You are on page 1of 4

LAPORAN AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID

PENDIDIKAN KHAS SK. MATANG, 34750 MATANG, PERAK.

Pada 24 April 2010, Program lawatan sambil belajar telah diadakan oleh
persatuan Pendidikan Agama Islam kepada murid-murid Pendidikan Khas Matang ke
Cameron Highlands. Dengan disertai seramai 23 orang murid dan 18 orang guru.
Lawatan ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan aktiviti luar.

Kami bertolak dari SK Matang pada pukul 7.15 pagi dan terus ke perhentian
R&R Sungai Perak untuk sarapan pagi. Rombongan kami turut diiringi oleh wakil
pihak PLUS sehingga ke Cameron Highlands. Dalam pukul 11.00 pagi rombongan
sampai dan meneruskan lawatan ke Mardi. Dikawasan tersebut kami melihat pelbagai
jenis tanaman yang diusahakan oleh pihak Mardi antaranya strawberry, anggur dan
sebagainya.

Setelah selesai lawatan di Mardi, kami berhenti rehat dan makan tenggahari di
taman berdekatan dengan Mardi. Seterusnya perjalanan diteruskan ke Kea Farm dan
pusat jualan sayur sehingga ke pukul 6.00 petang. Seterusnya kami bertolak pulang
dan tiba di SK Matang dalam jam 9.00 malam.

PENUTUP
Adalah diharapkan program ini mendapat manfaat sebagaimana yang telah
dirancangkan. Rehlah yang dijalankan ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara murid-murid dan guru-guru. Ucapan setinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

RODZIYAH BINTI JOHAN PN. SHAMSIAH BT HJ MOHD JAIZ


Setiausaha Program Lawatan, Penyelaras
Riadhah dan Mobiliti. Pendidikan Khas 2010
Program Pendidikan Khas SK Matang
SK Matang.
PROGRAM

LAWATAN

SAMBIL BELAJAR

MURID-MURID

PENDIDIKAN

KHAS

SK. MATANG

24-04-2010

You might also like