You are on page 1of 2

Cara-cara menunaikan Solat Hajat

 Nama Solat Hajat diambil sempena hadis yang statusnya para ulama berbeza pendapat. Ada
sebahagian ulama mengklasifikasikan hadis itu daif. Antara mereka Muhammad Nasiruddin
al-Albani, al-Tirmizi dan al-Hakim. Ada juga ulama yang mengatakan bahawa hadis tersebut
berstatus hasan kerana terdapat banyak riwayat daif yang lain menguatkannya sehingga ia
diangkat ke martabat hasan.

Hadis tersebut adalah seperti berikut:


"Abdullah bin Abi Aufa al-Aslami berkata: Rasulullah s.a.w keluar kepada kami dan berkata:
Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat terhadap ALLAH atau sesiapa daripada makhluknya,
maka berwuduk dan lakukanlah solat dua rakaat. Kemudian, bacalah: Laa ilaaha illallahu al-
Halim al-Kariim subhanallahi rabbil 'arsyil 'azim al-Hamdulillahi rabbil 'alamin, allahumma
inni asaluka mujibaati rahmatik wa azaaima maghfiratik wal ghaniimata min kulli birrin
wassalaamata min kulli ismin asaluka ala tada'a li dzanban illa ghafartahu, wala hamman illah
farrajtahu, wa la haajatan hiya laka ridhan illah qadhaitaha li. Kemudian, meminta apa sahaja
yang diingininya daripada ALLAH sama ada perkara dunia mahu pun akhirat. Sesungguhnya
DIA akan mentakdirkan." – Riwayat Ibn Majah: 1374.

Al-Tirmizi berkata bahawa Qaid bin Aburrahman (salah seorang perawi hadis di atas) seorang
yang lemah. Bahkan al-Albani mengatakan bahawa dia tersangat lemah. Al-Hakim pula
mengatakan bahawa ia hadis palsu. (Rujuk: Musykaat al-Masobih, jil: 1, ms: 417. Al-Hakim
dan Ibn al-'Arabi juga mengatakan hadis ini daif).

Jika kita mengatakan bahawa hadis ini hasan, maka kita boleh beramal dengannya, dengan
syarat mengikut sepertimana cara yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w, iaitu solat dua
rakaat dengan membaca sebarang surah yang dihafal. Kemudian meminta sebarang hajat,
sama ada ketika sujud, semasa tahiyat sebelum salam atau sebagainya. Mengikut riwayat,
Imam al-Bukhari sering melakukan solat dua rakaat sebelum meletakkan sesuatu hadis dalam
kitabnya. Jadi, solat dua rakaat sebelum melakukan sesuatu atau untuk meminta sesuatu
merupakan amalan orang soleh.

Berhubung dengan cara yang dilakukan oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia, iaitu
dengan bacaan tertentu, seperti ayat Kursi pada rakaat pertama dan Surah al-Ikhlas 11 kali
pada rakaat kedua serta bacaan khusus semasa sujud, ia tidak pernah diriwayatkan daripada
Rasulullah s.a.w, para sahabat, tabiin dan tabi' tabiin, sama ada melalui riwayat sahih ataupun
daif. Lebih-lebih lagi jika ia dilakukan secara berjemaah di masjid. Ingatlah bahawa setiap
ibadah yang tidak berdasarkan petunjuk Rasulullah s.a.w adalah bidaah yang dilarang oleh
syarak.

Sabda Rasulullah s.a.w:


"Sesiapa yang mencipta sesuatu perkara dalam urusan kami ini, apa yang bukan daripadanya
(al-Quran dan Sunnah), maka ia tertolak." – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Saudari juga boleh berdoa meminta apa sahaja yang dihajati pada waktu-waktu doa
dimakbulkan, seperti penghujung malam, penghujung solat sebelum salam, hari Jumaat di
mana satu detik pada hari itu merupakan saat di mana doa tidak ditolak, ketika berbuka puasa,
antara azan dan iqamah dan sebagainya.

Firman ALLAH S.W.T:


"Apabila hamba-KU bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentangKU, maka
sesungguhnya aku dekat. Aku akan mengabulkan doa jika dia memohon." - Surah al-Baqarah:
186.

**Ustazah Sakinah, alaf21.com.my

You might also like