You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Artikel yang dipilih untuk tugasan ini bertajuk ‘Hak untuk Mengetahui
Undang-Undang dan Mendapat Maklumat Perundangan’. Artikel yang dipilih
untuk analisis tugasan ini akan dianalisis dari aspek kebahasaan. Kesalahan-
kesalahan bahasa yang dapat dikenalpasti dalam artikel ini akan dikumpulkan
dan akan dikategorikan mengikut kategori-kategori kebahasaan seperti
kesalahan pembentukan kata, penggabungan kata, dan kesalahan-kesalahan
tatabahasa yang lain. Selain itu, cadangan ayat yang betul akan turut
dimuatkan di dalam tugasan ini.

2.0 ANALISIS KESALAHAN BAHASA

Definisi kesalahan bahasa ialah kesalahan-kesalahan tatabahasa yang acap kali


dilakukan apabila menulis sesuatu ayat dalam bahasa Melayu. Kesalahan-
kesalahan yang dilakukan mungkin berpunca dari kecuaian penulis atau
berpunca dari kurangnya pemahaman yang mendalam dalam aspek tatabahasa
bahasa Melayu. Dalam tugasan ini, kesalahan-kesalahan bahasa yang dapat
dikenalpasti akan dianalisis dan diklasifikasikan mengikut kategori-kategori
kebahasaan yang ada. Subtopik-subtopik di bawah akan menerangkan tentang
kesalahan-kesalahan bahasa yang dikenalpasti dalam artikel yang telah dipilih.

2.1 PENGGUNAAN EJAAN

Ejaan adalah perkara pokok dalam sesuatu bahasa. Hal ini adalah
kerana, sistem bahasa sangat bergantung kepada ejaan untuk
menjadikan sesuatu bahasa itu berkembang. Sebagai bahasa yang
dinamik, bahasa Melayu banyak meminjam istilah dari bahasa-bahasa
asing. Kadangkala, peminjaman isitilah ini menyebabkan timbulnya
kekeliruan dalam aspek ejaan. Selain itu, kecuaian penulis juga boleh
menyebabkan berlakunya kesilapan ejaan sehingga mengakibatkan
sesuatu ayat itu mengalami unsur ketaksaan.

1
2.1.1 CONTOH KESALAHAN

i) Hanya dengan komitmen dari banyak pihak,


merangkumi ahli akademik, agensi kerajaan, badan
perundangan, badan-badan korprat… (Perenggan
pertama, muka surat kelima).

2.1.2 AYAT BETUL

i) Hanya dengan komitmen dari banyak pihak,


merangkumi ahli akademik, agensi kerajaan, badan
perundangan, badan-badan korporat…

2.1.3 PENJELASAN

Perkataan ‘korporat’ ialah kata pinjaman yang diambil dari


perkataan bahasa Inggeris ‘corporate’. Namun demikian,
menurut Kamus Dewan dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa
Malaysia, ejaan yang sebetulnya ialah ‘korporat’ dan bukan
‘korprat’.

2.2 PENANDA WACANA

Penanda wacana merujuk kepada unsur-unsur bahasa yang


mewujudkan kesinambungan dari satu teks ke satu teks yang lain
sehingga membentuk kesatuan. Sekiranya seseorang itu gagal
menggunakan penanda wacana yang betul, seluruh wacana tidak akan
mempunyai tautan yang lengkap sehingga mengakibatkan ayat yang
dibuat lari dari maksud asalnya. Selain itu, penggunaan penanda
wacana yang tidak wujud dalam bahasa Melayu juga merupakan salah
satu dari kesalahan yang seringkali dilakukan oleh orang ramai.

2
2.2.1 CONTOH KESALAHAN

i) Bagaimana pun, Malaysia masih belum mepunyai


badan seumpama itu untuk membantu masyarakat
awam di negara ini mendapat maklumat perundangan
secara sistematik dan percuma. (Perenggan pertama,
muka surat keempat).

2.2.2 AYAT BETUL

i) Walaubagaimana pun, Malaysia masih belum mepunyai


badan seumpama itu untuk membantu masyarakat
awam di negara ini mendapat maklumat perundangan
secara sistematik dan percuma.

2.2.3 PENJELASAN

Sebagaimana yang telah dijelaskan, penanda wacana bertujuan


untuk merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat.
Sebagai contoh, ayat yang diberi di atas adalah merujuk kepada
perbandingan yang dibuat dengan ayat yang sebelumnya.
Penanda wacana ini dikenali sebagai penanda wacana
perbandingan dan penanda wacana yang betul untuk digunakan
ialah ‘walau bagaimanapun’ dan bukannya ‘bagaimanapun’.

2.3 TANDA BACA

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, tanda baca merujuk kepada


lambang atau simbol yang digunakan dalam tulisan yang mempunyai
erti tertentu. Antara contoh tanda baca ialah tanda koma, tanda Tanya,
noktah, tanda seru, dan sebagainya. Ketiadaan tanda baca dalam
sesuatu ayat boleh menyebabkan sesuatu ayat mengalami keadaan

3
taksa sehingga menyebabkan kekaburan pada maksud ayat tersebut.
Tanda baca juga digunakan untuk membantu pembaca memahami
sebarang bentuk penulisan.

2.3.1 CONTOH KESALAHAN

i) Sebelum Internet dicipta, undang-undang hanya


diperolehi melalui bahan cetak, hari ini undang-undang
boleh disebarkan dengan lebih pantas dan meluas
melalui Internet. (Perenggan ketiga, muka surat kedua).
ii) Oleh sebab itu tidak semua laman web kerajaan ini
mengandungi maklumat undang-undang… (Perenggan
kelima, muka surat kedua).
iii) Bagaimana pun Malaysia masih belum mempunyai
badan seumpama itu untuk membantu masyarakat
awam di negara ini mendapat maklumat perundangan
secara sistematik dan percuma. (Perenggan pertama,
muka surat keempat).

2.3.2 AYAT BETUL

i) Sebelum Internet dicipta, undang-undang hanya


diperolehi melalui bahan cetak. Hari ini undang-undang
boleh disebarkan dengan lebih pantas dan meluas
melalui Internet.
ii) Oleh sebab itu, tidak semua laman web kerajaan ini
mengandungi maklumat undang-undang…
iii) Bagaimana pun, Malaysia masih belum mempunyai
badan seumpama itu untuk membantu masyarakat
awam di negara ini mendapat maklumat perundangan
secara sistematik dan percuma.

4
2.3.3 PENJELASAN

Tanda baca seperti tanda noktah yang diletakkan dalam


pembentukan ayat mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya ialah
untuk menujukkan pengakhiran sebaris ayat lengkap. Dalam
contoh kesalahan yang pertama, dapat diperhatikan bahawa
ayat ‘Sebelum Internet dicipta’ sehingga ‘malalui bahan cetak’
adalah merupakan sebuah ayat yang lengkap. Oleh itu, tanda
koma yang diletakkan adalah salah kerana tanda koma
merupakan tanda yang diletakkan bagi menentukan jeda. Jika
diletakkan koma, maksud ayat yang terdapat dalam artikel
tersebut menjadi taksa.

Dalam contoh kedua dan ketiga, dapat diperhatikan bahawa


ketiadaan tanda koma telah menyebabkan wujudnya unsur
ketaksaan dalam ayat. Hal ini adalah kerana, tanpa tanda koma,
pembaca mungkin akan mengalami kesukaran untuk
memahami maksud ayat yang dinyatakan.

2.4 KATA SENDI NAMA

Kata sendi merujuk kepada kata yang digunakan bersama-sama dengan


frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan kata-kata lain
dalam ayat. Dalam erti kata lain, kata sendi nama ialah perkataan yang
letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi nama yang sering
digunakan ialah di, bagi, ke dari, daripada, dan sebagainya. Kata sendi
bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-
kata atau frasa-frasa lain.

2.4.1 CONTOH KESALAHAN

i) ...namun masih banyak maklumat perundangan yang


tidak sampai kepengetahuan awam… (Perenggan
kedua, muka surat pertama).

5
ii) Dalam masa yang sama, penerbit perundangan sama ada
yang mewakili kerajaan atau dari pihak swasta akan
mengenakan caj untuk pengaksesan maklumat
perundangan… (Perenggan ketiga, muka surat
pertama).
iii) Memang tidak dinafikan terdapat berbagai-bagai jenis
undang-undang didalam laman-laman web tersebut…
(Perenggan keempat, muka surat kedua).

2.4.2 AYAT BETUL

i) ...namun masih banyak maklumat perundangan yang


tidak sampai kepada pengetahuan awam…
ii) Pada masa yang sama, penerbit perundangan sama ada
yang mewakili kerajaan atau dari pihak swasta akan
mengenakan caj untuk pengaksesan maklumat
perundangan…
iii) Memang tidak dinafikan terdapat berbagai-bagai jenis
undang-undang di dalam laman-laman web tersebut…

2.4.3 PENJELASAN

Untuk contoh kesalahan yang pertama, kata sendi nama ‘ke’


perlu ditukarkan ke ‘kepada’ kerana kata sendi nama 'ke'
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menunjukkan tempat atau arah manakala kata sendi nama
'kepada' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk
menyatakan sasaran yang merujuk manusia, unsur mujarad,
menyatakan pecahan dan perubahan keadaan. Oleh itu,
penggunaan ‘kepada’ adalah lebih tepat dalam konteks ayat ini.

Seterusnya, untuk contoh kesalahan yang kedua, oleh kerana


‘masa’ ialah frasa nama yang menunjukkan keterangan waktu,

6
penggunaan kata sendi nama ‘pada’ lebih tepat berbanding
‘dalam’.

Akhir sekali, oleh kerana frasa nama ‘dalam’ menujukkan arah


atau tempat, sebagaimana yang telah dinyatakan dalam
Tatabahasa Dewan edisi keempat, kata sendi nama ‘di’ dan
frasa nama ‘dalam’ mestilah dijarakkan.

3.0 KESIMPULAN

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perkara


152 Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, bahasa Melayu mestilah diperkukuh
dan digunakan bukan sahaja dalam bidang penulisan dan kesusasteraan
sebaliknya turut digunakan sebagai bahasa utama dalam bidang perundangan.
Tugasan ini telah membuktikan bahawa walaupun bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan, tetapi kesalahan-kesalahan kebahasaan tetap terjadi tidak
kira bila dan siapa pelakunya. Analisis kesalahan bahasa ini turut
menunjukkan bahawa bahasa Melayu mestilah dititikberatkan dalam aspek
perundangan agar bahasa Melayu yang digunakan bebas dari sebarang
kesalahan. Selain itu, analisis ini dapat membantu bahasa Melayu untuk
menjadi bahasa perundangan yang terunggul dan bermutu apabila digunakan
di mahkamah-mahkamah dan dalam sebarang proses perundangan.

You might also like