You are on page 1of 14

a) Pernyataan sejarah dan perkembangan seni anyaman

1.0 PENGENALAN

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari

luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan

seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah

menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan

rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman.

Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi

menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri

Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut


ANYAMAN
dipanggil
oleh: ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.
cgazmi.blogspot.com

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan

anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun,

Kampung Ru Renggeh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri

Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah

negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka,

Sarawak dan Sabah.

1
2.0 TOKOH ANYAMAN PANDAN DAN MENGKUANG

Di bawah ini dihuraikan serba ringkas salah seorang tokoh anyaman

mengkuang yang berasal dari negeri Terengganu, iaitu:

2.1 Puan Aminah Binti Ali

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila

Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman

yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah

dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau

memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan


ANYAMAN
oleh: anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai
sezaman
cgazmi.blogspot.com
seorang ahli kraftangan anyaman.

2.2 Lain-Lain Tokoh

 Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta Kelarai

Sambas.

 Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta Kelarai

Tapak Harimau.

 Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek.

 Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah.

 Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta Kelarai

Bunga.

2
3.0 JENIS-JENIS ANYAMAN

Jenis Anyaman Bahan Hasil anyaman

Anyaman Mengkuang Daun mengkuang Tikar, tudung salji, bekas


pakaian dan lain-lain.
Anyaman pandan Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan
dinding.
Anyaman Buluh Jenis-jenis buluh Bakul, bekas pakaian,
yang sesuai nyiru, beg dan lain-lain.
Anyaman Rotan Rotan yang telah Bakul, bekas pakaian,
diproses tempat buaian anak dan
lain-lain.
Anyaman Lidi Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekas
telor.
Anyaman ribu-ribu Paku pakis ribu-ribu Tempat tembakau, bekas
sirih terbus, bakul, bekas
seba guna dan lain-lain.

4.0 PENJAGAAN DAN PEMELIHARAAN HASIL ANYAMAN


ANYAMAN
• Anyaman
oleh: perlu di elakan daripada terdedah kepada cahaya matahari dan
cgazmi.blogspot.com
hujan.

• Tikar perlu digulung dan dibalit dengan kain jika tidak digunakan.

• Pengawetan anyaman dilakukan dengan menggunakan pewarna, syelek

atau lekar.

• Hiasan dinding - perlu dibingkai.

• Menggunakan `ovepley plastik’ sebagai perlindungan.

• Membersihkannya apabila perlu.

3
5.0 PENILAIAN HASIL ANYAMAN

Sesebuah hasil anyaman dinilai dari segi:

5.1 Teknik dan proses

 Penggunaan alat dan bahan yang betul.

 Penggunaan alat dan bahan yang betul.

 Permulaan anyaman yang kemas.

 Cara menganyam secara keseluruhan.

5.2 Hasil kerja

 Ketepatan bentuk yang memenuhi kehendak tajuk.

 Kekemasan kerja.

 Penghasilan idea, kretiviti, dan nilai estetik.


ANYAMAN
 oleh:
Kombinasi warna yang sesuai dan menarik.
cgazmi.blogspot.com
 Susunan corak yang seimbang dan berharmoni.

5.3 Persembahan

 Anyaman sama, tegang dan rapi.

 Kekemasan dari segi anyaman tepi, sisipan dan sebagainya.

 Kesempurnaan bentuk graf yang di hasilkan.

 Cantuman yang kemas dan teliti.

 Jahitan yang kukuh dan rapi.

4
5.4 Gubahan

 Reka corak kelarai yang menunjuk kapada prinsip rekaan.

 Pemilihan warna yang berkesan.

 Memperlihatkan ciri dan corak tradisional.

5.5 Fungsi

 Kekesuaian motif, bahan, bentuk dengan fungsinya.

b) Huraian proses, teknik dan kaedah penghasilan seni anyaman

1.0 PROSES MEMBUAT ANYAMAN MENGKUANG

Gambar 1: Pokok Mengkuang Gambar 2: Daun mengkuang dipotong

Daun-daun mengkuang/pandan yang cukup tua ditetak di pangkalnya


ANYAMAN
oleh: demi sehelai, bermula di bahagian umbi pokok. Tujuh atau lapan helai
sehelai
cgazmi.blogspot.com
daun muda di keliling umbut pokok tidak ditetak tetapi ditinggalkan untuk

tuaian seterusnya serta untuk memastikan pokok itu terus hidup dan

mengeluarkan daun-daun baru. Menetak daun dilakukan dengan berhati-hati

kerana pandan dan mengkuang berduri-duri, sedangkan tanah dikeliling

5
perdunya lazimnya berair dan licin atau mudah perlus. Daun-daun yang sudah

ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang bahagian yang tirus

dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu hampir sama panjang.

Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga

layu.

Gambar 3: Daun mengkuang dilayur Gambar 4: Proses menjangka

Kadangkala daun-daun itu tidak dilayur tetapi dijemur hingga benar-

benar kering dan layu. Tujuannya ialah mematikan sel daun dan

menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya. Setelah daun-daun itu layu,

duri yang terdapat pada tulang belakang dan sayap mengkuang dibuang

dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari dan jari telunjuk. Apabila
ANYAMAN
duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua.
oleh:
cgazmi.blogspot.com
Belahan itu kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki

dengan alat yang dipanggil jangka. Belahan-belahan yang siap dijangka

dikumpulkan dan diikat sebesar betis dengan jarak kira-kira satu kaki dari

satu ikatan ke satu ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul

dengan alu supaya lembut dan mudah dilurut.

6
Gambar 5: Proses melurut Gambar 6: Bilah mengkuang
ditongkol dan direndam

Melurut melembutkan bilah dan melicinkan permukaannya. Bilah

yang sudah dilurut dilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam
ANYAMAN
dioleh:
dalam air selama dua atau tiga hari. Dalam tempoh itu, air rendaman
cgazmi.blogspot.com
digantikan sekurang-kurangnya dua kali supaya bilah-bilah itu tidak lebam

dan berbau busuk.

Gambar 7: Proses mewarna dengan Gambar 8: Selepas mewarna, bilah-bilah


merebus bilah mengkuang mengkuang dijemur untuk dikeringkan.

7
Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh

dan dibilas hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan

bertukar menjadi putih. Seterusnya, bilah itu bolehlah diwarnakan jika mahu.

Bilah-bilah mengkuang atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu

merebusnya bersama bahan celup pewarna selama beberapa minit. Dahulu,

cuma tiga warna yang popular iaitu merah, hijau dan kuning kerana bahan

celup warna-warna tersebut mudah diperolehi. Warna merah daripada pokok


ANYAMAN
kesumba, hijau daripada daun bemban, dan kuning daripada daun kunyit.
oleh:
cgazmi.blogspot.com
Tetapi, sekarang bahan celup pelbagai warna dijual dengan meluas. Apabila

sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah dilurut bagi kali terakhir

supaya lebih licin dan lembut.

2.0 PROSES PEWARNAAN

Terdapat dua proses pewarnaan dalam pembuatan anyaman mengkuang,

iaitu:

2.1 Pewarnaan Cara Tradisional

 Bahan tempatan seperti kunyit, buah kesumba India, dan daun

mengkudu digunakan sebagai pewarna asli pada zaman dahulu.

 Kunyit ditumbuk halus dan dicelur didalam air mendidih untuk

mendapatkan warna kuning.

 Buah kesumba diguna untuk menghasilkan warna jingga dan merah.

 Buah pokok arang diguna untuk mendapatkan warna hitam.

8
 Bagi mendapatkan warna yang lebih cerah, kapur digunakan.

Contohnya, warna kuning pinang masak di campur dengan kapur sirih.

 Warna hijau pula boleh diperolehi daripada daun pohon bemban.

2.2 Pewarnaan Cara Moden

 Pewarnaan cara moden menggunakan bahan pencelup dyestuff dan

campuran bahan kimia lain.

 bahan pewarna biasanya berbentuk hablur atau serbuk.

2.3 Teknik Pewarnaan

 Air bersih dipanaskan sehinga mendidih didalan sebuah periuk.

 Bahan pewarna kemudian dimasukan ke dalam air tersebut dan

dikacau supaya sebati.


ANYAMAN
oleh:
 Bilah mengkuang yang ditongkol dimasukkan ke dalam bekas berisi
cgazmi.blogspot.com
air yang dipanaskan itu.

 Tongkol-tongkol daun kemudian dikeluarkan selepas setengah jam.

 Daun dicuci dengan air bersih.

 Ikatan tongkol dibuka dan dijemur sehigga kering.

9
3.0 TEKNIK DAN KAEDAH MENGANYAM

Gambar 9: Proses menganyam dimulakan.

Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis objek yang ingin

dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh

dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu. Tetapi, bagi tudung saji,

anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon. Kon puncak itu
ANYAMAN
boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung
oleh:
cgazmi.blogspot.com
saji.

Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya

untuk tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam

pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu

sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan

lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak

disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan

pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung.

10
Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan

masyarakat Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk

bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak,

bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung,

bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk

akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Unsur

fauna pula, terdapat motif haiwan dan serangga, seperti siput, kepala gajah,
ANYAMAN
mata berkait, tapak anjing, tapak harimau, anak ikan, belalang cucuk, jari
oleh:
cgazmi.blogspot.com
kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.

Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat,

kelarai kisar mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam

membuat kelarai, perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau

langkah daripada bilah daun yang digunakan. Jumlah mata menentukan saiz

satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah digunakan warna

yang berlainan atau kontras. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu,

atau putih dan perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau

latar corak. Bilah-bilah berwarna yang dianyam tindih-menindih dan

berselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan.

11
c) Penjelasan falsafah objek dan karya seni tersebut dihasilkan.

1.0 FALSAFAH OBJEK SENI ANYAMAN

Budaya sesuatu bangsa bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa

pertuturan dan adat resamnya tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja

tangannya;

 Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita sebagai

mengisi masa lapang.

 Hasil anyaman adalah untuk kegunaan sendiri atau hadiah.

 Kemahiran menguasai seni anyaman menunjukkan seseorang wanita itu

mempunyai sifat kewanitaan yang sempurna.

 Anyaman boleh dihasilkan sendiri tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang

besar.
ANYAMAN
oleh:
 Hasil anyaman mudah disimpan dan dibawa kemana-mana kerana bersifat
cgazmi.blogspot.com
lembut dan boleh digulung.

 Dapat memperlihatkan kreativiti dengan penghasilan pelbagai kelarai.

 Menghargai unsur alam semulajadi dengan penggunaan bahan dan motif.

12
d) Penjelasan tujuan dan fungsi objek dan karya seni.

1.0 TUJUAN DAN FUNGSI ANYAMAN MENGKUANG

Tikar dalam kehidupan masyarakat lama Melayu luas penggunaannya.

Betapapun bersihnya lantai atau telah sedia ada alas di lantai, namun bagi

memenuhi adat resam apabila sesuatu ruang atau tempat hendak digunakan

sebagai tempat duduk lazimnya dibentangkan tikar terlebih dahulu. Selain


ANYAMAN
berfungsi sebagai hamparan tempat duduk, ianya juga digunakan untuk alas
oleh:
cgazmi.blogspot.com
tidur, ada juga tikar yang dikhaskan penggunaannya iaitu;

 Tikar sembahyang - lazimnya tikar untuk kegunaan ini mengikut ukuran

biasa bagi kegunaan seseorang mengerjakan ibadat sembahyang itu.

 Tikar parudan - tikar kecil yang digunakan sebagai tempat menadah isi

kelapa yang diparut.

 Tikar alas nikah - tikar yang dibuat khas sebagai tempat duduk pengantin

lelaki semasa upacara akad nikah.

 Tikar jemuran - sejenis tikar yang digunakan khas untuk menjemur padi.

13
e) Huraian unsur dan prinsip seni yang terdapat pada objek dan karya seni.

1.0 UNSUR DAN PRINSIP SENI ANYAMAN MENGKUANG

 Kelarai atau corak dalam proses anyaman tertumpu kepada gubahan

bentuk yang dijalin untuk menghasilkan sesuatu gaya atau ragam hias

yang menarik sebagai motif utama.

 Pembentukan kelarai dilakukan serentak semasa proses anyaman.


ANYAMAN
 Anyaman kelarai biasanya dirancang terlebih dahulu bagi mewujudkan
oleh:
cgazmi.blogspot.com
pelbagai jenis kelarai.

 Dua warna yang kontras digunakan untuk mendapatkan hasil yang

menarik.

 Kebiasaannya kelarai didasarkan dari unsur-unsur alam semulajadiseperti

unsur-unsur tumbuhan dan binatang tetapi ada juga kelarai yang

dihubungkaitkan dengan nama orang.

14

You might also like