P. 1
Folio Pendidikan Jasmani Tingkatan 4 - Tenis

Folio Pendidikan Jasmani Tingkatan 4 - Tenis

3.0

|Views: 14,950|Likes:
Published by faam
folio PJ - tenis ni amek mase 1 hari je nak bwat. kalau anda download folio ni, bkn dalam masa 1 hari, tp lagi cpt dari 1 minit. haha. ( ape yg saya merapu ni? :p ).
Selamat men-download =D
folio PJ - tenis ni amek mase 1 hari je nak bwat. kalau anda download folio ni, bkn dalam masa 1 hari, tp lagi cpt dari 1 minit. haha. ( ape yg saya merapu ni? :p ).
Selamat men-download =D

More info:

Published by: faam on Aug 06, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/30/2015

pdf

text

original

PENGhargaan

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan folio ini. Antara yang terlibat dalam menjayakan folio Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang bertajuk Tenis ialah Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan saya sendiri iaitu Pn. Sapijah Sapuwan. Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengetua Maktab Rendah Sains MARA Merbok iaitu Pn Rohana Mohd. Yunus kerana telah memberi sepenuh kerjasama bagi membenarkan kami menyiapkan projek folio ini hingga terhasilnya folio ini. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa dan rakan-rakan saya yang banyak membantu dalam memberikan sokongan serta bantu malahan informasi dan maklumat tambahan bagi menyiapkan tugasan ini sehingga terlaksana.

PENGENALAN
Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat
1

umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Selain itu, peralatan pemain juga harus disediakan. Gelanggang Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperuat daripada kayu, simen atau parguay. Ukuran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.

Jaring Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih. Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan.

Raket Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket
2

j 6 i

l M

z N l ili

i t

i it

i l l i l t i

t t l t

t i t i

l

i t 6 i i l

i

Bol hij kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7 B l t i bi hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

P

i

P m i
3

Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan. Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah dipakai. . Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih.

Pegawai Per ainan Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan berada di tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang. Biasanya tempat duduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan peraturan dan undangundang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan mata dan memulakan dan menamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang pegawai permainan lainnya yang terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa orang penjaga garisan dn pengadil servis. Selain itu, terdapat juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.

SEJARAH
4

Terdapat pelbagai jenis sukan raket yang dimainkan dewasa ini dan tenis merupakan permainan yang paling diminati ramai. Menurut beberapa cacatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket sudah dimainkan sejak aman purba lagi, iaitu di Mesir dan Greece. Pada abad kesebelas, sejenis permainan iaitu jen de paume yang menyerupai permainan tenis kini, telah dimainkan buat pertama kali di sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan disalutkan dengan benang berbulu, manakala pemukulnya hanyalah tangan. Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Britain pada abad ke 13. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dalam masa yang singkat. Ramai rakyat tempatan menunjukkan minat terhadap permainan ini dan mula bermainnya. Sejak itu perkembangan sukan ini terus meningkat ke negara Eropah yang lain.

Raket bertali pula diperkenalkan kali pertama pada abad ke 15 oleh Antonio da Scalo, seorang paderi berbangsa Itali. Beliau menulis undang-undang umum bagi semua permainan yang menggunakan bola termasuk tenis. Majalah inggeris Sporting Maga ine menamakan permainan ini sebagai tenis padang. Dalam buku Book of Games And Sports yang diterbitkan dalam tahun 1801 menyebut sebagai tenis panjang. Tenis, pada mulanya merupakan permainan golongan atasan. Tenis gelanggang rumput yang terkenal di aman Queen Victoria disertai oleh golongan pertengahan yang menjadikannya sebagai permainan luar. Kelab tenis pertama ditubuhkan ialah Kelab Leamington di Perancis yang telah diasaskan oleh J. B. Perera, Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis dikenali sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874, permainan tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F. R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pula telah ditubuhkan pada tahun 18 8. Dua tahun selepas itu, ia telah membuka pejabatnya di Jalan Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, kelab ini juga telah bersetuju memperuntukkan sebahagian dari tanahnya untuk permainan tenis dan badminton. Sehubungan dengan itu, satu set undang-undang permainan tenis gelanggang rumput telah digubal. Amerika Syarikat pula telah menubuhkan kelab tenisnya yang pertama di Pulau Staten. Bermula dari situlah, Amerika Syarikat telah berkembang dengan pesat sekali dalam permainan tenis. Ia telah berjaya melahirkan begitu ramai sekali jaguh tenis yang telah menguasai persada tenis antarabangsa. Kejohanan Tenis Gelanggang Rumput pertama bermula tahun 1877. Seramai 21 orang pemain telah mengambil bahagian. Spencer William Gore telah muncul sebagai juara. Kini kejohanan itu dikenali sebagai Kejohanan Wimbledon. amun di Malaysia, permainan tenis mula diperkenalkan pada awal abad ke 20. Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921. Pada tahun 1953, pertandingan pertama telah diadakan untuk merebut Piala Chua. Beberapa tahun kemudian selepas itu, bermula pula perlawanan antara Wilayah Utara Malaya dengan Selatan Malaya untuk merebut Piala Guillemard untuk lelaki dan Mc Cabe Peay pula untuk wanita. Kini di Malaysia terdapat pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah dijalankan. Malaysia juga turut menyertai pertandingan tenis peringkat antarabangsa seperti Piala Davis dan Piala Asia.

5

Secara keseluruhannya, permainan tenis merupakan salah satu antara permainan yang termaju dan digemari di seluruh dunia. Ia telah melahirkan ramai jaguh dan bintang tenis yang terkenal seperti Jimmy Connors, John McEnro, Ile atashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats Wilander, Stefie Graff, Monica Seles, Martina Hingis, Pete Sampras, Andre Agassi dan ramai lagi. Kini, tenis menjadi satu permainan yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang tinggi nilainya.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
6

Te poh per ainan Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set dikira sebagai pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set, yang pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu daripada lawannya dikira pemenang. Masa 10 minit diperuntukan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita.

Cara mendapatkan mata Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbe a daripada permainan badminton. Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis. Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang diperolehi oleh pamain berkenaan menamatkan permainan dan kemenangan kepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu. Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sama, matanya dikira 40-40 dan ini memaksa dius. Untuk mencapai kemenangan salah seorang pemain harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Dengan demikian, permula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata. Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri gelanggangnya puladan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi. Seseoarang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk memenangi sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.

Memulakan permainan Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan.

7

Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada dibahagian kanan gelanggangnya. Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya. Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripada mereka mencapai kemenangan.

Dalam permainan dan Tamat permainan Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan ditamatkan. Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri dan dengan pengadil. Point Seorang pemain kehilangan point apabila: ‡ Melakukan dua kali kesalahan pada servis ‡ Tidak dapat memukul bola setelah lebih dari satu kali bola menyentuh tanah. ‡ Memukul bola namun jatuhnya bola di luar garis permainan (out). ‡ Pemain yang menerima servis memukul bola sebelum bola memantul. ‡ Pemain dengan SENGAJA memukul bola lebih dari 2 kali sentuhan. ‡ Seorang pemain menyentuh bagian dari net dengan raketnya atau dengan bagian badannya

8

saat bola masih dimainkan. ‡ Pemain memukul bola sebelum bola melintasi net. ‡ Bola menyentuh bagian tubuh atau apapun yang melekat pada tubuhnya selain raket tenis. ‡ Bola menyentuh raket namun pemain tidak memegangnya. ‡ Pada permainan ganda, kedua pemain menyentuh bola dengan raketnya sekaligus.

9

KEMAHIRAN
CARA MEMEGANG RAKET

Continental Grip

Continental Grip, juga disebut Chopper cengkeraman, diperoleh bila menempatkan tangan sedemikian rupa sehingga dasar dari buku jari telunjuk tepat pada tanggal 2 bevel. Hal ini secara diperoleh ketika memegang raket seolah-olah sebuah kapak, untuk memotong. Maka nama kedua ³Chopper pegangan´. Continental grip yang sesuai untuk berbagai pukulan kerana itu sering diajarkan untuk pemain baru. Cengkeraman Continental tidak memungkinkan untuk banyak topspin pada groundstroke. Sejak tenis modern, terutama tenis lapangan tanah liat, telah menunjukkan sebuah evolusi menuju topspin, cengkeraman
10

Continental sudah ketinggalan aman dengan pemain profesional untuk memukul groundstrokes. Hal ini masih lebih disukai pegangan untuk serves dan pukulan. Forehand Eastern Grip

Grip forehand Eastern diperoleh bila menempatkan tangan sedemikian rupa sehingga dasar dari buku jari telunjuk tepat pada bevel ke-3. Hal ini tentu diperoleh saat menerima raket tergeletak di tanah, atau ³berjabat tangan´ dengan raket dipegang tegak lurus. Forehand grip Eastern lebih memungkinkan untuk di topspin forehand sambil tetap control kerana pergeseran di sepanjang menangani hanya 45 darjah (dari tujuan multi-Continental grip).

Western Grip

11

Grip Western diperoleh bila menempatkan tangan sedemikian rupa sehingga dasar dari buku jari telunjuk tepat pada tanggal 5 bevel. Dibandingkan dengan cengkeraman Continental, pisau telah berputar 135 darjah. Hal ini akan memaksa pergelangan tangan dalam putaran tidak selasa, tetapi memungkinkan untuk sebesar mungkin spin. Hal ini pada dasarnya setara dengan cengkeraman Backhand Timur, kecuali bahwa wajah SAMA raket digunakan untuk memukul bola.

KAWALAN KAKI DAN KESEDIAAN

JENIS-JENIS PUKULAN
12

Backhand Drive

Forehand Drive

Pukulan Kilas dan Pepat Kedua Belah Tangan

13

SERVIS

14

PUKULAN SANGGA ATAU VOLI

15

JENIS-JENIS PUKULAN SANGGA DAN VOLI

16

PUKULAN REJAMAN / SMESY

ISYARAT-ISYARAT TANGAN RASMI TENIS

17

LATIHAN
Terdapat pelbagai latihan telah dicadangkan bagi meningkatkan kemahiran dalam mengusai permainan tenis ini. Antaranya ialah GENGGAMAN RAKET SAMBIL MENGAWAL BOLA

18

LATIHAN BAYANG / PERMAINAN DINDING

19

Rujukan
i http://masnyomega.wordpress.com/category/olahraga/ i http://prasso.wordpress.com/2007/09/20/peraturan-permainan-tenis/ i http://teknikbermaintennis.blogspot.com/2010/03/sejarah-dan-perkembangantenis.html i http://bobe ani.tripod.com/tenis.htm i http://blog-indonesia.com/blog-archive-4480-9.html

20

Lampiran

21

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->