembangan Kanak-Kanak
 Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak
 Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Fizikal dan ...
 Prinsip Perkembangan Kanak-Kanak
 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
 Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky

 ►  2009 (12)
o ►  December (11)
 PEMBINAAN TAMADUN JEPUN SEHINGGA MELAHIRKAN TAMAD...
 Bubble sort and Interchange sort algorithms
 Guru dapat mengembangkan dan memupuk kemahiran ber...
 Laporan Kajian Gaya Pembelajaran dengan Amalan Pen...
 The critical path analysis
 Pengaplikasian Amalan Falsafah Pendidikan Kebangsa...
 The Sheriff's Son by Charles W. Chesnutt - A criti...
 Kanak-kanak Disleksia dan Implikasinya Terhadap Pr...
 Cikgu Najib: Guru Sains yang berkaliber dan berwaw...
 Falsafah Pendidikan Karanganku
 Amalan Teori Pembelajaran Murid-Murid di Sekolah K...
o ►  January (1)
 Segamat, Johor

 ►  2008 (4)
o ►  December (4)
 Menyorot Kembali Sejarah Perkahwinan
 Sejarah perkembangan ejaan bahasa Melayu sebelum k...
 Budaya Institut Pendidikan Guru: Budaya Estetika
 Usaha untuk mempertingkatkan martabat profesion ke...

AbouView my complete profile


Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’
serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling
berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama
ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah,
adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara
ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara
perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang
dijangkakan.

D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang
berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam
keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.

Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat
diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru
berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa
berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat
organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke
peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat
kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari
awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma.

Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam
gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis
organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949)
menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global
semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang
biasa dilalui oleh kanak-kanak.
<!--[if !supportLists]-->1.1 Ciri-ciri Perkembangan Individu<!--[endif]-->

Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-ciri


perkembangan yang penting adalah seperti berikut:

<!--[if !supportLists]-->· Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku


akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dengan
pembelajaran.<!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->· Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani,


emosi, mental dan sosial. Ringkas kata, perubahan itu bersifat
kualitatif.<!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->· Perubahan-perubahan itu adalah dari segi


fungsi.<!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->· Proses perkembangan membawa perubahan ke arah


sifat-sifat yang sejagat serta mengikut aturan semula jadi. Contohnya,
seseorang kanak-kanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak,
duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari.<!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->· Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat


seseorang individu<!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->· Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan


yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan
tertentu.<!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->· Peringkat-peringkat perkembangan membawa


perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan.<!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->· Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan


persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala
persekitaran akan menolong perkembangan mencapai tahap yang
maksimum.<!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->1.2 Prinsip-prinsip Perkembangan<!--[endif]-->

Berikut adalah prinsip-prinsip perkembangan;

<!--[if !supportLists]-->· Ada arah tertentu yang dapat diramalkan:<!--


[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->- Arah dari kepala ke kaki


(cephalocaudal)<!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->- Arah dari tengah ke tepi


(proximodistal)<!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->· Susunannya adalah serupa bagi semua ahli: ada


yang dahulu dan ada yang kemudian, tapi urutan tidak berubah.
Contohnya: duduk sebelum berdiri atau berdiri sebelum berjalan.<!--
[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->· Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan


tertentu iaitu mulanya umum kemudian khusus.<!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->· Berlaku secara berterusan iaitu perkembangan


berlaku dari detik masa fertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke
peringkat kematian.<!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->· Berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau


berterusan tetapi beberapa aspek perkembangan pada satu organisma
mungkin berbeza.<!--[endif]-->
<!--[if !supportLists]-->· Perkembangan satu bahagian saling berhubung
dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara
kematangan jasmani dan kematangan mental.<!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->· Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak


semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur
yang sama.<!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->· Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu


peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan
seterusnya.<!--[endif]-->

Proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi
perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-perubahan tersebut
melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti.
Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses
penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di


dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:

 Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti;


 Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal;
 Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan
kognitif;
 Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.

<!--[if !supportLists]-->1.3 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget<!--


[endif]-->
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan
kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran
tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-kanak membina
pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini
berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran
fizikalnya.

Untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses ini, Piaget memperkenalkan
4 konsep utama:

 Skema (Schema)
 Penyerapan (Assimilation)
 Pengubahsuaian (Accomodation) dan
 Keseimbangan (Equilibrium)

Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu


mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.

Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail
mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan
semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu
semakin diperhalusi.

Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun


dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah
menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya
akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum
dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana
hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.

Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan


maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang
sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada.
Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat
dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin
membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku
adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.

Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta


perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai
dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika
maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau
diubahsuai.

Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah
suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman
baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada.
Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap
pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.

Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak


menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila
seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke
dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya,
jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui
pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu
dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara
berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.

Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan


kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut
perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat
sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.

 Peringkat Sensori Motor (0 – 2 tahun)


Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk
memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan selama
dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam
persekitarannya. Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang
yang mudah. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan
gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek
yang dapat dilihat dalam persekitarannya.

 Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)

Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan


sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh
bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan
kognitifnya kian menjadi pesat.

Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa


dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong
kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan
memahami konsep keabadian bilangan.

 Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun)

Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses


kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-
kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa.
Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat
menguasai konsep masa dan kelajuan.

Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit


sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak.
Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam
peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung
kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.
 Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)

Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah
yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif,
dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta
membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja
juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan
konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta
menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik

You might also like