You are on page 1of 4

TEKNIK KAUNSELING MENGGUNAKAN PENDEKATAN PSIKOLOGI INDIVIDU

Proses perhubungan dalam terapi ini memberi fokus kepada hubungan kolaboratif
antara kaunselor-klien.  Di samping itu, klien diberi segala galakan agar
mempunyai rasa bertanggungjawab atas tindak-tanduknya. Kaunselor bekerja
keras dengan secara sedar mewujudkan wawasan kepada klien tentang kekuatan
yang ada dalam dirinya.  Walaupun segala kelemahan diterangkan kepada klien,
bagaimana pun kelemahan dan serba kekurangan klien tidak begitu ditonjolkan.

Teknik melayan dalam terapi ini lebih mementingkan kepada aliran pemikiran dan
pengalaman klien secara subjektif.  Serupa dengan cara layanan terapi afektif,
peringkat awalan proses terapi ini juga memfokus kepada keupayaan penerokaan
menjelaskan matlamat yang hendak dicapai keseluruhan cara layanan juga
mengabung aspek kefahaman empati dan ketulenan terhadap klien.

Tujuan memahami gaya hidup klien, kaunselor pada biasanya akan mengambil
perhatian tentang perasaan, motif serta matlamat yang dikemukakan oleh klien. 
Perkara ini diterokai secara mendalam tujuan untuk mendapatkan suatu penilaian
kefahaman tentang kehendak klien.

KAEDAH ANALISIS DAN PENTAFSIRAN DALAM PROSES KAUNSELING


PSIKOLOGI INDIVIDU

Konstelasi Keluarga. 

Sebagai satu matlamat untuk memahami klien, kaunselor juga pentingkan analisis
terhadap gabungan dalam keluarga klien.  Kedudukan kelahiran antara adik-beradik
juga digunakan sebagai analisis dan penilaian untuk memahami gaya hidup yang
sedang dialami oleh klien.  Aspek kedudukan psikologikal adalah ditumpukan apabila
analisis kedudukan kelahiran diguna sebagai pentafsiran.  Soalan tentang siapakah di
antara adik-beradik yang disayangi oleh ibu bapa?  Apakah hubungan yang dapat
diperhatikan antara bapa dengan ibu; bapa dengan anak-anak; ibu dengan anak-anak? 
Siapa di antara adik-beradik yang menyerupai klien?  Menyerupai bapa atau ibu? 
Perkara ini penting bagi kaunselor, bertujuan untuk menyelami persepsi dan
pengalaman yang mempengaruhi pertumbuhan hidup klien.

Ingatan awal. 

Terapi Adlerian menggunakan teknik ingatan-ingatan awal, di mana ingatan-ingatan


tersebut dapat digunakan sebagai petanda memahami tentang gaya hidup yang dialami
klien sekarang.  Angapan ini bersesuaian dengan fahaman bahawa individu hanya
ingatkan even yang konsisiten dengan pandangan hidup mereka sekarang.  Persepsi
ini memberi peneguhan terhadap logik yang wujud dalam individu tersebut, yang mana
merupakan asas dalam pegangan hidupnya.  Dari ingatan-ingatan awal, kaunselor
dapat menyelami matlamat klien serta perkara-perkara, nilai yang merangsangkan
klien.

Pada biasanya klien akan diminta untuk relaks sejenak, dan pejamkan mata.  Kemudian
kaunselor akan bertanyakan soalan atau pernyataan kepada klien:

"Saya sangat berharapkan agar anda dapat mengingati semula memori yang paling
awal dalam hidup anda. Suatu perkara yang benar-benar terjadi kepada diri anda,
bukan suatu perkara yang dimaklomkan kepada anda."

Ingatan-ingatan ini akan diminta oleh kaunselor mengikut sejauh mana dalamnya
keinginan kaunselor untuk meneroka tentang diri klien berkaitan isu yang diproses.

Mengglakkan wawasan. 

Cara ini menumpukan keupayaan kaunselor selepas memahami gaya hidup klien untuk
berusaha menggalakkan wawasan klien tentang tingkahlaku yang baru.  Dengan
menggunakan teknik yang konfrontif, klien akan dicabar untuk menyelami dan sedar
terhadap matlamat hidupnya yang merosakkan dirinya.  Teknik mencabar digunakan
sealiran dengan teknik galakan.  Biasanya pentafsiran-pentafsiran yang bernas adalah
perlu untuk mencetuskan wawasan baru untuk diri klien.  Pentafsiran juga digunakan
sesuai dengan kefahaman kaunselor tentang gaya hidup yang dialami oleh klien. 
Penerimaan wawasan yang baru oleh klien merupakan permulaan untuk klien tersebut
merasai tanggungjawabnya terhadap isu yang dibincangkan dalam proses terapi.

PROSES YANG DIGUNAKAN DALAM TEORI PSIKOLOGI INDIVIDU

Adler berpendapat kaunselor harus mesra dan menerima klien. Empati adalah satu
faktor penting dalam membina suasana teraputik. Hubungan kaunselor dan klien dilihat
sebagai kolaboratif yang mana kaunselor dan klien berusaha untuk bekerjasama dan
bersetuju tentang matlamat kaunseling yang khusus. Teori Psikologi Individu ini tidak
mempunyai teknik yang khusus, jadi Adler telah menyediakan empat fasa proses
kaunseling (Sabariah Siron, 2005).

Fasa terapi

Fasa 1: Membina hubungan

 mengambil berat yang mendalam, melibatkan diri dan menganggap klien


sebagai kawan.
 mendengar, memberi tindak balas dan menghormati keupayaan klien untuk
memahami dan mencari perubahan dengan cara kaunselor memberi harapan
serta mengambil berat.

Fasa 2: Meneroka Kedinamikan Klien

 gaya hidup klien melalui pemahaman kaunselor tentang kepercayaan, perasaan,


matlamat dan motif klien.
 Kemahiran empati diperlukan untuk membina pemahaman ini.
 Kaunselor meneroka pengalaman hidup semasa kanak-kanak untuk menilai
hubungan adik-beradik dan persepsi kanak-kanak tentang kedudukannya di
dalam keluarga.
 Mengingat kembali pengalaman awal hidup digunakan untuk menilai gaya hidup
klien.
 Prosedur penilaian ini digunakan oleh kaunselor untuk menilai gaya hidup klien.
 objektif temuabual di tahap ini ialah:
a) Bagaimana masalah hidup klien bermula;
b) Peristiwa-peristiwa yang menyebabkan masalah klien;
c) Sejarah kesihatan;
d) Sejarah sosial;
e) Sebab klien memilih masa tersebut untuk mendapatkan kaunseling;
f) Cara klien menangani tugas hidupnya;
g) Penilaian gaya hidup klien.

Fasa 3: Menggalakkan Pemahaman Kendiri dan Celik Akal

 Kaunselor menekankan kepada membina dan menggabungkan celik akal


kepada masalah klien melalui kesedaran tentang matlamat yang salah dan
tingkahlaku merosakkan diri sendiri.
 Kaunselor menggunakan teknik konfrantasi dan interpretasi untuk membina celik
akal klien. Bukan sahaja celik akal penting, penekanan kaunseling juga kepada
perubahan tingkahlaku.

Fasa 4: Orientasi Semula

 Mengorientasi dan mendidik semula klien iaitu mempraktikkan celik akal yang
telah didapati oleh klien sepanjang proses teraputik.
 Klien digalakkan mengambil risiko, mencuba tingkahlaku baru, mengambil
tanggungjawab untuk hidupnya dan membuat keputusan baru yang
membolehkannya mencapai matlamat.
 Di dalam kes tertentu perubahan signifikan diperlukan jika klien ingin mengatasi
rasa kecewa dan mencari tempat untuk diri sendiri di dalam hidupnya.
 Klein perlu diorientasi semula ke arah hidup yang lebih berguna.
 Hidup berguna melibatkan rasa dipunyai dan dihargai, berminat kepada orang
lain dan mengambil berat kebajikannya, berani, menerima ketidaksempurnaan,
yakin, mempunyai ciri kecindan, sedia memberi sumbangan dan mesra.
 Memberi galakan.

You might also like