You are on page 1of 14

1

1.1 PENDAHULUAN

Perkataan akhlak ialah kata-kata jama’ dari khuluq( ‫) الخلق‬, pecahan daripada kata
khalq, yang mana akhlak membawa kepada seluruh aspek dalam kehidupan manusia
samada zahir ataupun batin.

Akhlak ialah satu sifat yang tertaman dan sebati dalam sanubari seseorang
melalui perkataan dan tingkah laku. Dan bagi Islam akhlak mestilah selari dengan apa
yang ditunjukkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Akhlak dalam islam bukan sahaja
mementingkan hubungan dengan manusia semata-mata tetapi juga merangkumi
hubungan dengan Allah yang ,merupakan perkara yang paling penting dan juga
hubungan dengan alam sekitar, ketiga-tiga aspek ini adalah merupakan perkara yang
paling penting dalam kehidupan seorang muslim.

Akhlak yang mulia adalah merupakan matlamat asasi bagi risalah Islam. Akhlak
yang mulia adalah tanda dan hasil dari iman yang sebenar. Tidak ada nilai bagi iman
yang tidak disertai oleh akhlak. Akhlak juga merupakan amal paling berat yang
diletakkan didalam neraca hamba pada hari kiamat. Dan akhlak juga merupakan sendi
yang mengikat kukuh perhubungan dalam sesebuah masyarakat. Dalam kewujudan,
kestabilan dan keamanan dan kesejahteraan masyarakat akan terjamin kekal. Dan disini
menunjukkan bahawa dengan berakhlaklah sesebuah masyarakat itu kekal dan ini adalah
warisan dari tokoh-tokoh yang terdahulu yang tidak lain dan tidak bukan para nabi dan
para Rasul. Kehadirannya adalah untuk kebaikan dan kesejahteraaan masyarakat
khususnya dan umat manusia umumnya.
2

2.1 DEFINISI AKHLAK

Perkataan akhlak ialah kata-kata jama’ dari khuluq ( ‫)الخلق‬, pecahan daripada kata
khalq. Menurut Ibnu Athir khuluq atau akhlak itu ialah bentuk (kejadian) manusia dari
sudutnya yang batin, sementara khalq pula ialah bentuk (kejadian) manusia dari sudutnya
yang lahir. Pendapat ibnu Athir jelas menghubungkan akhlak itu dengan bentuk kejadian
manusia: iaitu paduan antara bentuk kejadian yang lahir yang biasa disebut dengan
jasmani dan bentuk kejadian yang batin yang biasa disebut dengan rohani.

Imam al-shadiq berkata bahawa Nabi bersabda “ mahukah kalian aku beritahu
tentang orang-orang yang menyerupai diriku?” Orang-orang menjawab ,” Tentu, ya
Rasulullah.” Rasulullah bersabda.” Mereka adalah orang-orang yang paling baik
akhlaknya diantara kamu sekalian, halus sikapnya, berbakti kepada kerabatnya, cinta
terhadap saudaranya, saling sabar dalam membela kebenaran , paling mampu mengekang
amarah, pemaaf dan sanggup menguasai dirinya, baik ketika senang mahupun marah.”
Akhlak juga bermaksud budi perkerti dan sifat. Setiap orang hendaklah mempunyai
akhlak atau sifat-sifat yang baik dan mulia. Budi pekerti yang tinggi mestilah dimiliki
oleh semua orang. Akhlak amatlah penting, Rasulullah diutuskan adalah untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia. Sebagaimana disebut didalam hadis yang
bermaksud: sesungguhnya aku (nabi Muhammad saw) diutuskan untuk menyempurnakan
kemuliaan akhlak( budi pekerti).(Mohamed Abu.1996:92-93)

Akhlak juga merupakan berbuatan yang lahir dari kemahuan dan pemikiran, dan
mempunyai tujuan yang jelas. Tujuan itu adalah tujuan yang baik yang tidak perlu dicari
alasannya kecuali pada diri sendiri, dan manfaatnya berlaku untuk pelakunya sendiri,
seperti kejujuran dan keberanian. Dan kadang-kadang sikap yang dilakukan seseorang
dapat memberikan manfaat kepada masyarakat, contohnya keadilan, amanah, menepati
janji. Dan kesimpulannya akhlak adalah jalan menuju kebahgiaan manusia , samada
individu itu sendiri atau masyarakat.(Musa Subaiti 1996:25)
3

3.1 DEFINISI ISLAM

Islam yang dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran adalah agama Allah seperti yang
disebutkan dalam ayat19 surah al-Imran tafsirnya:

“Dan agama Islam juga adalah agama yang sempurna lagi diredhai Allah”.

Islam menurut bahasa ialah tunduk dan berserah, taslim dan selamat. Dan juga
membawa maksud taat,damai, aman dan tidak ada kecacatan, baik dari sudut zahir
mahupun dari sudut batin, patuh dan masuk kepada kesejahteraan. Dari segi istilah pula
ialah mentauhidkan Allah, patuh kepada perintah-Nya, akur dan ikhlas beribadat dengan
apa yang dibawa daripada Allah melalui para Rasul-Nya.. Islam juga ialah sebuah agama
yang dibawa oleh nabi Muhammad yang mana nama itu bukanlah hasil ijtihad nabi.
Namun ia adalah daripada Allah.(Ab.Latif b. Muda 1998:59-60)

Agama Islam merupakan agama yang sempurna lagi diredhai Allah. Pengertian
Islam yang umum dan menyeluruh seperti yang digariskan oleh Islam sendiri adalah al-
istislam Lillah ataupun al-Islam iaitu penyerahan diri kepada Allah. Penyerahan diri
kepada Allah yang mencipta alam semesta adalah lambang yang hakiki kepada al-Din
atau agama segala makhluk termasuk agama kepada seluruh alam semesta atau alam
sejagat di langit dan di bumi khususnya ialah agama kepada umat manusia. Penyerahan
ini bererti kerelaan memasuki ‘daerah atau lipatan Ilahi’, iaitu segala yang dihadapi dalam
hidup mestilah ditundukkan kedalam garis lingkungan atau daerah Ilahi yang terpelihara
dan terselamat. Ia merengkumi tiga cara iaitu akidah yang terpelihara, akhlak yang
terpelihara dan sistem perundangan yang terpelihara. Dengan menyerahkan ketiga-tiga ini
kepada Allah , manusia akan dapat mencapai kehidupan yang bahagia dan sejahtera.
(Haron Din 2007:2-3)

Secara umumnya Islam boleh didefinisikan dalam dua perspektif pertama,”


kepatuhan, ketundukkan dan ketaatan terhadap syariat yang dibawa oleh baginda
rasulullah s.a.w secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan lahir daripada kesedaran
diri bukan kerana terpaksa.” Dan yang kedua ,” sesuatu peraturan umum dan undang-
undang yang bersifat sempurna dan menyeluruh merangkumi seluruh ruang lingkup
4

kehidupan manusia dalam mengatur perancangan dan sistem hidup mereka,orang yang
mentaati diberikan pahala orang yang mengingkarinya dikenakan dosa.(Fadzilullah Hj
Shuib 2007:91)

4.1 DEFINISI IMAN

Iman dari sudut bahasa membawa maksud tasdiq, Iaitu membenarkan, percaya
dan amanah. Dan menurut Abu Hassan al-Asy’ari, iman ialah membenarkan Allah dan
Rasul-rasulnya dan kepercayaan ini tidak sah kecuali dengan mengenal Allah. Dan iman
juga bermaksud membenarkan nabi Muhammad s.a.w. dalam setiap apa yang dibawa oleh
Baginda tanpa sebarang keraguan sedikit pun. Dan iman juga membenarkan didalam hati,
mengucapkan dengan lidah dan melakukan amalan dengan anggota.(Ab.Latif bin muda
1998.62-64)

Dan ia juga jelas disebut didalam hadis nabi riwayat daripada Abu Hurairah
dimana Jibril a.s. bertanya Rasulullah: terjemahannya: apakah iman itu? Jawab
Rasulullah: iman ialah kepercayaan kepada Allah, malaikat-malaikatnya, bertemu
dengannya, para Rasul-Nya serta percaya kepada hari kebangkitan.

5.1 HUBUNGAN AKHLAK DENGAN ISLAM

Kedudukan akhlak dalam Islam amat jelas lagi nyata. Akhlak merupakan hasil
buah dari pohon Islam dan bumi Iman. Akhlak adalah nilai pengisi atau nilai pengindah
binaan Islam dan fondisi Iman. Oleh kerana itu, akhlak menjadi unsur yang mengisi
setiap juzu’Nya. Bermula dari risalahNya akhlak menjadi matlamat dari pengutusan
Rasulullah (s.a.w.). Dalam Iman itu sendiri ditegaskan oleh al-Qur’an tentang unsur
akhlaknya (unsur Al-Birr) atau kebaikan. Nilai bagi seorang yang menganut Islam ialah
nilai akhlaknya seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah (s.a.w.). Bahawa seorang Islam
itu ialah yang mana orang ramai terselamat dari tangan dan lidahnya. Nyatalah bahawa
nilai seorang beriman itu ialah nilai akhlaknya. Rasulullah (s.a.w.) bersabda
5

“Sungguh menakjub (mengkagumkan) sifat seorang mukmin. Amalnya semuanya


baik. Hal seperti tidak berlaku melainkan pada si mukmin. Jika menerima kesenangan
ia bersyukur maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika ditimpa bencana ia bersabar
maka itu adalah kebaikan baginya.” (Mohd. Sulaiman B. Hj. Yasin 1992: 29) .

Dari kajian ilmu sosiologi dapat ditemui bahawa fenomena agama Islam begitu
rapat kaitannya dengan fenomena akhlak. Bahkan didapati kedua-dua fenomena tersebut
berkait sebati sehingga sulit untuk dibezakan, sehingga fenomena akhlak itu lebih
dikenali sebagai fenomena keagamaan. Perkaitan yang sebati ini mentafsirkan bahawa
akhlak itu telah diwarnai oleh nilai agama Islam. Ertinya akhlak itu telah diberikan nilai
keagamaan dan nilai kekudusan yang wajib dipelihara dan dipertahankan. Sudah pasti
bahawa akhlak yang mempunyai nilai keagamaan atau nilai kekudusan itu akan
memberikan kesan yang positif kepada kegiatan hidup dalam suatu masyarakat. Walau
bagaimanapun, agama akan tetap dan terus mengambil peranan yang penting dalam
akhlak. Agamalah yang menjamin akhlak supaya dihormati. Agama juga dihormat.
Agama juga yang mengambil tugas menyedarkan hati-hati manusia yang berangan-
berangan hendak menentang akhlak. (Mohd. Sulaiman B. Hj. Yasin 1992: 65-66).

Hadith tersebut bermaksud bahawa Rasulullah s.a.w, telah ditanya oleh salah
seorang sahabat yang berada di sebelah hadapan : “apakah dia agama itu, wahai
Rasulullah?” jawab Rasulullah s.a.w : “ Akhlak yang baik!” kemudian seorang yang
berada dikananya bertanya “Apakah dia agama itu wahai Rasulullah s.a.w “ Jawab
Rasulullah s.a.w : “ Akhlak yang baik.” Kemudian seorangyang berada di sebelah kirinya
bertanya : “Apakah dia akhlak yang baik?” Rasulullah s.a.w menjawab : “Akhlak yang
baik!”. Dan akhirnya seorang yang berada disebelah belakangnya juga bertanyakan :
“Apakah dia agama?” jawab Rasulullah s.a.w : “Apakah masih tidak faham bahawa
agama itu tidak marah”. (Mohd. Sulaiman B. Hj. Yasin 1992: 66).
6

6.1 HUBUNGAN AKHLAK DENGAN IMAN

Hubungan diantara akhlak dan iman maka dengan sendiri dan tabienya seerat dan
sekuat itulah juga hubungan diantara akhlak dan akidah di dalam Islam. Akhlak Islam
adalah pancaran dari tenaga kekuatan Imannya. Akidah yang hanya terapung diatas
permukaan akal dan teori tidak akan menghasilkan kesan. Hanya akidah yang diperkukuh
oleh akal, yang sentiasa tergambar pada ingatan, yang sentiasa hadir dalam jiwa, yang
sentiasa hidup dalam hati. Itulah Iman yang akan memberikan tenaga kekuatan iradah
atau kemahuan dan keazaman dalam jiwa untuk melakukan apa yang disukai dan diredhai
Allah. Akidah yang sedemikian itulah yang dapat menghidupkan hati dan jiwa sehingga
dapat melahirkan sifat-sifat yang mulia dalam hati yang mulia. (Mohd. Sulaiman B. Hj.
Yasin 1992: 67).

Keimanan kepada Allah adalah hakikat yang teragung sumber kepada segala
hakikat dialam wujud. Sementara keimanan kepada hari akhirat atau hari pembalasan
yang adil secara mutlak adalah hakikat kewujudan hidup yang sebenar yang hakiki dan
abadi sebagai natijah yang pasti dan kehidupan duniawi. Dalam kedua-dua hakikat
tersebut terumus dan tersimpul segala ciri akidah Islam. Oleh kerana itu dalam al-Quran
dan Hadith kerap sekali menyebut kedua-duanya secara beriringan. Dalam kedua-dua
hakikat yang menjadi asas akidah Islam terkandung ikatan hubungan dengan aspek
akhlak dalam Islam. Aspek hubungan tersebut ialah bahawa akidah berfungsi sebagai
penyedar, penggerak dan penggalak kepada hati kecil atau kesedaran akhlak pada diri
manusia dalam kedua-dua arahnya, iaitu arah untuk bertindak dalam kegiatan yang
bernilai baik dan diredhai Allah, serta meninggalkan kegiatan yang bernilai jahat dan
dimurkai oleh Allah. (Mohd. Sulaiman B. Hj. Yasin 1992: 68).

Keimanan kepada Allah dan hari akhirat bukan sahaja menjadi asas dan teras yang
membezakan antara Islam dan akhlak-akhlak lainnya tetapi juga dengan sendirinya
membezakan kesannya kepada akhlak. Keimanan kepada kedua-dua hakikat tadi memberi
kesan yang positif. Sebaliknya kepercayaan yang lain atau penafian kepada kedua-dua
hakikat tersebut memberikan kesan yang negatif. Hubungan yang lazim antara keimanan
dan hari akhirat dengan keberkesanannya membentuk akhlak yang baik, atau sebaliknya,
7

ketidak beriman dengan dua hakikat tadi dengan keberkesanan mambentuk akhlak yang
jahat dan buruk mendapat pengakuan dari al-Quran sendiri dalam sepotong ayatNya yang
bermaksud: “Bagi orang-orang yang tidak beriman hari akhirat ampunya sifat-sifat yang
buruk dan bagi Allah sifat-sifat yang tertinggi. Dan dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha
Hikmah.” Orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat akan dikesani dengan sifat-
sifat Allah yang termahal dan tertinggi yang akan mengesani pula pelbagai perlakuan dan
kegiatan hidupnya. Akhlak membuktikan subur imannya. Menepati dengan hakikat maka
kemuncak ketinggian seorang mukmin ialah keikhlasannya. (Mohd. Sulaiman B. Hj.
Yasin 1992: 68-69).

7.1 KEPENTINGAN HUBUNGAN AKHLAK DENGAN IMAN DAN ISLAM

Untuk membuat penilaian yang tepat terhadap sesuatu perbuatan. Akhlak juga
dapat memberi penilaian yang tepat terhadap seseorang manusia. Dengan akhlak
seseorang itu dapat dinilai dengan teliti, samada baik atau buruk melihat semula kepada
akhlak seseorang. Jika baik akhlaknya maka baiklah seseorang itu, jika buruk akhlaknya
maka buruklah seseorang itu. Dan sebagaimana di dalam islam akhlak ini begitu
ditekankan untuk menjaga kesucian islam itu sendiri.

Dan juga untuk meningkatkan insaniah (sahsiah) insan sehingga ke tahap sesuatu
ummah insaniah yang benar-benar berkualiti.Ummah insaniah adalah ummah yang benar-
benar meliputi semua aspek termasuklah yang paling penting iaitu akhlak, kerana akhlak
seseorang dapat memasuki syurga dan kerana akhlak juga seseorang itu dimasukkan
kedalam neraka. Dapat dilihat betapa penting akhlak dalam iman dan islam setiap
muslim. Sebagaimana kita melihat Allah yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan,
ketinggian dan kemuliaan dan keagongan akhlak Utusan-Nya, Rasulullah yang mana
tidak ada seorang manusia yang mendapat penghormatan yang sedemikian agong dengan
pengisytiharan dan pengiktirafan yang paling kudus dari Allah Tuhan Maha Pencipta
alam semesta. Oleh kerana pengisytiharan dan pengiktirafan ini datang dari Allah sendiri
maka hakikat keagongan akhlak Muhammad (s.a.w.) tetap dan terus menerus terbukti
8

dalam sepanjang sejarah tanpa ada suatu kuasa pun yang dapat menahan arus pembuktian
tersebut

Selain daripada itu adalah untuk keharmonian, kesejahteraan,


kedamaian,keamanan, dan kebahagiaan semua anggota dalam masyarakat dari berbagai
lapisan darjat dan kedudukan. Akhlak dapat melahirkan kesejahteraan. Akhlak yang
mulia tidak membezakan setiap lapisan masyarakat, maka tidak akan wujud masyarakat
yang teragung dan yang terpinggir, hubungan akan menjadi erat dan manusia tidak akan
berpecah belah atau berpuak-puak, kerana didalam islam telah digariskan semua itu.

8.1.1 KESAN HUBUNGAN AKHLAK DENGAN IMAN DAN ISLAM

8.1.1 Benar dan jelas dalam pertuturan

Seseorang itu bila dikesani dengan akhlak yang mulia akan berlaku
perubahan pada percakapan iaitu sentiasa bercakap benar serta jelas. Ini terbukti
dari hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam
Muwatta’ yang membawa maksud bahawa selagi seorang hamba bercakap dusta
atau berusaha untuk berdusta, maka terlekat pada hatinya suatu titik hitam hingga
menyelebungi hatinya.

8.1.2 Beramanah

Seseorang yang berakhlak baik akan menjadikan dirinya juga beramanah,


tidak curang dalam muamalat dan sebagainya. Ini kerana curang dan
mengkhianati amanah itu setengah daripada alamat orang munafik. Dengan ini
jelas mengkhianati amanah adalah setengah daripada alamat orang munafik.
Orang yang berakhlak baik sudah tentu menjauh diri dari sifat ini. Dan dengan
menjauhi sifat ini sudah tentu akan mencapai kemuliaan terhadap seseorang itu
sama ada di dunia atau akhirat.
9

8.1.3 Memelihara Lidah

Seseorang yang dikesani oleh akhlak yang mulia akan memelihara


lidahnya dari mengatakan kata-kata yang tidak baik. Bahkan sentiasa
membiasakan lidah dengan kata-kata yang baik.Ini jelas dilihat dari Hadith
Rasulullah s.a.w. yang mana diriwayatkan oleh al-Bukhari yang menjelaskan
sesiapa yang beriman terhadap Allah S.W.T. dan hari akhirat, maka hendaklah ia
berkata tentang kebaikan, kalau tidak hendaklah ia berdiam diri. Dengan
memelihara lidah selain dari melepaskan diri dari menyakiti orang ia juga
mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.. Bila mendapat keberkatan sudah tentu
akan mencapai kemuliaan dari Allah S.W.T.

8.1.4 Membersihkan diri dari sifat dengki dan sifat dendam

Seorang mukmin yang dikesani oleh akhlak yang mulia akan


menghakiskan segala sifat kecelaan, bahkan membersihkan diri dari hasad dengki
dan dendam. Malah sentiasa beradab dan bersopan santun. Keberkatan akhlak
yang baik membuatkan manusia tidak lagi mempunyai sifat hasad dengki dan
dendam.

8.1.5 Melahirkan pengorbanan

Seseorang bila dikesani oleh akhlak yang baik menjadikan seseorang itu
pemurah dan pemberi tanpa perlu menunggu manfaat atau maslahat keduniaan.
Atau dalam erti kata lain, tidak berharap memperolehi nikmat dengan segera. Ini
kerana tujuannya adalah semata-mata taat kepada Allah S.W.T. atau beriman
kepadanya. Apabila seseorang itu betul-betul berakhlak mulia, ia tidak akan
merasa lemah lagi dari berusaha bersunguh-sungguh untuk melakukan sesuatu di
dunia ini sekalipun terpaksa menggorbankan setiap apa yang dimiliki dalam
10

kehidupan ini. Mereka berjihad di jalan Allah S.W.T. dengan hartanya dan dirinya
semata-mata kerana Allah S.W.T.. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud
“Orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah
S.W.T. dan Rasulnya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad
dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah S.W.T. Mereka itulah orang-orang
yang benar”

8.1.6 Berukhuwwah dan tolong menolong

Jika seseorang Islam itu melazimi serta melaksanakan akhlak mulia


sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Qur’an al-Karim, maka akan lahirlah
perasaan lemah lembut, hormat menghormati sesama manusia serta akan terhindar
sikap suka menyakiti orang lain seperti menjatuhkan maruah seseorang atau
menahan dan menyekat kebebasan seseorang. Oleh itu akan lahirlah masyarakat
yang bersaudara, berkasih sayang dan bersimpati terhadap yang lain.

9.1 CIRI-CIRI MUSLIM BERAKHLAK MULIA BERTERASKAN IMAN DAN


ISLAM

9.1.1 Berbuat baik kepada kedua ibu bapa


Ini adalah salah satu amalan yang disukai oleh Allah. Antara ciri-ciri umat islam
yang berakhlak adalah yang berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya selagi mana
tidak bertentangan dengan ajaran agama islam yang sebenar. Hal ini dapat di lihat
hubungan diantara iman dan islam dengan akhlak adalah sesuatu yang begitu rapat.
Akhlak yang mulia adalah lahir daripada iman yang kukuh dan agama yang sempurna
iaitu islam. Selaras dengan sebuah hadith :

Ibnu Mas’ud pernah bertanya kepada Baginda :

“apakah amalan yang paling dicintai oleh Allah?” Rasul menjawab


“mengerjakan solat pada waktunya” Ia bertanya : “kemusian apa?”Rasul
11

menjawab : “berbakti kepada dua orang ibu bapa” Ia bertanya lagi: “kemudian
apa?” Baginda bersabda : “Berjihad pada jalan Allah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

9.1.2 Berbuat baik kepada anak-anak yatim

Berbuat baik kepada anak yatim juga adalah tergolong dalam akhlak yang
mulia. Hal ini kerana anak yatim tidak punyai ibu dan bapa yang dapat
mencurahkan kebahagian dan kegembiraan buat mereka seperti kanak-kanak lain.
Ini dapat dibuktikan dengan keperihatinan Rasulullah terhadap anak-anak yatim
sehingga Rasullah pernah mengambil seorang kanak-kanak yang telah kematian
bapa, kerana gugur di medan peperangan sebagai sebahagian daripada keluarga
Baginda. Berikutan daripada kisah ini dapat dilihat islam dan akhlak mempunyai
hubungan dimana walaupun bapa kanak-kanak tersebut gugur dalam peperangan,
namun anaknya tetap terbela dengan balasan yang diberikan oleh Allah.
Rasulullah besabda :
“Aku dan orang yang menanggung (memelihara)anak yatim (dengan baik)ada
di syurga bagaikan ini…”(sambil memberi isyarat dengan merentangkan
kedua-dua jari telunjuk dan jari tengahnya)
(Riwayat Bukhari)
9.1.3 Memuliakan tetamu

Memuliakan tetamu adalah salah satu akhlak mulia yang berhubung kait dengan
iman dan islam, seseorang yang berakhlak mulia tidak akan memarahi tetamu, malah
menyambut tetamu dengan hati terbuka. Seperti sabda Rasullah S.A.W. :
“sesiapa yang mengaku beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka
hendaklah ia memuliakan tetamunya”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

9.1.4 Menjalin hubungan Silaturrahim


12

Menjalin hubungan silaturrahim dapat dilihat dari contoh yang telah dilakukan
oleh Rasulullah S.A.W. didalam mempersaudarakan antara golongan muhajirin dan
ansar sewaktu Baginda Berjaya mendirikan kerajaan islam di Madinah.Melihat
kepada peristiwa ini, akhlak mulia yang ditonjolkan oleh Rasullah itu memperlihatkan
akhlak iman dan islam mempunyai hubungan dalam menyatukan umat islam dan
mempunyai iman yang kukuh sehingga sanggup berkorban sesama sendiri untuk
mengeratkan silaturrahim. Rasulullah bersabda :
“sesiapa yang suka dibentangkan kepadanya jalan rezekinya serta dipanjangkan
umurnya maka hendaklah ia menyambung silaturrahim.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

9.1.5 Bersahabat dengan orang soleh

Bergaul atau bersahabat dengan orang-orang soleh adalah salah satu akhlak yang
mulia dan dapat melahirkan kesan yang mendalam kerana serba sedikit akhlak mulia
yang ada pada orang soleh itu akan menjadi ikutan kepada orang di sekelilingnya.
Maka orang soleh yang mempunyai iman yang tinggi serba sedikit dapat membantu
melahirkan generasi berakhlak mulia. Rasulullah bersabda :

“ Perumpamaaan teman yang soleh dan teman yang jahat ialah laksana pembawa
wangi-wangian dan tukang besi, adapun pembawa wangi-wangian sama ada dia
memberimu sedikit ataupun kamu membeli daripadanya sedikit, ataupun kamu
dapat mencium daripadanya bau-bauan yang wangi. Adapun tukang besi samada
dia membakar bajumu, ataupun kamu mencium daripadanya bau-bau yang
busuk.”
Riwayat Bukhari dan Muslim)

KESIMPULAN
13

Akhlak merupakan perkara yang sememangnya sebati dalam kehidupan manusia.


Sebagaimana agama tidak terpisah dengan manusia dan begitu jugalah dengan akhlak
yang merupakan salah satu ciri-ciri yang terpenting dalam kehidupan manusia, dan seperti
yang diketahui bahawa akhlak yang sebenar ialah akhlak yang baik yang mana yang
berlandaskan Al-Quaran dan as-Sunnah. Dan hatta orang yang tidak beragama pun dikira
akhlak itu adalah agamanya begitulah pentingnya akhlak.

Dan bagi manusia seluruhnya untuk menjadi manusia yang berjaya ialah
sesesorang itu dapat mempraktikkan akhlak yang baik dan meninggalkan yang buruk
dalam kehidupannya dan berjaya juga menghidupkannya dalam sebuah institusi keluarga
dan yang paling berkesan ialah di dalam sesebuah masyarakat, yang menjadikan
Rasulullah sebagai model atau ikutan dalam setiap perkara yang dilakukan.

Dengan ini jelaslah bahawa hubungan akhlak dengan iman dan islam saling
berkait rapat antara satu sama lain dalam melahirkan akhlak seseorang muslim yang
benar-benar berkualiti, tanpa salah satu daripada aspek tersebut maka akhlak yang lahir
tidak sempurna.

RUJUKAN

1) Musa Subaiti.1996. Akhlak Keluarga Muhammad s.a.w. Jakarta. Pt lentera


basritama.
14

2) Fadzlullah Shuib.2007. Pemikiran dan Tamadun Islam. Kuala Lumpur. Terbitan


Al-Hidayah Publication.

3) Haron Din. 2007. Islam: Jihad Sebagai Survival Insan. Kuala Lumpur. Terbitan
PTS Millennia Sdn. Bhd.

4) Mohamed bin abu. 1996.Panduan Insan Mukmin: dalam kegiatan hidup seharian.
Selangor. Terbitan Pustaka Ilmi.

5) Ibnu Sahli dan Abu Muhammad Saifuddin. 2007. Meneladani kemuliaan akhlak
Rasulullah. Pustaka Azhar.

6) Chabib Thoha. Saifuddin Zuhri. Syamsudin Yahya. 1999. Metodologi Pengajaran


Agama. Pustaka Pelajar Offset.

7) Mohd Sulaiman Yasin.1992. Akhlak Dan Tasawuf. Kuala lumpur. Cetakan


Mas’adah(M) Sdn.Bhd.

You might also like