You are on page 1of 45

MODEL KURIKULUM DACUM

TAJUL ASHIKIN BIN HJ HASHIM


IPGM KAMPUS PERLIS
“DEVELOPING A
CURICULLUM” (DACUM)
 SUATU PENDEKATAN INOVATIF
TERHADAP ANALISIS SESUATU
PEKERJAAN DAN JUGA KAEDAH
YANG BERKESAN DALAM
MENENTUKAN TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB YANG PERLU
DILAKSANAKAN OLEH SESEORANG
INDIVIDU (PEKERJA)
 (Finch and Crunkilton , 1989)
Dacum terdiri daripada sehelai
profil berkenaan pekerjaan yang
dapat menggambarkan secara
grafik tanggung jawab dan tugas
yang terlibat dan perlu
dilaksanakan dalam sesuatu
bidang pekerjaan
(Jones 1989)
Analisis Dacum biasanya
digunakan sebagai asas untuk
 Merekabentuk kurikulum
 Kaunseling dan pengambilan pelajar
 Keperluan terhadap keperluan pelajar
 Penilaian terhadap prestasi pekerjaan
 Merekabentuk ujian ketrampilan
 Penerangan sesuatu pekerjaan
4 komponen asas yang digunakan
dalam model Dacum ialah
 Sustu profil yang mengenalpasti sesuatu tugas
ketrampilan bagi keseluruhan pekerjaan
 Kemahiran dan tingkahlaku yang terlibat untuk
sesuatu tugas dan ketrampilan dikenalpasti
 Kemahiran dan tingkahlaku menjadi matlamat
pelatih/pelajar
 Skala pengklasan dikaitkan dengan profil untuk
tujuan penilaian pelbagai peringkat ketrampilan
Dacum beroperasi
berdasarkan 3 dasar iaitu
 Pekerja mahir adalah paling sesuai
menjelaskan tentang pekerjaan mereka sendiri
 Sebarang pekerjaan boleh dijelaskan dengan
berkesan dan mencukupi dalam bentuk
tanggungjawab oleh pekerja yang berjaya
melaksanakan tugas tersebut dengan baik
 Kesemua tugas mempunyai implikasi terhadap
pengetahuan dan sikap yang perlu ada pada
pekerja untuk melaksanakan tugas dengan baik
dan sempurna
Prosedur menghasilkan
kurikulum melalui pendekatan
Dacum
1.ANALISIS KEPERLUAN

 Kenalpasti masalah
 Kenalpasti kumpulan sasaran
 Menentukan objektif/analisis kepada
keperluan latihan (tugas pekerjaan/
kemahiran yang perlu ada0
2. PEMILIHAN AHLI PANEL

 Pengerusi
 Penyelaras kurikulum (pakar kurikulum)
 Memilih 2 orang ahli panel dalam bidang
kursus yang akan dijalankan
3. SESI SUMBANGSARAN

 Panel menyenaraikan tingkahlaku, sikap,


pengetahuan dan kemahiran dan juga
kelengkapan yang diperlukan
 Pengerusi/Pemudahcara membimbing
ahli-ahli panel terutamannya tentang
pendekatan dacum
4. Menghasilkan profil kerja

 Hasilkan profil pekerjaan


 Bincangkan setiap item (tajuk dan skop
pekerjaan,tanggungjawab secara
umum/kemahiran sesuatu tugas
Laksanakan setiap langkah kerja dalam
carta
5.PENILAIAN SEMULA
PROFIL
 Perbincangan semula untuk
memperbaiki dan memperbetulkan yang
perlu
6. PROFIL PEKERJAAN
YANG LENGKAP BAGI
SESUATU KURSUS
Tajuk 5

PELAKSANAAN KURIKULUM
KEMAHIRAN HIDUP
SEKOLAH RENDAH

Mengenalpasti dan memilih


bahan kurikulum.
PEMILIHAN KANDUNGAN KURIKULUM
 merupakan suatu aktiviti yang amat
kompleks dan memerlukan ketelitian
 pemilihan kandungan kurikulurn manifestasi
ke arah merealisasikan visi dan misi negara
yang dapat dicapai melalui proses
pendidikan
PEMILIHAN KANDUNGAN
KURIKULUM
Perkara perlu dititikberatkan dalam pemilihan
kandungan kurikulum:-
 perlu ada perseimbangan antara unsur kognitif,
afektif dan psikomotor
 Ketiga-tiga unsur ini merupakan asas dalarn proses
pengajaran dan pembelajaran ke arah pembinaan
insan yang seimbang.
 politik juga merupakan unsur yang mempengaruhi
pernilihan isi kandungan kurikulum
PERSOALAN TENTANG PEMILIHAN
KANDUNGAN MATAPELAJARAN

 dikemukakan oleb Taha (1962):-


 Setakat mana kandungan dalam sesebuah mata
pelajaran sesuai dengan keadaan semasa?
 Bagaimanakah kepentingan mara pelajaran mengikut
keadaan?
 Adakah kandungan dalam sesebuah matapelajaran selari
dengan keadaan masyarakat dan kebudayaan?
 Adakah kandungan dalam sesebuah matapelajaran
membolehkan objektif dicapai?
~Bolehkah kandungan dalam sesebuah
mata pelajaran dipelajari oleh pelajar?
~Adakah kandungan dalam sesebuah
mata pelajaran sesuai dengan kebudayaan
dan norma pelajar?
~Adakah kandungan dalam sesebuah
mata pelajaran mengambil kira kehendak
pelajar?
~Adakah kandungan dalam sesebuah
mata pelajaran mengambil kira minat
pelajar?
Mengikut John Dewey (1938)

 kurikulum merupakan ciptaan sosial


 iaitu pendidikan merupakan kaedah asas bagi
reformasi masyarakat dan menimbulkan konsep
pendidikan progresif
 Prinsip kurikulum perlu dibina dan dua asas, iaitu
bakat kanak-kanak dan kehendak-kehendak alam
sekeliling
 Keadaan ini memerlukan guru memainkan peranan
sebagai pembimbing akademik kepada pelajar
MENGIKUT JEROME BRUNER(2001)

 Kurikulum perlu berasaskan disiplin


 iaitu kurikulum perlu dipusatkan kepada disiplin
 Tujuan pendidikan adalah untuk mendekati struktur matapelajaran
dan memahaminya dan prosesnya adalah melalui pusingan iaitu,
mengenali matapelajaran dan mendalami matapelajaran.
 Mengenali dan mendalami matapelajaran memberi makna bagi satu
matapelajaran dan proses ini harus mengembangkan minat pelajar.
 Mengenali dan mendalami matapelajaran juga membolehkan kanak-
kanak kearah memahami, meninjau dan menukar keadaan alam
persekitarannya.
 Sekolah menjadi tempat memupuk keintelektualan dan proses
menjadikan minda lebih berkesan.
~Prinsip yang telah dibincangkan boleh menjadi
asas atau panduan untuk menentukan kandungan
kurikulum dan Ia dibahagikan kepada dua
keadaan:-
iaitu keadaan yang menekankan teknikal dan
keadaan mempunyai hubungkait dengan
kehendak masyarakat.
~gabungan kedua-dua keadaan ini penting untuk
mendapatkan isi kandungan kurikulum yang
bermakna kepada keadaan masyarakat dan
kehendak serta tuntutan masa.
~Kandungan kurikulum yang telah ditentukan
menjadi bahan pengajaran yang merupakan salah
satu daripada komponen kurikulum itu sendiri.
KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

 Kemahiran Hidup merupakan satu matapelajaran


bercorak amali yang diajar dalam Tahap 2.
 Matapelajaran ini digubal untuk mengembangkan
keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi
serta perniagaan dan keusahawanan.
 Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan
kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan
sikap yang positif berasaskan teknologi dan
keusahawanan.
Kandungan matapelajaran ini merangkumi dan
mendedahkan mengenai kemahiran asas,
pengetahuan yang berkaitan serta nilai dan sikap
yang perlu dipupuk seperti berdikari, inovatif,
kreatif dan sebagainya.

Kurikulum ini masih menuju ke arah


memperkembangkan kebolehan murid dalam
kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta
dan semangat keusahawanan.
Kemahiran asas yang sedemikian dapat
digunakan sepenuhnya untuk membolehkan murid
berdikari dan yakin serta mampu menjalani
kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi
dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa
berubah.

Murid juga digalak untuk merebut peluang yang


ada secara bijak, dan mengambil inisiatif
daripadanya.
Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja
yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti
amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini
dapat diwujudkan.

Dari segi kandungan, beberapa tajuk Kemahiran


Hidup Sekolah Rendah telah disusun semula
untuk mengukuhkan kesinambungan dan
mengelakkan pertindihan serta mengemaskini
kandungannya.

Elemen reka bentuk diberi lebih fokus, elemen


kreativiti dan reka cipta telah ditambah.
KRITERIA PEMILIHAN
ISIKANDUNGAN

 Di Malaysia, kurikulum dan pengajaran Kemahiran Hidup


Sekolah Rendah ( KHSR) dipilih berdasarkan kepada
model kurikulum dan pengajaran serta model semasa
dan yang berpotensi.

 Kandungan kurikulum yang dipilih mestilah yang


berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, iaitu
kurikulum yang dirancang mestilah sesuatu
pembelajaran yang dapat melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,
mengikut kepercayan dan kepatuhankepada Tuhan.
Sesuatu kurikulum yang digubal semasa memilih
kandungan mestilah terdiri daripada pembelajaran
yang mempunyai nilai- nilai murni.

Sesuatu kurikulum yang dipilih mestilah


mempunyai nilai- nilai murni bagi membentuk
modal insan yang cemerlang dan mempunyai
sifat- sifat yang positif.

Sesuatu pembelajaran itu mestilah terdiri daripada


sesuatu pelajaran yang dapat memupuk
kesedaran para pelajar terhadap penjagaan alam
sekitar bagi menjamin kualiti alam sekitar berada
pada tahap yang baik.
Dasar Negara iaitu, ianya selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara iaitu yang dapat
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari pelbagai aspek.

Haruslah berdasarkan kepada komponen


Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah, iaitu
yang merangkumi kepada perkembangan diri dan
menekankan kepada pembelajaran secara
individu dan berkumpulan bagi membolehkan
sesuatu pembelajaran itu dapat dilksanakan
secara berkesan.
Faktor Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif
juga antara perkara yang perlu diambilperhatian
semasa memilih kandungan.

Ianya merangkumi kepada pengalaman dan


memberi kemahiran kepada para pelajar seperti
bertukang, dan merekabentuk sesuatu.

Di dalam aktiviti ini, ianya melibatkan beberapa


perkara iaitu kemahiran seseorang para pelajar,
bekerjasama secara berkumpulan, berkomunikasi,
sikap kepimpinan serta merancang sesuatu aktiviti
pembelajaran berdasarkan kepada proses p&p
yang telah dijalankan.
Kehendak masyarakat juga merupakan salah satu
perkara yang perlu diberi perhatian semasa
memilih kandungan.

Sesuatu kandungan pembelajaran itu mestilah


sesuatu yang dapat memenuhi keperluan
masyarakat, sesuatu yang dapat memenuhi
keperluan tenaga pekerja, bersesuaian dengan
peringkat umur ( mengikut aras) iaitu tidak terlalu
rendah atau tingi arasnya.

Sesuatu kandungan itu juga mestilah relevan


dengan keadaan semasa, iaitu berdasarkan
kepada teknologi pada masa kini dan kajian pada
masa hadapan.
PERLAKSANAAN
KURIKULUM KHSR

 Mengenal pasti & memilih bahan-bahan


kurikulum.
 Membangunkan bahan kurikulum.
 Pembangunan kurikulum untuk peralihan
sekolah ke kerjaya.
MEMBANGUNKAN BAHAN
KURIKULUM

 Pembinaan Kurikulum

 Pengembangan Kurikulum

 Pelaksanaan Kurikulum
PEMBINAAN KURIKULUM
 Pembinaan kurikulum melibatkan pengkongsepsian
rekabentuk kurikulum. Ini adalah untuk mencapai kesemua
objektif kurikulum.

 Semua objektif ini diperhalus dan dikenal pasti mengenai isi


kandungan yang sewajar dengannya.

 Seterusnya isi kandungan bagi setiap komponen objektif


disampaikan kepada murid melalui pendekatan dan strategi
pengajaran serta bahan- bahan pembelajaran supaya
murid- murid dapat mencapai objektif yang dirancangkan.

 Bergantung kepada objektif, kegiatan pembinaan kurikulum


boleh melibatkan kegiatan yang amat besar dimensinya. Ini
amat jelas jika projek diadakan untuk mengendalikan
sesuatu program pendidikan yang luas dan menyeluruh.
 Pembina kurikulum terdiri daripada
golongan professional universiti serta
mereka yang mahir tentang sesuatu
pengajaran.

 Sebahagian besar daripada kegiatan


pembinaan kurikulum tertumpu kepada
pembinaan bahan pengajaran dan
pembelajaran.

 Kegiatan pembinaan kurikulum melibatkan


kegiatan merekabentuk kurikulum,
komponen pengajaran, rancangan
pengajaran yang khusus serta bahan-
bahan sokongan.
 Pembinaan kurikulum secara sektoral dapat
menghasilkan suatu pengembangan kurikulum.
Dalam melaksanakan kurikulum, beberapa
pembaharuan telah dilakukan.

 Hasil- hasil pembaharuan ini mendorong kepada


suatu pengembangan kurikulum baru (Kurikulum
1975).

 Dengan itu, langkah- langkah pembinaan


kurikulum menjadi dasar bagi pengembangan
kurikulum. ( Hilda Taba, Curriculum
development, Theory and Practice ).
PENGEMBANGAN KURIKULUM
 Kegiatan pengembangan kurikulum mencakupi
penyusunan kurikulum itu sendiri, pelaksanaan di
sekolah yang disertai dengan penilaian yang intensif
dan penyempurnaan yang dilakukan terhadap
komponen- komponen tertentu
 Sinonim dengan ‘curriculum development ‘,
pengembangan kurikulum bererti perubahan dan
peralihan dari satu kurikulum kepada kurikulum yang
lain.
 Contohnya dari kurikulum 1968 ( ‘ subject matter
curriculum’) ke kurikulum 1975 yang memiliki cirri- cirri
‘correlated’ , ‘broad fields of subject matter’ dan
‘integrated’.
 Perubahan ini berlaku dalam jangka waktu yang
panjang.
Tyler (1949 ) dan Taba (1962)

 Mencadangkan perkara utama dalam


merancang kurikulum ialah analisis keperluan.
Keperluan dalam mewujudkan kurikulum baru
atau mengubahsuai kurikulum sedia ada.

Evans dan Herr (1978)


Mencadangkan tiga perkara iaitu;

1. Mengambil kira keperluan sektor pekerjaan


2. Pelbagaikan opsyen kursus -dapat
perbanyakan pilihan
3. Pelbagaikan teknik pengajaran - dapat
memenuhi pelbagai gaya pembelajaran
PELAKSANAAN KURIKULUM
 Proses pemasangan kurikulum ialah proses
menyampaikan dan mengemukakan kurikulum kepada
guru di sekolah yang terlibat dengan projek
pengembangan kurikulum.

 Penyebaran kurikulum ialah proses penyampaian dan


pengenalan kepada sasaran yang tidak termasuk dalam
proses pemasangan.

 Projek- projek kurikulum mempunyai kumpulan sasaran


dan skala penyebaran tertentu.
 Pelaksanaan kurikulum berlaku apabila sifat-
sifat rekabentuk yang ditampilkan oleh
kurikulum muncul dalam pemgajaran.

 Sifat – sifat yang muncul mempunyai julat yang


terdiri daripada semua aspek seperti yang
dikehendaki oleh Pembina kurikulum yang
merangkumi semua aspek kurikulum.
Fullen & Pomfret ( 1977 )

 mengatakan bahawa aspek- aspek


kurikulum boleh dilihat dari lima dimensi
iaitu :
 Bahan
 Struktur
 Peranan
 Pengetahuan dan kefahaman
 Pelaksanaan nilai- nilai rekabentuk baru.
 Penggunaan kurikulum boleh juga
berlaku dalam bentuk ubahsuai menurut
cara atau kaedah yang sesuai dengan
sesuatu keadaan.

 Penyampaian maklumat melibatkan


pendekatan untuk mengorientasi guru
kepada kurikulum dan membekalkan
kurikulum kepada guru.
PEMBANGUNAN KURIKULUM
UNTUK PERALIHAN SEKOLAH KE
KERJAYA
 Reformasi pendidikan pada tahun 1989 telah membawa perubahan
pada PTV di sekolah menengah biasa atau akademik.

 Kurikulum baru telah menawarkan mata pelajaran Kemahiran Hidup


kepada pelajar sekolah rendah dari tahun 4 - 6 seterusnya ke
peringkat menengah rendah.

 Mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan di


SMA pada peringkat menengah atas.

 Beberapa nama kursus di SMT dan SM Vokasonal di beri nama


baru selaras dengan keperluan semasa yang lebih releven

 Penambahan kursus di peringkat Politeknik dan IPTA


 Program Sekolah Ke Kerjaya (SKK)
 1996, KPM melonggarkan kemasukan ke
T4. (PMR 4D)
 1997 & 1998, kepada 1D
 1999, semua pelajar layak
PELAKSANAAN PROGRAM
SKK
 Menggubal SKK bagi memastikan pelajar
lemah dapat meningkatkan pencapaian
akademiknya dan menfaatkan potensi dirinya

 Dilaksanakan secara rintis tahun 1998

 SKK adalah program pendidikan dan latihan


tempat kerja bagi mengembangkan potensi
pelajar dgn membekalkan pengetahuan &
kemahiran melalui pengalaman tempat kerja
Objektif SKK

 Membolehkan pelajar mengikuti panduan pengajaran dan


pembelajaran setaraf dengan kebolehan dan keupayaan
mereka dari segi akademik

 Mengembangkan potensi dan kemahiran pelajar


melalui pengalaman tempat kerja

 Memanfaatkan masa pelajar di peringkat SM terutama utk


mereka yg berpencapaian rendah dari segi akademik

You might also like