You are on page 1of 24

OBJEKTIF

Tujuan utama tugasan “Tamadun Pribumi dan Kesannya Dalam Pembangunan


Masyarakat di Malaysia” ini dilakukan adalah memenuhi salah satu daripada pentaksiran
penilayan berterusan pensyarah modul. Selain itu, melalui tugasan ini, ianya dapat
mendedahkan kami kepada masyarakat pribumi yang ada di Malaysia dengan lebih dekat lagi.
Di samping itu, ianya dapat membantu dalam pembelajaran dan meningkatkan kefahaman
kami. Dengan melakukan tugansan berkumpulan ini juga, secara tidak langsung dapat
memupuk semangat kerjasama dan setia kawan.

1
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH atas limpah kurnia-Nya dapat kami siapkan
tugasan “Tamadun Pribumi dan Kesannya Dalam Pembangunan Masyarakat di Malaysia”
yang telah di amanahkan kepada kami dengan jayanya . di mana tugasan ini adalah salah satu
daripada pentaksiran penilaian berterusan kami dalm modul “Tamadun Islam dan Tamadun
Asia”. Terutamanya kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami
yang mengajar modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) iaitu Pn. Asmahan bt
Mokhtar yang banyak member tunjuk ajar, idea dan panduan dalam misi menyiapkan tugasan
ini. Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan dan sahabat-sahabat seperjuangan yang mana
banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini dari segi pendapat, sokongan dan lain-lain.
Begitu juga kepada pihak Politeknik Sultan Azlan Shah kerana menyediakan perkhidmatan
pemijaman buku, dan perkhidmatan internet, dimana ianya memudahkan kami dalam urusan
mencari maklumat tambahan mengenai Tamadun Pribumi Malaysia.

TAMADUN PRIBUMI DAN KESANNYA DALAM PEMBANGUNAN


MASYARAKAT DI MALAYSIA.
2
PENGENALAN

Latar Belakang Tamadun Pribumi.

Istilah masyarakat pribumi dari sudut umum merujuk kepada kumpulan etnik yang
natif kepada wilayah yang dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara dan
kumpulan etnik ini telah wujud sebelum negaranya dibentuk. Jika dispesifikasikan,
masyarakat pribumi adalah merujuk kepada penduduk asal negara Malaysia yang terdiri
daripada orang Melayu dan orang Asli semenanjung Malaysia dan pelbagai kumpulan etnik
pribumi di Sabah dan Sarawak. Dan mengikut Perlembagaan Malaysia pula, pribumi atau
bumiputera diertikan sebagai anak watan dan ini merujuk kepada orang Melayu, orang asli
dan pribumi di Sabah dan Sarawak.

Penduduk asal Semenanjung Malaysia dari perspektif ethnolinguistik dapat


dibahagikan kepada dua kelompok yang umum iaitu Melayu dan asli. F.E. Sarasin (1905)
membahagikan orang melayu kepada Proto-Melayu dan Deutero-Melayu (orang Melayu
Islam). Bagi masyarakat asli pula dibahagikan kepada kelompok yang lebih kecil lagi, seperti
Negrito (Semang), Senoi (Sakai) dan Melayu Asli (Jakun). Menurut Peter bellwood pula
membahagikan penduduk asal Semenanjung Malaysia kepada empat kumpulan iaitu Orang
Asli Utara/Negrito (Semang), Asli Tegah dan Selatan/Senoi, Orang-orang
Melayic/Mongoliod Selatan, dan Melayu/mongoloid Selatan. Dan menurut kepada Benjamin
ada dua masyarakat yang asal iaitu pribumi iaitu mereka yang berbahasa Melayu dan
berbahasa Asli. Orang-orang Asli itu khususnya di utara lebih dekat bahasanya kepada bahasa
Austro-asiatik dan orang-orang Melayu lebih dekat kepada dialek bahasa austronesia.
Perubahan dialek bahasa mungkin disebabkan kerana interaksi antara masyarakat di rantau
dunia Melayu iaitu kawasan yang merangkumi malagasi, kepulauan Pasifik dan Asia
Tenggara.

Penduduk asal di Sabah pula adalah kumpulan etnik berketurunan pribumi seperti
orang Dusun/Kadazan, Murut, Bajau, Sulu, Iranun, Kedayan, Melayu Brunai, Lun Dayeh
Sungai dan kumpulan pribumi lain. Penduduknya tertumpu di kawasan pesisiran pantai, di

3
muara, lembah sungai dan kawasan bukit di daerah pedalaman. Disebabkan kawasan yang
luas, ianya memisahkan perhubungan antara satu kelompok dengan kelompok yang lain.
Maka setiap kelompok membentuk identiti masing-masing mengikut keadaan alam
sekelilingnya.

Bagi penduduk asal di Sarawak pula tergolong dalam kumpulan etnik Iban, Bidayuh,
Melayu Melanau/Lun Bawang, Kelabit, Kayan, Bisaya, Punan, Penan dan kumpulan kecil
yang lain. Suku kaum Iban adalah yang terbesar dan menduduki disemua bahagian di
Sarawak.

MASYARAKAT PRIBUMI DI MALAYSIA

1. Masyarakat Orang asli.


Orang asli terbahagi kepada tiga bangsa iaitu :
i. NEGRITO
Bangsa Negrito terdiri daripada suku bangsa Kinsui, Kintak, Lanoh, Jahai,
Mendrig, dan Bateq. Mereka mendiami kawasan Banjaran Titiwangsa dan berpusat
terutamanya di kawasan Utara semenanjung. Berikut adalah maklumat sedikit
sebanyak mengenai suku bangsa Negrito.

 Kinsui, lokasi penempatan rumpun bangsa Kensiu cuma terdapat di Kampung


Lubok Legong, Kedah. Mereka merupakan kumpulan kedua terkecil dari
kalangan 18 rumpun bangsa Orang Asli. Satu ketika dulu, orang Kensiu suka
berpindah randah untuk mencari bahan-bahan makanan. Kini mereka
mengusahakan tanaman getah yang dubangunkan oleh pihak RISDA sebagai
sumber ekonomi tetap mereka.

 Kintak, sama seperti suku bangsa Kensiu, Orang Kintak suka berpindah randah
untuk mencari bahan makanan. Mereka mendiami kawasan pinggir daerah
Gerik, Hulu Perak. Tumpuan serius yang diberikan oleh pihak Kerajaan terhadap
4
kalangan masyarakat Orang Asli, telah menyebabkan rumpun bangsa Kintak
mengubah cara hidup mereka untuk menjadi setanding dan separa dengan rakan-
rakan mereka yang lain. Kalangan mereka turut menyertai bidang-bidang
pekerjaan yang dulunya dirasakan mustahil seperti perkhidmatan kolar putih dan
biru.

 Lanoh, masyarakat Lanoh (Lano) dulunya turut dikenali sebagai Sabubn.


Namun, kini perkataan Sabubn tidak digunakan lagi oleh sebab-sebab yang
kurang jelas. Penempatan mereka bertaburan di sekitar utara negeri Perak
terutama di daerah Lenggong. Mereka juga satu ketika dulu suka hidup
berpindah randah. Dari sudut linguistik dan budaya, mereka lebih mirip kepada
rumpun Kensiu dan Kintak. Umumnya mereka lebih banyak bertutur dalam
dialek bahasa Temiar.

 Jahai, lokasi penempatan rumpun bangsa Jahai terdapat di Banun, Sungai Tiang
dan persisir Empangan Temenggor di Perak. Sementara di Kelantan, mereka
bertumpu di Kampung Sungai Rual dan sekitar Jeli, Hulu Kelantan. Pada amnya,
rupa paras orang Jahai seakan ada persamaannya dengan orang Habsyi atau
Negro di Arika, suku kaum Negrito di Pulau Andaman dan Aeta di Filipina.
Rumah mereka berbentuk pisang sesikat, dibina daripada buluh dan beratapkan
daun bertam dan tepus. Keadaan rumah mereka yang serba ringkas itu adalah
disebabkan amalan mereka yang suka berpindah randah, terutama apabila
berlaku kematian dan bencana selain tujuan untuk mencari keperluan makanan
di kawasan baru. Namun demikian, seperti juga masyarakat Orang Asli yang
lain, mereka kini sudah memiliki penempatan sendiri dan terbela dari segala
sudut kehidupan melalui bantuan-bantuan oleh pihak Kerajaan.

 Mendrig, rumpun bangsa Mendrig menghuni di sekitar hulu sungai Kuala Lah,
jajahan Gua Musang, Kelantan. Seperti Jahai, ciri fizikal orang Mendrig lebih
mirip kepada rupa paras orang Negrito lain di kepulauan Andaman, Filipina dan
Selatan Thai. Tubuh mereka kecil tetapi tegap dan sasa. Mereka dikatakan
sebagai kaum dari tinggalan zaman paleolitik (zaman batu lama) yang

5
mengunjur dari Semenanjung ke Pasifik. Bahasa suku kaum Mendrig ialah
Austraossiatik. Mereka tergolong sebagai penutur rumpun bahasa Mon-Khmer
tetapi kini telah banyak menerima kemasukan kosa kata Melayu.

 Bateq, Taman Negara Kuala Tahan, sekitar bahagian hulu Sungai Tembeling,
Sungai Kechau, Teluk Gunung di Pahang, Sungai Gala, Sungai Chiku, Sungai
Tako, Sungai Lebir dan Sungai Airing di Kelantan serta Sungai Berua, Besut,
Terengganu adalah merupakan penempatan utama masyarakat Bateq. Jika
dahulu mereka turut mengamalkan amalan berpindah randah, tetapi mutakhir ini
mereka memilih untuk menduduki kawasan yang disediakan oleh pihak
Kerajaan ke arah kesejahteraan kehidupan mereka.

Kawasan penempatan suku kaum Negrito.

ii. SENOI
Terdapat enam suku bangsa yang bernaung di bawah kategori kaum Senoi
iaitu Temiar, Semai, Semoq Beri, Che’ Wong, Jah Hut dan Mahmeri. Kaum Senoi
mendiami kawasan lereng Banjaran Titiwangsa serta juga di sebelah pantai negeri

6
Selangor. Ianya merangkumi kawasan di pedalaman negeri Perak, Kelantan, Pahang
dan Terengganu. Berikut adalah sedikit sebanyak maklumat mengenai suku bangsa
bagi kaum Senoi.

 Temiar, penempatan suku bangsa Temiar yang teramai adalah di daerah Gua
Musang, Kelantan yang menganjur hingga ke sempadan Perak dan Kelantan.
Pada peringkat awal, mereka membuat rumah seperti keadaan rumah panjang
di mana lokasinya ditentukan oleh Penghulu atau Batin melalui kaedah
’berhalaq’. Kemudian mereka akan mula membina kediaman sendiri setelah
sekian lama di rumah panjang tersebut. Mereka menyara kehidupan dengan
bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuhan hutan. Kemajuan negara telah
merubah cara hidup mereka khususnya dalam bidang ekonomi masa kini, di
mana kebanyakannya mengusahakan tanah kebun dan juga bekerja dalam
pelbagai sektor yang lain.

 Semai, merupakan masyarakat yang paling ramai populasinya di kalangan 18


suku bangsa Orang Asli. Kebanyakan mereka menetap di sekitar Banjaran
Titiwangsa meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat.
Kehidupan ekonomi mereka ialah berburu, mencari rotan serta buah-buahan
hutan.

 Semoq Beri, penempatan suku bangsa Semoq Beri sebahagian besarnya adalah
di kawasan pinggir Pahang iaitu di daerah Jerantut, Maran, dan Kuantan,
manakala selebihnya di daerah-daerah Hulu Terengganu dan Kemaman,
Terengganu. Pada masa lalu, mereka juga menjalani kehidupan ala nomad
untuk mencari bahan-bahan makanan. Namun kini, hasil daripada ledakan
kemajuan negara mereka turut dilimpahi dengan hasil sumber ekonomi yang
dikongsi bersama.

 Che’ Wong, suku bangsa Che wong tinggal di kawasan daerah Raub dan di
Sungai Enggang, Lanchang, Temerloh, Pahang. Mereka juga merupakan
masyarakat yang suka berpindah randah demi untuk mencari kehidupan yang
lebih selesa. Hasil daripada kemajuan negara, kini mereka memiliki

7
perkampungan mereka sendiri yang makmur dan selesa, sebagai asas dalam
mewujudkan sebuah perkampungan yang menarik lagi menguntungkan.

 Jah Hut, pusat kependudukan bagi suku bangsa Jah Hut adalah di sekitar
daerah Temerloh dan Jerantut, Pahang. Kawasan tersebut meliputi Kerdau-
Paya Paleng, Paya Mengkuang, Kuala Krau-Penderas, Mendoi, Seboi, Pasu,
Piau dan Galong, Temerloh. Manakala di daerah Jerantut, Sungai Kiol dan
Kekwel (Kol). Pada waktu lalu, mereka menyara kehidupan melalui kegiatan
mencari rotan dan damar untuk dijual, di samping berburu, menangkap ikan
dan mengusahakan ladang untuk sara diri.

 Mahmeri, Mah Meri bermaksud ’Orang Hutan’, manakala dalam istilah, Mah
Meri disebut ’bersisik’. Mereka dikatakan berasal dari pulau-pualu di selatan
negeri Johor. Suku bangsa Mah Meri juga dikenali sebagai ’orang laut’ sesuai
dengan lokasi penempatan mereka yang berhampiran dengan laut. Justeru,
sumber ekonomi utama mereka adalah melalui hasil laut. Mutakhir ini mereka
mula memasuki sektor perladangan di samping kegiatan kebudayaan dan seni
kraftangan yang menjadi identiti rumpun bangsa tersebut.

8
Kawasan penempatan suku kaum Senoi.

iii.MELAYU PROTO
Kaum/bangsa Melayu Proto merangkumi suku bangsa Temuan, Semelai,
Jakun, Orang Asli/Kanaq, Orang Melayu-Seletar dan Orang Laut Proto. Pada awalnya
mereka tinggal di kawasan pantai, kuala ataupun kawasan-kawasan lembah. Kini
mereka telah memiliki kawasan perkampungan mereka sendiri dan mengecapi
kehidupan yang lebih selesa hasil daripada pembangunan yang dibawa oleh pihak
Kerajaan. Berikut serba sedikit mengenai suku bangsa bagi kaum Melayu Proto.

 Temuan, merupakan suku bangsa keempat besarnya dalam hirerki kaum


Orang Asli. Penempatan mereka hampir keseluruhannya terdapat di negeri
Selangor (kecuali daerah Kuala Langat), Melaka, Negeri Sembilan, Temerloh,
di Pahang dan juga Muar di Johor. Rumpun bangsa Temuan di Negeri
Sembilan mengamalkan adat pepatih di mana keistimewaan Batin adalah
selaku salah seorang daripada ahli dalam perlantikan Undang.

9
 Semelai, suku bangsa Semelai menghuni kawasan Pahang Tengah iaitu di
Tasik Bera, Sungai Triang, Paya Besar dan Paya Badak hingga melebar ke
sempadan Negeri Sembilan iaitu di Sungai Serting, Sungai Lui dan Ulu Muar.
Mereka memiliki wajah serta fizikal mirip orang Melayu. Mata pencarian
mereka ialah mencari hasil hutan dan juga berladang.

 Jakun, suku bangsa Jakun atau disebut juga Orang Ulu dikatakan berasal dari
Yunan, selatan China. Penempatan utama mereka adalah di kawasan pantai
Pahang, Rompin, Pekan dan Johor Utara. Kebanyakan dari mereka masih
mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar
seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka kuat
berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.

 Orang Asli/Kanaq, merupakan rumpun bangsa Orang Asli yang paling kecil
jumlah populasinya. Penempatan utama mereka adalah di Kampung Sungai
Selangi, Mawai, daerah Kota Tinggi, Johor. Mereka dikatakan berasal daripada
kepulauan Riau, Indonesia yang melarikan diri akibat dari ancaman tentera
Belanda. Bahasa pertuturan mereka seakan orang Melayu dengan lenggok
bahasa yang agak kasar.

 Orang Kuala, istilah ’Orang Kuala’ wujud disebabkan lokasi masyarakat itu
sendiri yang kebanyakannya tinggal di kawasan kuala sungai dan persisiran
pantai barat Johor. Mereka dipercayai berasal dari kepulauan Riau-Lingga dan
kawasan yang berhampiran dengan pantai Sumatera, Indonesia. Lokasi
penempatan mereka terdapat di Kuala Rengit, Kuala Senggarang dan Tanjung
Segenting dalam daerah Batu Pahat serta juga di Kuala Benut, Kuala Sungai
Pontian dan Kukup di daerah Pontian, Johor. Menangkap ikan merupakan
salah satu daripada aktiviti ekonomi sara diri mereka. Namun demikian,
terdapat juga pada masa kini mereka-mereka yang telah berjaya dalam bidang
perniagaan, pertanian malah bidang-bidang profesional yang lain. Raut wajah
dan tingkah laku mereka lebih mirip kepada orang Melayu yang secara
tradisinya menjadi jiran turun temurun mereka.

10
 Melayu-seletar, dikenali sebagai orang Seletar atau ’Sea Gypsies’ pada
awalnya merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai yang tinggal
dalam rumah perahu, pulau, persisiran pantai dan kuala sungai. Kawasan
utama pertempatan mereka adalah di sekitar pantai selatan Johor dan utara
Singapura seperti di Kampung Bakar Batu, Johor Baharu. Secara tradisinya
mereka bergantung hidup kepada hasil laut. Keadaan ini menyebabkan mereka
hidup berpindah randah. Walau bagaimanapun, perubahan dalam sosio
ekonomi telah merubah cara hidup mereka. Terdapat mereka yang
mengusahakan kedai makanan laut (seafood). Kini mereka tinggal dan
menetap di kawasan penempatan yang lebih teratur dan tersusun di persisiran
pantai selat Johor.

Kawasan penempatan suku kaum Melayu Proto.

11
Orang Asli Semenanjung Malaysia.

2. Masyarakat Pribumi Sarawak.

Bumi Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia. Secara kolektifnya,


kumpulan etnik utama di Sarawak dikenali sebagai Dayak, Iban, Bidayuh dan Orang
Ulu serta kumpulan etnik lain seperti Melayu, Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut/Lun
Bawang, Punan, Penan, Melanau, Kedayan dan Bisayah. Daripada masyarakat yang
hidup berpindah-randah dan menjalani aktiviti pemburuan seperti orang penan kepada
masyarakat yang bertamadun iaitu tinggal di pesisiran pantai dan di lembah sungai
menunjukkan perkembangan kebudayaan penduduk pribumi Sarawak seperti orang
Melayu, Melanau dan Iban.

Asal usul penduduk pribumi Sarawak boleh dikaitkan dengan gelombang


penghijrahan dari tempat lain di benua Asia dan mereka menuturkan bahasa rumpun
austronesia. Berdasarkan penemuan arkeologi di Gua Niah dan Gunung Subis,
Sarawak telah dihuni sejak 40,000 tahun lalu dan dikatakan penduduknya telah

12
berdagang dengan Negara China lebih kurang 600 tahun SM. Berikut adalah serba
sedikit mengenai kumpulan etnik utama di Sarawak.

 Dayak, iaitu yang membawa makna ‘hulu’ atau ‘pedalaman’, digunakan


sebagai istilah umum oleh penduduk Islam pinggir pantai bagi merujuk kepada
lebih 200 kumpulan suku peribumi yang tinggal di kawasan pedalaman.
Lazimnya mereka tinggal di rumah panjang, iaitu rumah komuniti tradisional
yang boleh memuatkan antara 20 hingga 100 buah keluarga.

 Iban, iaitu kumpulan etnik terbesar Sarawak, kaum Iban merangkumi 30


peratus populasi negeri ini. Kadangkala mereka dikategorikan secara salah
sebagai etnik Dayak Laut kerana kepakaran mereka menggunakan bot,
bagaimanapun, mereka sebenarnya kaum dari hulu sungai di tengah-tengah
Kalimantan. Dahulu kala, mereka adalah pejuang yang sangat gagah berani
dan terkenal dengan ‘ngayau’ atau pemburuan kepala serta aktiviti pelanunan.
Secara tradisi, mereka menyembah tiga Tuhan di bawah kekuasaan Singalang
Burung, Tuhan burung peperangan. Walau kebanyakan mereka kini beragama
kristian, mereka masih mengamalkan amalam tradisi.

 Bidayuh, terkenal kerana keramahan budaya mereka, selain menjadikan


kawasan pergunungan negeri ini sebagai tempat kediaman. Ada yang
merupakan peladang, dan pemburu. Mereka juga terkenal kerana minuman
tuak (arak beras). Dahulu, sewaktu zaman pemburuan kepala, hasil pemburuan
tersebut diletakkan di dalam sebuah ‘baruk’. Baruk adalah sebuah rumah bulat
yang dahulu kala menjadi tempat bagi pemuda Bidayuh mengawal kampung
mereka. Ia dibina tinggi, kira-kira 1. 5 meter dari tanah dan berfungsi
memantau pergerakan dari pelbagai arah. Asalnya mereka mengamalkan
ajaran animisme dan kini ramai yang telah memeluk agama Kristian.

13
 Orang Ulu, Dikenali sebagai kaum hulu sungai Sarawak, mereka kira-kira 5.5
peratus populasi Sarawak dan terdapat lebih 100,000 suku etnik Orang Ulu di
sini. Mereka adalah antara kaum pribumi Borneo yang paling artistic, dengan
penggunaan pelaratan yang dihiasi seni tangan manik yang halus, dan juga
kaum wanita yang berpangkat tinggi turut menghiasi tubuh mereka dengan
seni lukisan tatu.

Pengaruh agama seperti semasa pemerintahan Kesultanan Brunei, ramai


penduduk pribumi di persisiran pantai dan kuala sungai seperti orang Melayu,
Melanau dan Kedayan memeluk agama Islam. Dan semasa Dinasti Brooke,
penyebaran agama Kristian telah digiatkan di daerah pedalaman yang tinggal agak
jauh dari pantai seperti dikalangan orang Iban, Bidayuh, Bisayah, Kenyah, Kelabit dan
orang Melanau.

3. Masyarakat Pribumi Sabah.

Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara Kepulauan Borneo
dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Seperti pribumi
Sarawak, pribumi Sabah dipercayai berasal dari tanah besar Asia dan bertutur dalam
kelompok bahasa austronesia. Sabah mempunyai 30 kumpulan etnik dengan tidak
kurang 50 kumpulan bahasa dan 90 dialek, yang mana lebih tiga puluh daripada
bahasa itu dimiliki oleh kaum bumiputera seperti Murut, Bajau, Rungus, Latod, Lun
Dayeh, Bisaya, Kedayan, Orang Sungei, Melayu Brunei, Iranun dan Suluk Irranun,
Talantang, Sonsogon, Likabau, Garoh (Kimaragang), Tinagas, Idahan, Sungai dan
Dusun. Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987) Institut Linguistik S.I.L
melaporkan bahasa-bahasa tempatan ini dipercayai termasuk dalam bahasa
Austronesian keturunan Bornean dari keturunan asal Austronesian. Kumpulan etnik
terbesar Sabah adalah Kadazan/ Dusun, Bajau dan Murut. Terdapat juga kumpulan
etnik lain seperti Lun Dayeh, Bisaya, Kedayan, Orang Sungei, Melayu Brunei, Iranun
dan Suluk. Berikut adalah antara beberapa maklumat megenai kumpulan etnik utama
pribumi Sabah.

14
 Kadazan/ Dusun, kumpulan etnik terbesar Sabah, Kadazan Dusun membentuk
30 peratus populasi negeri itu. Terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun
mereka digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang
serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan
secara tradisi terlibat dalam penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di
kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.

 Bajau, adalah kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau


merangkumi 15 peratus populasi penduduk negeri ini. Mereka asalnya adalah
keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering
dikenali sebagai gipsi laut. Ada yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan
menjadi peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai ‘Koboi
Timur’ kerana kepakaran mereka menunggang kuda, yang turut dipamerkan
setiap tahun di festival Tamu Besar di Kota Belud.

 Murut, Kumpulan etnik Murut pula adalah ketiga terbesar di Sabah, Murut
merangkumi 3 peratus populasi penduduk negeri ini. Secara tradisi, mereka
menduduki kawasan pedalaman di utara Borneo. Mereka juga adalah antara
etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Kini, mereka
penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan
dan menangkap ikan. Seperti kebanyakan kaum pribumi di Sabah, pakaian
tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni manik yang menarik.

Penduduk pribumi Sabah tertumpu di kawasan persisiran pantai terutama di


pantai barat dan timur, di muara dan lembah sungai serta di kawasan bukit di daerah
pedalaman. Kedudukan penempatan menaentukan corak ekonomi dan kebudayaan
yang mereka amalkan. Sejarah awalnya tidak begitu jelas dan dipercayai Sabah telah
dihuni sejak zaman batu lagi. Dipercayai juga penghijrahan awal adalah kumpulan
negrito yang kini terdapat di Pulau Banggi. Di sekitar abad ke-7 dikatakan penduduk
pribumi Sabah telah mengadakan hubungan dagangan dengan Negara China.

15
Pengaruh agama di Sabah juga seperti di Sarawak, penyebaran agama Kristian
dilakukan secara intensif dan ramai pribumi Sabah yang telah dikristiankan.
Penyebaran agama Kristian juga bertambah aktif pada zaman penjajahan British antara
tahun 1946 hingga 1963.

Budaya Masyarakat Pribumi (Politik, Ekonomi, Sosial, dan Kepercayaan).

Umumnya, masyarakat pribumi adalah masyarakat ‘simple’ yang belum banyak


terdedah kepada perubahan dan masih kuat kepada nilai-nilai tradisi termasuk adat dan
pantang larang. Misalnya, masyarakat orang Asli sangat m’utamakan perkongsian bersama
hasiltangkapan yang diperoleh di hutan. Masyarakat Iban pula meletak nilai yang tinggi ke
atas keberanian dan kejayaan individu (headhunting). Bagi masyarakat Kadazan Dusun pula
masih berpegang kepada adat resam, undang-undang adat yang penuh dengan pantang larang
yang di pusakai daripada nenek moyang mereka.

Dari segi interaksi dan pertembungan dengan tamadun asing, masyarakat pribumi di
Malaysia yang kuat dengan adat dan tradisi tidak terpencil dengan agama dunia. Kemasukan
agama Islam dan Kristian telah menambahkan lagi kepelbagaian dalam adat dan budaya
masyarakat pribumi. Ianya telah merubah sedikit sebanyak aspek amalan kehidupan tradisi
yang biasa di amalkan. Bagi mereka yang telah memeluk agama Islam dan Kristian, banyak
yang meninggalkan aspek-aspek ritual yang mereka lakukan.

Dalam aspek ekonomi, masyarakat pribumi mengamalkan sistem ekonomi semula jadi
iaitu satu keadaan satu tahap pembentukan sosial, di mana pengeluaran dilakukan hanya untuk
memenuhi keperluan pengeluaran sahaja. Antaranya seperti, Meramu (hunting & gathering)
iaitu memungut hasil hutan bagi memenuhi keperluan, Pertanian Pindah (terutama padi, ubi,
jagung dan sebagainya), Pertanian Huma (diamalkan oleh orang Asli seperti kaum Semai),
dan menanam Padi Huma (adat orang Iban/adat kami bumai).

16
Program Pembangunan dan Kesannya

Bagi memajukan masyarakat pribumi kerajaan telah menyediakan program-program


pembangunan.kini ramai warga pribumi yang telah terlibat dalam penghasilan tanaman
komersil.mereka menjadi pekebun kecil mengelurkan getah, kelapa sawit, lada dan
sebagainya. Dengan penglibatan mereka dalam pengeluaran tanaman komersil, mereka mula
terangkum ke dalam sistempasaran dunia.pendapatan mereka terikat denga harga pasaran
dunia.dengan itu, pendapatan mereka yang di perolehi telah membolehkan mereka
memperbaiki mutu kehidupan mereka. Dalam pembangunan Malaysia,kemajuan penduduk
pribumi tidak di abaikan .melalui projek –projek pembangunan pertanian pembangunan tanah
dan juga melaui pelbagai bentuk subsidi yang disediakan. Selain itu kerajaan juga telah
meningkatkan kualiti kehidupan mereka,kerajaan juga telah melaksanakan pembangunan
social(menyediakan kemudahan jalan raya dan perhubungan, pendididkan, kesihatan dan
kemudahan asas yang lain).

Pembangunan yang dilaksanakan telah membawa pelbagai bentuk perubahan sosial.


Nilai-nilai baharu mula tersebar ke dalam kehidupan kumpulan warga pribumi ini. Arus
pemodenan yang melanda turut mengubah fikiran dan gaya hidup mereka. Umunya
sebilangan besar warga pribumi ini masih tertingal jauh di belakang berbanding dengan
warga Malaysia yang lain. Pembangunan ini turut menimbulkan kesan-kesan yang negatif
kepada warga peribumi. Pembinaan lebuh raya, empangan, pembukaan tanah pertanian,
pembinaan lapangan terbang dan sebagainya telah menyebabakan warga pribumi dipindahkan
daripada kawasan asal mereka.

Antara kesan negatif daripada program pembangunan ini ialah kehilangan sumber
hidup seperti hilangnya tanah adat /tanah tradisi ,sumber makanan dan utama sebagainya.
Selain itu, sejarah dan identiti mereka yang tersirat bersama kawasn yg diambil itu turut
musnah. Begitu jugan dengan nilai pampasan yang diberikan kerap kali menjadi isu dan
perbalahan antara mereka dan pemaju projek.sehingga kini,belum terdapat undang-undang
yang kuat memberikan perlindungan kepada tanah milik warga pribumi ini.

Kesenian dan pembangunan masyarakat


17
Walaupun masyarakat peribumi melalui proses perubahan yang agak pesat,usaha
mereka memantapkan identity mereka melalui penonjolan kesenian kaum trus diusahkan.
Contohnya,masyarakat asli berusaha menonjolkan kesenian tarian sewing mereka yang
diringi oleh paluan muzik daripada buluh yang dihentapkan dan memebuat ukiran-ukiran
patung imejan makhluk ghaib yang mereka bayangkan ,mengekalkan tradisi membuat buluh
sumpitan, anyaman tikar daripada mengkuang dan juga membuat alatan seperti sikat daripada
buluh dan juga alatan lain.

Masyarakat iban juga terkenal dengan tarian ngajatnya serta tenuman kain pua kumpu
serta alat muzik engkromong.ukiran-ukiran yang dibuat sebagai hiasan biasanya berdasarkan
motif yang melambangkan identiti masyarakat mereka dengan masyarakat. Suku kaum kayan
juga di Serawak terkenal dan dikaitkan dengan alat muzik sapenya.

Di sabah, tarian sumazau terkenal dan dikaitkan dengan masyarakat kadazan dan alat-
alat muzik mereka seperti sompoton dimainkan oleh bobohizam (dukun) sewaktu kampung
sedang menghadapi bencana alam. Ia merupakan upecara menghubungi tuhan mereka
kinorohingan untuk memohon pertolongan.

Sekumpulan wanita peribumi

Cabaran pribumi dan globalisasi (masa depan peribumi)

18
Arus arus globalisasi yang berlaku telah(mengecilkan )dunia daj juga telah di
perkatakan akan membawa kita kearah dunia tanpa sempadan (borderless world).secara
perlahan-lahan,komuniti manusia di heret ke dalam ape yang dipangil sebagai komuniti
[perkapungan global] yang sering disebutkan.Dalam tahun 1993, pertubuhan bangsa-bangsa
bersatu (PBB) telah mengisytiharkan tahun tersebut sebagai tahun warga peribumi
sedunia.golongan ini sering mendapat publisiti dan nasib mereka kerap kali di perjuangkan
oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan media masa. Contohnya, kes masyarakat penan di
Sarawak, telah menarik perhatian dunia dan kemudianya telah menimbulkan tekanan kepada
kerajaan Malaysia.

Proses globalisasi telah mendedahkan masyarakat peribumi kepada berbagai-bagai


pengaruh yang boleh memperbaiki imej mereka.industri pelancongan di negara ini telah telah
berusaha bersunguh-sunguh untuk mempromosikan budaya dan gaya hidup tempatan
termasuk peribumi.Namun,terdapat juga pengaruh-pengaruh negatif yang bukan saja
memusnahkan identiti warga peribumi,malahan mendedahkan mereka kepada kepentingan
dan tunjukan politik peribadi ataupun politik antarabangsa.

Perkapungan tamadun per

KESAN KEBAIKAN YANG DAPAT DARIPADA MASYARAKAT PRIBUMI

19
Perubatan – Kebanyakkan doktor pada masa kini banyak mengambil keadah perubatan cara
tradisional seperti herba, akar kayu, sayur-sayayuran. Kesan daripada masyarakat pribumi ini
dapat kita mengabungkan dengan perubatan tradisional untuk menjadikan ubatan yang lebih
bermutu tinggi.

Antara pokok/akar kayu dalam perubatan.

Muzium – Dengan adanya muzium masyarakat pribumi ini, kita dapat mengenal serba sedikit
peralata yang digunakan, yang di pamerkan di dalam muzium. Seni bina muzium ini dapat
mengambarkan serba sebikit, hasil kraf tangan masyarakat bumiputra ini untuk menjayakan
hasil kretiviti mereka.

Muzium Masyarakat Pribumi.

Senjata – Masyarakat pribumi ini juga menggunakan peralatan menangkap ikan


seperti,bubu,tube beracun,dan sebagainya untuk mendapatkan tangkapan ikan. Senjata-

20
senjata lain termasuklah, lembing, panah, supit, pisau, kapak di perbuat daripada batu, dan
bermacam-macam lagi.

Senjata menjadi alat pemburuan masayarakat pribumi.

Pertanian – Kita juga boleh mengambil iktibar daripada masyarakat pribumi, kerana mereka
menjadikan ekonomi pertanian sebagai makanan utama. Kita dapat mengambil serba sedikit
dapripada mereka contoh tanah yang digunakan untuk bercucuk tanam, untuk kesuburan
tanaman. Tanah juga memainkan peranan penting dalam sektor penanaman untuk
mengeluarkan hasil yang bermutu tinggi.

Pertanian Masyarakat Pribumi malaysia.

Kedudukan masyarakat peribumi pada masa kini

21
Pada hari ini masyarakat pribumi kini telah jauh berubah, dalam percapaian ini
pribumi Sabah dan Sarawak jauh lebih Maju dan (membangun) berbanding peribumi di
semenanjung. Contohya, di Sabah dan di Sarawak sudah ada ahli masyarakat pribumi yang
menjadi peminpin tertinggi negara, peminpin negeri, pegawai tinggi kerajaan,ahli-ahli
perniagaan yang berjaya dan seumpamanya.

Namun bagi pribumi di semenanjung,,mereka masih perlu belajar dan berusaha lebih
gigih untuk mencapai kedudukan seperti ini, mereka sudah pun meninggalkan corak
kehidupan tradisional tetapi belum lagi sampai ke puncak kemajuan.dalam mengharungi
pembangunan hari ini, orang asli masih lagi dibenlenggu masalah seperti kemiskinan, kurang
pendedahan, keterbatasan peluang-peluang dan seumpamanya,yang menyebabkan mereka
lambat untuk mencapai pembanguan yang ideal.

Masyarkat peribumi masa kini

22
KESIMPULAN

Masyarakat pribumi Malaysia secara umunya mempunyai cara hidup,atau adat,yang


bercirikan nilai-nilai peradaban yang tinggi.memandangkan masyarakat-masyarakat pribumi
ini tidak mempunyai sistem tulisan,adat di perturunkan secara lisan dan terpaksa dipelihara
dalam ingatan setiap ahli masyarakat.ketiadaan sistem tulisan juga telah memaksa mereka
menghafal serta menghayati setiap unsure adat,yang akhirnya meletakan sistem pemikiran
mereka seolah-olah seperti sebuah kitab atau teks undang-undang (adat).kesebatian serta
penghayatan ini membolehkan setiap ahli masyarakat mengawal diri,menunaikan kewajipan
dan tanggungjawab ,mematuhi setiap peraturan dan larangan serta menghormati makhluk-
makhluk yang wujud di sekeliling mereka.ciri-ciri peradaban yang tinggi menjadi landasan
utama bagi setiap kelompok peribumi untuk meneruskan kewujudan mereka sebagai sebuah
masyarakat atau komuniti dan seterusnya mengekalkan identiti mereka sehingga kini.

23
RUJUKAN

 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

 http://longsemadoh.wordpress.com/

 http://www.sabah.net.my/nurfirdaus/universiti/

 http://pkukmweb.ukm.my/

 http://www.jkkn.gov.my/

 http://www2.jheoa.gov.my/

 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

 http://www.keruak.com/

24

You might also like