You are on page 1of 10

PENYELIDIKAN KUALITATIF

NAMA : JACQUELINE TEO FUEY PHEAN


KUMPULAN : PISMP BM
KOD KURSUS : BMM 3113 KAJIAN
TINDAKAN 1
Asas Penyelidikan Kualitatif
• Penyelidikan kualitatif adalah satu konsep yang
menaungi beberapa jenis penyelidikan bagi
memahami dan menerangkan fenomena sosial
dengan cara pemecahan kepada susunan topik
tertentu.

• Kaedah ini juga dikenali dengan nama yang berbeza


seperti kajian semula jadi, kajian interpretasi, kajian
lapangan, pemerhatian ke atas bahan kajian, kajian
induktif, kajian kes dan etnografi.
• Salah satu daripada tujuan penyelidikan
kualitatif ialah memahami bagaimana manusia
memenuhi keperluan asas mereka.

• Ia menggabungkan pengalaman dan persepsi.


Justeru, penggunaan istilah atau frasa sangat
jelas jika dibandingkan dengan kuantitatif.

• Salah satu perbezaan tersebut ialah sampel


atau responden kajian.
• Bilangan responden yang diperlukan bagi
kajian kualitatif adalah kecil berbanding
kuantitatif.

• Penyelidik kuantitatif sering merasa ragu-ragu


mengenai bilangan responden yang kecil ini.

• Hakikatnya ialah bilangan sampel yang kecil ini


sudah cukup untuk menjelaskan fenomena
yang dikaji.
• Kefahaman sesuatu fenomena adalah dari perspektif
bahan yang dikaji, bukannya penyelidik.

• Walau bagaimanapun penyelidik adalah instrumen


utama bagi pengumpulan data dan analisis.

• Bilangan sampel yang kecil memberi ruang yang


sangat luas kepada penyelidik untuk membuat
pemerhatian ke atas tingkah laku yang dikaji.

• Cara ini dapat mengekalkan hubungan yang


berterusan di antara pengkaji dan responden tersebut.
• Ketika temu bual dilakukan, penyelidik akan
melibatkan diri dengan cara yang tidak
mengganggu proses yang hendak dikaji.

• Lagi pun soalan yang hendak ditanya adalah


mendalam supaya subjek dapat menceritakan
pengalaman, keprihatinan atau pandangan
terhadap isu yang dikaji.
• Secara umum, penyelidikan kualitatif
adalah langkah untuk memahami sesuatu
situasi berdasarkan konteks dan interaksi
yang unik.

• Ia bukannya satu cubaan untuk


meramalkan masa depan sebaliknya
memahami keadaan apa yang berlaku dan
akan berlaku selepas itu.
Penyelidikan kualitatif mempunyai lima jenis iaitu;

1. Fenomenologi

Ia berkaitan kajian terhadap sesuatu keadaan. Ianya mungkin dalam bentuk


peristiwa, situasi, pengalaman atau konsep. Fenomena yang ada walaupun
banyak, kita belum dapat memahaminya dengan lebih mendalam. Biasanya
pengkaji berminat ingin memahami lebih mendalam mengenai tindak balas
keseluruhan manusia dan memahami pengalaman individu.

2. Etnografi

Istilah ethnos adalah dari Greek yang bermaksud manusia, bangsa atau


budaya.Graphy bererti penjelasan mengenai sesuatu. Justeru, etnografi
merupakan sejenis kajian lapangan yang berbentuk pemerhatian yang
sering digunakan dalam kajian sosiologi dan anthropologi. Ia berkait dengan
keinginan pengkaji untuk memahami pengaruh budaya ke atas tingkah laku
manusia dan kesihatan.
Etnografi juga dianggap sebagai kajian paling asas dalam penyelidikan
sosial. Ia juga merangkumi penjelasan bertulis mengenai sesuatu budaya
tentang adat, kepercayaan, tingkah laku dan sebagainya.
3. Kajian Kes
Ia merupakan sejenis kajian untuk mengkaji dan menjelaskan
satu kelompok yang kecil secara mendalam. Ia melibatkan
pengumpulan maklumat yang ektensif untuk memahamkan
sesuatu entiti yang dikaji sama ada individu, organisasi atau
situasi di mana tingkah laku yang tidak dijangka atau tidak jelas
dijadikan sebagai fokus kajian.
Kajian kes memberikan penjelasan mendalam secara deskriptif
dan penghuraian satu unit tertentu. Kajian ke atas individu
boleh dipelbagaikan kepada kelompok seperti penagih dadah,
eksekutif, remaja delikuen atau kumpulan etnik.
Ciri-ciri kajian kes ialah ia dilakukan pada jangka masa panjang
dan merangkumi keseluruhan tingkah laku yang berlaku dalam
keadaan semula jadi. Jadi, ia dapat memberikan kefahaman
yang mendalam.
Di samping itu memberikan takrifan dari sudut emosi terhadap
situasi yang dikaji. Jadi, ia memberikan ruang untuk
pengembangan idea atau hipotesis yang hendak dikaji oleh
penyelidik.
4. Analisis Naratif
Ia berdasarkan pada perkataan yang digunakan oleh
pembeli maklumat untuk menjelaskan pengalaman
responden. Analisis naratif tidak memberi perhatian
yang ketara pada kuantiti subjek sebaliknya
kepadatan maklumat atau fakta, pemerinciannya,
interaksi yang terlibat yang mana mungkin terlepas
pandang oleh orang lain.

5. Grounded Theory
Dua tokoh yang dikaitkan dengan kajian jenis ialah
Glaser dan Strauss. Kaedah ini muncul daripada
disiplin sosiologi dan sangat berguna untuk
menerangkan jenis masalah yang wujud di dalam
masyarakat dan proses seseorang untuk
menanganinya. Kerapkali mereka berkongsi simbol
dan makna-makna umum berkenaan dengan simbol
berkenaan.

You might also like