You are on page 1of 8

TEORI PEMBELAJARAN SOSIALIS

1.0 Pengenalan
Teori pembelajaran merupakan asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan dalam institusi pendidikan. Teori – teori ini dikuasai dan dilaksanakan oleh
seorang guru yang bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak
muridnya. Secara definisi secara kasar, pembelajaran merupakan satu proses perubahan
tingkah laku. Perubahan tingkah laku ini akan berlaku selepas seseorangindividu itu
mempelajari sesuatu yang baru yang menjadikan dirinya lebih maju, lebih tinggi dan lebih
baik daripada tingkah laku yang sedia ada sebelum proses pembelajaran berlaku.
Setiap individu akan mempelajari sesuatu atau mengalami proses pembelajaran melalui
pelbagai cara mengikut kesesuaian dan juga kecenderungan masing – masing. Ahli – ahli
falsafah telah mengkaji dan meneliti cara – cara pembelajaran yang diaplikasikan oleh
individu – individu yang berbeza. Mereka juga telah mengelaskan cara – cara pembelajaran
ini kepada beberapa kategori yang dikenali sebagai teori pembelajaran humanis, teori
pembelajaran behavioris, teori pembelajaran kognitif, teori pembelajaran socialis dan teori
pembelajaran konstruktivis.
Dalam perbincangan ini, kita akan melihat kepada salah satu teori pembelajaran yang
diperkenalkan iaitu teori pembelajaran sosialis. Teori pembelajaran ini diperkenalkan oleh
Albert Bandura (1925 – kini). Teori pembelajaran sosialis ini berasal daripada konsep asas
tingkah laku manusia yang dibentuk melalui proses pembelajaran yang dipengaruhi oleh
peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam penyelidikan awal yang dijalankan oleh Ivan
Pavlov, John Watson dan B.F. Skinner pada haiwan dalam makmal. Penemuan ini dianggap
terlalu mudah dan tidak menjelaskan teori pembelajaran manusia dengan terperinci. Lantas,
perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan para penyelidik.
Memandangkan perkara demikian, pada tahun 1977, Albert Bandura telah
memperkanalkan teori pembelajaran sosialis dengan meneliti semula konsep dan penerapan
yang telah ditekankan oleh Julian Rotter dalam buku “Social Learning and Clinical
Psychology” (1954) serta penyelidkan awal Miller dan Dollard dalam buku “Social Learning
and Imitation” (1941) (http://en.wikipedia.org/wiki/Social_learning_theory#cite_note-2)

2.0 Teoris Utama


Teoris utama yang memperkenalkan teori pembelajaran sosial adalah Albert Bandura (1925 -
kini). Beliau dilahirkan pada 4 Disember 1925 di bandar Mundare yang terletak di utara
Alberta, Canada. Beliau telah menerima pendidikan awal di sekolah yang serba kekurangan
tetapi beliau telah mencapai keputusan yang cemerlang. Beliau menyambung pengajian
tingginya di British Columbia Universiti dan memperoleh ijazahnya yang pertama dalam
bidang Psikologi. Selepas itu, beliau menyambung pengajian dalam bidang yang sama untuk
peringkat doktor falsafah di Iowa Universiti. Pada masa yang sama beliau telah didedahkan
kepada tradisi behavioris dan juga teori pembelajaran awal.
Pada tahun 1953, beliau telah memulakan alam pekerjaannya sebagai seorang pensyarah
di Stanford Universiti. Beliau telah menghasilkan bukunya yang pertama iaitu “Adolescent
Aggression” pada tahun 1959 bersama – sama dengan pelajar sarjananya yang pertama iaitu
Richard Walters. Pada tahun 1973, beliau telah menyandang jawatan sebagai presiden di
American Psychological Asociation (APA). Kini, beliau masih lagi berkhidmat sebagai
pensyarah di Stanford Universiti.
Selain Bandura, salah seorang penyelidik bidang Psikologi yang mengkaji teori
pembelajaran sosialis ialah Julian Rotter. Beliau dilahirkan di Amerika Syarikat pada tahun
1916 dan telah menerima ijazah sarjana mudanya di Kolej Brooklyn. Beliau telah
menyambung pengajian sarjana di Universiti Iowa dan mendapat izajah doktor falsafahnya di
Universiti Indiana. Rotter pernah berkhidmat untuk “United State Army” semasa Perang
Dunia Kedua. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai tenaga pengajar dalam bidang Psikologi
di Universiti Ohio. Selepas itu, beliau telah berkhidmat di Universiti Connecticut sehingga
bersara. Rotter telah berjaya menghasilkan beberapa buah buku sepanjang tempoh
kerjayanya antaranya ialah buku “Social Learning dan Clinical Psychology” pada tahun
1954. (http://en.wikipedia.org/wiki/Julian_Rotter)

3.0 Prinsip Asas Teori Pembelajaran Sosialis


Setiap teori pembelajaran mempunyai prinsip – prinsip asas yang akan diterapkan dalam
proses pembelajan. Dalam teori pembelajaran sosialis yang diperkenalkan oleh Albert
Bandura, kami telah berjaya meneliti 4 prinsip asasnya iaitu:
a. Pembelajaran setiap individu dapat dilakukan melalui pemerhatian tingkah laku orang
lain atau permodelan.
b. Perubahan tingkah laku mungkin akan berlaku ataupun tidak akan berlaku dalam proses
pembelajaran.
c. Proses pembelajaran menekankan peranan yang dimainkan oleh perkembangan kognitif
individu yang terlibat.
d. Teori pembelajaran sosialis akan dijadikan sebagai perantaraan teori pembelajaran
behavioris dan teori pembelajaran kognitif.

Prinsip – prinsip yang ternyata di atas sebenarnya merupakan asas kepada teori
pembelajaran sosialis. Albert Bandura memperkenalkan prinsipnya yang pertama iaitu setiap
individu dapat belajar melalui pemerhatian tingkah laku orang lain atau secara ringkasnya
islah konsep permodelan. Dalam prinsip ini, individu yang memerhati merupakan individu
yang sedang mengalami proses pembelajaran manakala individu yang diperhatikan
merupakan model. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam institusi pendidikan,
individu yang memerhati merupakan para pelajar manakala individu yang menjadi model
adalah guru yang mengajar. Para pelajar akan meniru aksi, kelakuan, tingkah laku dan juga
sikap yang akan dipamerkan oleh guru yang mengajar. Oleh itu, adalah amat penting bagi
seseorang guru untuk menyediakan informasi yang betul dan pengendalian penyampaian
maklumat yang efektif agar para pelajar dapat meniru atau mempelajari bidang ilmu yang
diajar.

Konsep permodelan ini sebenarnya merupakan salah satu peniruan seseorang individu
terhadap pemerhatian yang dilakukan. Dalam proses pembelajaran melalui permodelan atau
peniruan, individu yang meniru akan melengkapkan empat langkah tertentu iaitu
pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Langkah pemerhatian adalah proses di
mana pemerhati atau peniru itu melihat tingkah laku individu yang ingin ditiru. Selepas itu,
tingkah laku yang ditiru itu akan diingatkan iaitu dalam langkah penyimpanan. Apabila
individu yang meniru ini didedahkan kepada situasi yang sama, dia akan menghasilkan
tingkah laku yang serupa dengan tingkah laku yang diperhatikan. Ini merupakan langkah
pengeluaran. Sekiranya tingkah laku si peniru itu mendapat pujian atau peneguhan positif,
tingkah laku itu akan dipergiatkan lagi. Sekiranya perkara yang sebaliknya yang berlaku
maka tingkah laku tersebut tidak akan diulangi oleh si peniru.

Sebenarnya terdapat lagi satu keadaan di mana model yang diperhatikan oleh si peniru
mendapat hukuman selepas melakukan tingkah laku yang tertentu. Sebagai hasilnya, si
peniru tidak akan melakukan tingkah laku yang diperhatikan daripada model tersebut. Hal ini
melihatkan pembelajaran sebagai proses yang tidak menghasilkan tingkaha laku seperti yang
dijelaskan dalam prinsip yang kedua iaitu proses pembelajaran akan berlaku sama ada
terdapat perubahan tingkah laku atau tidak. Dalam keadaan pemodelan ini, si peniru
sebenarnya telah mempelajari bahawa tingkah laku yang diperhatikan adalah sesuatu yang
tidak betul. Oleh itu, si peniru tidak melakukan tingkah laku yang diperhatikan. Lantas, tiada
sebarang perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan dalam diri si peniru tetapi si peniru
telah mempelajari bahawa tingkah laku yang diperhatikan adalah tidak wajar untuk
dilakukan.

Kedua – dua prinsip ini dapat dilihat dengan lebih jelas dalam eksperimen yang
dilakukan oleh Bandura terhadap kanak – kanak tadika (tiga hingga enam tahun) dalam
kajiannya pada tahun 1963. Dalam eksperimen Bandura yang pertama, kanak - kanak tadika
dibahagikan kepada dua kumpulan (Kumpulan A dan Kumpulan B). Kumpulan A
ditayangkan sebuah video di mana sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk,
menendang dan menjerit ke arah patung Bobo manakala kumpuan B pula ditayangkan
dengan video di mana sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung Bobo. Selepas itu,
kedua – dua kumpulan kanak – kanak itu dibawa ke dua bilik mainan mempunyai patung
Bobo masing – masing. Hasilnya, kanak – kanak Kumpulan A meniru dan melakukan aksi
kumpulan orang dewasa yang diperhatikan dalam tayangan video malah lebih agresif. Kanak
– kanak kumpulan B pula tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif tehadap patung
Bobo. Daripada eksperiment ini, Bandura merumuskan bahawa tingkah laku kanak – kanak
atau individu dapat dilakukan melalui peniruan atau permodelan.
Gambar rajah di atas menunjukkan salah satu contoh kanak – kanak yang bertindak agresif
terhadap patung Bobo selepas menonton video yang diberikan.

Dalam eksperimen Bandura yang kedua, kanak – kanak tadika dibahagikan kepada tiga
kumpulan iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C. Kumpulan A ditayangkan
dengan video di mana orang dewasa menumbuk patung Bobo dan kemudian menerima
hadiah. Kumpulan B pula ditayangkan dengan video di mana orang dewasa menumbuk
patung Bobo dan kemudian mendapat denda. Kanak – kanak kumpulan C pula ditayangkan
dengan video di mana orang dewasa bermesra dengan patung Bobo. Hasilnya, kanak – kanak
kumpulan A menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif daripada orang dewasa yand
diperhatikan. Kanak – kanak kumpulan B dan C pula tidak menunjukkan tingkah laku yang
agresif. Daripada eskperimen ini, Bandura merumuskan bahawa tingkah laku peniruan atau
permodelan adalah hasil daripada peneguhan dalam teori pembelajaran behavioris.

Terdapat beberapa jenis peniruan dalam teori pembelajaran sosialis yang diperkenalkan
oleh Bandura. Antaranya ialah gaya peniruan langsung. Si peniru akan meniru tingkah laku
yang dilihat secara langsung. Sebagai contohnya, guru mendemonstrasikan cara melipat
bintang dan para pelajar meniru secara langsung. Peniruan yang kedua merupakan peniruan
secara tidak langsung. Gaya peniruan ini adalah melalui imaginasi atau pemerhatian tidak
langsung seperti melalui imaginasi individu melalui pembacaan. Peniruan sekat lakuan pula
merupakan peniruan yang hanya membenarkan pengeluaran pada situasi tertentu sahaja.
Sebagai contoh, individu yang meniru gaya bersorak di padang hanya terhad untuk dilakukan
di padang dan tidak boleh dilakukan di bilik darjah. Peniruan tak sekat lakuan pula
merupakan peniruan tingkah laku yang boleh ditiru dan dilakukan semula dalam apa jua
keadaan juga. Sebagai contohnya ialah gaya pertuturan yang ditiru oleh para pelajar daripada
seseorang guru (model). Terdapat juga peniruan jenis elisitasi. Peniruan ini akan
menimbulkan tingkah laku dalam diri peniru selepas melihat perlakuan orang lain. Sebagai
contohnya, apabila melihat rakan sebilik membancuh air kopi, kami akan terasa ingin minum
air kopi juga. Terdapat juga peniruan gabungan di mana proses peniruan itu merupakan
gabungan dua atau lebih jenis peniruan.

Setiap tingkah laku yang ditiru oleh pemerhati sebenarnya akan dipengaruhi dengan
perkembangan kognitif diri pemerhati tersebut. Hal ini kerana setiap tingkah laku yang ditiru
aka dinilai dan ditafsir oleh pemerhati berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui. Oleh itu,
pembelajaran sosialis ini amat dipengaruhi oleh perkembangan kognitif individu yang
terlibat. Pada masa yang sama, teori pembelajaran sosialis melibatkan motivasi sebagai
lengkah pembelajaran yang terakhir. Motivasi yang dimaksudkan di sini merupakan
sebahagian daripada teori pembelajaran behavioris iaitu konsep peneguhan. Peneguhan
positif akan meningkatkan lagi aplikasi tingkah laku yang ditiru manakala peneguhan negatif
akan menghapuskan tingkah laku yang telah ditiru. Namun, impak daripada peneguhan
positif dan peneguhan negatif ini akan semakin berkurang selaras dengan perkembangan
kognitif individu yang terlibat. Memandangkan keadaan demikian, teori pembelajaran ini
boleh dikatakan sebagai perantaraan teori pembelajaran kognitivis dan juga teori
pembelajaran behavioris.

4.0 Kaedah – kaedah Pembelajaran

Daripada prinsip – prinsip teori pembelajaran sosialis ini, kami boleh menghasilkan
beberapa kaedah pembelajaran. Antaranya adalah seperti berikut:

a. Setiap pelajar dapat belajar melalui pemerhatian tingkah laku orang lain ataupun
permodelan.
b. Pembelajaran akan berlaku tidak kira sama ada terdapat perubahan dalam tingkah laku
atau tidak ada perubahan dalam tingkah laku seseorang seseorang pelajar itu.
e. Perkembangan kognitif pelajar yang terlibat memainkan peranan dalam proses
pembelajaran mengikut teori pembelajaran sosialis.
f. Teori pembelajaran sosialis merupakan teori pembelajaran yang menjadi perantaraan
teori pembelajaran behavioris dan teori pembelajaran kognitif
m
k
s
iti
n
g
o
rK
B
M
E
P
IL
S
H
N
A
R
Jft
5.0 Model Pembelajaran
Teori pembelajaran sosialis ini sebenarnya boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di institusi pendidikan. Guru boleh mengaplikasikan jenis – jenis peniruan
yang diperkenalkan dalam teori pembelajaran sosialis ini semasa proses pengajaran. Para
pelajar pula akan melengkapkan empat langkah pembelajaran dalam teori ini iaitu
pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Motivasi ialah aspek peneguhan yang
biasanya dicetus oleh guru yang menjadi model kepada teori pembelajaran ini.
Berikut merupakan gambar rajah yang kami hasilkan sebagai medel pembelajaran yang
boleh diaplikasikan dalam kelas:

Model pembelajaran di atas boleh dilakukan terutamanya apabila guru ingin


menunjukkan atau mengajar para pelajarnya sesuatu teknik atau kemahiran. Sebagai
contohnya dalam amali Subjek Biologi yang mengkaji proses osmosis dengan menggunakan
rod ubi kentang. Guru ingin mengajar anak muridnya cara atau teknik yang betul untuk
memotong ubi kentang dalam bentuk rod.
Pertama sekali, guru harus memastikan hasil pembelajaran yang diingini. Dalam sesi
pengajaran pelajar menghasilkan rod ubi kentang ini, guru akan memastikan para pelajarnya
mempunyai perkembangan baru aspek psikomotor di mana para pelajar berupaya untuk
menghasilkan rod ubi kentang untuk menjalankan amali pada hari tersebut. Secara tidak
langsung, perkara ini juga akan memberi pengalaman dan pengetahuan baru kepada para
pelajar yang terlibat.
Seterusnya, proses pembelajaran dan pengajaran akan melibatkan aktiviti di mana guru
akan mendemonstrasikan cara menghasilkan rod ubi kentang dengan menggunakan
penebuk–T. Para pelajar akan memerhatikan guru dalam menghasilkan rod ubi kentang itu.
Selepas itu, guru membiarkan para pelajar melakukan aktivit tersebut. Keadaan ini akan
membenarkan para pelajar untuk mengalami diri sendiri cara dan teknik yang betul untuk
menghasilkan rod ubi kentang tersebut. Pada masa yang sama, guru harus memerhatikan para
pelajar agar mereka tidak tersilap konsep atau melakukan kesilapan.
Pada penghujung kelas, guru boleh memilih untuk menguji para pelajarnya secara verbal
atau bertulis berkenaan dengan cara untuk menghasilkan rod ubi kentang. Sekiranya para
pelajar memberikan jawapan yang tidak tepat, guru harus membetulkan dengan segera dan
memberitahu para pelajar kesilapan mereka. Sekiranya para pelajar dapat menjawab soalan
guru dangan tepat, maka guru harus memuji para pelajarnya sebagi salah satu peneguhan
positif untuk menggandakan lagi tingkah laku yang baru ditiru. Walaupun terdapat pelajar
yang gagal untuk mempelajari teknik menghasilkan rod ubi kentang tersebut, guru juga harus
memberikan dorangan dan sokongan agar mencuba lagi sehingga berjaya. Perkara ini adalah
seperti prinsip teori pembelajaran sosialis di mana tiada perubahan tingkah laku tidak
bermaksud si peniru tidak mempelajari sesuatu. Mungkin pelajar tersebut telah berjaya
meniru teknik yang ditunjukkan tetapi memerlukan masa yang lebih panjang untuk
menghasilkan atau melakukan teknik yang ditiru daripada gurunya. Dengan lengkapnya
keempat – empat langkah ini maka model pembelajaran ini dikatakan telah berjaya
dilaksanakan.

6.0 Rumusan
Sebenarnya terdapat banyak jenis teori pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam institusi pendidikan. Guru harus bijik memilih teori yang
bersesuaian dengan para pelajarnya agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
berlangsung dengan jayanya.
Dalam teori pembelajaran sosialis yang diperkenalkan oleh Albert Bandura ini,
pembelajaran melibat peniruan atau konsep permodelan di mana tenaga pengajar merupakan
model untuk ditiru. Peniruan ini terdapat beberapa jenis iaitu peniruan secara lengsung,
peniruan secara tidak langsung, peniruan sekat lakuan, peniruan tak sekat lakuan, peniruan
elisitasi serta peniruan gabungan.
Selepas meniru, si pemerhati akan menyimpan tingkah laku yang ditiru selaras dengan
perkembangan kognitifnya. Apabila situasi atau persekitaran yang sama wujud maka si
peniru itu akan menghasilkan tingkah laku yang ditiru. Ini merupakan langkah pengeluaran.
Sekiranya tingkah lakunya mendapat peneguhan positif, tingkah laku tersebut akan
dipraktikkan dan dilakukan selalu. Sekiranya tingkah lakunya menerima peneguhan negatif
daripada orang lain maka tingkah laku tersebut akan dihapuskan. Keseluruhan proses
pembelajaran ini melibat empat langkah iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan
motivasi.

7.0 Rujukan
7.1 http://webspace.ship.edu/cgboer/bandura.html
7.2 http://findarticles.com/p/articles/mi_g2699/is_0003/ai_2699000323/
7.3 http://en.wikipedia.org/wiki/Social_learning_theory
7.4 http://teachnet.edb.utexas.edu/~lynda_abbott/social.html
7.5 http://www.learning-theories.com/social-learning-theory-bandura.html
7.6 http://en.wikipedia.org/wiki/Julian_Rotter

You might also like