You are on page 1of 29

KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN M/ SURAT

1.0 PENDAHULUAN 2

2.0 ETIKA DALAM SUKAN 3


2.0.1 Undang-undang dan peraturan am 3
2.0.2 Etika atlet dan penonton dalam sukan dan permainan 3
2.0.3 Semangat Kesukanan 4
2.0.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi sukan 4
2.0.5 Mengawal perasaan dalam sukan 5
2.1 Perlakuan Tidak Beretika 6
2.2 Cara Mengatasi Masalah Tidak Beretika 6

3.0 ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

3.1 RASUAH DAN PERJUDIAN DALAM SUKAN 7


3.1.1 Kesan Rasuah dan Perjudian 9
3.1.2 Cara-cara Mengatasi Rasuah dan Perjudian 10

3.2 KEGANASAN DALAM SUKAN 11


3.2.1 Sebab-sebab berlaku kecederaan semasa bersukan. 12
3.2.2 Jenis-jenis kecederaan 12
3.2.3 Kecederaan yang jarang berlaku 12
3.2.4 Perbezaan antara terseliuh dan ketegangan 12
3.2.5 Tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan 13
3.2.6 Perkara yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan 13
3.2.7 Cara menggunakan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa
bersukan 14
3.2.8 Cara mencegah kecederaan semasa bersukan 15

3.3 PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN 17


3.3.1 Ubat dan dadah dalam sukan 17
3.3.2 Isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan 18
3.3.3 Sejarah penggunaan dadah dalam sukan 19
3.3.4 Sebab sesetengah bahan dan kaedah diharamkan 20
3.3.5 Polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di Malaysia 20
3.3.6 Langkah berjaga-jaga 21
3.3.7 Bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dilarang 21
3.3.8 Kaedah-kaedah yang dilarang 24

4.0 PENUTUP 26
5.0 BIBLIOGRAFI 27
PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat

menyiapkan kerja kursus ini walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa saya

tempuhi.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Pendidikan

Jasmani & Kesihatan Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka, Pn. Fatimah kerana

telah membimbing dan memberikan tunjuk ajar dan penerangan yang berguna kepada

saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Seterusnya saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua Panitia

Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah Arab Merlimau Pasir kerana telah membantu saya

untuk menyediakan bahan-bahan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.

1
1.0 PENDAHULUAN

Setiap sesuatu itu mempunyai peraturan atau undang-undang tersendiri. Bidang sukan
juga mempunyai aturan yang perlu dipatuhi oleh setiap atlet, jurulatih, pegawai
kejohanan, pengurus sukan dan penonton. Aturan inilah yang dikenali sebagai etika
kesukanan yang akan diterangkan secara panjang lebar.

Isu-isu Pendidikan Jasmani dan sukan juga akan diterangkan dengan teliti terutama isu
mengenai penyalahgunaan dadah, rasuah dan perjudian serta keganasan dan kecederaan
dalam sukan.

Penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan prestasi ketika bertanding bukanlah satu


fenomena baru. Beribu-ribu tahun lalu telah ada cerita tentang atlet mengambil dadah
untuk kepentingan mereka di Sukan Olimpik kuno dan acara lain. Para atlet di
penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 juga telah mengambil kesempatan
menggunakan kafein dan strychnine. Tiga tahun selepas pelumba basikal Belanda mati
kerana mengambil dadah di Sukan Olimpik 1960, barulah Jawatankuasa Olimpik
Antarabangsa (IOC) mengeluarkan senarai dadah yang dilarang.

Walaupun telah terbukti sahih akan kesan dadah memperkuat prestasi dari segi kesihatan,
pembangunan dan penggunaan bahan-bahan tersebut terus meningkat. Teknologi
perubatan yang sofistikated beberapa abad kebelakangan ini telah menghasilkan pelbagai
jenis dadah baru dan peraturan-peraturan yang membolehkan para atlet menggunakannya.

Malah, rasuah juga tidak asing lagi dalam bidang sukan. Oleh itu, semua pihak harus
berganding bahu untuk menghapuskan gejala yang buruk ini agar tidak terus menular
dalam bidang sukan yang mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan.

2
2.0 ETIKA DALAM SUKAN

Etika sukan ialah suatu panduan tingkah laku yang harus diamalkan ketika bersukan. Ahli
sukan yang beretika dapat mewujudkan suasana sukan dan permainan yang harmoni.
Etika seharusnya menjadi pegangan setiap atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pegawai
kejohanan, pihak penganjur dan peminat sukan.

2.0.1 Undang-undang dan peraturan am

Setiap jenis sukan dan permainan mempunyai undang-undang dan peraturan amnya
sendiri. Antara keperluan mengadakan undang-undang dan peraturan am adalah seperti
yang berikut:
 Menjadi panduan kepada pemain yang terlibat dalam sesuatu sukan dan
permainan
 Menjadi rujukan dan bagi pihak yang mengelola sesuatu pertandingan
 Mengelakkan penipuan
 Memastikan setiap individu atau pasukan mempunyai peluang yang sama untuk
berjaya.

2.0.2 Etika atlet dan penonton dalam sukan dan permainan

Etika dalam sukan dapat mewujudkan budaya besukan yang sihat. Atlet dan penonton
perlu memahami dan mengamalkan etika ketika bersukan. Etika yang perlu diamalkan
oleh atlet dan penonton dalam sukan dan permainan adalah seperti berikut:

Atlet
 Mematuhi undang-undang dan peraturan permainan
 Bertanding dengan penuh semangat kesukanan
 Mempamerkan mutu permainan yang tinggi
 Bersikap amanah dan tidak mengamalkan rasuah
 Menghormati pegawai sukan dan pihak lawan
 Menjauhi sikap mementingkan diri dalam pertandingan

3
 Mengawal emosi dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokasi pemain lawan
dan penonton
 Sentiasa berusaha meningkatkan presasi diri.

Penonton
 Mematuhi peraturan tempat pertandingan
 Memberikan sokongan padu kepada pasukan sendiri
 Menghormati pegawai sukan dan penyokong pasukan lawan
 Menjauhi unsur-unsur rasuah dan perjudian
 Menghargai persembahan permainan yang berkualiti
 Menerima keputusan pertandingan dengan semangat kesukanan
 Mengelakkan provokasi.

2.0.3 Semangat Kesukanan

Semasa menyertai pertandingan, tentu ada pihak yang menang dan kalah. Kita sepatutnya
dapat menerima kekalahan sebagaimana kita menerima kemenangan. Kita tidak patut
mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung dan menyakiti hati mereka yang kalah.
Jika kalah, kita perlu mengawal kekecewaan dan mengucapkan tahniah kepada
pemenang.

Sebagai penonton, kita juga patut mengikuti acara sukan secara beretika.

Sikap saling menghormati antara pegawai, ahli sukan dan penonton patut diamalkan.
Melalui amalan ini, etika dan semangat kesukanan yang tinggi dapat diwujudkan dalam
arena sukan kita.

2.0.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi sukan

Ahli sukan perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi untuk mengekalkan pestasi yang
cemerlang. Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kita dalam sukan adalah seprti
menguasai teknik, mewujudkan persefahaman dan merancang strategi.
4
Menguasai teknik
 Menguasai teknik perlakuan yang betul amat
penting untuk meningkatkan kemahiran
permainan. Teknik perlakuan ini boleh dikuasi
melalui disiplin dan latihan yang sistematik.

Mewujudkan persefahaman
 Persefahaman yang baik antara pemain perlu
diwujudkan dalam pasukan. Sikap menghormati
kebolehan rakan dan bekerjasama yang tinggi
dapat meningkatkan mutu dan prestasi sukan

Merancang Strategi

RASUAH  Memberi tumpuan semasa latihan dapat


membantu kita melaksanakan rancangan yang
telah diatur dalam permainan. Merancang strategi
permainan dengan teratur dapat membantu kita
mencapai kejayaan.

2.0.5 Mengawal perasaan dalam sukan

Seseorang ahli sukan yang beretika dapat mengawal perasaan dan menerima keputusan
pertandingan dengan penuh semangat kesukanan.

Ahli sukan perlu member tumpuan terhadap maklum balas jurulatih. Nasihat dan kata-
kata peransang daripada jurulatih mampu mengekalkan semangat kesukanan ahli sukan.

5
Semangat kesukanan dan disiplin diri patut ada pada ahli sukan. Etika ini penting bagi
membolehkan ahli sukan mencapai prestasi cemerlang.

2.1 Perlakuan Tidak Beretika

Terdapat atlet dan penonton yang mempunyai sikap tidak beretika. Antara tindakan atlet
dan penonton yang tidak beretika termasuklah:
 Bergaduh ketika pertandingan
 Terlibat dengan rasuah dan perjudian dalam sukan
 Merosakkan kemudahan awam di tempat pertandingan
 Menimbulkan provokasi

Kita perlu mengatasi masalah ini dengan bijak. Pendidikan ialah pendekatan yang sesuai
digunakan untuk mengatasi masalah atlet dan penonton yang tidak beretika.

2.2 Cara Mengatasi Masalah Tidak Beretika

Atlet

 Program Motivasi
Setiap peserta perlu mengikuti program motivasi secara berkala atau sebelum
musim pertandingan. Penjelasan tentang peranan dan hala tuju penglibatan
mereka dalam biang sukan perlu diberikan.
 Mentor
Setiap atlet haruslah diberi peranan sebagai mentor kepada seseoang atlet atau
sesebuah pasukan junior sekolah, daerah atau negeri. Peranan ini dapat mendidik
atlet dengan sikap bertanggungjawab dan menjaga imej mereka sebagai role
model kepada atlet junior.

6
Penonton

 Mengedarkan risalah
Pihak penganjur bertanggungjawab menyediakan dan mengedarkan risalah
tentang etika dalam sukan kepada penonton ketika membeli tiket. Risalah ini
dapat memberikan maklumat tentang peranan mereka sebagai penonton.
 Menyediakan papan tanda
Pihak pengurusan perlu menyediakan papan tanda tentang etika sebagai penonton
di pintu-pintu masuk tempat pertandingan. Maklumat tersebut dapat menjadi
panduan kepada penonton supaya menjaga tingkah laku semasa menyaksikan
pertandingan.

3.0 ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Terdapat pelbagai isu kontroversi dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Sukan. Isu
tersebut termasuklah pengambilan ubat berlebihan, penyalahgunaan dadah, rasuah dan
perjudian. Isu ini perlu ditangani dengan baik untuk memberikan kesedaran kepada kita.

3.1 RASUAH DAN PERJUDIAN DALAM SUKAN

Sukan telah menjadi satu kerjaya dan industri yang menguntungkan masa ini. Atlet,
jurulatih dan penganjur sukan memperoleh pendapatan yang tinggi dan ganjaran yang
lumayan bagi setiap kejayaan yang dicapai.

Namun, terdapat segelintir individu mengambil kesempatan bertaruh bagi menentukan


pemenang dan jumlah jaringan yang akan dihasilkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pernah melahirkan rasa kecewa
dengan tindakan segelintir pemain bola sepak tempatan dan 'bookie' yang mengamalkan
rasuah dalam sukan dan menganggap mereka sebagai individu tidak berintegriti, tidak
patriotik dan menggagalkan usaha kerajaan untuk memajukan sektor sukan negara.

7
Sepatutnya sukan menjadi platform untuk menyihatkan dan menyeimbangkan potensi
dan kekuatan jasmani, rohani, emosi dan intelek seseorang. Begitu juga apabila seseorang
ahli sukan masuk ke gelanggang atau padang, pelbagai unsur positif dibawa bersama
dalam dirinya seperti semangat perjuangan, semangat berpasukan, bermain mengikut
peraturan, berdisiplin, tidak mudah patah semangat serta bermotivasi.

Semua unsur positif itu luntur apabila rasuah menjadi objektif utama. Rasional diri hilang
begitu mudah apabila dijanjikan habuan lumayan oleh 'bookie'. Akibatnya, usaha
terancang dilaksanakan untuk memenuhi kehendak perasuah seperti kualiti permainan
sengaja direndahkan, sambil lewa dan membelakangkan aspirasi semangat berpasukan.

Sia-sia pelaburan wang, pembangunan kemudahan fizikal, tenaga dan pemikiran yang
dilaksanakan oleh persatuan sukan dan kerajaan. Bagi penonton dan penyokong pasukan
pula, ini adalah sandiwara yang tidak mereka sedari. Semangat penyokong untuk datang
ke gelanggang perlawanan bagi memberikan sokongan moral seperti 'susu dibalas dengan
tuba.' Mereka tertipu dengan gelagat pemain yang 'dibeli' dan tidak menunjukkan prestasi
sebenar di padang.

Terdapat beberapa contoh rasuah dan perjudian dalam sukan dan permainan termasuklah:

 Bertaruh keputusan pertandingan

Menjelang sesuatu pertandingan, peminat-peminat sukan akan bertaruh ke atas


keputusan pertandingan dan jumlah jaringan yang akan dihasilkan. Perbuatan ini
merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan melanggar etika sukan.

 Menentukan dan mengatur keputusan pertandingan

Sebelum sesuatu pertandingan dilangsungkan, keputusan bagi pertandingan


tersebut telah ditentukan terlebih dahulu. Sogokan akan diberikan kepada atlet
atau pegawai pasukan bagi mengatur keputusan pertandingan. Selain itu, mereka
juga disogok supaya memastikan pasukan mereka tewas. Kekalahan pasukan
tersebut pastinya tidak akan dijangka oleh peminat sukan. Mereka yang terlibat

8
dengan gejala negatif ini menggunakan pelbagai bentuk rasuah dalam
pertandingan sukan dan permainan. Antaranya seperti berikut:

3.1.1 Kesan Rasuah dan Perjudian

Rasuah dan perjudian memberikan kesan yang negatif kepada atlet dan kemajuan sukan
negara. Antara contoh keburukan rasuah dan perjudian dalam sukan dan permainan
termasuklah:

 Mencemarkan imej sukan negara

Isu rasuah dan perjudian dalam sukan yang tersebar melalui media massa akan
menyebabkan imej sukan negara tercemar.

 Mutu sukan merosot

Tindakan menerima rasuah menyebabkan atlet tidak mempamerkan prestasi yang


sebenar. Sekiranya sikap ini berterusan, prestasi atlet tersebut akan menurun dan
akan menjejaskan mutu sukan negara.
9
 Kepercayaan peminat sukan terjejas

Peminat-peminat sukan berasa tertipu dengan setiap keputusan pertandingan.


Mereka tidak akan menyokong atlet atau pasukan yang terlibat dengan rasuah dan
perjudian.

 Menjejaskan hubungan dalam pasukan

Atlet yang terlibat dengan rasuah dan perjudian akan disisih oleh rakan-rakan
sepasukan yang lain. Rakan-rakan sepasukan akan berasa kecewa dan
menyebabkan prestasi pasukan akan merosot.

3.1.2 Cara-cara Mengatasi Rasuah dan Perjudian

Jika terbukti ada ahli sukan terbabit rasuah, tindakan tegas perlu diambil dengan segera
termasuk mengheret mereka ini ke muka pengadilan. Mereka perlu diberi pengajaran
setimpal dengan kerakusan membaham hasil rasuah demi menjaga kesucian dunia
kesukanan.

Biar kesilapan mereka menjadi pengajaran kepada pihak lain yang mungkin sedang
menimbang tawaran lumayan daripada 'bookie' agar melupakan terus niat jahat mereka.
Jangan nanti sudah terhantuk baru terngadah. Tindakan proaktif perlu dilaksanakan
semua pihak. Pendidikan mengenai kesan negatif amalan rasuah perlu diberikan secara
serius kepada semua ahli sukan dan pentadbiran persatuan sukan. Matlamat dan aspirasi
sebenar yang harus dimiliki apabila menyertai dunia sukan harus disuburkan di kalangan
ahli sukan secara berterusan. Buka platform yang luas untuk ahli sukan untuk mengadu
sebarang usaha pihak luar yang cuba memancing mereka terjebak dengan gejala rasuah.

Kepada ahli sukan, fikirkanlah mudarat dan bahaya rasuah dalam konteks moral dan
agama. Tidak ada agama dalam dunia ini yang menghalalkan rasuah.

Kesedaran daripada setiap individu diperlukan untuk mengatasi rasuah dan perjudian.
Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.

10
 Menghayati dan mengamalkan Rukun Negara

Mereka yang terlibat dengan sukan perlu menghayati dan mengamalkan prinsip
Rukun Negara. Amalan ini akan memberikan kesedaran kepada mereka tentang
tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara

 Memberikan penerangan tentang gejala rasuah dan perjudian

Media massa berperanan menerangkan kesan rasuah dan perjudian. Peminat-


peminat sukan akan menyedari kesan negatif gejala rasuah dan perjudian terhadap
mutu dan imej sukan negara.

 Penglibatan dalam ceramah agama dan kursus motivasi


Mereka yang terlibat dengan sukan perlu mengikuti ceramah agama dan kursus
motivasi. Usaha ini akan dapat meningkatkan kesedaran, keinsafan dan semangat
kerja berpasukan. Di samping itu, mereka juga perlu diberi insentif agar dapat
menaikkan semangat mereka.

 Peranan Kelab Penyokong


Kelab-kelab penyokong berperanan menganjurkan kempen anti rasuah dan
perjudian bagi ahli-ahlinya dan peminat sukan. Kempen ini berperanan menyeru
peminat sukan membenci dan membanteras gejala rasuah dan perjudian.

11
3.2 KEGANASAN DALAM SUKAN

Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada keganasan dan kecederaan. Kecederaan


semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan
tersebut. Walau bagaimanapun kecederaan adalah biasa semasa bersukan.

3.2.1 Sebab-sebab berlaku kecederaan semasa bersukan


 Pertembungan di antara satu sama lain
 Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan
 Jatuh
 Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan

3.2.2 Jenis-jenis kecederaan

 Luka-luka
 Hentakan
 Terkehel/tergeliat
 Ketegangan
 Terseliuh
 Patah tulang

3.2.3 Kecederaan yang jarang berlaku


 Kapsul sendi koyak
 Konklusi otak akibat hantukkan
 Kecederaan dalam abdomen
 Patah/terseliuh pada tulang dan sendi – sendi

3.2.4 Perbezaan antara terseliuh dan ketegangan

Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen, manakala ketegangan


merujuk kepada ketegangan di otot.

12
Kekoyakan otot adalah satu bentuk ketegangan.

3.2.5 Tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan

 Sakit - di tempat yang cedera


 Bengkak - di tempat yang cedera
 Lebam - kebiruan di tempat kecederaan
 Kecacatan struktur - contoh : kecacatan di tempat kecederaan ( seperti terseliuh
dan patah)
 Kecederaan fungsi - contoh: bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi seperti
biasa. (seperti patah,beralih daripada tempat asal dan kekoyakan pada sendi)
 Sakit kepala - dalam kes kena pukul atau kecederaan otak akibat hantukkan
 Pening - terjadi semasa kecederaan otak
 Loya dan muntah - biasa berlaku berikutan kecederaan otak

Adalah diingatkan mungkin terdapat satu atau lebih tanda dan gejala sekiranya mendapat
kecederaan semasa bersukan.

3.2.6 Perkara yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan

Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walau
bagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan
bahaya. Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang
professional.

13
Prinsip asas ialah RICE.

R - 'R' Untuk 'Rest' bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan
bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam
kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut
bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.

I - 'I' Untuk 'Ice'. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian
yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini
boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh
mengurangkan rasa sakit.

C - 'C' Untuk 'Compression'. bermaksud memberikan tekanan. Balut


bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi
mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin
kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan.
Jangan balut terlalu ketat.

E - 'E' Untuk 'Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian


yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu
mengurangkan bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat
ampuan sekerap mungkin.

3.2.7 Cara menggunakan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa


bersukan

Masukkan ketulan ais ke dalam beg plastik atau beg ais dan tekap bahagian yang
tercedera. Beg plastik mudah mengikut bentuk kebanyakan sendi-sendi. Ini dipanggil
Cold Compression.

Untuk mengelakkan kulit melecur, sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa di
bahagian terlibat sebelum meletakkan ais.

14
Jika berada di rumah, bagi kecederaan kecil, gunakan air bagi menggantikan ketulan air.

 Lakukan Cold Compression


selama 10 - 15 minit setiap
3 jam pertama
setengah jam
 Lakukan Cold Compression
sebanyak 4 - 5 kali sehari
48 jam yang berikut
selama 15 - 20 minit

 Kompresi panas mungkin boleh


Selepas 48 jam digunakan

Peringatan: Mesti dapatkan khidmat rawatan perubatan jika terdapat

 Tanda-tanda seperti kesakitan, bengkak dan kebiruan menjadi lebih teruk selepas
24 jam
 Dapatkan rawatan perubatan untuk mengesan bahagian yang patah dan terseliuh
 Kecacatan struktur yang jelas
 Sakit semasa tidur
 Tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa
 Sakit kepala, pening, loya atau muntah di mana ianya semakin serius/teruk.
Dapatkan rawatan segera di hospital

3.2.8 Cara mencegah kecederaan semasa bersukan

Langkah-langkah yang penting ialah:

 Gunakan peralatan yang sesuai mengikut


saiz dan berpadanan dengan jenis sukan
seperti topi keledar untuk menunggang,
meluncur atau menggunakan papan
luncur

15
 Gunakan alat pelindung yang lengkap semasa pertandingan dan latihan.
Digalakkan menggunakan alat pelindung mata (goggle) ketika di padang atau
gelanggang. Alat pelindung mulut juga perlu digunakan untuk melindungi mulut,
gigi, lidah semasa aktiviti sukan seperti hoki, bola keranjang dan sukan tinju
 Guna alat pelindung untuk pergelangan tangan, siku dan lutut semasa aktiviti
sukan meluncur skateboard atau in-line skate
 Gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan tersadung dan terjatuh
 Sentiasa memanaskan badan dahulu sebelum bersukan
 Elakkan diri dari bersukan sekiranya anda baru pulih dari kecederaan atau
selesema
 Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan, di mana ia boleh melindungi anda
dari kecederaan
 Gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih anda

16
3.3 PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN

Maksud Drug

Drug adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil,
akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada
badan, drug ini disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini membawa keburukan
kepada badan, ianya disebut sebagai racun.

Maksud 'doping'

'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan
prestasi sukan oleh atlit.

'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu
penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang.

Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk


menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.

3.3.1 Ubat dan dadah dalam sukan

Dadah menguatkan prestasi atau dikenali dalam bahasa Inggeris Performance-Enhancing


Drugs. Ia digunakan oleh atlet semata-mata untuk memberi kelebihan ketika bertanding
dalam sesuatu acara sukan. Dadah-dadah ini memberi kesan pada tubuh badan dengan
cara berbeza seperti dapat membesarkan otot-otot atau meningkatkan kapasiti aliran
oksigen darah. Walau apa pun anggapan kelebihan mengambil dadah, penggunaan dadah
terlarang dianggap tidak beretika dan berbahaya dari segi perubatan.

Penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan prestasi ketika bertanding bukanlah satu


fenomena baru. Beribu-ribu tahun lalu telah ada cerita tentang atlet mengambil dadah
untuk kepentingan mereka di Sukan Olimpik kuno dan acara lain. Para atlet di
penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 juga telah mengambil kesempatan
menggunakan kafein dan strychnine. Tiga tahun selepas pelumba basikal Belanda mati

17
kerana mengambil dadah di Sukan Olimpik 1960, barulah Jawatankuasa Olimpik
Antarabangsa (IOC) mengeluarkan senarai dadah yang dilarang.

Walaupun telah terbukti sahih akan kesan dadah memperkuat prestasi dari segi kesihatan,
pembangunan dan penggunaan bahan-bahan tersebut terus meningkat. Teknologi
perubatan yang sofistikated beberapa abad kebelakangan ini telah menghasilkan pelbagai
jenis dadah baru dan peraturan-peraturan yang membolehkan para atlet menggunakannya.

Permintaan bahan-bahan ini terus meningkat dari semasa ke semasa disebabkan habuan
insentif ke atas kecemerlangan sukan. Atlet berlatih bertahun-tahun bagi mengejar
kejayaan dan menghasilkan rekod kejohanan. Para atlet amatur terbaik akan menerima
biasiswa universiti atau kolej sebagai ganjaran hasil dari pencapaian yang telah
ditunjukkan. Ahli sukan profesional terkemuka dalam banyak jenis sukan pula
memperoleh pendapatan berjuta-juta ringgit, wang hadiah dan endorsement komersial.
Ada di kalangan atlet mengambil dadah kerana khuatir tertinggal di belakang atlet lain.

Banyak kajian menunjukkan ramai atlet tidak mempedulikan risiko kesihatan yang akan
dihadapi sekiranya mereka mampu mendapatkan kelebihan dengan cara tidak tulen. Oleh
yang demikian, isu ini telah menjadi masalah yang paling serius dalam dunia sukan hari
ini.

3.3.2 Isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan

 Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja


menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada
ahli-ahli sukan tahun demi tahun.
 Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk
mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang
boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit.
 Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif
mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang. Mereka juga akan
merana akibat kesan drug samada secara jangka pendek dan panjang.

18
3.3.3 Sejarah penggunaan dadah dalam sukan

Penggunaan dadah terbukti dalam sejarah sukan:

Perlawanan awal

Sejak 800BC hadiah menarik, profesionalisme and komersialisme di Greek pada


zaman purba, saingan di antara para atlet menyebabkan mereka mengambil
bahan-bahan yang boleh meningkatkan prestasi seperti ekstrak cendawan, benih
tumbuhan dan protein haiwan.
Penggunaan dadah telah merebak sehingga membawa kepada penamatan Sukan
Olimpik zaman purba.

Zaman Roman – status sukan dan kedudukan atlet terus meningkat

Penggunaan drug juga tercatat di zaman ini


Pelumba kuda perang memberi ramuan yang kuat kepada kuda agar dapat berlari
dengan lebih pantas
Gladiator juga diberi drug supaya perlawanan mereka menjadi lebih hebat

Sukan pada awal abad ke-19

Selepas suatu penamatan yang singkat sejak 396 AD, sukan muncul semula pada
abad ke-19 di kawasan luar bandar di England dan seterusnya menular ke seluruh
dunia.
Aktiviti rekreasi yang tidak teratur – aktiviti bercorak kasual dan perkauman di
sesebuah kawasan
Kemunculan industrialisasi dan urbanisasi menukar corak permainan dan sukan di
kawasan luar bandar.

Sukan pada abad ke-20

Aktiviti sukan telah berkembang sehingga menjadi suatu “perniagaan besar” yang
merupakan sumber hiburan, pendapatan dan pekerjaan di seluruh dunia

19
Sukan telah menjadi suatu institusi sosial yang penting dan kejayaan dalam sukan
mempunyai nilai yang tinggi
Tekanan pada ahli sukan untuk bukan sahaja berjaya tetapi menjadi atlet yang
terbaik
Menyumbang kepada peningkatan pengambilan drug dan kematian berkaitan drug
di kalangan atlet

3.3.4 Sebab sesetengah bahan dan kaedah diharamkan

Alasan diharamkan melibatkan beberapa isu:

 Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap
kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.
 Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang
diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa.
 Undang-Undang - Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya
adalah dilarang dalam sukan.

3.3.5 Polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di malaysia

Strategi yang diambil bertujuan untuk :

 Pencegahan
 Pembasmian :
o Salah laku dan penyalahgunaan dadah
o Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah doping
 Memantau :
o Ujian doping di luar pertandingan
o Parameter latihan dan tahap keupayaan

20
3.3.6 Langkah berjaga-jaga

Sebelum mengambil sebarang ubat, atlit perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada
doktor, pegawai sukan bertauliah dan pegawai pusat doping, jika ingin menyertai acara
sukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Ini adalah kerana terdapat banyak ubat
yang boleh membawa kesan terhadap tahap keupayaan atlit. (Senarai komprehensif bahan
yang dilarang boleh didapati daripada 'Prohibited List International Standard' pada tahun
2005 atau dengan melayari http://www.wada-ama.org/.

3.3.7 Bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dilarang

Senarai bahan-bahan dan kaedah doping yang dilarang. Penggunaannya merupakan satu
penipuan. Berikut adalah jenis dadah dan kesan penggunaannya:

Jenis dan deskripsi Kesan-kesan sampingan


Agen Anabolik  

 Steroid anabolik androgenik adalah  Botak


merupakan hormon sintetik testosteron.
 Jerawat
 Agen ini sering didapati dari pasaran
 Penambahan bulu di muka dan badan
gelap/haram di gimnasium dan kelab
kecergasan kerana untuk mendapatkannya
 Kerosakan hati
perlu mempunyai preskripsi doktor.
 Bagi lelaki ciri-ciri perempuan lebih terserlah
 Contoh:
dan sebaliknya.
o Danazol (digunakan untuk
mengurangkan bengkak di  Perubahan 'mood'
bahagian dada bagi lelaki)
 Potensi untuk menyebabkan mandul
o Clenbuterol (agonis beta-2 yang
digunakan meningkatkan
 Kebanyakan steroid anabolik perlu disuntik,
tumbesaran haiwan).
oleh itu pengguna terdedah kepada bahaya

21
perkongsian jarum atau jarum yang tidak
steril

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan


Agonis Beta-2  

 Agonis beta-2 sering didapati pada ubat-  Tangan mengeletar


ubatan asma
 Pening
 Hanya Salbutamol, Salmeterol dan
 Berdebar-debar
Terbutaline dalam bentuk sedutan
dibenarkan untuk rawatan dan pencegahan
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan
serangan asma
Agen yang mempunyai aktiviti anti-estrogen  

 Agen ini digunakan secara haram, untuk  Muka merah dan panas
mencegah kesan sampingan yang
 Perut tidak selesa
disebabkan oleh steriod anabolik, seperti
pembesaran payudara.
 Bengkak

 Contoh:
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan
o Tamoksifen (digunakan dalam
rawatan kanser payudara dan
kemandulan)

o Clomifen (untuk kemandulan)


Diuretik dan agen 'samaran'  

 Agen samaran berpotensi melindung  Dahaga


kehadiran bahan terlarang di dalam air
 Penyahhidrat
kencing atau sampel lain. Contohnya:
diuretik, probenesid dan pengembang
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan
plasma

22
 Atlit selalunya menggunakan ubat diuretik
untuk mengurangkan berat badan atau
menyingkirkan steroid anabolik daripada
badan

 Contoh diuretik (ubat yang digunakan


untuk menyingkirkan cecair badan) ialah
furosemida dan amilorida

 Contoh pengembang plasma adalah


dekstran dan albumin
Analog peptid dan hormon glikoprotin  

 Hormon ini bertindak dengan merangsang  Hormon tumbesaran digunakan untuk


pertumbuhan, mempengaruhi kelakuan, meningkatkan saiz dan kekuatan otot. Kesan
mengubah kesan sensitiviti terhadap sampingannya termasuklah:
kesakitan dan kemahuan seks. o Akromegali - pembesaran tangan, kaki
dan muka.
 Bahan kimia yang mempunyai struktur
o Masalah otot dan sendi menyebabkan
yang sama dengan hormon ini (atau
kesukaran menjalankan latihan
analog) akan memberi kesan yang sama.
 Diabetis (kencing manis)
 Bahan-bahan yang terkandung dalam
kumpulan ini adalah eritropoietin (EPO),  Eritropoietin merangsang pembentukan sel
hormon tumbesaran manusia, hormon darah merah
korionik gonadotrofin (HCG) dan
kortikotrofin. o Ini akan menyebabkan peningkatan
kelikatan darah dan boleh
menyebabkan masalah peredaran
darah (angin ahmar, serangan
jantung).
Ubat perangsang .
 Kesan sampingan termasuk

23
 Kumpulan ini termasuklah o Meningkatkan kadar denyutan jantung
o Amfetamin o Menjejas kebolehan badan untuk
o Kafein (dalam kuantiti yang mengawal suhu badan.
banyak).
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan
o beberapa kandungan aktif ramuan
ubat selesema dan ubat demam
seperti pseudoephedrin.
Analgesik Narkotik.  

 Ini merupakan penahan sakit yang kuat  Narkotik mempunyai potensi ketagihan.
dan kebanyakannya mengandungi bahan
yang terlarang
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan
bukan sahaja untuk sukan.

 Atlit cenderung menggunakan ubat-ubat


sedemikian untuk menahan sakit daripada
latihan intensif.

 Contoh: kodein dan morfin.

3.3.8 Kaedah-kaedah yang dilarang

 Menambahkan pertukaran oksigen


o Doping darah dan penggunaan produk-produk sintetik yang boleh
meningkatkan pengambilan dan penghantaran oksigen keseluruh tubuh.
 Manipulasi Fizikal dan Bahan Kimia
o Mengubah, atau cubaan mengubah dengan menggunakan bahan-bahan
atau kaedah-kaedah yang mengubah ciri-ciri sampel untuk ujian doping.
 Doping Genetik
o Penggunaan gen dan/atau sel-sel bagi tujuan meningkatkan prestasi.

24
4.0 PENUTUP

Bidang sukan tidak pernah lari dari masalah penggunaan dadah, perjudian dan keganasan.
Perkara ini bukanlah baru tetapi masalah ini telah menghantui sejak dari dulu lagi.
Sebagai seorang manusia yang terlibat dalam bidang sukan, malah sebagai penonton atau

25
penyokong sekalipun, kita seharusnya mematuhi etika kesukanan yang secara terang-
terangan melarang daripada melakukan perkara tersebut.

Etika sukan telah menetapkan peraturan-peraturan untuk para atlet dan penonton. Jika
para atlet, jurulatih, pengawai kejohanan, pengurus sukan dan penonton mematuhi etika
ini, semestinya isu-isu ini tidak timbul.

Bidang sukan mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan terutama dalam menyihatkan
tubuh badan dan fizikal kita. Oleh itu, kita tidah boleh mencemari bidang sukan ini
dengan melakukan perkara-perkara yang melanggar etika kesukanan.

Penggunaan dadah memang tidak membawa faedah kepada para atlet dan sebaliknya
membawa kesan yang amat buruk terhadap kesihatan tubuh badan. Para atlet yang
mencapai kemenangan dan kejayaan tanpa penggunaan dadah terlarang ini harus menjadi
kebanggaan dan dihormati oleh masyarakat dan negara.

Rasuah dan perjudian juga amat buruk kerana ia boleh menjejaskan mutu dan nama baik
negara. Prestasi sebenar atlet tidak dapat ditonjolkan malah bidang sukan akan dipandang
serong dan hina oleh penonton dan penyokong.

5.0 BIBLIOGRAFI

SUMBER BUKU

26
Borhanudin bin Abdullah, Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Sekolah
Kebangsaan Buku Teks KBSR Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 2007.

Dzulkifli bin Ismail, Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Sekolah Kebangsaan


Buku Teks KBSR Tahun 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2007.

SUMBER INTERNET
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/remaja_content.jsp?
lang=remaja&sub=0&bhs=may&storyid=1154958258701#1_1

http://interaktif.kbs.gov.my/pps/tips.php

http://www.usm.my/drug/presentation/Drug%20dan%20Sukan.pps#271,15,Slide
15

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?
y=2008&dt=0803&pub=utusan_malaysia&sec=sukan&pg=su_03.htm&arc=hive

http://kneeziea.blogs.friendster.com/falsehood_and_truth_about/2008/04/rasuah_l
agi.html

http://hamirdin.blogspot.com/2008/05/kelesuan-prestasi-sukan-negara.html

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/remaja_content.jsp?
lang=remaja&storymaster=0&storyid=1186637768568&substoryid=1130315964
255

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?
y=2008&dt=0803&pub=utusan_malaysia&sec=sukan&pg=su_03.htm&arc=hive

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2008&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Akademi&pg=ak_03.htm

http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_cb2ddc56-
c0a85062-14d4bcb0-d3f95c87

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?
y=2007&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2008&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm

27
http://www1.bharian.com.my/Misc/EPG/Khamis/Mukadepan/20070719181131/A
rticleMukaDepan/

http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?
pr=olimpik_beijing&y=2008&dt=0818&pub=olimpik_beijing&sec=Berita&pg=o
l_08.htm

http://202.190.126.84/utusan/SpecialCoverage/Sydney2000/index.asp?
dt=20000921&sec=Hello_Sydney&pg=he_04.htm

http://interaktif.kbs.gov.my/pps/tips.php

28

You might also like