P. 1
Kertas Kerja Pertandingan Badminton 2010

Kertas Kerja Pertandingan Badminton 2010

5.0

|Views: 10,808|Likes:
Published by ipop_001

More info:

Published by: ipop_001 on Aug 07, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/09/2015

pdf

text

original

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN AIR PANAS

,

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (TERTUTUP) SK PEKAN AIR PANAS
TEMPAT:

DEWAN SERBAGUNA PEKAN AIR PANAS
TARIKH :

27 JUN 2010 ( AHAD )
ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

SK PEKAN AIR PANAS PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
MENGADAKAN PERTANDINGAN BADMINTON (TERTUTUP) BAGI MURID-MURID TAHAP 2 SK PEKAN AIR PANAS 1.0 PENDAHULUAN Pertandingan Badminton ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sk Pekan Air Panas. Program ini boleh disertai oleh murid-murid lelaki dan perempuan, tahap dua, Sk Pekan Air Panas. Ia akan diadakan di Dewan Serbaguna SK Pekan Air Panas pada 27 Jun 2010. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti permainan badminton ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak. 2.0 MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan peraturan dan teknik permainan badminton. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pertandingan ini juga dapat membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

3.0 OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam Pertandingan Badminton. Membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Melatih murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai kesihatan tubuh badan. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai pertandingan yang disediakan. Melahirkan murid yang berpengetahuan dalam sukan badminton. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri ( acara bergu ). Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial. 4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN 4.1 Tarikh yang dirancang ialah pada 27 Jun 2010. 4.2 Dilaksanakan sepanjang 4 jam, bermula dari jam 8.00 pagi dan dijangka tamat pada jam 12.00 tengah hari. 4.3 Aturcara pertandingan adalah seperti dalam Lampiran 1.

5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN 7.1 Terbuka kepada semua murid lelaki dan perempuan Tahap 2, Sk Pekan Air Panas. 6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN Penasihat Pengerusi Setiausaha Bendahari : En. Hasan Bin Haron (Guru Besar) : Pn. Norhayati Binti Hasan (Penolong Kanan Kokurikulum) : En. Hamdan Bin Hamzah. : En. Mohamad Fauzan Bin Mohamad Yusof.

AHLI JAWATANKUASA Ketua Teknik Pertandingan Ketua Pengadil Bantuan Kecemasan Buku Program Persediaan Tempat dan Siaraya AJK Hadiah dan Sijil AJK Disiplin : En. Mohd Fauzi Bin Ahamad. : Cik Wan Zakiah Darajah Binti Naruddin : Pn Nooryati Binti Pardi : En. Md Nizam Bin Zainuddin. : En. Mohd Fuad Bin Yahya. : Klinik Kesihatan, Pekan Air Panas. : En. Muhammad Razi Bin Hj Tokiwoon.

7.0

PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini: BIL 1 2 3 PERKARA Bulu Tangkis Cenderamata Pengadil Hadiah : a) Perseorangan Lelaki b) Perseorangan Perempuan c) Bergu Lelaki d) Bergu Perempuan 6 Rencam (belanja tak terduga) Jumlah KUANTITI 2 balang X RM25 2 orang X RM30 3 pemenang X RM 5 3 pemenang X RM 5 6 pemenang X RM 5 6 pemenang X RM 5 30 orang X RM1 JUMLAH (RM) 50.00 60.00 15.00 15.00 30.00 30.00 30.00 200.00

10.0

PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti pertandingan badminton ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

……………………………………. (En. Hamdan Bin Hamzah) Guru Ketua Panitia, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sk Pekan Air Panas.

.................................................. (En. Hasan Bin Haron) Guru Besar, Sk Pekan Air Panas.

LAMPIRAN 1

ATURCARA PERTANDINGAN BADMINTON (TERTUTUP) SK PEKAN AIR PANAS.
7.30 pagi 7.50 pagi 8.00 pagi : Pendaftaran peserta. : Taklimat kepada peserta. : Pertandingan di mulakan : a) Perseorangan Lelaki b) Perseorangan perempuan 10.00 pagi : Pertandingan disambung : a) Bergu Lelaki b) Bergu perempuan 11.30 pagi 11.45 pagi 12.00 tengah hari - Gelanggang A - Gelanggang B - Gelanggang A - Gelanggang B

: Ucapan Penutup oleh Tuan Haji Ibrahim Bin Yaman ( Yang Dipertua PIBG, SK Pekan Air Panas ). : Penyampaian hadiah dan cenderamata. : Bersurai.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->