P. 1
Kurangkan Penggunaan Beg Plastik

Kurangkan Penggunaan Beg Plastik

|Views: 3,338|Likes:
Published by Yasmin
ini adalah hasil karya ori saya... harap dapat membantu anda..
ini adalah hasil karya ori saya... harap dapat membantu anda..

More info:

Published by: Yasmin on Aug 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/10/2013

pdf

text

original

YASMIN BT. ZAHIR HUSSAIN 940823-10-6376 Kurangkan penggunaan beg plastik. Bincangkan kenyataan ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan plastik? Plastik adalah sejenis bahan sintetik yang dibuat daripada petroleum. Isu pada zaman yang canggih ini ialah manusia menggunakan plastik dan membuangnya di merata-rata tempat. Kita sebagai insan yang berakal tidak memikIrkan impak yang akan berlaku kepada kita apabila plastik tidak dilupuskan dengan cara yang betul. Plastik mengandungi sisa-sisa toksik yang berbahaya. Apabila dibuang di merata-rata tempat, ia akan menyebabkan sisa-sisa toksik yang terkandung dalam plastik akan meresap ke dalam tanah. Lama-kelamaan air yang mengalir melalui tanah tersebut mengakibatkan air tersebut turut tercemar. Air merupakan sumber utama kepada manusia. Tanpa air menusia tidak dapat meneruskan hidup. Jika penggunaan plastik dapat dikurangkan atau dilupuskan, sudah tentu masalahmasalah tersebut tidak akan berlaku. Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk mengurangkan penggunaan plastik. Antara cara yang kerap dikatakan oleh pihak kerajaan kepada rakyatnya adalah membawa beg atau troli sendiri apabila ke pasar. Kita sudah tentu kerap mendengarnya dan juga turut bosan mendengar kenyataan tersebut tetapi itulah permulaan strategi untuk mengurangkan penggunaan plastik. Apabila kita pergi ke pasar, sudah tentu kita akan membeli banyak barang keperluan. Hal ini demikian, sudah tentulah untuk setiap barangan yang dibeli itu dibawa balik ke rumah dengan menggunakan plastik. Justeru, pihak kerajaan berusaha untuk memulihkannya. Janganlah kita membawa barangan tersebut di dalam plastik, tetapi bawalah barangan tersebut di dalam troli atau beg sendiri.Tetapi, rakyat Malaysia pada masa ini, begitu malasnya untuk membawa beg sendiri dan langsung tidak menghiraukan keadaan alam jika menggunakan plastik.

Adakah pihak kerajaan perlu mengulang berjuta-juta kali kepada kita supaya kerangkan penggunaan plastik. Ini diibaratkan anak laut dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang. Ini merupakan nasihat yang baik tetapi mengapakah begitu susahnya untuk kita melakukannya? Sepatutnya, kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hajat ini. Jika hati hendak semua jadi. Selain menggunakan troli dan beg sendiri, kita juga boleh merialisasikan hajat pihak kerajaan dengan menyimpan semua makanan lebihan di dalam bekas kaca.. Rakyat Malaysia mempunyai tabiat yang buruk iaitu selalu menyimpan lebihan makanan di dalam bekas plastik.Bahan kaca kebiasaannya boleh dikitar semula dan tidak mencemarkan atau memberi sebarang impak kepada alam sekitar. Tambahan lagi, bukankah dengan menggunakan bekas kaca lebih cantik dan menarik daripada menggunakan bekas plastik. Kita harus memikirkan kesan-kesan positif apabila menggunakan bekas berkaca. Di samping itu, mengurangkan penggunaan plastik adalah melalui katakan tidak pada plastik apabila peniaga runcit menyimpan barangan yang diberi di dalam plastik. Dengan cara ini, bilangan penggunaan plastik dapat dikurangkan dengan mendadak. Marcapada ini, hampir semua peniaga runcit menggunakan plastik untuk membungkus atau menyimpan barangan runcit. Pihak kerajaan sepatutnya menguatkuasakan undang-undang penggunaan plastik oleh peniagapeniaga. Kesannya ialah, mereka tidak lagi akan menggunakan plastik kerana takut dikenakan denda oleh pihak berkuasa apabila didapati menggunakan plastik. Kedai-kedai runcit di Amerika Syarikat biasanya akan menggunakan beg kertas yang teguh sebagai alat pengganti plastik. Sikap ini adalah sangat baik dan kita patut teladaninya. Kertas dapat dikitar semula dan juga merupakan bahan yang mesra alam walaupun dibuang di merata-rata tempat. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, plastik adalah bahan sintetik yang diperbuat daripada petroleum. Tambahan pula, unsur utama yang terkandung di dalam plastik ialah karbon dan hidrogen. Jika plastik dibakar, gas berasid hidrogen akan dibebaskan dengan banyak dan hujan asid boleh terjadi. Hujan

asid bukan sahaja boleh membahayakan manusia, malah boleh menggugat ekologi alam, misalnya tanah tidak sesuai lagi untuk pertanian. Perkara ini sangat berkait rapat apabila rakyat Malaysia selalunya mengumpul dan membungkus sampah-sarap di dalam plastik sampah. Kadang kala terdapat sesetengah orang membakar plastik sampah tersebut untuk cepat melupuskannya tetapi tidak memikirkan kesan yang akan menimpa mereka. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, terdapat cara lain untuk meminimumkan kadar plastik dalam kitar penggunaan. Caranya ialah memproses semua bahan buangan plastik bagi membolehkannya digunakan semula. Melalui cara ini, kitaran semula buangan bahan plastik seperti beg plastik boleh mengatasi masalah kekurangan tempat pelupusn sampah. Cara lain adalah , sampah sarap selain plastik, cubalah digunakan semula atau ditanam. Ini juga antara cara mengurangkan masalah tempat pelupusan sampah serta mengurangkan atau menjimatkan penggunaan plastik sampah. Perkara ini demikian kerana hampir setiap hari orang akan membuang sampah sarap dengan membungkusnya di dalam plastik sampah. Kesimpulannya, masalah penggunaan plastik perlu ditangani dan diatasi dengan segera. Jika perkara ini tidak diendahkan , impaknya adalah sangat berbahaya kepada kita. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah yang efektif patut diambil. Kita sebagai insan yang mulia perlulah mengambil berat tentang alam kita yang indah ini. Akibat daripada sikap manusia yang tidak dapat mengawal masalah penggunaan plastik menyebabkan banyak fenomena yang tidak diingini terjadi. Oleh itu, kita perlulah menyediakan payung sebelum hujan. Jika masalah ini dapat ditangani dengan segera, negara kita akan menjadi lebih harmoni dan rakyatnya dapat menghidu udara yang segar. Tegasnya, penggunaan plastik patut dikurangkan demi kesejahteraan hidup manusia sejagat.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->