You are on page 1of 33

Topik 7 X Kawalan

Sosial dan
Devians
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan devians;
2. Menerangkan punca devians;
3. Menghuraikan teori-teori tentang devians;
4. Menjelaskan maksud jenayah;
5. Menerangkan jenis-jenis jenayah;
6. Membezakan kawalan sosial formal dan tidak formal; dan
7. Menghuraikan sistem pencegahan jenayah.

X PENGENALAN
Baru-baru ini, kadar jenayah di Malaysia semakin meningkat dan menjadi-jadi.
Sering terpampang di muka akhbar berita tentang kes ragut, penculikan kanak-
kanak, penderaan pembantu rumah dan sebagainya. Sebagai manusia, sudah
tentu kita akan tergamam memikirkan kerenah manusia yang sanggup
menyalahi undang-undang dan melanggar peraturan masyarakat.

Sebagai ahli sosiologi, sudah tentu pandangan kita tentang jenayah dan devians
akan berbeza. Ahli sosiologi tidak bertindakbalas secara emosional terhadap
jenayah dan devians, tetapi melihatnya sebagai fenomena sosial yang seharusnya
dikaji dan diterangkan secara objektif dan saintifik.
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS W 121

7.1 DEVIANS
Kebanyakan manusia yang diasuh secara normal akan menjadi ahli masyarakat
yang berguna dan mempunyai kesedaran sivik. Akan tetapi, segelintir manusia
mungkin terjebak ke dalam kancah jenayah atau memperlihatkan tingkahlaku
devians. Sebarang perbuatan atau tingkahlaku yang menyimpang daripada
norma sosial yang diterima umum boleh dianggap sebagai devians. Bahagian ini
akan mengupas maksud devians, memberikan penjelasan tentang devians
daripada pelbagai sudut, serta mengutarakan beberapa teori popular tentang
devians.

7.1.1 Takrif Devians


Mengikut ahli sosiologi, devians merujuk kepada:

Sebarang tingkahlaku yang bercanggah dengan norma, tidak kira sama ada
perbuatannya kecil seperti melanggar had kelajuan memandu atau kepada
yang lebih berat seperti membunuh.

Howard S. Becker (1966) mengatakan bahawa „bukan tingkahlaku tetapi reaksi


kepada tingkahlaku itu yang membuat sesuatu itu dipanggil devians.‰

Ada tingkahlaku yang diterima sebagai devians dalam satu masyarakat dan
tidak pula dalam masyarakat lain. Contohnya, tidak ada masyarakat yang boleh
terima tingkahlaku seperti membunuh dan mencuri. Sebaliknya, minum
minuman alkohol dianggap devians dalam masyarakat Islam tetapi tidak dalam
masyarakat barat. Walaupun terdapat norma yang berbeza daripada satu
masyarakat kepada masyarakat lain tetapi semua masyarakat ada norma dan
semua masyarakat akan menerima hukuman mereka yang mencabuli norma
yang penting. Namun demikian dalam semua masyarakat ada ahlinya yang akan
melakukan devians yang berat. Mengapa?

SEMAK KENDIRI 7.1

Berikan definisi devians serta berikan dua contoh.


122 X TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS

7.1.2 Punca Devians


Mengapakah manusia melibatkan diri dalam tingkahlaku yang bercanggah
dengan norma? Bagaimanakah kita menerangkan tingkahlaku devians?

Mengikut penjelasan secara fisiologi atau biologi, tingkahlaku devians berpunca


daripada sejenis fizikal yang pincang tugas atau pelik atau diwarisi dan berada
dalam gen. Manakala penerangan secara psikologi pula mengatakan bahawa
tingkahlaku devians adalah luahan masalah psikologi atau sifat sahsiah yang
luar biasa. Masalah atau sifat tersebut dikatakan berpunca daripada pengalaman
individu bersama ahli keluarganya dan mereka yang berada dalam kedudukan
yang boleh mempengaruhi perkembangan psikologi individu tersebut.

Daripada sudut psiko-sosial pula, mereka melihat bagaimana individu


dipengaruhi oleh pemikiran dan tingkahlaku orang disekelilingnya. Mereka ini
adalah orang yang sering kita bertemu di sekolah, tempat kerja dan jiran
tetangga. Sudut psikologi melihat tingkahlaku devians sebagai terdapat
kekurangan dalam sahsiah seseorang tetapi aspek psiko-sosial pula menekankan
bahawa tingkahlaku devians dipengaruhi oleh rakan sebaya. Akhir sekali sudut
sosiologi pula mengkaji cara bagaimana sebuah masyarakat dibentuk dan
desakan yang diletakkan ke atas ahlinya. Penjelasan ini menggambarkan bahawa
faktor yang menyumbang kepada tingkahlaku devians ini sebenarnya terletak di
luar kawalan seseorang individu atau kumpulan yang melakukannya. Dalam erti
kata lain mereka yang melakukan devians ini boleh dianggap sebagai mangsa
keadaan.

7.1.3 Penjelasan Secara Fisiologi


Seorang devians dikatakan mempunyai sesuatu tingkahlaku yang berlainan
daripada orang lain. Mengapakah ini berlaku? Ada yang mengatakan bahawa
terdapat hubungan di antara fisiologi dan tingkahlaku devians dalam beberapa
aspek. Contohnya, kerosakan kepada otak manusia yang berpunca daripada
lanjut usia atau penderaan secara alkohol juga boleh mengakibatkan manusia
bertindak luar biasa. Ini ternyata pada mereka yang mengidap penyakit
Alzheimer dan alcoholic psychosis. Terdapat petunjuk bahawa sesetengah
manusia mewarisi ketagihan alkohol. Namun begitu penjelasan dari aspek
fisiologi terhadap kebanyakan tingkahlaku devians masih tidak kukuh.

Ahli sosiologi dan sosial sains yang lain masih tidak berapa setuju tentang
penjelasan fisiologi. Mereka beranggapan bahawa penjelasan tentang
tingkahlaku devians perlu mengambil kira proses pemikiran manusia. Manusia
mempunyai rakan, sahabat handai, dan kenalan di mana tingkahlaku mereka
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS W 123

boleh juga mempengaruhi seseorang. Sekiranya faktor fisiologi ada sedikit


sebanyak menyumbang kepada tingkahlaku devians, maka berkemungkinan
juga faktor-faktor lain yang bukan fisiologi juga memainkan peranan dalam
membentuk tingkahlaku devians seseorang.

SEMAK KENDIRI 7.2

Huraikan penjelasan devians secara fisiologi dan berikan satu


contoh.
 

7.1.4 Penjelasan Secara Psikologi


Bagaimanakah psikologi mempengaruhi tingkahlaku devians?

Sigmund Freud banyak menerangkan tentang pengaruh psikologi keatas


tingkahlaku devians seseorang. Mengikut Freud, sakit mental berpunca daripada
konflik dalaman yang kemudiannya mempengaruhi individu untuk bertindak
melawan norma sosial.

Ramai pengkaji psikologi mengikut pemikiran Freud dan mereka cuba


mengenalpasti sifat-sifat orang yang devians dan yang bukan devians.
Contohnya, ada pengkaji yang mengatakan bahawa alkoholisme adalah sejenis
penyakit, berkemungkinan diwarisi dan ini menyokong penjelasan secara
fisiologi. Manakala ada yang mengatakan bahawa alkoholisme adalah sejenis
„sifat alkoholik‰ yang tersendiri. Mereka juga telah membuat kesimpulan
tentang wujudnya sifat-sifat ini. Walau bagaimanapun sifat-sifat ini ada juga
terdapat pada mereka yang bukan alkoholik.

Penjelasan secara psikologi ini dikatakan tidak membezakan individu yang


devians dengan individu yang bukan devians. Contohnya, pesakit mental telah
ternyata wujud dikalangan penjenayah dan dikalangan yang bukan penjenayah.

Penjelasan secara psikologi untuk tingkahlaku devians adalah terhad kepada


rujukan yang mengatakan bahawa ia berlaku dalam pemikiran individu sahaja.
Penjelasan ini tidak mencukupi disebabkan ia tidak mengambil kira kepentingan
pengaruh sosial keatas tingkahlaku devians.
 
124 X TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS

SEMAK KENDIRI 7.3

Huraikan penjelasan devians secara psikologi dan berikan satu contoh.

7.1.5 Penjelasan Secara Psikososial


Bagaimanakah ahli psiko-sosial menerangkan tentang tingkahlaku devians?

Individu sering dikelilingi oleh manusia dan manusia ini juga peka terhadap
tingkahlaku individu tersebut. Penjelasan secara psiko-sosial mengambil kira
kepekaan individu terhadap persekitaran sosialnya. Penjelasan ini
mencadangkan bahawa orang lain menolong membentuk tingkahlaku individu
yang didefinisikan sebagai devians.

Ahli sosiologi yang berminat mengkaji tentang jenayah dan juvenile delinquency
sering fokus kepada mereka yang terlibat dengan tingkahlaku devians. Mengikut
teori differential association, individu yang melibatkan diri dengan tingkahlaku
devians sudah biasa berinteraksi dan berkomunikasi dengan individu lain yang
sudah bertingkahlaku demikian contohnya, penggunaan dadah marijuana.

Howard S. Becker (1963) dalam kajiannya melaporkan bahawa tingkahlaku


devians tidak semestinya memerlukan penggerak psikologi untuk melibatkan
diri dalam tingkahlaku tersebut. Beliau mengatakan bahawa sebaliknya juga
boleh berlaku. Seorang individu mungkin berkeinginan untuk melakukan
sesuatu tingkahlaku dan kemudiannya ini menjadi penggerak untuk beliau
lakukanya lagi. Individu digalakkan untuk mengambil marijuana setelah
berkenalan dengan penagih yang berpengalaman. Individu tersebut mungkin
setuju untuk mencuba atas sifat ingin tahu. Seseorang yang tidak pernah
mengambil dadah mesti terlebih dahulu diajar cara mengambilnya; diambil
dalam keadaan yang paling sesuai, dan keadaan sensasi yang akan dirasai.
Pengambil dadah yang baru ini perlu diajar menginterpretasikan sensasi yang
akan dirasai sebagai kenikmatan.

Seorang individu mungkin perlu mencuba beberapa kali bersama penagih dadah
yang berpengalaman sebelum mempelajari kesan kenikmatannya. Selepas
jangkamasa percubaan ini, individu itu akan terus berhubung dengan pembekal
dan juga penagih yang lain. Ini dilakukan secara berselindung memandangkan
perbuatan ini adalah menyalahi undang-undang. Seseorang yang ada hubungan
dengan penagih marijuana atau seseorang yang berhubung dengan mereka yang
mengutuk tingkahlaku tersebut, berkemungkinan tidak akan mencuba
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS W 125

mengambil marijuana. Kajian Becker telah menonjolkan kepentingan peranan


kumpulan dalam menggalakkan tingkahlaku devians. Penjelasan yang
memfokus sahaja kepada ciri-ciri psikologi pengambil marijuana akan terlepas
pandang faktor penting ini.

Teori containment pula cuba menjawab soalan ini: Mengapakah banyak


tingkahlaku devians berlaku dalam masyarakat? Mengikut teori containment
manusia dikawal oleh faktor dalaman dan luaran kepada keinginan melakukan
tindakan devians. Kawalan luaran seperti peraturan masyarakat terhadap
tingkahlaku dan institusi yang menguruskan kawalan tersebut. Kawalan
dalaman pula berada dalam diri individu itu sendiri. Ini adalah hasil daripada
pengalaman sosialisasi yang dilalui bersama keluarga, pendidikan dan agama
dan kesemua ini melengkapkan individu itu dengan keupayaan mengawal diri
sendiri. Individu yang melibatkan diri dengan tingkahlaku devians dikatakan
mempunyai kelemahan mengawal diri sendiri atau ketiadaan peraturan
masyarakat yang jelas dan tekanan sosial untuk mengawal tingkahlaku tersebut.

Teori pengawalan (Control theory) juga menekankan bahawa tingkahlaku


devians berlaku disebabkan ketiadaan pengawalan sosial atau kekangan yang
lain terhadap tingkahlaku tersebut. Teori ini menganggap bahawa terdapat
kelemahan dalam sifat manusia yang akan membawanya untuk bertindak dalam
cara yang kurang „baik‰ dan adalah perlu untuk dikawal cara yang kurang
„baik‰ ini sekiranya masyarakat ingin berfungsi. Ahli sains sosial yang
menyokong teori ini mempunyai anggapan yang berlainan tentang dari mana
wujudnya sumber pengawalan penting ini.

Ada juga penjelasan psiko-sosial yang mencadangkan bahawa tingkahlaku


devians adalah hasil daripada pengukuhan sosial. Mengikut pengukuhan sosial,
manusia merupakan spesies yang bermotivasi secara psikologi untuk mencari
keseronokan dan mengelakkan daripada kesakitan. Namun begitu, tingkahlaku
mereka dibentuk oleh pengalaman silam. Sekiranya individu merasa bahawa
ganjaran daripada tingkahlaku devians adalah lebih baik daripada hukuman
yang akan diterimanya maka ada kemungkinan individu tersebut akan
melibatkan diri dalam tingkahlaku tersebut. Individu yang melakukan jenayah,
melibatkan diri dalam penggunaan dadah, atau membunuh diri melakukan
tindakan-tindakan ini kerana tindakan tersebut telah diperkukuhkan dalam
mindanya sebagai satu keinginan untuk melakukannya, setelah mengira
hukuman dan ganjaran yang bakal diterimanya. Penjenayah atau penagih dadah
mungkin mendapati bahawa tingkahlaku devians lebih menguntungkan
sehingga mereka sanggup memulakan atau mengulanginya.

Penjelasan psiko-sosial mengambil kira tingkahlaku manusia dalam persekitaran


sosialnya dan kepentingan pengaruh sosial tersebut. Namun demikian,
126 X TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS

penjelasan psiko-sosial ada kelemahannya. Terdapat pelbagai bentuk devian di


mana penjelasan tersebut tidak dapat diaplikasikan. Contohnya, dalam kes
pembunuhan, seorang individu telah membunuh kawannya dengan tidak
sengaja. Pembunuh selalunya tidak pernah mempunyai hubungan dengan
pembunuh lain dan ia juga tidak pernah melakukan pembunuhan.

Begitu juga dengan penjelesan teori containment yang menekankan kepada


„mengikut gerak hati‰. Misalnya, seorang perniaga yang berumur pertengahan
tahun, berjaya dalam hidup, mempunyai keluarga yang dihormati oleh ahli
masyarakat diatas penglibatannya dalam kerja-kerja amal dengan tiba-tiba
membunuh isterinya dan kemudian membunuh dirinya. Bagaimanakah kita
menjelaskan tindakan yang mengejutkan ini walhal perniaga tadi merupakan
orang yang sangat dihormati?

Teori tingkahlaku devians yang menekankan kepentingan pengukuhan


(ganjaran dan hukuman) tidak mempunyai sokongan empirikal. Teori ini
berkemungkinan digunakan setelah ă „Dia melakukan perkara tersebut
disebabkan ganjaran.‰ Maka teori sedemikian tidak boleh digunakan untuk
meramalkan siapakah yang akan melibatkan diri dalam tingkahlaku devians,
memandangkan manusia berbeza pandangan tentang apa yang mereka anggap
sebagai ganjaran.

Namun demikian, penjelasan psiko-sosial adalah lebih luas dan merangkumi


lebih banyak faktor mengenai tingkahlaku devians daripada penerangan yang
hanya menjelaskan aspek psikologi sahaja. Namun begitu, ahli sosiologi
mengatakan bahawa penjelasan psiko-sosial masih tidak mampu menjelaskan
dengan baik. Mereka mencadangkan bahawa ciri-ciri sesebuah masyarakat itu
sendiri berkemungkinan membuatkan tingkahlaku devians „normalÊ. Penjelasan
sosiologi yang akan mengemukakan ciri-ciri masyarakat tersebut.

SEMAK KENDIRI 7.4

Huraikan penjelasan devians secara psiko-sosial dan berikan satu


contoh.

7.1.6 Penjelasan Secara Sosiologi


Apakah pandangan ahli sosiologi mengenai devians? Penjelasan sosiologi yang
paling tepat tentang tingkahlaku devians adalah teori yang dikemukakan oleh
Robert Merton (1957) iaitu teori opportunity structure. Ia mengatakan
masyarakat Amerika meletakkan penekanan yang lebih kepada kebendaan.
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS W 127

Beliau melihat kejayaan adalah sebagai matlamat budaya yang diterima oleh
masyarakat umum. Jarang kita mendengar individu yang tidak mempunyai
minat untuk menikmati ekonomi yang lebih baik atau individu yang berstatus
tidak berminat menjaga kedudukan ekonominya.

Merton menerangkan bahawa bersama dengan matlamat budaya kejayaan


kebendaan, ada terdapat cara bagaimana hendak mengejar matlamat ini. Ini
termasuklah cara bekerja, menabung dan melabur. Kebanyakan manusia
mendapat peluang ke atas cara-cara ini dan menggunakan peluang ini untuk
meraih kejayaan kebendaan. Tetapi apa akan berlaku sekiranya cara dan
matlamatnya tidak sepadan?

Mengikut pandangan Merton, ini akan membuka ruang untuk individu


melibatkan diri dengan menyesuaikan cara (mode of adaptation) yang boleh
membawa kepada tingkahlaku devians. Contohnya, manusia boleh memilih
„cara penyesuaian‰ (mode of adaptation) yang dipanggil inovasi ă misalnya,
mencetak wang palsu. Maka sebuah masyarakat yang budayanya mementingkan
kejayaan kebendaan tetapi hanya memberi sebahagian daripada ahli
masyarakatnya peluang untuk menikmatinya maka kita boleh menjangka dalam
masyarakat tersebut tingkahlaku devians seperti mencuri, menyamun, melacur
dan berbagai jenis jenayah akan wujud.

Ada juga manusia apabila berdepan dengan situasi dimana mereka tidak dapat
menikmati kejayaan kebendaan disebabkan tidak diberi peluang untuk
memilikinya, mereka akan menjadi putus asa lalu menolak kedua-duanya. Cara
ini dipanggil retreatism. Seterusnya mereka akan mengubah gaya hidup mereka
kepada bergelandangan (vagrant), dan ini dilakukan melalui pengambilan dadah
atau membunuh diri. Retreatism membuat seseorang itu melarikan diri daripada
kehidupan sebenar yang dilihatnya sebagai tiada jalan penyelesaian kepada
masalahnya.

Kontras kepada retreatism ialah „cara menyesuaian‰ yang disebut oleh Merton
sebagai pemberontakkan (rebellion). Ini melibatkan penciptaan matlamat dan
cara baru untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat ini berkemungkinan
berlainan atau bertentangan dengan cara yang diterima oleh masyarakat umum.
Manusia yang menumpukan kehidupan mereka kepada merevolusikan
organisasi atau mengubah pergerakan masyarakat, mereka ini dikatakan
melakukannya melalui pemberontakan.

Akhir sekali, Merton mengatakan bahawa terdapat satu lagi „cara penyesuaian‰
yang dipanggil ritualisme. Seorang individu berpandangan bahawa matlamat
untuk mencapai kejayaan kebendaan sebagai sesuatu usaha yang tidak mungkin
tercapai. Namun begitu, beliau tidak akan berputus asa. Beliau akan cuba
128 X TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS

menghadapinya dengan berusaha setiap hari dengan memberi rational bahawa


usahanya akan berbaloi. Tetapi terdapat sesetengah pekerjaan yang tidak
membayar gaji yang tinggi dan tiada ganjaran apa-apa. Sekiranya beliau ingin
juga terus berusaha maka usahanya adalah juga tidak berbaloi.

Merton juga mengatakan bahawa memandangkan setengah manusia tidak


mampu untuk menggunakan cara yang diterima oleh masyarakat untuk
mencapai kejayaan kebendaan maka mereka tidak mempunyai sebarang sebab
untuk melibatkan diri dalam tingkahlaku devians. Manakala ada setengah
manusia pula, laluan untuk mendapatkan kejayaan kebendaan merupakan satu
masalah. Keadaan ini telah menimbulkan tekanan kepada mereka sehingga
meletakkan mereka dalam keadaan „cara penyesuaian‰ yang mungkin
bertentangan dengan norma sosial masyarakat. Kebanyakan tingkahlaku devians
berpunca daripada hilang kawalan dalaman dalam diri manusia sendiri.
Puncanya juga berada dalam ciri-ciri masyarakat tersebut. Sekiranya kita ingin
mengurangkan tingkahlaku devians maka masyarakat perlu melalui satu
perubahan.

Analisis Merton sungguh menarik. Ia memperlihatkan konteks yang lebih luas


untuk memahami peranan faktor psiko-sosial yang menimbulkan tingkahlaku
devians. Namun begitu kritik mengatakan bahawa penjelasannya tidak
memberitahu kita mengapa setengah manusia memilih sesuatu „cara
menyesuaian.‰ Mengapakah di Amerika terdapat ramai pencuri dan sedikit
pemimpin revolusi? Mengapakah ada setengah manusia yang berpengaruh,
mempunyai peluang untuk mendapatkan cara mencapai kejayaan kebendaan
masih melakukan jenayah kewangan? Dan bagaimanakah kita boleh
memperjelaskan tingkahlaku jenayah dikalangan eksekutif korporat?

Teori Merton nampaknya mempunyai kecenderungan terhadap tingkahlaku


devians yang ditonjolkan dengan cara individu diketepikan dan ditindas.
Teorinya juga lebih sesuai dalam keadaan sosial dan budaya di Amerika. Namun
demikian, Merton telah banyak menyumbang kepada pengkayaan pemikiran
sosiologi tentang asal usul tingkahlaku devians.

SEMAK KENDIRI 7.5

Huraikan secara ringkas 4 penjelasan tentang tingkahlaku devians.

 
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS W 129

7.1.7 Teori Tentang Devians


Devians boleh mempunyai kesan positif dan negatif terhadap fungsi dan
keupayaan manusia untuk terus hidup. Kita bertanya mengapakah ada manusia
yang melanggar peraturan sosial? Mengapakah ada tingkahlaku yang
didefinisikan sebagai devians? Dan mengapakah kejadian devians berbeza
daripada satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain dan satu masyarakat
kepada satu masyarakat yang lain? Soalan-soalan beginilah yang menarik
perhatian ahli sosiologi.

Kita perlu memikir bahawa untuk memahami tingkahlaku manusia, termasuk


tingkahlaku devians, kita perlu memasukkan faktor-faktor biologikal dan
sosiologikal bersama faktor-faktor sosial. Contohnya, kedua-dua faktor biologi dan
psikologi banyak menyumbang kepada pemahaman kita tentang schizophrenia,
sejenis penyakit mental yang menyerang satu peratus populasi di Amerika. Kajian
telah menunjukkan bahawa di antara kembar siam (yang berkongsi 100% gen),
sekiranya seorang kembar berpenyakit schizophrenia, terdapat 50% kemungkinan
kembar seorang lagi akan mengidap penyakit yang sama.

Namun begitu pemahaman terhadap faktor-faktor biologikal dan psikologikal


tentang schizophrenia tidak akan memberi kita gambaran sepenuhnya tentang
penyakit tersebut. Kita perlu mengambil kira faktor-faktor sosiologikal. Cuba
kita perhatikan contoh ini, seorang lelaki yang tinggal di Ozark Mountain di
Amerika mendapat bayangan di mana Tuhan sedang bercakap denganya dan
dia pun mula berdakwah kepada jiran dan saudara maranya. Ada orang yang
mengatakan dia menerima wahyu. Reputasinya sebagai nabi dan dukun mula
merebak luas tetapi apabila dia memasuki bandar St Louis dan cuba
mengadakan perjumpaan dan menyebabkan kesesakan lalulintas dalam bandar
tersebut dan kemudian dia ditangkap. Apabila lelaki itu menerangkan kepada
pegawai polis tentang perbualannya dengan Tuhan, mereka membawa lelaki
tersebut ke hospital sakit jiwa di mana pakar psikiatri mengatakan lelaki tersebut
mengidap penyakit schizophrenia dan dia dimasukkan kedalam wad. Peristiwa
ini mengingatkan kita bahawa devians bukanlah tingkahlaku yang diwarisi
tetapi ia adalah tingkahlaku yang diberikan oleh definisi sosial.

Seterusnya kita akan membincangkan 5 teori spesifik tentang devians yang


muncul daripada beberapa perspektif iaitu anomie, budaya transmisi, konflik,
label, dan teori pengawasan (control theory).

(a) Teori Anomie


Mengikut Emile Dukheim, devians boleh dijadikan fungsi dalam sebuah
masyarakat, tetapi pada masa yang sama devians juga boleh membuat
sebuah masyarakat kurang berfungsi. Beliau mengemukakan anomie iaitu
130 X TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS

sebuah situasi sosial di mana manusia mendapati sukar untuk


menyesuaikan tingkahlaku mereka dengan norma yang mereka anggap
lemah, tidak jelas, atau bercanggah. Durkheim menegaskan bahawa
anomie berlaku apabila jangkaan individu tentang ganjaran dan
penghargaan tidak sama dengan apa yang mereka terima. Contohnya,
semasa kerubut emas (gold rush), ramai yang percaya bahawa mereka
boleh menjadi kaya serta merta. Norma yang mengikat manusia kepada
kehidupan yang konvensional menjadi lemah dan ini mengakibatkan
setengah daripada mereka meninggalkan keluarga dan pekerjaan,
merantau jauh dalam mencari kekayaan. Mereka mula membina sebuah
komuniti yang bukan tradisional, yang menggalakkan jenayah, keganasan,
pelacuran, dan gangguan awam. Begitu juga dengan keadaan apabila
sebuah ekonomi runtuh dan hanya terdapat sedikit peluang pekerjaan dan
ganjaran yang biasa diterima tetapi tidak lagi dinikmati. Maka norma yang
mengawal pekerjaan dan kehidupan manusia mula lemah dan devians
termasuk jenayah mungkin akan terjadi.

SEMAK KENDIRI 7.6


Huraikan teori anomie dan berikan satu contoh.

(b) Teori Structural Strain


Robert K. Merton mengutarakan teori Structural Strain yang diadaptasi
daripada teori anomie dan mengaitkannya kepada kehidupan rakyat di
Amerika. Beliau mengatakan bahawa kebanyakan rakyat Amerika
memandang kekayaan duniawi sebagai matlamat budaya mereka. Walau
bagaimanapun hanya beberapa cara sahaja yang boleh diterima pakai
untuk mencapai matlamat ini, lazimnya melalui pendidikan yang tinggi
dan mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan merupakan cara yang
paling diterima. Ini tidak menjadi masalah sekiranya kesemua rakyat
Amerika mendapat peluang untuk memasuki institusi pendidikan dalam
mencari kejayaan kebendaan tetapi ini bukanlah keadaan yang sebenar.
Mereka yang tergolong dalam kumpulan miskin dan minoriti mendapati
diri mereka tidak berkesempatan untuk menerima pendidikan formal dan
mengecapi sumber ekonomi.

Mereka yang memegang matlamat kejayaan kebendaan ini tetapi tidak


mendapat peluang untuk memperolehinya akan didorong oleh Structural
Strain untuk menggunakan cara yang tidak konvensional. Mereka
mendapati kesukaran untuk menggunakan cara yang konvensional dalam
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS W 131

memburu matlamat kehidupan mereka. Satu cara dalam mengatasi


dilemma ini ialah dengan melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya
termasuk cara haram dan jenayah.

Merton menekankan bahawa kekurangan peluang dan keinginan yang


tinggi untuk kebendaan tidak mencukupi untuk menghasilkan tarikan
kepada perbuatan devians. Sebuah masyarakat yang mempunyai sistem
kelas yang tegar, atau struktur caste mungkin mengalami kekurangan
peluang dan pada masa yang sama menyanjung kemewahan seperti dalam
sistem feudal. Apabila wujud sebuah masyarakat yang menyanjung
kemewahan sebagai tanda kejayaan dan pada masa yang sama menyekat
peluang ramai rakyat daripada mendapat kemudahan mencapai kejayaan
tersebut maka ini akan membawa kepada kemungkinan wujudnya
tingkahlaku yang antisosial.

Merton mengenalpasti lima respon kepada dilemma tingkahlaku devians,


empat daripadanya menjurus kepada cara penyesuaian anomie (sila lihat
Jadual 7.1):

Jadual 7.1: Lima Respon kepada Dilema Tingkahlaku Devians

1 Keakuran Keakuran terdapat dalam masyarakat di mana ahlinya menerima


(conformity) kejayaan kebendaan sebagai matlamat budaya dan juga wujud cara
untuk mencapai matlamat tersebut. Tingkahlaku sedemikian
merupakan asas yang kukuh kepada fungsi masyarakat yang maju.
2 Inovasi Inovasi merujuk kepada ahli masyarakat yang memegang kukuh
(innovation) budaya yang menekankan kepada kejayaan matlamat. Akan
tetapi, disebabkan cara untuk mencapainya tidak ada, maka
mereka berusaha mencapai matlamat mereka dengan cara
inovatif. Mereka akan melibatkan diri dalam pelacuran, mengedar
dadah, menipu, merompak atau mengugut untuk mendapatkan
wang dan memperolehi simbol kejayaan.
3 Ritualisme Dalam ritualisme, individu menolak matlamat kejayaan tetapi
(ritualism) mengekalkan cara untuk mencapainya. Manusia melalui
pengalaman ini tanpa mempercayai prosesnya. Contohnya,
seorang birokrat yang menjalankan tugas sehariannya dan pada
masa yang sama menolak idea kenaikan pangkat. Begitu juga,
seorang pelajar universiti percaya bahawa kehidupan di universiti
adalah tidak bermakna, pengalamannya mendukacitakan,
matlamat untuk mencapai kejayaan ekonomi juga tidak akan
terlaksana. Namun demikian, disebabkan oleh kehendak keluarga
atau tidak ada jalan lain, maka dia terpaksa melalui kehidupan di
universiti sehingga tamat pengajiannya.
132 X TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS

4 Retreatisme Retreatisme merupakan respon di mana kedua-dua cara dan


(retreatism) matlamat yang ingin dicapai ditolak tanpa mencuba norma baru.
Contohnya, penagih dadah dan gelandangan yang dibiarkan
tercicir daripada masyarakat.
5 Memberontak Terdapat individu yang menolak matlamat budaya dan juga cara
(rebellion) mencapainya dan menggantikannya dengan norma baru.
Individu tersebut mengalih kesetiaannya daripada kumpulan
sosialnya dan memindahkannya kepada kumpulan baru dengan
ideologi baru. Contoh yang tepat mengenai cara penyesuaian ini
ialah pergerakan militia dan sosialisme radikal.

Ahli sosiologi mengaplikasikan teori Structural Strain dalam banyak masalah.


Contohnya, Albert Cohen (1955) mendapati kanak-kanak lelaki daripada kelas
bawahan gagal dalam persekitaran sekolah yang sederhana, yang memberi
ganjaran kepada kemahiran bertutur, kemas dan keupayaan untuk mengelak
daripada melakukan perkara yang tidak diingini. Kanak-kanak lelaki ini akan
berkumpul bersama dan menubuh geng juvenile di mana mereka akan tonjolkan
diri mereka sebagai „macho,‰ „street smart,‰ dan „troublemaking‰ ă cara yang
menunjukan kejayaan mereka.

Ahli sosiologi lain pula menambah bahawa devians menjadi lebih ketara apabila
ekonomi menjadi institusi utama sesuatu masyarakat dan juga status sosial
seseorang itu bergantung kepada pencapaiannya dalam peranan ekonomi. Tahap
jenayah adalah lebih tinggi terutamanya dalam masyarakat di mana ahlinya
bergantung kepada bekerja sebagai sumber hidup mereka. Sebaliknya dalam
masyarakat yang menjanjikan pendapatan yang sederhana, tidak kira sama ada
ahlinya bekerja atau tidak, maka tahap jenayahnya adalah kurang.

SEMAK KENDIRI 7.7

Huraikan teori structural strain dan berikan satu contoh.

(c) Teori Budaya Transmisi (Cultural Transmission Theory)


Teori ini menerangkan bahawa tingkahlaku devians boleh dipindahkan
dari satu generasi kepada generasi yang lain. Ahli sosiologi mendapati
tingkahlaku delinkuen dan jenayah adalah sebahagian daripada hasil
keadaan ekonomi dan boleh dipindahkan daripada satu generasi juvana
kepada generasi lain. Apabila sekumpulan etnik berpindah ke dalam
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS W 133

sebuah kawasan baru maka anak-anak mereka akan mempelajari corak


delinkuen daripada kanak-kanak yang terdapat di kawasan tersebut.
Ahli sosiologi, James Orcutt, mendapati bahawa berkawan dengan rakan
yang menghisap marijuana dan mempunyai sikap penerimaan yang positif
terhadap marijuana adalah peramal yang kukuh terhadap pengambilan
marijuana. Ini menyokong cadangan teori Sutherland. Kajian oleh Haynie
(2001) pula menunjukkan bahawa impak daripada pengaruh rakan yang
delinkuen adalah lebih kuat ke atas individu berbanding sekiranya
individu itu popular dan menjadi perhatian kumpulannya dan di mana
tahap hubungan individu dan rakan dalam kumpulannya adalah tinggi.

(d) Teori Differential Association


Mengikut Edwin H. Sutherland, teori differential association menekankan
peranan interaksi sosial dalam mencorakkan tingkahlaku dan sikap
manusia. Beliau mengatakan bahawa individu belajar devians dalam
kumpulan devians yang mereka sertai. Mereka bukan sahaja belajar
menjadi devians, contohnya bagaimana memukul orang dan bagaimana
mengambil marijuana tetapi juga tentang sikap yang bersesuaian dengan
devians.

Apabila keluarga berpindah ke kawasan baru untuk mengelak anak


mereka daripada terpengaruh oleh unsur-unsur negatif dalam kawasan
asal mereka, keluarga ini sedang mengaplikasikan teori differential
association.

(e) Teori Konflik


Apakah yang ingin disampaikan oleh teori konflik? Teori ini mengutarakan
soalan yang penting, „Kumpulan manakah yang mampu menukarkan
nilai-nilainya kepada peraturan dalam sesebuah masyarakat dan
memastikan peraturan ini kekal?‰

Mengikut pemikiran aliran Marxisme, kelas kapitalis mengeksploitasi dan


mengambil hak rakyat jelata tetapi terhindar daripada hukuman jenayah
yang dilakukannya. Individu yang menjadi mangsa daripada perbuatan ini
akan didorong oleh pergelutan untuk terus hidup akan bertindak dan
tindakan ini dilihat oleh kelas kapitalis sebagai tindakan jenayah. Marxist
berpandangan bahawa perbuatan devians seperti alkoholisme,
penyalahgunaan dadah, sakit mental, keganasan rumahtangga, perbuatan
seksual yang tidak bermoral dan pelacuran sebagai hasil daripada
keruntuhan dan perpecahan yang berpunca daripada penindasan dan
eksploitasi ke atas kaum miskin, wanita dan Afrika Amerika atau kaum
minoriti.
134 X TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS

Mengikut Richard Quinney, seorang ahli sosiologi, beliau mengatakan


bahawa sistem perundangan Amerika mencerminkan minat dan ideologi
kelas kapitalis. Perundangan membuat sesetengah daripada perbuatan
yang dilakukan oleh kaum berpengaruh sebagai perbuatan haram dan ini
menggugat harta benda dan kedudukan mereka.

Seterusnya, Quinney mengatakan bahawa sekiranya kita ingin memahami


jenayah maka kita perlu memahami perkembangan ekonomi masyarakat
kapitalis. Memandangkan kerajaan melayani kehendak kelas kapitalis
maka jenayah merupakan perbuatan yang bersifat politik yang tertanam
dalam perancangan sosial kapitalis.

Untuk mengekalkan sistem yang sedia ada maka sesetengah daripada


perundangan kapitalis perlu ditentangi. Di antara jenayah yang ditentangi
adalah yang dilakukan oleh korporat, bermula daripada meletak harga
tetap atas barangan sehinggalah kepada pencemaran udara ke atas
persekitaran dan juga jenayah yang dilakukan oleh pegawai kerajaan
kapitalis seperti Watergate Scandal. Namun begitu, terdapat juga jenayah
yang dilakukan oleh rakyat biasa seperti jenayah predatory seperti
mencuri, merompak, menjual dadah, yang dilakukan disebabkan ingin
terus hidup dalam dunia sosial kapitalis. Manakala jenayah peribadi adalah
seperti menggugut dan merogol dan ini dilakukan oleh mereka yang telah
mengalami pengalaman pahit dalam sistem kapitalis. Ada juga terdapat
jenayah resistance di mana pekerja melakukan kerja mereka secara sambil
lewa dan pekerja mensabotaj majikan.

SEMAK KENDIRI 7.8

Huraikan teori konflik dan berikan satu contoh.

(f) Teori Labeling


Apakah yang dimaksudkan dengan teori labeling?

Ahli teori Labeling berminat dalam proses dimana sesetengah individu


dilabel sebagai „devians,‰ mula memikirkan diri mereka sebagai devians,
dan masuk dalam pekerjaan devians.

Tiga ahli sosiologi yang mengemukakan teori Labeling ialah Edwin M.


Lemert, Howard S. Becker dan Kai Erikson. Mereka sepakat tentang
beberapa perkara seperti berikut:
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS W 135

(i) Pertama, mereka mengatakan bahawa tidak ada tindakan yang


bersifat jenayah atau bukan jenayah. Sesuatu tindakan itu dikatakan
sebagai „jahat‰ bukan berpunca daripada niat yang intrinsik tetapi
daripada cara manusia mendefinisikannya dan tindakbalas
kepadanya. Devians adalah definisi sosial. Mengikut teori labeling,
individu akan bertingkahlaku devians sekiranya individu tersebut
dilabelkan sedemikian.

(ii) Kedua, manusia melibatkan diri dalam tingkahlaku devians dengan


melanggar sesetengah norma. Ahli sosiologi menolak pandangan
yang mengatakan manusia boleh dibahagikan kepada mereka yang
normal dan yang kurang normal. Contohnya, ada manusia yang
melanggar had laju, mencuba kokain, meniru tugasan, melakukan
vandalisme atau merempuh kawasan larangan. Ahli teori Labeling
menamakan tingkahlaku ini primary devians iaitu tingkahlaku yang
melanggar norma sosial tetapi selalunya tingkahlaku ini dilepas
pandang oleh agen pengawal sosial.

(iii) Ketiga, ahli teori Labeling mengatakan, sama ada tindakan manusia
itu dilihat sebagai devians ia bergantung kepada apa yang mereka
lakukan dan apa yang orang lain lakukan ke atas tindakan mereka. Ini
bermaksud, devians bergantung kepada peraturan yang manakah
masyarakat akan pilih untuk dilaksanakan, dalam situasi apa dan
untuk siapa. Bukan semua individu yang melanggar had laju,
mencuba kokain, meniru tugasan, melakukan vandalisme atau
merempuh kawasan larangan akan ditahan. Orang Afrika Amerika
mungkin ditegah melakukan sesuatu yang orang kulit putih
dibenarkan melakukannya. Begitu juga, kaum wanita tidak
dibenarkan melakukan apa yang dibenarkan kepada kaum lelaki.
Ada sesetengah individu dilarang melakukan sesuatu yang dilakukan
oleh kawan mereka dan ada yang akan dilabel sebagai devians
walaupun mereka tidak melanggar sebarang norma tetapi disebabkan
mereka tergolong dalam kumpulan tertentu seperti homoseksual.

(iv) Keempat, melabelkan individu sebagai devians akan ada kesannya.


Kemungkinan akan wujud keadaan yang kondusif kepada secondary
devians, di mana individu devians tadi akan mengamalkan reaksi
individu lain terhadapnya. Seorang individu dikenalpasti di khalayak
ramai sebagai „delinkuen,‰ „perogol,‰ „penagih dadah,‰
„penjenayah.‰ Label tersebut meletakkan individu tersebut sebagai
status luar. Individu yang melanggar peraturan mula menerima
136 X TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS

status yang diberikan kepada mereka sebagai satu bentuk devians


dan akan membina kehidupan mereka di sekeliling status tersebut.

(v) Kelima, individu yang dilabel sebagai devians mendapati dirinya


disisih dan disingkir oleh ahli masyarakat yang patuh kepada
perundangan. Rakan dan saudara mara juga akan menghindar diri
daripada individu tersebut. Dalam setengah kes, individu ini boleh
dimasukkan ke dalam penjara atau hospital sakit mental. Seterusnya,
penyisihan dan pengasingan akan menjurus individu tersebut
kedalam kumpulan devians bersama individu-individu lain yang
berkongsi nasib yang sama. Melibatkan diri dalam sub-budaya ini
merupakan cara mereka mengatasi keadaan yang mengecewakan,
cara mendapat sokongan emosi dan cara penerimaan terhadap situasi
hidup mereka. Individu yang mengikuti kumpulan devians akan
mengukuhkan lagi imejnya sebagai devians, merangsang gaya hidup
devians dan melemahkan hubungannya dengan komuniti yang akur
kepada perundangan.

Teori ini menolong kita memahami sama ada sesuatu tindakan itu boleh
atau tidak dianggap sebagai perbuatan devians, terpulang kepada situasi
dan ciri-ciri individu yang terlibat.

Ahli sosiologi William J. Chambliss (1973) menggunakan teori ini untuk


menerangkan perbezaan persepsi dan definisi oleh ahli komuniti terhadap
tingkahlaku dua kumpulan geng remaja. Chambliss memerhati pelajar di
Sekolah Menengah Hanibal, sekumpulan geng, Saints, yang terdiri
daripada 8 orang remaja lelaki kulit putih kelas atasan dan sekumpulan
lagi, Roughnecks, yang terdiri daripada 8 orang remaja lelaki kulit putih
kelas bawahan. Kedua-dua kumpulan geng ini terlibat dalam banyak
tingkahlaku devians tetapi kumpulan Roughnecks yang sering
„bermasalah‰ dan dianggap sebagai delinkuen. Manakala kumpulan Saints
pula dianggap oleh pihak komuniti, sekolah dan polis sebagai baik dan
remaja yang mempunyai masa depan cerah.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perbezaan layanan ke


atas kedua-dua kumpulan geng tersebut.

• Kumpulan Saints mempunyai dua kenderaan dan menggunakannya


untuk melarikan diri sama ada memasuki atau keluar dari bandar yang
tidak mudah dilihat oleh masyarakat Hanibal berbanding dengan cara
yang digunakan oleh kumpulan Roughnecks.
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS W 137

• Apabila kumpulan Saints dihampiri oleh pegawai polis mereka akan


memohon maaf dan menyesal atas tingkahlaku mereka. Manakala
kumpulan Roughnecks pula akan bertindak kasar dan agresif.

• Pegawai polis tahu bahawa ibu bapa yang berpengaruh daripada kelas
pertengahan dan atas akan datang menolong anak mereka manakala
ibu bapa daripada kelas bawahan akan mengakur kepada undang-
undang terhadap tingkahlaku anak mereka.

• Apabila persepsi komunis terhadap Roughnecks adalah sebagai


kumpulan yang bermasalah, ini mengukuhkan lagi corak tingkahlaku
devians mereka. Apabila persepsi kendiri mereka sebagai devians
menjadi lebih mantap mereka mula mencuba tindakan baru dan lebih
ketara lagi. Pengisihan mereka membuat mereka makin tidak
dihormati, seterusnya meningkatkan sikap negatif komuniti terhadap
mereka.

SEMAK KENDIRI 7.9


Huraikan teori labeling dan berikan satu contoh.

(g) Teori Pengawalan (Control Theory)


Kesemua teori yang diutarakan di atas membincangkan mengapa manusia
melakukan tingkahlaku devians. Teori pengawalan pula adalah sebaliknya,
menyoal mengapa ada manusia yang tidak melakukan tingkahlaku
devians. Kita juga ingin tahu mengapa ramai manusia yang tidak
melibatkan diri dalam devians. Ini adalah disebabkan ramai antara kita
yang akur kepada pengawalan. Manusia akur disebabkan mereka
bersepadu dalam institusi arus perdana. Masyarakat yang mempunyai
institusi yang berfungsi baik akan ada tahap devians yang rendah.

Kajian yang dijalankan oleh ahli sosiologi, Travis Hirschi (1969), terhadap
pesalah juvana di California akan memberi gambaran tentang teori ini.
Hirschi mengatakan bahawa orang muda mempunyai kecenderungan
untuk akur sekiranya mereka mempunyai hubungan yang kukuh dengan
masyarakat. Hubungan ini mempunyai empat bahagian iaitu hubungan
rapat, penglibatan, komitmen dan kepercayaan (sila lihat Jadual 7.2):
138 X TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS

Jadual 7.2: Dimensi hubungan dengan masyarakat menurut Hirschi

1 Hubungan Hubungan rapat adalah proses hubungan sosial dengan orang lain.
rapat Semua hubungan sosial memerlukan satu tahap pengawalan oleh
semua pihak yang terlibat. Pengawalan akan berlaku sekiranya
hubungan psikologi dan emosi di antara ahli kumpulan adalah tinggi
dan ahli mengambil kisah tentang pandangan ahli lain. Melibatkan
diri dalam keluarga, mempunyai kawan dalam komuniti dan menjadi
ahli dalam kelab adalah diantara contoh hubungan rapat yang boleh
mengurangkan peluang untuk devians berlaku.
2 Penglibatan Penglibatan menurut Hirschi bermaksud melibatkan diri dalam
aktiviti konvensional. Salah satu cara untuk menghindarkan manusia
daripada tingkahlaku devians ialah dengan memastikan mereka
meluangkan masa untuk aktiviti. Misalnya pasukan pengakap,
persatuan pandu puteri, rakan remaja, pancaragam dan sukan adalah
di antara aktiviti yang ibu bapa, sekolah, organisasi kerajaan dan
persatuan tubuhkan untuk kanak-kanak dan remaja. Aktiviti-aktiviti
ini juga bertujuan menarik perhatian kumpulan ini daripada terlibat
dengan dadah, alkohol, aktiviti seks bebas dan jenayah.
3 Komitmen Komitmen merujuk kepada penumpuan yang diberikan dalam
hubungan dan pertalian sosial. Mereka yang mempunyai
komitmen yang kukuh dalam kehidupan sosial mereka
berkemungkinan tidak akan terlibat dalam tingkahlaku devians
sebab takut akan kehilangan kehormatan dan kepercayaan
masyarakat terhadap mereka. Seorang pelajar yang bercita-cita
untuk menjadi doktor dan mendapat kepercayaan dan kehormatan
pihak sekolah dan masyarakat berkemungkinan tidak akan
menjadi penagih dadah. Ini adalah disebabkan pelajar tersebut
akan kehilangan kesemua usaha dan pelaburan yang dilakukan
untuk mencapai cita-citanya.
4 Kepercayaan Hubungan rapat dengan masyarakat dikukuhkan lagi dengan
kepercayaan tentang nilai dan idea bersabit dengan moral.
Semakin kurang kepercayaan masyarakat terhadap nilai semakin
tinggi kemungkinan devians akan berlaku.

Memandangkan devians akan berkurangan sekiranya ahli masyarakat terlibat


dalam institusi perdana maka kajian tentang devians telah berfokus kepada tiga
institusi sosial iaitu keagamaan, keluarga dan pendidikan.

Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa keagamaan tidak ada impak ke atas


tingkahlaku devians. Ini bukan bermakna keagamaan tidak berkesan sebagai
pengawalan sosial tetapi keagamaan adalah hanya salah satu daripada institusi
sosial yang terlibat dalam pengawalan tingkahlaku menyebabkan sukar dilihat
impaknya. Ia mudah dilihat dimana terdapat tahap yang rendah tentang
persetujuan tingkahlaku devians; dimana semua orang bersetuju bahawa
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS W 139

membunuh adalah salah tetapi tidak seramai itu yang akan bersetuju yang
menghisap marijuana adalah salah. Agama tidak mengawal tingkahlaku
devians.

Kebanyakan kajian ke atas keluarga dan tingkahlaku devians lebih menumpukan


kepada kaum muda. Kajian menunjukan bahawa hubungan keluarga yang rapat
dan baik akan mengurangkan kemungkinan berlakunya devians di kalangan
orang muda. Faktor yang penting di sini bukanlah struktur keluarga sama ada
bersama atau bercerai tetapi cara ibu bapa berkomunikasi dengan anak mereka.

Penglibatan dalam sekolah akan mengawal tingkahlaku devians dan ini bukan
sahaja disebabkan keluarga meluangkan masa dengan penglibatan tersebut
tetapi disebabkan penglibatan meningkatkan hubungan rapat, komitmen dan
kepercayaan. Hirschi mendapati hubungan rapat dengan sekolah dan
mempunyai hubungan positif dengan guru mengurangkan kemungkinan
berlaku delinkuen. Pandangan ini disokong juga dengan kajian oleh Cernkovich
dan Giordano (1992), mereka dapati hubungan rapat dan komitmen dengan
sekolah mengurangkan delinkuen. Seterusnya Zingraff (1994) mendapati sekolah
adalah pencegah yang penting kepada delinkuen walau pun hubungan keluarga
rendah atau terdapat penderaan.
 
SEMAK KENDIRI 7.10

Huraikan secara ringkas LIMA teori devians.

7.2 JENAYAH
Setelah memahami konsep devians, sudah tiba masanya kita mengupas konsep
jenayah pula. Sebenarnya, jenayah ini tidaklah begitu berbeza berbanding
dengan devians, cuma jenayah selalunya melibatkan elemen hukuman keras
(hukuman penjara atau hukuman gantung sampai mati) yang dijatuhkan oleh
institusi-institusi sosial seperti polis atau sistem mahkamah.

7.2.1 Takrif Jenayah


Jenayah boleh ditakrifkan sebagai:
140 X TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS

Satu tindakan devians yang ditegah oleh undang-undang. Ada juga yang
mentakrifkannya sebagai tindakan yang dianggap haram oleh setengah pihak,
misalnya kerajaan. Pihak ini akan menganggap tindakan yang mengganggu
ketenteraman awam dan tidak boleh dikawal sebagai jenayah.

7.2.2 Jenis Jenayah


The Federal Bureau of Investigation di Amerika melaporkan lapan jenis jenayah
yang lazimnya berlaku di Amerika. Jenayah-jenayah ini disebut sebagai index
crimes dan terdiri daripada empat kategori keganasan jenayah terhadap manusia
ă pembunuhan, merogol, merompak dan serangan, tiga kategori jenayah
terhadap harta benda ă menyamun, mencuri kereta, dan membakar.

(a) Jenayah Juvana


Di Amerika, terdapat anggapan bahawa orang muda berkemungkinan
untuk menjadi mangsa jenayah. Mereka juga adalah golongan yang
berkemungkinan melakukan jenayah. Walaupun mereka yang dalam
lingkungan umur 15 hingga 19 tahun mewakili hanya 7.1% daripada
populasi di Amerika, namun begitu mereka terdiri daripada 21.3% yang
ditangkap kerana jenayah (Pastore & Maguire, 2005). Bilangan penjenayah
berkurangan dengan peningkatan umur seseorang. Sekiranya kita boleh
mengelakkan jenayah dilakukan oleh individu yang berumur bawah
daripada 25 tahun maka banyak daripada jenayah konvensional boleh
dihapuskan daripada berlaku dalam masyarakat kita. Namun demikian,
kita masih tidak dapat mengurangkan berlakunya jenayah jenis kolar putih,
korporat, kerajaan dan yang membunuh diri.

Pada tahun pertengahan 1990an terdapat 1 di antara 10 pelajar yang


dilaporkan mangsa jenayah dalam sekolah di Amerika. Pada tahun 2001
angka ini menurun daripada 10 peratus kepada 6 peratus. Kanak-kanak
didapati dua kali ganda berkemungkinan menjadi mangsa jenayah di luar
sekolah (DeVoe et al., 2003).

Masalah tingkahlaku yang lain seperti buli telah meningkat di Amerika.


Misalnya pada tahun 2001:
• 12% pelajar di sekolah menengah melaporkan perkataan yang berunsur
kebencian telah digunakan terhadap mereka,
• 20% pelajar melaporkan adanya geng dalam sekolah mereka,
• 5% pelajar sekolah menengah melaporkan mabuk daripada minum
alkohol dalam perkarangan sekolah,
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS W 141

• Hampir 30% mengatakan ada individu yang cuba menjual atau


memberi mereka dadah dalam sekolah (DeVoe et al., 2003).

Ternyata sistem pencegahan jenayah juvenil telah gagal dalam usaha


menghalang anak-anak muda daripada melakukan jenayah atau
memulihkan mereka.

Bagaimanakah anak muda di Amerika dipulihkan daripada melakukan


jenayah?

Dalam tahun 1972, separuh daripada juvenil yang ditangkap oleh polis
dibawa ke mahkamah, hampir setengah daripada mereka dibebaskan.
Hanya 1.3 peratus sahaja dirujuk kepada mahkamah jenayah atau
mahkamah untuk orang dewasa. Pada tahun 2001 pula, angka ini menurun
kepada 18 peratus dan tiga suku daripada mereka dirujuk kepada
mahkamah juvenil. Walaupun penjenayah juvenil ini dibawa ke pusat
tahanan, mereka tidak terlepas daripada hukuman berat termasuk
hukuman mati. Pada tahun 2001, umur minima untuk hukuman berat
adalah 14 tahun untuk 3 negeri, 16 tahun untuk 7 negeri, 17 tahun untuk 5
negeri, dan 18 tahun untuk 16 negeri dan sistem federal. Hampir tiga per
lima daripada kajian tinjauan melaporkan bahawa juvenil sepatutnya
dikendalikan seperti orang dewasa (Pastore & Maguire, 2005).

(b) Jenayah Terancang


Jenayah terancang ini merujuk kepada organisasi birokratik besar yang
menyediakan barangan dan perkhidmatan yang haram kepada permintaan
orang awam. Jenayah begini terdapat sekiranya ada negeri di mana
masyarakatnya memerlukan dan berupaya membayar untuk mendapatkan
aktiviti-aktiviti seperti pelacuran, dadah, pornografi, perjudian, dan
peminjam lintah darat. Pedagang senjata dan dadah haram merupakan
organisasi jenayah yang terbesar di dunia dan menyumbang sebanyak $700
bilion dan $1 trilion setahun (Adler, Mueller, & Laufer, 2004).

Organisasi jenayah yang terkenal adalah sindikat Itali-Amerika dikenali


sebagai Mafia atau Cosa Nostra. Namun begitu jenayah organisasi ini
bukan dimonopoli orang Itali sahaja, terdapat juga geng Cina, Colombia,
dan Cuba.

(c) Jenayah Kolar Putih


Salah satu jenis jenayah yang menjadi tarikan kepada ahli sosiologi ialah
jenayah kolar putih yang berlaku di kalangan ahli masyarakat yang
berpengaruh terutamanya semasa menjalankan urusniaga mereka. Jenayah
korporat, penipuan, penggelapan wang, rasuah, penyogokan, penipuan
142 X TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS

cukai, manipulasi saham, perdagangan orang dalam dan pelanggaran hak


cipta. Pada masa kini terdapat kajian yang fokus tentang salah laku di
tempat kerja seperti minum atau mengambil dadah semasa bekerja,
merosakkan atau mencuri harta benda pelanggan dan menipu waktu
perakam kerja (Wright & Cullen, 2000).

Kita berkemungkinan menjadi mangsa jenayah korporat berbanding


dengan jenayah di jalan raya. Mengelak daripada membayar cukai
merupakan jenayah kolar putih yang paling mahal di Amerika. Ini diikuti
oleh jenayah penipuan dan kecurian oleh pekerja, kecurian barang kedai,
dan kesilapan perkeranian. Korporat juga tidak ketinggalan dalam kes
jenayah seperti meletak harga lebih tinggi ke atas kontrak kerajaan,
pencemaran persekitaran, memberi pertukaran wang yang salah kepada
pelanggan, mengganggu ketenteraman pekerja, melanggar undang-undang
pembuangan sisa buangan dan melakukan kesilapan pengiraan dalam
akaun.

Bilangan jenayah kolar putih adalah sedikit dan mereka jarang dihukum
berbanding jenis jenayah yang lain. Seorang penjenayah yang mencuri $100
berkemungkinan dibawa ke penjara manakala seorang eksekutif yang
melesapkan $1 juta berkemungkinan menerima hukuman penangguhan
dan denda yang sedikit.

(d) Jenayah Yang Dilakukan Oleh Kerajaan


Nazi di German merupakan contoh yang jelas untuk menerangkan tentang
jenayah kerajaan. Semasa pemerintahan Hitler lebih daripada 6 juta orang
Yahudi terbunuh. Kini terdapat jenayah penghapusan etnik yang
mangsanya adalah mereka yang dikatakan sebagai „salah‰ agama atau
latarbelakang. Kerajaan Amerika melakukan pembunuhan ke atas
penduduk asli Amerika semasa penaklukkan negara tersebut. Pada zaman
moden pula terdapat kes skandal Iran kontra semasa pemerintahan
Presiden Reagan di mana berlaku operasi penjualan senjata api ke
Nicaragua, pita rakaman Oval Office semasa Presiden Richard Nixon yang
menyalahguna kuasanya secara haram dan hubungan skandal Presiden
Clinton dengan pekerja di White House.

(e) Jenayah dan Teknologi


Di zaman teknologi canggih ini jenayah menjadi lebih mudah dilakukan
misalnya jenayah yang menggunakan teknologi adalah seperti pornografi
kanak-kanak, penipuan kad kredit, cetak rompak perisian, pengintipan
pengindustrian dan pencerobohan rangkaian komputer. Dianggarkan
seramai 7 juta mangsa jenayah ini pada setiap tahun. Penggunaan internet
di kalangan pelajar telah memberi mereka ruang untuk menyalin secara
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS W 143

haram lagu daripada internet untuk pendengaran mereka. Ini telah


menjejas industri muzik sebanyak 10 peratus daripada keuntungan mereka.
Perbuatan ini berleluasa di seluruh dunia dan ini mencerminkan ketiadaan
undang-undang yang kukuh untuk melindungi hak pencipta atau
perbuatan ini tidak dilihat sebagai satu jenayah.
  
SEMAK KENDIRI 7.11

1. Berikan definisi jenayah.


2. Jelaskan jenis-jenis jenayah dan kesannya kepada masyarakat.
3. Nyatakan jenis-jenis jenayah yang terdapat di Malaysia.

7.3 KAWALAN SOSIAL


Apakah usaha untuk menghalang devians dan jenayah? Kawalan sosial adalah
kesemua usaha bersama untuk memastikan ahli masyarakat akur kepada norma
masyarakat.

7.3.1 Keakuran dan Konformiti


Cara yang paling kerap digunakan untuk kawalan sosial ialah interaksi
bersemuka. Individu akan cuba akur untuk mengelak daripada melukakan hati
orang di sekelilingnya. Melanggar norma di hadapan orang lain akan
memalukan diri seseorang dan ini menunjukkan tindakbalas terhadap
pengawalan sosialnya. Walaupun kita berada bersendirian kita akan cuba
mengurangkan tindakan devians, kita takut orang lain mungkin mengetahuinya.

Namun begitu, bukan semua orang mempunyai tindakbalas yang sama terhadap
pengawalan sosial. Kita juga kenal siapakah yang tergolong sebagai „sampah
masyarakat.‰ Istilah seperti ini merujuk kepada individu yang kurang mendapat
sokongan daripada ahli masyarakat disekelilingnya. Walaupun terdapat label
seperti ini namun ia tidak menghalang manusia melakukan tingkahlaku devians.

Budaya di mana kita bersosial banyak mencorak tingkahlaku kita. Contohnya,


jika kita dibesarkan dalam masyarakat Arapesh, kemungkinan kita akan menjadi
seorang yang lemah lembut. Sekiranya kita dilahirkan dalam masyarakat
Mundugumor, kemungkinan kita akan menjadi pemburu ganas. Melalui
sosialisasi, kita belajar apakah jangkaan orang lain kepada kita, iaitu akur kepada
norma masyarakat di sekelilingnya.
144 X TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS

7.3.2 Kawalan Sosial Tidak Formal


Bagaimanakah kawalan sosial tidak formal berlaku? Semasa kita masih kecil kita
memerlukan tunjuk ajar agar kita mematuhi tetapi semakin kita dewasa dan
matang kita belajar mengambilalih peranan daripada orang lain dan melihat diri
sendiri sebagaimana orang lain melihat kita. Kita mampu menilai tindakan kita
daripada kacamata orang lain.

Ramai daripada kita telah lama didedahkan kepada norma-norma masyarakat


secara konsisten atau secara pengawalan sosial yang informal dan ini telah
mewujudkan pengawalan dalaman yang kukuh terhadap tingkahlaku kita.
Norma-norma ini telah menjadi sebati dalam diri kita. Ia menjadi sebahagian
daripada kepercayaan kita tentang bagaimana kita sepatutnya bertindak.

Kadangkala norma ini telah kukuh dalam diri kita sehingga kita tidak perlu
kehadiran orang lain memberi tindakbalas kepada kita. Contohnya, pegawai
kerajaan Inggeris yang bertugas di zaman penjajahan Inggeris di Malaya dahulu,
mereka akan berpakaian rasmi pada masa makan malam walaupun orang
Melayu pada zaman itu tidak memahami norma budaya Inggeris. Cara
berpakaian rasmi telah menjadi sebahagian daripada norma tingkahlaku orang
Inggeris kelas atasan.

(a) Tekanan Kumpulan (Group Pressure)


Individu mungkin dipengaruhi oleh jangkaan dan reaksi kumpulan
manusia disekelilingnya yang dianggap sebagai kumpulan tekanan.
Contoh kumpulan tekanan dapat dilihat dalam kajian yang dijalankan oleh
Solomon Asch (1952, 1955) keatas sekumpulan pelajar kolej. Dalam kajian
tersebut, beliau mengarah semua responden melihat sebuah gambar yang
yang dilukis dan tiga garisan tegak yang tidak sama. Gambar ini
dipantulkan ke atas skrin. Beliau kemudiannya meminta responden
padankan salah satu daripada tiga garisan dengan garisan tegak yang ke
empat. Tugasan itu mudah dan mereka semua boleh lakukannya.

Asch kemudiannya meletakkan setiap responden dalam setiap kumpulan


yang terdiri daripada tujuh orang pelajar. Setiap responden tersebut tidak
tahu bahawa tujuh orang pelajar dalam kumpulan mereka bukan
responden sebenar tetapi hanya „berlakon.‰ Asch menunjuk garisan yang
sama dan setiap daripada mereka perlu menjawab dengan bersuara kuat.
Ketujuh-tujuh pelajar diarah oleh Asch supaya memberi jawapan betul
yang sama dan seterusnya. Kemudian beliau mengarahkan menjawab
dengan satu kesalahan pula. Apabila ini berlaku setiap responden menjadi
minoriti sebab menjawab kesemuanya betul. Asch mengulang beberapa
kali kajian ini dan mendapati 1/3 daripada responden keseluruhannya
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS W 145

mula mengubah jawapan mereka agar menjadi sama dengan tujuh orang
pelajar yang dalam kumpulan masing-masing walaupun jawapan yang
diberi itu salah.

Setelah kajian itu berakhir Asch menemubual setiap responden dan


mendapati kebanyakan mereka sebenarnya tahu bahawa jawapan
kumpulan adalah salah dan jawapan mereka adalah betul. Mengapakah
responden mengikut jawapan kumpulan? Responden menyatakan bahawa
mereka menurut jawapan kumpulan sebab mereka tidak mahu kelihatan
sebagai devians walaupun akur bermakna memberi jawapan yang salah.

(b) Perpaduan Kumpulan (Cohesiveness)


Asch mendapati bahawa pengaruh kumpulan ke atas keakuran tidak
bergantung kepada saiz kumpulan. Individu akan akur walaupun hanya
tiga atau empat orang ahli dalam kumpulan. Keakuran dipengaruhi oleh
tahap di mana ahli kumpulan bersatu adalah tinggi. Apabila seorang sahaja
pelajar diarah memberi jawapan yang benar keakuran berkurangan.

(c) Respon Kumpulan Kepada Devians


Bagaimanakah kumpulan respond kepada ahli yang engkar?

Stanley Schachter (1951) cuba menjawab soalan ini dengan menggunakan


cara yang berlainan daripada apa yang dilakukan oleh Asch. Schachter
mendapati seorang responden sahaja yang akan akur dalam satu
kumpulan.

Setiap ahli dalam kumpulan diminta membaca sebuah cerita mengenai


seorang anak muda yang mengalami kehidupan susah semasa tinggal
dalam kawasan yang bermasalah dan kini sedang menunggu hari
penggantungannya. Setiap kumpulan diarah untuk membincang kes ini.
Selepas itu setiap ahli akan memberi pandangan masing-masing tentang
apakah yang harus dilakukan ke atas pemuda tersebut di mana pandangan
ini akan dinilai. Keputusan kumpulan bermula daripada kasih sayang
sehingga hukuman. Keputusan kumpulan lebih kepada kasih sayang
manakala responden pula mengambil hukuman sebagai tindakan ke atas
pemuda tersebut. Akhir sekali setiap ahli kumpulan diminta menyatakan
secara bertulis sejauhmana dia suka atau tidak kepada ahli kumpulan yang
lain.

Dapatan kajian tersebut menunjukkan dua corak yang jelas. Pertama,


sejurus selepas responden memberi pandangannya kepada kumpulan,
responden tersebut menjadi pusat perhatian ahli kumpulan. Lebih banyak
teguran dilemparkan kepada responden berbanding dengan ahli kumpulan
146 X TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS

yang lain. Kedua, apabila responden memegang kepada pandangannya,


dia mula mendapat kurang perhatian. Di akhir kajian, makin kurang
teguran diterimanya. Apabila dinilai keputusan yang diberikan oleh ahli
kumpulan lain ternyata responden tidak disukai ramai manakala ahli lain
menunjukkan sikap positif di antara mereka.

Rumusan dapatan kajian ialah pada mulanya kesemua ahli kumpulan cuba
mempengaruhi responden agar menukar pandangannya tetapi apabila
mereka dapati responden tidak mahu akur mereka mula menyisih dan
tidak bercakap langsung dengannya.

Kajian Schachter ini menonjolkan kepentingan integrasi sosial ke atas


pengakuran. Beliau berjaya membezakan kumpulan mengikut sejauh mana
ahli kumpulan menunjukkan suka diantara satu sama lain. Dalam
kumpulan yang purata skornya tinggi, ini mencerminkan terdapat tahap
integrasi lebih tinggi di antara ahli kumpulan dan sikap tidak suka yang
tinggi kepada responden (devians). Manakala dalam kumpulan di mana
ahlinya kurang integrasi di antara satu sama lain, sikap tidak suka kepada
responden adalah kurang ketara. Ini menunjukkan mengapa pada
umumnya kebanyakan manusia rela mengikut peraturan.

7.3.3 Kawalan Sosial Formal


Apakah yang dimaksudkan dengan kawalan sosial formal? Anda telah
menjemput rakan sepejabat ke rumah anda untuk makan malam. Semasa makan
mereka akan sapu mulut dengan kain napkin bukan dengan kain meja, dan
mereka tidak akan melempar pinggan ke dinding. Apabila mereka pulang
mereka tidak akan membawa barang perhiasan anda pulang. Rakan anda tidak
akan melakukan perkara-perkara ini sebab mereka adalah rakan kamu, mereka
didesak untuk akur kepada kawalan informal.

Tetapi bukan semua orang akan akur sedemikian. Apabila manusia tidak akur
kita akan merujuk agensi kawalan sosial formal untuk mengambil tindakan.
Pihak polis tidak akan ambil tindakan hanya disebabkan rakan anda mengesat
mulutnya dengan kain meja. Tetapi mungkin mereka akan bertindak sekiranya
rakan anda melemparkan pinggan ke dinding dan mengganggu jiran dan pasti
polis akan bertindak sekiranya rakan anda pulang dengan perhiasan rumah
anda. Kawalan formal hanya digunakan apabila tingkahlaku itu bersifat devians,
haram atau memerlukan tindakan intervensi.
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS W 147

Kawalan sosial formal dirujuk untuk tiga perkara:


(i) mencegah tingkahlaku devians dengan menyingkirkan peluang daripada
berlaku atau menghindar penyebabnya.
(ii) menghalang devians dengan ugutan hukuman agar manusia takut
melakukannya atau mengulanginya.
(iii) mereformasi atau mensosialisasi manusia agar mereka menjauhi daripada
tingkahlaku devians.

SEMAK KENDIRI 7.12

1. Berikan satu contoh kawalan sosial formal dan tidak formal.


2. Jelaskan bagaimana pencegahan jenayah dilaksanakan di
Malaysia.

7.3.4 Pencegahan Devians


Adakah pencegahan dapat mengelakkan berlakunya devians? Seseorang yang
melakukan tingkahlaku devians bermakna dia telah mendapat peluang untuk
melakukannya. Maka kebanyakan pendekatan terhadap pengawalan sosial
berupa pencegahan atau percubaan untuk mengurangkan peluang
melakukannya. Kempen mengalakkan orang mengunci kereta mereka adalah
bertujuan untuk mengurangkan kesempatan untuk pencuri mencuri kereta.

Kebanyakan program pencegahan berpandukan kepada pendekatan baru


kepada tingkahlaku devians yang disebut sebagai teori kesempatan (opportunity
theory). Lawrence Cohen dan Marcus Felson (1979) berpandangan bahawa untuk
jenayah berlaku, individu perlu ada niat untuk melakukannya beserta dengan
kesesuaian sasaran (harta benda atau mangsa) dan ketiadaan kawalan yang
berkesan. Teori kesempatan menjejak peningkatan jenayah pecah rumah yang
kerap berlaku sekarang adalah disebabkan peningkatan pekerja wanita.
Peningkatan ini bermakna bertambahnya harta benda dalam rumah yang boleh
dibeli dan dicuri. Apabila ramai wanita bekerja maka kemungkinan rumah akan
kekosongan manusia semasa siang hari. Rumah yang tiada penghuni memberi
kesempatan untuk dimasuki pencuri.

Selain daripada itu, teori kesempatan juga menunjukan bahawa rumah zaman
sekarang dibina jauh daripada kawasan berjiran agar penghuninya menikmati
kesunyian. Ini mengurangkan peluang untuk jiran tetangga mengawasi
pergerakan orang yang tidak dikenali dan melindungi satu sama lain.
148 X TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS

Ada kajian yang menunjukkan bahawa sekiranya terdapat ramai golongan


remaja dalam sesuatu kawasan, maka ada kemungkinan berlakunya jenayah.
Maka kawasan yang mempunyai sekolah menengah mempunyai kes jenayah
yang lebih tinggi berbanding dengan kawasan yang jauh daripada sekolah
menegah (Roncek & Lobosco, 1983). Kes jenayah juga berkurangan di kawasan
yang berjauhan daripada restauran makanan segera. (Brantingham &
Brantingham, 1982).

Pakar kaji jenayah telah membuat cadangan kepada perubahan cara mereka
bandar agar mengurangkan kejadian jenayah. Marcus Felson (1987)
memperlihatkan bagaimana pasar raya dan pusat membeli belah telah direka
agar mengurangkan tahap jenayah berbanding dengan kedai runcit yang
terdapat di sepanjang jalan. Begitu juga dengan kawalan yang ketat ke atas orang
yang tidak dikenali dan menyediakan tempat letak kereta yang selamat,
kondominium menyediakan kemudahan keselamatan yang lebih baik
berbanding dengan rumah jenis seleret atau banglo.

Namun begitu, usaha yang gigih dalam mencegah jenayah dan devians adalah
tertumpu kepada menyingkir penyebab berlakunya jenayah. Maka tumpuan
seharusnya kepada proses mensosialisasikan kanak-kanak. Tingkahlaku devians
di kalangan orang dewasa bermula daripada awal lagi iaitu daripada usia remaja
lagi. Soalannya ialah, bilakah masa yang paling sesuai untuk melakukan
pencegahan? Bagaimanakah kita boleh memastikan kanak-kanak berada di
landasan yang betul sebelum terlambat?

AKTIVITI 7.1

1. Berikan satu contoh kawalan sosial formal dan tidak formal.


2. Jelaskan bagaimana pencegahan jenayah dilaksanakan di
Malaysia.

7.3.5 Undang-undang dan Masyarakat


Sekiranya anda ingin menjadikan jenayah sebagai kerjaya anda maka terdapat
tiga perkara penting yang perlu diambil kira.
(i) Kemungkinan anda tidak akan dihukum atas jenayah yang anda lakukan.
(ii) Sekiranya anda dihukum kemungkinan hukuman itu dijalankan beberapa
tahun selepas kejadian tersebut.
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS W 149

(iii) Kemungkinan hukuman itu tidak berat sangat, terutamanya pada beberapa
kali yang awal anda ditangkap.

Untuk mengetahui mengapakah perkara-perkara ini boleh berlaku kita mesti


mengkaji sistem perundangan dan pihak polis.

Rajah 7.1: Pihak polis

Sejauh manakah berkesannya perkhidmatan polis (sila lihat Rajah 7.1) dalam
mencegah jenayah? Pihak polis di negara Kanada dan Amerika menghabiskan
sedikit masa sahaja mencari mereka yang melanggar undang-undang.
Sebaliknya, mereka akan bertindak untuk menyelesaikan masalah kes jenayah
sekiranya ada laporan yang diterima. Kemungkinan besar penjenayah tidak
ditangkap adalah disebabkan terdapat bilangan tinggi jenayah yang tidak
dilaporkan.

Setiap beberapa tahun, pihak polis di Amerika akan menemubual 60,000


penduduk daripada anggota rumah untuk bertanya tentang kejadian jenayah.
Soalan yang diutarakan ialah, „Adakah kejadian jenayah tersebut dilaporkan?‰
Separuh daripada jawapannya ialah tidak. Kejadian kecurian merupakan yang
paling sedikit (25%) manakala kecurian kereta yang paling banyak dilaporkan
(73%). Kecurian kereta dilaporkan disebabkan individu tidak boleh
mendapatkan tuntutan insurans sekiranya tiada laporan polis dan beliau juga
menganggap pihak polis akan menjumpai keretanya.

Ada juga individu yang enggan melaporkan kejadian jenayah disebabkan


kurang yakin dengan perkhidmatan polis. Mengikut statistik (World Values
Survey, 1981-1983) rakyat Kanada mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap
perkhidmatan polisnya (89%) manakala rakyat Mexico mempunyai keyakinan
yang paling rendah (31%). Apabila kejadian jenayah tidak dilaporkan maka tidak
mungkin polis boleh bertindak. Maka kemungkinan besar penjenayah dapat
melarikan diri disebabkan mangsa tidak melaporkannya.
150 X TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS

Walaupun kejadian jenayah dilaporkan masih terdapat kesukaran untuk pihak


polis mencari penjenayah tersebut. Mengikut statistik (Interpol, 1992) di Amerika
67.2% kes pembunuhan dapat diselesaikan manakala di Sepanyol adalah lebih
tinggi iaitu 89.3%. penyelesaian kes pembunuhan dapat diselesaikan. Ini adalah
disebabkan sering kali pembunuhan dilakukan mengikut tindakan emosi oleh
rakan atau saudara mara mangsa. Selalunya pembunuh dapat ditangkap
ditempat kejadian manakala yang lainnya disebabkan ada motif. Begitu juga
dengan kes merogol dan serangan Pihak polis mendapat pertolongan mangsa
yang terlibat. Polis di Kanada mempunyai rekod terbaik dalam jenayah mencuri
(21%) dimana satu di antara lima kes dapat diselesaikan.

Jelas bahawa wujudnya penjara tidak akan menghindar jenayah daripada


berlaku sebab penjenayah tidak nampak kemungkinan akan dihukum.

Bagaimana pula dengan mereka yang ditangkap atas kejadian jenayah? Di


KanadaAKTIVITI 7.2 ramai yang ditangkap kerana melakukan jenayah tetapi
dan Amerika
tidak dihukum. Pertama, pihak pendakwa tidak menjatuhkan tuduhan
disebabkan prosedur penangkapan yang tidak lengkap ă pegawai tidak
mengikut peraturan dengan teliti atau fail tidak lengkap. Maka tuduhan tidak
dapat dikemukakan sebab kurang bukti; saksi tidak hadir di mahkamah.
Kebanyakan daripada kes ini diringankan hukumannya. Ini mengurangkan kos
pembelanjaan prosedur mahkamah (sila lihat Rajah 7.2) dan pada masa yang
sama mengurangkan tahap hukuman. Ramai penjenayah yang tidak dimasukkan
dalam penjara tetapi diletakkan di bawah percubaan. Di samping itu, bilangan
hari dalam penjara dan di luar adalah beza. Tiga hari dalam penjara sama
dengan empat hari di dunia luar.

Rajah 7.2: Sistem mahkamah

Zeisel (1982) meringkaskan sistem perundangan jenayah di Amerika dalam


setiap 1,000 kejadian jenayah;
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS W 151

• 540 yang dilaporkan,


• 65 ditangkap,
• daripada 65 yang ditangkap, 36 dihukum dan kebanyakannya adalah kes
juvenil,
• daripada 36 yang dihukum, 17 dipenjarakan,
• daripada 17 yang dipenjarakan, 3 dihukum penjara lebih daripada setahun.
Maka boleh dikatakan bahawa kejadian jenayah tidak sangat dihalang dan
mereka yang melakukannya pula berkemungkinan akan mengulanginya.

AKTIVITI 7.2

Sejauh manakah keyakinan anda terhadap perkhidmatan polis di


Malaysia? Bincangkan.

• Kawalan sosial penting dalam sesebuah masyarakat sebagai usaha untuk


memastikan ahli masyarakat akur kepada norma masyarakat.

• Kawalan sosial boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kawalan sosial
tidak formal dan kawalan sosial yang formal.

• Kawalan sosial yang tidak formal adalah seperti kawalan yang terdapat
dalam kumpulan tekanan dan kumpulan yang padu di mana ahli dalam
kumpulan akan mempengaruhi keakuran dan konformiti ahlinya.

• Kawalan sosial yang formal melibatkan pencegahan yang merangkumi aspek


perundangan.

• Tingkahlaku devians berpunca daripada keadaan fisiologi, psikologi, psiko-


sosial dan sosiologi.

• Terdapat teori-teori yang menjelaskan tingkahlaku devians seperti teori


anomie, structural strain, budaya transmisi, differential association, konflik,
labeling, dan pengawalan. Teori-teori ini memberi gambaran yang jelas
tentang sebab dan akibat wujudnya masalah devians dalam masyarakat.
 
152 X TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS

Devians Penjelasan psiko-sosial


Jenayah Penjelasan sosiologi
Jenayah juvana Perpaduan kumpulan (cohesiveness)
Jenayah kolar putih Polis
Jenayah terancang Punca devians
Jenayah yang dilakukan oleh kerajaan Tekanan kumpulan (group pressure)
Kawalan sosial Teknologi
Kawalan sosial formal Teori anomie
Kawalan sosial tidak formal Teori budaya
Keakuran Teori differential association
Konformiti Teori konflik
Mahkamah Teori labeling
Pencegahan Teori pengawasan
Penjelasan fisiologi Teori structural strain
Penjelasan psikologi Teori transmisi
 

Gelles, J. G., & Levine, A. (1995). Sociology: An introduction. New York:


McGraw-Hill.

Hughes, M., & Kroehler, C. J. (2008). Sociology: The core. Boston: McGraw-Hill.

Schaefer, T. R., & Lamm, R. P. (1992). Sociology. New York: McGraw-Hill.

www.mhhe.com/hughes8

http://www.fbi.gov/
 

You might also like