You are on page 1of 3

Pengasasan Melaka

Parameswara di Palembang

1. Melaka telah diasaskan oleh seorang putera raja yang berasal dari Pelembang Timur
Sumatera iaitu Parameswara. Beliau telah mengasaskan Melaka pada 1400
2. Palembang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Srivijaya
3. Palembang juga pernah menjadi negara di bawah kekuasaan Majapahit
4. Apabila kerajaan Majapahit mula berpecah, Parameswara telah mengambil kesempatan
untuk membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit
5. Usaha Parameswara gagal dan baginda terpaksa mencari perlindungan selepas diserang
Majapahit
6. Parameswara telah lari ke Temasik

Parameswara di Temasik

1. Setelah gagal membebaskan Palembang daripada cengkaman Majapahit, Parameswara


bersama pengikutnya yang terdiri daripada orang laut berundur ke Temasik (Singapura)
2. Pemerintah Temasik pada masa tersebut ialah Temagi, iaitu seorang wakil kerajaan Siam.
Beliau telah meyambut Parameswara dengan baik
3. Parameswara berpandangan bahawa Temasik boleh berkembang maju kerana
kedudukannya yang strategik
4. Temasik pernah menjadi naungan Srivijaya. Oleh itu, Parameswara telah menuntut hak
pertuanannya
5. Parameswara bertindak memunuh Temagi dan seterusnya menguasai Temasik selama
lima tahun. Baginda berusaha mengembalikan semula kegemilangan kerajaan Srivijaya
6. Siam akhirnya bertindak terhadap Parameswara dan baginda bersama-sama pengikutnya
terpaksa mencari perlindungan di Muar

Kedatangan Parameswara

1. Di Muar, Parameswara masih berasa tidak selamat untuk mendirikan kerajaan


2. Pada tahun 1400. Parameswara dan pengikutnya menuju ke utara melalui Sening Hujung
dan Bertam
3. Akhirnya mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penuh dengan pohon api-
api dan pokok bakau di persisiran pantai
4. Muara sungainya sangat dalam dan terlindung daripada tiupan angin monsun
5. Penduduk asal kampung tersebut terdiri daripada Orang Laut, Orang Melayu dan Orang
Asli. Pekerjaan utama mereka ialah nelayan
6. Parameswara akhirnya membuat keputusan untuk menetap di kampung tersebut dan
mendirikan kota kerana kedudukannya berhampiran laut
Asal-usul Nama Melaka

1. Sejarah Melayu

Pokok Melaka

I. Semasa berburu Parameswara melihat seekor pelanduk yang kecil menendang anjing
perburuan semasa beliau sedang berehat di bawah sepohon pokok

II. Keberanian pelanduk yang kecil tersebut menjadi ilham kepada beliau lalu
menamankan tempat tersebut Melaka dan berpendapat tempat tersebut sesuai untuk
dijadikan negeri
2. Istilah Arab

Mulaqah, Malakat

I. Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang Arab

II. Mereka menganggap Melaka sebagai Mulaqah iaitu yang bermaksud 'pertemuan'

III. Mereka juga menyebut Melaka 'Malakat' yang bermaksud 'perhimpunan segala
dagang'

3. Mitos Hindu Karya Skanda Purana (Bahagian berjudul Vaishnara Khanda) Pokok
Amalaka

I. Nama ini diambil daripada pokok iaitu sepohon pokok iaitu pokok Amalaka yang
pertama tumbuh di alam semesta

II. Pokok ini dianggap mempunyai kuasa ajaib yang berkaitan dengan kekayaan,
kesihatan kekuatan

III. Menurut mitos Hindu dalam karya Skanda Purana pokok ini dikaitkan dengan
kediaman agama Hinduu iaiatu Brahma Vishu. Buahnya juga dianggap buah ajaib

IV. Oleh sebab pelabuhan Melaka berkembang pesat, pedagang-pedagang Hindu


mengaitkan Melaka dengan pokok tersebut
Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan Melaka

Sistem Pemerintahan Teratur

1. Melantik pembesar mengurus hal ehwal balairong seri


2. 40 orang bentara menjalankan perintah raja
3. Biduanda kecil membawa alat kebesaran diraja

Kemudahan Pelabuhan

1. Bekalan air dan makanan


2. Tenaga kerja
3. Membaiki kapal
4. Tempat penginapan pedagang

Hubungan diplomatik

1. Tujuan untuk menjaga keselamatan dan mengiktiraf kedaulatan Melaka.


2. Menjalin hubungan diplomatik dengan China sejak tahun 1404.

Bantuan Orang Laut

1. Menjaga keselamatan perairan

Ikatan Konsep Daulat

1. Hubungan raja dan rakyat umpama akar dan pohon

You might also like