You are on page 1of 13

KOLEJ MARA KUALA NERANG

FOUNDATION IN SCIENCE AND TECNOLOGY

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

KEJADIAN MANUSIA DARI


PERSPEKTIF ISLAM DAN SAINS &
TEKNOLOGI MODEN

NAMA GURU: USTAZAH RODHIYAH

KELAS : T 18

AHLI KUMPULAN NO. MATRIK


Wan Mohamad Syafiq bin Wan Mohd Saidi KNFT10031
Ahyad Arif bin Abdul Rahman KNFT10097
Mohd Hazreen bin Harun KNFT10053
Ahmad Zayyad bin Haji Leman KNFT10335
ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 1
PENGHARGAAN 2
KEJADIAN MANUSIA BERDASARKAN 3-6
SUMBER AL-QURAN
KEJADIAN MANUSIA BERDASARKAN 7-8
SUMBER SAINS
FALSAFAH KEJADIAN MANUSIA 9-10
MENURUT SAINS DARI PERSPEKTIF
ISLAM
PENUTUP 11
RUJUKAN 12
PENDAHULUAN
Alam adalah sebuah keajaiban dan banyak misteri. Cuba anda renung

dan fikirkan. Diri anda, langit, bumi dan alam. Dapatkah akal memberi

jawapan tentang kehidupan. Tentang bagaimana manusia datang, apakah

tujuan sebenar kehidupan manusia dan ke manakah akhirnya perjalanan

kehidupan manusia itu.

Manusia pertama yang dihidupkan di atas muka bumi ini oleh Allah

S.W.T ialah Adam a.s. Dalam Islam, manusia dikatakan berasal daripada tanah

dan roh di mana unsur jasad dan roh telah disatukan untuk memberi nyawa

kepada Adam a.s. Zuriat bagi keturunan Adam a.s pula bermula daripada

nutfah. Nutfah bermaksud percantuman air mani lelaki di dalam rahim wanita.

Iaitu percantuman daripada ovum dan sperma di mana dalam berjuta-juta

sperma lelaki, sperma yang terkuat sahaja akan dapat memasuki ke dalam

ovum wanita. Proses ini juga juga di kenali sebagai survival of the fittest.

Setelah berlakunya proses nutfah, alaqah pula akan terbentuk. Alaqah

juga dikenali sebagai embrio dalam bahasa sains di mana air mani yang telah

masuk ke dalam rahim wanita akan membentuk segumpal darah. Seterusnya

alaqah akan membentuk pula sepotong daging iaitu mudghah. Dari sepotong

daging, akan terbentuk pula tulang-temulang di dalam rahim yang dikenali


sebagai idzam. Lahman ialah daging-daging yang akan tumbuh menyelaputi

tulang-temulang yang terbentuk. Pada ketika ini, sudah terbentuk rupa

manusia di dalam rahim wanita. Seterusnya tulang-temulang yang diselaputi

atau di tumbuhi daging-daging akan membentuk janin iaitu bayi yang berada di

dalam kandungan wanita. Selepas terbentuknya janin bayi di dalam rahim

wanita, roh akan ditiupkan untuk memberi nyawa kepada bayi di dalam

kandungan dan seterusnya sehinggalah berlakunya kelahiran.


Penghargaan

Setinggi-tinggi perhargaan diucapkan kepada Ustazah Rodhiyah


dan kawan-kawan sekalian kerana banyak mengajar kami
terutamanya Ustazah yang banyak mendidik kami untuk mencapai
kejayaan. Ini kerana tanpa beliau, siapalah kami. Terima kasih kepada
ibu dan bapa kami juga kerana memberi sokongan kepada kami
walaupun dari jauh. Selain itu, kami juga ingin berterima kasih
kepada kawan-kawan kami kerana banyak memberi sokongan
kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Malah, kawan-kawan
kamilah yang banyak mengajar kami perkara-perkara baru dan
menunjukkan kami kepada jalan yang benar. Akhir kata, kami ingin
berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami
menyiapkan projek ini.
PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-
QURAN
 

     

       PERINGKAT
SATU

     NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu

pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2

       " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani

yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan),

kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air

yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan

sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang

bererti percampuran
 

        

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah

sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air

mani perempuan.

               Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang

berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan.

Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari

nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

             
PERINGKAT KEDUA

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu

pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu

akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah

menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

                                                                 al-Mukminun : 14

         Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah.

Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu

benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai

beberapa maksud :

 sesuatu yang bergantung atau melekat


 pacat atau lintah
 suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga

di alam rahim.

 
 PERINGKAT KETIGA

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu

keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu

surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan

anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus

yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri.

Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula

mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan

pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi

mula berfungsi sendiri.

 
PERINGKAT KEEMPAT

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan

ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-

otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka

tersebut.

Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami
membalutkan Izam dengan daging"

al-Mukminun : 14

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks.

Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula

terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut

ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ

pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain

terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu

juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya

telah sempurna dan lengkap.


PERINGKAT KELIMA

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang

minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini

bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua

tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula


tumbuh.

Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki

pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota

yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya

pada ukuran bayi sahaja.

 
 PERINGKAT KE ENAM

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam

menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang?

Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh

hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai

kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam

rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata

tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian

sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172.

Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan

martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t.


                         

You might also like