P. 1
BARANG AWAM, BARANG SWASTA, BARANG TOL DALAM DASAR AWAM

BARANG AWAM, BARANG SWASTA, BARANG TOL DALAM DASAR AWAM

|Views: 2,769|Likes:
Published by mohdazlanshah

More info:

Published by: mohdazlanshah on Aug 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/11/2013

pdf

text

original

BARANG AWAM, BARANG SWASTA, BARANG TOL DAN DASAR AWAM

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENDAHULUAN

1

2.0

PERBINCANGAN

3

2.1 2.2 2.3

Konsep Pengasingan dan Persaingan Ciri Barang Awam, Barang Swasta, dan Barang Tol Implikasi Barangan Tersebut ke atas Bentuk Dasar Awam di Malaysia

3 4

7

3.0

PENUTUP

13

1

1.0

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Pada peringkat awal kemerdekaan Tanah Melayu, pasaran barangan dan perkhidmatan masih lagi sempit dan terbatas, kestabilan politik masih lagi belum dapat meyakinkan pihak pelabur terutama pelabur asing untuk melabur di Malaysia dan tabungan dana swasta masih lagi terhad. Penglibatan kerajaan dalam ekonomi terutama pada peringkat awal pembangunan ini tidak dapat dielakkan. Hal ini rentetan dari keperluan masyarakat kepada bekalan barangan awam, kemudahan asas dan sosial. Malah, ketaksediaan sektor swasta untuk turut serta secara aktif dalam aktiviti ekonomi negara mengukuhkan lagi peranan kerajaan. Barangan awam yang melibatkan penggunaan secara bersama dan tidak tertakluk kepada prinsip pilihan ternyata tidak dapat menarik minat sektor swasta untuk membekal dan mengendalikan perkhidmatan yang tidak mendatangkan keuntungan. Oleh itu, kerajaan terpaksa mengambil tugas ini walaupun terpaksa menanggung kerugian secara berterusan.

Namun begitu, kerajaan tidak berputus asa dalam meluaskan pelaksanaan ekonomi negara sehingga berupaya menjana pendapatan sendiri walaupun pada mulanya bergantung kepada bimbingan kerajaan Britain. Tunku Abdul Rahman telah memperkenalkan dasar pertama iaitu Rancangan Malaya Pertama (RM1) bermula dari tahun 1956 hingga 1960 bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar dan merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara luar bandar dan bandar melalui pembangunan ekonomi. RM1 juga merupakan dasar awam yang bertujuan untuk meninggikan pendapatan dan keluaran negara melalui hasil-hasil getah, bijih timah, industri baru serta pembukaan tanah baru.

Walaupun pertumbuhan ekonomi berlaku dengan baik, namun kerajaan terpaksa mengubah kerangka dasar rentetan dari peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut menunjukkan rasa tidak puas hati antara kaum dalam pengagihan dan penguasaan ekonomi. Oleh itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan bertujuan untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara. Seterusnya, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan bagi meneruskan

2

kesinambungan DEB. Bertitik-tolak dari dasar ini, peranan sektor swasta amat diperlukan bagi membantu kerajaan dalam membantu keperluan penduduk.

Lazimnya, perpaduan akan terbentuk melalui keadilan dan kestabilan ekonomi negara. Sebab itulah, Dasar RM1, DEB dan DPN digubal berdasarkan kepada isu ekonomi yang berlaku. Kerajaan menetapkan dua matlamat perpaduan dalam konteks ekonomi iaitu harga barangan yang berpatutan dan tahap pengangguran yang rendah. Oleh itu, kerajaan perlu bijak dalam membuat perancangan ekonomi yang melibatkan kemampuan kuasa membeli rakyat. Pada masa yang sama, bantuan dari pihak swasta amat diperlukan bagi membantu kerajaan menyalurkan barangan dan perkhidmatan kepada masyarakat selain dari menjana pendapatan negara.

Namun begitu, barangan dan perkhidmatan ini terhad kepada sumber dan teknologi yang ada pada sesebuah negara. Oleh yang demikian, keperluan dan pertimbangan untuk memilih barangan tersebut adalah bergantung kepada kepentingannya kepada negara. Contohnya, antara meriam dan ubat-ubatan, kerajaan akan memilih untuk menghasilkan ubatubatan berbanding meriam bagi kepentingan kesihatan rakyat. Namun begitu, kerajaan perlu menetapkan maksimum penghasilan ubat-ubatan dalam setahun bagi menjamin kualiti dan kuantiti yang diperlukan. Sekiranya berlakunya kekurangan pada bekalan ubat-ubatan tersebut, maka berlakulah persaingan pada barangan tersebut. Hal ini boleh menyebabkan keperluan untuk membayar lebih bagi mendapatkan bekalan tersebut. Konsep ini dinamakan sebagai konsep persaingan dan pengasingan.

Tugasan ini akan membincangkan tentang konsep persaingan dan pengasingan dalam ekonomi di samping implikasi barangan awam, swasta dan tol ke atas bentuk dasar awam di Malaysia.

3

2.0 2.1

PERBINCANGAN Konsep Persaingan dan Pengasingan

Terdapat dua konsep atau ciri-ciri asas barangan dalam bidang ekonomi iaitu barang persaingan (rival) dan pengasingan (exclusion).

2.1.1

Barang Persaingan

Barang persaingan (rival) ialah barang yang penggunaannya boleh digunakan oleh satu orang pengguna sahaja dan dalam masa yang sama mencegah pengguna lain untuk menggunakannya. Terdapat dua kategori barang persaingan iaitu tahan lama (durable) dan tidak tahan lama (nondurable) (Wikipedia, 2010).

Contoh barang yang tahan lama (durable) ialah penukul. Seseorang yang menggunakan penukul tersebut menunjukkan signifikan halangan kepada orang lain yang berkeinginan untuk menggunakan penukul tersebut pada masa yang sama. Bagaimanapun, jika pengguna pertama tidak menggunakan penukul, bermaksud beberapa barang persaingan masih boleh dikongsi melalui masa (Wikipedia, 2010).

Sementara itu, contoh bagi barang persaingan yang tidak tahan lama (nondurable) ialah buah epal. Sebaik sahaja sebiji epal dimakan oleh seorang pengguna sehingga habis, maka epal tersebut tidak boleh lagi dimakan oleh orang lain (Wikipedia, 2010).

Selain itu, barang yang tidak ketara (nontangible) boleh dikategorikan dalam barang persaingan. Contohnya, pemilikan spektrum radio dan nama-nama domain. Dengan kata lain, hampir semua barang persendirian ialah barang persaingan (Wikipedia, 2010).

Sebaliknya, barang yang tiada persaingan (nonrival) boleh digunakan oleh seorang pengguna tanpa mencegah penggunaannya oleh orang lain secara serentak. Kebanyakan contoh barang ini datang dari barang yang tidak ketara (nontangible). Misalnya, siaran 4

televisyen. Apabila seorang pengguna menghidupkan peti televisyen untuk melihat siarannya, ia tidak menghalang penggunaan fungsi siaran televisyen tersebut di rumah pengguna lain (Wikipedia, 2010). Televisyen itu sendiri merupakan satu barang persaingan (rival), tetapi siaran televisyen adalah barang yang tiada persaingan (nonrival). Contoh barang yang tiada

persaingan (nonrival) lain ialah pemandangan indah, pertahanan negara, udara bersih, lampu jalan, dan keselamatan awam (polis dan mahkamah undang-undang) (Wikipedia, 2010).

Pada umumnya, kebanyakan harta intelek ialah barang yang tiada persaingan (nonrival). Malah, sesetengah jenis harta intelektual mempunyai nilai yang tinggi secara paradoks melebihi dari penggunaan pengguna. Misalnya, lebih ramai orang menggunakan satu bahasa pengaturcaraan tertentu, lebih tinggi nilai bahasa tersebut (Wikipedia, 2010).

2.1.1

Barang Pengasingan

Satu barangan atau perkhidmatan dikatakan sebagai pengasingan (exclusion) apabila ia berkemungkinan menghalang pengguna yang tidak membayar akan ia daripada akses atau memilikinya.

Contohnya, satu pengasingan (excludable) baik ialah sebuah majalah. Rakyat yang tidak membayar untuk langganan majalah kebanyakannya tidak berupaya mendapatkan satu salinan secara langsung dari penerbit (Wikipedia, 2010). Satu lagi contoh yang baik ialah langganan televisyen berbayar seperti ASTRO. Pengguna yang tidak melanggan siaran televisyen satellite ASTRO tidak berpeluang untuk menonton siaran atau tayangan yang dipancarkan oleh ASTRO seperti program Akademi Fantasia dan Macam-macam Aznil.

2.2 2.2.1

Ciri-ciri Barang Awam, Barang Swasta, dan Barang Tol Ciri-ciri Barang Awam (Public Goods)

Barang awam merupakan barang yang boleh digunakan oleh seorang pengguna tanpa menurunkan jumlah yang digunakan oleh orang lain (Edwin Mansfield, 1996). Edwin Mansfield (1996) menambah lagi bahawa barang awam ini adalah tidak dapat dibahagikan dan seringkali datang dalam unit yang besar serta tidak boleh dipecahkan kepada bahagian yang boleh dibawa atau dijual dalam pasaran biasa. 5

Selain itu, barang awam juga boleh didefinisikan sebagai barang yang mana penggunaannya tidak diputuskan oleh pengguna secara perseorangan tetapi oleh masyarakat secara keseluruhannya, dan ia dibiayai oleh percukaian. Ia digunakan tanpa mengurangkan jumlah yang ada untuk keperluan lain, dan tidak boleh ditahan dari mereka yang tidak membayarnya. Ia juga adalah statistik ekonomi dan maklumat lain, penguatkuasaan undangundang dan ketenteraman, pertahanan negara, taman negara, dan lain-lain. Pasaran tidak wujud untuk barangan ini, dan mereka mesti memperuntukkannya untuk semua orang. Pihak yang bertanggungjawab dalam penyediaan barang awam ini ialah kerajaan

(BusinessDictionary.com, 2010).

Barang awam mempunyai dua ciri iaitu : 1) Barang yang tiada persaingan (nonrivalrous) bermaksud individu boleh menggunakan barang yang sama tanpa menurunkan bilangan dan nilainya kepada individu yang lain. Ia merupakan barangan yang dapat dinikmati serentak oleh bilangan pengguna yang tidak terhad. 2) Barang yang tiada pengasingan (nonexcludable) bermaksud apabila ia wujud, semua orang berhak untuk menggunakannya. Individu tidak boleh dicegah dari menggunakan barang tersebut.

Antara contoh barang awam ialah pertahanan negara; perlindungan polis; penambahbaikan jalanraya, lebuhraya dan jambatan; lampu isyarat; pendidikan sekolah rendah dan menengah; tempat letak kereta awam; siaran radio awam; siaran televisyen awam; penjagaan kualiti udara dan air.

Barang awam banyak berhadapan dengan masalah free-riding. Free-riding ialah seseorang yang menikmati maanfaat dari barangan atau perkhidmatan melebihi daripada penggunaan yang sepatutnya tanpa perlu membayarnya. Contohnya, dalam pengangkutan awam, terdapat pengguna yang menaikinya tanpa membayar tambang (Wikipedia, 2010). Sekiranya ramai orang melakukan perkara ini, maka sistem pengangkutan awam tersebut akan tergendala kerana mengalami masalah peruntukkan wang untuk menjalankan operasinya.

6

Kesimpulannya, barang awam mempunyai dua ciri iaitu tahap barang yang tiada persaingan (nonrivalrous) dan tiada pengasingan (nonexcludable) yang tinggi. Barang awam diperuntukkan oleh kerajaan dan memberi maanfaat kepada ahli dalam masyarakat Namun . begitu, barang awam selalunya tidak diselenggara dengan baik berbanding barang swasta. Hal ini berasaskan kepada kata-kata Aristotle iaitu ³People will take better care of their own property than of property held in common.´ (Stephen L. Slavin, 2005)

2.2.2

Ciri-ciri Barang Swasta (Private Goods)

Sesuatu

barang

dianggap

barang

swasta

apabila

seseorang

meningkatkan

penggunaannya melalui beberapa kuantiti lalu mengurangkan jumlah kuantiti yang sedia ada kepada yang lain (Ivan Png, 2002). Barang swasta ialah barang yang digunakan oleh satu orang atau firma, yang mungkin tiada untuk yang lain-lain. Umumnya, barang ini diperuntukkan oleh firma-firma swasta (BusinessDictionary.com, 2010). Tambahan lagi, barangan ini diperuntukkan melalui mekanisme pasaran.

Antara contoh barang swasta ialah makanan, pakaian, mainan, perabot, ke reta. Kebanyakan barang dan perkhidmatan yang diperuntukkan oleh syarikat swasta ini memerlukan bayaran. Oleh itu, barang swasta mempunyai ciri-ciri pengasingan

(excludability) dan persaingan (rivalrousness) yang tinggi. Contohnya, penjualan komputer riba jenama Acer Special Edition Ferrari dijual dalam kuantiti yang terhad dan mempunyai persaingan yang tinggi di antara pengedar komputer yang lain seperti Dell dan HP Hewlett Packard.

Apabila terdapat permintaan yang tinggi ke atas barang swasta, hal ini menyebabkan permintaan tersebut melebihi penawaran. Potensinya ialah pengguna perlu bersaing untuk mendapatkan barang yang terhad ini. Persaingan mendapatkan sumber ini mengakibatkan harga menjadi lebih tinggi, sekaligus mencipta insentif atau peluang yang tinggi kepada pengguna untuk menjadi pengeluar barangan yang berada dalam kekurangan (shortage). Apabila akses kepada barangan ini boleh dikawal maka keuntungan boleh diperolehi. Barang swasta ini banyak dikendalikan oleh sektor swasta bagi memperoleh keuntungan.

2.2.3

Ciri-ciri Barang Tol (Toll Goods)

7

Barang ³tol´ atau ³kelab´ merupakan barang yang tiada saingan (non-rivalrous) di mana individu boleh menggunakan barang atau perkhidmatan yang disediakan tanpa mengurangkan bilangannya terhadap individu lain. Namun begitu, ia merupakan barang pengasingan (excludable) yang tinggi di mana individu yang menggunakan barang atau perkhidmatan tersebut perlu membayarnya.

Istilah ³barang tol´ digunakan kerana keadaan yang efisien boleh dibangunkan untuk mengenakan bayaran pada barangan. Manakala istilah ³barang kelab´ digunakan kerana secara semulajadinya ahli kelab akan berkongsi kepentingan dan maanfaat manakala bukan ahli pula disingkirkan (Technical Cooperation Department, 2010). Kesimpulannya, barang tol perlu dibayar oleh pengguna bagi memperoleh maanfaat dari barangan atau perkhidmatan yang disediakan tanpa mengurangi kuantitinya kepada pengguna yang lain. Contohnya, syarikat Lebuhraya Plus mengenakan bayaran tol bagi pengguna Lebuhraya Utara -Selatan. Antara contoh lain ialah siaran televisyen satelit ASTRO, kelab golf, wayang, berkunjung ke Aquaria dan Petrosains. Barang tol ini boleh dikendalikan oleh sektor swasta dan awam.

2.3

Implikasi Barangan Tersebut ke atas Bentuk Dasar Awam di Malaysia

2.3.1 Definisi Dasar Awam

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu padu berasaskan kepada sistem demokrasi berparlimen. Keamanan yang diraih oleh Malaysia semenjak kemerdekaan pada 52 tahun yang lalu adalah rentetan dari dasar-dasar awam yang digubal mengikut keperluan semasa negara yang mana dasar ini digubal bersesuaian dengan kepelbagaian fahaman, agama dan budaya. Dasar awam merupakan tindakan kerajaan yang bertujuan dan bermatlamat ( goaloriented) dan bukannya tindakan kerajaan secara rawak atau nasib (chances). Setiap dasar mengandungi siri tindakan atau patterns of action yang dilakukan sepanjang masa oleh kerajaan dan ini bermaksud bahawa dasar bukan setakat menerima pakai undang-undang tetapi meliputi keputusan yang dibuat ekoran daripadanya. Dasar awam melibatkan apa yang sebenarnya dilakukan oleh kerajaan dan bukannya apa yang dihasratkan atau apa yang dikatakan akan dilakukan.

Bagi Malaysia, dasar-dasar awam ini (terutamanya dasar-dasar pembangunan) mempunyai objektifnya yang khusus. Ia dapat dirumuskan seperti berikut : 8

i.

Pencapaian matlamat Wawasan 2020 (menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju dengan ciri-ciri sempurna);

ii. iii. iv.

Pencapaian matlamat-matlamt Dasar Pembangunan Nasional (DPN); Pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang adil; dan Kedaulatan dan ketahanan negara. (Dasar-dasar Pembangunan Malaysia, 1994)

Dasar awam melibatkan pihak yang membuat keputusan dan pihak yang melaksanakan keputusan tersebut. Pihak ini boleh terdiri sama ada individu atau kumpulan yang mempunyai kuasa untuk memutuskan keputusan dasar dan diberi mandat untuk melaksanakan dasar berkenaan. Oleh yang demikian, dasar awam merupakan dasar yang digubal oleh kerajaan mengandungi tujuan, keputusan dan pelaksanaan melalui beberapa strategi dan program dirangka untuk memberi maanfaat yang berkesan kepada rakyat. Ia merupakan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur lagi bersatu padu berasaskan sistem demokrasi dalam suasana pembangunan yang aman untuk kesejahteraan rakyat. Bertitik-tolak dari ini, barang awam, swasta dan tol mempunyai peranan dan memberi implikasi yang besar terhadap bentuk dasar awam di Malaysia.

2.3.2 Implikasi Barang Awam ke atas Bentuk Dasar Awam di Malaysia

Dasar Awam seringkali melibatkan penggunaan barang awam sebagai medium pelaksanaan sesuatu dasar. Contohnya, Dasar Pertahanan Negara menjadikan pertahanan negara sebagai barang awam khasnya untuk rakyat Malaysia. Barang awam ini dilaksanakan bagi memenuhi objektif dasar tersebut iaitu kedaulatan dan ketahanan negara. Kerajaan bertanggungjawab ke atas memperuntukkan pertahanan negara demi mempertahankan kepentingan-kepentingan strategiknya dan memelihara keselamatan negara. Hal ini penting kerana Malaysia berkongsi sempadan darat dan laut atau kedua-duanya dengan hampir setiap negara anggota ASEAN. Sebarang gangguan kepada keselamatan rantau ini, sama ada berbentuk konflik dalaman rantau atau luaran rantau, akan membawa kesan ke atas keselamatan negara dan rakyat (Pusat Maklumat Rakyat, 2010).

Bertitik-tolak dari ini, antara strategi Dasar Pertahanan Malaysia ialah menggunakan pendekatan konsep berdikari dan lebih bersifat pertahanan melalui penubuhan kuasa tentera seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai tiga cabang ketenteraan utama 9

iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) (Pusat Maklumat Rakyat, 2010). Pendekatan ini memastikan Malaysia berada dalam keadaan bebas, tenteram, maju dan gagah menghadapi masalah terutamanya dalam mempersiapkan diri dari sebarang ancaman luar.

Pelaksanaan Dasar Pertahanan Malaysia merupakan barang awam kerana dapat dilihat melalui ciri barang awam tersebut iaitu nonrival di mana setiap rakyat dapat menikmati keselamatan, keamanan dan perlindungan yang diberi secara serentak tanpa menguranginya antara individu dengan individu yang lain seperti perlindungan Tentera Darat Malaysia (TDM) terhadap masyarakat di Sauk, Perak dari ancaman puak pelampau Al-Maunah dan misi menyelamat tebusan yang diculik oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dari Filipina di Pulau Sipadan. Selain dari ciri nonrival, Dasar Pertahanan Malaysia merupakan nonexcludable kerana tiada bayaran yang dikenakan ke atas rakyat atau rakyat tidak perlu menjelaskan bil bayaran dasar ini untuk menikmati faedah yang terdapat dalam dasar ini. Peruntukkan kerajaan dalam membekalkan barangan dan perkhidmatan awam bertujuan untuk kebajikan rakyat. Hal ini kerana barang awam ini tidak bermatlamatkan keuntungan sebaliknya untuk memenuhi keperluan dan tanggungjawab sosial.

2.3.3 Implikasi Barang Swasta ke atas Bentuk Dasar Awam di Malaysia

Peranan barang swasta banyak dilihat dalam dasar ekonomi negara. Kemelesetan ekonomi yang berlaku pada 1980-an telah menyebabkan defisit berkembar iaitu defisit dalam akaun semasa imbangan pembayaran dan defisit belanjawan kerajaan semakin membelon pada masa itu. Lebih membebankan lagi apabila defisit belanjawan awam ditampung melalui pinjaman asing. Hal ini mendesak kerajaan untuk melakukan perubahan dalam strategi dasar ekonomi. Ini kerana ekonomi pada waktu itu bergantung kepada pendapatan eksport yang mana permintaan terhadap barang eksport utama negara berkurangan. Bertitik-tolak dari ini, sektor swasta dilihat berpotensi dan berupaya dalam pengurusan ekonomi negara terutama melalui aktiviti keusahawanan. Oleh yang demikian, berlandaskan pada kesedaran antara sektor awam dan swasta maka lahirlah Dasar Persyarikatan.

Berdasarkan kepada Institut Tadbiran Awam Negara (1994), antara tujuan dasar ini digubal adalah untuk meningkatkan hasil negara selain dari mewujudkan kerjasama erat, bermakna dan berkesan antara sektor awam dan sektor swasta demi pembangunan negara dan 10

mencapai faedah bersama. Dasar ini telah berjaya memulihkan ekonomi negara hasil daripada kerjasama antara sektor awam dan swasta melalui aktiviti penggemblengan sumber-sumber negara (Institut Tadbiran Awam Negara, 1994). Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan berhasrat untuk bekerjasama dengan sektor swasta kerana barang swasta mempunyai mutu barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dan berdaya saing yang tinggi berbanding kerajaan. Kemelesetan ekonomi yang melanda telah berjaya dipulihkan melalui usahasama ini di mana barang swasta berjaya menjana pendapatan negara sekaligus membawa perubahan yang baru dalam struktur dasar ekonomi negara.

Selain dari pelaksanaan Dasar Persyarikatan, Dasar Penswastaan diperkenalkan bagi menangani masalah kemelesetan ekonomi yang sama. Dasar Penswastaan yang diperkenalkan pada tahun 1983 telah memberi ruang yang positif kepada barang swasta terhadap pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik. Dasar Penswastaan ialah proses pemindahan kepada sektor swasta aktiviti dan fungsi yang pada tradisinya merupakan tanggungjawab sektor awam. Definisi ini boleh dipakai bagi entiti yang dimiliki oleh kerajaan dan juga projek baru yang pada kebiasaannya dilaksanakan oleh sektor awam (Institut Tadbiran Awam Negara, 1994). Selepas beberapa tahun dasar ini dilaksanakan, ekonomi Malaysia telah mengalami kadar pertumbuhan yang tidak pernah disaksikan sebelumnya. Dasar ini telah berjaya mempercepatkan pertumbuhan ekonomi kerana pembinaan rangkaian lebuhraya yang baru telah melahirkan koridor atau kawasan pertumbuhan baru di Lembah Klang, Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia. Penswastaan sektor komunikasi dan pembinaan pelabuhan baru turut membantu pertumbuhan pasaran dan eksport negara. Kemasukan pelabur asing khususnya daripada negara Asia Timur dalam sektor pembuatan pada masa itu telah mengubah struktur ekonomi negara ke sektor perindustrian. Penswastaan telah meningkatkan ekonomi KDNK daam tempoh 1987-1997 pada kadar purata melebihi lapan peratus setahun (Mohd Rosli, 2007). Maka, penswastaan bukan sahaja dapat mengatasi kemelesetan ekonomi dan mengurangkan beban kewangan kerajaan malah menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang moden dan berpotensi tinggi untuk berdaya saing dalam pasaran antarabangsa.

Tambahan lagi, dasar persyarikatan dan penswastaan telah banyak membantu dan melaksanakan program-program utama kerajaan terutama dalam memenuhi falsafah di sebalik Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) iaitu bagi mewujudkan pembangunan yang seimbang dan adil; memupuk perpaduan dan nilai moral yang tinggi 11

dalam masyarakat. Pembasmian kemiskinan yang diteruskan dalam DPN mengharapkan penglibatan sektor swasta bagi mencapai matlamat sosio-ekonomi negara. Menurut Chamhuri Siwar dan Surtahman Kastin Hasan (2002), peranan swasta diperlukan dalam

penambahbaikan taraf sosio-ekonomi masyarakat terutama di luar bandar meliputi bidang pendidikan, kesihatan, kemudahan asas, bekalan air dan elektrik. Peningkatan taraf hidup masyarakat di luar bandar amat perlu supaya mereka dapat hidup dengan baik dan selesa dan berupaya menyumbang kepada sumber pendapatan mereka.

Langkah DPN mewujudkan industri kecil dan sederhana (IKS) bumiputera yang berdaya saing dan berdaya tahan melalui penubuhan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) banyak melibatkan peranan sektor swasta. Hal ini bertujuan untuk memupuk dan membangunkan usahawan bumiputera bagi memastikan kejayaan program-program tersebut. Oleh itu, penswastaan digunakan sebagai suatu cara untuk mempercepatkan dan memperluaskan penyertaan bumiputera dalam sektor swasta serta mencapai hasrat penyusunan semula modal saham. Dasar Penswastaan membentuk bahagian strategi kerajaan dalam merealisasikan penyertaan aktif bumiputera dalam sektor korporat untuk memperbetulkan ketakseimbangan dalam penyertaan sektor korporat. Entiti yang diswastakan memperuntukkan 30% dari ekuitinya kepada bumiputera (Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, 2010).

Oleh yang demikian, penglibatan syarikat swasta melalui Dasar Penswastaan dilihat amat diperlukan kerana dapat memenuhi kepentingan kerajaan yang pada ketika itu ingin memberi kehidupan yang selesa kepada rakyat dan mengurangkan kemiskinan. Kerajaan memerlukan pertolongan dari pihak swasta kerana cara kerja mereka yang lebih efisen berbanding sektor awam. Barang swasta dapat disalurkan dengan baik melalui peruntu kkan yang disediakan kerajaan. Namun begitu, kuantiti dan kualiti bekalan baran swasta seperti g kemudahan asas, peralatan sekolah dan klinik adalah terbatas kepada jumlah peruntukkan yang disediakan kerajaan. Bertitik-tolak dari sini, berlakulah persaingan dalam memenuhi kehendak kerajaan ini. Namun begitu, barang swasta dapat disalurkan dan diperuntukkan kepada masyarakat dengan berkesan dan hasilnya dapat dilihat melalui keupayaan masyarakat terutama bumiputera menjana pendapatan dengan lebih baik selain dari peningkatan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat.

12

Seterusnya, Dasar Wawasan Negara (DWN) yang memperkenalkan dimensi baru iaitu membangunkan masyarakat Malaysia berasaskan pengetahuan telah meningkatkan daya pengeluaran dan produktiviti barang swasta seiring dengan hasrat negara untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. Contohnya, pada tahun 1994, kerajaan melancarkan Polisi Telekomunikasi Negara telah memberi ruang kepada barang swasta seperti barangan telekomunikasi dari syarikat Celcom (Malaysia) Berhad untuk berkembang maju dan menjadi salah satu hub industri telekomunikasi yang terkemuka di Malaysia (Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif, 1999). Permintaan terhadap produk Celcom seperti Pelan Prabayar, Pelan Pascabayar Celcom, Celcom Broadband, Celcom Roaming, Celcom IDD dan Celcom Channel X Pax amat tinggi. Seiring dengan Dasar Pendidikan pula, syarikat Celcom (Malaysia) Berhad telah mengorak langkah memperkenalkan Pelan Celcom University of X dan Celcom School of X bagi membantu meringankan bebanan kewangan pelajar di sekolah dan universiti.

Barangan telekomunikasi merupakan barang swasta yang dihasilkan dan diperuntukkan oleh syarikat swasta iaitu syarikat Celcom (Malaysia) Berhad. Barangan ini dihasilkan mengikut kehendak pasaran semasa. Pada masa yang sama, penghasilan dan pemasaran barang swasta ini juga adalah berdasarkan kepada kehendak dasar dan polisi kerajaan iaitu untuk menjadikan masyarakat Malaysia yang celik pada IT. Produk yang dihasilkan oleh syarikat ini bukan sahaja memberi maanfaat kepada rakyat Malaysia malah mendatangkan keuntungan kepada negara. Keuntungan yang diperolehi ini adalah hasil daripada kualiti barang dan perkhidmatan yang diberikan sekaligus menjadikan syarikat ini berdaya saing dengan syarikat yang lain.

2.3.4 Implikasi Barang Tol ke atas Bentuk Dasar Awam di Malaysia

Antara contoh barang tol ialah wayang. Di Malaysia, tayangan wayang banyak dipertontonkan kepada pengguna bertujuan untuk memenuhi keperluan sosial pengguna. Di samping itu, wayang juga turut menjadi medium penyampai mesej tertentu seperti pengajaran, kebudayaan dan cara hidup sesuatu masyarakat selain dari mempamerkan cetusan idea karyawan negara. Oleh itu, wayang dilihat mempunyai nilai yang tersendiri. Maka, seseorang yang ingin melihat wayang tersebut perlu membuat bayaran. Harga bagi tiket wayang ini ditetapkan dan dikawalselia oleh kerajaan melalui Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Hal ini bertujuan untuk mengawal harga tiket wayang dan

13

meletakkan standard harga tiket wayang pada harga yang mampu dibeli pengguna. Harga yang dikenakan adalah tetap kerana wayang tidak mempunyai ciri-ciri persaingan.

3.0

PENUTUP

Konsep persaingan dan pengasingan dapat dilihat dengan jelas melalui jenis barang yang diperuntukkan dan dihasilkan oleh sektor awam dan swasta. Lazimnya, kerajaan akan membekalkan barang awam seperti pertahanan negara untuk menjamin keselamatan penduduk. Maka, peranan barang awam yang diperuntukkan oleh kerajaan bertujuan untuk memenuhi tuntutan dan tanggungjawab sosial. Berbeza pula dengan sektor swasta, barang swasta bermatlamatkan keuntungan yang maksimum dan mempunyai persaingan yang tinggi atas sebab kuantiti barangan yang terhad. Namun begitu, barang swasta dikendalikan dengan penuh profesional dan cekap supaya perkhidmatan yang diberikan dapat memuaskan keperluan penggunanya. Sebaliknya, barang tol pula tidak mempunyai persaingan yang tinggi kerana kuantiti barangan tidak berkurangan walaupun pengguna telah menggunakannya. Tetapi, barangan tersebut perlu dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan barangan dan menikmati perkhidmatan yang diberikan.

Secara keseluruhannya, penglibatan kerajaan dalam kegiatan ekonomi secara langsung dan seiringan dengan sektor swasta telah memberi kesan yang positif ke atas kestabilan dan kesesuaian tingkat harga. Namun begitu, usaha memajukan ekonomi negara perlu selaras dengan dasar yang digubal dan mengikut keperluan semasa rakyat. Dalam konteks Malaysia pada hari ini, ekonomi yang dijanakan perlu mendasari matlamat perpaduan yang ingin dikecapi oleh Malaysia. Maka, hasrat kerajaan untuk membentuk perpaduan negara melalui slogan µ1Malaysia¶ perlu disahut demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

14

RUJUKAN

BusinessDictionary.com. (2010). Private Goods Definition. Diperolehi pada Jun, 12, 2010 daripada http://www.businessdictionary.com/definition/private-good.html

BusinessDictionary.com. (2010). Public Goods Definitio. Diperolehi pada Jun, 12, 2010 daripada http://www.businessdictionary.com/definition/public-good.html

Chamhuri Siwar & Surtahman Kastin Hasan. 2002. Selangor : Pearson Malaysia

Ekonomi Malaysia, Edisi Kelima.

Edwin Mansfield. (1996). Managerial Economics : Theory, Application, and Cases, Third Edition. NewYork : W.W Norton & Company, Inc

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). 1994. Dasar-dasar Pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia

Ivan Png. (2002). Managerial Economics, Second Edition. United State America : Blackwell Publishers

Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif. Diperolehi pada Jun, 12, 2010 daripada http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklahtpm&id=3499

Mohd Rosli. 2007. Analisis Prestasi, Hala Tuju dan Cabaran Penswastaan. Sintok : Universiti Utara Malaysia

Pusat Maklumat Rakyat. 2010. Dasar Pertahanan Negara. Diperolehi pada Julai, 11, 2010 daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=893% 3Adasar-pertahanan-negara&catid=249%3Adasar-pertahanan-negara&Itemid=4

Stephen L. Slavin. 2005. Macroeconomics, Seventh Edition. New York : McGraw-Hill

15

Technical Cooperation Department. 2010. FAO Corporate Document Repository Glossary. Diperolehi pada Jun, 12, 2010 daripada

http://www.fao.org/docrep/005/y2006e/y2006e0g.htm

Unit

Perancang

Ekonomi,

Jabatan Perdana Menteri. 2010. Laman Web Rasmi Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diperolehi pada Julai, 12, 2010 daripada

http://www.epu.gov.my/privatizationpolicy?p_p_id=56_INSTANCE_SyuX&p_p_lifecy cle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column4&p_p_col_count=1&page=1

Wikipedia. 2010. Excludeble. Diperolehi pada Jun, 2, 2010 daripada

Wikipedia. 2010. Free Rider Problem. Diperolehi pada Julai, 11, 2010 daripada

Wikipedia. 2010. Rivalry. Diperolehi pada Jun, 2, 2010 daripada

16

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->