P. 1
Koma

Koma

|Views: 748|Likes:
Published by kupang87

More info:

Published by: kupang87 on Aug 09, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/25/2012

pdf

text

original

Koma: Bagai Hidup Menanti Mati | (1/5

)
July 26th 2009 | Posted by editor Nota editor; Terlebih dahulu, kami di pihak editorial MajalahSains.Com mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Yasmin Ahmad, pengarah filem terkenal di Malaysia yang meninggal dunia baru-baru ini. Kronologi kematian beliau adalah disebabkan koma beberapa hari di hospital selepas terjatuh semasa membentangkan projek seni beliau di Stesen TV3. Kami mengajak semua pengunjung MajalahSains.Com menyedekahkan AlFatihah ke atas arwah Yasmin Ahmad. Artikel menarik di bawah membicarakan tentang perihal koma dari perspektif sains dan perubatan moden. Ia disumbangkan oleh seorang pelajar pascasiswazah dalam bidang neurologi dari USM. Semoga bermanfaat!

Oleh: Samhani Ismail KOMA adalah alam yang dianggap misteri kerana banyak pengalaman mereka yang pernah koma menceritakan pelbagai peristiwa yang berlaku semasa koma. Artikel ini memperincikan punca-punca koma, cara-cara mengatasi dan kereaktifan neuron semasa koma. Antara kisah koma yang tersebar luas di internet adalah mimpi terakhir Ariel Sharon sebelum koma. Sharon, Perdana Menteri Israel yang dikatakan terlibat secara langsung dengan penyembelihan penduduk-penduduk Islam Palestin di khemah pelarian Shabra dan Syatila di Lubnan pada, telah dibalas di dunia lagi.

. istilah pengsan. keadaan stupor (tidak boleh berfikir atau mendengar) dan koma. Itu adalah antara cerita-cerita pesakit koma. di mana pesakit tidak memberi tindakbalas kepada rangsangan luar yang diberikan. “Untuk menguji tahap koma ini. tahap paling teruk antara keadaan-keadaan tidak sedar yang lain seperti tidur. England menambah. Koma merupakan sebuah istilah umum. doktor akan memberi sedikit ransangan untuk melihat tindakbalasnya.” Mengikut klasifikasi perubatan. walaupun mereka tidak bergerak balas. Ada pesakit yang jaga sekejap. mimpi-mimpi yang lebih ngeri bertandang. pakar-pakar perubatan mengklasifikasi koma megikut Skala Koma Glasgow berdasarkan pergerakan mata. bahawa beliau melihat dirinya dirinya diikat dan dirantai dalam keadaan bogel lalu diheret di atas sebuah kenderaan yang terbuka dan melalui loronglorong di Gaza. Mimpi ngeri di mana beliau dicampak ke dalam perigi yang dalam sering mengganggu sehingga akhirnya beliau koma. Ada pesakit yang jaga setelah dipanggil. Kebolehan kognitif beliau seolah-olah sudah musnah akibat strok dan peluang untuk sembuh sangat rendah sekali. Jika tiada sebarang respon. Setiap pergerakan ini dicatat dan dijumlahkan bagi mengkategorikan pesakit samada koma ringan. ada yang memberitahu roh mereka dibawa ke alam lain. Marquis Who’s Who in The World 2007. Beliau yang telah merawat ramai pesakit dan merupakan penerima Best Service Award 2002. Seminggu terakhir sebelum dikomakan Allah. sederhana atau teruk. Wikipedia 27 Feb 2009 menyatakan. doktor akan memberi sedikit kesakitan kepada pesakit. keadaan jaga tetapi tidak memberikan tindakbalas (keadaan vegitatif) dan keadaan tidak sedarkan diri yang panjang selain tidur adalah termasuk di dalam kategori koma. Beliau menceritakan kepada setiausaha peribadinya. Pakar Bedah Otak dari Jabatan Neurosains. keadaan tidak bertenaga. Ada pesakit yang bertindakbalas setelah diberi sedikit kesakitan. pengsan. Ramai pesakit koma yang telah sembuh mendakwa. Begitu setelah jaga. 2000 Outstanding Scientists 2008/2009 International Biographical Centre. tangan dan bunyi suara. Universiti Sains Malaysia menyatakan koma adalah suatu keadaan di mana pesakit tidak memberi tindakbalas kepada persekitaran dan tiada komunikasi dengan dunia luar. Cambridge. Koma adalah keadaan di mana kepekaan dan tindakbalas yang sangat kurang. tetapi mereka berupaya mendengar dengan jelas bicara ahli keluarga dan doktor serta jururawat di sekeliling. pada saat ini Sharon masih lagi berada dalam keadaan koma dan keadaan beliau stabil. kemudian kembali koma. tetapi sebenarnya mereka telah melewati keadaan tidak sedarkan diri yang lebih jauh daripada tidur. lali. malah peringkat koma yang paling teruk adalah pesakit langsung tidak bertindakbalas walaupun setelah diberi ransangan sakit. Pesakit kelihatan seperti tidur.Sebuah akhbar Israel yang melaporkan mengenai hari-hari terakhir beliau sebelum koma mengatakan beliau diburu oleh mimpi-mimpi yang sangat mengerikan. Pemeriksaan neurologi seringkali membahagikan koma kepada empat peringkat iaitu peringkat jaga. Menurut Dr Zamzuri Idris. melihat perkara-perkara aneh malah merasainya seolah-olah ia benar-benar berlaku.

ada sahaja pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat koma. Kategori kedua pula adalah akibat kerosakan pada pangkal otak di mana pesakit sukar bernafas dan anak matanya mengecil disamping terdapat beberapa tanda-tanda klinikal yang lain. mereka mempunyai salur darah yang tersumbat menyebabkan oksigen dan gula tidak dapat dihantar ke otak. setiap hari di Malaysia. Buah pinggang yang tidak dapat menapis turut menyumbang terjadinya koma. iaitu . Namun. penyakit metabolik seperti diabetes.Koma: Bagai Hidup Menanti Mati | (2/5) July 26th 2009 | Posted by editor Oleh : Samhani Ismail Punca – punca Koma Mengikut Dr Zamzuri lagi. paras gula yang terlalu tinggi seperti pada pesakit diabetes juga boleh mengakibatkan koma. Bagi pesakit strok. jangkitan bakteria pada selaput otak iaitu penyakit Meningitis. bahagian yang mengawal fungsi jaga tidak dapat menjalankan tugasnya. Trauma sebegini selalunya disertai dengan kecederaan tisu otak yang teruk dan keretakan tempurung kepala. Keputusan bekalan ini menyebabkan otak menjadi ’kebuluran’ dan lama-kelamaan boleh mengakibatkan koma. Bagi kanak-kanak dan orang tua. Kategori utama koma adalah mereka yang datang dengan trauma di kepala dan spina yang mengakibatkan otak lebam dan bengkak. sawan. Akibat kecederaan otak. boleh dirawat dengan memberi mereka antibiotik. tumor otak dan jangkitan kuman ke dalam otak mahupun ke selaput luar otak. masalah hati dan buah pinggang. Kemalangan jalan raya merupakan punca utama koma. Manakala Enkephalitis. strok. Koma adalah kesan kepada pelbagai sebab. termasuklah kecederaan kepala. Buah pinggang yang gagal menuras darah dalam badan akan menghantar darah ke seluruh organ bersama-sama dengan toksik yang akhirnya berkumpul menjadi racun.

” Koma adalah satu situasi kecemasan. anak matanya tidak bergerak balas setelah disuluh dengan lampu atau ritma nafasnya bercelaru. atau terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk bernafas sehingga mereka benar-benar mati. semua itu memberi jawapan kepada pakar perubatan untuk menetapkan rawatan terbaik buat mereka. Adakalanya pembedahan perlu dilakukan segera bagi pesakit yang sudah tenat. Diagnosis dan Rawatan Menurut Dr Zamzuri.jangkitan virus ke dalam otak bagi orang dewasa boleh dirawat dengan menggunakan antivirus. Membiarkan pesakit yang dianggap pengsan biasa boleh mengakibatkn komplikasi yang lebih teruk. Tindakan membiarkan pesakit sebegini tidak sepatutnya berlaku. ”Namun. seperti terapi pertuturan dan terapi fizikal bagi memulihkan kembali keadaan mereka. menyedihkan jika ada di antara keluarga pesakit yang tidak membawa pesakit ke hospital dengan segera bagi menerima rawatan. Justeru. atau mati. Pesakit boleh lumpuh selamalamanya. Samada kepalanya berdarah. Mereka tidak sedarkan diri. Namun jika kedua-duanya tidak dirawat. Mereka dibawa samada oleh ambulans ataupun ahli keluarga. Setelah pulih daripada koma yang panjang. Rawatan dan penjagaan yang rapi terhadap pesakit ini boleh memberi mereka peluang untuk hidup kembali. . Punca koma yang berbeza menghasilkan peringkat koma yang berbeza. diagnosis dibuat dengan bertanyakan orang yang menghantar mereka ke hospital. pesakit boleh mendapat koma. Justeru. rawatan yang berbeza harus diberikan kepada pesakit. Rawatan yang lambat diberikan boleh membawa kepada kematian.” beliau menambah. pesakit akan diberi rawatan pemuliharaan pula. bukannya perlu beratur di kaunter bersama-sama pesakit luar.

Apa itu RAS ? Hidup kita sentiasa didatangi oleh pelbagai imej-imej yang tertangkap oleh retina mata. Fikirkan apa akan jadi jika kita mengambil peduli tentang semua ini? Nescaya otak haru-biru jadinya – sehelai rambut gugur mencecah bahu.Koma: Bagai Hidup Menanti Mati | (3/5) July 27th 2009 | Posted by editor Oleh : Samhani Ismail RAS – Rahsia di sebalik Koma Semasa kita dalam keadaan sedar. iaitu Sistem Pengaktifan Retikular (RAS). Tetapi semasa koma. dan segalanya. sehinggalah tiba-tiba sahaja perhatian anda terarah kepada suara ibu yang memanggil nama anda. Secara anatomi. Misteri koma terjawab dengan menyelongkar ke sebuah ’dinding’ yang memisahkan di antara minda sedar dan bukan sedar. mengunjur dari tengah-tengah medula oblongata hingga ke otak tengah. Anda terus berpaling sebagai tindakan refleks dan menjunjung kepatuhan seorag anak. Di sinilah RAS berfungsi. Ia menghantar signal kepada jiran-jirannya dan wujud interaksi yang sangat banyak. kerana sel saraf sedang sakit tetapi terpaksa terus bekerja bagi menghidupkan tuannya. . Gumpalan padat ini menjulurkan sehingga 200 billion sel-sel saraf yang terus menyeliputi hampir 70 peratus bahagian otak. setiap jarum jam beredar. Semua perkara tersebut langsung tidak anda endahkan. RAS terdiri daripada sel-sel saraf yang bergumpal padat. bauan yang hinggap di hidung. sel-sel otak iaitu neuron adalah aktif. bunyi yang bergetar hingga menusuk ke gegendang telinga dan pelbagai deria lain yang berselirat. bilah-bilah kipas yang berputar. suara-suara percakapan orangorang di sekeliling kita. sedikit sahaja aktiviti wujud di dalam otak pesakit.

Ia memastikan serebral korteks berada di dalam keadaan sedar dan jaga.Para saintis percaya. korteks serebral ataupun korteks. aktviti fosforilasi biokimia berkurangan semasa pesakit sedang koma. Setakat ini para saintis sedang giat mencari bukti-bukti yang menunjukkan aktiviti dan tindak balas neuron semasa keadaan ini. Daripada sinilah sistem motor.” Kesimpulannya. . Apabila koma. malang tidak berbau. dan prekursor seperti laktat dan keratin meningkat. ” Sedikit sahaja pengetahuan diperolehi tentang mekanisma kimia fizik yang terlibat dalam koma. penyakit metabolik dan sebagainya. Secara histokimia. sereral dan korteks akan menghimpit dan merosakkan RAS sehingga ia tidak boleh berfungsi lagi. Kesimpulannya. strok. semasa keadaan koma. Kajian histokimia dan biokimia yang dijalankan oleh Richard D. University of Chicago. Department of Medicine. kecederaan yang teruk di kepala yang melibatkan batang otak. Namun. Chessick. kebanyakan fungsi badan sudah tidak berfungsi. (1953) menyatakan. apabila maklumat sampai kepada RAS dan sudah melepasi saringan. rangsangan dan aktiviti otak boleh meransang RAS untuk mengekalkan kejagaan dan menghasilkan reaksi. RAS akan menghantar maklumat tersebut untuk dikendalikan oleh bahagian-bahagian bertanggungjawab samada talamus. Tenaga dan fosfat didapati berkurang. RAS adalah pusat kesedaran dan motivasi kepada mamalia termasuk manusia. respiratori dan memberi respon motor kepada rangsangan dari luar. sistem autonomik badan akan bersama-sama meregulasi sistem kardiovaskular. Sebarang penglihatan. koma berlaku akibat kerosakan pada sistem reticular ini yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya. lalu berlakulah koma. Justeru. aktiviti metabolik otak yang menggunakan glukosa dan oksigen berkurangan.

perubatan malah juga oleh ahli-ahli syarak di negara-negara Islam. ia bukan mudah untuk menerima takdir sebegini walaupun menjadi penderma organ adalah suatu perkara yang baik bagi pandangan kebanyakan agama di dunia. Melihat insan tersayang bagaikan hidup menanti mati. jururawat juga dituntut untuk mempunyai sifat sabar yang tinggi kerana menjaga badan yang mati tidak sama dengan menjaga badan yang hidup. di negara-negara membangun. Bukan sahaja ahli keluarga. maka beliau dianggap sudah meninggal dunia (Jafri Malin Abdullah. Adakah pesakit yang mati otak ini sudah dikira sebagai mati? Semenjak sepuluh tahun lepas. keadaan mati otak sebegini menimbulkan banyak perbahasan. seolah-olah memaksa mereka hidup dengan terus menerus menyambung wayar-wayar berselirat. Justeru. Mereka diresusitasi sebagai penderma organ selagi terdapat permintaan. pesakit-pesakit mati otak diterima sebagai sebuah kematian. Namun. Ada keluarga yang tidak dapat menerima situasi ini. Pengesahan kematian sebenarnya tidak sukar seperti yang disangkakan. Otak menjadi rosak dan mati serta tidak dapat dipulihkan lagi.Koma: Bagai Hidup Menanti Mati | (4/5) July 27th 2009 | Posted by editor Oleh : Samhani Ismail Koma Mati Otak Banyak kemalangan ngeri mengakibatkan kecederaan teruk kepada mangsa. . Stateskop dan EEG adalah alat perubatan yang boleh dipercaya untuk mengesahkannya. jantung pesakit masih berfungsi sekiranya terus dinafaskan oleh mesin. Dalam keadaan ini. Apabila pesakit tidak mempunyai denyutan jantung dan tidak bernafas lagi. Juga tidak ekonomis menjaga mereka dan terus menyeksa jasad. bukan sahaja daripada sudut perundangan. bagi keluarga pesakit. 2006).

pesakit tidak bernafas setelah sepuluh minit.(MusnadAhmad) Berdasarkan hadith ini. Beberapa perkara penting yang diperhatikan sebelum sesuatu kes kematian otak ditentukan. kerana matanya mengikuti rohnya (terbuka dan melihat ke atas). iaitu mati otak yang menyebabkan koma berpanjangan. pesakit tersebut tidak boleh diisytiharkan mati otak Apnea – Tiada pernafasan secara spontan dan pesakit hanya bernafas dengan bantuan alat pernafasan. terpisah sendi tangan. .Walaupun begitu. (Mohd Ilham Ismail) • • • • • Dalam agama Islam. tutupilah matanya.a. Mereka juga meletakkan hukum secara berhati-hati juga. misalnya apa yang dikatakan oleh pengarang kitab Al-Mughni : “Jika kematian seseorang menimbulkan kesamaran. condong hidung. Doktor akan mendiagnosis kriteria-kriteria mati otak yang terdapat pada pesakit. ulama-ulama feqah mengambil sikap berhati-hati dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kematian. Pesakit yang telah mati otak tidak batuk atau lain-lain tindak balas. wujud beberapa ’kematian’ yang tidak di dalam bentuk tersebut. Sekiranya pesakit menunjukkan gerakan. Pesakit yang telah mati otak tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Jika alat pernafasan dicabut. serta bercakaplah (di antara kamu) dengan perkara yang baik. kendur kulit muka dan dua daun telinga kelihatan menurun ke bawah” Para fuqaha juga membuat kesimpulan kematian dengan melihat kepada arah mata. Tindak balas pangkal otak – Pangkal otak disahkan telah berfungsi berdasarkan tindak-balas refleks seperti : Pupil mata tidak mengecil apabila disuluh dengan cahaya Tiada refleks kornea – tiada respon kerlipan mata pada kedua-dua belah mata apabila permukaan kornea disentuh Ransangan terhadap saluran udara – Kateter dimasukkan ke dalam mulut merentasi larinks dan trakea. mengenalpasti kematian melalui mata adalah suatu tanda yang amat penting bagi menunjukkan samada roh telah berpisah dari jasad atau belum. berdasarkan hadith-hadith Nabi Muhammad s. adalah: • Koma – Doktor akan melakukan pemeriksaan gerakan tindak balas spontan terhadap ransangan yang menyakitkan atau tidak menyenangkan.w : Dari Ummu Salamah RA bhw Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya roh apabila diambil maka matanya akan menurutinya (memandang ke atas)” (Sohih Muslim) Dari Shidad “Kiranya kamu menghadiri orang yang mati dari kalangan kamu. hendaklah diambil kira tanda-tanda kematian yang terdapat padanya seperti terkulai kaki.

. Fadilah As-Syeikh Bakr bin Abdulllah Abu Zaid menceritakan. menjaga nyawa termasuk dalam objektif utama syarak. tetapi warisnya melarang doktor berbuat demikian. Islam memandang ini bukan sebagai kematian. • Jantung dan pernafasan terhenti dengan sempurna. • Dalam keadaan ini. Doktor pakar telah membuat analisa lengkap dan mengesahkan ia tiada harapan untuk kembali berfungsi. beliau hidup balik selepas itu sehinggalah ke tarikh dia meninggal dunia dalam erti kata yang sebenar. adalah harus untuk menanggalkan alat bantuan hayat yang digunakan pesakit walaupun terdapat anggota tubuh yang masih berfungsi dengan bantuan alat tersebut. Sekumpulan doktor memutuskan bahawa seorang pesakit telah mati berikutan kematian batang otak yang dialaminya. namun ada hak untuk terus hidup dan mendapat rawatan sewajarnya. Jordan telah membincangkan secara terperinci berhubung isu mati otak ini. jika otak sahaja yang mati tetapi jantung masih berfungsi dengan sendiri. Namun. Namun terdapat beberapa kes kematian yang samar yang mana perlu diselidiki dengan cermat oleh pakar-pakar perubatan untuk mengesahkan samada ia hidup atau mati. Para ulama bersepakat bahawa pesakit masih hidup dan rohnya kekal kerana denyutan jantungnya masih ada. Kesan fatwa ini. Doktor telah mengesahkan ia tiada harapan untuk kembali berfungsi. Mati otak sahaja tidak cukup untuk menghukumkan pesakit telah pun meninggal dunia. Ini berdasarkan beberapa kes sebelum ini di mana pesakit mati otak pulih kembali sehinggalah ia benar-benar mati pada waktunya. tetapi ia sedang koma. maka terbukalah ruang yang luas bagi proses pemindahan organ bagi pesakit-pesakit mati otak lalu bolehlah dijalankan pemindahan di dalam keadaan organ yang masih segar dan sel masih hidup. Dengan takdir Allah. Mereka hampir-hampir mengambil sebahagian daripada organorgan pesakit berkenaan. Mereka masih hidup dalam keadaan yang tidak menentu. dan pesakit koma bukanlah mati.Sidang Majma’ Fiqh yang diadakan pada tahun 1968 di Amman. Apatahlagi. Seluruh peranan otak terhenti secara sempurna. mereka mengeluarkan fatwa seperti berikut : ” Sesungguhnya seseorang dianggap mati dari sudut syarak dan seluruh urusan kematian boleh dilaksanakan ke atasnya sekiranya terdapat dua tanda. Kesimpulannya. Mati otak adalah sebahagian daripada punca yang mengakibatkan koma. wajib menjaga nyawa dengan segala cara. Ada juga kes di mana terdapat bayi yang lahir tanpa otak. Hasilnya. mati itu pasti dan mempunyai tanda-tandanya. namun ia dapat hidup selama sepuluh tahun dalam keadaan tersebut.

dan kisah-kisah manis yang pernah dikongsi bersama. walaupun mereka tidak memberi respon. Pesakit sudah tidak berdaya dan mereka memerlukan rawatan istimewa dan sokonganyang padu. Sentuhan ini akan lebih meransang sarafnya untuk kembali aktif. sokongan daripada keluarga dan kawankawan sangat membantu. • . • Bercakap dengan pesakit dengan nada suara yang biasa. Ada pesakit yang sembuh selepas beberapa hari. Sentuhan anda tidak akan menyakitkan mereka. Sepanjang menghadapi saat-saat genting begini. Di sini adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan jika berada di dalam situasi ini. Namun. Pesakit mungkin mendengar suara anda.Koma: Bagai Hidup Menanti Mati | (5/5) July 27th 2009 | Posted by editor Oleh : Samhani Ismail Bagaimana Melayani Pesakit Koma Bagi doktor yang merawat pesakit koma. beberapa tahun. tentang keluarga. beberapa minggu. Anda tidak perlu mengeraskan suara. Anda boleh membantu jururawat menggosok belakang badan pesakit sambil anda berbicara dengannya. soalan yang selalu muncul daripada ahli keluarga pesakit adalah “ Adakah ia akan sedar kembali?”. malah ada yang koma dalam beberapa jam sahaja. Tentang masa. pakar-pakar perubatan tidak pernah berhenti berusaha untuk melihat pesakit tersebut sembuh semula dan dapat kembali normal seperti sediakala. Sentuh dan belai mereka. Bicarakan dengan mereka perkara-perkara biasa yang selalu ia lalui sebelum itu. “Adakah ia akan hidup?” dan “Adakah ia tidak perlu bergantung kepada orang lain jika ia sedar nanti?” Soalan-soalan sebegini amat sukar untuk dijawab.

dan mungkin sangat membantu. Terlebih ransangan bleh menyebabkan pesakit letih. Bawa bersama-sama anda gambar keluarga dan labelkan nama-nama pada gambar tersebut. Jika ini berlaku. atau bacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Lantunan irama berupaya menggetarkan mindanya. ia mungkin masih keliru. tetapi gambar ini membantu ia mengingat kembali. Anda boleh meransang pesakit dengan menyemburkan wangian yang ia suka di bilik rawatan. . • • Melakukan banyak rangsangan seperti di atas mungkin boleh membantu. anda boleh meninggalkan bilik pesakit dan biarkan ia berehat seketika. pesakit mungkin tidak dapat mengenalpasti dengan baik.• Pasangkan muzik yang pesakit suka dengar dan mendamaikan. jika terlalu kerap. Namun. Apabila pesakit membuka mata. dan mula bernafas dengan pantas.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->