You are on page 1of 11

HUKUM -HUKUM BERKAITAN

PUASA
almadani's Site http://almadanii.multiply.com/journal/item/11
Ta`rif Puasa

Ta'rif Puasa : merupakan ibadat kepada ALLAH dengan meninggalkan perkara-perkara yang
dilarang mulai terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam. Nabi sallallaahu`alaihi wasallam
bersabda :

" Islam dibina atas 5 perkara : mengucap syahadah, mendirikan solat, membayar zakat,
berpuasa pada bulan Ramadhan dan Haji ke Baitullaah al-Haram" [mutafaq 'alaih].

Siapakah Yang Wajib Berpuasa

* Puasa wajib bagi semua orang Islam yang Baligh dan berakal dan bermukim. Orang kafir
tidak wajib puasa dan mereka tidak perlu qadha' puasa jika mereka memeluk Islam.

* Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib puasa akan tetapi disuruh melakukannya agar
merekaa menjadi biasa dengan berpuasa.

* Pesakit yang mempunyai penyakit (emergency) dan sedang menunggu sembuh boleh
bebuka puasa dan setelah sembuh hendaklah mengqadha'nya.

* Orang gila tidak wajib puasa tetapi tidak boleh memberinyamakan jika dia sudah baligh.

* Orang yang tak berupaya ('aajuz) berpuasa atas sebab kekal (permanent) sebagaimana
orang tua atau pesakit yang tiada harapan sembuh - setiap hari hendaklah diberi makan
kepada orang miskin.

* Wanita yang hamil dan menyusu jika menhadapi kesukaran keatasnya berpuasa
disebabkan mengandung atau menyusu, boleh berbuka dan menqadha' puasanya setelah
datang keringanan dan hilangnya kebimbangan.

* Wanita haidh dan Nifas tidak boleh berpuasa didalam keadaan yang sedemikian, dan dia
wajib mengqadha' puasa yang tertinggal.

* Melakukan operasi penyelamat (rescue) dari mati lemas atau kebakaran boleh berbuka
untuk menyelamatkannya dan hendaklah diqadha' puasa.

* Orang yang bermusafir diberi pilihan berpuasa atau berbuka, dan wajib mengqadha'
sekiranya berbuka didalam musafir, samada yang 'emergency', atau seperti Umrah atau
sentiasa bermusafir seperti pemandu teksi, mereka boleh berbuka selama mana mereka
tidak berada dinegara mereka.

Perkara Yang Wajib Didalam Berpuasa

1-Niat : Wajib berniat didalam puasa sebelum terbit fajar, Nabi sallallaahu`alaihi wasallam
bersabda :

"Barangsiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa
baginya"[Sahih Abi Daud] .

Sabda Nabi sallallaahualaihi wasallam didalam hadith lain :-

Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malamnya maka tiadalah puasa baginya" [Sahih
al-Nasaa'i].

Niat tempatnya dihati, melafaznya tidaklah datang dari nabi sallallaahu`alaihi wasallam dan
tiada mana-mana sahabat radhiallaahu`anhum melakukannya. Melafazkan niat hanyalah
sewaktu mengerjakan haji dan umrah sahaja berdasarkan hadith-hadith sahih. Ada pun niat
solat fardhu dan solat sunat termasuk sunat tarawih dan witir tidak kita ketemu dalam
hadith Nabi sallallaahu`alaihi wasallam.

[Komentar: Umumnya,masyarakat Islam masih bergantung kepada Lafaz Niat : "Nawaitu


Sauma ghadin..." Kalau ingin melafazkan niat seperti ini maka hendaklah dia berazam
didalam hatinya untuk melakukan puasa pada keesokkan harinya. Yang menjadi rukun
adalah niat yang berbentuk azam dan sekiranya terlintas dihati pada malam hari atau
sewaktu sahur untuk berpuasa Ramadhan maka itu lah niat]

2- Waktu berpuasa :
Firman ALLAH :

"Makan dan minumlah sehingga jelas kepada kamu benang (garis) putih dari benang (garis)
hitam, iaitu fajar" [surah al-Baqarah : 187]

* Fajar Kazib - padanya tidak dibenarkan solat subuh, tidak diharamkan makan dan minum.
Ia merupakan cahaya putih terang yang berbentuk segi empat (komentar : seperti tiang
cahaya putih yang menegak selama 20min sebelum fajar sebenar/solat fajar).
* Fajar Saadiq - padanya diharamkan makan bagi yang berpuasa, dibenarkan solat fajar,
kelihatan segi empat merah diatas puncak gunung ganang.(komentar: garis putih
bertebaran secara mendatar).

Apabila malam tiba dari arah timur dan berlalu dari arah barat, dan matahari terbenam,
maka bolehlah berbuka puasa.Nabi sallallaahu`alaihi wasallam bersabda :

"
Apabila datangnya malam dari sini dan berlalunya siang dari sini, dan terbenamnya
matahari, maka berbukalah puasa" [Hadith Mutafaq a'alaih].
Perkara Yang Membatalkan Puasa

* Makan dan minum dengan sengaja : samaada ianya bermunafaat atau mudharat seperti
asap. Jika dia terlupa atau tersilap atau dipaksa maka tidaklah mengapa dengan kehendak
ALLAH, Nabi sallallaahualaihi wasallam bersabda ;

"Jika seseorang terlupa lalu di makan dan minum air, maka sempurnakanlah puasanya,
kerana sesungguhnya ALLAH yang memberi dia makan dan minum" [Hadith Muttafaq
'alaih].
Batal puasa jika menelan dengan sengaja sesuatu walau sebesar biji sawi atau sisa
makanan di gigi.

* Muntah dengan sengaja : iaitu mengeluarkan apa yang ada didalam perut melalui mulut.
Sabda Nabi sallallaahu`alaihi wasallam:

"Barangsiapa yang muntah (tidak sengaja, sedangkan dia sedang berpuasa) tidak ada
qadha' baginya, dan barangsiapa yang sengaja maka baginya qadha'"[Hadith Sahih Abu
Daud].
Jika muntah tanpa sengaja maka puasanya tidak batal dan tidak wajib diqadha.

* Berjima' : jika berlaku pada siang hari Ramadhan dari orang yang berpuasa wajib, maka
keatasnya qadha' kafaarah, iaitu membebaskan seorang hamba, dan jika tidak menjumpai
hendaklah berpuasa 2 bulan berturut2, dan jika tidak mampu, memberi makan kepada 60
orang miskin.

* Injeksi makanan : iaitu menyalurkan bahan makanan melalui usus atau darah dengan
tujuan pemakanan keatas pesakit, dan jenis-jenis ini membatalkan puasa, kerana ini masuk
melalui rongga.

* Haidh dan Nifas : keluar darah dari wanita sebahagian hari siang samada menjumpainya
awal atau akhir, dia wajib berbuka dan mengqadha'nya.

* Mengeluarkan mani : melakukan onani (masturbation) atau bercumbu atau bercium, atau
apa sahaja perbuatan kearah itu, dan jika dia bermimpi bersetubuh maka tidaklah
membatalkan puasa kerana ia bukanlah diatas kehendak mereka yang berpuasa.

* Keluarnya darah : contohnya pendarahan berlaku kepada yang berpuasa, diberikan ganti
atas apa yang dikeluarkan.

* Memasukkan sesuatu yang bukan makanan pokok melalui lubang atau rongga yang boleh
sampai ke perut seperti gula, garam, mentega, dan lain lain.

* Makan, minum dan bersetubuh dengan meyakini bahawa matahari sudah terbenam atau
fajar belum terbit tetapi setelah itu ternyata sebaliknya, matahari belum terbenam atau
fajar sudah terbit. Dalam keadaan seperti ini batallah puasa dan wajib baginya
mengqadhanya di kemudian hari.

Qadha' Puasa
Adalah mustahab (digalakkan) menyegerakan diri untuk qadha' puasa dan tidak disukai
melewatkannya, tidak wajib berturut2 didalam Qadha'. Pada ulama' rahimahumullah
bersetuju secara ijma' bahawa barangsiapa yang mati dan dia juga meninggalkan solat
maka tiada qadha' baginya. Begitulah dari golongan yang lemah ('ajuz) yang tidak berpuasa
sekalipun didalam hidupnya, mereka dikehendaki memberi makan hari-hari yang
ditinggalkan kepada orang miskin. Akan tetapi, barangsiapa yang sedang berpuasa mati,
maka wajib puasa keatasnya. Sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam :

"Barangsiapa yang mati sedangkan ia masih mempunyai puasa wajib, maka berpuasalah
walinya untuknya" [Hadith Muttafqa 'Alaih].

Yang membatalkan puasa dan mewajibkan qadha(ganti) dan kaffarah(denda) ialah ;-

Jima' atau bersetubuh di siang hari bulan Ramadhan dengan sengaja, walaupun tanpa
mengeluarkan air mani, dan kewajiban ini berlaku bagi keduanya, lelaki dan wanita, seperti
yang terjadi kepada seorang badui yang datang kepada Nabi sallallaahu`alaihi wasallam
dan menceritakan bahwa dia telah bersetubuh dengan isterinya, maka kemudian Nabi
sallallaahu`alaihi wasallam mewajibkan dia untuk membayar kaffarah, iaitu secara
berurutan; memerdekakan seorang hamba, jika tidak mampu berpuasa dua bulan berturut
turut, dan jika tidak mampu memberi makan 60 orang miskin. (HR. Jama'ah dari Abi
Hurairah. Lihat : Nailul Autor 4/214)

Perkara-perkara yang dimakruhkan ketika berpuasa :

1. Puasa wisol (dua hari bersambung tanpa berbuka).

2. Melakukan hubungan mesra dengan isteri tanpa bersetubuh, seperti mencium,


meraba, dan lain lain, kerana dikhuatirkan boleh mengeluarkan air mani yang boleh
membatalkan puasa, dan dikhuatiri jatuh dalam persetubuhan yang haram untuk dilakukan,
yang mana dendanya amat berat iaitu berpuasa 2 bulan berturut-turut.

3. Berlebih lebihan dalam melakukan hal yang mubah (harus) seperti mencium wangi
wangian disiang hari bulan Ramadhan.

4. Merasa makanan dilidah kerana dikhuatiri tertelan dan bercampur ludah yang
kemudian tertelan.

5. Berkumur dan istinsyaq (menghisap air dengan hidung) secara berlebihan kerana
dikhuatiri tertelan yang mengakibatkan puasanya menjadi batal.

Sunat-sunat Puasa

1- Berbuka Puasa : Mempercepatkan berbuka puasa merupakan sunnah Nabi


sallallaahu`alaihi wasallam dan juga larangan kaum Yahudi dan Nasrani, mereka
melewatkannya, mereka melambat-lambatkan waktunya. Nabi sallallaahu`alaihi wasallam
bersabda :

"Sentiasa manusia itu berada didalam kebaikkan selama dia mendahulukan berbuka puasa"
[Hadith Muttafaq 'alaih].
* Berbuka sebelum Solat Maghrib : dari Anas radhiallahu `anhu, dia berkata :
"Rasulullah sallallaahu`alaihi wasallam pernah berbuka sebelum bersolat' [Hadith hasan
riwayat Abu Daud].

* Apa yang sallallaahu`alaihi wasallam makan sewaktu berbuka?


Dari Anas bin Malik radhiallahu`anhu, dia berkata :
‫ فإن لم يكه تمرات‬،‫ فإن لم يكه رطبات فتمرات‬،‫قبل أن يصلي‬
‫حسا حسوات مه ماء‬
"Nabi sallallaahu`alaihi wasallam berbuka dengan Rutabaat (kurma matang) sebelum solat,
dan jika tidak ada kurma matang maka beberapa biji kurma biasa, dan jika tiada kurma
biasa, cukuplah dengan beberapa teguk air" [Hadith Sahih Abi Daud].

* Apa yang baginda sallallaahu`alaihi wasallam ucapkan ketika berpuasa?


Nabi sallallaahu`alaihi wasallam berkata :

"bagi orang yang berbuka, do'anya tidak akan ditolak" [Hadith Sahih Ibn Majah].
Nabi sallallaahu`alaihi wasallam sewaktu berbuka puasa berdo'a

ُ‫َذهَبَ الّظَمَأُ وَا ْبتَلَتِ الْعُرُوقُ َو َثبَتَ األَجْرُ إِنْ شَاءَ اللّه‬
"Telah pergi kehausan dan telah membasahi urat-urat, dan pasti ganjaran dengan kehendak
ALLAH" [Hadith Sahih Abi Daud] .

[Komentar : Adalah tidak betul perbuatan seseorang yang melewatkan berbuka disebabkan
baginya azan maghrib masih berkumandang.

2-Sahur
Sabda Nabi sallallaahu`alaihi wasallam:

"Perbezaan puasa diantara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur:" [Hadith
Riwayat Muslim]. Bersabda Nabi sallallaahu`alaihi wasallam didalam hadith yang lain :

"Barakah ada didalam 3 perkara : Jaemaah, bubur dan sahur" [Hadith Riwayat al-Tabarani
didalam al-Kabir].

Sahur merupakan berkat yang zahir, tidak wajar ditinggalkan kerana mematuhi Sunnah.
Sahur memberi kekuatan bagi yang berpuasa. Ia merupakan makanan yang diberkati
sebagaimana Nabi sallallaahu`alaihi wasallam menyebut namanya : "Anda telah sampai
kepada makanan yang diberkati" [Sunan Abu Daud]. Sabda Nabi sallallaahu`alaihi wasallam
lagi :

‫فإن اهلل ومالئكته يصلون على المتسحريه‬


"Makan Sahur adalah berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun salah
seorang dari kamu minum seteguk air, kerana sesungguhnya Malaikat berselawat keatas
orang2 yang bersahur" [Hadith Hasan riwayat Imam Ahmad]. Sabda Nabi sallallaahu`alaihi
wasallam lagi :

"Nikmat Sahur orang beriman adalah kurma" [Sahih Riwayat Abi Daud].
Dan telah menjadi petunjuk Nabi sallallaahu`alaihi wasallam agar melewatkan sahur
sebaik2 sebelum subuh/fajar.

[Komentar : waktu Imsak yang diamalkan 10 minit sebelum masuk waktu fajar bukanlah
diamalkan oleh para salaf rahimahumullah. Ibnu Kathir rahimahullah meriwayatkan bahawa
kebanyakkan ulama Salaf rahimahumullah bertolanransi didalam bab makan sahur sehingga
hampir fajar. Begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan
berkumandang, adalah sunnah baginya menyelesaikan hajatnya dan bukan meludahkan air.
Sabda Nabi sallallaahu`alaihi wasallam:

"Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan sementara piring sudah ditangan,
janganlah piring itu diletakkan sehingga dia menunaikan hajatnya" [Hadith Riwayat al-
Hakim] .

3. Mengurangkan makan dan minum sewaktu berbuka dan bersahur.


Orang yang berpuasa tidak akan dapat faedah berpuasa apabila gelojoh sewaktu berbuka
dan sewaktu bersahur. Penyediaan makanan yang berlebihan dan lebih istimewa pada bulan
puasa berbanding bulan-bulan yang lain adalah hanya untuk menambah selera dan
memenuhi hawa nafsu. Maka puasa tiada lagi berfungsi untuk mematahkan syahwat yang
berlebihan.

Dengan gaya pemakanan sedemikian akan lahir sifat malas. Bila tabiat makan terlalu
kenyang menjadi amalan, si pelahap makan ini akan sentiasa lemah lesu. Proses
penghadaman pula turut kelam kabut. Apabila keadaan ini terjadi, beberapa tabiat buruk
yang lain seperti suka tidur, malas bergerak dan seumpamanya, akan turut hinggap pada
diri orang yang demikian.Tabiat ini terbentuk hasil daripada sikap yang suka makan banyak
dengan gelojoh itu, akhirnya akan menyebabkan tubuh seseorang menjadi lemah. Seiring
itu, aliran darah dalam tubuh akan menjadi lembap.Makanan yang dimakan secara gelojoh
biasanya tidak sempat dikunyah dengan lumat. Ini mendatangkan kesan sampingan lain
seperti menyukarkan proses penghadaman dan pernafasan.

Dalam hubungan ini, huraian Imam Syafi`e rahimahullah mengenai sistem pemakanan
seperti nukilan Ar-Rabi` bin Sulaiman rahimahumallah boleh dijadikan bahan renungan
yang baik. beliau menukilkan: “Imam Syafi`e rahimahullah pernah berkata,aku tidak
pernah makan kenyang sejak berusia 16 tahun kerana kekenyangan akan menambahkan
berat badan, mengeraskan hati, menumpulkan otak, menyebabkan mengantuk dan malas
beriadah.”

Jelas kepada kita sejak dahulu lagi, ulama rahimahumullah mengambil berat mengenai soal
makan dan pemakanan. Puncak daripada persoalan ini ialah Islam menganjurkan puasa
Ramadan bagi mengseimbangkan sistem penghadaman dalam tubuh badan manusia.Jika
persoalan ini diabaikan, kesan tabiat pemakanan buruk akan terus melanda diri umat Islam.
Sekiranya makanan yang dimakan penuh lemak tepu atau kita selalu makan makanan
bergula, lama-kelamaan ia akan mewujudkan tahap kolesterol tinggi dalam pembuluh
darah.Akhirnya, timbullah pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dan
darah tinggi. Di sini jelas menunjukkan kepada kita bahawa punca utama pelbagai jenis
penyakit kronik itu ialah makanan dan cara pemakanan yang diamalkan seseorang setiap
hari. Inilah dilema masalah pemakanan tetapi kaedah penyelesaian terbaik yang unik sudah
dilahirkan Islam sejak ribuan tahun lalu ketika ALLAH mewajibkan puasa.

Hikmah puasa sudah terlalu banyak diperkatakan, namun semua itu tersimpul dalam ajaran
yang ditinggalkan Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam sebagaimana sabdanya: “Perangilah
nafsu dalam dirimu dari lapar dan dahaga kerana pahala yang demikian itu seperti pahala
berperang Sabilillah dan tiada amal yang lebih kasih kepada ALLAH, selain lapar dan
dahaga.”

3. Mengurangkan tidur terutama di siang hari.


Kebanyakan antara kita mencari jalan untuk tidur agar tidak keletihan berpuasa. Ini boleh
menghilangkan rahsia dan hikmah puasa yang sebenarnya.

Perkara Yang Dibenarkan Didalam Berpuasa :


1. Berubat Ketika Puasa ;

* Orang yang lelah (asma) ketika puasa dan terpaksa menyedut ubat gas ventolin inhaler
ke dalam mulutnya sekadar perlu untuk mengelakkan kemudharatan yang boleh
mengancam nyawa maka dibolehkan sebagai keringanan baginya dan tidak batal puasanya.
Penggunaan dalam keadaan biasa boleh membatalkan puasa kerana cecair gas itu boleh
terasa di kerongkong.

* Tidak batal puasa orang yang menderma darah ketika berpuasa tetapi makruh, begitu
juga berbekam.

* Tidak batal puasa orang yang terpaksa mendapatkan suntikan daripada doctor bagi tujuan
perubatan kerana dharurah.

* Pemeriksaan dan mengambil darah - jarum tersebut tidak bermaksud makanan, ia tidak
membatalkan puasa, kerana ia bukanlah makanan dan tidak sampai kepada jantung.
Namun begitu batal puasa orang yang menjalani pemindahan darah atau memasukkan
cecair gelukos dan sebagainya ke dalam badan melalui suntikan pada urat kerana „ain
benda itu akan masuk ke rongga perut dan mengalir ke seluruh tubuh badan serta
menyebabkan rasa kenyang.

* Menampal gigi (uprooting) - tidak membatalkan puasa

* Tidak batal puasa orang yang memakai contact lens (kanta lekap) pada matanya.

* Tidak batal puasa orang yang menitiskan cecair ubat mata (drops) yang memasuki mata
kecuali jika diyakini cecair yang dititiskan itu terasa masuk sampai ke kerongkong dan
ditelan, maka batal puasa. Tetapi jika diludahkan maka tidak membatalkan puasa.

[Komentar : Perkara2 yang dianggap boleh membatalkan puasa seperti korek hidung, korek
telinga, pakai eye drop, ambil darah, sembelit dan kesemuanya bukanlah merupakan
perkara2 yang membatalkan puasa.]

2) Orang berpuasa yang masih berjunub : dari 'Aisyah rahiallaahu`anha :

"Telah masuk fajar dan Nabi sallallaahu`alaihi wasallam masih berjunub dengan isterinya,
kemudian dia mandi dan berpuasa" [Hadith Muttafaq a'alaih].

3)Orang berpuasa yang bersiwak : Nabi sallallaahu`alaihi wasallam bersabda :


"Jika tidak menyusahkan umatku,nescaya aku memerintahkan mereka bersiwak setiap kali
berwudhu'" [Hadith Muttafaq a'alaih].

Nabi sallallaahu`alaihi wasallam tidak mengkhaskan orang berpuasa dengan yang lain, dan
ini juga satu isyarat bahawa orang yang berpuasa boleh bersiwak pada setiap kali wudhu'
dan setiap kali solat, pada setiap waktu samada sebelum tergelincir atau selepasnya.

3 ) Berkumur dan memasukkan air melalui hidung : Nabi sallallaahu `alaihi wasallam
berkumur-kumur dan memasukkan air kedalam hidung dan ketika itu dia berpuasa, akan
tetapi dia tidak melakukan nya secara melampau-lampau. Sabda Nabi sallallaahu `alaihi
wasallam:

"Berlampau2 didalam memasukkan air kedalam hidung melainkan dia sedang berpuasa"
[hadith Shahih Abu Daud]
5) Orang berpuasa bercumbu dan bercium: Dari 'Aisyah radhiallaahu`anha,beliau berkata :

"Rasulullah sallallaahu`alaihi wasallam pernah mencium dan dia sedang berpuasa, dia
pernah bercumbu dan dia berpuasa, akan tetapi Baginda sallallaahu`alaihi wasallam lah
orang yang kuat menahan syahwatnya dari kamu sekalian" [Muttafaq 'alaih].

Baginda sallallaahu`alaihi wasallam tidak menyukai dilakukan keatas orang muda, kecuali
yang tua. Baginda sallallaahu`alaihi wasallam bersabda :
"Sesungguh orang tua mampu menahan diri mereka sendiri" [Hadith Sahih Riwayat
Ahmad].

6) Merasai makanan : hadnya tidak sampai kepada halqum, dan begitu juga dengan
penggunaan ubat gigi. Dari Abbas radhiallaahu`anhu.dia berkata :
'

Tidak mengapa dia merasai (taste) cuka atau apa2, selagi ia tidak memasuki halkum, dan
dia masih berpuasa" [Riwayat al-Bukhari[

Hukum-hukum Dan Kemusykilan Berkaitan Puasa


1. Berpuasa Tetapi Meninggalkan Solat :
Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meninggalkan satu rukun penting
didalam rukun2 Islam selepas Tauhid. Puasa tersebut tidak bermunafaat apa2 selama-mana
dia meninggalkan solat. kerana sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantung
kepadanya. Meninggalkan solat telah dihukumkan kafir diatasnya. Orang kafir tidak diterima
amalannya sebagaimana hadith Nabi sallallaahu`alaihi wasallam:

"Sempadan yang membezakan diantara kita dan mereka (orang kafir) adalah Solat,
barangsiapa yang meninggalkan solat maka dia telah kafir" [Hadith Sahih Riwayat Imam
Ahmad] .

2. Terlupa niat puasa. Apakah sah puasa? -


Berikut adalah jawapan almarhum Sheikh `Atiyah Saqr, bekas pengerusi jawatankuasa
universiti Al Azhar:
Niat didalam puasa, tidak boleh lari darinya, dan tidak sah tanpanya, Ramai ulama'
rahimahumullah yang mengisyaratkan niat pada setiap hari, dan ada yg berpuas hati
dengan menyatakan niat malam permulaan ramadhan untuk keseluruhan bulan, waktunya
ialah bila terbenamnya matahari sehingga terbit fajar, jika seseorang itu berniat didalam
mana-mana jam didalam waktu malam maka itu mencukupi, dan tidak memudharatkan jika
dia makan atau minum selepas niat kerana semua nya berlaku sebelum fajar, Riwayat
Ahmad, Abu daud, An-Nassai, Ibnu Majah dan Tirmizi bahawa Nabi sallallaahu`alaihi
wasallam bersabda :

"Sesiapa yang tidak berniat berpuasa sebelum fajar, maka tiada puasa untuknya".
Tidak ada syarat melafazkan niat dengannya, sesungguhnya tempatnya di hati (qalb), Jika
dia berazam dengan hatinya maka cukuplah puasa atasnya itu, walaupun dia berniat puasa
semasa sahur, atau dia minum sehingga ia tidak merasa dengan bersin disiang hari, niatnya
sudah mencukupi, Jika dia tidak melakukan perkara tersebut semasa malam hari maka
tidak sah puasanya, keatasnya qada' puasa. Ini dalam puasa Ramadhan. Bagi puasa sunat
pula, sah niat pada siang hari, sebelum zawal (tergelincir) matahari.

3. Bila waktu sahur & berbuka?


Jelas almarhum lagi :
Maka waktu imsak (menahan diri) apabila bermulanya azan solat fajar dengan takbir, dan
berbuka apabila terbenamnya matahari menandakan masuk waktu Magrib. Maka
berpuasalah dari makan dan minum, hatta jika dia mendengar muazzin melaungkan takbir
dan didalam mulutnya mengandungi makanan dan minuman maka wajib ia membuangnya
dan tidak dibenar menelannya, maka sahlah puasanya. Akan tetapi adalah lebih afdal ia
menghabiskan makanannya sebelum azan dengan waktu yang mencukupi, maka dia
menahan diri sehingga mencapai malam dan dia yakin bahawa matahari terbenam dengan
mendengar azan Magrib, atau sehingga mendengar pengumuman masuknya waktu
solat,atau melihat matahari terbenam sepenuhnya jika dia tidak mendengar azan.Jika dia
menunggu sehingga azan habis maka puasanya sah.

Almarhum Sheikh Atiyah Saqr, bekas Lujnah fatwa Al-Azhar berfatwa bahawa : Apabila
mengetahui bahawa muazzin tidak melaungkan azan setelah dia mengetahui datangnya
fajar, maka mereka yang sedang makan dan minum dan muazzin membenarkan fajar,
maka batallah puasanya, dan bagi sesiapa berbuka pada akhir harinya dengan mendengar
azan Magrib maka puasanya sah, kerana azan menandakan berakhirnya siang dan
masuknya malam. Dan adalah lebih afdal jika dia menunggu sehingga benar-benar masuk
malam, dan bermula imsak sebelum azan fajar! Sehingga terbitnya siang dengan azan, dan
dipastikan malam berakhir! dan sesiapa yang khuatir dengan kehadiran fajar, dan ingin
berbuka sehingga akhirnya azan solat, dan mereka berbuka berdasarkan pengiraan waktu
ini. Itulah yang melebihi yang disepakati. Yang sahnya adalah pada waktu tempatan yang
dipersetujui.

4. Kesilapan didalam waktu berbuka dan sahur Berikut adalah pendapat Sheikh Dr. Yusuf
Qardhawi[7]

Amat mashyur dari mazhab-mazhab bagi barangsiapa merasakan ia bersahur pada malam
hari, kemudian mengetahui bahawa sahurnya atau sebahagian darinya diambil setelah fajar
atau berbuka apabila merasakan matahari telah terbenam kemudian mengetahui bahawa ia
masih belum terbenam. Maka ini adalah puasanya, maka ia menjadi batal, keatasnya
menahan diri dari baki hari seterusnya, tiada dosa keatasnya, kerana tidak sengaja.
Keatasnya qada'.
Tetapi menurut Aba Mohammad bin Hazam, beliau melihat puasa itu sah segi dua keadaan,
kerana dia tidak ingin membatalkan puasanya, dimana pada perasaannya berpuasa, pada masa yg
sama di terlupa, kedua-duanya berkeyakinan melainkan ia berpuasa, tiada bezanya, berfirman
ALLAH :

‫جناح فيما أخطأتم به ولكه ما تعمدت قلوبكم‬


Dan bukanlah keatas kamu dosa jika kamu keatas apa yang kamu lupa dan tetapi apa yang
hati kamu inginkan) dan bersabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam :-"ALLAH mengatasi
kesalahan dan kelupaan umatnya dan apa yg mereka benci keatasnya".

Dan katanya : Ini adalah perkataan jumhur ulama' salaf rahimahumullah, dan merawikan
dengan sanadnya :Sesungguhnya mereka berbuka pada zaman Umar ibn Al-Khattab
radhiallaahu`anhu, beliau keluar dengan cawan dari rumah Hafsah radhiallaahu`anha,
kemudian beliau minum hingga matahari keluar dari awan,maka syak (kesusahan)
dikalangan manusia mereka berkata :"Kita menqada' hari ini", kemudian Umar radhiallahu
`anhu bertanya :"Kenapa? Demi ALLAH telah melepaskan kami dari dosa!! Dari Mujahid
rahimahullah, katanya :"Barangsiapa yg makan setelah terbit fajar dan pada keyakinannya
ia belum terbit lagi, maka bukanlah keatasnya qadha'. Sesungguhnya ALLAH berfirman :
"Sehingga jelas kepada kamu garisan putih dan garisan hitam dari fajar". Misalnya riwayat
dari Hakim bin Utaibah, Hasan Al-basri, Jabir bin Zaid, `Ataa bin Rabi`ah, Urwah bin Zubair
dan Daud bin Al-Zahiri rahimahumullah.

Dalil Ibnu Hazam rahimahullah kuat dan jelas, dan maka adalah lebih kuat dan lebih sahih
bagi sesiapa yang makan pada malam hari selepas fajar, kerana Al-Quran membenarkan
makan dan minum sehingga fajar jelas kelihatan, dan sesiapa yang sahur dan percaya ia
masih malam dan tidak jelas padanya telah masuk fajar. Untuk itu kami melihat
penyelidikan keatas puasa dan keupayaan yang terbatas, khususnya pengetahui mengenai
terbenam matahari dan masuknya malam, maka jika kita pastikan ketiadaannya dan
berbuka, kemudian jelas ia masih percaya sebenar-benarnya melainkan dijelaskan
kepadanya pada masa itu, berkata ALLAH :(Bertaqwalah kepada ALLAH dengan
kemampuan kamu) dan Umar radhiallahu`anhu berkata :Demi ALLAH yg telah melepaskan
kami dari dosa, persamaan ini ialah apabila kita mengadap kepada qiblat kemudian
mengetahui yg ia solat mengadap arah yg lain maka solatnya sah dan di terima. (maka
mana-mana kamu nmengadapkan muka kamu maka disitulah wajah ALLAH).

Beberapa bid‟ah pada Bulan Ramadhan.

Diantara bid`ah tersebut ialah :

Pertama : Bid‟ah Sahur dan Adzan.

1. Makan sahur awal

2. Imsak (menahan diri) dari makan dan minum ketika adzan pertama, yang mereka namakan
“adzan imsak”.

3. Mandahulukan adzan dari waktu fajar shodiq, dengan alasan untuk berhati-hati.
4. Melafadhkan niat ketika sahur seperti ( )

Kedua : Bid‟ah-bid‟ah ketika Berbuka dan selainnya.

1. Mengakhirkan berbuka dengan klaim alasan untuk menepatkan waktu.


2. Wanita yang dalam keadaan haidh tidak makan dan minum sepanjang siang hari di bulan
Ramadhan, dan (ketika) mendekati terbenamnya matahari barulah mereka makan sesuap atau
seteguk air.
3. Menahan diri untuk tidak bersiwak sesudah tergelincir matahari.
4. Sengaja bermusafir dalam bulan Ramadhan untuk mengelak berpuasa berpuasa.

Ketiga : Bid‟ah-bid‟ah solat tarawih pada bulan Ramadhan.

1. Mempercepatkan solat tarawih seperti ayam mematuk beras, bahkan ada imam yang
melakukan solat tarawih 23 rakaat, dalam waktu kurang dari 20 minit.
2. Membatasi membaca surah tertentu dalam solat tarawih. Sebahagian imam membaca surat
al-Fajr atau surat al-A‟laa atau seperempat surat ar-Rahman. Diantara keanehan-keanehan
lainnya, ada sebahagian tariqat sufi mengajar pengikut-pengikut mereka untuk membaca
dalam solat tarawih surat al Buruj, dimana imam membaca pada setiap rakaat hanya satu ayat
dari surah tersebut.

Keempat : Bid‟ah solat tasbih dalam bulan Ramadhan.

1. Mengkhususkan solat tasbih di bulan Ramadhan.


2. Melakukannya secara berjama‟ah
3. Mengkhususkan solat tasbih pada malam lailatul qadr.
4. Dan selainnya yang tidak pernah dituntunkan oleh Nabi yang mulia sallallaahu`alaihi
wasallam.

Kelima : Solat-solat bid‟ah yang dilakukan pada bulan Ramadhan :

1. Solat pada malam lailatul qadr yang dinamakan “Solat Lailatul Qadar”.
2. Solat “jum‟at Yatimah”, iaitu solat jum‟at pada jum‟at terakhir dari bulan Ramadhan, dan
seluruh penduduk negeri melaksanakan solat jum‟at itu pada masjid yang khusus. (Misalnya)
penduduk Mesir solat di Masjid `Amr bin As dan penduduk Palestina solat di Masjid Ibrahimi atau
Masjidil Aqsa.
3. (Melaksanakan) Solat wajib 5 waktu sehabis selesai solat jum‟at yatimah, dengan sangkaan
bahwasanya solat-solat itu menghapus dosa-dosa, atau menghapus solat yang ditinggalkan.

You might also like