You are on page 1of 45

SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH

PUTRAJAYA
BORANG MARKAH CALON
SEJARAH 21/2
KERJA KURSUS TINGKATAN DUA

Nama Calon : Syukri bin Supangan

Tingkatan : 2 Maju

Nombor Kad Pengenalan : 961229-14-5105

Tajuk Kerja Kursus : Infrastuktur Dan Kemudahan Asas Sekolah

Nama Guru : Puan Kamsiah

Skor :-

Elemen Markah
Elemen 1 Mengupul fakta sejarah
Elemen 2 Merekod fakta sejarah
Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme
Jumlah Markah
Kod
Tahap Pencapaian

……………………………….

( Tandatangan Guru )
Buku aturcara
Jurnal
akhbar

Majalah
brochure
internet
ELEMEN
1
ELEMEN
2
INFRASTRUKTUR
DAN KEMUDAHAN
ASAS SEKOLAH
SENARAI
KANDUNGAN

SENARAI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA

SURAT
1 Tajuk Kajian i
2 Senarai Kandungan ii
3 Penghargaan
4 Objektif Kajian
5 Kaedah Kajian
6 Hasil Kajian

i. Bangunan Asal Sekolah

ii. Bangunan Tambahan

iii. Asrama

iv. Rumah Guru

v. Perpustakaan

vi. Pusat Komputer dan Audio

vii. Kemudahan Sukan

7 Rumusan
8 Lampiran
9 Rujukan
PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Saya Syukri bin Supangan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan

pengetua, Tuan Haji Muhamad Kamaluddin Bin Taib kerana telah memberikan kebenaran

kepada saya dan pelajar-pelajar tingkatan 2 untuk menjalankan kerja kursus ini. Seturusnya tidak

lupa juga kepada Puan Kamsiah binti selaku guru sejarah tingkatan 2 yang banyak memberi

dorongan kepada saya dan rakan-rakan saya.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibubapa saya

iaitu Supangan bin Sardomo dan Siti Jawamah binti Siran kerana telah membantu saya alam

urusan kewangan dan membenarkan saya mencari maklumat untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga kepada orang sumber iaitu Encik Supangan bin Sardomo yang telah

bersama meluangkan masanya untuk saya dalam menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh

guru matapelajaran sejarah ini.

Akhir sekali tidak lupa juga rakan seperjuangan saya iaitu Mohamad Fairouz bin Azlan

yang telah banyak beri kerjasama kepada saya sepanjang projek ini dijalankan.
OBJEKTIF

KAJIAN

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian adalah bertujuan untuk mencari dan mengumpul maklumat sejarah

dari sumber-sumber yang boleh dipercayai dan berkaitan dengan sejarah sekolah. Melalui kerja

kursus ini, saya mengetahui kelebihan mahupun kekurangan sekolah.


Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui cara-cara yang betul untuk mengumpul dan

menganalisis maklumat yang diperlukan. Kajian ini mengajar saya mengelas, mentaksir dan

merumus sumber sejarah tentang infrakstuktur dan kemudahan asas yang terdapat di sekolah.

Kajian ini membolehkan saya mengetahui tentang pelbagai kemudahan asas yang

terdapat di asrama, kelas, blok pentadbiran, blok makmal, surau, dewan utama, dewan makan

dan kemuhan sukan dan permainan. Saya juga telah mengetahui system-sistem yang terdapat di

sekolah ini.

Selain itu, kajian ini juga membolehkan saya mengetahui sejarah pembinaan, tapak lama

sekolah, pembinaan sekolah baru, tarikh dan majlis perasmian sekolah dan jumlah staf serta

pelajar. Ini membolehkan saya untuk mengenali dengan lebih lanjut serta mendalam tentang staf,

pelajar serta sejarah-sejarah sekolah ini.

Kajian ini memupuk semangat cinta dan sayang terhadap sekolah dan Negara setelah

mengetahui sejarah ini. Melalui kajian ini, saya akan lebih menghargai harta benda dan

kemudahan yang disediakan di sekolah dan akan berusaha untuk menjaga harta benda sekolah.
KAEDAH

KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah memilih beberapa kaedah kajian untuk

mendapatkan maklumat.

PENYELIDIKAN

Saya telah membuat penyelidikan di perpustakaan sekolah dan juga kedai buku sebagai

salah satu kaedah kajian. Saya berpeluang untuk meminjam buku di perpustakaan antaranya

ialah majalah sekolah Jubli Perak. Saya merujuk bahan tersebut untuk mendapatkan sumber-

sumber pengetahuan.
MELAYARI INTERNET

Saya telah melayari internet untuk mencari laman web yang berkaitan iaitu

http:/www.sas.edu.my / bagi mencari bidang kebitaran, senarai pengetua dan rumah sukan.

LAWATAN DAN PEMERHATIAN

Saya telah membuat lawatan dan permahatian untuk mencari maklumat tetntang

kemudahan dan infrastruktur yang terdapat di sekolah. Antaranya ialah bangunan akedemik,

perpustakaan, arama dan banyak lagi. Untuk memantapkan lagi, sya telah mengambil gambar

kemudahan dan infrastruktur tersebut.

TEMURAMAH

Saya telah menemuramah dengan dengan seorang Alumnai Sekolah Alam Shah,

Supangan bin Sardomo. Saya menemuramah beliau kerana beliau seorang alumnai Sekolah

Alam Shah pada tahun 1971 - 1974. Beliau mempunyai banyak pengalaman tentang Sekolah

Alam Shah di Cheras, Kuala Lumpur. Saya dapat tahu serba sedikit tentang kemudahan yang ada

di Sekolah Alam Shah yang lama.


Laporan Wawancara

Nama: Encik Supangan bin Sardomo


Umur: 55 tahun
Alamat: No. 10 Jalan E3/13 Taman Ehsan, Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Selangor.

Soalan: Apakah nama asal sekolah ini?

En. Supangan: Sekolah ini pada mulanya dinamakan Sekolah Alam Shah. Namun, ia telah

diubah kepada Sekolah Sultan Alam Shah setelah berpindah ke Putrajaya.

Soalan: Dimanakah lokasi asal Sekolah Sultan Alam Shah?


En. Supangan: AS yang dahulunya terletak di Jalan Yaacob Latiff (dulu dipanggil Jalan

Tenteram), Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur telah berpindah ke premis baru seluas 35

ekar di Putrajayapada 26 April 2003.

Soalan: Bolehkah anda perkenalkan serba-sedikit mengenai Sekolah Sultan Alam Shah?

En. Supangan: Sekolah Sultan Alam Shah merupakan sekolah menengah aliran Melayu yang

telah dimulakan operasinya pada tahun 1958. Sekolah Alam Shah merupakan

sekolah menengah aliran Melayu yang pertama mengadakan kelas tingkatan enam

Soalan: Apakah pendapat anda mengenai sekolah ini diawal operasinya?

En. Supangan: Sekolah ini buat pertama kalinya menjadi jambatan kepada pelajar-pelajar aliran

Melayu yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi.

Soalan: Pada pendapat anda, mengapakah sekolah ini dipindahkan?

En. Supangan: Pada pendapat saya, perpindahan ke kawasan Koridor Raya Multimedia (MSC)


itu amat bagus. Ini sejajar dengan kedudukannya sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi.
Kemudahan yang lengkap diperlukan oleh setiap pelajar untuk lebih maju dalam bidang
akademik dan korurikulum.
HASIL

KAJIAN

HASIL KAJIAN

6.1 BANGUNAN ASAL SEKOLAH


Penubuhan Sekolah Alam Shah merupakan salah satu hasil kejayaan pelaksanaan Dasar

Pelajaran Kebangsaan melalui Penyata Razak pada tahun 1958. Pada ketika itu, Sekolah Alam

Shah merupakan sekolah menengah aliran melayu yang pertama mengadakan kelas tingkatan

enam dan juga merupakan jambatan pertama pelajar-pelajar aliran melayu melanjutkan pelajaran

ke institusi-institusi pengajian tinggi. Pada 7 Februari 1963 sekolah ini telah dibuka pertama kali

untuk sesi persekolahan. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahudin Abdul Aziz

ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj telah merasmikan pembukaan sekolah

ini.

Bangunan asal Sekolah Sultan Sultan Alam Shah


Pembinaan Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya

Bermula dari tahun 2001, kerja-kerja pembinaan Sekolah Alam Shah Putrajaya dijalankan di atas

tanah seluas 24 hektar yang menelan belanja RM 54 juta dan ia merupakan antara sekolah SBP

yang termahal pernah dibina. Perpindahan Sekolah Alam Shah merupakan hasil persetujuan

bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Bin Mohamad daripada cadangan bekas

pelajar SAS Tan Sri Shamsuddin bin Hitam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia.

Perdana Menteri menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan sekolah terunggul di Putrajaya.

Setelah 40 tahun mencipta kecemerlangan di tapak Kuala Lumpur, Sekolah Alam Shah

meneruskan kegemilangan residensi yang lebih berprestij iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tanggal 26 April 2003 menyaksikan 652 pelajar SAS berhijrah ke kampus baru. Lokasi Sekolah

Alam Shah di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan membuktikan taraf elit tertinggi antara

sekolah-sekolah di Malaysia.
Pada tanggal 25 Mac 2006 Sekolah Alam Shah melakar sejarah sekali lagi apabila Sultan

Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Dan

Yang Dipertuan Negeri Selangor perkenan untuk memilih nama baru bagi Sekolah Alam Shah

iaitu Sekolah Sultan Alam Shah bersempena dengan nama nenda baginda. Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Sultan Selangor juga telah berkenan menjadikan Sekolah Sultan Alam Shah di

bawah naungan

Sultan Selangor

melalui surat

bertarikh 7 Ogos 2006.

Upacara menandatangani bagi nama baru Sekolah Sultan Alam Shah


oleh
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah

Kecemerlangan dan kegemilangan Sekolah Sultan Alam Shah tidak berhenti begitu sahaja

kerana sekali lagi peristiwa bersejarah dilakarkan apabila Sekolah Sultan Alam Shah telah

diisytiharkan sebagai Sebuah Sekolah Kluster Cemerlang di negara ini pada tarikh 30 Mac 2007
oleh YB Dato' Sri Hishamudin bin Tun Hussin, Menteri Pelajaran Malaysia dan sebagai Sekolah

Berprestasi Tinggi oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abd Razak pada tahun 2010.

6.2 BANGUNAN TAMBAHAN

Mengikut sumber internet yang saya telah layari iaitu di http://en.wikipedia.org/

wiki/Sekolah_Alam_Shah#Sekolah_Sultan_Alam_Shah.2C_Putrajaya_.282003 dan

http://www.sas. edu.my/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=1&Itemid=34,

kerja-kerja pembinaan Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya bermula pada tahun 2001.

Terdapat 10 bangunan baru sekolah iaitu Dewan Putra Perdana, blok makmal, blok pentadbiran,

blok kelas, Pavillion SAS, Dewan Makan Putra, blok Arif , blok Bijak, blok Cerdik dan Surau

Alam Shah. Semua bangunan tersebut adalah konkrit. Blok makmal, blok kelas blok Arif, blok

Bijak dan blok Cerdik mempunyai 3 tingkat manakala blok pentadbiran 2 tingkat. Semua

bangunan ini dibina bermula pada tahun 2001 dan telah dirasmikan oleh Sultan Sharafuddin Idris

Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan pada 25 Mac 2006.

Semasa pembinaan
Setelah Pembinaan

Asrama

Mengikut sumber internet yang saya layari dalam komputer,

http://www.sas.edu.my/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=1&Itemid=34 saya

telah dapat mengenal pasti bahawa bilangan pelajar yang tinggal di asrama sekolah adalah

seramai 850 orang. Selain itu, menurut majalah ASAS setiap jam 5 petang, para pelajar perlu

berada di padang untuk beriadah dan pada jam 6.30 petang para pelajar per berada di dewan

makan untuk makan malam. Seterusnya pada jam 7.15 petang setiap pelajar wajib berada di

surau untuk menunggu waktu solat Maghrib dan Isyak. Pada jam 9 malam pula para pelajar

mesti berada di kelas persediaan malam. Terdapat tiga blok asrama iaitu Blok Arif, Blok Bijak

dan Blok Cerdik. Jarak bangunan asrama dari sekolah ialah sejauh 300 meter. Bangunan asrama

mula dibina pada tahun 2001.

Pengetua asrama ialah Tuan Haji Mohamad Kamaludin bin Taib. Ketua asrama Bagi Blok Arif

ialah Zakwan Zariman, Blok Bijak ialah Muhamad Farhan bin Khairol Anuar dan Blok Cerdik

ialah Zain Ameereyza bin Zain Azly. Bayaran yang dikenakan untuk tinggal di asrama ialah

sebanyak RM 610. Antara peraturan asrama ialah tutup lampu pada pukul 11:30 malam, dilarang

berada di asrama ketika kelas persediaan malam dan mengosongkan asrama pada pukul 7:00

pagi pada hari persekolahan.


Dorm Blok Asrama
Perpustakaan

Mengikut sumber majalah ASAS yang saya kaji didapati ketua perpustakaan ini ialah Zulhasri

bin Mahdzir dan guru-guru penasihat pula ialah Pn. Azlina Nashriby bt. Baharum, Pn. Mimi

Hairinna bt. Abdul Hamid, En. Shaiful Putra b. Zakaria, Pn. Maslinda bt. Misran dan Pn.

Sarminah bt. Salim. Selain itu, menurut hasil lawatan ke Galeri Sekolah Sultan Alam Shah

didapati bahawa perpustakaan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad

bin Yaacob, PMK, SMT pada 8 Julai 1974.

Ketua perpustakaan ialah Muhammad Haziq bin Abdul Rahim dan dibimbing oleh guru

penasihat Puan Azlina Nashriby binti Mohamad Baharom. Pengawas perpustakaan sebanyak 44

orang dan bilangan buku sebanyak 5913 buah. Jenis-jenis koleksi buku yang ada seperti fiksyen,

bukan fiksyen, akhbar, majalah, kamus serta ensaiklopedia. Perpustakaan dibuka dari pukul 8:00

pagi hingga pukul 4:30 petang.

Perpustakaan
Pusat Komputer dan Audio

Tarikh penubuhan pusat komputer dan audio bermula pada tahun 2001. Guru panasihatnya

adalah Encik Perumal a/l Ramasamy. Peralatan yang ada ialah komputer sebanyak 37 buah untuk

pelajaran ICT dan terdapat satu projektor untuk tujuan pembelajaran. Tujuan penubuhan Pusat

Komputer dan Audio ini adalah untuk melatih pelajar mengunakan komputer.

Pusat Komputer dan Audio

Kemudahan Sukan dan Riadah

Mengikut lawatan dan sumber internet yang saya layari dalam komputer saya,

http://www.sas.edu.my/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=2&Itemid=37 di

dapati bahawa terdapat empat dewan iaitu squash, badminton, snuker dan tenis meja. Jumlah

gelanggang permainan ialah sebanyak 6 gelanggang iaitu sepak takraw, bola tampar, boling

padang, petanque, bola keranjang dan tenis. Jumlah padang permainan ialah tiga padang iaitu

ragbi, kriket dan bola.


Kemudahan yang lain ialah seperti trek dan alat-alat permainan yang disediakan seperti bola

ragbi, bola kriket dan sebagainya.

Gelanggang Futsal

Pavillion/Padang Ragbi

Gelanggang Bola Keranjang


LENCANA SEKOLAH
LENCANA SEKOLAH

Penjelasan Reka Bentuk Lencana

Obor : Pendidikan dan Bimbingan


Buku : Ilmu pengetahuan
Bulan Bintang:Negara, Agama Islam dan Rukun negara
Warna Kuning:Waspada
Warna Biru : Ketenangan
Warna Putih: Kesucian
Warna Merah: Keberanian

MOTO SEKOLAH

Moto Sekolah Sultan Alam Shah ialah Cita, Usaha, Jaya.


BENDERA SEKOLAH
BENDERA SEKOLAH

Penjelasan Reka Bentuk Bendera


Warna Biru - Perpaduan & Ketenangan

Logo Sekolah - Kedudukan di tengah menunjukkan


penerimaan pendidikan secara menyeluruh
LAGU SEKOLAH
LAGU SEKOLAH

Lagu sekolah bertajuk Alam Shah Jaya ini telah dicipta oleh seorang cikgu Indonesia, mendiang

Oscar H. Batoebara.

Sekolah Alam Shah


Megah Berjasa
Membimbing Satria
Harapan Bangsa

Cita Usaha Jaya


Amalan Kita
Jadi Cogan Kata
Setiap Masa

Pelajar Alam Shah


Taat Berbakti
Untuk Nusa Dan Bangsa
Ibu Pertiwi

Tuhan Merestukan
Cita-Cita Mulia
Bertekad Dan Berdoa
Alam Shah Jaya
RUMUSAN
RUMUSAN

Pekara yang boleh saya rumuskan daripada projek ini ialah kita perlu mengenali sekolah

kita. Sekolah adalah tempat untuk kita menuntut ilmu. Kita perlu mengenali sekolah kita kerana

jika terdapat orang luar yang dating melawat, kita dengan mudah dan yakin menjawab apa yang

pelawat tersebut menaya kepada kita. Seterusnya, kajian ini akan dapat menerapkan unsure

cintakan sekolah kita. Unsur ini membolehkan saya untuk menjaga serta mencuba

mengharumkan nama baik sekolah.

Selain itu, kajian ini membolehkan kita untuk mendisiplinkan diri. Sebagai contoh, kajian

ini mengajar saya cara yang sesuai untuk mencari maklumat, mengelas, mentaksir serta

merumuskan sumber sejarah.

Dalam folio ini juga, dapat saya rumuskan bahawa kita mestilah mempunyai semangat

kekitaan dan kerjesama dalam bangsa kita. Kita hendaklah saling bersefahaman dan

bermuafakatan dalam masyarakat kita.

Oleh itu, kita perlu menerapkan unsur patrotisme di dalam diri kita. Akhir sekali, saya

akan berusaha untuk menjaga kemudahan yang disediakan di sekolah dan berusaha menjadika

pelajar dari semua aspek/.


LAMPIRAN
RUJUKAN
RUJUKAN

ORANG SUMBER

Supangan bin Sardomo, 55 tahun, No 10 Jalan E3/13 Taman Ehsan, 52100 Kuala Lumpur,

Selangor

MAJALAH

Jubli Perak 1963-1988

AKHBAR

Utusan Harian, 26 Mac 2006, halaman 8

INTERNET

www.sas.edu.my

MELAWAT TEMPAT KAJIAN

Sekolah Sultan Alam Shah, Persint 1, Parcel G, 62520 Putarjaya


ELEMEN 3
Matapelajaran sejarah amat penting kepada kita dalam kehidupan seharian. Ia

menerapkan unsur patriotisme dalam diri kita.

Berdasarkan matapelajaran sejarah yang saya pelajari, kita sepatutnya berasa bangga

menjadi rakyat Malaysia. Kita boleh tunjukkan perasaan itu dengan cara memghormati raja dan

pemimpin Negara, menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh Negara, menghormati lambang-

lambang Negara, menjaga dan mampertahankan maruah, bangsa dan Negara, menghargai dan

mengamalkan tradisi dan budaya bangsa dan berbangga dengan sejarah Negara.

Selain itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersemangat setia Negara. Cinta akan

bangsa dan Negara adalah salah satu contohnya. Bukan cinta akan bangsa dan Negara sahaja

yang perlu kita amalkan malahan taat dan setia kepada pemimpin Negara, sedia berkorban untuk

bangsa dan Negara, bertanggunjawab keatas bangsa dan Negara, sanggup mempertahankan

kedaulatan bangsa, peka kepada masalah bangsa dan Negara dan bersyukur sebagai wargenegara

Malaysia juga perlu kita jadikan amalan seharian.

Seterusnya, kita mestilah sentiasa berdisiplindalam hidup. Disiplin yang dimaksudkan

adalah berakhlak dan berbudi perketi mulia, mempertahankan dan mempejuangkan

perlembagaan Negara, mematuhi peraturan, bersopan, bertatasusila, berhemah tinggi, bertindak

wajar, amanah, jujur, bertimbag rasa dan berlaku adil. Sifat-sifat ini perlulah dipupuk sejak kecil

untuk melahirkan seorang insan yang berdisiplin dan berkepimpinan. Bak kata pepatah melentur

buluh biarlah dari rebungnya.


Kita perlu menjadi seorang rakyat yang gigih berusah dan produktif. Antara sifat yang

ada dalam diri orang yang gigih berusaha dan produktif ialahrajin dan gigih, berdikari, tabah

menghadapi cabarn, melibatkan diri dalam usaha pembangunan, berganding bahu memnbangun

Negara, berilmu dan berketerampilan.

Kesimpulanya, bayak yang boleh kita pelajari melalui mata pelajaran Sejarah. Jadi kita

perlulah mengamalkan sifat patrotisme yang kita telah pelajari.

You might also like