You are on page 1of 16

Abu Bakar As-Siddiq

KHALIFAH YANG BEREMPAT (KHULAFA’UR-RASHIDIN)


Riwayatnya
Abu Bakar bin Abu Quhafah, turunan bani Taim bin Murrah, bin Ka’ab, bin Lu’ai, bin
Kalb Al-Qurasyi. Pada Murrah bertemulah nasabnya dengan Rasul. ibunya Ummul Khair
Salma binti Sakhr bin Anrir, turunan Taim bin Murrah juga . Dia lahir pada tahun kedua
dari tahun gajah, jadi dua tahun lebih tua Rasulullah daripadnya. Sejak mudanya telah
masyhur budinya yang tinggi dan perangai- nya yang terpuji. Dia sanggup menyediakan
segala bekal rumah- tangganya dengan usahanya sendiri. Sebelum Rasulullah diutus,
persahabatan mereka telah karib juga.

Tatkala telah ditetapkan beliau menjadi Nabi, maka Abu Bakarlah laki-laki dewasa yang
mula-mula sekali mempercayainya. Rasulullah paling sayang dan cinta kepada
sahabatnya itu, karena dia adalah sahabat yang setia dan hanya satu-satunya orang
dewasa tempatnya mesyuarat di waktu pejuangan dengan kaum Quraisy sangat hebatnya.
Tiap-tiap orang besar mempunyai kelebihan sendiri, yang akan diingat orang bila
menyebut namanya. Abu Bakar masyhur dengan kekuatan kemahuan, kekerasan hti,
pemaaf tetapi rendah hati, dermawan dan berani bertindak lagi cerdik.

Di dalam mengatur pemerintahan, meskipun tidak lama, masyhur siasatnya yang


mempunyai semboyan keras tak dapat dipatahkan, lemah lembut tetapi tak dapat
disenduk. Hukuman belum dijatuhkan sebelum pemeriksaan memuaskan hatinya, sebab
itu diperintahkan- nya kepada wakil-wakilnya di tiap-tiap negeri supaya jangan tergesa-
gesa menjatuhkan hukum. Salah menghukum seseorang hingga tidak jadi terhukum, lebih
balk daripada salah hukum yang menyebabkan yang tidak bersalah sampai terhukum.
Meskipun sukar hidupnya, pantang benar baginya mengadukan halnya kepada orang lain.
Tidak ada orang yang tahu kesusahan hidupnya, kecuali beberapa orang sahabatnya yang
karib yang senantiasa memperhatikan dirinya, sebagai Umar.

Setelah dia diangkat menjadi Khalifah, beberapa bulan dia masih rneneruskan
pemiagaannya yang kecil itu. Tetapi kemudian ternyata rugi, sebab telah menghadapi
urusan negeri sehingga dengan permintaan orang banyak, pemiagaan itu iberhentikannya
dan dia mengambil kadar belanja tiap hari daripada kas negara.

Jadi Khalifah

Rasulullah memegang dua jabatan, pertama menyampaikan kewajiban sebagai seorang


suruhan Tuhan. Kedua bartindak selaku kepala kaum Muslimin. Kewajiban pertama telah
selesai seketika dia menutup mata, tetapi kewajiban yang kedua, menurut partimbangan
kaurn Muslimin ketika itu perlu disambung oleh yang lain, karena suatu umat tidak dapat
tersusun persatuannya kalau mereka tidak mempunyai pemimpin. Sebab itu perlu ada
gantinya (khalifahnya).
Pidato Abu Bakar

Setelah selesai orang membai’at itu, Abu Bakar pun berpidatolah, sebagai sambutan atas
kepercayaan orang banyak kepada dirinya itu, penting dan ringkas:’Wahai manusia,
sekarang aku telah menjabat pekerjaan kami ini, tetapi tidaklah aku oxang yang lebih
baikùdaripada kamu. Maka jika aku lelah berlaku balk dalam jabatanku, sokonglah aku.
Tetapi kalau aku berlaku salah, tegakkanlah aku kembali. Ke- jujuran adalah suatu
amanat, kedustaan adalah suatu khianat. Omng yang kuat di antara kamu, pada sisiku
hanyalah lemah, sehingga hak si lemah aku tarik daripadanya. Orang yang lemah di
sisimu, pada sisiku kuat, sebab akan ku ambilkan daripada si kuat akan haknya, Insya
Allah. Janganlah kamu suka menghentikan jihad itu, yang tidak akan ditimpa kehinaan.
Taatlah kepadaku selama aku taat kepada Allah dan RasulNya. Tetapi kalau alau langgar
perintahNya, tak usahlah aku kamu taat dan ikut lagi. Berdirilah sembahyang, moga-
moga rahmat Allah meliputi kamu.

Wafatnya Abu Bakar

Pada 7 haribulan Jumadil Akhir tahun ketiga belas Hijrah, beliau ditimpa sakit. Setelah
15 hari lamanya menderita penyakit itu, wafatlah beliau pada 21 haribulan Jumadil Akhir
tahun 13H, bertepatan dengan tanggal 22 OQos tahun 634 Masihiyah. Lamanya
memerintah ialah 2 tahun 3 bulan 10 hari. Dikebumikan di kamar Aisyah di samping
makam sahabatnya yang mulia Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam!

Umar bin Al-Khattab RA


Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Bathil

Muqaddimah

Khalifah Umar bin Al-Khattab ra merupakan khalifah Islam yang kedua selepas Khalifah
Abu Bakar ra. Perlantikannya merupakan wasiat daripada Khalifah Abu Bakar.

Nama penuhnya ialah Umar b. Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b. Abdullah
b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi iaitu
salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah, dan berkedudukan
tinggi.
Uthman bin Affan RA
Khalifah Ketiga, Malaikat Berasa Malu Kepadanya

Muqaddimah

`A’ishah melaporkan: Nabi sedang duduk di bawah rumahnya dengan peha atau betisnya
terdedah. Abu Bakar meminta izin untuk masuk ke rumah dan telah diizinkan sedangkan
Nabi yang berada dalam posisi demikian dan ia datang dan berbicara dengan nabi.
Kemudian `Umar meminta izin untuk memasuk. Dia telah diberikan izin dan datang dan
berbicara dengan dia masih dalam posisi tadi. Kemudian` Usman bin Affan meminta izin
dan Nabi bangun dan pakaiannya itu dibetulkan.

Dia kemudian diizinkan dan datang dan berbicara dengan Nabi. Setelah ia telah pergi,
`A’ishah berkata,” Abu Bakra masuk dan anda tidak membetulkan pakaian untuk dia atau
khawatir tentang dia dan `Umar datang dan Anda tidak membeetulkan pakaian untuk dia
dan tidak khawatir tentang dia tetapi bila dalam `Usman bin Affan datang, Anda luruskan
Anda pakaian!” Nabi berkata, “Patutkah saya tidak segan dengan seorang lelaki yang
malaikat sangat malu dengannya?” (HR Muslim).

Sirah Uthman

Khalifah Uthman merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Khalifah Abu Bakar dan
Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan orang
ramai (syura).

Nama beliau sebenarnya ialah Uthman b. ‘Affan b. Abul-As yang mana beliau dilahirkan
ketika baginda Nabi Muhammad SAW berumur 5 tahun. Uthman merupakan seorang
bangsawan dari golongan Quraish dari Bani Ummayah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati. Beliau
merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau
digelarkan dengan gelaran “al-Ghani“. Selepas memeluk Islam beliau banyak
mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam, sebagai contohnya dalam
peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta, 50 ekor kuda
dan 1,000 dinar. Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam
menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman. Oleh itu Saidina Uthman telah
membeli telaga Ruma dari seorang Yahudi dengan harga 20,000 dirham untuk digunakan
oleh umat Islam dengan percuma.

Saidina Uthman bin Affan ra adalah seorang yang bertaqwa dan bersikap wara’. Tengah
malamnya tak pernah disia-siakan. Beliau memanfaatkan waktu itu untuk mengaji Al-
Quran dan setiap tahun beliau menunaikan ibadah haji. Bila sedang berzikir dari matanya
mengalir air mata haru. Beliau selalu bersegera dalam segala amal kebajikan dan
kepentingan umat, dermawan dan penuh belas kasihan. Khalifah Uthman telah
melaksanakan hijrah sebanyak dua kali, pertama ke Habsyah, dan yang kedua ke
Madinah

Beliau digelarkan sebagai “Zunnurain” yang bermaksud dua cahaya kerana menikahi dua
orang puteri Rasulullah iaitu Ruqayyah dan Ummi Kalthum. Setelah Ruqayyah
meninggal dunia, Rasulullah SAW telah menikahkan beliau dengan puteri Baginda iaitu
Ummi Kalthum. Uthman berkahwin sebanyak tujuh kali selepas kematian Ummi
Kalthum dan seluruh anaknya berjumlah seramai 16 orang. Isterinya yang terakhir ialah
Nailah binti Furaifisha.

Beliau dilantik menjadi khalifah selepas kematian Khalifah Umar ra. yang ditikam.
Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 23 Hijrah oleh jawatankuasa syura yang
ditubuhkan oleh Khalifah Umar al-Khattab ra.

Kepimpinan Dan Sejarah Pentadbiran

Ahli sejarah telah membahagikan tempoh pemerintahan Khalifah Uthman selama 12


tahun kepada dua bahagian iaitu pertamanya zaman atau tahap keamanan dan keagungan
Islam, manakala yang keduanya pula ialah tahap atau zaman “Fitnatul-Kubra” iaitu
zaman fitnah.

Zaman Keamanan Dan Keagungan Islam

Banyak jasa-jasa dan juga kejayaan yang telah dilakukan oleh Khalifah Uthman dalam
menyebar dan memperkembangluaskan Islam. Ini termasuklah kejayaannya dalam:

1. Bidang Ketenteraan

Khalifah Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara
dalam usahanya menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar Islam yang
dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman
kegemilangan mereka. Antara wilayah baru yang telah berjaya ditakluki ialah Cyprus,
Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa buah negara lagi.
Beliau juga bertanggungjawab dalam menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang
pertama bagi menjamin keselamatan dan melakukan perluasan kuasa. Banyak negara-
negara yang telah dibuka melalui angkatan tentera ini.

2. Pembukuan Al-Quran

Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas. Apabila
ramainya orang-orang yang memeluk Islam sudah tentu banyaknya perbezaan antara
sesuatu wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka mempelajari Islam. Apa yang
paling ketara sekali ialah dalam masalah mereka mempelajari Al-Quran. Banyak
terdapatnya perbezaan bacaan yang membawa kepada salah bacaan antara satu tempat
dengan tempat yang lain. Dengan keadaan ini banyak terjadinya salah faham dan saling
tuduh menuduh sesama orang Islam dalam menyatakan siapakah yang betul
pembacaannya.

Oleh itu Khalifah Uthman telah mengadakan satu naskhah Al-Quran yang baru yang
mana ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah Uthman telah
menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan yang mana Al-Quran yang berbeza telah
dibakar. Al-Quran inilah yang digunakan hingga kehari ini yang mana ianya dikenali
dengan nama Mushaf Uthmani. Langkah-langkah ini bertujuan untuk menjamin kesucian
Al-Quran sebagai sumber perundangan Islam.

3. Pembesaran Masjid Nabawi

Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin ramai,
Oleh itu Khalifah Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan membeli tanah
bagi memperluaskan kawasan tersebut. Masjid tersebut telah diluaskan pada tahun 29
Hijrah.

4. Menyebarkan Dakwah Islam

Khalifah Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan ramai
banduan. Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya. Ramai
pendakwah telah dihantar keserata negeri bagi memperluaskan ajaran Islam. Beliau juga
telah melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga melantik petugas khas yang
membetulkan saf-saf solat. Beliau juga banyak menggunakan Al-Quran dan as-Sunah
dalam menjalankan hukum-hukum.

Al-Fitnah al-Kubra (Zaman Fitnah)

Pada akhir tahun 34 Hijrah, pemerintahan Islam dilanda fitnah. Sasaran fitnah tersebut
adalah Saidina Uthman ra. hingga mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun berikutnya.

Fitnah yang keji datang dari Mesir berupa tuduhan-tuduhan palsu yang dibawa oleh
orang-orang yang datang hendak umrah pada bulan Rejab.

Saidina Ali bin Abi Thalib ra. bermati-matian membela Saidina Uthman dan menyangkal
tuduhan mereka. Saidina Ali menanyakan keluhan dan tuduhan mereka, yang segera
dijawab oleh mereka, “Uthman telah membakar mushaf-mushaf, shalat tidak diqasar
sewaktu di Mekah, mengkhususkan sumber air untuk kepentingan dirinya sendiri dan
mengangkat pimpinan dari kalangan generasi muda. la juga mengutamakan segala
kemudahan untuk Bani Umayyah (golongannya) melebihi orang lain.”

Pada hari Jumaat, Saidina Uthman berkhutbah dan mengangkat tangannya seraya berkata,
“Ya Allah, aku beristighfar dan bertaubat kepadaMu. Aku bertaubat atas perbuatanku. ”
Saidina Ali ra menjawab, “Mushaf-mushaf yang dibakar ialah yang mengandungi
perselisihan dan yang ada sekarang ini dan adalah yang disepakati bersama
keshahihannya. Adapun shalat yang tidak diqasar sewaktu di Mekah, adalah kerana dia
berkeluarga di Mekah dan dia berniat untuk tinggal di sana. Oleh kerana itu shalatnya
tidak diqasar. Adapun sumber air yang dikhususkan itu adalah untuk ternakan sedekah
sehingga mereka besar, bukan untuk ternakan unta dan domba miliknya sendiri. Umar
juga pernah melakukan ini sebelumnya. Adapun mengangkat pimpinan dari generasi
muda, hal ini dilakukan semata-mata kerana mereka mempunyai kemampuan dalam
bidang-bidang tersebut. Rasulullah SAW juga pernah melakukan ini hal yang demikian.
Adapun beliau mengutamakan kaumnya, Bani Umayyah, kerana Rasulullah sendiri
mendahulukan kaum Quraish daripada bani lainnya. Demi Allah seandainya kunci syurga
ada di tanganku, aku akan memasukkan Bani Umayyah ke syurga.”

Setelah mendengar penjelasan Ali ra., umat Islam pulang dengan rasa puas. Tetapi para
peniup fitnah terus melancarkan fitnah dan merencanakan makar jahat mereka. Di antara
mereka ada yang menyebarkan tulisan dengan tanda tangan palsu daripada sahabat
termuka yang memburukkan Uthman. Mereka juga menuntut agar Uthman dibunuh.

Fitnah keji pun terus menjalar dengan kejamnya, sebahagian besar umat termakan fitnah
tersebut hingga terjadinya pembunuhan atas dirinya, setelah sebelumnya terkepung
selama satu bulan di rumahnya. Peristiwa inilah yang disebut dengan “Al-Fitnah al-
Kubra” yang pertama, sehingga merobek persatuan umat Islam.

Pembunuhan Uthman

Saidina Uthman ra. syahid dibunuh oleh pemberontak-pemberontak yang mengepung


rumahnya. Pada tanggal 8 Zulhijah 35 Hijriah, Uthman menghembuskan nafas
terakhirnya sambil memeluk Al-Quran yang dibacanya. Sejak itu, kekuasaan Islam
semakin sering diwarnai oleh titisan darah. Pemerintahannya memakan masa selama 12
tahun, yang mana ianya merupakan pemerintah yang paling lama dalam pemerintahan
Khulafa‘ ar-Rasyidin.

Uthman syahid.

Anas bin Malik meriwayatkan hadis berikut:

“Nabi pernah naik gunung Uhud dengan Abu Bakr, `Umar, dan` Usman bin Affan.
Gunung menggocangkan mereka. Nabi berkata (kepada gunung), Teguhlah wahai Uhud!
Untuk Anda ada Nabi, seorang Siddiq, dan dua orang syahid.” (HR Bukhari)
Ali bin Abu Thalib RA
Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah

Ketika Khalifah Uthman bin Affan ra wafat, warga Madinah dan tiga pasukan dari Mesir,
Basrah dan Kufah bersepakat memilih Ali bin Abu Thalib sebagai khalifah baru. Menurut
riwayat, Ali sempat menolak pelantikan itu. Namun semua mendesak beliau untuk
memimpin umat. Pembaiatan Ali pun berlangsung di Masjid Nabawi.

Nama beliau sebenarnya ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin
Abdul Manaf. Beliau dilahirkan pada tahun 602 M atau 10 tahun sebelum kelahiran
Islam. Usianya 32 tahun lebih muda dari Rasulullah SAW. Saidina Ali merupakan
sepupu dan merupakan menantu Baginda SAW melalui pernikahannya Fatimah. Beliau
adalah orang pertama yang memeluk Islam dari kalangan kanak-kanak. Beliau telah
dididik di rumah Rasulullah dan ini menyebabkan beliau mempunyai jiwa yang bersih
dan tidak  dikotori dengan naluri Jahiliyah.

Menjawat Sebagai Khalifah

Sebagai khalifah, beliau mewarisi pemerintahan yang sangat kacau. Juga ketegangan
politik akibat pembunuhan Uthman. Keluarga Umayyah menguasai hampir semua kerusi
pemerintahan. Dari 20 gabenor yang ada, hanya Gabenor Iraq iaitu Abu Musa Al-Asyari
aja yang bukan dari keluarga Umayyah. Mereka menuntut Ali untuk mengadili
pembunuh Khalifah Uthman. Tuntutan demikian juga banyak diajukan oleh tokoh
lainnya seperti Saidatina Aisyah rha, juga Zubair dan Thalhah – dua orang pertama yang
masuk Islam seperti Ali.

Kesan dari kematian Khalifah Uthman adalah amat sulit bagi Khalifah Ali untuk
menyelesaikan terutamanya dalam masalah menjalankan pentadbiran. Untuk melicinkan
pentadbiran, Khalifah Ali telah memecat jawatan pegawai-pegawai yang dilantik oleh
Khalifah Uthman yang terdiri dari kalangan Bani Umayyah. Ini telah menimbulkan rasa
tidak puas hati dikalangan Bani Umayyah.

Beliau juga telah bertindak mengambil kembali tanah-tanah kerajaan yang telah
dibahagikan oleh Khalifah Uthman kepada keluarganya. Ini telah menambahkan lagi
semangat kebencian Bani Umayyah terhadap Khalifah Ali. Oleh itu golongan ini telah
menuduh Khalifah Ali terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthman. Beberapa orang
menuding Ali terlalu dekat dengan para pembunuh itu. Ali menyebut pengadilan sulit
dilaksanakan sebelum situasi politik reda.

Lanjutan daripada ini, berlaku peperangan Jamal dan Siffin

Sumbangan Saidini Ali sewaktu menjawat jawatan sebagai Khalifah juga tidak kurang
banyaknya.

Penghujung Hayat Saidina Ali Karamalwahu Wajhah

Allah s.w.t. rupanya telah mentakdirkan bahwa  Ali r.a. harus meninggal karena
pembunuhan pada waktu subuh tanggal 17 Ramadhan, tahun 40 Hijriyah. Ketika  Ali r.a.
sedang menuju masjid, sesudah mengambil air sembahyang untuk melakukan shalat
subuh, tiba-tiba muncul Abdurrahman bin Muljam dengan pedang terhunus.  Ali r.a. yang
terkenal ulung itu tak sempat lagi mengelak. Pedang yang ditebaskan Abdurrahman tepat
mengenai kepalanya. Luka berat merobohkannya ke tanah.  Ali r.a. segera diusung
kembali ke rumah.

Saat itu semua orang geram sekali hendak melancarkan tindakan balas dendam terhadap
Ibnu Muljam. Tetapi  Ali r.a. sendiri tetap lapang dada dan ikhlas, tidak berbicara
sepatahpun tentang balas dendam. Tak ada isyarat apa pun yang diberikan ke arah itu.
Semua orang yang berkerumun di pintu rumahnya merasa sedih. Mereka berdoa agar  Ali
r.a. dilimpahi rahmat Allah yang sebesar-besarnya dan dipulihkan kembali kesehatannya.
Semua mengharap semoga ia dapat melanjutkan perjuangan menghapus penderitaan
manusia.

Dua hari kemudian beliau pun wafat. Peristiwa itu terjadi pada Ramadhan 40 Hijrah
bersamaan 661 Masihi

Perkembangan Islam Di Zaman Khulafa


Isi Kandungan

1. Bagaimana Perkembangan Politik dan Pemerintahan Pada masa Khulafa’ al-Rayidun?

2. Bagaimana Perkembangan Kebudayaan dan Peradaban Pada masa Khulafa’ al-


Rayidun?

1.      Politik dan Pemerintahan Pada masa Khulafa’ al-Rasyidin


Abu Bakar As-Shiddiq 11-3 H/ 632-634 M

Abu Bakar memangku jabatan khalifah berdasarkan pilihan yang berlangsung sangat
demokratis di muktamar Tsaqifah Bani Sa’idah, memenuhi tata cara perundingan yang
dikenal dunia modern saat ini. Kaum Anshar menekankan pada persyaratan jasa (merit),
mereka mengajukan calon Sa’ad Ibn Ubadah. Kaum muhajirin menekankan pada
persyaratan kesetiaan, mereka mengajukan Abu Ubaidah Ibn Jarrah.2 Sementara itu Ahlul
bait menginginkan agar Ali Ibn Abi Thalib menjadi khalifah atas dasar kedudukannya

dalam islam, juga sebagai menantu dan karib Nabi. Hampir saja perpecahan terjadi.
Melalui perdebatan dengan beradu argumentasi, akhirnya Abu Bakar disetujui oleh
jama’ah kaum muslimin untuk menduduki jabatan khalifah.

Sebagai kahlifah pertama, Abu Bakar dihadapkan pada keadaan masyarakat sepeninggal
Muhammad SAW. Meski terjadi perbedaan pendapat tentang tindakan yang akan
dilakukan dalam menghadapi kesulitan yang memuncak tersebut, kelihatan kebesaran
jiwa dan ketabahan batinnya. Seraya bersumpah dengan tegas ia menyatakan akan
memerangi semua golongan yang menyimpang dari kebenaran (orang-orang yang
murtad, tidak mau membayar zakat dan mengaku diri sebagai nabi).

Kekuasaan yang dijalankan pada massa khalifah Abu Bakar, sebagaimana pada masa
Rasululllah, bersifat sentral; kekuasaan legislatif, eksekutif, dan yudikatif terpusat
ditangan Khalifah. Selain menjalankan roda pemerintahan, khalifah juga melaksanakan
hukum,. Meskipun demikian, seperti juga Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar selalu
mengajak sahabat-sahabatnya bermusyawarah.

Setelah menyelesaikan urusan perang dalam negeri, barulah Abu Bakar mengririm
kekuatan ke luar Arabia. Khalid Ibn Walid dikirim ke Irak dan dapat menguasai Al-Hiyah
di tahun 634 M. Ke Syria dikirim ekspedisi dibawah pimpinan empat jendral yaitu Abu
Ubaidah, Amr Ibn ‘Ash, Yazid Ibn Abi Sufyan, dan Syurahbil. Sebelumnya pasukan
dipimpin oleh Usamah yang masih berusia 18 tahun.

Umar Ibn Al-Khaththab 13-23 H/634-644 M

Umar Ibn Al-Khaththab diangkat dan dipilih oleh para pemuka masyarakat dan disetujui
oleh jama’ah kaum muslimin. Pada saat menderita sakit menjelang ajal tiba, Abu Bakar
melihat situasi negara masih labil dan pasukan yang sedang bertempur di medan perang
tidak boleh terpecah belah akibat perbedaan keinginan tentang siapa yang akan menjadi
calon penggantinya, ia memilih Umar Ibn Al-Khaththab. Pilihannya ini sudah dimintakan
pendapat dan persetujuan para pemuka masyarakat pada saat mereka menengok dirinya
sewaktu sakit.

Pada masa kepemimpinan Umar Ibn Al-Khaththab, wilayah islam sudah meliputi jazirah
Arabia, Palestina, Syria, sebagian besar wilayah Persia, dan Mesir. Karena perluasan
daerah terjadi dengan begitu cepat, Umar Ibn Al-Khaththab segera mengatur administrasi
negara dengan mencontoh administrasi pemerintahan, dengan diatur menjadi delapan
wialayah propinsi : Mekah, Madinah, Syria, Jazirah, Basrah, Kufah, Palestina, dan Mesir.
Beberapa departemen yang dipandang perlu didirikan pada masanya mulai diatur dan
ditertibkan sistem pembayaran gaji dan pajak tanah. Pengadilan didirikan dalam rangka
memisahkan lembaga Yudikatif dengan Eksekutif. Untuk menjaga keamanan dan
ketertiban, Jawatan kepolisian dibentuk. Demikian juga jawatan pekerjaan umum, Umar
Ibn Al-Khaththab juga mendirikan Bait al-Mall. Dalam menyelesaikan permasalahan
yang berkembang dimayarakat Umar selalu berkomunikasi dengan orang-orang yang
memang dianggap mampu dibidangnya.3

Ustman Ibn Affan 23-35 H/644-656 M

Ustman Ibn Affan dipilih dan diangkat dari enam orang calon yang diangkat oleh
khalifah Umar saat menjelang wafatnya karena pembunuhan. Keenam orang tersebut
adalah: Ali bin Abu Thalib, Utsman bin Affan, Saad bin Abu Waqqash, Abd al-Rahman
bin Auf, Zubair bin Awwam, Thalhah bin Ubaidillah, serta Abdullah bin Umar, putranya,
tetapi “tanpa hak suara”.4 Umar menempuh cara sendiri yang berbeda dengan cara Abu
Abakar. Ia menunjukkan enam orang calon pengganti yang menurutnya dan pengamatan
mayoritas kaum muslimin memang pantas menduduki jabatan Khalifah. Oleh sejarawan
islam mereka disebut Ahl al-Hall a al’aqd pertama dalam islam., merekalah yang
bermusyawarah untuk menentukan siapa yang menjadi khalifah. Dalam pemilihan lewat
perwakilan tersebut Ustman Ibn Affan mendapatkan suaran lebih banyak, yaitu 3 suara
untuk Ali dan 4 suara untuk Ustman Ibn Affan.

Pemerintah khalifah Ustman Ibn Affan mengalami masa kemakmuran dan berhasil dalam
beberapa tahun pertama pemerintahannya. Ia melanjutkan kebijakan-kebijakan Khalifah
Umar. Pada separuh terakhir masa pemerintahannya, muncul kekecewaaan dan
ketidakpuasaan dikalangan masyarakat karena ia mulai mengambil kebijakan yang
berbeda dari sebelumnya. Ustman Ibn Affan mengangkat keluarganya (Bani Ummayyah)
pada kedudukan yang tinggi. Ia mengadakan penyempurnaan pembagian kekuasaan
pemerintahan, Ustman Ibn Affan menekankan sistem kekuasaan pusat yang mengusaai
seluruh pendapatan propinsi dan menetapkan seorang juru hitung dari keluarganya
sendiri.

Ali Ibn Abi Thalib 35-40 H/656-661 M

Ali Ibn Abi Thalib tampil memegang pucuk kepemimpinan negara di tengah-tengah
kericuhan dan huru-hara perpecahan akibat terbunuhnya Usman oleh kaum pemberontak.
Ali Ibn Abi Thalib dipilih dan diangkat oleh jamaah kaum muslimin di madinah dalam
suasana sangat kacau, dengan pertimbangan jika khalifah tidak segera dipilih dan di
angkat, maka ditakutkan keadaan semakin kacau. Ali Ibn Abi Thalib di angkat dengan
dibaiat oleh masyarakat.
Dalam masa pemerintahannya, Ali Ibn Abi Thalib mengahadapi pemberontakan Thalhah,
Zubair, dan Aisyah. Alasan mereka, Ali Ibn Abi Thalib tidak mau menghukum para
pembunuh Usman dan mereka menuntut bela’ terhadap daerah Usman yang telah
ditumpahkan secara dhalim. Perang ini dikenal dengan nama perang jamal.5

Bersamaan dengan itu, kebijaksanaan-kebijaksanaan Ali Ibn Abi Thalib juga


mengakibatkan timbulnya perlawanan dari gubernur di Damaskus, Muawiyah. Yang
didukung oleh sejumlah bekas pejabat tinggi yang merasa kehilangan kedudukan dan
kejayaannya. Pertempuran yang terjadi dikenal dengan perang shiffin, perang ini diakhiri
dengan tahkim (arbitrase), tapi tahkim ternyata tidak menyelsaikan maslah, bahkan
menyebabkan timbulnya golongan ketiga Al-Khawarij (orang-orang yang keluar dari
barisan Ali).6

2.      Peradaban dan Kebudayaan Pada masa Khulafa’ al-Rasyidin

1.      Pada Masa Khalifah Abu Bakar As-Shiddiq

Pada ini kondisi sosial mayarakat menjadi stabil dan dapat mengamankan tanah Arab dari
pembangkang dan penyelewengan seperti orang murtad, para nabi palsu dan orang-orang
yang enggan membayar zakat.

Selain itu keadaan kaum muslimin menjadi tenteram, tidak khawatir lagi beribadah
kepada Allah. Perkembangan dagang dan hubungan bersama kaum muslim yang berada
di luar Madinah keadaannya terkendali dan terjalin dengan baik. Selain itu juga kemajuan
yang dicapai adalah : Pembukuan Al-Qur’an

2.      Pada Masa Khalifah Umar Ibn Al-Khaththab

Diantara perkembangan yang ada pada masa Khalifah Umar adalah :

 Pemberlakuan Ijtihad
 Menghapuskan zakat bagi para muallaf
 Mengahpuskan hukum mut’ah
 Lahirnya ilmu Qira’at
 Penyebaran Ilmu Hadits
 Menempa mata uang dan
 menciptakan tahun Hijriah

3.      Pada Masa Khalifah Ustman Ibn Affan

Diantara perkembangan yang ada pada masa Khalifah Ustman adalah :

 Penaskahan Al-Qur’an
 Perluasan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram
 Didirikannya masjid Al-Atiq di utara benteng babylon
 Membangun Pengadilan
 Membnetuk Angkatan Laut
 Membentuk Departemen:

i.  Dewan kemiliteran

ii.  Baitul Mal

iii.  Jawatan Pajak

iv.  Jawatan Pengadilan

4.      Pada Masa Khalifah Ali Ibn Abi Thalib

Diantara perkembangan yang ada pada masa Khalifah Ali adalah :

 Terciptanya ilmu bahsa/nahwu (Aqidah nahwiyah)


 Berkebangnya ilmu Khatt al-Qur’an
 Berkembangnya Sastra

Bani Umayyah
Bani Umayyah (bahasa Arab: ‫بنو أمية‬, Banu Umayyah) atau Kekhalifahan Umayyah,
adalah kekhalifahan Islam pertama setelah masa Khulafaur Rasyidin yang memerintah
dari 661 sampai 750 di Jazirah Arab dan sekitarnya; serta dari 756 sampai 1031 di
Kordoba, Sepanyol. Nama dinasti ini diambil dari nama tokoh Umayyah bin ‘Abd asy-
Syams, pengasas khalifah pertama Bani Umayyah, iaitu Muawiyah I.

Pendahuluan

Bab ini menceritakan tentang asal-usul pemerintahan Bani Umayyah dan susur galur bani
tersebut iaitu daripada Abd Manaf bin Qusay dari keturunan Quraysh kemudian cucu
beliau iaitu Umayyah ibn Shams yang merupakan ketua satu puak yang dikenali sebagai
bani umayyah sehinggalah anak-anak dan cucu-cicit beliau. Umayyah merupakan anak
saudara sepupu kepada Hashim ibn Abd Manaf iaitu moyang Rasulullah (saw). Bani
Hashim dan Umayyah sering bersaing merebut kuasa di kota Makkah di zaman
Jahiliyyah tetapi, Bani Hashim lebih berpengaruh kerana mendapat kuasa yang
diturunkan oleh Qusay, kemudian kepada Abd Manaf dan seterusnya kepada Hashim.
Kedudukan bani Umayyah sangat mantap di Syam. Hal ini kerana, Umayyah yang
dahulunya pernah kalah dalam pertarungan dengan Bani Hashim telah melarikan diri ke
Sham dan menetap di sana selama 10 tahun. Pada zaman khalifah Uthman bin Affan,
Yazid bin Abi Sufyan menjadi gabenor di Sham kemudian diikuti oleh adiknya,
Muawiyyah ibn Abi Sufyan menjadi gabenor selama 20 tahun sebelum menjadi khalifah
pertama Bani Umayyah yang berpusat di situ.

Selain di Sham, Bani Umayyah juga berpengaruh di Makkah kerana merupakan golongan
bangsawan dan dihormati masyarakat. Di zaman Jahiliyyah, Abd Sham, Umayyah, Harb
dan seterusnya Abi Sufyan diberi kepercayaan memimpin ketenteraan di Makkah secara
turun temurun. Selain itu, mereka juga terkenal dalam
bidang perdagangan. Bani Umayyah berpengaruh samada sebelum Islam dan juga selepas
Islam. Mereka adalah di antara golongan yang lewat memeluk agama Islam iaitu pada
pembukaan kota Makkah tetapi banyak memberi sumbangan kepada Islam sebaik sahaja
mereka memeluk Islam. Muawiyah ibn Abi Sufyan  telah dilantik oleh Rasulullah s.a.w
sebagai penulis wahyu kerana kecekapannya menulis dan membaca. Abu Sufyan dan
keluarganya turut sama memerangi kabilah Hawazin dan kabilah Thaqif dalam
peperangan Hunayn. Abu Sufyan juga telah buta sebelah matanya apabila menyertai
beberapa peperangan bersama Rasululah (saw).

Muawiyyah ibn Abi Sufyan Sakhr merupakan pengasas dinasti Bani Umayyah. Bapanya
Abu Sufyan ibn Harb merupakan salah seorang pemimpin Quraysh yang terkemuka di
kota Makkah terutama sebelum beliau memeluk Islam. Abu Sufyan juga ketua kaum
musyrikin Makkah yang menjadi punca berlakunya perang Badar dan menjadi ketua
kaum Quraysh Makkah dalam perang Uhud. Sebelum Muawiyyah mengambil alih
jawatan Khalifah daripada Hassan Ibn Ali, telah berlaku konflik antara Muawiyyah dan
Saidina Ali sehingga
berlakunya Perang Siffin di tebing sungai Furat pada 13 Safar 37H. Konflik ini adalah
rentetan daripada peristiwa pembunuhan Uthman dan Saidina Ali gagal menyelesaikan
masalah tersebut sesuai dengan kehendak Muawiyyah. Saidina Ali juga mempunyai
alasan tertentu yang menyebabkan baginda tidak dapat bertindak balas terhadap
pembunuhan tersebut.

sistem Monarki

Dengan meninggalnya Khalifah Ali, maka bentuk pemerintahan kekhalifahan telah


berakhir, dan dilanjutkan dengan bentuk pemerintahan kerajaan (Dinasti), yakni kerajaan
Bani Umayyah (Dinasti Umayyah).

Muawiyah tidak mentaati isi perjanjian yang telah dilakukannya dengan Hasan ibn Ali
ketika ia naik tahta, yang menyebutkan bahwa persoalan pergantian pemimpin setelah
Muawiyah akan diserahkan kepada pemilihan ummat Islam. Hal ini terjadi ketika
Muawiyah mewajibkan seluruh rakyatnya untuk menyatakan setia terhadap anaknya,
Yazid. Sejak saat itu suksesi kepemimpinan secara turun-temurun dimulai (al-Maududi,
1984:167).
Dinasti Umayyah berkuasa hampir satu abad, tepatnya selama 90 tahun, dengan empat
belas Khalifah. Banyak kemajuan, perkembangan dan perluasan daerah yang dicapai,
lebih-lebih pada masa pemerintahan Walid bin Abdul Malik. Dimulai oleh
kepemimpinan Muawiyyah bin Abi Sufyan dan diakhiri oleh kepemimpinan Marwan bin
Muhammad. Adapun urut-urutan Khalifah Daulah Bani Umayyah adalah sebagai berikut:

1. Muawiyah ibn Abi Sufyan (661-681 M)


2. Yazid ibn Muawiyah (681-683 M)
3. Muawiyah ibn Yazid (683-684 M)
4. Marwan ibn Al-Hakam (684-685 M)
5. Abdul Malik ibn Marwan (685-705 M)
6. Al-Walid ibn Abdul Malik (705-715 M)
7. Sulaiman ibn Abdul Malik (715-717 M)
8. Umar Ibn Abdul Aziz (717-720 M)
9. Yazid ibn Abdul Malik (720-724 M)
10.Hisyam ibn Abdul Malik (724-743 M)
11. Walid ibn Yazid (743-744 M)
12. Yazid ibn Walid (Yazid III) (744 M)
13.Ibrahim ibn Malik (744 M)
14.Marwan ibn Muhammad (745-750 M)

Dengan demikian tamatlah kedaulatan Bani Umayyah, dan sebagai tindak lanjutnya dipegang
oleh Bani Abbasiyah.

Perkembangan Era Abbasiyah


Pada periode pertama pemerintahan Bani Abbasiyah mencapai masa keemasannya.
Secara politik, para Khalifah betul-betul merupakan tokoh yang kuat dan merupakan
pusat kekuasaan politik dan agama sekaligus. Di sisi lain, kemakmuran masyarakat
mencapai tingkat tertinggi. Period ini juga berhasil menyiapkan landasan bagi
perkembangan falsafah dan ilmu pengetahuan dalam Islam.

Masa pemerintahan Abu al-Abbas, pendiri Dinasti ini sangat singkat, iaitu dari tahun 750
M sampai 754 M. Kerana itu, pembina sebenarnya dari Daulah Abbasiyah adalah Abu
Ja’far al-Mansur (754-775 M). Pada mulanya ibu kota negara adalah al-Hasyimiyah,
dekat Kufah. Namun, untuk lebih memantapkan dan menjaga kestabilan negara yang
baru berdiri itu, al-Mansur memindahkan ibu kota negara ke kota yang baru dibangunnya,
iaitu Baghdad, dekat bekas ibu kota Persia, Ctesiphon, tahun 762 M. Dengan demikian,
pusat pemerintahan Dinasti bani Abbasiyah berada ditengah-tengah bangsa Persia.

Di ibu kota yang baru ini al-Mansur melakukan konsolidasi dan penyusunan
pemerintahannya. Dia mengangkat sejumlah calon untuk memenuhi jabatan-jabatan. Di
bidang pemerintahan dia menciptakan tradisi baru dengan mengangkat wazir sebagai
koordinator departmen. Jabatan wazir yang menggabungkan sebagian fungsi perdana
menteri dengan menteri dalam negeri itu selama lebih dari 50 tahun berada di tangan
keluarga berpengaruh berasal dari Balkh, Persia (Iran).

Popularitas Daulah Abbasiyah mencapai puncaknya di zaman Khalifah Harun al-Rasyid


(786-809 M) dan putranya al-Ma’mun (813-833 M). Kekayaan yang banyak
dimanfaatkan Harun al-Rasyid untuk keperluan sosial, rumah sakit, lembaga pendidikan
dokter dan farmasi didirikan. Tingkat kemakmuran paling tinggi terwujud pada zaman
Khalifah ini. Kesejahteraan sosial, kesehatan, pendidikan, ilmu pengetahuan dan
kebudayaan serta kesusasteraan berada pada zaman keemasannya. Pada masa inilah
negara Islam menempatkan dirinya sebagai negara terkuat dan tak tertandingi (Yatim,
2003:52-53). Dengan demikian telah terlihat bahwa pada masa Khalifah Harun al-Rasyid
lebih menekankan pembinaan peradaban dan kebudayaan Islam dari pada perluasan
wilayah yang memang sudah luas. Orientasi kepada pembangunan peradaban dan
kebudayaan ini menjadi unsur pembanding lainnya antara Dinasti Abbasiyah dan Dinasti
Umayyah.

Al-Makmun, pengganti al-Rasyid dikenal sebagai Khalifah yang sangat cinta kepada
ilmu. Pada masa pemerintahannya, penerjemahan buku-buku asing digalakkan. Ia juga
mendirikan sekolah, salah satu karya besarnya yang terpenting adalah pembangunan Bait
al-Hikmah, pusat penerjemahan yang berfungsi sebagai perguruan tinggi dengan
perpustakaan yang besar. Pada masa al-Makmun inilah Baghdad mulai menjadi pusat
kebudayaan dan ilmu pengetahuan.

Perkembangan Intelektual
Perkembangan Peradaban di Bidang Fizik
Perekonomian Daulah Bani Abbasiyah
Strategi Kebudayaan dan Pemikiran Rasional

Nabi Muhammad saw berasal dari kabilah Quraisy, tepatnya keturunan Hasyim. Ayah
beliau adalah Abdullah bin Abdul Muthalib, cucu Hasyim. Ibunda beliau adalah Aminah
binti Wahb yang berasal dari keturunan Bani Zuhrah, salah satu kabilah Quraisy.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (bahasa Arab: ‫ )نبي محمد صلى هللا عليه وسلم‬adalah
pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan
merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan
satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang
rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad
dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui
bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam,
tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul.
Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah SWT bagi
menjadi model terulung untuk seluruh alam serta kedatangannya juga adalah untuk
"Menyempurnakan Akhlak" (Makarrimal Akhlak) manusia. Nabi Muhammad SAW merupakan
keturanan kepada Nabi Allah Ismail dan Nabi Allah Ibrahim
ZAMAN RASULULLAH SAW(610-632M)
Zaman rasulullah SAW merupakan asas kepada ajararan tamadun islam. Segala aspek
kehidupan bagi umat Islam berpunca dari teras yang satu iaitu kalimah tauhid. Zaman inin
merupakan zaman model tamadun Islam hampir semua prinsip pada zaman awal Islam
berasal dari zaman ini. Zaman ini juga zaman kegemilanggan Islam.
Period Mekah
Selama 13 tahun Rasulullah SAW berdakwah di Mekah bertemakan tauhid
mengesakan
ALLAH SAW & menentang segala bentuk syirik kurafat tauhid dan tahyul. Penumpuan pada
zaman ini lebih kepada bersifat penyediaan individu yang mantap dan kuat dalam
menentang
kegilaan puak pelampau kafr dan mushrikkerana menghalang penyebaran dakwah Islam.
Jangka
masa 13 tahun adalah kritikal dan menyeksakan umat islam. Penyediaan individu yang
mantap
jiwanya mampu mengharungi setiap halangan adalah stratrgi yang menarik dan
terkehadapan dalam
memebina suatu tamadun, umat dan negara. Jesteru itu dapat dilihat generasi awal
merupakan
generasi yang kental kreatif dan unggul hsail didikan dan tunjuk ajar Rasulullah SAW.
Antara sumbangan dan perubahanyang dilakukan oleh Rasulullah SAW di Mekah ialah:
AkidahRasulullah SAW telah membawa perubahan besar dalam espek ini. Semasa Zaman Jahiliah
sebahagian beasar masyarakat jahiliah menyembah agama berhala ynag membawa konsep
pelbagai
tuhan berubah kepada akidah bmentauhid serta mengeaskan Allah SWT dan menolak
segala yng
menyekutukan Allah SWT. Ia Suatu perubahan yng besar dan agak sukar ditukar dalam
kalangan
masyarakat Arab kerana zaman berzaman mereka menyembah pelbagai berhala yang
dijadikan
sebagai tuhan mereka.
Akhlak
Di samping Rasulullah SAW berusaha untuk meperbetulkan akidah masyarakat
Arab,
baginda juga telah bertungkus lumus membaiki akhlak masyarakat Arab agar selaras
dengan ajaran
Islam. Baginda menekankan konsep tolong menolong, hormat menghormati, kasih
mengasihi lebih
mementingkan orang lain berbanding orang lain, suci hati, rela mengorbankan diri
sebagainya demi
mewujudkan perpaduan umat. Baginda juga turut bertindak menentang adat istiadat serta
pegangan
masyarakat yang memebawa kesan buruk terhadap masyarakat seperti semangat fanatik
terhadap
suku, dengki mendengki, demdam mendemdami, bangga membangga dan lain-lain yang
boleh
menjejaskan semangat keharmonian masyarakat.

You might also like