P. 1
Hikayat Khoja Maimun

Hikayat Khoja Maimun

|Views: 6,851|Likes:
Published by Yasmin

More info:

Published by: Yasmin on Aug 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/10/2013

pdf

text

original

Hikayat Khoja Maimun Sinopsis Khoja Mamiun hidup bahagia bersama-sama dengan isterinya, Bibi Zainab.

Dia adalah saudagar yang sangat kaya di negeri Ajam. Khoja Maimun diberitahu oleh Bayan bahawa tiga hari lagi ada saudagar ingin membeli sanbal. Terbukti tiga hari kemudian datanglah saudagar mencari sanbal. Oleh sebab semua sanbal sudah dibeli oleh Khoja Maiman, maka saudagar itu membeli sanbal daripada Khoja Maimun. Hasil keuntungan perniagaan itu digunakan untuk membayar harga burung bayan. Khoja Maimun juga membeli burung tiung betina. Burung tersebut diletakkan di dalam satu sangkar bersamasama burung bayan. Pada suatu hari, ketika Khoja Maimun belayar untuk berdagang, Bibi Zainab termenung di tingkap. Tiba-tiba dia terpandang akan seorang anak raja yang kacak sedang menunggu kuda. Mereka saling berpandangan dan berbalas senyuman. Anak raja itu memintas jasa baik perempuan tua untuk mendapatkan Bibi Zainab dengan apa cara sekali pun. Bibi Zainab pula tidak menolak sebaliknya berpesan kepada perempuan tua yang dia akan berjumpa dengan anak raja pada sebelah malam. Burung tiung menasihati Bibi Zainab agar tidak curang kepada suami kerana azab perempuan menduakan suami akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam selama seribu tahun. Burung tiung itu dihempas oleh Bibi Zainab lalu mati. Burung Bayan melengah-lengah Bibi Zainab daripada berjumpa dengan anak raja itu dengan bercerita tentang Hikayat Bayan. Bibi Zainab mendesak burung bayan agar bercerita dahulu sebelum dia berjumpa dengan anak raja itu. Setelah habis bercerita, bayan itu menyuruh Bibi Zainab berjumpa dengan anak raja itu. Tetapi malangnya hari sudah jadi siang. Pada hari yang berikutnya ketika Bibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa dengan anak raja itum burung Bayan mula bercerita tentang Hikayat Taif. Bibi Zainab mendesak Burung Bayan agar terus bercerita tentang hikayat tersebut. Setelah habis bercerita, Bayan menyuruh Bibi Zainab pergi berjumpa dengan anak raja itu tetapi malangnya hari sudah siang. Begitulah juga pada hari-hari yang berikutnya, apabila Bibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa anak raja itu, burung Bayan mula bercerita tentang pelbagai hikayat. Kebijaksanaan burung Bayan berjaya menghalang Bibi Zainab bertemu dengan anak raja. Akhirnya Bibi Zainab terhindar daripada perbuatan menduakan suaminya yang tiada di rumah pada ketika itu. Tema

Ketaatan dan tanggungjawab seorang isteri ketika ketiadaan suami di rumah.

Persoalan  Kebijaksanaan membuat helah untuk menghindarkan sseorang daripada melakukan perbuatan keji. - burung bayan berjaya menyelamatkan Bibi Zainab daripada berlaku curang dengan tipu muslihatnya.  Kepercayaan seoramg suami kepada isteri - Khoja Maimun sangat percaya akan kesetiaan isterinya, Bibi Zainab.  Seorang isteri haruslah menjaga maruah diri. - Bibi Zainab haruslah menjaga maruah dirinya sebagai isteri kepada Khoja Maimun.  Cabaran yang dihadapi menguji kesetiaan isteri kepada suami. - Bibi Zainab terpiakt oleh ketampanan dan senyuman anak raja itu sehingga sanggup menduakan suaminya. Watak dan Perwatakan Bibi Zainab  Isteri Khoja Maimun.  Cantik dan penyayang.  Panas baran atau cepat marah membunuh tiung peliharaannya hingga mati.  Mudah tergoda oleh lelaki lain ketika ketiadaan suaminya hingga berniat untuk berlaku curang terhadap suaminya.  Suka mendengar cerita dan hikayat. Khoja Maimun  Suami Bibi Zainab.

  

Merupakan ahli perniagaan yang ternama. Pandai mencari keuntungan dalam perniagaan. Bersifat penyayang kerana dia amat menyayangi isterinya.

Burung Bayan  Dapat bercakap dengan manusia.  Dapat meramalkan perkara yang akan berlaku kelak.  Memiliki kesetiaan yang tinggi terhadap tuannya, Khoja Maimun.  Pandai bercerita dan berhikayat.  Bijak menyelesaikan sesuatu masalah. Latar Latar Tempat  Di negeri Ajam.  Di pekan.  Di rumah Khoja Mainmun. Latar Masyarakat  Masyarakat pedagang – Khoja Maimun pergi belayar untuk menjalankan perniagaannya.  Masyarakat yang dipengaruhi oleh budaya arab – Cerita yang dicerita oleh burung bayan kesemuanya berlatarbelakangkan negeri Tanah Arab.  Masyarakat isteri curang terhadap suami – Bibi Zainab berjanji untuk bertemu dengan anak raja ketika suaminya tiada di rumah.  Burung yang petah bercerita – Burung Bayan pandai bercerita tentang kisah burung bayan dicabut bulunya oleh isteri saudagar, Hikayat Taif, dan kisah suami yang sangat cemburu. Latar Masa  Pada waktu malam – Sewaktu Bibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa dengan anak raja.  Pada waktu pagi – Sewaktu setiap cerita bayan tamat dan Bibi Zainab tidak jadi bertemu dengan anak raja. Gaya Bahasa  Bahasa istana – beta, patik, tuanku.  Bahasa Melayu Kuno ( arkaik ) – sanbal (minyak wangi), hubaya – hubaya (mudah-mudahan).  Bahasa Arab – dirham, syafaat.  Simile – seperti gusi dengan gigi.  Metafora – buah hatiku, cahaya mataku. Nilai Bijaksana – Burung Bayan bijak mencari akal untuk menanguhkan niat Bibi Zainab yang ingin berjumpa dengan anak raja melalui cerita yang menarik.  Kasih sayang – Khoja Maimun yang menyayangi isterinya.  Taat setia – Bibi Zainab sebagai isteri haruslah jujur dan setia sepanjang ketiadaan suaminya yang keluar untuk berdagang.  Kesederhanaan – Bibi Zainab sebagai seorang isteri saudagar sewajarnya mengamalkan nilai kesederhanaan. Pengajaran  Kita hendaklah menggunakan akal fikiran yang waras sebelum bertindak. - Bibi Zainabharuslah berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan Berjumpa dengan anak raja.  Kita haruslah sayang akan anggota keluarga. - Khoja Maimun sangat sayang akan isterinya.  Janganlah kita menyeksa haiwan. - Bibi Zainab telah membunuh burung tiung disebabkab berasa marah.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->