P. 1
Folio Sejarah Mara

Folio Sejarah Mara

|Views: 4,342|Likes:
Published by Roslan Mohd
This is for civic subject
This is for civic subject

More info:

Published by: Roslan Mohd on Aug 06, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/13/2013

pdf

text

original

MAKTAB RENDAH SAINS MARA TAIPING

FOLIO SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS AMANAH RAKTAY (MARA) PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2010

NAMA KELAS NOMAK

: ROSLAN BIN MOHD : 511 : 09007

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

SEJARAH PENUBUHAN

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

ORGANISASI

OPERASI PENGURUSAN

• • • • •

MISI KORPORAT AHLI MARA LOGO MARA PIAGAM PELANGGAN STRATEGI PERLAKSANAAN

OBJEKTIF

VISI KORPORAT

BANGUNAN MARA

RUJUKAN

PENGENALAN

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya. Adalah menjadi kewajipan serta Majlis bagi memajukan, menggalakkan, ekonomi dan

memudahkan

menjalankan

pembangunan

kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasankawasan luar bandar.

SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

Sebuah nama keramat Lahir dari percikan amarah suatu bangsa Yang mundur sosio-ekonominya Masih menadah tangan menjadi peminta Di tanah airnya yang hampir sepuluh tahun merdeka. Bermula di zaman penjajah dikenal dengan RIDA - Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan Kritik tajam rakyat terhadap dasar penjajahan. RIDA yang berdetik pada tahun 1953 Ketika bara nasionalisma marak menyala Tidak mampu menampung ghairah rakyat merdeka Suara Bumiputera yang semakin keras bergema Kemunduran dan kemiskinan yang ketara. Tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima Kongres

Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala duka nestapa bangsa Bahawa kita memiliki telaga Mengapa masih memegang talinya Sedang orang mencapai timba Maka segala gaung amarah dileburkan Menjadi sumpah amanah suatu wawasan Pada detik 1966 yang menentukan RIDA pun dikerandakan dalam sejarah Untuk sebuah nama baru yang keramat Majlis Amanah Rakyat Kini 25 tahun telah berdetik MARA mencapai kedewasaan usia Mungkinkah

bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan Menilai kembali keberkesanan AMARAH dan Amanah Rakyat

yang dipahatkan.

ORGANISASI

MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sembilan orang anggota lain, tiga daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan

Labuan, dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di London, Washington D.C., Jakarta, Dublin, Frankfurt dan New South Wales.

OPERASI PENGURUSAN

Operasi MARA dijalankan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan luar negara. Pusat-pusat operasi ini merangkumi:
• • • • • • •

Ibu Pejabat Pejabat MARA Negeri Pejabat MARA Daerah MRSM Kolej MARA GIATMARA IKM

• • • • •

Institut Kemahiran Tertinggi MARA Kolej Poly-Tech MARA Kenderaan Bas MARA Pejabat MARA Luar Negara Kolej Profesional MARA

MISI KORPORAT

Menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat dan maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan.

VISI KORPORAT

Menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari, berautonomi dan berwibawa:
• • • •

Penggerak dan pemangkin yang aktif Pusat jaringan dan rangkaian perusahaan dan perdagangan Pusat maklumat, latihan, penyelidikan dan pembangunan Sebagai organisasi pemikir

OBJEKTIF

Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, profesional dan kukuh.

STRATEGI PERLAKSANAAN

Mewujud

serta dan

menambah meningkatkan

bilangan taraf

usahawan mereka

di

kalangan kegiatan

bumiputera

dalam

perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat peniaga yang berjaya dan kukuh.

Mengambil bahagian yang aktif dalam bidang perdagangan dan

perindustrian tertentu melalui pelaburan dan pengurusan dalam syarikat-syarikat sebagai langkah memberi perlindungan untuk

meningkatkan penyertaan bumiputera dalam dunia perniagaan.

Menambah bilangan gunatenaga bumiputera yang terlatih dalam

berbagai bidang di semua peringkat, khususnya untuk keperluan sektor perdagangan dan perindustrian

Menggalakkan lain-lain kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai

serta menjadi pemegang amanah yang boleh membantu secara khusus atau umum bagi meninggikan taraf ekonomi dan sosial bumiputera.

PIAGAM PELANGGAN

Sesungguhnya kami warga MARA akan sentiasa komited kepada pengeluaran berkualiti dan perkhidmatan yang berkesan. Kami juga berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan , menerusi program dan aktiviti berikut :

Berusaha untuk menambah bilangan gunatenaga Bumiputera yang

terlatih dalam bidang profesional dan teknikal ke tahap 30% daripada keperluan negara

Semua permohonan pinjaman perniagaan dan pelajaran yang

lengkap akan diputuskan dalam masa tidak lebih daripada 50 hari

LOGO MARA

RASIONAL AM LOGO MARA

Roda Bergigi (14) Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia dimana MARA memberi perkhidmatannya secara terus dan juga jaringan aktiviti keusahawanan yang diterokai oleh Bumiputera. Buku Terbuka Melambangkan ilmu sebagai teras Organisasi Pemikir yang menjadi wawasan MARA untuk mencapai kecemerlangan dan kemajuan Keusahawanan serta Pendidikan.

Jangka Lukis Terbuka Menunjukkan usaha MARA memegang amanah untuk menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam bidang keusahawanan menuju kearah Masyarakat Perdagangan & Perindustrian. Spana Dan Skrew Melambangkan sumbangan MARA di dalam memberi latihan dan pendidikan berteraskan teknologi serta pembangunan sumber tenaga mahir negara. Teknologi merangkumi peringkat asas hingga ke peringkat setinggi-tingginya. Tulisan Rumi & Jawi Majlis Amanah Rakyat Melambangkan kecemerlangan keislaman. kesinambungan imej, MARA dan penerapan identiti ciri-ciri

Warna Mera Melambangkan keberanian untuk mara kehadapan h menerokai peluang-peluang baru. Melambangkan kemurnian wawasan dan matlamat Biru - sebagai Badan Amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat maruah serta martabat bangsa. Hita - Sebagai lambang keutuhan dan kekukuhan

m

semangat untuk membantu golongan Bumiputera

secara

berterusan

AHLI MARA

BANGUNAN

MARA

Bangunan MARA tersergam di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Lumpur, bersempadankan dua jalan raya yang amat sibuk iaitu Jalan Raja Laut di hadapan dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sebelah belakangnya. Ia telah dibuka secara rasmi oleh YAB Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia 12 April 1987. Kompleks Bangunan Kompleks ini mengandungi empat tingkat blok podium, 22 tingkat blok menara dan tiga tingkat basement. Blok podium Medan MARA ini mengandungi 165 lot ruang niaga dengan keluasan keseluruhannya sebanyak 150 ribu kaki persegi. Salah satu ciri utama blok podium ini ialah dua pintu masuk utama berhadapan Kompleks Pertama dan Jalan Raja Laut. Blok menara dengan bentuk yang istimewa ini menyediakan ruang pejabat seluas 200,000 kaki persegi. Bangunan setinggi 26 tingkat ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang serba baru. Tingkap yang terdapat di keempat-empat penjurunya, menyediakan panorama kota yang indah. Ruang letak kereta bawah tanah Medan MARA boleh menempatkan sebanyak 373 buah kereta. Di tingkat pertamanya pula disediakan ruang

niaga seluas 22,000 kaki persegi sesuai untuk pembinaan sebuah pasar raya.

Konsep Rekaan

Ilham pembinaan bangunan ini tercetus dari tujuan untuk mewujudkan satu identiti dan imej tersendiri yang mengambarkan kekayaan

kebudayaan Melayu. Blok podium yang berbentuk perahu melambangkan semangat pengembaraan dan penerokaan pengetahuan serta keinginan untuk mengejar kemajuan. Konsep ini mencerminkan budi pekerti masyarakat Melayu yang sentiasa bersedia untuk meneroka bidang-bidang baru demi kemajuan bangsa. Mural bangunan dan

melambangkan

pembangunan,

kemajuan

perkembangan sosio-ekonomi anak-anak bangsa. Motif pucuk rebung dan awan larat yang digunakan diilhamkan daripada motif tingkap Masjid Sultan Mehmet, Istanbul, Turki dan ukiran kayu Istana bandar Tinggi, Negeri Sembilan. Kedua-dua ukiran ini disatukan untuk membentuk motif pinggiran kain songket, seni tradisi orang-orang Melayu. Motif ini juga disulamkan dengan rupa-rupa anyaman mengkuang sejajar dengan resmi masyarakat turun-temurun menggunakan tikar sebagai tempat bermesyuarat, berbincang dan merancang ke arah kemajuan. Konsep reka bentuk Bangunan MARA ini rata-rata melambangkan identiti senibina Melayu di Malaysia

RUJUKAN

http://www.mara.gov.my/home

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->