You are on page 1of 7

PENGENALAN MASYARAKAT MAJMUK

Malaysia merupakan sebuah negara mempunyai komposisi masyarakat yang majmuk dan
melibatkan berpuluh-puluh etnik dan bangsa meliputi Malaysia timur dan Malaysia barat.
Namun terdapat tiga bangsa yang bersifat majoriti di Malaysia iaitu kaum melayu, cina dan
india. Di Sarawak etnik yang paling ramai ialah etnik Iban yang mewakili 30 peratus dari
keseluruhan etnik di Sarawak. Di Sabah pula etnik yang paling ramai ialah etnik Kadazan-Dusun
yang terdiri 27 suku. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat cetakan 2007, masyarakat majmuk
bermaksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum dan suku. Menurut J. S Furnival
(1948) masyarakat majmuk terdiri daripada berbagai kaum/etnik yang mempunyai kebudayaan,
agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri meskipun berada di bawah sistem politik yang
sama. Manakala menurut Kamarudin Jaafar masyarakat majmuk bermaksud kaum bercampur
tetapi kehidupan berasingan, interaksi terbatas, penuh prasangka serta ‘bersama’ tetapi tidak
bersatu.

Masyarakat majmuk boleh dibahagikan kepada tiga ciri utama iaitu dari sudut politik,
ekonomi dan sosial. Ciri-ciri masyarakat majmuk pertama dari sudut politik bermaksud setiap
etnik atau bangsa mempunyai tingkah laku tersendiri dalam pendirian politik. Parti politik
dominan lebih berteraskan perkauman dan mengamalkan politik perkauman. Selain itu terdapat
juga parti politik yang berasaskan keagamaan kerana mempunyai pendirian kepercayaan yang
berbeza. Dari sudut ekonomi masyarakat majmuk membawa erti setiap masyarakat mempunyai
pengkhususan pekerjaan yang berbeza. Perbezaan pekerjaan juga membawa kepada perbezaan
tempat tinggal, taraf kehidupan, dan komposisi kaum di setiap negeri.

Ciri-ciri yang terakhir ialah ciri-ciri dari sudut sosial iaitu setiap bangsa mempunyai
interaksi yang lebih di dalam kaum masing-masing dan kurang berinteraksi di antara kaum.
Masyarakat majmuk juga mempunyai azam sosial yang sama. Kewujudan pelbagai kaum dan
etnik juga mewujudkan kehidupan yang penuh berprasangka, konflik dan pertentangan dalaman
dan luaran.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu
didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi
daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang
daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana
kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia
disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi
mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan
perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah
disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit
demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti
ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya
daripada China dan India.

Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara
China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh
itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina
ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri
yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut
W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa
bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan
dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.

Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses


pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah.
Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam
Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah
Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim.
Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia
dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan
mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami
masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu
yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke
negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan
Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah
Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga
menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan
mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan
pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan
Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang
daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang
dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri
daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka
datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20.
Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah
bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih
berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).

Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat


majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya
sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik
yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik
berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan
garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan
menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi
mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana
yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki
Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada
luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu
selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia
telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa
singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti
penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada
masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India
sebagai komponen utamanya.

Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan
India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang
berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut
berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud
beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok
Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-
Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
SEJARAH INTERAKSI TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CHINA ZAMAN PRA-
PENJAJAH BARAT

Hubungan antara China dengan Alarn Melayu sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan
tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Semasa pemerintahan Sun Quan (222-
252 M), dua orang utusannya telah melawat Funan dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah
Melayu dan Kepulauan Melayu serta mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka.
Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan
negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya
ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui Alam Melayu seperti
Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan lain-lain. (Hashim Hj. Musa, 2005 :
144).
 
Dinasti Song (960-1279) juga telah meneruskan hubungan baik dengan negerinegeri luar
tetapi menumpukan lebih banyak kepada bidang perniagaan terutama dengan negeri-negeri di
Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat. Hubungan paling gemilang dan bermakna antara
Alam Melayu dengan China ialah yang dijalinkan antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming
dalam abad ke-15. Persahabatan antara Melaka dan China wujud sebelum itu lagi apabila
seorang utusan Raja China sampai di Melaka pada tahun 1403 dan Parameswara membalas
dengan satu perutusan ke China pada tahun 1405. Laksamana Cheng Ho telah membawa hadiah
bingkisan daripada Raja China, yang dibalas pula oleh Parameswara pada tahun 1407.
Seterusnya beberapa orang Raja Melaka telah melawat China iaitu Parameswara (1411), Megat
Iskandar Syah (1414), Sultan Muhammad Syah (1424) dan Sultan Abu Syahid (1445) (Hashim
Hj. Musa, 2005: 145).
Interaksi dan pertalian kerajaan tamadun Melayu dengan tamadun Cina pada zaman pra-
penjajah Barat tidak banyak membuahkan kesan mendalam dan besar ke atas tamadun Melayu.
Ini kerana kedatangan orang Cina ke Alam Melayu dan negara-negara luar lain pada zaman itu
tidak didorong oleh perasaan hegemoni dan niat untuk menjajah dan mendominasi negara-negara
itu. Sikap mereka saling hormat-menghormati dan mengiktiraf kedudukan dan kewibawaan
kerajaan dan ciri budaya masing-masing. Bahkan ada kecenderungan pada pihak China untuk
mempelajari dan memanfaatkan khazanah budaya bangsa tamadun tempatan, contohnya I-Ching
yang belajar dan berkarya di Srivijaya selama belasan tahun. Begitu juga Laksamana
Muhammad Cheng Ho dan orang-orangnya apabila melawat Melaka pada zaman kesultanannya.
(Hashim Hj. Musa, 2005: 146).

SEJARAH INTERAKSI TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN INDIA ZAMAN PRA


PENJAJAH BARAT

Menurut Himansu Bhusan Sarkar (1970) dalamSome Contribution Of India To Ancient


Civilization Of Indonesia And Malaysia, interaksi tamadun India dan tamadun-tamadun Asia
bermula kira-kira 2000 tahun yang lalu (Amran, 1995 : 120). Faktor perdagangan memainkan
peranan penting dalam interaksi tersebut melibatkan laluan sutera yang melintasi Asia Tengah
dan jalan laut melalui Selat Melaka. (Hall, 1981 : 23). Negara terawal muncul yang mendapat
pengaruh India ialah Funan sekitar akhir kurun ke-2 Masihi, bertapak di Muara Sungai Mekong
dengan pelabuhannya Oc Eo. Selain itu ada beberapa buah negeri lain yang diandaikan muncul
dan menerima pengaruh India antaranya Langkasuka, Kedah, Kuala Selinsing dan Tanah Merah
di Semenanjung, Kam-to'-li di Sumatera, Taruma di Jawa dan Kutei di Borneo. (Hashim Hj.
Musa, 2005 : 138).
Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, pedagang India merupakan golongan pedagang
yang utama. Mereka datang daripada pesisir Koromandel, Kalingga, Benggala dan Gujerat
(Cambay, Surat dan Randir). Ada yang tinggal menetap di Melaka dan sesetengahnya berkahwin
dengan wanita dari golongan bangsawan Melayu yang seterusnya diterima dalam kalangan
pembesar Melaka. Tun Ali, anak kepada seorang pemborong permata Tamil Muslim yang telah
berkahwin dengan anak Sri Nara Diraja pada zaman Sultan Muhammad Syah (1424-1444) telah
dilantik menjadi Sri Nara Diraja menggantikan datuknya, yang seterusnya melahirkan pembesar-
pembesar dan pemerintah Melaka dari keturunan Melayu Tamil. Cucunya Raja Kasim telah
menjadi Sultan Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah yang masyhur itu (1446-1456).
Keturunan Tun Ali juga telah melahirkan pembesar-pembesar seperti Temenggung Tun Tahir,
Bendahara Tun Mutahir dan Temenggung Tun Husain. Raja Mendaliar seorang pedagang Keling
telah dilantik menjadi Shahbandar Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud (1488-1500).
Khoja Hasan berasal daripada Parsi atau Utara India telah berkahwin dengan anak Hang Tuah
dan dilantik menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah.
 

You might also like