You are on page 1of 31

PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK

1 PISMP PJ / BI / BM
PERKEMBANGAN
KENDIRI
PERSONALITI

Pengertian Personaliti
Bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan.
Diterjemah dari perkataan BI yang berasal daripada
perkataan Latin, iaiti persona.
Persona - topeng muka, yang dipakai oleh pelakon
Yunani pada zaman dahulu untuk mewakili sesuatu
perwatakan orang di atas pentas.
Konsep Personaliti di bawah konteks pendidikan :
• Alder (1948)-gaya hidup seseorang individu.
• Gordon Allport (1961)-personaliti sebagai organisasi sistem
psikologikal yang dinamik di dalam jiwa individu.
• Mischel (1981)-personaliti sebagai susunan pola-pola tingkah laku
manusia yang diaplikasikan dalam kehidupannya.
• Crow dan Crow (1983)-personaliti seseorang adalah perwatakan
fizikal, corak pertuturan, dan daya penarik yang dimiliki.
• Gage dan Berliner (1948)-personaliti merangkumi segala aspek
tingkah laku manusia integrasi trait-trait, keupayaan, motif, sikap,
pendapat, kepercayaan, pemikiran kognitif, emosi dan cri-ciri
seseorang.
Klasifikasi Personaliti dan Ciri-cirinya
INTROVERT

 Sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi


nyata.
 Dalam interaksi sosial, orang ini tidak banyak bercakap
tetapi lebih banyak mendengar pertuturan orang lain sahaja.
 Sikap yang serius, sifat pendiam dan pemalu, tidak
mempunyai cita-cita tinggi.
 Jarang mengambil inisiatif tetapi suka kepada sistem
kehidupan yang teratur.
EKSTROVERT

 Lebih suka dunia luar daripada dunia dalam.


 Mempunyai semangat yang aktif dan suka bergaul
dengan orang.
 Sentiasa melibatkan diri dalam pelbagai aktif sosial.
 Sering mengambil inisiatif sendiri.
 Suka perubahan.
 Sering cepat membongkar perasaannya tetapi cepat
pula mengubahnya.
AMBIVERT

 Gabungan introvert dan ekstrovert.


 Kadangkala, seseorang individu menonjolkan ciri-ciri introvert
dalam sesuatu situasi tetapi dengan ciri-ciri ekstrovert dalam
situasi lain.
 Contoh : Seseorang individu menunjukkan sifat periang di
sekolah , tetapi menjadi pendiam dan pemalu di sekolah.
 Biasanya aktif tetapi sensitif, suka berkawan tetapi memilih
bekerja berseorangan.
 Bertutur lancar tetapi berfikir sebelum memberi pendapat.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Personaliti

Faktor baka
• Sheldon (1985)-personaliti seseorang berkaitan rapat
dengan bentuk tubuh badannya.
• Beliau menggolongkan bentuk badan manusia dalam
3 kategori.
-Endomorf
-Mesomorf
-Ektomorf
Jenis Bentuk Rupa Bentuk Ciri-ciri
Badan Badan Personaliti

ENDOMORF  Bulat dan lembut  Trait Viscerotonia


suka bergaul, cepat
mesra, berlega,
mengendur.

MESOMORF  Otot-otot kuat,  Trait Somatotonia


berkemahiran tegas, agresif, suka
psikomotor riadah, sedia
menghadapi cabaran

EKTOMORF  Kurus dan tinggi  Trait Cerebrotonia


tidak suka bergaul,
introvert, tidak suka
aktiviti fizikal.
• Keadaan fizikal, khasnya penyakit seperti cacat pendengaran
atau cacat penglihatan yang diwarisi, juga mempengaruhi
perkembangan personaliti seseorang.
• Kanak-kanak ini berkemungkinan besar mempunyai ciri
personaliti introvert.
• Kecerdasan berperanan penting dalam pembentukan
personaliti seseorang.
• Contoh:
- Orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi, biasanya
menunjukkan personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara,
bijaksana, tetapi mungkin bersifat angkuh.
Faktor Persekitaran

• Merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya,


masyarakat dan pengalamannya.
• Keluarga-keadaan rumah yang harmonis dan
hubungan ibu bapa dengan anak-anak yang erat akan
menggalakkan personaliti yang baik.
• Sekolah-guru yang bersifat penyayang dan
membimbing murid-murid dengan penuh dedikasi
akan menjadi role model murid-murid untuk
membentuk personaliti mereka ynag positif.
• Rakan sebaya - individu yang diterima dalam kumpulannnya
akan menggalakkan membentuk personaliti yang
berkeyakinan.

• Sigmund Freud – perkembangan personaliti manusia terdiri


dari 3 bahagian :
1. Id – bahagian personaliti tak sedar yang berfungsi sebagai
stor penyimpanan untuk keinginan manusia.
2. Ego – mengandungi pemikiran realistik dan logik yang
tersusun.
3. Superego – bermoral dan berkembang daripada didikan
moral dan agama.
MEKANISME HELAH BELA
DIRI

 Davidoff (1976)- helah bela diri merujuk cara taktik


seseorang memberi alasan tentang tindakannya.
 Jenis-jenis helah bela diri :
1. Helah Bela Diri Aktif
 Sublimasi : salur kekecewaan melalui aktiviti sihat.
 Rasionalisasi : penjelasan sebenar yang disembunyi
untuk menjaga ego
 Pemindahan : pindah perasaan yang kurang manis
daripada sesuatu objek kepada objek lain.
 Projeksi : Membalikkan kelemahan diri kepada
orang lain.
 Introjeksi : serap ke dalam diri dengan menyamakan
ciri-ciri orang lain yang disukai.
 Pembentukan reaksi : nafikan keinginan diri dengan
melakukan sesuatu yang bertentangan.
 Fantasi : bentuk khayalan bertujuan mengurangkan
perasaan tak diingini.
2. Helah Bela Diri Pasif

 Represi : alih kesedaran sesuatu ancaman


dalam minda dengan melupakannya.
 Penafian : Yakinkan diri bahawa ancaman
tidak berlaku atau tidak ada.
 Agresi : tindakan mencedera atau
merosakkan punca kekecewaan.
 Regresi : undur diri dengan ulang tingkah laku
yang kurang matang.
PENGARUH PERSONALITI TERHADAP
PEMBELAJARAN

Jenis Personaliti Gaya Pembelajaran

Aktivitis  Suka mencari pengalaman baru, aktif melibatkan diri


dengan mengemukakan banyak soalan.

Reflektor  Suka mengumpul dan menganalisis data untuk membuat


kesimpulan.

Teoris  Suka membuat rumusan berdasarkan bukti, analisis dan


logik.

Pragmatis  Suka mencari fakta untuk memastikannya sama ada


berguna dalam situasi yang sebenar.
CARA-CARA MENGURUSKAN
PERSONALITI YANG BERBEZA
 Introvert
1. Memberi motivasi untuk melibatkan diri dalam
aktiviti pembelajaran.
2. Menggunakan murid-murid yang mempunyai
sahsiah positif sebagai ‘role model’.
3. Memberi peneguhan positif dan pujian.
4. Melibatkan murid-murid introvert secara aktif
dalam aktiviti kumpulan.
 Ekstrovert
1. Menggalakkan murid mengemukakan soalan
2. Melantik mereka membimbing murid sedarjah dalam
aktiviti kumpulan.
3. Memberi mereka aktiviti pengayaan.
4. Menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dalam aktiviti
pengajaran-pembelajaran.
PENGERTIAN KONSEP KENDIRI

 H.V. Perkins
(Human Development and Learning (1974) )
 Konsep kendiri terdiri daripada persepsi, kepercayaan,
perasaan, sikap, serta nilai yang khusus dipegang oleh
seseorang individu tentang dirinya.
 Vernon (1980)
 Konsep kendiri ialah pandangan kekuatan dan kelemahan
diri sendiri serta disokong dengan maklum balas tentang
dirinya daripada orang lain.
 Amir Awang (1991)
 Konsep kendiri ialah integrasi penilaian diri sendiri,
penilaian orang lain dan penilaian tentang tanggapan
orang lain terhadap dirinya.
 Konsep kendiri boleh diertikan sebagai penilaian,
pandangan, tanggapan, kepercayaan, termasuk kekuatan
dan kelemahan diri sendiri.
 Terbentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga, guru,
sekolah, rakan sebaya, dan warga masyarakat serta
pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitarannya.
JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI

1. Konsep kendiri positif


 Mempunyai personaliti yang harmonis dan seimbang.
 Bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila menghadapi
cabaran.
 Menikmati lebih banyak kejayaan daripada kegagalan.
 Bersikap bertimbang rasa serta berpandangan terbuka.
 Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri.
 Mudah bersosialisasi dengan orang lain.
 Mudah diterima oleh orang lain
 Mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
 Sentiasa menerima pujian, kasih sayang, pertolongan dan
perhatian daripada orang lain.
2. Konsep Kendiri Negatif

 Pasif dan tidak suka bergaul atau bekerjasama dengan


orang lain.
 Mempunyai perasaan curiga , prasangka tidak percaya
kepada orang lain dan diri sendiri.
 Terlalu sensitif terhadap teguran dan kritikan orang lain.
 Tidak suka mendengar atau menerima pendapat
orang lain.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI

1. Pengaruh baka ke atas ciri-ciri fizikal serta kecerdasan.


2. Bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah.
3. Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkah laku.
4. Emosi mempengaruhi perasaan.
5. Pengaruh keluarga membentuk sikap dan kepercayaan.
PENGARUH KONSEP KENDIRI
TERHADAP TINGKAH LAKU
INDIVIDU
a) Penerimaan atau penolakan diri
Penerimaan kendiri apabila seseorang itu berperasaan
kasih sayang dengan keluarga, rakan ataupun guru
di sekolah.
Perasaan yang dirasai akan membawanya menerima dan
menghargai dirinya.
Penolakan diri berlaku jika seseorang kurang mendapat
penerimaan daripada orang-orang yang berinteraksi
dengannya.
b) Penghargaan kendiri

Penghargaan kendiri tinggi


 Bersikap positif, berusaha bersungguh-sungguh
sehingga berjaya.
Penghargaan kendiri sederhana
 Kurang keyakinan diri, merasa konflik dalam kehidupan.
Penghargaan kendiri rendah
 Ragu tentang kebolehan sendiri dan berusaha
melepaskan diri daripada masalah.
TEORI PEMBELAJARAN
CARL ROGERS

Pengalaman setiap individu adalah fenomena-logikal,


iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh
individu sendiri.
Setiap individu mempunyai kecenderungan untuk
mencapai kesempurnaan kendiri.
Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik
yang berbeza dengan orang lain.
Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu
adalah selaras dengan konsep kendirinya dan
kepercayaannya.
IMPLIKASI KONSEP KENDIRI
TERHADAP TINGKAH LAKU
PELAJAR
 Peranan guru dalam pembentukan konsep kendiri positif
Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada
usaha pembelajaran.
Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan
kesilapan murid dalam pembelajaran.
Menerima murid-murid sebagai dirinya.
Merancang aktiviti pembelajaran yang berpusatkan
muridnya.
KI AN
SE A SI H…
A K
TE RIM

You might also like