You are on page 1of 8

Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid

Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan


Suku Kata Dan Gambar

Oleh
ROZIAH BINTI ABD HAMID

Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan,


27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur.

ABSTRAK

Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata
pelajaran terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk membaca dengan
baik, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana
kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid
bermula dari Tahun 1 lagi. Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan
murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat
menjawab soalan yang akan dikemukakan. Sehubungan itu, satu kajian telah diadakan
bagi mengetahui kebolehan murid dalam membaca ayat dengan lancar. Berdasarkan
sesi bacaan yang telah dijalankan ke atas 27 orang murid Tahun 1 Murni, didapati
seramai 10 orang murid begitu lemah dalam sesi bacaan ini. Bagi membendung
masalah ini, saya telah mengambil langkah menjalankan pengumpulan data melalui
pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Saya telah menjalankan kajian ini bagi
mengenal pasti masalah dan punca yang menyebabkan mereka amat lemah dalam
kemahiran mengeja dan membaca. Melalui kajian ini saya begitu mengharapkan
masalah kemahiran membaca murid dapat diatasi bagi meningkatkan prestasi
murid. Selain itu saya begitu mengharapkan pelajar-pelajar ini dapat bersaing
dengan rakan-rakan yang lain serta mengikuti sesi pembelajaran dalam kelas biasa.
Dapatan daripada ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan yang agak
memberangsangkan.

ISU KAJIAN

Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang perlu dipelajari sama ada di
Sekolah Kebangsaan mahupun di Sekolah Jenis Kebangsaan. Saranan Kementerian Pelajaran Malaysia
yang mewajibkan para pelajar lulus di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat PMR dan
SPM adalah amat baik bagi memartabatkan Bahasa Melayu di negara kita. Ini kerana Bahasa Melayu
bukan sahaja merupakan bahasa ibunda kita malahan ia merupakan bahasa utama yang sering diguna
selain daripada bahasa Inggeris.

Sehubungan itu, asas utama dalam memartabatkan Bahasa Melayu ini ialah dengan mewajibkan
pengajaran Bahasa Melayu bermula dari sekolah rendah iaitu mendedahkan pelajar dengan perkataan-
perkataan yang mudah dan senang untuk difahami sesuai dengan umur dan tahap keupayaan mereka.
Selaku guru Bahasa Melayu di sekolah saya mengambil kesempatan untuk menjalankan kajian
mengenai tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca dengan menggunakan suku kata dan
gambar.

92
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam kelas saya, Kelas 1 Murni, didapati
kebanyakan pelajar tidak pandai membaca, malah ada sesetengahnya tidak pandai mengeja suku kata,
terutamanya suku kata KV + KVK, dan KV + KVKK. Keadaan ini menyebabkan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan menimbulkan rasa bosan
bagi pelajar yang sudah pandai dan tahu membaca ayat mudah.

REFLEKSI ISU KAJIAN

Berdasarkan isu ini, saya telah membuat beberapa tinjauan awal. Antaranya ialah menjalankan ujian
pra bacaan kepada seramai 27 orang murid-murid di dalam kelas saya. Ujian yang dijalankan adalah
seperti membaca cerita pendek.

Hasil daripada ujian tersebut, didapati 10 orang daripada mereka tidak pandai membaca cerita pendek
tersebut. Ini disebabkan mereka tidak pandai menyebut suku kata KV + KVK atau KV + KVKK yang
terdapat di dalam cerita tersebut. Keadaan ini menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kemahiran
membaca dan mengeja adalah sangat lemah. Ini akan mengakibatkan mereka tidak tahu apa yang
terdapat di dalam petikan dan seterusnya tidak dapat menjawab soalan diberikan. Ini mengakibatkan
mereka gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Oleh yang demikian, fokus kajian saya ialah meningkatkan Kemahiran Membaca murid-murid Tahun
1 dengan latih tubi menggunakan suku kata KV + KVK dan KV + KVKK serta kad gambar.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 menggunakan kad suku


kata dan gambar.
2. Merancang tindakan untuk mengatasi masalah membaca.
3. Menilai keberkesanan penggunaan kad suku kata dan gambar dalam meningkatkan
penguasaan kemahiran membaca dengan lancar.

KUMPULAN SASARAN

Responden kajian saya terdiri daripada 10 orang murid iaitu 2 orang murid perempuan dan 8 orang
murid lelaki Tahun 1 Murni dalam lingkungan umur 7 tahun, di mana tahap pencapaian mereka
adalah sederhana dan amat lemah. Kumpulan ini dipilih melalui ujian membaca dengan lancar yang
telah diadakan pada 9- 10 April 2005. Semasa ujian tersebut diadakan terdapat seorang murid yang
langsung tidak boleh membaca. Ini kerana murid tersebut agak buta huruf dan mudah lupa apa yang
telah dipelajari atau perkataaan yang telah disebut. Keadaan ini betul-betul menuntut kesabaran dan
komitmen yang tinggi dari pihak saya.

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang saya gunakan dalam kajian ini ialah Ujian pra dan ujian pasca bacaan. Instrumen
ini dipilih berdasarkan perbincangan dengan rakan sejawat yang lain dan dilakukan pada 9 – 10
April 2005. Bagi menilai instrumen ini, satu markah akan diberikan kepada setiap murid yang boleh
membaca setiap satu perkataan (sila rujuk Lampiran A )
93
LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Setiap kali masuk kelas selama tiga minggu berturut-turut, saya telah menjalankan aktiviti berikut:

Minggu pertama (11 - 13 April 2005)

1. Ujian mengeja suku kata KV


2. Ujian mengeja 2 suku kata KV + KV
3. Ujian mengeja 3 suku kata KV + KVK + KV, KV K + KV + KV

• Guru menunjukkan gambar dan minta murid menamakan gambar. Guru


mengedarkan kad huruf dan meminta murid munyusun huruf supaya menjadi
perkataan yang bermakna.
• Minta murid membaca perkataan yang telah disusun (sila lihat Lampiran B)

Minggu kedua (16 - 17 April 2005)

1. Pelajar diminta meneliti semula gambar yang diberi kemudian diminta mengeja
perkataan berpandukan gambar.
2. Latih-tubi mengeja perkataan berpandukan gambar.
3. Mengenalkan perkataan-perkataan baru.
4. Murid diminta mengeja perkataan sambil menutup mata (sila rujuk lampiran C)

Minggu ketiga (23 -25 April 2005)

1. Mengenalkan kepada murid beberapa ayat mudah daripada perkataan yang telah di
pelajari.
2. Bimbing murid membaca ayat mudah.
3. Latih-tubi murid membaca ayat mudah yang di beri.
4. Ujian membaca ayat mudah.

• Aktiviti ini diteruskan kepada pelajar yang masih belum menguasai kemahiran
mengeja, membatang suku kata dan membaca dengan lancar. Manakala pelajar
yang telah menguasai kemahiran membaca akan diberika ayat pendek yang lain
(sila rujuk lampiran D)

PENGUMPULAN DATA

Kajian ini menggunakan instrumen-instrumen berikut:

Ujian Pra
Tarikh : 9 – 10 Mac 2005
Masa diberi : 10 minit setiap orang
Jumlah suku kata : 10 suku kata

Ujian Pasca
Tarikh : 02 – 04 Mei 2005
Masa diberi : 10 minit seorang
Jumlah suku kata : 10 suku kata

Soalan Pra dan Pasca adalah berbeza tetapi masih menggunakan kaedah mengeja suku kata yang
sama. Ini bertujuan untuk mengetahui sama ada murid dapat atau belum menguasai kemahiran
94
mengeja, membatang suku kata dan seterusnya membaca ayat pendek.

KEPUTUSAN (ANALISIS DATA)

Jadual 1 menunjukkan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca yang telah dibuat pada 09 – 10 Mac2005
dan 02 – 04 April 2005 yang lalu. Berdasarkan ujian pra dan ujian pasca yang telah dibuat, jelas
menunjukkan perbezaan keputusan yang diperolehi. Dalam ujian pra yang telah dibuat, markah yang
diperolehi bagi 1 suku kata ialah 26, 2 suku kata ialah 17 dan 3 suku kata ialah 9. Ini menjadikan
jumlah keseluruhannya ialah 52.

Ujian pasca dilakukan selepas ujian pra. Berikut adalah hasil pencapaian yang telah didapati yang
mana bagi ujian 1 suku kata, markahnya ialah 36, 2 suku kata 31 dan 3 suku kata, markahnya 17.
Jumlah keseluruhan markah yang didapati ialah 84.

Dari keputusan di atas, didapati ada keberkesanan dan peningkatan dalam mengeja perkataan yang
mengandungi suku kata dan perkataan yang telah diberikan. Ini dapat dilihat pada peratusan markah
pada Jadual 2. Dalam ujian pra, peratusan yang diperolehi bagi 1 suku kata ialah 50%, dua suku kata
20% dan tiga suku kata 0%. Manakala dalam ujian pasca pula, peratusan bagi ujian satu suku kata telah
meningkat kepada 90%, dua suku kata 60% dan tiga suku kata 20%. Ini menunjukkan peningkatan
yang agak memberangsangkan.

Jadual 1 : Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Sebelum Tindakan Selepas Tindakan


Nama
Bilangan

Murid
1 suku 2 suku 3 suku Jumlah 1 suku 2 suku 3 suku Jumlah
kata kata kata kata kata kata

1 Mohd Huzaifah 2 1 1 4 3 2 2 7
2 Aina Mardiha 4 3 2 8 5 4 3 12
3 Muhd Amirul 3 2 2 7 4 4 3 11
4 Wan Nur Aisyah 2 2 0 4 3 3 1 7
5 Mohd Mustafa 3 2 1 6 4 4 2 10
6 Shahrul Izwan 3 1 1 5 4 4 2 10
7 Afiq Ubaidillah 4 3 2 8 5 5 2 12
8 Mohd Muazim 2 1 0 3 3 2 1 6
9 Mohd Firdous 2 1 0 3 3 2 1 6
10 Muhd Asraf 1 1 0 2 2 1 0 3

Jumlah 26 17 9 52 36 31 17 84

95
Jadual 2 : Analisis Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian Pra Ujian Pasca


GRED

1 suku 2 suku 3 suku 1 suku 2 suku 3 suku


kata kata kata kata kata kata

Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

Cemerlang 0 0% 0 0% 0 0% 2 20% 1 10% 0 0%


5
Baik 2 20% 0 0% 0 0% 3 30% 4 40% 0 0%
4
Sederhana 3 30% 2 20% 0 0% 4 40% 1 10% 2 20%
3
Lemah 5 50% 8 80% 0 100% 1 10% 4 40% 8 80%
1&2

Jumlah 10 50% 10 20% 10 0% 10 90% 10 60% 10 20%

REFLEKSI TINDAKAN

Melalui kajian tindakan yang telah dijalankan saya dapati ada menampakkan hasil yang agak
membanggakan. Pencapaian dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran membaca dengan
menggunakan kad suku kata dan gambar telah dapat ditingkatkan.

Ketika saya menjalankan kajian ini terdapat pelbagai rintangan yang terpaksa dihadapi. Antara
masalah yang saya hadapi ialah kekangan masa. Seperti mana yang diketahui, masa sangatlah penting
dan ianya merupakan satu perkara yang amat terbatas dalam menjayakan program kajian ini. Saya
terpaksa membahagikan masa untuk pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa, kursus-kursus dan
kajian tindakan ini.

Pada peringkat awal juga, tiada kerjasama daripada rakan sejawat dan murid-murid yang terlibat bagi
mendapatkan maklumat yang diperlukan. Terdapat pelajar yang buta huruf, tidak boleh membatang
perkataan, mudah lupa apa yang telah dibaca dan tidak memberi tumpuan terhadap aktiviti yang
dijalankan.

Namun segala rintangan itu dapat diatasi dan saya amat gembira dan berbangga kerana kajian tindakan
yang dijalankan telah menampakkan hasil yang agak memberangsangkan.

96
PENUTUP

Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, banyak pengalaman yang dapat dikutip. Antaranya ialah
kesabaran dan komitmen guru yang tinggi yang bertindak sebagai pengkaji sangatlah diharapkan.
Selain itu, kerjasama dari semua pihak sangat diperlukan terutamanya daripada pihak sekolah, rakan
sejawat dan yang paling penting dari murid-murid itu sendiri.Perkara yang paling penting sekali ialah
dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca dengan lancar.

RUJUKAN

Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme Perguruan. (2004)


Jurnal kajian tindakan guru.

LAMPIRAN A

Bola.
Ini bola.
Ini bola Abu.

Ayam.
Ini ayam.
Ini ayam jantan.
Ini ayam jantan saya.

Nuri.
Burung Nuri.
Burung Nuri ini cantik.

97
LAMPIRAN B

LANGKAH TINDAKAN

1. Ujian mengeja suku kata KV

Contoh:

1 suku kata

1. ba 2. ta 3. ma 4. da 5. lo
6. sa 7. ku 8. ti 9. pe 10. ro

2. Ujian mengeja 2 suku kata KV + KV

Contoh:

1. bola 2. kaki 3. mata 4. satu 5. beca


6. buku 7. lori 8. roda 9. raga 10. koma

3. Ujian mengeja 3 suku kata KV + KVK + KVK, KVK + KV + KV

Contoh:

1. menyanyi 2. menari 3. melompat 4. membaca 5. menulis


6. membeli 7. basikal 8. selamat 9. pembaris 10. pemadam

1. Tunjukkan gambar dan minta murid menamakan gambar. Mengedarkan kad huruf dan
meminta murid munyusun huruf supaya menjadi perkataan yang bermakna.

obla atam kubu

2. Minta murid membaca perkataan yang telah disusun.


Contoh:
bola mata buku

98
LAMPIRAN C

Minggu kedua

Contoh :

1. mama 2. kereta 3. menyapu


4. memasak 5. kasut
6. pensel 7. berenang 8. cahaya
9. jejantas 10. padang

LAMPIRAN D

Contoh ayat:

Kereta.
Ini kereta.
Ini kereta papa.
Kereta ini berwarna merah
dan cantik.

Pensel.
Ini pensel Abu.
Pensel ini baru.
Abu beli pensel ini di kedai.

99

You might also like