You are on page 1of 8

BAB 4

PENUTUP

4.1 KESIMPULAN

Islam memperuntukkan jalan bagaimana sesebuah perkahwinan itu perlu ditadbir agar

keharmonian hidup berkeluarga dapat dipelihara. Namun begitu, apabila rumah tangga

sudah tidak aman lagi, bahkan gagal menepati objektif dan fungsi perkahwinan, maka

Islam membenarkan agar ikatan tersebut ditamatkan. Pada dasarnya perpisahan dan

penceraian bukanlah pilihan yang disukai dalam Islam tetapi demi kebaikan semua

pihak, ada ketikanya ia diharuskan. Menepati dengan sabda Nabi Muhammad dalam

hadisnya iaitu:

Rasulullah SAW bersabda:

‫ض احْلَاَل ِل إِىَل‬ ِ َ‫عن اب ِن عمَرعن النَّيِب ص لَّى اللَّه عل‬


َ ‫يْه َو َس لَّ َم‬
ُ َ‫ أ َْبغ‬:‫قَال‬ َُ َ ِّ ْ َ َ ُ ْ ْ َ
88
‫اللَّ ِه َت َعاىَل الطَّاَل ُق‬
Maksudnya:
Daripada Ibn Umar bahawasanya Nabi s.a.w bersabda:
“Sebenci-benci perkara yang halal di sisi Allah adalah al-
talak.”

(Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

88
Sunan Abi Daud. Bab al-Karahiyat al-Talaq. Al-Juzu’6. No. Hadis 1863. Hlm. 91.
73

Penceraian secara talak adalah jalan terbaik yang dianjurkan iaitu suami dan isteri

berpisah secara makruf dan suami melafazkan talak secara baik. Namun begitu, dalam

beberapa keadaan terutama apabila talak secara baik tidak dapat diperolehi, Islam

memberikan beberapa jalan untuk mencari keadilan dan keluar daripada ikatan

perkahwinan dengan menggunakan kuasa mahkamah. Ini boleh berlaku dalam banyak

keadaan contohnya apabila suami enggan menceraikan isteri atau suami menghilangkan

diri ataupun apa-apa sebab lain yang wajar pada pandangan Syarak. Keharusan ini

sebenarnya bertujuan untuk menjaga kebajikan semua pihak khususnya kaum wanita

daripada dizalimi dan berada dalam penderitaan hasil daripada hubungan perkahwinan

yang tidak bahagia. Perkara yang diputuskan oleh mahkamah ialah dengan pembubaran

perkahwinan secara fasakh.

Fasakh mempunyai pelbagai takrifan dan konsep yang digunakan dalam

mensabitkannya dengan hukum syarak. Telah diterangkan fasakh dari sudut bahasa dan

istilahnya dan konsep penggunaan konsep fasakh dalam pembubaran perkahwinan.

Pelbagai pandangan ulama diketengahkan dalam pensabitan pembubaran perkahwinan

secara fasakh. Pandangan-pandangan melalui mazhab dapat mengenalpasti lagi cara

serta penggunaan konsep fasakh mengikut mazhab masing-masing. Jika diteliti, pelbagai

alasan-alasan yang digunakan dalam membolehkan pensabitan hukum fasakh terhadap

perkahwinan tersebut. Alasan-alasan ini kebanyakannya digunakan oleh si isteri dalam

membuktikan serta membolehkan perkahwinan itu difasakhkan.


74

Secara umumnya kita dapat rumuskan bahawa sememangnya terdapat perbezaan

pendapat dalam kalangan fuqaha tentang alasan-alasan fasakh tersebut. Ada yang tidak

bersetuju dengan satu alasan tetapi bersetuju denagn alasan yang lain beserta hujah

masing-masing. Begitu juga ada yang mengatakan penceraian kerana sesuatu alasan

adalah fasakh dan ada yang mengatakan ianya adalah talak akan tetapi apa yang paling

penting ialah berdasarkan prinsip keadilan Islam, sekiranya ada isteri yang terlibat

dengan salah satu faktor tersebut, maka beliau berhak mengajukan permasalahannya

kepada pihak berwajib untuk mencari penyelesaiannya sama ada memohon perkahwinan

dibubarkan ataupun sebaliknya. Konsep pembubaran perkahwinan secara fasakh ini

dipraktikkan disetiap negeri-negeri di Malaysia dengan peruntukan untuk setiap negeri

masing-masing.

Latihan ilmiah ini menumpukan kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam

(Negeri Pulau Pinang) 2004. Peruntukan ini digunakan kerana kajian ini dilakukan di

Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Peruntukan di dalam

enakmen ini diambil daripada pelbagai pendapat mazhab dan juga ijtihad oleh para

fuqaha dan penggubal baru untuk tujuan kemaslahatan ummah. Peruntukan yang

terbuka dengan menerima pakai pelbagai pendapat mazhab juga dilihat sebagai satu

langkah penting dan positif kerana apa yang menjadi keutamaan adalah mengambil kira

pendapat yang lebih hampir kepada keadilan. Bahkan apa yang ingin dicapai dalam

urusan kekeluargaan ini adalah memberi hak kepada sesiapa yang berhak dan

menyelamatkan mana-mana pihak yang teraniaya dalam kehidupan yang menderita.


75

Kesemua tindakan ini bertujuan untuk melahirkan satu undang-undang yang terbaik dan

membawa kemaslahatan kepada semua pihak, sama ada kepada pihak isteri mahupun

pihak suami. Di dalam enekmen ini terdapat peruntukan yang berkaitan fasakh iaitu

berdasarkan seksyen 53. Terdapat pelbagai alasan-alasan yang telah diperuntukkan

dalam seksyen ini. Seksyen ini bukan sahaja melibatkan satu pihak sahaja tetapi

melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu suami dan isteri untuk menentukan pensabitan

pembubaran perkahwinan secara fasakh. Alasan-alasan yang terkandung dalam

enakmen ini semuanya menepati Hukum Syarak yang telah ditetapkan. Seseorang itu

boleh mengemukakan alasan-alasan yang terkandung dalamnya serta mesti

membuktikannya agar penghakiman yang dilakukan dapat berjalan lancar dan dihakimi

dengan adil. Jika seseorang itu mengemukakan alasan-alasan yang terdapat di dalam

seksyen ini, maka ianya perlu mengemukakan pelbagai bukti-bukti bagi mengukuhkan

segala keterangnnya. Ini dibuktikan dalam setiap contoh kes-kes yang terdapat dalam

kajian ilmaiah ini. Setiap kes-kes tersebut melalui proses yang lama bagi membuktikan

kesemua alasan-alsan yang dikemukakan untuk pensabitan fasakh. Didapati bahawa,

setiap kes yang dikemukakan mengambil masa yang lama serta memerlukan

kesungguhan dalam menguatkan segala kenyataan yang dibuat semasa perbicaraan.

Kes-kes yang berkaitan fasakh di Mahkamah Syariah Bukit Mertajam ini kebanyakan

menagmbil masa untuk mensabitkan hukum serta kebanyakannya sabit fasakh bagi kes

yang dikemukakan. Penulis telah mengenal pasti pelbagai maslahah umum yang

digunakan dalam mensabitkan pembubaran perkahwinan secara fasakh. Maslahah


76

umum yang digunakan dalam penghakiman pembubaran perkahwinan secara fasakh

menepati ‘Maqasid Syariah’. Maslahah umum yang digunakan seperti ‘maslahah

daruriyyah’ iaitu keperluan asas, iainya meliputi ‘daruriyyah al-din’, ‘daruriyyah al-

nafs’, ‘daruriyyah al-aql’, ‘daruriyyah al-nasl’ dan ‘daruriyyah al-mal’. Maslahah lain

ialah ‘maslahah hajiyyah’ dan ‘maslahah tahsiniyyah’. Jika diteliti hampir kesemua

maslahah ini digunakan dalam penghakiman kes fasakh ini. Hakim banyak

menggunakan ‘maslahah daruriyyah’ dalam penghakimannya agar tiada pihak yang

teraniaya serta menjaga kebajikan pihak-pihak yang terbabit. ‘Maslahah daruriyyah’

digunakan menepati dengan hadis Rasulullah s.a.w iaitu:

Sabda Rasulullah s.a.w:

: ‫عن أىب سعيد اخلدرى رضى اهلل عنه أن النىب صلى اهلل عليه وسلم‬
89
.‫رر وال ِضرار‬
َ‫ض‬ َ َ‫ال‬
‫رواه ابن ماجه والدارقطن‬
:Maksudnya

“ Daripada Abi Said Al-Khuzri r.a bahawasanya Nabi s.a.w


bersabda : “Tidak memudaratkan dan tidak dimudaratkan.”

(Riwayat Ibn Majah dan al-Daraqtani)

Perkara ini adalah penting bagi memastikan segala penghakiman yang dijalankan adil

lagi saksama dengan bukti-bukti dan keterangan daripada pihak-pihak yang terbabit.

Perkara seterusnya dapat dilihat ialah statistik kes fasakh yang terdapat di Mahkamah

89
Sunan Ibn Majah. Bab man bana fi hakh’kihi ma yadhurru bi jarihi. Al-juzu’7. No. Hadis 2331. Hlm.
143.
77

Rendah Syariah Bukit Mertajam. Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan kes

diluluskan dengan sempurna serta ada juga kes yang ditangguhkan mahupun terus

dibatalkan. Berdasarkan statistik juga didapati banyak kes yang berbaki untuk setiap

bulan kerana pelbagai masalah serta proses perbicaraan yang mengambil masa yang

lama.

4.2 SARANAN

Penulis memberikan beberapa saranan untuk mengatasi masalah kes-kes yang berlarutan

dalam perbicaraan serta mengurangkan berlakunya permohonan Pembubaran

Perkahwinan secara fasakh di mahkamah. Antara saranannya ialah:

1. Pihak-pihak yang bertelagah iaitu suami isteri haruslah mencari penyelesaian

yang terbaik bagi menyelamatkan institusi keluarga itu jika wujud faktor-faktor

yang boleh membawa kepada Pembubaran Perkahwinan secara fasakh.

2. Pihak-pihak terbabit juga haruslah memikirkan tentang akibat yang akan berlaku

sekiranya mereka terus ingin memohon pembubaran perkahwinan secara fasakh.

Berfikir tentang kehidupan selepasnya serta anak-anak yang akan menjadi

mangsa akibat perlakuan ibu bapanya sendiri.


78

3. Sekirannya pihak-pihak perkahwinan yang terbabit memang tidak boleh

diselamatkan maka permohonan fasakh boleh dibuat tetapi haruslah memberi

kerjasama kepada pihak mahkamah agar proses perbicaraan berjalan lancar tanpa

masalah.

4. Pihak mahkamah juga haruslah menimbangkan segala bukti-bukti serta

kenyataan pihak-pihak terbabit dengan baik agar proses perbicaraan berjalan

lancar serta dapat mengurangkan kes-kes yang tertangguh.

5. Masa bagi proses perbicaraan dapat dikurangkan dengan persediaan daripada

pihak-pihak terbabit seperti datang pada setiap kali perbicaraan dijalankan serta

peguam bagi pihak-pihak terbabit mengemukakan fakta kes dengan cepat tanpa

melengahkan masa.

6. Peranan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) diperlukan dalam

mengadakan sesi penerangan berkenaan konsep pembubaran perkahwinan secara

fasakh ini kepada masyarakat. Penerangan ini juga penting terutamanya kepada

isteri sekiranya ianya dalam keadaan teraniaya. Perkara ini adalah inisiatif dalam

menyelamatkan dirinya serta mencegah daripada berlakunya kezaliman

terhadapnya. Dengan penerangan yang diberikan dapat membuka mata

masyarakat tentang konsep fasakh bagi menyelamatkan hubungan kekeluargaan

agar tidak hancur disebabkan hanya beberapa perkara kecil yang berlaku.
79

7. Penggunaan konsep maslahah dalam pengahakiman kes-kes pembubaran

perkahwinan secara fasakh haruslah dipraktikkan dengan lebih meluas agar

kebajikan pihak-pihak yang terbabit dapat dijaga dan tiada yang teraniaya.

8. Konsep maslahah dalam sesuatu penghakiman bukan sahaja boleh digunakan

dalam kes-kes yang berkaitan fasakh malah boleh digunakan dalam semua kes-

kes syarie berlaraskan Maqasid Syariah Islam.

Saranan ini diharapkan dapat mengurangkan penangguhan kes-kes fasakh serta

mengurangkan permohonan kes ini di Mahkamah sekiranya perlu sahaja baru

dibuat permohonan di Mahkamah.

You might also like