You are on page 1of 3

Teori Albert Bandura

Sosial-Kognitif

Albert Bandura merupakan seorang tokoh psikologi yang menyokong pendapat

Skinner bahawa tingkah laku adalah dipelajari. Namun demikian, beliau mengkritik teori

Skinner kerana menjalankan uji kaji terhadap seekor tikus dan bukan ke atas manusia

sendiri. Pendekatan yang digunakan oleh Albert Bandura dikenali sebagai observational

learning atau pun pembelajaran melalui pemerhatian ke atas tingkah laku orang lain.

Bandura percaya proses pemikiran boleh mempengaruhi pembelajaran melalui

pemerhatian dan teori Bandura juga dikenali sebagai Teori Sosial-Kognitif. Dari sudut

efikasi diri pula, Bandura percaya bahawa kita boleh mengawal perbuatan dengan menilai

labih awal atau membayangkan akibat dan kesannya walaupun kita balum

mengalaminya. Sebagai contoh, seorang pelajar terpaksa belajar dengan lebih tekun

untuk memperolahi kejayaan dalam peperiksaan. Hal ini kerana, sekiranya pelajar

tersebut tidak belajar dia akan memperolehi kegagalan.

Teori ini adalah kurang ekstrim dari sudt tingkah laku jika dibandingkan dengan

teori Skinner. Albert bandura banyak memberi penekanan kepada peranan proses

pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain sebagai satu proses pembelajaran yang

melibatkan proses kognitif. Kajian Bandura lebih tertumpu kepada manusia dalam

konteks hubungan sosial daripada menggunakan tikus yang hanya dikurung di dalam

sangkar.

1
Prinsip Peniruan

Peniruan atau lebih dikenali sebagai modeling ialah satu teknik modifikasi

tingkah laku yang melibatkan pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain yang

dinamakan model dan meniru perbuatan tersebut. Albert Bandura telah menjalankan satu

kajian dimana beberapa orang kanak-kanak prasekolah telah ditunjukkan satu tingkah

laku daripada orang dewasa yang memukul patung yang digelar Bobo. Setelah itu, kanak-

kanak tersebut dibiarkan seketika dengan patung tadi, mereka telah memukul patung

tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh orang dewasa tadi dan kadar tingkah laku

agresif antara orang dewasa dan kanak-kanak adalah sama.

Bandura percaya kebanyakan tingkah laku yang dilakukan oleh seseorang

individu sama ada baik atau buruk, normal atau tidak normal adalah dipelajari daripada

tingkah laku orang lain dengan menirunya. Daripada bayi sehinggalah dewasa, bermula

dengan ibubapa sebagai model, manusia belajar bahasa dan pergaulan dengan cara yang

diterima pakai oleh sesuatu masyarakat. Seseorang individu yang mempunyai tingkah

laku negatif dan terpesong daripada norma masyarakat seperti merompak, membunuh

dan sebagainya telah mempelajari tingkah laku tersebut seperti mana orang lain.

Perbezannya adalah mereka telah meniru nilai tingkah laku yang tidak diterima pakai

dalam masyarakat. Banyak contoh tingkah laku yang tidak baik ditunjukkan melalui

media elektronik dan juga media cetak yang telah dijadikan tingkah laku sesetengah

individu walaupun pada hakikatnya ia hanya semata-mata lakonan dan juga hiburan.

2
Peneguhan Kendiri

Melalui pendekatan Bandura, kendiri bukan satu agen dalaman yang dapat

menentukan sesuatu tingkah laku tetapi ia merupakan satu proses dan juga struktur

kognitif yang melibatkan pemikiran dan persepsi seseorang individu. Kita selalunya

meletakkan standard tertentu bagi sesuatu tingkah laku dan pencapaian dan ganjaran atau

hukuman kerana berjaya atau sebaliknya dalam mencapai standarad yang diletakkan.

Peneguhan kendiri mungkin dalam bentuk yang boleh dilihat seperti makanan, rumah,

kereta baru atau pun ia mungkin dalam bentuk perasaan seperti kepuasan dan juga

kebanggaan. Pengalaman yang lepas boleh menjadi rujukan kepada kita dalam menilai

perkara yang berlaku dan menjadi insentif untuk peningkatan pada masa depan.

Apabila kita telah mencapai tahap pencapaian tertentu, ia tidak akan lagi

mencabar, memotivasi dan memberi kepuasan. Oleh itu, kita akan meletakkan tahap

standard yang lebih tinggi. Kegagalan untuk mencapainya kemungkinan akan

memperuntukkan kita untuk menurunkan tahap yang lebih tinggi ke tahap yang lebih

feslistik. Tahap standard boleh dipelajari daripada tingkahlaku model, contohnya

ibubapadan juga orang-orang yang berada disekeliling kita. Apabila kita berjaya

menyesuaikan diri dengan standard model tersebut, kita telah memulakan suatu proses

yang berpanjangan dalam membandingkan antara tingkah laku kita dangan standard

tersebut.

You might also like