P. 1
1.5) Enjin(kem. teknikal)

1.5) Enjin(kem. teknikal)

|Views: 1,594|Likes:
Published by ibrahanis

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: ibrahanis on Aug 13, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/11/2013

pdf

text

original

ENJIN

‡Pengikat dan Pencantum ‡Bahagian Luar Enjin ‡Bahagian Dalam Enjin ‡Definisi Lejang ‡Sistem Enjin ‡Menservis Enjin

Pengikat dan Pencantum
Pengikat Bol, Nat, Stad , Skru Tudung Pencantum Kekunci Woodruff, Kekunci Persegi

Bol
1. Saiz ditentukan mengikut ukuran panjang dan diameter batangnya. 2. Jenis-jenis bol :i. Bol kepala empat segi ii. Bol kepala heksagon

Nat
1. Nat boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu nat biasa dan nat khas. 2. Nat biasa digunakan bersama-sama bol dan stad untuk pemasangan umum. 3. Nat khas digunakan bagi menahan gegaran dan getaran untuk mengelakkan nat daripada menjadi longgar.

Stad
1. 2. Stad adalah pengikat tanpa kepala. Kedua-dua hujungnya berulir, bahagian berulir kasar diikat pada bongkah enjin manakala bahagian berulir halus dipasangkan dengan nat. Saiz stad ditentukan oleh panjang dan diameternya.

3.

Skru Tudung
1. Pengikat yang mempunyai benang pada seluruh batangnya. 2. Diskrukan ke dalam lubang berulir pada bahagian enjin. 3. Jenis skru tudung ditentukan mengikut bentuk kepalanya.

Kekunci Woodruff
1. Juga dikenali sebagai kekunci separuh bulatan. 2. Bahagian bawah kekunci yang berbentuk separuh bulatan berada di dalam alur kekunci pada aci untuk menahan takal daripada bergerak atau tertanggal.

Kekunci Persegi
Juga dikenali sebagai kekunci benam. Separuh bahagian daripada kekunci akan berada di dalam alur kekunci pada aci manakala separuh lagi berada di dalam bahagian takal yang dicantumkan.

Latihan

LATIHAN: Pengikat dan Pencantum
1. 2. 3. Apakah kegunaan pengikat dan pencantum? Senaraikan jenis-jenis pengikat yang biasa digunakan pada enjin. Senaraikan jenis pencantum yang sering digunakan pada enjin.

Bahagian Luar Enjin
Bahagian Utama Alatan Tangan Membuka dan memasang bahagian luar enjin

Bahagian Utama
Kepala Silinder Sirip Penyejuk Palam Pencucuh Bongkah Enjin Palam Pengisi Minyak Ukur Celup Palam Buang Minyak Karburetor Pembersih Udara Tangki Bahan Api Roda Tenaga Penyenyap Bunyi Takung Minyak Pelincir Perumah Penghembus

Kepala Silinder
1. Terletak dibahagian atas bongkah silinder. 2. Berfungsi untuk menutup lubang silinder disamping menghindarkan gas udara bahan api terlepas keluar. 3. Bahagian yang terdapat pada kepala silinder ialah:i. Lubang berbenang untuk memasang palam pencucuh. ii. Ruang pembakaran iii. Sirip penyejuk

Sirip Penyejuk
1. Merupakan kepingan logam nipis dan lebar yang diskrukan pada bongkah enjin, kepala silinder dan roda tenaga dengan skru tudung. 2. Sirip penyejuk berfungsi memerangkap udara bagi tujuan menyejukkan enjin dan memindahkan haba dari bongkah enjin ke udara sekeliling.

Palam Pencucuh
1. Palam pencucuh dipasangkan pada lubang berbenang di kepala silinder. 2. Berfungsi untuk membekalkan bunga api bagi membakar campuran udara bahan api di dalam silinder pembakaran.

Bongkah Enjin
1. Diperbuat daripada besi tuang atau aluminium dan merupakan bahagian utama bagi sesebuah enjin. 2. Bahagian enjin yang terdapat pada bongkah enjin:a. lubang silinder b. sirip penyejuk c. palam pengisi minyak d. ukur celup e. palam buang minyak f. tudung tapet

Palam Pengisi Minyak
1. Terletak pada bongkah enjin. 2. Merupakan saluran masuk minyak pelincir. 3. Palam pengisi minyak berfungsi untuk mengisi minyak pelincir semasa menukar minyak pelincir

Ukur Celup
1. Dipasangkan pada palam pengisi minyak. 2. Berfungsi untuk menentukan paras minyak di dalam takung minyak pelincir.

Palam Buang Minyak
1. Merupakan saluran keluar minyak pelincir yang kotor. 2. Berfungsi untuk menyalurkan minyak pelincir yang kotor semasa menukar minyak pelincir. 3. Terletak di bahagian bawah takung minyak pelincir

Karburetor
1. Bahagian enjin yang berfungsi untuk mencampurkan bahan api dengan udara mengikut kadar yang betul bagi tujuan pembakaran. 2. Ia akan menukarkan bahan api kepada wap. 3. Wap tersebut akan bercampur dengan udara yang disalurkan masuk menerusi pembersih udara.

Pembersih Udara
1. Berfungsi untuk menapis udara yang masuk ke karburetor, mengurangkan bunyi bising semasa udara masuk ke karburetor dan menangkap api jika enjin tersedak. 2. Jenis-jenis pembersih udara :i. jenis kawal minyak ii. jenis foam iii. jenis kasa dawai iv. jenis katrij kertas

Tangki Bahan Api
1. Terletak di bahagian atas enjin. 2. Berfungsi untuk menyimpan bahan api untuk disalurkan ke karburetor.

Roda Tenaga
1. Menghasilkan momentum yang dikehendaki untuk memusingkan enjin melalui lejangnya. 2. Juga mempunyai magnet kekal yang merupakan sebahagian daripada sistem magneto yang menghasilkan voltan tinggi dalam sistem penyalaaan enjin.

Penyenyap Bunyi
1. Berfungsi untuk menyenyap bunyi bising hasil daripada pembakaran campuran udara dan bahan api. 2. Juga menyalurkan gas ekzos dari bongkah enjin ke dalam udara.

Takung Minyak Pelincir
1. Terletak dibahagian bawah bongkah enjin. 2. Berfungsi untuk menyimpan minyak pelincir yang digunakan untuk melincinkan bahagianbahagian enjin yang bergerak atau berputar.

Perumah Penghembus
1. Berfungsi untuk melindungi bongkah enjin dan roda tenaga. 2. Udara yang disedut oleh roda tenaga akan dialirkan melalui perumah penghembus untuk menyejukkan enjin .

Latihan

Latihan-Bahagian utama
1. Apakah fungsi penyenyap bunyi? 2. Senaraikan jenis-jenis pembersih udara. 3. Bahagian apakah yang terdapat pada kepala silinder?

Alatan Tangan
Sepana Hujung Terbuka Sepana Gelang Sepana Gabung Soket Soket Dalam Tangkai L Tangkai Pelaju Tangkai Hayun Tangkai T Tangkai Gear Sala Perengkuh Daya Kilas Tolok Perasa Pemutar Skru Kontot

Sepana Hujung Terbuka
1. Mempunyai dua bahagian hujung terbuka berbentuk µU¶ 2. Terdapat 2 jenis saiz pada satu sepana. 3. Saiz sepana hujung terbuka ditentukan oleh bukaan rahangnya.

Sepana Gelang
1. Mempunyai gelang soket pada kedua-dua hujungnya. 2. Memberi cengkaman yang kuat dan tidak mudah tergelincir semasa mengetat atau melonggarkan bol dan nat. 3. Saiz ditentukan oleh diameter gelang

Sepana Gabung
1. Mempunyai satu hujung gelang dan satu hujung rahang terbuka. 2. Kedua-dua hujung mempunyai saiz yang sama.

Soket
Digunakan untuk mengetatkan atau melonggarkan bol,nat dan skru tudung kepala heksagon

Soket Dalam
Mempunyai badan yang lebih panjang daripada soket. Sesuai untuk memasang palam pencucuh

Tangkai L
Menghasilkan tekanan yang kuat semasa mengetatkan bol dan nat

Tangkai Pelaju
1. Berbentuk seperti engkol. 2. Digunakan untuk mengetatkan bol dan nat dengan cepat.

Tangkai Hayun
1. Menghasilkan tekanan dan rengkuhan yang kuat. 2. Mempunyai sendi supaya dapat ditukar arah tanpa mengangkat soket daripada nat semasa mengetatkan nat.

Tangkai T
1. Dapat memberi daya pusingan yang kuat. 2. Penyuai segi empat dipasang pada kepala dan boleh diubah kedudukannya.

Tangkai Gear Sala
1. Membolehkan soket dipusing satu arah sama ada membuka atau mengetatkan tanpa perlu mengangkat soket daripada nat. 2. Mempunyai tuil yang digunakan untuk menentukan arah pusingan.

Perengkuh Daya Kilas
1. Mempunyai skala untuk menunjukkan jumlah tepat daya kilas yang sepatutnya digunakan untuk mengetatkan bol atau nat. 2. Daya kilas diukur dalam ukuran paun.

Tolok Perasa
1. Menentukan sesuatu kelegaan yang tetap seperti celahan palam pencucuh, kelegaan tapet dan kelegaan poin titik sesentuh. 2. Terdapat 2 jenis iaitu, tolok perasa bilah dan tolok perasa dawai.

Pemutar Skru Kontot
1. Mempunyai batang dan hulu yang pendek. 2. Digunakan pada tempat yang sempit.

Latihan

Latihan-Alatan Tangan
1. Namakan tiga jenis sepana dan nyatakan fungsinya. 2. Namakan dua jenis tangkai dan fungsinya.

Bahagian Dalam Enjin
Ruang Pembakaran Lubang Silinder Rongga Masukan Rongga Ekzos Omboh/piston Rod Penyambung Aci Engkol Aci Sesondol Tapet Injap

Ruang Pembakaran
1. Terletak di bahagian kepala silinder. 2. Tempat campuran udara bahan api yang dimampatkan dan dibakar untuk mendapatkan kuasa. 3. Tempat pemasangan palam pencucuh.

Lubang Silinder
1. Bahagian yang menempatkan piston. 2. Terletak di bahagian bongkah enjin.

Rongga Masukan
Saluran yang terletak di antara karburetor dengan rongga pembakaran.

Rongga Ekzos
1. Saluran yang menghubungkan lubang silinder dangan paip ekzos. 2. Gas ekzos dikeluarkan melalui rongga ini.

Omboh/Piston
1. Piston bergerak turun dan naik di dalam lubang silinder yang dipanggil gerakan salingan piston. 2. Berfungsi untuk menerima daya penolakan hasil pembakaran dan memindahkan daya ini ke aci engkol.

Rod Penyambung
1. Menghubungkan piston dengan aci engkol. 2. Terdapat pengaut pada bahagian hujung besar untuk menyimbah minyak pelincir. 3. Berfungsi menukarkan gerakan saling piston kepada gerakan putaran aci engkol.

Aci Engkol
1. Terdapat pengimbang tara berat yang mengimbang dan melicinkan pergerakan putaran enjin. 2. Satu hujung aci engkol disambungkan dengan roda tenaga. 3. Satu hujung lagi ialah aci penghantar kuasa yang menukarkan gerakan putaran kepada kuasa gerakan mekanikal.

Aci Sesondol
1. Mempunyai gear dan dua buah sesondol. 2. Pergerakan sesondol akan menyebabkan injap terbuka dan tertutup. 3. Gear ini dipasang bersama dengan gear aci engkol.

Tapet
1. Terletak di antara sesondol dengan batang injap. 2. Sesondol akan mengerakkan tapet bagi membuka dan menutup injap.

Injap
1. Terdapat dua jenis injap iaitu injap masukan dan injap ekzos. 2. Injap masukan lebih besar dari injap ekzos, berfungsi untuk mengawal kemasukan campuran udara bahan api. 3. Injap ekzos berfungsi untuk membebaskan gas ekzos hasil pembakaran dalam lubang silinder melalui paip ekzos.
Latihan

Latihan-Bahagian dalam enjin
1. Senaraikan empat bahagian dalam enjin dan nyatakan fungsinya.

Definisi Lejang

Lejang Masukan
Piston bergerak dari TTA ke TTB. Keadaan vakum terjadi dalam lubang silinder. Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup. Keadaan vakum menyebabkan campuran udara bahan api disedut masuk ke dalam lubang silinder. Aci engkol teleh berpusing setengah pusingan (180º )

Lejang Mampatan
Lejang bergerak dari TTB ke TTA. Kedua-dua injap tertutup. Campuran udara bahan api di dlam lubang silinder dimampatkan hingga ke ruang pembakaran. Aci engkol telah berpusing sebanyak satu pusingan (360º)

Lejang Kuasa
Semasa piston sampai ke TTA pada hujung lejang mampatan, ketika itu palam pencucuh mengeluarkan percikan api. Kedua-dua injap masih tertutup. Campuran udara bahan api termampat dibakar di ruang pembakaran. Hasil pembakaran menyebabkan piston ditolak ke TTB untuk menghasilkan tenaga dan haba. Aci engkol telah berpusing sebanyak satu setengah pusingan (540º).

Lejang Ekzos
Piston bergerak dari TTB ke TTA. Injap ekzos terbuka dan injap masukan tertutup. Gas ekzos ditolak keluar oleh pergerakan piston yang naik ke atas (TTA). Aci engkol telah berpusing sebanyak dua pusingan (720º)

Latihan

Latihan -Lejang
Lengkapkan jadual dibawah
Lejang 1. 2. 3. 4. Pergerakan omboh Injap masukan Injap ekzos

Sistem Enjin
Terdapat lima sistem enjin bagi enjin satu silinder empat lejang. Sistem Sistem Sistem Sistem Sistem Pelinciran Bahan Api penyalaan Ekzos Penyejukan Udara

Sistem Pelinciran
Berfungsi untuk membekalkan minyak pelincir kepada semua bahagian enjin yang bergerak bagi mengurangkan geseran. Sistem ini juga dapat memindahkan haba yang berlebihan dan juga menyerap gegaran.

Sistem Bahan Api
Bahagian yang terdapat dalam sistem ini ialah:1. Karburetor 2. Pembersih udara 3. Tangki bahan api 4. Saluran bahan api 5. Injap masukan 6. Rongga masukan

Sistem Penyalaan
Berfungsi untuk membekalkan voltan tinggi yang dihasilkan di bahagian magneto ke palam pencucuh melalui kabel tegangan tinggi. Bahagian yang terdapat dalam sistem ini ialah:palam pencucuh magnet kekal gegelung penyalaan kondenser titik sesentuh sesondol pemutus kabel tegangan tinggi

Sistem Ekzos
Berfungsi untuk mengeluarkan gas ekzos hasil pembakaran campuran udara bahan api dari dalam silinder. Sistem ini juga dapat mengurangkan bunyi bising semasa pembakaran melalui penyenyap bunyi.

Sistem Penyejukan Udara
1. Terdapat dua jenis sistem penyejukan iaitu jenis cecair dan jenis udara. 2. Sistem jenis cecair selalunya digunakan pada enjin yang mempunyai banyak silinder seperti kereta. 3. Kebanyakan enjin satu silinder menggunakan sistem penyejukan udara.

Latihan

Latihan-Sistem enjin
1. 2. Senaraikan sistem enjin bagi enjin satu silinder empat lejang. Bezakan sistem bahan api dengan sistem penyalaan.

Menservis Enjin
Menggantikan palam pencucuh. Memeriksa aras dan menukar minyak hitam.

Menggantikan palam pencucuh
1. Menukar atau menggunakan semula palam pencucuh adalah bergantung kepada keadaan elektrod palam pencucuh. Diservis i. Dipenuhi endapan minyak i. ii. Dipenuhi endapan karbon ii. iii. iv. Diganti Elektrod tepi haus Elektrod tengah haus Penebat pecah Benang rosak

Memeriksa aras dan menukar minyak hitam
1. Setelah enjin digunakan dalam jangka masa tertentu, minyak pelincir di dalam enjin perlu disukat arasnya dan jika perlu ia harus ditukar. 2. Minyak pelincir yang menjadi hitam serta menjadi cair dan tidak sesuai digunakan lagi. Keadaan ini terjadi kerana endapan karbon yang dihasilkan semasa pembakaran dan endap cemar akibat daripada geseran bahagian-bahagian enjin.

Latihan

Latihan- menservis enjin
1. 2. Huraikan secara ringkas mengapa minyak pelincir perlu ditukar. Nyatakan keadaan-keadaan elektrod di mana palam pencucuh perlu diservis atau diganti.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->