You are on page 1of 5

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID-MURID TAHUN 1

DENGAN LATIH TUBI MENGGUNAKAN SUKU KATA DAN GAMBAR

ULASAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan oleh Roziah Binti Abd Hamid bertempat di Sekolah Kebangsaan
Kuala Tahan, Jerantut Pahang. Kajian ini mengetengahkan tentang tahap penguasaan
kemahiran membaca di kalangan murid-murid Tahun 1.

Secara langsungnya, kajian ini adalah untuk mengenalpasti kebolehan murid dalam
membaca ayat dengan lancar khususnya di kalangan murid Tahun 1. Untuk membaca dengan
baik, seseorang murid perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik. Kegagalan dalam
penguasaan kemahiran membaca akan menyebabkan seseorang gagal dan menghadapi
kesukaran untuk memahami sesuatu pelajaran. Merujuk kepada artikel, penulis lebih
menitikberatkan tentang penguasaan kemahiran membaca bagi subjek Bahasa Melayu
memandangkan Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras samada di Sekolah
Kebangsaan mahupun di Sekolah Jenis Kebangsaan. Tambahan pula, pada peringkat
Pendidikan Menengah Rendah (PMR), dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), para pelajar
diwajibkan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Disebabkan itu, penulis telah menjalankan kajian terhadap tahap penguasaan murid
dalam membaca dengan menggunakan suku kata dan gambar. Semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dilakukan di bilik darjah, penulis mendapati bahawa kebanyakan pelajar tidak
pandai membaca dan ada sesetengahnya yang tidak pandai mengeja suku kata, terutamanya
suku kata KV + KVK dan KV + KVKK. Kesannya, proses pengajaran dan pembelajaran
tidak berjalan dengan lancar.

Berdasarkan pemerhatian awal tersebut, penulis telah menjalankan ujian pra bacaan
terhadap 27 orang murid seperti ujian membaca cerita pendek. Di akhir kajian, didapati
terdapat 10 orang daripada mereka yang terdiri daripada dua orang murid perempuan dan
lapan orang murid lelaki tidak pandai membaca cerita pendek tersebut disebabkan oleh suku
kata KV + KVK dan KV + KVKK serta kad gambar. K adalah merujuk kepada huruf
konsonan dan V adalah merujuk kepada huruf vokal. Sebagai contoh, bagi suku kata KV +
KVK, sa + kit. Huruf s, k dan t adalah huruf konsonen manakala huruf a dan i adalah huruf
vokal.

1
Oleh yang demikian, beberapa objektif telah ditetapkan antaranya untuk
meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid Tahun 1 menggunakan kad
suku kata dan gambar, merancang sebarang tindakan untuk mengatasi masalah membaca dan
untuk menilai keberkesanan penggunaan kad suku kata dan gambar dalam penguasaan
kemahiran membaca.

Berdasarkan kajian, seramai 10 orang murid yang terdiri daripada dua orang murid
perempuan dan selebihnya murid lelaki telah terpilih untuk menjadi responden kajian.
Sasaran itu adalah berpandukan pencapaian mereka yang sederhana dan amat lemah.

Setelah mengadakan perbincangan dengan guru-guru lain, satu persetujuan telah


dibuat di mana instrumen yang perlu diketengahkan iaitu Ujian pra dan Ujian pasca dalam
menjalankan kajian tersebut. Melalui kedua-dua ujian tersebut, markah akan diberikan
kepada setiap murid yang boleh membaca setiap satu perkataan.

Setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi serta instrumen yang harus dilakukan,
beberapa strategi ataupun langkah-langkah telah diambil bagi merealisasikan objektif yang
telah ditetapkan. Bagi menjelaskan lagi proses serta prosedur kajian tindakan tersebut, kami
telah memilih Model Stringer (2004) di mana model ini melibatkan beberapa prosedur iaitu
merekabentuk, mengumpul data, menganalisis data, menyampai hasil dan mengambil
tindakan.

2
MODEL STRINGER (2004)

3
Merekabentuk

Ujian pra dan ujian pasca bacaan digunakan dalam kajian ini. Setiap murid yang boleh
membaca setiap satu perkataan akan diberikan satu markah. Kaedah ini dijalankan di dalam
bilik darjah selama tiga minggu.

Minggu pertama (11-13 April 2005)

1. Ujian mengeja suku kata KV

2. Ujian mengeja 2 suku kata KV + KV

3. Ujian mengeja 3 suku kata KV + KVK + KV, KVK + KV +KV

Kad gambar juga akan ditunjukkan dan murid akan menamakan gambar tersebut. Kad
huruf juga akan diedarkan dan murid hendaklah menyusun huruf supaya menjadi perkataan
bermakna dan murid diminta untuk membaca perkataan tersebut.

Minggu kedua (16-17 April2005)

1. Pelajar diminta meneliti semula gambar yang diberi kemudian diminta mengeja
perkataan berpandukan gambar.

2. Latih-tubi mengeja perkataan berpandukan gambar.

3. Mengenalkan perkataan-perkatan baru.

4. Murid diminta mengeja perkataan sambil menutup mata.

Minggu ketiga (23-25 April 2005)

1. Mengenalkan kepada murid beberapa ayat mudah daripada perkataan yang telah
dipelajari.

2. Bimbing murid membaca ayat mudah.

3. Latih –tubi murid membaca ayat mudah yang diberi.

4. Ujian membaca ayat mudah

4
Mengumpul Data

Setelah menjalankan strategi-strategi tersebut, instrumen kajian pula dilakukan iaitu


ujian pra pada 9 hingga 10 Mac 2005 dan ujian pasca pada 2 hingga 4 Mei 2005. Instrumen
kajian ini adalah untuk mengumpul data-data murid bagi mengetahui keberkesanan strategi
yang dilakukan sebelumnya. Dalam tempoh masa 10 minit, setiap seorang dikehendaki
membaca 10 suku kata. Bagi kedua-dua ujian, soalan adalah berbeza dan masih lagi
menggunakan kaedah mengeja suku kata yang sama. Ini bertujuan untuk menguji kemahiran
membaca murid.

Menganalisis Data

Setelah data dikumpulkan dan dianalisis dengan teliti, berdasarkan kedua-dua ujian
tersebut, markah murid-murid untuk ujian pasca adalah lebih memuaskan berbanding ujian
pra.

Menyampai Hasil

Di sini, penulis mendapati bahawa terdapat keberkesanan dan peningkatan dalam


mengeja perkataan yang mengandungi suku kata dan perkataan yang diberi. Latih tubi
menggunakan kad suku kata dan gambar didapati dapat meningkatkan kemahiran murid
untuk membaca dengan lancar.

Mengambil Tindakan

Setelah hasil kajian diperoleh, penulis mendapati bahawa kaedah ini sesuai digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid Tahun 1 dalam menguasai kemahiran
membaca. Kegagalan menguasai kemahiran ini menyebabkan murid tidak dapat membaca
dengan betul dan lancar, malah ketinggalan dalam pelajaran.

Sebagai kesimpulannya, seharusnya kaedah menggunakan kad suku kata ini


diaplikasikan oleh guru-guru di negara kita bagi memudahkan para murid memahami
seterusnya menguasai kemahiran membaca dengan baik dan cepat. Kaedah gambar pula amat
bersesuaian sekali bagi pelajar-pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang sederhana
dan lemah kerana kaedah tersebut akan lebih membuatkan murid tertarik dan minat untuk
belajar di dalam bilik darjah.

You might also like