You are on page 1of 2

 Apa itu budaya.

Berikah contoh budaya rakyat Malaysia yang


diamalkan pada masa ini.

Peraturan:

1.Setiap wilayah melantik ketua sebagai jurucakap.

2.Ringkas dan padat

4. Sebutkan nama kumpulan yang hadir.

5. Markah hanya diberikan kepada mereka yang hadir sahaja

Budaya

Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata
jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya
membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas
pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan
dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di
dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada
perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.

Pengertian

Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Menurut Melville J.


Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah
masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki
masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi (kajian manusia)
sebagai fahaman determinisme (atau penentuan) budaya. Herskovits seterusnya
memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke
generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya
superorganik).

Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian,
nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain
penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.
Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya
sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan
serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Ahli
antropologi dari alam Nusantara, iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula
memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan di dalam
masyarakat.

Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan


cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak
rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok
masyarakat
Kamus Dewan Edisi Ketiga

1. tamadun, peradaban: ~ Islam;

2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dsb); ~ kuning budaya Barat yg
dianggap mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif;

3. bersifat budaya, yg mengenai kebudayaberbudaya mempunyai budaya, memiliki cara


berfikir dgn akal budi yg sudah maju: bangsa yg ~;membudaya menjadi kebiasaan atau
kelaziman, membentuk kebudayaan: hukuman moral ini belum ~ di negara ini;
membudayakan 1. mengajar atau mendidik seseorang (masyarakat dll) supaya
berbudaya: berfikir secara ilmiah bertujuan utk ~ masyarakat; 2. membiasakan sesuatu
perilaku (perbuatan dll) yg baik supaya berbudaya atau beradab;kebudayaan
keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta
segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu
masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi): Melaka meruppembudayaan
proses atau cara membudayakan sesuatu (pemikiran, ilmu, dll): ~ ilmu di kalangan
pelajar penting utk pembinaan negara.

You might also like